Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday, 16 February 2012

7 Lelaki (BAB 4)

BAB 4

Kelas dah hampir sebulan bermula.Sibuknya memang bukan main lagi. Warghh.. tension dowh!! Dari pagi 8.00 pagi ke 5.00 petang hanya rehat sejam je untuk sembahyang dan makan. Lepas tu sambung balik. Macam mana la senior-senior aku ni belajar? Aku dok MARA dulu pun tak seseksa ini. Patutlah dorang cakap ramai jugak budak yang akan drop sebab tak tahan sangat dengan cabaran kat PASUM ni. Tapi, aku nak jadi salah sorang daripadanya ke? Mestilah taknak.. aku kalau dah buat sesuatu, aku akan teruskan sampai akhir. Tak main la sekerat jalan ni. Give up tengah-tengah jalan, apa kes? Bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Ceh.. guna peribahasa pulak aku hari ni!

     Aku memang takkan give up. Tapi, kalau merungut tu, memang tak leh nak elak. Almaklumlah.. manusia. Setakat aku cakap, “Tensionnya aku!” ataupun “Arghh.. bencinya fizik!” tu memang Hani dah imunne dah dengar. Aku memang tabik spring aa dengan senior-senior yang berjaya. Tiba-tiba teringat si PP Airel. Dia dulu pun asasi sini jugak. Siap sambung medic lagi sekarang ni. Perghh.. semestinya result gempak. Confirm 4.0. Waa.. bijaknya! Aku tersedar sesuatu. Wei.. apahal le aku teringat doctor sewel tu? Nak cakap rindu, memang kirim salam maut awal-awal lagi la. Pangkah besar-besar macam nak mengundi pilihan raya tu!

     Lepas minggu orientasi, memang sekali je aku pernah terserempak dengan dia. Lepas tu, aku buat-buat tak kenal dah la. Jalan straight macam pembaris. Nasib baik tak sampai tahap jumpa dia nak jelir lidah. He..he.. Langsung aku tak tegur dia. Bukan akulah nak tegur beramah mesra dengan orang aku tak kenal. Sorry bebanyak. Dia pun rasanya memang konfem tahu yang aku ni allergic tahap langit ke tujuh dah dengan dia tu.

     “Wei..budak fizik. Nak pinjam tutorial fizik kau.” Aku panggil Hani yang tengah ligat tekan kalkulator. Budak fizik la katakan.. macam ni la. Tekan kalkulator macam nak hentak kepala orang je gayanya.

     “Nah budak bio..” dia hulurkan beberapa helai kertas A4 putih. Semestinya penuh dengan kira-kira. Naik juling mata melihat. Tambah pulak dengan tulisan Hani yang memang kecik.

     Aku memang alah la dengan Fizik ni. Tengok symbol Alpha, Beta, Gama pun dah boleh nak termuntah. Aku heranlah. Aku baca soalan a. Terus nampak bintang-bintang. Soalan add maths pun takdelah se-complex ini. Huhu.. lupa la pulak pasal Newton’s Law. Apa menda la ni? Tula.. dalam lecture hall dah syahid awal-awal. Macam mana nak berkat Qystine oii? Padahal SPM dulu dah jumpa. Aku memang dah buang jauh-jauh ilmu Fizik lepas habis SPM dulu. Memang otak aku kena amnesia kalau bab fizik. Sebab tu la soalan simple macam ni pun tak boleh nak jawab. Nasib baiklah ada rujukan. Hehe.. aku kembali khusyuk pada kertas soalan.

     What is the third principle of the Newton’s third law and derive the formula. Prove it. Adoii.. soalan apakah ini? Dahlah suruh derive, pastu nak aku buktikan pulak? Aku garu-garu kepala. Ni semua Newton punya pasal. Rajin pulak nak kaji menda-menda macam ni. Kenapalah dia wujudkan hukum-hakam ni? Buat penat orang nak belajar la! Tak pasal-pasal Newton pulak yang aku marahkan.

     “Wei.. tensionlah jawab fizik ni,” rungutku. Kertas Hani kutolak ke tepi. Nasib baik orang punya. Kalau aku punya, memang aku dah origamikan jadi kapal terbang kertas. Tulis ‘I Love You’ ngan nombor telefon, pastu layangkan kapal terbang tu kat bangunan blok lelaki seberang tasik sana. Untung-untung dapat boyfriend sorang esok. Cehh.. cantek punya plan. Ha..ha..

     Ahh.. fizik tak penting. Memang aku dah pasang niat nak korbankan fizik sebab hanya tiga mata pelajaran terbaik yang akan dikira untuk result akhir peperiksaan nanti. Jadi, untuk bebudak Hayat memang dah nampak dah jalan fizik menuju ke jalan yang macam mana. So, baiklah korbankan awal-awal. Hmm.. kesian lecturer aku yang mengajar fizik. Haha..

     “Bencinya fizik…”Aku merungut lagi. Aku rasa sejak kelas bermula ni menang berbakul-bakul dah aku rungutkan fizik.

     “Sebanyak mana kau bencikan fizik?” soal Hani.

     “Sebanyak buih di dasar lautan.” Aku terus jawab tanpa berfikir. Tergelak Hani yang mendengar.

     “Mengarut la tu. Kat dasar lautan ada buih ke?” Hani ketawa lagi. Aku turut tersengih. Main hentam je bahasa aku.

     “Ni sebab fizik la. Otak aku dah tak betul dah.” Fizik juga yang aku salahkan.

     “Fizik senang je la..” Hani sempat menyampuk.

     “Barang minat ni tak leh buat main la.” Aku merungut. Kejamnya system belajar kat sini. Memaksa bebudak yang benci fizik untuk belajarnya.

     “Minat boleh dipupuk aa..”

     “Ek ena.. cuba pulak tetiba budak fizik diwajibkan belajar bio. Nak?” soalku.

     “No.. tak minat.”

     “Tau pun..anyway, kalau aku cadangkan pada pihak berkuasa macam best jugak. Barulah budak fizik faham macam mana seksa budak hayat.” Aku urut dagu. Cantek jugak plan aku ni. Ha..ha..

     “Memang kaulah orang pertama aku terajang lepas ni,” balas Hani. Aku gelak.

     “Lek aa.. setakat ingat menda-menda yang dalam tubuh manusia tu, apalah sangat? Macam macam kacang je..” aku dah berlagak.

     Aku menguap.

     “Ngantuknya..”

   -------

Malasnya nak bangun! Berat terasa kepala nak bangun. Ni mesti kerja setan yang hasut aku dan memang taknak aku cepat-cepat bangun. Suara Hani yang bingit mengejutkan aku tu tak aku pedulikan. Bisinglah! Ngantuknya.. aku menguap lagi.

     “Aku nak bangun la ni,” rungutku bila tangan ditarik Hani.

     “Kau kelas pukul 8.00 kan? Cepatla.. dah pukul berapa ni,” bebel Hani lagi.

     Aku pandang handphoneku. Ala.. baru pukul 7.20 pagi. Lek aa.. Aku masih melengah-lengah. Malas betul! Lagi malas bila mengenangkan tutorial pagi itu adalah Fizik. Encik Safar mengajar pun bukannya best! Asyik menguap je kerja aku. Tak pernah nak faham.

     “Ya.. aku nak bangun la ni!” sempat kusengih pada Hani yang dah bagi aku jelingan maut. Awal betul Hani hari ni. Dah siap bertudung pulak tu. Memangla dia pengganti mama yang terbaik. Kontra betul dengan mingu orentasi dulu. Dah terbalik pula. Dulu, asyik aku yang kena kejutkan dia.

     Aku capai tuala. Sebelum Hani membebel lagi, baik aku cepat-cepat pergi mandi. Bila aku siap mandi, kulihat Hani sudah keluar. Pergi breakfast dengan kawan kuliahnya la tu. Aku tak sempat nak gosok baju kurung semalam, jadi aku capai je mana-mana baju yang tak berkedut. Sememangnya boleh dikatakan semua baju kurung yang aku bawa ke sini memang tak perlukan khidmat iron. Maklumlah.. akukan anak dara paling ‘rajin’ dalam dunia ni. Hehe..

     Macam biasalah, bila aku turun ke foyer D, Aria, kawan sekumpulan denganku dah siap menunggu. Boleh dikatakan dialah kawan perempuan aku yang paling rapat dalam kumpulan tutorial P2 ni. Kami pergi kuliah sama-sama, balik pun sama-sama. Nasib baiklah dia ni sekepala ngan aku. Aku pulak memang senang nak go on dengan semua orang selagi allergic aku belum muncul.

     “Sorry.. lama tunggu.” Aku sengih.

     Sejak kuliah start ni, memang asyik dia je yang tunggu aku. Nasib baik la dia jenis yang sporting. Tapi, lambat-lambat aku takdelah sampai tiba ke kelas masa tutor tengah mengajar. Kami berdua jalan beriringan ke BT11. Semasa tiba di dalam bilik tutorial, ramai dah yang datang. Kelas pun bising bukan main. Memang kontra 360 darjah dengan kali pertama tutorial bermula. Aku mengambil tempat di tepi DD dan Imani yang memang dah tolong cupkan awal-awal untuk kami.

     “Wei.. dah siap Fizik?” Aidit menegurku. Entah bila dia muncul. Awal pulak mamat ni hari ni.

     Aku sengih. Ini dia salah satu manusia yang seangkatan denganku. Belia benci fizik. Tengok muka dia yang tersengih macam kerang busuk tu, memang tak siap lagilah tu. Tapi dia tu memang pelik. Kata benci fizik, tapi otak punyalah tahap bergeliga. Tengah-tengah tidur, bila lecturer tanya boleh pulak dia jawab. Masa kuliah pulak, aku tengok tangannya tengah sibuk melukis Naruto. Tak pun tengah khusyuk melayan komik. Tapi, bila aku tersalah, boleh pulak dia betulkan. Pelik betul mamat ni!

     “Mestilah tak. Aku buat soalan satu je. Lepas tu, aku tidur semalam,” jawabku.

     “Aku pulak kertas soalan pun dah hilang entah ke mana,” selamba dia berkata. Aku tak terkejut kalau Aidit yang berkata.

     “Memangnya kertas soalan kau pernah tak hilang ke?” sindirku.

     Aidit gelak. Yalah.. aku rasa kertas soalan dia tu mana pernah ada. Entah ke mana ghaibnya. Disorok jin agaknya? Tak pun sedekahkan kat mak cik jual nasi lemak.

     “Lepak aa.. Encik Safar tak pernah nak check pun. So, rileks aa.” Mudah Aidit berkata.

     Aku geleng kepala. Nampak macam dia main-main je masa belajar. Tak pernah serius mamat tu. Tapi, otak dia memang cair la. Budak gifted agaknya. Tiap kali kuiz Biologi tiap-tiap minggu, mana pernah dia dapat markah kurang daripada sepuluh. Sampaikan lecturer Bio pun dah kenal dah dengan dia. Aku pulak yang dengki tengok kertas kuiznya yang asyik ditulis ‘good’ oleh lecturer.

     “Eleh.. kau tu bijak! Tak belajar pun takpe. Dah.. blahla kau budak bijak, ganggu orang je. Kesian Aria. Terganggu concentration nak copy paste fizik ni.” Aku halau Aidit yang tengah lepak di depan mejaku. Sempat dia buat muka sebelum berlalu ke tempat asalnya.

     Aria di sebelah memang tak cakap apa-apa. Khusyuk benar meniru tutorial fizik DD. Nak dijadikan back up la katakan. Kot-kot kena panggil buat kat depan lepas ni, tak pasal-pasal free je kantoi tak buat. Tapi, memang bagus diala daripada aku. Aku pulak lagi senang. Memang aku pinjam terus tutorial fizik Hani. Yang aku punya pulak, macam yang aku cakap kat Aidit tadi, sampai soalan satu je sebelum aku syahid tersungkur semalam. Hai.. bilalah aku nak berhenti buat kerja jahat ni?

     “Assalamualaikum semua.”

     Seorang lelaki segak melangkah masuk. Semua sibuk membetulkan duduk masing-masing. Terus diam kelas yang dah bertukar macam pasar tadi. Aku pandang lelaki yang memberi salam itu. Manis saja senyuman yang diberikan kepada kami semua. Semua pelik melihatnya.

     “Sejak bila pulak Encik Safar jadi muda ni?” DD berbisik padaku. Sempat aku tersenyum lucu. Betul jugak. Sejak bila pulak Encik Safar jadi muda? Siap rambut cacak lagi. Mana perginya rambut putihnya?

     Aku pandang Aidit. Isyarat mata antara kami. Dia turut mengangkat bahu. Juga tak tahu. Aidit sebagai class rep pun tak tahu. Aku lagilah tak tahu. Agaknya dia pengganti Encik Safar kot. Mungkin Encik Safar cuti. Aku buat andaian sendiri.

     “Nama saya Akif Iman. Awak semua boleh panggil saya Encik Akif. Saya tutor baru kelas P2 ni.” Lelaki itu menjelaskannya.

     Aku angkat tangan.

     “Yes?”

     “Kenapa Encik Safar dah tak ambik kelas kitorang?” soalku.

     Sengaja aku bertanya. Kot-kot la Encik Safar merajuk dengan kitorang sebab kitorang tak pernah nak siapkan tutorial dia. Hehe.. kalau betul terjadi, memang besarnya dosa kami semua sebab dah jadi pelajar derhaka. Tapi, tak semestinya apa dalam kepala aku ni betul.

     “Actually.. selama ni, dia ganti saya. Dia tolong jagakan kelas saya sekali sebab saya tengah sibuk dengan tesis saya. Saya sebenarnya tutor fizik awak semua. Encik Safar tak pernah cakap ya?”

     Kami geleng. Oo.. baru aku tahu. Sebulan Encik Safar menggantikan Encik Akif. Kata Encik Akif sebab dia sibuk dengan tesisnya. Mesti pelajar master ni. Memang ramai tutor di sini yang sedang dalam proses habiskan master. Sebab tu la ramai yang muda-muda.

     “Okey.. kalau tak ada apa-apa lagi, boleh kita mulakan kelas sekarang?” soalnya. Dia pandang kami semua. Nak tengok kami bersedia ke belum agaknya.

     “Sebelum saya terlupa, who’s the class rep?”

     Aidit angkat tangan.

     “Assistant?”

     Aku pulak yang angkat tangan.

     “Give me your phone number at the end of the class,” arahnya. Aku dan Aidit angguk.

     “K.. soalan pertama….”

     “Handsomenya… kalau macam ni, memang terus naik semangat aku nak belajar fizik.” Aria mengomen. Apa yang Encik Akif merapu kat depan aku dah tak peduli.

     Aku ketawa kecil dengan komen Aria. Memang betul pun. Serius dia kacak. Sejuk je hati pandang wajah sucinya itu. Otak yang tengah berserabut dengan masalah fizik pun boleh terlerai. Aku konfem lepas ni memang semua dah tak sabar-sabar tunggu kelas fizik. Terutama sekali perempuan.

     “Memang handsome pun. Tapi, kalau cara mengajar macam Encik Safar, memang kirim salam awal-awal la. Terus patah semangat aku.” Aku pula menambah.

     Dan aku harap agar dia tak macam tu. Aku harap cara dia ajar tu boleh buat orang faham. Bukan macam nak ajar diri sendiri. Tapi.. bagi aku, kalau dah namanya fizik, turunlah anak raja sekacak mana pun, kalau dah aku tak suka memang aku takkan suka. Bilala aku nak suka fizik ni? Tutor pun dah dapat yang handsome. Apa lagi yang tak cukup ni?

     Hai.. asyik fizik je yang jadi masalah aku yang paling besar kat sini.

6 comments:

  1. true story..mse zmn blaja dulu pon,fizik pngkah besar2...then msuk lect baru..wohoooo..kachakk xhengat.. brsinar2 mata :) yg laki stok2 awwww pon brsinar mata :)

    ReplyDelete
  2. waaa... Ramai rr yg blh angkt jadi geng, 'belia benci fizik'.... :D
    tp, cita ny smpai eps0d ny je ka? Smb0ng rr lagi....

    ReplyDelete
  3. huh! kalu dpt lect encem, mmg bersinar la mata....

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Fizik is my fav subject untill now.. ekeke.. Hopely..

    ReplyDelete
  5. Nk request ngan writer blh x? Tlg update bab 6, 7 n seterusnya utk tajuk 7 lelaki...pleaseeeeee...

    ReplyDelete
  6. kita nie sama.saya pun minat BIO.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )