Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

7 Lelaki (BAB 3)

BAB 3

Pukul satu tengah hari baru aku bangun. Teruk tak? Tak kisah.. sebab Hanni pun sama. Ni semua penangan permainan Explorace malam tadi. Berkejar sana, berlari sini, cari helah nak lulus task.. Semua task yang PP bagi memang aku sambar je. Janji boleh menang. Aku rasa takde satu pun task yang complete sebab task yang dorang bagi memang luar alam. Mintak yang melampau dalam masa yang memang sah-sah tak cukup. Akhirnya, baju bau telur, tudung kena tepung, kena berguling atas gelanggang bola keranjang tu macam dah biasa je. Sebab semua orang memang kena buat. Gila betul.. Bila habis Explorace, sedar-sedar dah subuh. Gila.. first time aku tidur lepas Subuh. Tapi, bukan first time bangun tengah hari. Hehe.. Memang aku ni tak boleh dibuat bini aa.. Takde langsung ciri-ciri isteri mithali.

     Lepas mandi, aku kejutkan Hanni. Hish… dia ni kalau dah tidur! Bantal ke mana, selimut ke mana. Nampak je ayu. Tidur ganas mengalahkan harimau. Nasib baik tak terselak habis gaun tidur dia. Ni kalau aku rakam masuk you tube ni, memang boleh buat duit. Hehe.. dah terbayang dah gambar duit kat mata aku ni. Ish.. Ish.. Ish.. Best aku kutuk roommate aku. Ni kalau Hanni tahu, memang naik habis kaki tangan.

     “Wei… bangunlah..” aku goncangkan bahu Hanni. Nasib baiklah Hanni ni senang nak jaga. Buatnya jenis liat macam abang aku, memang la ada je orang yang nak kena basuh dengan sebaldi air Clorox.

     “Waa.. ngantuknya.” Hanni menguap sambil menggosok-gosok matanya. Anak patung teddy bear pink tu ditarik rapat ke muka. Nak sambung tidur.

     “Pergi mandi, budak busuk..” aku tarik tangan Hanni.

     “Kejap lagi la…” Hanni masih nak tidur.

     "Wei.. bangunlah. Aku dah kebulur ni. Perut dah melalak lagu Awie ni. Jangan nak dera perut aku la..” aku membebel. Betul. Perut aku memang lapar sangat-sangat. Memang dalam bilik aku pun tak de apa-apa untuk dimakan. Kang aku makan roommate aku ni baru tahu! Nampak sedap je semuanya kalau tengah lapar macam ni.

     “Yala.. yala..” Hanni mengalah. Aku sengih. Yes..

     “Lepas makan kita jalan-jalan kat tempat kuliah nak? Lepas tu keliling UM pulak?” Tu bukan soalan sebenarnya. Tapi dah macam arahan kepada Hanni.

     “Orait.. Madam” Hanni sempat tabik sebelum keluar untuk ke bilik air. Nak tergelak rasanya.

     Aku berjalan ke arah meja study yang memang bersepah dengan baju-baju dalam bagasi yang belum dikemaskan. Malasla lagi nak kemas-kemas ni. Tunggula esok ke. Minggu depan ke. Tupun insyaAllah la kalau aku rajin. Hehe!

      Aku tengok kertas A4 putih yang baru dapat semalam. Jadual kelas. Kat mana la tempat-tempat ni? DK? BT? Menatang apa pulak tu? Main-main shortform la pulak! Tu la.. masa PP bawak jalan-jalan keliling bangunan akademik, kepala tengah fikir nak buat shortcut balik asrama je. Kena pulak buat fire drill tengah-tengah dok jalan tu. Memang makan sumpah seranah orang yang buat plan tu. Melambatkan masa aku nak balik kolej. Free je pahala aku kurang hari tu.

      Adoyai.. bilalah aku nak berubah baik ni?

---------------

Berlalu sudah minggu orientasi. Sedih sebab berlalu sudah hari makan free. Terpaksa la makan sendiri sekarang ni. Macam tak percaya, kelas dah nak start. Kelas pulak seawal pukul 8.00 pagi. Waa.. teramat kejam untuk orang yang biasa bangun tengah hari macam aku ni. Nak dekat enam bulan rasanya aku cuti sejak lepas SPM. Rasanya otak pun dah karat pink dah ni. Serius lupa habis apa yang aku belajar time SPM. Terutamanya Biologi. Yang aku yakin dan ingat, dalam sel ada nucleus..

     Aku lihat semua budak Asasi tengah jalan ke kelas. Muka-muka bersemangat betul. Calon-calon 4 flat la ni. Waa.. saper tak nak 4.0? segila-gila aku pun, aku pun nak jugak 4 flat walaupun tak tau layak ke aku ni? Aku tengok depan bilik tutorial, mesti ada nampak manusia berdiri. Semuanya pun macam tercari-cari. Maklumlah.. masih baru. Aku pun sama. Hanni pulak dah selamat masuk Dewan Kuliah Utama yang super besar tu. Ada lecture Fizik katanya. Fizik-fizik jangan sebut ya. Barang alah tu! Allergic tahap apa-apa entah. Satu bencana yang teruk bila budak-budak Hayat pun kena belajar Fizik. Alamatnya fail la aku yang memang ‘minat’ gila-gila ngan Fizik tu. SPM dulu pun dapat A2 je. Jumpa pula Fizik kat sini, memang bertambah-tambah la A aku.

     Okey.. Lupakan pasal Fizik dulu. Apa yang aku nak buat ya? Oo.. tengah cari benda ni! BT3.. BT 3.. mana kau menyorok ni? Aku pandang jadual kelas. Susahnya kalau takde kawan ni. Huhu.. Baru sekarang rasa sedih. Apa terlebih bijak la orang yang buat jadual ni? Letak English pagi-pagi hari ni? Ubat tidur aku tu selain Fizik. Aku rasa sejak tadika lagi jumpa English ni. Aku benci English.. boring!! Kalau tak kenangkan semua ni demi MUET, memang awal-awal lagi aku ponteng. Bijak aku punya plan. Kelas baru je nak start, dah macam-macam rancangan jahat dalam kepala aku ni. Teruk betullah!

     Lepas sepuluh minit bertawaf, barulah aku jumpa bilik tutorial tu. Kat sini kau menyorok ya BT? Bukak je pintu, dah ramai rupanya yang dah datang. Sunyi sepi je bilik tu. Macam tempat jin bertapa pun ada. Ek ena.. apa gaya semua orang skema maut ni? Biasa la.. first time jumpa kan.

     “Ada orang?” soalku pada seorang perempuan yang duduk sebelah meja kosong. Bagus position ni. Tak depan sangat, tak belakang sangat. Strategic untuk orang yang suka tidur dalam kelas macam aku ni.

     Dia senyum sebelum geleng kepala.

     “Tak..”

     “Nama apa?” soalnya lagi.

     “Qystine. Panggil Qys je. Kau?”

     “Adila.. panggil DD je.” Dia senyum.

     Baru pukul 7.45 pagi. Nampak macam semua orang dah sampai. Sempat aku kira. Dua puluh satu semuanya. Semua datang awal. Tapi, aku tak yakin semangat datang awal ke kelas ni akan kekal sampai hujung sem. Betul tak? Aku pun mungkin salah seorang daripadanya. Hehe..

     “Kau asal mana?” tanyaku pada orang sebelah. Masa ni la nak ice breaking dengan kawan-kawan kelas P2 ni.

     “Perak. Kau?” soalnya balik.

     “Aku orang sini je. Dulu sekolah mana?” soalku lagi. Mesti dia cop aku ni kaki sibuk. Peduli la.. memang aku ni kaki sibuk pun.

     “MRSM Langkawi.”

     Lepas dia cakap, masa tu la pintu masuk terbuka. Muncul seorang wanita Cina. Agaknya dia ni tutor kelas ni kot. Cantik betul handbag Gucci dia tu. Nak je aku ragut. Jual mahu dapat seratus ringgit. Duit.. duit.. dah terbayang duit dah kat mata aku ni. Biasalah.. Elaun KPT pun belum masuk lagi. Tapi, sebenarnya.. Apa aku melalut ni? Wahai Qystine.. Insaflah! Awal-awal kelas dah kumpul dosa. Istighfar, Qystine. Istighfar..

     “Morning class… I’m your tutor for FB001. My name is Chua Liew Sin. Just call me Madam Chua…”

     Aku hanya dengar. Aloha.. pesal la English dia sekali slang ngan cina? Nasib baik la dapat tangkap bunyinya walau pun tak berapa jelas. Balik ni nampaknya kenala aku korek telinga. Biar kasi lebih clear sikit.

     “You all have known each other?” soalnya lagi.

     Semua orang geleng. Madam Chua tepuk tangan sekali.

     “Okay.. since this is our first class and all of you still do not know each other, let’s start with introducing yourself. Move the tables aside and make two circles with the chairs. One inside and one outside.”

     Madam Chua keluarkan arahan. Semua orang gerak. Maka, bunyilah meja-meja dan kerusi-kerusi ditarik. Masa tu la baru aku perasan sesuatu. Lelaki yang berkemeja hitam tu, macam pernah nampak. Tapi, nama dia apa ek? Adi.. ke Adidas? Aidi.. Oo.. Aidit. Baru aku ingat. Aidit.. dia nampak aku. Sempat kami berbalas senyum. Makbul pulak doa dia nak jumpa lagi lepas hari tu.

     Maka, terbentuklah dua bulatan yang dibuat dengan kerusi yang saling menghadap. Bulat-bulat macam ni, macam budak tadika pun ada. Semua ambil tempat. Aku duduk di kurusi yang menghadap seorang budak perempuan yang pakai selendang hijau. Sempat kami berbalas senyum.

     “Okey.. everybody has a seat?” soal Madam Ghua.

     “Yess..” jawab seisi kelas. Serius macam bebudak empat tahun kat tadika. Ni kalau bagi jiran aku yang umur tiga tahun main ni, memang best ni. Aku masih tak tau apa motif buat dua bulatan macam ni.

     “Now, I want you to share with your in front partner about youself. Tell them what is interesting about English and what are the things you do not like about English..”

     Ni ke tasknya?? Aloha.. aku boleh je cerita pasal diri aku. Tapi, bila masuk pasal what is interesting about English tu… apa aku nak goreng? Kalau cerita pasal benda aku tak suka pasal English, memang berbuih mulut aku nak cerita.

     “Two minutes from now, you can start. Begin with the person inside the circle.” Inside the circe? Aku la tu..

     Kedengaran orang sebelah dan sebelah aku aku dah start bercakap. Aku je yang tak tau nak cakap apa. Adoi.. dah nak dekat enam bulam cuti ni, memang otak aku pun dah jadi slow sikit. Kena makan kismis banyak-banyak nampaknya. Biar jadi bijak sikit. Lepas tu, aku tengok orang depan, orang depan tengok aku. Sempat aku interview dia. Namanya Rosma, asal Terengganu, dulu belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seri Puteri. Aku cerita pasal diri aku sebelum dia cerita pasal dirinya.

     “Okey.. two minutes over.” Aku dengar Madam Chua bersuara. Semua orang berhenti bercakap. Kami semua berpaling ke arah Madam Chua.

     “Now.. the person inside.. please move two seats to the left,” arah Madam Chua. Alaa.. pesal la orang dalam pulak kena gerak ni? Tak aci aa.. dah kurang dah sikit glucose aku dalam badan bila gerak-gerak ni.

      Semua orang ikut arahan Madam Chua. Aku bergerak dua tempat ke kiri. Sampai pulak di depan seorang perempuan berbaju kurung merah. Dia senyum bila aku ambil tempat di depannya. Arahan yang dikeluarkan Madam Chua macam yang pertama tadi. Pesalla dera orang yang dok bulatan dalam ni? Menyesal aku tak pilih bulatan luar tadi. Huhu!

     Macam biasa aku tanya nama dia, dia tanya nama aku. Lepas tu, aku membuka hikayat tentang apa yang menarik tentang English dan apa yang tak menarik tentang English. Dah macam ulang tayang yang aku cakap dekat Rosma tadi. Sebijik-sebijik ayat sama aku guna.

     Dua minit berlalu, sekali lagi aku kena gerak ke kiri. Kali ni, langkau tiga kerusi. Bila aku duduk atas kerusi, baru aku sedar rupa-rupanya Aidit kat depan aku. Entah ingat entah tidak dia kat aku.

     “Qystine Safra bt Hambali..” sekali nama penuh aku dia seru. Aku sengih je la.. Ingat pulak dia nama penuh aku.

     “Aidit, kan?” soalku. Dah memang involuntary reaction, memang main keluar je dari mulut aku walaupun aku dah tau nama dia. Dia senyum. Perghh… senyum versi pencairan hati tu! Boleh tergugat aku ni. Pesal la kau ni handsome sangat? Buat tambah dosa anak dara orang yang suka cuci mata macam aku ni je la.

     “Betulkan aku cakap.. Kita jumpa lagi.” Aidit memulakan bicara.

     “Weh.. Khairul sambung mana wei?” aku pun tak tau kenapa boleh terkeluar soalan macam tu. Sekali sangkut nama Khairul pulak tu. Langsung terpesong dengan ayat Aidit kejap tadi.

     Aidit tak sempat bersuara bila suara Madam Chua yang dah bagi arahan. Arahan sama macam yang tadi. Waa.. boring a.. tajuk sama je. Aku sengih kat Aidit.

     “Tak payah la cakap menda karut tu.. baik kita bual-bual kosong. Lagi best.. kan?” bicara Aidit sambil angkat kening. Aku gelak.

     “Betul.. betul.. bagus punya idea.” Aku menyokong.
Mula-mula kenal memang agak kaku jugak. Tak tau nak cakap apa. Aku tanya dia, dia tanya aku. Lepas tu sama-sama sengih.

     “Wei.. dulu kau sekolah kat mana ya?” soalku. Dah mula nak korek segala soalan peribadi.

     “Aku dulu sekolah sains Johor..”

     “Ooo.. orang Johor la ni??” soalku.

     “Aku memang lahir kat Johor. Tapi, sekarang ni aku tinggal kat PJ,” cerita Aidit lagi. Tak peduli dah dengan orang-orang sebelah yang tengah berbuih mulut siapkan task yang diberi Madam Chua kejap tadi.

     “Waa.. PJ. Bestnya.. dekat giler. Mesti best sebab hari-hari boleh balik.” Aku dah jelous. Yala.. aku jauh giler. Kena rentas Laut Cina Selatan baru boleh sampai rumah. Lagipun, aku pun tak suka balik sana sebab boring giler!! Aku lebih suka lepak kat KL.

     “Kau orang mana?” selidik Aidit.

     “Aku lahir kat KL. Tapi, memang asyik berpindah je kerja aku sebab ikut papa aku. Sekarang ni pun, family aku dok kat Sarawak,” ceritaku.

     “Ayah kau kerja apa?”

     “Bapak aku kerja ngan syarikat perkapalan. Kenalah ikut mana-mana yang bos hantar.”

     “Okey.. two minutes over. Everybody.. please look at me,” kedengaran suara Madam Chua.

     Macam-macam idea Madam Chua nak bagi kami semua tak boring dalam kelasnya. Dan serius aku cakap yang kelas English dia ni takdelah sampai tahap boleh buat aku tersengguk dalam kelas. Mengantuk tu memangla mengantuk. Semua orang ikut apa yang diarahkannya. Madam Chua mengarahkan kami menyusun balik meja yang dah kami teraburkan kejap tadi. Semua duduk kat tempat asal macam awal-awal kami sampai tadi. Aku pandang jam. Bukti kelas ni tak berapa nak boring, macam tak rasa apabila jam dah menunjukkan pukul sembilan lebih. Kelas dah nak habis dah. Aku pun hampir kenal semua orang dalam kelas ni.

     “Do you have class rep and class assistant?” semua orang ternganga. Apa menda yang depan tu?

     “I mean class representative. Just like class monitor?” Oo.. kat university, orang panggil class rep, ya? Adoi.. dah maju setapak rupa-rupanya. Cakaplah penuh, class representative. Main singkat-singkat pulak. Kalau aku translate kepada Bahasa Melayu apa yang aku dengar tadi dah jadi ‘Perogol kelas’.. Haha! Teruk betul! Memang aku kena balik korek telingalah!

     Aku sengih sendiri.

     “So… anyone volunteer?” soal Madam Chua lagi. Semua senyap. Saling pandang sesama sendiri.

     “Anyone? Boy is better..” senyap lagi.

     Akhirnya aku angkat tangan.

     “Yes?” soal Madam Chua. Seluruh kelas pandang aku.

     “Aidit wants to be our class rep.” Selamba aku berkata sambil menunjuk ke arah Aidit. Aidit yang sedang menongkat dagu sebentar tadi terus terjatuh tangannya. Terus bulat matanya yang agak mengantuk tadi. Dia pandang aku. Tak percaya.

     “Can you?” Madam Chua mintak persetujuan.

      Aku sengih bila Aidit jeling aku. Sorryla, bro. Kau je lelaki yang aku kenal dalam kelas ni. Aku sebut je la nama kau. Jangan marah, ya. Nanti tak handsome. Berani pulak aku main sebut nama dia. Padahal kenal tak sampai dua puluh empat jam. Buatnya dia sembur aku lepas ni? Macam mana?

     Semua ternanti-nanti jawapan Aidit. Aidit jawab ya, maka terselamatlah sembilan lelaki yang lain. Dan aku yakin semua menanti Aidit menjawab ‘yes’.

     “I will…” semua tarik nafas lega.

     “… As long as Qystine Safra become my assistant,” jawab Aidit. Ternganga aku mendengarnya. Aku pandang dia. Aidit tersenyum menang sambil angkat kedua-dua keningnya beberapa kali. Wei… misi balas dendam nampaknya?

     Aku teguk liur. Kalau tadi, semua orang pandang Aidit, sekarang giliran aku pula. Mati kutu aku. Hampagas karat punya Aidit.

     “So?” soal Madam Chua kepadaku.

     “Okey…” aku akhirnya bersetuju.

     “Okey… our class rep is Aidit Fikri bin Awalludin and our class assistant is Qystine Safra bt Hambali. Both of you.. please give your phone number.”

     Aku menurut. Adoi.. hancur ana punya program. Baru je aku pasang niat nak ponteng kelas dia lepas-lepas ni. Sekali dah diangkat jadi penolong kelas. Perghh.. penolong tu!! Hancurlah kelas ni dalam tangan aku. Nasib baik bukan jadi ketua. Terima kasih pada Aidit la yang lantik aku. Nak kenakan mamat tu, memang kena fikir dua hari dua malam dulula..

7 comments:

  1. BEST kooooooootttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  2. hahaha.. best!
    well done, writer.

    ReplyDelete
  3. mcm ku knl je siapakah identiti sebnr madam chua 2,,haha
    buat bulat2 ni

    ReplyDelete
  4. Ops, budk UM ke? :)

    ReplyDelete
  5. best jalan ceritanya.. Good writer..

    ReplyDelete
  6. CIK FAIRYTALE SINA19 October 2014 at 09:29

    anjell memang TERBAIK....................................................................................................................................

    ReplyDelete
  7. sentiasa best.. terbaik Anjell.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )