Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

7 Lelaki (BAB 1)

BAB 1

“Nanti kat sini adik kena belajar elok-elok… belajar rajin-rajin…” mama beri nasihat lagi. Dan aku macam biasalah.. Angguk je.. Aku dah dengar ayat ni sejak kali pertama aku melangkah masuk ke MRSM Taiping lagi. Tiap-tiap tahun. Tapi.. yala. Aku faham. Mama nak aku jadi insan berguna. Cehh.. skema gila ayat!

     “Tau mama..” 

     “Lepas tu…”

     “Jangan tinggal solat. Jangan kerap keluar. Jangan ponteng kelas,” sambungku sebelum tersengih. Aku dah hafal dah petua ‘Jangan’ mama ni..

     “Haa.. tau pun. Jangan reti nak cakap je..” bebel mama lagi.

     Oh, lupa nak cakap! Hari ni dah cukup tanggal untuk aku mendaftarkan diri ke Universiti Malaya. Sambung belajar dalam bidang Asasi Sains Hayat. Nak pergi oversea memang kena pangkah besar-besar oleh mama dan papa aku. Aku nak pergi oversea tak bagi pulak. Abang Khairul dengan abang Zarul boleh pulak terbang ke US. Lagi, dia ngan papa pindah Sarawak tinggalkan aku kat Kuala Lumpur ni boleh pulak! Maka, tercampaklah aku ke sini yang bersama dengan pelajar lain yang kebanyakannya adalah bekasan-bekasan yang JPA reject.

     “Mama nak balik ni…” suara mama dah mula serak.

     Haa… Ni part yang aku tak suka! Walaupun mama cuba sorok, tapi aku boleh nampak yang mata mama dah merah. Tahan nangis! Kenapa la mama nak touching-touching ni? Bukannya tak pernah berpisah dengan aku. Masa nak masuk MRSM dulu pun mama yang tersedu-sedan nangis sedangkan aku rileks je.. Sampai-sampai semua orang tengok pelik! Aku ke mama yang kena dok asrama?

     Mama peluk tubuhku. Sesi emosional..

    “Ala.. mama ni. Jangan la sedih. Bukan adik tak balik pun nanti. Adik datang sini nak belajar jela..” aku pujuk mama.

     “Mama sayang adik..” mama mengeratkan lagi pelukannya.

     “Dan adik pun konfem sayang mama..”

     “Hishh... awak ni! Dah dah la tu. Sedih pulak adik nanti. Nanti konfius pulak siapa yang homesick sebenarnya nanti?” papa yang dari tadi diam dah bersuara. Sempat aku tersenyum.

     Aku faham perasaan mama. Aku anak kesayangan mama. Yala.. sebab akulah satu-satunya anak perempuan mama. Bongsu pulak tu. Tambah-tambah lagi kedua-dua abangku takde kat Malaysia ni. Cuma.. yala. Dah dua orang abang atas aku, jadi perangai aku tak berapa nak perempuan sangat la. He..he..

     “Dah lambat ni.. kita dah kena gerak ni..” papa menoleh ke arah jam. 

     Aku faham. Dah nak balik Sarawak la tu! Tapi, serius aku tak kecil hati. Mereka datang hantar aku ni pun memang dah kira syukur nikmat dah ni. Kenapalah papa ni asyik busy?

     “Mama balik la. Papa kan ada meeting. Nanti tak sempat pulak.”

     Tangan mama dan papa kusalam. Sayu jugakla hati tengok mereka dah nak pergi. Maka.. tinggallah aku sendirian di Kuala Lumpur ni. Kenapalah papa kena hantar kat Sarawak? Kalau tak, bahagia je kami sekeluarga kat Kuala Lumpur ni. Dahlah semua kawan-kawan baikku pun dah terbang ke luar negara.

     “Kalau cuti nanti, mama suruh Aunty Lily datang ambil adik.” Aku angguk. Siapala pulak Aunty Lily tu? Selalu kudengar nama tapi tak pernah jumpa orangnya. Kalau tak silap aku, kawan baik mama sejak tingkatan lima lagi.

------

Mama ngan papa dah pergi. Boringla pulak! Bilik asrama ni agak selesa jugak. Dua orang sebilik. Mana roommate aku? Mintak-mintakla dapat yang sekepala. 

     Sedang aku pasang angan-angan ‘roomate impianku’, masa tu lah pintu bilik terbuka. Seorang gadis berbaju kurung putih dan bertudung pink lembut masuk bersama bagasinya. Di belakang ada dua orang wanita yang turut membawa beg yang tak kurang besarnya. Mak oii.. beg! Nak dok sini terus ke? Aku mengusha anak dara depanku ni. Manis senyumannya. Lembut je. Kot berbeza benar ngan aku ni kalau nak dibandingkan dengan perangai aku ni.

     Adat manusia yang bertemu dengan wanita yang lebih tua, mestilah aku bersalam dengan mereka. Mak dengan kakak perempuan ni kot!

     “Hye... nama apa?” soalnya. Aku tersenyum.

     “Qystine. Panggil Qys je.. awak?”

     “Saya Hanni.”

     “Datang sorang ke?” mak Hanni bertanya.


“Tak.. mama ngan papa dah balik. Urgent katanya..”

     Sedang kami berborak-borak, masa tu lah ada pengumuman yang meminta pelajar yang baru mendaftar untuk ke Dewan Gemilang untuk mendengar beberapa taklimat tentang minggu Haluansiwa yang akan diadakan. Dewan Gemilang? Kat mana la pulak tempat tu? Arghh... aku paling benci minggu orentasi.

-------------

“Warghhh... bencinya aku!!” rungut Hanni. Masuk harini, dah masuk hari kedua minggu orentasi bodoh ni berlangsung. Sumpah aku benci!

     “Kau ingat aku ni seriang kanak-kanak Ribena ke? Ke macam kanak-kanak Huggies kot ya nak comel sikit?” rungutku. Lagi. Sempat pulak Hanni gelak.

     Adoii.. rasa longgar habis segala skru kat lutut aku ni! Belakang kaki pun dah melecet. Gara-gara berjalan jauh. Gila betul la! Nasib baik la tak disuruhnya tawaf satu UM ni!

     “Menyampah betul aku dengan PP Shiba tu. Reti nak arah orang je. Dah la mulut tu muncung macam tikus mondok.” Hanni mengurut-urut betisnya. Tergelak aku dengan kata-kata Hanni tu. Ada ke kakak Pembantu Pelajar (PP) yang cun melecun tu dicop tikus mondok. Bagila hamster.. comel sikit!

     “Aku pun menyampah gak dengan PP Shiba tu. Tapi, tak sampai tahap aku menyampah dengan PP Airel tu.” 

     Hii.. benci dan menyampah bagai nak gila aku dengan spesis homo sapien tu. Memang mangkuk tu handsome dah macam Keanu Reeves time muda-muda dulu. Tapi dia memang suka sangat cari salah aku. Agaknya keturunan dia ada dendam dengan keluarga aku kot. Tapi, tak pernah pulak aku dengar pasal mamat ni! Kenal pun tak..

     “Agaknya dia suka kat kau kot..” usik Hanni.

     Blahla.. Tak logik langsung. Dua hari jumpa dah suka. Auta betul. Kot ya nak mengurat aku pun, memang aku reject awal-awal lagi la. Tak cukup handsome aa.. ha..ha.. takde chemistry langsung. Nampak berlagak je mamat tu di mata aku. Terutama sekali masa dia cakap yang dia budak medic tahun tiga..

     Mesti pelik macam mana aku boleh allergic gila dengan mamat tu, kan? Kisahnya bermula macam ni. Baru semalam je aku isytiharkan perang. Kebetulan si Airel tu bertugas sebagai biro kecederaan dan first aid. Ditakdirkanlah pulak masa tu kena jalan ke Dewan Tunku Canselor yang jauh nak mampus tu mengikut aliran masing-masing. Dan aku terpaksalah terpisah dengan Hanni sebab dia budak Sains Fizikal.

     Nak dijadikan cerita, kaki aku cramp. Terpaksalah aku dirawat. Masa tu la aku jumpa Airel. Ada ke patut disuruhnya aku jangan nak mengada dan jangan nak berpura-pura. Lagi, dia cakap , “Jangan nak ambil kesempatan sebab dapat PP yang handsome macam saya.” Nasib baik la aku tak muntah atas muka dia semalam. Perasan nak mampus! Aku pun bengangla.. tak guna punya PP! Ada ke patut cakap macam tu? Dahlah kaki aku sakit giler! Dia ingat aku ni apa? Gatal sangat nak curi perhatian dia? Blahla.. Dan senang aku balas, “Jangan pulak nak ambil kesempatan sebab dapat pesakit cantik macam saya.” Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, ada je kaki yang singgah kat muka orang hari tu!

     Lepas tu, aku memang tak boleh dah nak tengok muka berlagak dia tu. Dia ingat dia PP dia berkuasa ke? Aku mengadu kat papa baru tau. Bangga sangat la dia dengan muka handsome dia tu. Huh.. benci!

     “Weh.. aerobic dah nak start aa..” suara Hanni memutuskan lamunanku terhadap Airel. Haishh.. kenapala melaun tu jugak yang muncul dalam kepala aku ni? Buat rosak cereberum aku je la!

     “Nak skip boleh?” aku sengih jahat.

     “Kak.. agak-agak a sket. Baru dua hari dowh kot ya pun kau nak buat perangai.”

    “Hei.. awal-awalla patutnya start. You know why? Sebab masa ni semua orang skema straight tiang api lagi..” Aku membetulkan tali kasut B.U.M Equipmentku. “Eleh.. tak berani cakapla tak berani,” cabarku.


     “Memangla.. kalau kantoi, macam mana? Buatnya dia denda panggil kat depan nyanyi lagu UM, memang ngangala aku.”


     Aku gelak. Betul.. betul.. belum hafal lagi la. Sekali dengan lagu kolej Raja Dr. Nazrin Shah ni.. setakat chorus tu, bolehla aku miming je. Ha..ha..

------

“Keanu Reeves involve jugak la..” sempat Hanni bisik. Sempat jugak dia sengih. Bukan dia tak tau tahap alah kau dengan makhluk perosak tu dah tahap infiniti dah.

     “Kita akan adakan aerobic sikit petang ni.. hari ni PP Akif yang akan conduct,” kedengaran bergema suara PP Nini melalui mikrofon. 

     Apa pasal la mamat ni menyibuk ni? Mikrofon bertukar tangan. Dan aku nampak banyak muka pelajar yang dah segar lepas tengok Airel naik pentas. Okey.. aku faham! Agaknya biro Aktiviti dan Program sengaja menggunakan Airel untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar perempuan yang memang menanti masa untuk syahid tersungkur je. Tolak aku je la..

     “Sebelum kita start aerobic, saya nak tanya. Ada sesiapa nak bagi cadangan macam mana nak buat aerobic kita ni lebih menarik?” Airel bertanya.

     Senyap...

     “Anyone?” soalnya lagi.

     "Saya ada idea. Saya rasa aerobic ni lagi lebih menarik kalau saya tak perlu nampak muka kacak menyampah awak tu. Lagi saya senang hati. Dengar suara pun rasa macam nak pekak dah telinga saya, apatah lagi nak mengadap awak untuk sejam lebih ni. Boleh buta mata cantik saya ni. Aku membebel sendiri dalam hati. Haramlah nak keluar di mulut. Kalau tak, masak aku nanti!

     “Haa.. yang pakai baju merah, bertudung hitam tu.. nampak macam ada idea nak kongsi je?” 

     Aku terkedu. Kurang ajar! Aku jugak yang ditanya dalam ramai-ramai seribu lebih ni? Nak balas dendam nampak? Semua kepala berpaling ke arah aku. Dia ni.. karang aku betul-betul luahkan idea aku baru tau! Nanti tak pasal-pasal si Airel ni tak tunjuk muka besok. Dan bimbang pulak semua pelajar perempuan buat rusuhan terhadap aku pulak.

     “Err.. takde kot,” jawabku. Riak wajah ku control secool mungkin.

     “Kalau macam tu, apa kata kita jemput dia naik ke pentas, aerobic kat depan ni. Setuju?”

     “Setuju..” kuat suara Hanni. Dia dah tergelak.

     Kurang asam jawa. Bengang dan bangang betul! Jaga kau lepas ni, Hanni. Minum Clorox la kau malam ni! Nak aerobic kat depan? Gila betul. Karang aku keluar joget lambak baru tau! Tak pun tarian zapin ke? Mama.. tolong adik.

     “Sporting...” sampuk PP Izham. Disokong oleh pelajar lain.

     Sporting kepala lutut hang!! Suruhla orang lain yang lebih sporting. Tak nak.. tak nak.. kaki aku sakit la.

     Nak tak nak, aku berjalan malas ke atas pentas. Aku sorang! Malu dowh.. jadi model iklan aku hari ni. Sengaja aku berjalan lambat-lambat. Kononnya macam sakit kaki. Kot-kot dia kesiankan aku dan panggil orang lain. Tapi, nampaknya taktik aku tak berjaya sebab akhirnya, aku berdiri di atas pentas mengadap pelajar-pelajar lain.

     “Kaki awak kenapa?” aku tak taula sama ada dia berpura-pura tak tau atau sengaja nak kenakan aku.

     “Cramp..” jawabku pendek. Dan sempat aku sambung dalam hati, ‘...kalau sepak orang, boleh hilang agaknya.’

     “Ni mesti tak pernah aerobic ni..”

     Aku mencebik. Blahla kau! Dengan hati suku ikhlas, kami mulakan aerobic. Arghhh... aku betul-betul benci minggu Haluansiswa ni!! Buatkan aku hilang haluan hidup betulla..

18 comments:

  1. haha..bez lar cite ni!
    gud job!

    ReplyDelete
  2. mesti u ni budak UM yer? saya pun ex-UM jugak...miss my good old days :)

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha...cam srupe jer xperience masa orientation week kt UM. Mmg anti giler kt sume PP tp bila dikenang smula mmg klakar n ada gak yg sweet. Thanx for writing such an interesting story...brings back sweet old memories

    ReplyDelete
  4. huahua..teringat zaman mhs,.gud job!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. pembantu pelajar. sorry kalau menyampuk walaupun mmg dah menyampuk hehe peace (Y)

      Delete
  6. love it!

    -nurinhannahr-

    ReplyDelete
  7. baru baca..gaya penulisan yn buat sya senyum sorang-sorang...best..good job anjell..smoga terus berkarya

    ReplyDelete
  8. Anjell... citer ni best. bila nak keluar novel??? tak sabar dah...

    ReplyDelete
  9. teringat kenangan dulu,mg ada pp yg menyampah hahaha. tq anjell.

    ReplyDelete
  10. teringat kenangan dulu,mg ada pp yg menyampah hahaha. tq anjell.

    ReplyDelete
  11. Keluarkan la novel, best la ,,,

    ReplyDelete
  12. baru mula baca.. dah rasa suka..best..

    ReplyDelete
  13. Haha. Akak dulu belajar pasum eh?

    ReplyDelete
  14. Sis suka guna ganti nama "aku" ye dalam novel rasanya EC je yg guna gnti nama diri ketiga ye(yeke ketiga hahagaha) 7, btw good job sis.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )