Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday, 27 March 2012

7 Lelaki (BAB 5)

BAB 5

Aku kemas meja study yang dah takde rupa meja tu. Punyalah bersusun buku macam nak bina KLCC dah gayanya. Kalau buku study tu takpe la jugak. Ni tak, rak buku aku penuh dengan novel je. Nak apa? Bicara Hati? Ombak Rindu? Pegilah Sepi? Campur pulak dengan komik-komik. Detective Conan? Kreko? Lawak Kampus? Datang je bilik aku. Macam-macam ada. Sewa satu buku, dua ringgit sejam. Hehe..

     “Cuti tiga hari ni kau balik tak?” soalku pada Hanni. Hanni tinggal di Gombak je. Biasanya memang hujung-hujung minggu dia balik. Tu pun kalau dia tiada kerja. Tak pun kalau sebab mak dia bising suruh balik. Maklumlah.. anak bongsu la katakan. Dok bawah ketiak mak la kerjanya. Macam aku dengan mama. Hehe..

     “Balik. Aku taknak balik sebenarya. Banyak tutorial la. Dahlah nak dekat test 1. Aku balik, memang layan TV je la. Tak pun online dua puluh empat jam.”

     “Dah tu tak payahla balik.” Aku menghasut. Hehe.. temankan adinda yang kesunyian di sini.

     “Takleh le.. sebab mak aku pulak nak buat kenduri doa selamat sebab abang aku dah selamat balik dari Jepun,” jawab Hanni yang turut mengemas mejanya.

     “Pesal taknak balik pulak? Punyalah nikmat rumah dekat. Kalau aku jadi kau, memang tiap-tiap hari aku balik. Agaknya terus tak dok kolej aku.”

     “Kau ada pergi mana-mana tak? Kalau tak, jom lepak rumah aku..” Hanni mengajak aku. Dah berapa kali dia ajak aku. Tapi, sekali je aku pernah pergi rumah dia.

     “Hmm.. pergi rumah kau ya?” aku berfikir sejenak. Macam best je idea tu. Makan dah free, mesti best-best pulak tu. Jimat dah tiga puluh ringgit aku.dah boleh buat top up. Mak dia pun baik. TV ada. Tapi.. aku tak bolehla.

     “Abang kau baru balik ya? Dia handsome tak? Kalau handsome aku ikut.” Aku sengih pada Hanni.

     “Eii.. gatal!” Aku ketawa.

     “Aku nak jadi kakak ipar kau ni. Nak tak?” Aku pandang Hanni. Kening diangkat beberapa kali.

     “Tak nak.. kesian abang aku sebab kau tu pemalas,” selamba Hanni membalas. Aku gelak.

     “Ewah.. ikhlas bunyinya?” giliran Hanni pulak ketawa.

     Aku marah ke? Mestilah tak marah. Buat apa nak marah kalau dah memang apa yang Hanni cakap tu betul? Haha.. aku tahu apa yang Hanni maksudkan dengan pemalas. Tengok sajalah katil aku, meja study dan almari aku. Punyalah cun! Gaya dah macam konfem 4 flat! Sekali aku sepahkan buku, memang tak nampak lantai la jawabnya. Memang dasar pemalas tahap tak ingat.

     “Nak ikut ke tak? Jomla..” Hanni ajak aku lagi.

     “Tak boleh la. Aku dah janji dengan Aunty Lily nak balik rumah dia. Karang aku cakap tak jadi, memang kena servis kaw-kaw la ngan mama aku,” balasku.

     Kalau ikutkan hati, memang aku nak balik rumah Hanni. Takdela cuti boring tahap langit ketujuh. Tapi masalahnya aku dah janji dengan Aunty Lily. Dah banyak kali dah dia call. Ajak aku balik rumah dia. Sampai-sampai aku nak kata tak pun tak berani. Huhu.. beratnya rasa hati nak pergi rumah Aunty Lily. Sebab aku memang tak kenal kawan mama tu. Adoi.. macam mana la aku nak selesakan diri lepas ni?

     “Oo.. aunty yang kau cakap kawan mama kau tu ek?”

     Aku angguk.

     “Dia ada anak lelaki tak? Kalau ada, kau tunjukla sifat perempuan Melayu terakhir kau depan dia. Untung-untung jadi menantu.” Hanni ketawa.

     “Kalau handsome mestilah.” Aku menjawab sebelum tergelak.

     Mintak-mintak la aku selesa dengan Aunty Lily.

     ----

Aku pakai baju t-shirt lengan panjang oren bersama seluar jeans hitam. Dah bersedia nak ke rumah Aunty Lily. Bilik aku dah sunyi sebab Hanni dah balik rumah. Floor aku dah sunyi sepi. Balik rumah la tu semua. Ya la.. tiga hari cuti, nikmat tu! Kalaupun ada yang tak balik, memang tengah merayap serata KL la tu. Pergi Time Square ke.. KLCC ke.. paling dekat Mid Valley yang memang penuh dengan budak UM je rasanya. Hanya bebudak skema maut je yang sanggup bertapa kat sini sebab nak study.

     Aku tak bawa banyak barang ke rumah Aunty Lily. Cukup untuk penuhkan beg galasku je. Tutorial pun aku bawa. Kononnya nak tunjuk rajin depan orang la katakan . Hehe.. Biar kalau Aunty Lily call mama, lepas tu cakap, “Pina.. anak kau rajin ler. Untung kau dapat anak macam dia. Bagus betul. Berkenan aku nak buat menantu..”

     Aku dah tergelak sendiri. Tinggi sungguh kalau bab-bab berimaginasi ni. Kalau la boleh nak berimaginasi dalam bab fizik tu ada jugak gunanya. Arghh.. fizik yang aku benci tu juga yang aku ingat! Sedang aku dah masuk dunia angan-angan aku sendiri, masa tulah telefonku berbunyi. Aunty Lily.

     “Assalamualaikum, Qys..” Aku jawab salam Aunty Lily.

     “Aunty dah sampai depan Dewan Tunku Canselor ni. Qys tunggu Aunty kat bawah, ya.”

     “Okay. Nanti Qys turun.”

     Talian dimatikan. Alamak.. Aunty dah nak sampai la. Cepat-cepat aku pakai tudung hitam. Nak pergi toilet kejap. Laju aku berlari ke tandas. Kemudian, aku kunci pintu bilik sebelum turun ke foyer D. Bimbang pulak kalau-kalau Aunty Lily dah sampai.

     Aku berdiri di bawah garaj kereta. Nampak banyak kereta masuk. Ramai yang nak balik. Jelousnya aku. Kalau la Sarawak tu macam pergi Petaling Jaya je kan best. Bukannya aku tak boleh nak balik. Boleh je kalau aku nak. Papa pun bila-bila masa boleh tempahkan tiket. Tapi, aku masalahnya aku malas. Nak pergi airport satu hal. Nak duduk dalam flight yang tak pernah seronok satu hal. Cuti tiga hari je. Buat penat je kalau aku balik.

     Aku pandang ke arah pintu pagar. Mana Aunty Lily ni? Baru aku perasan. Macam mana aku nak cam Aunty Lily. Jumpa pun tak pernah. Aku terus menunggu.

     “ Qystine?” seseorang menegur aku.

     Aku senyum. Ni mesti Aunty Lily. Punyalah cun. Macam anak dara. Macam tak percaya dia kawan mama. Awet muda! Aku salam tangan Aunty Lily. Aunty Lily cium kedua-dua pipiku.

     “Dah besar panjang anak Sufina ni. Dulu jumpa hingus pun tak kering lagi. Sekarang dah cantik cun.” Aunty Lily dah puji melambung.

     Aku senyum je la. Hati dah kembang tiga inci. Ni aku dah nak start perasan ni!

     “Macam mana aunty boleh cam Qys?” tanyaku.

     “Macam mana Aunty tak kenal kalau muka tu dah sebijik macam mama kamu masa muda. Jom, kita balik rumah aunty. Qys dah makan? Kalau belum, kita makan dulu.”

     Aunty Lily tarik tangan aku menuju ke keretanya.

     --------

“Macam mana study? Okey tak?” Aunty Lily bertanya.

     “Boleh tahan susah la. Tapi Alhamdulillah la sebab still boleh nak catch up..”jawabku. Kecuali fizik. Sempat aku sambung dalam hati. Hehe..

     “In future ni tak tahu la. Mintak-mintakla takde masalah.” Terutama sekali fizik. Aku sambung dalam hati.

     “Mestilah tough. Sebab yang masuk PASUM ni bukan calang-calang orang. Anak-anak Hambali mestilah bijak macam ayahnya, kan?” Aunty Lily memuji lagi.

     “Abang kamu yang dua orang tu dok mana sekarang ni? Lama betul tak jumpa. Dulu selalu je main dengan anak aunty.”

     Kenangkan abang aku dua orang tu memang buat aku dengki tahap luar alam. Sukanya mereka merantau di Negara orang. Lamanya tak jumpa dorang. Rindunya.. sebab takde dah orang yang selalu nak usik aku.

     “Abang Khai sekarang dok kat Stanford University. Abang Zarul pulak kat Massachusetts Institute of Technology. Dua-dua sambung engine.”

     “Dua-dua dok US. Qys kenapa tak sambung oversea jugak?” soal Aunty Lily.

     “Madam besar tak bagi. Dipersetujui pulak oleh hakim tertinggi.”

     Aunty Lily ketawa dengar jawapanku.

     “Mama ngan papa tak bagi rupanya. Takpela.. study dalam Negara pun okey jugak.” Aku angguk. Study kat UM pun dikira oversea jugak la sebab kena rentas laut nak datang sini. Hehe..

     “Seronok tak dok UM?” tanya Aunty Lily lagi.

     “Boleh tahan la..” Apala aku ni. Sejak tadi lagi dok jawab boleh tahan je. Haha..

     “Aunty pun ada anak study kat UM ni. Dah tahun last dah. Aunty nak datang dengan dia tadi sebenarnya. Tapi dia pulak ada group discussion dengan kawan-kawan,” cerita Aunty Lily lagi.

     “Anak aunty tu course apa?”

     “Pure Physics.”

     Bersinar mata aku yang mendengar. Waa.. pure physics tu! Bolehla aku suruh dia ajarkan aku fizik nanti. Setakat syllabus asasi tu apalah sangat dengan budak pure physics. Tak sia-sia aku balik rumah Aunty Lily. Harap-harap sudilah dia ajar aku. Huhu..

     ------

Rumah Aunty Lily terletak di Cheras. Takdelah jauh sangat dari UM. Masa tiba di rumah, kedengaran azan asar.

     “Masuklah, Qys. Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri je. Aunty tak kisah. Anggap je aunty macam mama Qys.” Aunty Lily nak aku selesa. Aku angguk. Aku ikut Aunty Lily masuk ke dalam rumah.

     “Macam takde orang je kat rumah aunty. Aunty tinggal sorang ke?” tanyaku lagi sambil memerhatikan dalam rumahnya.

     “Aunty tinggal dengan anak tunggal aunty je.”

      “Suami Aunty mana? Kerja ek?” tanyaku lagi.

     “Suami aunty dah lama dah meninggal dunia. Masa anak aunty darjah enam lagi.” Aunty Lily jawab sambil tersenyum.

      Serba salah aku dibuatnya. Pesal la mulut aku ni tak reti dok diam. Sibuk nak tanya pulak. Suka hati Aunty Lily la kalau rumah dia sunyi. Yang aku sibuk ni pakehal? Tak pasal-pasal timbul isu sensitive. Tapi serius aku tak tahu!

     “Sorry.. tak tahu.” Aku minta maaf.

     “Tak apa. Aunty tak sedih pun..” Dia gosok kepalaku.

     “Sekarang ni, Qys naik bilik, berehat. Nanti kita makan malam sama-sama. Jom Aunty tunjukkan bilik.

     ------

Apalah aku ni! Datang rumah orang dah berlagak macam tuan puteri pulak. Sampai-sampai Aunty Lily yang kena ketuk pintu aku sebab nak ajak aku turun makan. Bukannya aku reti-reti nak turun sendiri awal-awal lagi. Tolong apa-apa yang patut ke. Hishh.. takde adab sungguh aku kat rumah orang. Kalau mama tahu ni, memang kena Clorox kaw-kaw ni!

     “Hye, aunty.” Aku duduk di tepi Aunty Lily.

     “Hye.. study ke tadi?”

     Aku sengih. Study sangat la dengan komik Zoologi. Nak tertanggal rahang sebab gelak. Kalau baca Bio macam tu alangkah indahnya dunia ni. Aku geleng.

     “Baca komik,”jawabku jujur.

     Aku pandang makanan depan mata. Daging masak merah. Sayur hailam goreng ikan masin. Lagi.. kuah asam pedas ikan pari. Dan banyak lagi! Waa.. Nampak sedap giler. Banjir mulut aku. Memang jauh bezanya dengan apa yang dijual di kafe. Tak sabar-sabar aku nak makan. Tambah perut tengah melalak mintak diisi.

     “Jemput makan, Qys. Makan banyak-banyak. Jangan malu-malu.” Aunty Lily menyerahkan aku sepinggan nasi.

     Aku angguk. Jangan risau, aunty. Kalau bab-bab makan, Qystine Safra memang tak pernah malu. Hehe.. baru je aku nak senduk kuah asam pedas, ada orang bagi salam.

     “Assalamualaikum, ma.”

     Nasib baik tak melambung sudu aku. Terkejut sebab suara itu suara lelaki. Terus aku teringat rambut cantik aku yang berikat ekor kuda ni. Free terdedah tanpa tudung. Terus aku berlari ke dalam bilikku mencari tudung.

     “Eh.. nak ke mana tu?” sempat aku dengar suara Aunty Lily. Tapi sebab emergency case punya pasal, memang tak sempat nak jawab.

      Aku memang pantang auratku dilihat oleh lelaki bukan muhrim. Papa sangat tegas dalam bab menjaga aurat. Pesal la aku lalai dalam bab ni? Padahal kalau aku bertandang rumah orang, hal aurat la yang paling aku jaga. Anak aunty Lily lelaki rupa-rupanya? Mati-mati aku ingat perempuan. Adoi.. suka-suki aku je nak tembak. Kalau tembak kena tu tak pe, ni tak pasal-pasal tambah dosa. Lupa pulak yang Aunty Lily tak pernah cakap yang anak dia perempuan atau lelaki.

      Aku turun semula bersama tudung hitam. Rimasnya nak bertudung dalam rumah. Tapi kalu dah terpaksa nak buat macam mana? Aku merapati meja makan. Aunty Lily sedang melayan anak lelakinya yang membelakangiku. Malunya aku nak menghadap dia!

     “Haa.. Qys. Laju je tadi, pergi mana? Eh, pakai tudung?” Aunty Lily terkejut melihat aku.

     Aku senyum. Tak jawab apa-apa. Agaknya Aunty Lily lupa yang anak dia tu lelaki bukan muhrim bagi aku. Aku ambil tempat di tepi Aunty Lily.

     “Ni la anak aunty yang aunty ceritakan tadi..” Aku angkat muka. Memandang lelaki yang duduk bertentangan dengan aku.

     “Encik Akif?”

     “Qystine?”

     Kami sama-sama terkejut. Keciknya dunia! Tutor aku rupanya anak aunty Lily. Aku dah rasa segan tahap setinggi gunung Everest. Lagila segan bila kenangkan aku yang dah macam tengah lumba lari pecut depannya tadi. Kepoh tahap tak ingat. Segan kuasa tiga pulak bila kenangkan free je aku bagi tonton rambutku tadi.

     “Eh.. dah kenal ke?” Aku diam tanpa menjawab pertanyaan Aunty Lily.

     “Apa tak kenalnya, ma. Ni student Akif. Akif ajar fizik,” jawab Encik Akif.

     “Ya Allah.. macam mana la ma tak ingat yang Akif jadi tutor budak asasi.” Aku nampak Anty Lily geleng kepala.

     “Jadi ni la anak angkat ma ya?” Encik Akif bertanya lagi.

     Aku masih diam. Senyap mejamu selera. Tanpa mulut berbicara. Sejak bila pulak Aunty Lily jadi mak angkat aku ni? Aku memandang kedua beranak itu. Canggungnya aku! Bukannya aku ni tak biasa dengan lelaki. Tapi, kalau dah lelaki tu tutor aku sendiri memang payahla. Nak buat jahat pun susah. Nak berlagak baik pun payah.

     “Qystine pulak kenapa senyap je ni? Biasanya dalam kelas dialah yang paling bising,” soal Encik Akif.

     Bila masa aku bising dalam kelas? Paling bising pulak tu dia cop aku! Biasala kan kalau nak bergosip dengan kawan-kawan. Nak puji lecturer handsome. Nak kutuk lecturer boring. Planning nak ponteng kelas. Biasala, kan? Apalah nanti Aunty Lily fikir. Tak pasal-pasal aunty ingat aku ni budak jenayah. Janganla pulak dia bukak cerita yang aku ni tak pernah siap tutorial fizik dia dah la. Teringat ada sekali satu kelas kantoi tak siapkan tutorial fizik dia. Nasib baik dia tak mengamuk masa tu. Malu kot! Malu boleh kira ampun lagi. Yang tak boleh ampunnya kalau-kalau Aunty Lily report kat pihak berwajib kat Sarawak nu ha. Memang cairla taik telinga aku dibebel mama.

     “Seganlah, Encik. Tak sangka pulak Encik anak aunty Lily.”

     “Apa encik-encik ni? Kita kat rumah, sayang. Bukan kat UM. Kat UM memang Akif ni tutor. Tapi kat rumah, anggap dia macam abang Qys,” tegur Aunty Lily.

     Abang? Bapak segan!

     “Kan Kif?” Aunty Lily tanya anaknya pula yang sedang mengunyah ayam goreng berempah itu. Aku pandang Encik Akif. Dia pandang aku. Bahunya diangkat.

     “Well.. Kif tak kisah.”

     Tapi aku kisah!! Segan dowh.

51 comments:

  1. waaaa..... akhirnya... lawak2... boleh Qys wat larian pecut ek... hehehehe

    ReplyDelete
  2. writer bilank smbung.. hehe.. best sgt neh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nak habiskan exp cinta dlu baru nak pay attention pada 7 lelaki.huhu

      Delete
    2. cepat2 la ec ciap,,nk menggelepar nk bace ni..hehe

      Delete
    3. writer, sambunglah cepat kan exp cinta dah siap?siap dah dijadikan buku lagi. sambunglah 7 lelaki / tundukkan playboy itu/ suamiku paling sweet.

      Delete
  3. best giler...cepat sambung ..

    ReplyDelete
  4. Masyuk..mmg best..cpt smbg eh writer..hehe
    Ase cm qys ngn tutor dia la..hehehee..
    Chaiyok3x writer..n tq.

    ReplyDelete
  5. OH MY GUCCI..!! best gler tahap gedebom gedebam gedebuk..! miss..next entry plizz... :>

    ReplyDelete
  6. seriusly n3 anjell best2 blake..Tak sbr nk tnggu kisah slnjutnya..good job anjell.

    ReplyDelete
  7. Bila sambungan? Lama dah ni

    ReplyDelete
  8. wahhh...kak anjel bila nak ada nex n3 nyh...x sabar nak baca yg selanjutnya.
    anyway EC dah publish ke blm??

    ReplyDelete
  9. haihh, bgila qys ngn PP Airel dy tu. kah3 :D

    ReplyDelete
  10. Wah3 ! Tak saba nak tunggu sambungan ~

    ReplyDelete
  11. Rindu! Rindu! Rindu! Bila nk sambung ni :/

    ReplyDelete
  12. best best best... bile n smbung lg

    ReplyDelete
  13. best! thumbs up! setia menunggu untuk sambungannya~ :))

    ReplyDelete
  14. kak anjel bila nk smbng....

    ReplyDelete
  15. Br berjinak ngan blog2 nie...tp mmg mantap! Sambungan plzzzz...tahniah!

    ReplyDelete
  16. okey...skank ni jugak sy pi beli eksperimen cinta tu...your penmanship makes me laugh. wakakaka :)

    ReplyDelete
  17. Best best best ..... bila nak sambung?

    ReplyDelete
  18. cik writer... lamanya menyepi..... EC pun dah publish dan sy telah pun memilikinya....... but pls la cik writer myambung semula citer nie..... rindu plak nk tau nx citer...... anyway tahniah... all ur story mmg x boleh dinafikan.... besssst..........

    ReplyDelete
  19. cik writer sambung citer ni please...citer ni best sangat...

    ReplyDelete
  20. excited nak buat collection miss Anjel!
    EC dah ada dlm genggaman.
    suka semuaaaa entry kak anjell :D

    -nurinhannahr-

    ReplyDelete
  21. tak sabar tunggu sambungan 7 Lelaki

    ReplyDelete
  22. cik writer bila nak sambung cerita nie....huhuhu

    ReplyDelete
  23. suka....bestt!!!! 7 lelaki setia menunggu kehebatan cerita seterusnya....

    ReplyDelete
  24. Wahhh best...best...thumbs up la cik writer!!biler nk sambung 7 lelaki ni...dh x sabar dh ni nk tgk smbgnyer....but anyway mmg best sgt

    ReplyDelete
  25. best sangat!!!...bila nk sambung ni..

    ReplyDelete
  26. best sgt..cepat la smbg anjell

    ReplyDelete
  27. Ohhhh may yaassss...nk lg~kak Anjell...ec dah khatam,sps dah hbis...7 lelaki yeah!!!

    ReplyDelete
  28. Kak Anjell!!!
    Tolong sambung citer ni yer..... ec dah habis... sps pun dah... tpi pun sama... kenapa tak sambung 7 lelaki?

    ReplyDelete
  29. based on the story, memang payah nak teka yg mana final hero. kuakuakua. storyline memang best! buat gelak tak henti~

    ReplyDelete
  30. akak cepatla sambung plssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  31. Huhu knapa dh terbengkalai...best la cite ni..

    ReplyDelete
  32. Kak Anjell, bile nk continue cite ni?

    ReplyDelete
  33. Anjell... pls sambung cite...

    ReplyDelete
  34. Kak anjell, smbung pls. Teringin nak tahu kesudahan

    ReplyDelete
  35. Anjell, pls sambung citer 7 lelaki... nk tau jugak kesudahan...

    ReplyDelete
  36. sis.. x sbar nk tnggu sambungannya

    ReplyDelete
  37. Mohon tuan puteri sambung next chapter, patik di sini sudah tidak sabar menanggung rindu huhu

    ReplyDelete
  38. Dah sepuluh kali saya bagi salam dekat blog ni hahahah semata mata nak baca smbungan alpha male dengan 7 lelaki tapi tuan rumah tak ada la pula. Please continue the next chapter

    ReplyDelete
  39. kAK ANJELL,bila nk sambung ni??best lh..sambunglh cepat..

    ReplyDelete
  40. How I wish you will continue this story. Pleaseeeee anjell. I'm waiting. Semua peminat karya anjell menunggu

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
    Waa... Jinja daebak! Damn damn gorgeous. Haha.. Semua karya Kak Anjell paling terbahek, paling lawak, paling santai. Memang best. Tak tahu nak kata bahagian mana yang best tu. Pasal, semuanya best. Best, best dan best. Hahaha... XD

    ReplyDelete
  42. Best la novel ni Kak Anjell.. Tak sabar nak tunggu sambungan dia.. ^-^

    ReplyDelete
  43. Kak anjell.. semua novel kak anjell sya dah dptkan.. tp pleaseee smbung cite ni... nk thu kesudahan... Best ni.. karya kak anjell x pernah menghampakan sya... so pleaseeeee continue this storyy... 😝😝

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )