Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

7 LELAKI (SINOPSIS)

SINOPSIS

Bila tujuh lelaki mula menghuru-harakan hidupku… semuanya handsome. Semuanya bergaya. Semuanya hebat-hebat..kenapa cinta aku yang tak seberapa ni yang nak dikejarnya? Tak faham ke aku tak cintakan dorang?

      Ahmad Qaurul.. anak datuk yang aku tak tahulah ada hati orang ke hati jin dia ni. Yang aku tahu, dia tak reti nak senyum. Muka serius macam tahan kentut 24 jam! Sempat pulak nak jatuh cinta dengan aku.

     Berbeza pula dengan Tengku Addi! Perangai punyalah gatal, kaki ayat, ulat bulu.. Haa.. apa lagi yang aku nak describe tentang mamat tu. Dan bila dia cakap dia cintakan aku, boleh percaya ke?

     Sebab nak balas jasa Aunty Lily, perlu ke aku terima lamaran Akif Iman? Sedangkan selama ini aku anggap dia tak lebih daripada seorang abang.

      Balik pulak ke rumah, pilot sebelah rumah memang betul-betul tertanggal skru la! Afif Farhan yang tak tenang hidup kalau tak cari gaduh dengan aku. Pun boleh jatuh cinta jugak ke?

      Dr. Airel.. hubungan kita tak pernah baik sebelum ni. Mana mungkin aku cintakan kau sekalipun kau dah selamatkan nyawaku.

     Adil Farish… duda muda beranak satu lebih selesa memendam cinta kerana inginkan aku bahagia. Terima kasih, abang kerana mengerti…

     Dan.. Tanpa sedar. Rupa-rupanya aku tak boleh hidup tanpa bestfriend kesayanganku, Aidit Fikri. Tapi.. untuk cintakan kau, aku rasa mustahil..

     Mr. A? siapa pulak kau ni? Kenapa kau muncul? Cukuplah tujuh lelaki yang dah huru-harakan hidupku. Siapa Mr. A? Ahmad Qaurul, Addi, Akif, Afif, Airel, Adil atau Aidit? Atau.. bukan dalam kalangan dorang???

20 comments:

  1. so complicated but it's so amazing! :D nak falling in love with '7 lelaki' la.. hahahah

    ReplyDelete
  2. rasa macam mr a tu aidit je..hmm..

    ReplyDelete
  3. Akiff iman or Ahmad qaurul tu yg best

    ReplyDelete
  4. pandai ek wat starting a sume,,xnk kasi kitorang teka la 2,,

    ReplyDelete
  5. ramainyerrr MR.A die...waaaaaaa..confius dh laa name pown dekat2..ehehehhe x sabar nak baca nihhh...

    ReplyDelete
  6. Kite rase airel..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah baru baca sinopsis, instinct ni kata novel ni mesti best...

    ReplyDelete
  8. Mesti best '7 Lelaki' ni .. I guess Mr.A is either Aidit or Airel ..

    ReplyDelete
  9. Tengku Addi??? rasanya x kut sbb dia kan dah kawen dgn ana.. (Cinta Secret Recipe)

    ReplyDelete
  10. tengku addi tu org sama ngn hero cerpen cinta secret recipe ke?

    ReplyDelete
  11. rasa nya Ahmad Qaurul sbb nama dia atas skli LOL heheh best!

    -nhr-

    ReplyDelete
  12. Rasa mcm afif farhan ja...

    ReplyDelete
  13. Hmmm...menarik rasa mcm mr a tu aidit jer...

    ReplyDelete
  14. allah banyaknyer MR.A just taking me laaa..Aulia..hahahhaa,,Kak Anjell nice novel..

    ReplyDelete
  15. Anjell... nak kita guess ker sbb tu tak habis writing? aduh... lama nak tunggu ker?

    ReplyDelete
  16. fall in love gila dengan cerita ni. lagi2 part airel suruh buat surat cinta tu.. haisshh senyum sorang2 lah kita. hahaha. sambung lg please....

    ReplyDelete
  17. Rasa macam Mr. A tuh aidit jerr..
    Kak Anjell, smbung lagi please..

    ReplyDelete
  18. kekekekeke mcm citer korea yg nk bru disiarkan tu. citer korea tu 7 kisses ape ntah merujuk 7 guy. 7 lelaki novel ni. but xthu storyline novel ni guane lg. cant wait this novel to be published soon. support u akak anjell. all ur novel are magnificent good job

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )