Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday, 10 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 20)

BAB 20

Majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman orang tua Damia. Segala persediaan telah dilakukan dan harap-haraplah semuanya akan berjalan dengan lancar nanti. Kalau tiada aral melintang, majlis akan bermula tepat jam 10.00 pagi. Suasana pagi itu agak kalut. Damia ayu dalam pakaian kurung moden yang berwarna putih. Semaksima mungkin wajah ceria ditunjukkan meskipun hati terasa teramat sedih.

      “Cantik kau, Mia.” Sejak dari tadi lagi Suraya asyik memujinya. Dengan hati yang tidak stabil emosi, Damia tak rasa kembang hati pun dek pujian tu.

     Dalam bilik Damia, ada Suraya dan juga beberapa wanita lain yang sibuk membetulkan penampilan Damia. Suraya pula teruja seperti dia yang akan berkahwin. Sejak semalam lagi Suraya menginap di rumahnya. Menolong apa-apa yang patut.


Selepas beberapa kali disolek, diandam dan dimekap akhirnya Damia lengkap dalam persalinan akad nikahnya.

     “Kakak… cantiknya!” Alia yang baru melangkah masuk ke dalam bilik Damia menjerit kuat.

     “Betulla kakak cantik macam adiknya.” Alia tergelak sendiri.

     “Ek ena… Lia tu yang cantik macam kakak, tahu?” Damia turut tergelak. Hilang sekejap gundah-gulananya gara-gara melayan karenah Alia.

     “Wah.. kalau macam ni, berdegup kencang hati Abang Aaron. Mesti tak sabar-sabar Abang Aaron tunggu malam,” sebaik sahaja Alia habis berkata, semua orang yang berada dalam bilik itu tergelak kuat. Suraya apatah lagi. Berair matanya gelakkan Damia.

     Geram yang amat! Ee… budak ni. Aku terajang hidup-hidup jugak, kang! Ingat aku pakai baju macam ni tak boleh keluar bunga silat ke? Geram betul Damia dengan Alia. SPM pun tak lulus lagi dah bercakap macam tu? Tapi, kenyataannya itulah yang menggerunkan Damia. Nauzubillah..

     “Tak senonoh betul. Tampar karang,” balas Damia. Ditayang muka garang sekadar menutup rasa bimbangnya. Alia menyorok belakang Suraya. Ek ena.. dengan Suraya sekali dia boleh libas sebenarnya. Dua kali lima je dua orang tu!

     “Betul.. bertambah sayang la Aaron nanti kat kau.” Suraya turut menambah.

     “Mak Long.. tengokla dua orang ni. Dah patah dah mood Mia.” Damia mengadu pada ibu saudaranya yang turut berada di dalam bilik tu.

     “Have a sweet first night,” kata Mak Long Damia sebelum meninggalkan bilik mereka.

     “Mak Long…” Damia geram.

     Alia dan Suraya dah sakan tergelak sebab Mak Long pun turut masuk dalam pakatan mereka.

     Arghh.. tensionnya! Geram betul. Kenapa semua orang asyik mengusiknya? Tambah-tambah lagi Suraya yang memang tahu hubungan dia dengan Tengku Aaron macam mana. Buat main-main pulak dengan isu yang paling ditakutkan itu. Damia cuba tenangkan diri. Nak pijak-pijak je rasanya dua orang itu.

     Ketawa Suraya dan Alia terhenti bila Puan Solehah menjenguk masuk bilik Damia.

     “Pengantin lelaki dah sampai. Bawa Damia keluar.”

     Makin tak keruan rentak jantung Damia. Dah rasa macam nak terlucut dari tangkainya pun ada. Kaki terasa macam tak cukup tenaga ketika Suraya dan Alia mengiringinya ke ruang tamu, tempat di mana majlis akad nikah akan berlangsung. Hanya doa tenangkan hati daripada gangguan syaitan dibaca dalam hati. Wajah tenang cuba ditayang. Damia duduk bersimpuh di atas permaidani lembut. Ditemani oleh Suraya dan juga ibunya.

     “Pengantin perempuan, Damia Farisha bt Razak, betul?” Lelaki berserban putih itu bertanya kepada Damia. Seakan cramp je otot lehernya untuk mengangguk.

     “Adakah Damia Farisha bersetuju untuk dinikahkan dengan Tengku Aaron Shah bin Tengku Ahmad Shah?” soalnya lagi.

     Kali ini fikiran Damia melayang entah ke mana. Sedar-sedar bahunya dicuit oleh Suraya. Damia mengangguk perlahan. Tapi, sempat pulak dia berfikir. Apa akan jadi jika dia geleng tadi?

     “Your hubby is so handsome,” bisik Suraya pada telinganya.

     Damia serius lupa akan kewujudan Tengku Aaron. Dia mengangkat muka untuk memandang Tengku Aaron yang sedang duduk bersila di hadapan abahnya. Tengku Aaron memakai baju Melayu cekak musang sedondon dengannya. Dan jujur dia katakan memang lelaki itu kacak maut. Tenang je riak wajah Tengku Aaron seakan-akan memang yakin lafaz Kabul nikah hanya sekali.

     Tengku Aaron yang tenang hanya Allah saja yang tahu hatinya. Semalaman dia tidak boleh tidur gara-gara ceramah free Adam semalam. Meskipun dia tidak cintakan Damia dan menganggap Damia hanyalah bahan eksperimen untuk perkahwinannya, dia belajar sesuatu hari ni. Akad nikah tidak boleh dibuat main. Tengku Aaron cuba untuk tidak memandang Damia. Bimbang dia akan rasa bersalah dan mengganggu semua perancangannya. Namun, melihat wajah Tengku Andrean dan Seri buatkan dia terasa sangat bangga berdepan dengan Tok Kadi. Dia ingin buktikan dia jauh lebih hebat dalam semua hal!

     “Aku terima nikahnya, Damia Farisha bt Razak dengan mas kahwinnya sebanyak RM180 tunai..” tenang Tengku Aaron melafazkannya.

     Menitis air mata Damia saat saksi mengesahkan pernikahan mereka. Dia sendiri tidak tahu kenapa air matanya boleh tumpah. Mungkin sebab sedar ikatan dia dan Tengku Aaron sudah berubah. Atau sebab khuatir dengan masa depannya dengan Tengku Aaron nanti? Maka dengan itu, sahlah lelaki itu sebagai suaminya. Berubah sudah status dirinya sekarang. Terasa semacam berat tanggungjawab yang digalas.

     “Mulai hari ni, abah serahkan tanggungjawab atas Damia Farisha kepada Aaron.” Encik Razak yang turut sebak berkata kepada Tengku Aaron. Lelaki itu hanya mengangguk. Semakin sedih hati Damia yang mendengar. Uminya juga sama. Merah matanya ketika memeluk Damia. Suraya juga sama. Apa ni? kenapa semua orang sedih? Bukan ke patut gembira ke?

     Damia hanya menunduk bila Tengku Aaron merapatinya. Sesi pembatalan air sembahyang. Buat pertama kalinya dia bertentang mata dengan Tengku Aaron untuk hari ni. Dia dapat rasakan tangannya yang sejuk bila dipegang oleh Tengku Aaron. Dia sudah tidak punya hak untuk membantah jika lelaki itu menyentuhnya. Dia salam dan cium tangan lelaki itu setelah Tengku Aaron siap menyarungkan cincin di jari manisnya.

     Sempat Damia pandang cincin platinum berlian di jari manisnya. Berkilau tahap tak ingat. Tengok gaya pun dah tahu dah harga macam boleh beli kereta sebuah. Kalau dia jual balik ni grenti tak kerja setahun pun takpe. Aik.. apa dah jadi dengan cincin lima ringgit hari tu? Damia tertanya-tanya sendiri.

     “Berhenti kejap masa cium tangan,” arah jurugambar khas yang diupah oleh Tengku Aaron. Nak tak nak Damia terpaksa mengikut. Buat beberapa saat hidungnya bersentuhan dengan tangan lelaki itu. Beberapa kali gambar mereka diambil. Belum dicampur dengan cameraman-cameraman tak bertauliah yang lain.

     Kemudian, Tengku Aaron mencium dahi Damia. Semacam kena renjatan elektrik Damia saat bibir Tengku Aaron hangat menyentuh dahinya. Kali pertama diperlakukan sebegitu oleh seorang lelaki. Seperti tadi, jurugambar itu mengarahkan Tengku Aaron untuk berhenti sekejap. Mereka hanya mengikut.

     Lamanya… Lebih lama dari masa dia cium tangan Tengku Aaron tadi. Damia sudah gelisah sendiri. Cepatlah… tak tahu ke jantung aku ni dah macam lepas lari pecut seratus meter? Rasa jantung dah macam nak keluar ke kerongkong pun ada. Punyalah kencang debarannya.

     Macam-macam gaya mereka bergambar. Bergambar bersama keluarga la.. dengan orang tu, orang ni la.. Tengku Aaron peluk pinggang dia la…. Dia peluk Tengku Aaron la… Sehingga Damia sendiri naik segan dibuatnya walaupun lelaki itu sudah bergelar suaminya. Sedangkan Tengku Aaron tenang sahaja. Macam orang tak berperasaan habis.

     -----------

Majlis persandingan diadakan pada malamnya. Kenapa pilih malam? Entahlah.. Hanya Tengku Aaron yang tahu sebabnya. Majlis persandingan mereka diadakan di Hotel Mandarin Orietal. Sengaja Tengku Aaron memlih lokasi yang menarik untuk diadakan majlis persandingannya. Konsep moden kontemporari menjadi pilihannya.

          “Oii.. Aaron!” suara yang memanggilnya membuatkan Tengku Aaron berpaling. Ada tangan melambai ke arahnya membuatkan Tengku Aaron meminta diri dari kumpulan perbincangan itu. Membuatkan dia tersenyum lebar. Laju kakinya melangkah ke arah mereka.

     “Lama gila tak jumpa. Mangkuk korang. Baru nampak muka!” lepak Tengku Aaron menegur kumpulan itu. Gaya menegur langsung tak menampakkan dia adalah pengantin malam ni. Macam menegur member tengah shopping je gayanya.

     Adam, Rezza dan Taufiq gelak.

     “Sorry, bro. Aku ada pembentangan kes kat mahkamah tadi. Betul-betul tak boleh nak join masa akad nikah tadi.” Taufiq yang memakai baju batik biru itu berkata.

     “Sama. Urgent. Tak boleh nak tinggal meeting Board of Directors tadi.” Rezza turut beralasan.

     “Ya la… orang kaya Malaysia la kan. Mesti buzy giler.” Tengku Aaron sempat menyindir Rezza. Tak sampai seminggu dunia business Malaysia kecoh dengan berita pemilik Cosmo Bank diiktiraf orang ketiga terkaya di Malaysia.

     “Tu bapak aku la, senget.” Rezza turut gelak. Nak hempuk je kepala Tengku Aaron ni.

     “Tadi tengah cerita apa dengan Datuk Hamid dengan Datuk Ilham?” Adam yang diam dari tadi mencelah.

     “Pasal ada satu syarikat US yang akan datang buat survey Triumph Air. Tapi, ada masalah schedule.”

     “Oi, kawan! Ni hari bahagia kau la! Cubala jangan dok fikirkan kerja sangat. Fikirkan isteri kau yang cun tu dahlah,” kata Taufiq.

     “Betul.. betul.. luar syllabus betul masa dapat kat undangan kahwin kau. Dahlah bertunang tak ajak aku! Tak sangka Mat Romeo GB dah kahwin sekarang ni. Hebat betul penangan cinta isteri kau sampai Aaron Shah yang ego setinggi KLCC macam kat sebelah ni pun boleh tewas.” Rezza menyokong sebelum ketawa.

     “Ingat kau sorang je reti kahwin? Terkejut ke aku kahwin? Tapi, tak seterkejut aku bila dapat tahu kau kahwin dengan Issa. Tak sangka mamat hati beku boleh kahwin. Dengan musuh tradisi tujuh keturunan pulak tu,” giliran Tengku Aaron pula menyindir Rezza.

     “Kurang haja betul! Kes aku lain la.” Rezza dah terangkat. Sempat belakang Tengku Aaron dihempuk geram.

     “Woi.. apa gaya dera pengantin ni? Keluar keris karang.” Tengku Aaron dah buat gaya seperti ingin menarik keris palsu yang berada di pinggangnya.

     Mereka semua gelak.

     “Rean mana, wei? Biasanya mana ada kau, situ ada dia,” soal Rezza lagi.

     “Entah.. tengah layan tetamu agaknya.” Pendek Tengku Aaron jawab. Sememangnya selain Adam, kawan-kawannya yang lain tidak tahu pergolakan yang berlaku antara mereka. Dan kalau boleh, dia malas nak hebohkan. Tiada keuntungan pun dapat.

     “Mana wife korang? Tak datang ke?”

     “Dorang cakap nak pergi berkenal-kenalan dengan wife kau.” Taufiq tolong jawab.

     --------

“Dah lama kenal Aaron?” wanita berbaju kebaya moden itu bertanya.

     Damia menelan liur. Mencari ilham nak reka hikayat baru kepada dua wanita yang berdiri di depannya. Kata mereka, mereka adalah isteri kepada kawan baik Tengku Aaron. Sorang Issabella dan sorang lagi Marini.

     “Lama jugalah.” Damia berfikir sekejap. Lebih pada dua hari, kira lama la tu.

     “Tapi, sorry sangat.. saya tak berapa nak kenal kawan-kawan Aaron,” jujur Damia jawab. Yang dia tahu, Adam je satu-satunya sahabat baik suaminya. Tu pun sebab Adam bekerja dengan Tengku Aaron. Dan hakikatnya memang Adam sorang je yang dia memang tahu wujud sebagai sahabat suaminya itu.

     “It’s okey then. Kami ni kawan-kawan Aaron sejak zaman sekolah lagi.” Issabella senyum. Lembut betul nampak isteri si Aaron ni.

     Damia hanya angguk. Jangan ditanya aku si Aaron sekolah mana dulu sudah! Memang keluar habislah senarai sekolah di seluruh Malaysia ni. Damia sedar sesuatu. Rasa macam dia tak tahu apa-apa pun tentang lelaki itu. Adoi.. payah betul! Yang dia tahu, nama penuh lelaki itu, umur, tempat kerja dan anak siapa. Soalan lebih daripada itu, jawapan memang di luar skema.

          “Buat lepak je dengan kitorang. Buat gaya macam dah kenal sepuluh tahun pun tak kisah,” kata Marini sebelum gelak. Damia turut senyum. Senang dengan keramahan mereka berdua.

     “Tiba-tiba rasa macam nak tahu kisah Aaron zaman sekolah dulu,” kata Damia.

     “Ni rasa semangat nak cerita ni.. Kalau kat kolej kami dulu, orang panggil dia Mat Romeo sebab dia kaki pelayar kelas satu…” Issabella mula bercerita.

     Damia hanya mendengar. Tahu.. kalau tak, takkanlah majlis malam ni penuh dengan kawan-kawan perempuan Tengku Aaron. Ada jugak yang tenung dia macam nak cincang lapan belas. Marah sebab Tengku Aaron dah dimiliki kot. Jangan bimbang la. Nak ngorat dia lepas ni, wa tak kisah aa..

     “Tapi sekarang ni dah tak la. Kalau tak, mesti dia tak kahwin lagi. Dia ni memang famous. Plus, dia headboy kitorang. Perangai gila-gila rasanya masih ada sampai sekarang.” Marini turut menambah.

     “Oit.. apa gaya mengumpat aku ni?” Entah dari mana Tengku Aaron datang menyampuk. Bersamanya turut ada Adam, Rezza dan Taufiq.

     Marini gelak.

     “Saja nak sound wife kau awal-awal tentang perangai luar bumi kau tu,” selamba Isabella mengutuk.

     “Nasib baik kau ni wife Rezza. Kalau tak, memang aku dah baling kasut.” Tengku Aaron tayang muka bengang. Dah lama tak bergaduh dengan Issabella.

      “Auu… takutnya! Macam lepas jumpa zombie.” Issabella buat muka.

     Damia turut tersenyum melihat kaletah mereka. Nampak erat gila tali persahabatan antara mereka berempat. Best betul.. Damia terkejut bila tetiba Tengku Aaron datang dan peluk pinggangnya. Nasib baik sempat dikawal kaki tangan agar tak keluar buah-buah kung fu.

     “Sayang.. ni bestfriend-bestfriend abang masa kat sekolah menengah.”

     Abang? Yeww.. nasib baik toilet jauh. Kalau tak memang dah berlari dia ke toilet sebab nak muntah hijau. Geli, siot!!

     “Yang pakai spec ni namanya Taufiq. Dia suami si Mar. Yang ni pulak Rezza, suami si Issabella ni.” Tengku Aaron perkenalkan mereka. Hanya senyuman dan anggukan saja yang Damia hulurkan kepada dua orang lelaki itu. Serius dia cakap yang bestfriend-bestfriend lelaki itu kacak maut. Termasuk Adam. Hai.. pandai betul cari kawan! Boleh tubuhkan gerakan lelaki kacak macam ni.

     “Wei.. tak payah la nak tunjuk kau sayang wife kau depan kitorang. Kitorang pun ada wife la…” Taufiq menyindir. Tengku Aaron ketawa. Damia dah merah mukanya.

     “Tah.. kesian Adam. Tak pasal-pasal malam ni jugak dia kahwin. Aku tak larat dah nak makan kenduri.” Rezza menyampuk.

     “Wei.. apa gaya aku jadi mangsa keadaan ni?” Adam dah terangkat. Mentang -mentang dia sorang je lagi yang tak kahwin.

     Dan ketawa semua orang pecah lepas lihat muka tak puas hati Adam.

     -------

Aduh.. penat gila! Rasa otot-otot dalam tubuh Damia semuanya dah macam memanjang. Letihnya. Walaupun bergelar raja sehari, tapi raja yang amat letih. Jalan sana, jalan sini. Tegur sana, tegur sini. Jumpa orang sana, jumpa orang sini. Semuanya kena ambil kira kalau taknak bergelar sombong. Tambah-tambah pulak rakan-rakan bussiness suaminya punyalah ramai.

     Suami? Ni rasa tak sedap hati ni! Tamat sudah majlis persandingan mereka yang disambut betul-betul mewah dan meriah. Tak sangka sebegitu grand rancangan Tengku Aaron. Membazir duit betul. Kahwn belum tentu kekal. Dan sekarang, nak taknak, dengan separuh jiwa yang ikhlas Damia terpaksa masuk ke bilik hotel mereka.

     First night? Arghh.. malas Damia ingat malam bodoh ni! Tak kira.. tak kira.. Dia dah setuju kahwin hari ni dah cukup baik dah! Kalau dipaksa dia jugak malam ni, memang mati pucuk Tengku Aaron dia kerjakan. Pedulilah.. Dia takkan mengalah sekali-kali. Tak akan! Kalau terpaksa, memang dia akan jerit!

     Damia meneguk liur bila Tengku Aaron baru melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Dah habis la tu lepak dengan kawan-kawan baiknya itu. Rasa macam tertelan ubat batuk je rasanya. Makin tak senang duduk Damia dibuatnya. First time kongsi bilik dengan lelaki!!

     Boleh tak kalau dia buat-buat pengsan? Tak boleh.. nanti terus dia Tengku Aaron kerjakan. Kalau nak pura-pura gila, boleh tak? Mana boleh.. Tak pasal-pasal memang betul-betul gila Tengku Aaron kerjakannya. Nak pura-pura apa lagi ni?? Arghh… susahnya!! Saper cakap menipu tu senang? Susah dowh..

     Selamba harimau bintang je Tengku Aaron bukak baju depan Damia. Sampai Damia pulak yang segan. Wei.. aurat tu! Aurat? Eh.. lupa pulak! Aurat tak aurat, tayang free pun aku tak nak tengok la! tapi, sekarang free apa? Pedulilah. Pokoknya dia tak nak tengok!

     Tak nak tengok.. tak nak tengok… tapi mata Damia tetap tepat pada tubuh tegap lelaki itu. Itulah namanya malu tapi mahu! Erk.. terus Damia alihkan matanya. Nasib baiklah dada kau tak berbulu. Kalau tak, malam ni jugak ku cukur! Ee.. geli aku!

     Damia je yang fikir negative lebih-lebih! Sedangkan Tengku Aaron cool, selamba badak Afrika je. Terasa berbahang je executive suite ni meskipun air-cond terpasang. Agaknya sebab tu kot dia bukak baju! Dan Damia harap Tengku Aaron hanya setakat buka baju!

     Tiba-tiba Tengku Aaron mendekati Damia yang tengah menghilangkan penat di birai katil. Terus berdiri Damia. Jantung berdebar tak payah nak cakap la. macam dah buat overtime pulak. Damia minta-mintalah somebody calls. Tak pun orang ketuk pintu. Tak pun Tengku Aaron sakit perut. Dia sakit perut pun kira jadilah! Hampa… tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah Tengku Aaron betul-betul di hadapan Damia. Dan Damia pula memang tak boleh nak lepaskan diri lagi.

     “Awak nak buat apa ni?” soal Damia buat-buat berani. Memang tak boleh nak ditutup lagi rasa takutnya. Suara pun dah bergetar macam tengah petik tali gitar. Memang bebal tahap sepuluh kuasa tiga belas la kalau itu pun tak boleh dikesan.

     Tengku Aaoron tersenyum sinis. Geli hati melihat muka pucat Damia. Ek ena.. acah sikit je dah macam ni? sengaja dia nak takutkan wanita itu.

     “Takut?” lembut suara Tengku Aaron betul-betul di hadapan wajah Damia.

     Takut? Takutlah bodoh! Kalau tanya monyet pun, monyet jawab benda sama la! Damia tak peduli dah dosa kutuk suami. Asal Tengku Aaaron lepaskan dia sudah. Tengku Aaron makin galak. Dirapatkan lagi jarak antara mereka sehingga Damia rasa macam nak nangis. Dinding.. kenapa kau perlu wujud belakang aku ni? Damia tiada tempat untuk lepaskan diri. Ha.. kau dekat lagi, Aaron, masuk ICU kau esok! Tak percaya, buatlah! Damia tak peduli.

     “Acah je…” Dia sengih.

     Tengku Aaron akhirnya jarakkan wajahnya daripada Damia. Jantung terasa laju berdegup. Haruman Damia menggugat kelelakiannya. Baik dia cegah daripada apa-apa yang akan berlaku malam ni. Sudahlah dia rasa ada sesuatu daripada Damia yang bagaikan menariknya. Tak boleh jadi ni! inilah agaknya kalau lelaki berdua-duaan dengan perempuan dalam bilik.

     Damia tarik nafas lega. Kurang asam kau! Buat main-main pulak menda macam ni! Sengaja nak test aku. Fuh.. nasib baik! Damia cuba tenangkan dada yang dah macam nak terkeluar.

     “Aku penatlah. Nak tidur. Anyway.. jangan bimbang la. Selera aku dah hilang dah dengan perempuan. Bagi aku semua perempuan sama je..” Tengku Aaron berkata.

     Takde selera dengan perempuan? Aku kahwin dengan gay ke? Yeww.. tapi, yang jadi girlfriend-girlfriend-girlfriend dia tu bukan perempuan ke? Huh! Ingat aku percaya sangat kata-kata dia tu? Kalau dah lelaki…

     “…Memandangkan aku ni seorang gentlemen yang amat, aku akan izinkan kau tidur kat katil dan aku akan tidur kat sofa,” sambung Tengku Aaron lagi.

     “Sofa?”

     “Kenapa? Nak soh aku peluk kau masa tidur ke?” soal Tangku Aaron.

     Laju Damia geleng. Gila punya soalan! Kapak hidung tu karang! Kemudian, Tengku Aaron merapatkan bibirnya ke telinga Damia.

     “Before that… rambut kau cantik. Aku suka,” perlahan sekali suara lelaki itu berbisik sebelum mencapai bantal dan berlalu ke sofa berdekatan.

     Sedangkan Damia dah terkaku di situ. Sembilan puluh darjah segala bulu dalam tubuh Damia gara-gara ayat Tengku Aaron. Ee.. gerun! Meremang bulu hidung.

     Tak de selera kat perempuan konon! Memang aku tak percaya!!!

Thursday, 5 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 19)

BAB 19

Bunyi ketukan pintu serta loceng ditekan beberapa kali membuatkan Adam yang sedang sakan tergelak turut terhenti. Siapa pulak yang kacau tengah-tengah syok layan Maharaja Lawak semi-final ni? Adam bangun dari sofa empuk kondominiumnya. Pintu solid kayu jati rumahnya dibuka. Terjengul muka Tengku Aaron sambil bersandarkan sebelah tangan pada dinding. Laa.. ingatkan siapa tadi.
     

     “Tengku Aaron Shah rupanya yang takde adab mengganggu ketenangan orang pada malam minggu yang hening ni. Masuklah,” jemput Adam sambil meluaskan pintu rumahnya. Membenarkan Tengku Aaron untuk menjejakkan kaki atas lantai rumahnya.

     Tengku Aaron hanya mengikut. Adam mengekori Tengku Aaron selepas merapatkan daun pintu rumahnya.

     “Kau tengah buat apa tadi?” soal Tengku Aaron.

     “Layan Maharaja Lawak. Sakit perut aku dengan kumpulan Sepah ni.” Adam tak habis ketawa.

     “Tak keluar ke? Makan maggi je? Gaya hidup tak sihat la kau ni,” tegur Tengku Aaron bila melihat cawan maggi perisa kari yang terletak di atas meja kopi. Sudah separuh terusik.

     Adam senyum. Sejak bila pulak ambil course dietetic and nutrition ni?

     “Malas aa nak keluar. Takpela.. lagi pun, lama gila aku tak makan maggi. Rasanya kali terakhir aku layan masa kat Kolej Generasi Bitara la. Perghh.. dah lebih sepuluh tahun.”

     Tengku Aaron turut tergelak. Rindunya zaman sekolah. Betapa nakalnya mereka dulu. Dia dan Adam sama-sama lulusan Kolej Generasi Bitara, kolej swasta berasrama penuh yang dibangunkan beberapa tahun dahulu. Yang hanya menempatkan lulusan lepasan PMR yang cemerlang dan kebanyakannya dari golongan berada. Di situlah juga dia mengenali Adam Hariz yang juga merupakan anak pemilik kolej itu. Banyak kenangan indah terlakar. Semuanya disinari dengan keindahan makna persahabatan. Di situlah dia kenal Faris Rezza dan Taufiq Hakim. Termasuk Tengku Andrean, mereka semua memang rapat dulu.

     “Tiba-tiba rasa rindu dengan GB. Boleh aku rasa sikit?” soal Tengku Aaron. Belum pun Adam mengizinkan, Tengku Aaron dah sambar cawan maggi Adam.

     “Tadi senang je bagi lecture free kat aku, kan?” sindir Adam. Tengku Aaron tersengih. Gara-gara bangkitkan nama Kolej Generasi Bitara, dia jadi rindu dengan semuanya. Makan maggi sebab stay up sampai malam gara-gara nak SPM masih terasa lagi. Kenangan yang sangat manis.

     “Anyway, apa hajatnya kau lepak sini? Jangan cakap kau tersalah drive sini sudah,” soal Adam.

     “Boringla aku dok rumah tu. Suzy ajak aku pergi clubbing. Tapi, malaslah.”

     “Kenapa tak pergi?” Adam ingin tahu.

     “Bawak-bawakla insaf sikit. Aku dah nak jadi suami orang dah esok.”

     Adam tergelak.

     “Alhamdulillah kau masih sedar lagi.”

     Ya.. Tengku Aaron sedar yang dia akan berkahwin esok. Esok.. tiba-tiba dia tergelak sendiri. Kelakar betul. Sedar tak sedar, orang macam dia akan berkahwin juga. Dengan seseorang yang bukan pilihan hatinya. Jadi, tak pelik jika dia tak rasa gembira untuk bergelar suami orang.

     “Besok..” Tengku Aaron megulang perlahan.

     “Dam..”

     “Hmm..” Adam yang tengah menyuap maggi menyahut.

     “Kalau aku nak cancel wedding masih sempat, kan?” soal Tengku Aaron selamba.

     Soalan selamba itu hampir membuatkan Adam tercekik maggi. Terbatuk-batuk Adam mencari air. Pedih gila rasa tekaknya. Berasap sampai ke telinga.

     “Jangan buat gila, Aaron.” Adam letak cawan maggi atas meja.

     “Mesti kau terkejut, kan? Aku masih waras la.” tengku Aaorn sengih.

     Adam menarik nafas lega. Aaron ni buat adrenaline aku kerja overtime la. buat terkejutkan orang je dia ni! Kepala Tengku Aaron bukan boleh dikut sangat. Kalau itu keputusannya, memang itulah keputusannya. Takkan dapat siapa mengubah. Keputusan pulak selalu dibuat secara drastik dan mengejut.

     “Mesti la aku terkejut. Bukannya aku tak kenal kau. Keputusan dibuat tak pernah fikirkan orang lain,” selamba Adam mengutuk.

     “Aku tak teruk macam tulah!” Tengku Aaron tak berpuas hati. Sedap je si Adam ni kutuk orang.

     “Kes Damia ni contohnya?”

     “Tu kes yang tak boleh diselesaikan dalam mahkamah. Kes yang dikuarantinkan,” senang Tengku Aaron jawab.

     “Suka hati kau la, Aaron. Aku cakap dengan kau ni memang aku tak pernah betul.” Adam mengalah.

     “Aku pun reti berfikirla sebelum buat keputusan. Dah tahu risikonya,” kata Tengku Aaron lagi.

     “Hanya kau sorang je yang mampu tanggung risiko,” bidas Adam.

     “Wei.. apa buat kempen tunjuk perasan dalam diam ni?” Tengku Aaron tak puas hati. Adam tergelak.

     “Mana adalah. Aku gembira kalau kau gembira. Cuma aku nak nanti kau layan la Damia selayaknya seorang isteri. Kena fikirkan jugak perasaan dia yang memang taknak kahwin dengan kau tu.” Ikhlas Adam memberi nasihat. Dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

     “Habis, ingat aku nak sangat kahwin dengan dia?”

     “Yang kau nak kahwin jugak dengan dia kenapa?” Adam bidas balik.

     “Kau ni patutnya berguru dengan Taufiq. Kerja dekat firma guaman dia. Aku rasa dah masanya kau resign jadi aeronautic engineer.” Adam ketawa dengan kata-kata kawannya itu.

     “Aku akan pertimbangkannya.” Adam layan lawak bodoh Tengku Aaron.

     “Kahwin je pun. Akad nikah, habis,” senang Tengku Aaron berkata.

     “Senangnya hidup, kawan. Ingat takde tanggungjawab ke lepas kahwin? Lagi berat adala. Dosa isteri pun kau yang tanggung kalau isteri kau langgar hukum. Nak buat semua benda, mesti fikirkan isteri dulu. Kahwin dengan Damia maksudnya kau kahwin dengan keluarganya juga. Sebab tu lah aku nak kau jaga isteri kau nanti elok-elok. Penat-penat mak ayah Damia besarkan anak dorang jadi sampai sekarang, tiba-tiba masa depannya hancur dengan kau. Cuba kau fikir apa hati seorang mak dan ayah bila tahu nasib anaknya macam tu. Just imagine like your beloved Ammelisa is on the same boat as Damia. What will your mum and dad feel?” panjang lebar Adam berhujah.

     “Aku tengah dengar pembicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati ke ni? Betulla kau kena jadi peguam, Adam.” Tengku Aaron ketawa kuat.

     Namun nasihat Adam meresap jauh dalam hatinya. Ada betulnya kata-kata Adam. Niat sebenar dia berkahwin hanya dia saja yang tahu. Adakah terlalu kejam dia mengatakan yang dia berkahwin kerana dendam cinta yang tak kesampaian? Adakah terlalu melampaui batas jika dia mengatakan perkahwinannya adalah untuk menunjukkan dia adalah seorang lelaki yang boleh mendapat pengganti yang lebih baik dan tak terusik pun dengan kekecewaan cinta pertama? Adakah terlalu pentingkan diri sendiri jika mengatakan perkahwinannya untuk memabalas segala pengkhianatan Tengku Andrean dan Seri Husna dan menunjukkan dia tidak pernah tewas?

     “Aku serius la.”

     “Sekarang aku tau kenapa kau tak kahwin lagi sampai sekarang.” Adam gelak.

     Tengku Aaron tengok jam pada pergelangan tangan kirinya. Dah hampir pukul 1.00 pagi.

     “Kay la, Dam. Aku nak balik dulu. Nak hafal lafaz kabul masa menghadap Tok Kadi esok. Takut tergagap-gagap pulak.” Tengku Aaron bergurau. Disambut oleh senyuman nipis Adam.

     “Good luck, kawan. Rasanya tak terlalu awal kalau aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia sehingga tujuh keturunan.” Tengku Aaron tergelak lucu.

     “Hiperbola la tu. Aku dah wassaalam sebelum sampai tujuh keturunan. Anyway, thanks Adam,” ucap Tengku Aaron.

     “What for?” kening Adam berkerut.

     “For the delicious maggi.”

     “Mangkuk.. kebulur aku sebab share dengan kau.” Mereka sama-sama tergelak.

Sunday, 1 January 2012

Beauty And The Beast

Semua berlaku sepantas kilat. Sampai-sampai aku tak sempat nak ingat apa yang telah berlaku padaku. Okey.. cuba recall balik. Bertenang Ifti.. Bertenang. Aku tarik nafas dan lepas. Cuba buang segala rasa takut sebentar tadi.

     Masa tu aku dah hantar mama ngan papa ke lapangan terbang KLIA sebab hari ni mama ngan papa akan berlepas ke London. Mama ada deal dengan syarikat pembekal manakala papa pulak ada perasmian hotel baru di sana. Kebetulan mereka berurusan di tempat yang sama. Lepas hantar mama ngan papa, lepas siap peluk cium mama dan papa, aku pun keluarla. Tiba-tiba ada seorang lelaki meragut handbagku. Memang reaksi spontan, aku jerit mintak tolong. Dan datang pulak seorang lelaki mengejar peragut itu. Kelam kabut suasana di luar KLIA gara-gara peragut tak guna tu. Ramai jugak yang cuba tenangkan aku yang bila-bila masa boleh terburai air mata kat sini. Dahlah baru berpisah dengan mama ngan papa. Apa malang nasib aku hari ni?

     Kalau aku dapat peragut tak guna tu, memang aku sunatkan kali kedua. Tak guna betul. Jiwa aku masih tak tenang. Banyak barang berguna dalam tu. Tolonglah dapat balik. Aku raup muka. Tak peduli dah dengan orang sekeliling yang dah beransur-ansur hilang.

     “Cik.. are you okay?” suara itu membuat aku angkat muka. Boleh dia tanya soalan macam tu? Jiwa tengah kacau ni! Mestilah aku tak okey. Aku nampak seorang lelaki berdiri di depan aku. Ya.. dia nilah yang main kejar-kejar dengan peragut tadi.

     “Your handbag..” dia menghulurkan beg tanganku. Yes.. handbag aku dah dapat balik. Aku gembira. Nasib baik kau tak hilang wahai beg. Dahlah jenama Coach. Mahal tu.. cepat-cepat aku sambar handbag tu. Sekarang baru terasa betapa berharganya handbagku itu.

     “Ya Allah.. Alhamdulillah. Terima kasih, Encik,” ucapku. Oh.. terima kasih heroku.

     Aku tatap muka dia. Handsome tak payah nak cakap la. Free je ku cuci mata hari ni. Baru aku perasan yang dia berpakaian seragam putih. Pilot. Waa.. pilot! Tertera Kapten Raja di dadanya. Lelaki itu tersenyum lagi. Dalam pandangannya menatap anak mataku.

     “Sama-sama…” dia senyum.

     “Encik tak apa-apa ke?” soalku. Bimbang pulak dia dicederakan oleh peragut itu. Tapi, nampak okey je. Cuma wajahnya dah agak kepenatan. Ke mana peragut laknat tu pergi, aku malas tanya. Agaknya dah terlepas. Tak pun dah kena tangkap polis. Kalau kena pukul ngan orang ramai macam best jugak. Pengajaran untuk gerakan peragut sedunia tu.

     “Saya okey..” dia senyum. Asyik senyum je dia ni.

     “Sekali lagi saya ucapkan terima kasih..” dia senyum lagi. Tapi kali ini lembut anak matanya menikam mataku.

     “I please to show you my gratitude…” katanya lagi. Aku tercengang-cengang sekejap. Tak faham.

     “Saya pergi dulu. It’s my honor for your kindnesses… Cik Iftiara,” sambungnya lagi.

     Aku kaku. Hanya melihat dia tersenyum manis sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku. Ada sesuatu di sebalik senyumannya itu. Dia semakin jauh menuju masuk ke KLIA. Siapa dia? Kenapa dia cakap macam tu? Siapa dia? Siapa? Bagaikan baru tersedar, kakiku laju mengejar lelaki itu. Aku pandang orang sekeliling. Tiada.. dia dah menghilang. Orang terlalu ramai. Hampa! Dengan rasa yang agak frust, aku berjalan ke keretaku. Gara-gara mengejar lelaki itu tadi, sampai-sampai aku lupa nak check balik kalau-kalau ada barang yang hilang. Rasa-rasanya takde kot. Lengkap macam yang aku bawa tadi. Malas lah nak buat report polis.

     Aku bersandar pada kusyen kereta. Kembali teringat heroku. Ayat terakhir dia tadi.. kenapa macam misteri sangat? Aku kenal dia ke? Atau dia kenal aku? Tapi setahu aku takde pulak kawan-kawanku yang jadi pilot sekarang ni. Dan tak tahu pulak aku ada kawan kacak macam tu. Kalau tak, awal-awal lagi aku ngorat. Kenapa dia tahu nama aku? Agaknya dia pernah nampak aku, tak pun sebab aku anak mama dan papa. Ramai je yang tegur aku tapi aku tak pernah kenal dorang. Agaknya Kapten Raja pun tergolong dalam golongan ni kot.

     Tapi.. kenapa mata dia tu macam seseorang yang aku pernah kenal? Pandangan yang lembut. Aku pejam mata. Kapten Raja.. Siapa kau? Terbayang kembali wajah heroku. Renungan terakhir sebelum dia pergi. Menusuk kalbu pandangan mata kelabu itu. Aku bagaikan tersedar sesuatu. Cepat aku buka mata. Raja… mata kelabu..

     Diake?

     ------

“Woi.. korang buat apa, hah?” jeritku lantang. Baju kurung putih dah memang hari-hari aku lipat lengannya sampai siku. Rimas aa pakai baju kurung ni. Aku merapati geng Izad yang tengah best membuli.

     “Perempuan jangan masuk campur..” Izad bersuara. Dua ekor pengikutnya lagi sedang tersengih mengalahkan kerang busuk. Sambil memegang seorang budak lelaki yang dah menangis teresak-esak. Habis kotor budak lelaki tu. Aku kenal dia. Sekelas dengan aku jugak. Iman namanya. Memang skema habis la mamat tu. Memang selalu jadi mangsa buli dan Izadlah terutamanya.

     “Baik kau lepaskan sebelum aku sepak korang,” ugutku. Kain dah sedia nak angkat. Bila-bila masa kasut sekolah putih aku ni boleh masuk mulut orang.

     “Ingat aku takut dengan kau ke, singa betina?” sindir Izad. Ijam dan Kimi yang melihat turut sama tersenyum sinis macam ketua dorang yang sengal bengal tu.

     Memang rasanya semua budak sekolah ni boleh kenal aku. Garang mengalahkan singa betina. Budak jenayah yang memang boleh dikatakan hari-hari kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Tapi, aku ni tak pernah nak buli orang. Aku senyum mengejek. Eksyen sangat.. nampak je berani tapi penakut tahap apa. Aku sepak atas bumbung, memang melayangla semua.

     “Lepas atau korang menyesal..” tiba giliranku mengugut. Sememangnya ugut-mengugut adalah kegemaranku. Jelingan maut diberi. Berani ingkar, memang menyesal seumur hiduplah korang.

     “Dahlah.. aku boring dah nak buli mamat gemuk ni. Jomlah.. Ooo.. aku nak cakap kat semua orang yang Ifti suka Iman..” Izad dah nak blah. Kimi yang pegang Iman tadi sempat tolak Iman sampai-sampai Iman dah terduduk kembali. Habis kotor baju sekolah dia.

     Aku pandang Iman yang dah menangis. Nangis lagi? Mak ai.. lembik betul. Badan je besar macam badak. Tapi hati kecik macam kuman.

     “Wei.. bangunlah. Nak nangis pulak. Aku lempang karang. Kau ni pun satu, lembik je.. Penakut betul.” Aku membebel.

     “Dah.. cepat ikut aku. Nanti dorang tak berani dah nak buli kau kalau ada aku.” Aku tengok dia mengusap air mata. Kesian pulak aku tengok. Kenapala boleh sampai kena buli ni? Aku tengok Iman. Memang skema maut dengan baju sekolah dibutang penuh sampai ke atas. Siap bertali leher. Kasut sekolah selalu putih. Rambut sikat belah tepi. Pakai pulak cermin mata berbingkai penuh. Baru darjah enam dah rabun ke? Spec pun punyalah kelakar. Sampai orang tengok pun grenti tergelak. Macam aku yang tergelak masa mula-mula dia baru masuk sekolah ni. Orang panggil dia badak sebab badan dia memang gemuk macam badak.

     “Te.. terima kasih,” ucapnya tergagap-gagap. Suara serak basah.

     “Jom masuk kelas. Jangan tengok aku macam tu. Aku bukan nak makan kau la,” bebelku lagi. Entah.. lagi pun badak memang tak boleh nak dimakan. Ha..ha.

     Aku heran la. Pesal la budak dari tahun satu sampai darjah enam ni takut dengan aku? Memang aku ni agak tomboy orangnya. Tengok rambut aa.. kalau aku tak pakai baju kurung, grenti orang ingat aku lelaki.

     “Cepatla.. terhegeh-hegeh. Lembab betul. Jalan macam penguin,” aku tinggikan suara. Iman melangkah laju. Dasar lembab betullah!

    Sampai aje di muka pintu kelas, sekelas bersorak bila lihat aku dengan Iman masuk bersama. Semua ingat aku suka Iman. Geram betul. Ni memang kerja Izad and the gang la yang sebar fitnah ni! sejak hari tu, memang aku dah lali dengar ‘Iftis suka Iman’. Pedulilah.. aku bukannya nak betul-betul kat Iman pun.

     “Saya minta maaf.. sebab saya, awak pulak yang macam kena buli,” Iman datang minta maaf.

     “Lantak dorangla.. siapa berani buli aku? Takpela kalau dorang taknak kawan dengan aku, kau nak kawan dengan aku, kan?” soalku. Dan cepat pulak dia mengangguk.

     --------

Itulah kehidupanku lima belas tahun yang lepas. Semua orang asyik panggil aku kekasih Iman. Panas jugak hatiku. Nak padankan aku, carilah orang handsome sikit. Tapi lama-lama aku dah tak kisah. Sebab Iman memang sahabat yang baik. Ada hikmahnya jugak sebenarnya. Tanpa Iman, rasanya tak mungkin aku akan cemerlang 5A dalam UPSR. Aku yang bengap Mathematics pun dah boleh star. Semuanya atas tunjuk ajar Iman. Sampaikan aku yang dah memang kena blacklist jadi pelajar target sekolah pun tiba-tiba pecah rekod sekolah.

     Lepas sekolah rendah, kami masuk sekolah menengah yang sama. Masih sama gelarannya. Aku dan Iman. Kami dah sama-sama remaja. Iman tetap sama. Cermin mata sama. Gaya rambut sama. Cuma mukanya makin bertambah jerawatnya. Makin tak handsome mukanya. Perempuan tengok grenti tak seleralah macam aku ni. Sehinggakan muncul pulak satu gelaran baru. Beauty and The Beast. Masa tu aku tingkatan tiga.

     Itulah serba sdikit tentang kisah Beauty and The Beast. Kisah antara aku dan Iman. Macam mana Iman sekarang ni? Macam mana kalau Iman jadi pilot? Mana boleh. Iman kan rabun. Lagi.. dengan saiz macam tu, mau terjunam kapal terbang. Ha.. Ha.. Aku tergelak sendiri. Memang aku ni jahatlah!

   -----

‘Kak, Kal main bola kejap. Tak payah tunggu Kal. Kak Ifti dinner dulu, ok. Nak dating dengan awek. He.. He..

                                                                                                                                                      -IFKAL-

     Aku baca notes yang ditinggalkan oleh adikku, Ifkal. Ee.. asyik dating je kerjanya. Pelajaran tak tau ke mana. Kalau tak perempuan, bola. Kalau tak bola, kereta. Tulah hidup dia. Agaknya kalau bagi tiga menda tu, cukuplah si Ifkal tu untuk jadi orang.

     Penatnya badan. Rumah besar ni pun sunyi kalau takde adik aku sorang tu. Aku naik atas dan pergi mandi. Nak sembahyang, bulan tengah mengambang. Ha. Ha. Jadi, aku pun layan cerita. Bukak astro Disney. Apala mama ni. saperla yang nak layan kartun Disney ni? macam la dalam rumah ni ada kanak-kanak. Mak kanak-kanak tu adalah. Buat membazir jela. Takpelah.. tiba-tiba je rasa nak jadi kanak-kanak malam ni. Kebetulan! Disney channel tengah tayang kartun Beauty and The Beast. Terus teringat kisah masa aku tingkatan tiga.

    “ Ifti tu memang sesuai dengan Iman, kan? Sorang gemuk macam badak. Sorang lagi garang macam mak singa,” sindir Irqin. Geng karatnya ketawa sendiri.

     “Macam pinang dibelah dua. Like Beauty and The Beast,” sambungnya lagi. Aku sabar. Sabar.. Sabar.. aku tak mahu buat jenayah sebelum PMR. Tapi lepas PMR insyaAllah.

     Aku tak tahu kenapa yang si Irqin tu tak pernah baik dengan aku. Yang aku tau, dia memang jelous gila bila abang yang dipujanya si Azam dari kelas 5 Alfa tu hantar surat cinta kat aku. Sorryla, bro! aku tak layanla surat cinta ni. Mamat tu memanglah handsome tapi perangai buaya tu, memang kena ngap dengan singa betina macam aku nila.

     “I bet they will be together one day,” kata Anna, geng karat Irqin. Lepas tu macam beruk dorang ketawa.

     Aku dah tak boleh sabar. Iman pun turut dengar. Tapi, macam biasalah. Iman.. lembik macam katak puru! Aku hentak tangan pada meja. Kalkulator diletak tepi. Nak je aku baling pada minah beruk tiga ekor tu. Pantas aku menuju ke arah minah tiga ekor. Sorang-sorang aku jelling maut. Memang pucat tak berdarah muka mereka. Eksyen je lebih. Nak tergelak aku rasa. Cakap je besar. Macam geng Izad.

     “Reti pun diam. Kalau aku dengar lagi, jangan marah kalau petang ni korang balik takde rambut,” ugutku sebelum senyum sinis. Sempat aku elus-elus rambut cantik dorang tu.

     Jangan ingat aku main-main. Aku pernah ugut Izad nak bocorkan tayar basikalnya dulu kalau dia langgar kata-kata aku. Dan dia pulak macam sengaja cabar aku. Akhirnya, tayar basikalnya aku siat-siat guna pisau. Tak cukup dengan tu, aku siap buat signature kat pelanar basikalnya. Akhirnya, nama aku masuk buku disiplin. Mama dan papa kena panggil. Memang mengamuk papa. Aku diam jela. Tapi, hati aku puas. Ha.. ha.. teruknya aku dulu.

     Memang aku teruk.tapi kalau dengan Iman memang aku tak boleh buat jahat. Tak tau kenapa. Tengok muka bulat dia tu, terus jatuh kasihan.

     Hujung tahun, sekolah adakan jamuan untuk murid-murid tingkatan tiga. Kebetulan tema malam tu adalah Fairy Tales. Memang dapat agak dah gelaran aku dan Iman. Beauty and The Beast. Si Izad dapat gelaran Frog Prince dan si Irqin dapat gelaran The Witch. Memang kena dengan dorang pun.

     Aku tak sedar. Rupa-rupanya tu malam terakhir Iman jumpa denganku. Patutlah malam tu matanya bagaikan sedih dan sembunyikan sesuatu. Aku dengar dia mengikuti keluarganya ke luar negara. Tanpa sempat mengambil result PMR dan tanpa sempat ucapkan selamat tinggal padaku. Berhari-hari aku menangis kerana Iman. Sampai hati dia tinggalkan aku.

     Sejak hari tu, duniaku sepi tanpa Iman. Aku tak boleh elak untuk membanding-bandingkan teman-temanku dengan Iman. Baru aku sedar. Susah sangat untuk dapat kawan sebaik Iman. Dan begitu banyak impak Iman tinggalkan aku. Sehingga mengubah aku seperti sekarang. Aku yang agak tomboy pun dah beransur-ansur jadi perempuan. Bersama dengan masa, aku makin melupai Iman sehinggalah munculnya Kapten Raja tadi. Raja.. pangkal nama mereka sama.

     Macam mana Iman sekarang?

   -----

Aku melihat sekeping kad merah hati yang diletakkan atas meja kerjaku. Kad apa?

     ‘Dijemput saudari Iftiara Ilyana bt Datuk Iqbal untuk hadir ke majlis Reunion bagi bekas-bekas murid tingkatan tiga….’

     Laa.. kad reunion rupa-rupanya? Rindunya semua kawanku yang lost contact dulu. Mereka datang tak agak-agaknya? Sedang aku berkhayal pintu bilikku diketuk. Kak Aima. Ada flower boy bersamanya. Bunga ros merah ni untuk aku ke? Memang sahlah untuk aku kalau aku yang kena sign. Siapalah yang mengigau hantar bunga macam ni? aku baca kad.

     ‘love virus cursed my heart. But you come as a remedy’

     Takde nama. Siapa pulak terjatuh cinta dengan aku ni? salah parking la, bro. Cari nahas betul. Pening.. pening..

     Keesokan harinya, aku dapat bunga jugak. Tapi kali ini warna kuning. Tertulis..

     ‘Love begins with friendship. Friendship begins with honesty and sincerity’

     Siapa? Siapa? Makin bingung aku memikirkannya. Tolonglah jangan buat aku terping-pinga.

     ----

Mama dan papa dah balik. Ifkal yang ambik dorang. Aku takde masa nak ambil dorang sebab syarikat yang mama tinggalkan sangatlah buzy.

     “Kak.. masa kat KLIA, ada abang macho kim salam.” Selamba Ifkal berkata. Lelaki sengal mana pulak yang kirim salam ni? budak ni pun bukan boleh percaya sangat.

     “Siapa?”

     “Entah.. tak pernah tengok pun sebelum ni. oo.. pakwe baru ya?” usiknya.

     “Banyaklah punya pakwe. Lempang sebijik karang. Cakaplah betul-betul,”

     “Cakap betul-betullah ni. Tak kenal dia. Yang sure, dia pakai uniform pilot.”

     Pilot? Kapten Raja ke?

     “Dia kerja pilot ke?” soalku bodoh.

     “Lawaklah kak ifti ni. Dah pakai uniform pilot, mestilah kerja pilot. Takkanlah cuci jamban pulak.” Dia gelak.

     “Handsome abang tu. Kalau jadi abang ipar memang comel-comella anak Kak Ifti nanti. Tu kalau ikut bapaknya la.” Dia gelak lagi.

     Kurang ajar punya budak. Dah lebih ni. dah sampai tahap anak-pinak pulak. Aku tolak dia sampai jatuh katil. Dia mengerang kesakitan. Tapi mulut masih ketawa.

     “Okey.. gurau. Nanti Kal lukis muka dia.”

  -----

Dan tak sangka pulak betul-betul dia lukis! Dan sah Kapten Raja yang dimaksudkannya. Lukisan Ifkal, memang tak boleh disangkal kehalusannya. Macam Kapten Raja yang asli berada di depanku. Ifkal betul. Serius kacak! Tersenyum manis. Ni kalau senyum live ni, mahu pengsan aku. Aku yang kebal ni pun boleh angau di buatnya. Oh tidak.. adakah aku dah jatuh cinta dengan heroku itu?

     Tapi.. orang kacak macam dia mesti dah ada buah hati. Dunianya pasti dikelilingi oleh stewardess yang cantik dan seksi. Manalah dia nak dengan aku yang bertudung ni. Adoi.. dah merapu jauh dah aku.

     ------

Malam reunion dah tiba. Aku pakai yang simple-simple je. Janji tutup Aurat. Tak sabar aku nak ke Hotel Concorde tempat dimana majlis ini berlangsung. Tak sabar nak jumpa kawan-kawanku. Apalah dah jadi dengan dorang semua? Yang aku pasti, Izad. Sebab Izad dah jadi pelakon popular tanah air. Sesuai dengan wajah kacak dia tu. Entah ingat entah tak dia dengan aku. Yang pasti memang dia makin kacak la sekarang. Dan yang paling aku harapkan tentulah kedatangan IMAN. Kapten Raja tu Iman ke? Tentulah bukan. Mustahil! Jauh lagit dari Bumi. Sangat-sangatlah kontra. Aku nak jumpa dia. Tak kisahlah macam mana dia sekarang.

     Bunga pulak, jangan cakaplah. Boleh dikatakan hari-hari aku dapat.

     Isnin: ‘Hold your friends with your both hands. Hold your only love with your only one allegiance’

     Selasa: ‘Knowing you is the best thing ever happen in my life. But letting you go is the stupidest blunder that I’d ever done.’

     Rabu: ‘love is never without Jelousy. Love is meaningless without missing.’

     Khamis: ‘Once a girl enters my heart, I’ll never let her goes. Once I love a girl, I’ll makesure that she will be mine only. And that girl is you.’

     Jumaat: ‘One day, I’ll make sure that you will love me.

     Macam-macam ayat sampai aku boleh hafal. Macam nak ugut aku pun ada. Siapalah yang amat kasihan terjatuh cinta dengan aku ni? kasi tilik muka dulu la. Kalau macam mamak jual karipap, baik tak payah la.

     Aku sampai di sana masih awal lagi. 8.30 malam. Aku tak dapat nak kenal saper-saper sebab semua orang tersangatlah berubah. Sebal pun ada. Berapa kerat je yang pakai tudung. Ee.. tak belajar agama ke yang rambut tu aurat? Tak takut dosa betulla.

     “Ifti.. kau ke, Ifti?” tegur seseorang. Aku tenung dia. Ya.. aku memang Ifti, tapi dia ni saper? Aku cuba mengecam.

     “Akulah.. Yana.”

     “Laa.. kau Yana? Lama betul tak jumpa,” aku memeluknya. Dia datang dengan suaminya. Ramai jugak yang kahwin rupa-rupanya.

     “Mana badak?” soalnya. Aku kurang senag tapi mulut tetap tersenyum. Kalau ni adik aku, memang aku tampar mulutnya.

     “Entah.. Lama tak jumpa. Rindu betul nak jumpa dia,” akuiku jujur.

     “Iftiara?” panggil seseorang. Aku berpaling. Haa.. yang ni aku kenal!

     “Hai, Izad, lama tak jumpa. Tahniahlah sebab menang award baru-baru ni,” ucapku. Dia ketawa sambil mata tak lepas pandangku. Rimas aku dibuatnya. Korek bijik mata karang!

     “Thank you. Makin lawa kau, Ifti. Tetap Beaty. Mana the Beast kau. Tak nampak pun mana-mana orang gemuk kat sini?” dia gelak.

     Aku tahan geram. mulut.. tampar tercabut gigi karang, baru resign terus jadi artis esok. Artis mulut laser ni payah jugak! Kalau kat zaman sekolah lagi ni, memang aku kejar sampai dapat.

     “Don’t know. Maybe he will be here soon,” jawabku malas. Datang pulak seorang perempuan cantik. Seksi. Elegant. Nak tersembul mata Izad melihatnya. Aku pulak yang malu melihat pandangan Izad. Apalah nak jadi dengan si Irqin ni?

     “Mana badak?” soalnya. Kenapa semua orang yang jumpa aku tanya pasal Iman? Manalah aku tau! Ingat aku ni bini dia ke?

     “Tak baiklah korang ni. tak berubah-ubah. Kesian Iman. Mana kau tau Iman macam dulu? Buatnya datang dengan muka handsome kalah kau Zad macam mana?” Aida membela Iman.

     “Handsome? Jangan buat aku muntah boleh tak? Yeww..” Irqin dah tayang muka geli. Aku tahan geram.

     “Kalahkan aku? No.. no.. no..” Izad dah bangga.

     “Look at there..” serentak kami semua berpaling ke arah pintu masuk. Aku tersentap. Kelihatan seorang lelaki gemuk berkaca mata berbingkai hitam masuk. Iman??

     “Iman dah datang. Pergilah jemput, Ifti,” sindir Irqin sebelum ketawa. Sekali aku jelling, terus terdiam. Jelingan aku masih sama. Maut!

     “Dia ni nak lawan aku? Boleh jalanlah. Kalau pertandingan gegarkan hotel ni, aku tarik diri.” Izad dah sakan ketawa. Aku pejam mata. Iman tetap sama. Langsung tak berubah. Kesiannya kalau berdepan dengan mereka ni.

     “Oh.. God. Pity Iman, Ifty,” suara Mimi seolah-olah tahu nasib Iman di depan mereka. Aku tak sanggup nak tengok Iman dibuli lagi. Maaf, Iman. Kita dah dewasa. Tak mungkin aku boleh melindungi kau lagi. Semua dah berubah. Aku menunduk.

     “Woi.. Iman. Sinilah.”

     “You call me here?” suara itu pasti milik Iman. Senyap.. Aku tutup mata. Tak sanggup lagi melihat Iman disindir.

          “Cik Iftiara..” panggil seseorang. Aku bukak mata. Kejap.. macam pernah dengar je suara ni. Aku angkat muka. Terkejut yang amat!

     “Kapten Raja?” dia senyum.

     “Meet me.. Raja Iman Shahfrizal. Nice to meet all of you now,” kata Iman lagi. Orang keleling memang tak payah cakaplah. Terkedu habis. Aku lagilah.

     “Iman??” aku inginkan kepastian.

     “Yup. I returned, Ifti. I’m the new Iman,” katanya. Kapten Raja ialah Iman? Macam tak percaya. Nak pitam pun ada. Biar betul!

     Memang betul-betul kontra dengan dulu. Atas bawah aku tilik dia. Badannya tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk. Tinggi dan tegap. Dulu dia tinggi macam ni? sampai-sampai aku kena dongak nak tengok dia. Sesuai dengan carriernya sebagai juruterbang. Rambut pula digayakan dengan gaya terpacak. Wajah putihnya pula suci tanpa sebarang jerawat atau parut jerawat. Entah apa krim yang diguna. Serius kacak! Matanya jernih tanpa kaca mata. Senyuman pulak manis macam tertelan gula sekilo.

     “Iman… Biar betul. Betul-betul kau berubah over time la,” puji Ain. Semua dah kagum dengan perubahan Iman.

     “Handsome gila kau Iman. Cuba berdiri tepi Izad, aku nak tengok. Tinggi, handsome, tegap. Perghh.. jauh kau menang Man. Tip top takleh lawan. Thumbs up. Kan, Irqin?” komen Vida selamba. Izad dan Irqin terkelu habis.

     Dan aku tak sangka.. itulah Raja Iman Shahfrizal aku yang dulu.

    -----

“Ifti tak percaya?” soal Iman. Aku tersenyum sebelum mengangguk. Mestilah aku tak percaya.

     “I’m still the old Iman. Trust me. Anyway, cantik Ifti bertudung,” sempat dia puji. Merah mukaku kejap. iman sekarang sangatlah berani.

     “Kenapa dulu Iman pergi tanpa ucap selamat tinggal kat Ifti?” soalku.

     “Tak penting. Iman tak diperlukan di sini.” Macam jauh hati je bunyinya dia jawab. Tak penting? Berhari-hari aku nangis. Hampir setahun aku ambik masa nak terima hakikat. Boleh dia sesegar spritzer cakap macam tu?

     “Iman buat macam persahabatan kita dulu takde makna untuk Iman.” Aku dah agak emosi.

     “Okey.. Iman minta maaf. Iman janji takkan tinggalkan Ifti lagi. Tapi sekarang, Beuty is still The Beuty but The Beast had changed to a handsome prince tau.” Sempat pulak dia perasan. Aku suka Iman yang baru. Berkeyakinan.

     “Tak sangka Iman jadi pilot.”

     “Iman apply, tak sangka dapat. Lepas Iman pindah ke US, Iman sakit teruk. Kata doctor sebab Iman tak boleh nak sesuaikan diri dengan cuaca baru. Ada hikmahnya jugak. Sebab tu Iman boleh kurus sekarang. Kuasa Allah.. rabun Iman pun pulih juga,” cerita Iman.

     “Ni fly sana sini, mesti ramai awek ni kan?” usikku. Tapi dada berdebar-debar. Jawab ya, memang nangis lagu poco-poco la aku malam ni.

     “Taklah.. hati Iman untuk sorang perempuan je.” Waa..mama. Kecewanya aku. Dah ada buah ati rupanya. Terpaksalah aku kubur jauh-jauh rasa sayang yang baru nak berputik ni! sob!

     ------

Hari ni aku dapat bunga lagi. Seperti biasa, kad tanpa nama. Tapi kad ini biasa-biasa saja.

     ‘Harap sudi terima’

     Harap sudi terima? Itu je? Agaknya dah kehabisan ayat dah si pengirim tu. Memangnya aku buang ke bunga-bunga dia sebelum ni? kadang-kadang office aku ni dah memang macam kedai bunga pulak. Nasib baik la interior designer semula jadi macam aku ni reti nak hias bilik cantik-cantik.

     “Sewel betul,” bebelku.

     Lantas fikiran kembali melayang pada majlis reunion. Memang semua orang tak sangka itulah Iman. Bagaimana dia mengalami transformasi yang begitu drastik sekali. Kalau aku tau Iman ni kacak bukan main, aku tackle awal-awal lagi, lepas tu soh dia diet. Ha.. ha.. tapi, sedih jugak bila ingat yang Iman dah ada yang berpunya. Kan aku dah cakap. Orang handsome macam tu, memang mustahil kalau tak berpunya. Terlepas..

     Iman.. Iman.. Tak sangka kita jumpa lagi. Hubungan kita akan rapat macam dulu ke kalau aku ni dah ada hati kepada dia? Ni semua gara-gara peragut tak guna tu. Kalau tak, grenti Iman takkan jadi hero. Aku pun tak payahlah nak cair dengan dia. Bangang punya peragut.

     Telefon berdering mematikan lamunanku. Private number. Saper pulak ni?

     “Helo..” sapaku lembut. Kot-kot pelanggan.

     “Helo Ifti,” sapanya juga. Lelaki. Saper?

     “Akulah.. Izad.”

     “Kau, Izad.. nak apa?” terus berubah suara aku. cis! Ingat saper tadi. Hutang apa pulak yang dia nak tuntut dari aku ni?

     “Dapat bunga yang aku bagi?” soalnya. Bunga? Oh.. dia ke yang bagi? Huh! Menyampahnya aku..

     “Kau yang bagi? Pehal?” soalku malas. Persoalanku terjawab. Dia rupa-rupanya pengirim misteri itu?

     “Jom makan.”

     “Aku buzy..” dalihku.

     “Kalau macam tu, aku datang office kau.” Dia dah macam mengugut. Agaknya semua boleh pengsan bila artis popular macam Izad datang. Mau kena serbu dengan peminat ke? Tak pasal-pasal jadi skandal. Akhirnya aku mengalah. Gembira bukan main dia.

     ------

Hari ni dapat bunga lagi. Masih tiada nama. Dan siapa lagi kalau bukan Izad yang hantar. Terpengaruh dengan filem agaknya mamat tu. Aku pun dah agak rapat dengan Izad. Dia bukannya jahat sangat. Cuma nakal masa kecik. Semua dah berubah sekarang. Kadang-kadang terhibur jugak dengan Izad ni. walaupun dapat rasa dia cuba tackle aku, tapi aku dah tak boleh cair aa.. hati dah jadi hak milik orang dah. Setakat berkawan tu bolehla.

Iman? Dia agak sibuk. Dia dah terbang ke Perth.

     -------

     Hari ni aku dapat bunga lagi. Tapi 2 jambak. Pelik. Mimpi apa Izad semalam sampai-sampai hantar dua jambak bunga kat aku? Satu merah, satu lagi warna putih. Aku capai kad.

     ‘Nice being your acquaintance’ IZAD

     Apa pulakla yang ditulis pada kad keduanya ni? aku mengambilnya. Saiznya agak besar sikit.

     ‘Love comes without knocking the door…

      Love leaves wihout bidding farewell…

     It’s all about delightful, allegiance and tenacity..

     Staying beside you is the true remish…

     Flying away from you is the most tortious torment..

     I guess you will recognise who I am..’

     Ulangkali aku baca kad itu. Siapa penghantar bunga ni? bukan izad. Yakin! Si pengirim misteri kembali muncul. Siapa dia? Siapa? Bunga ni bukan dari Izad. Tapi, siapa? Aku baca sekali lagi ayat terakhirnya itu. I guess you will recognize who I am.. Aku lihat si penulis melakar kapal terbang dan bentuk hati di hujung ayatnya itu. Dadaku berdebar.. Kapal terbang?

   -----

“Iman!” panggilku lantang.

     Sekumpulan juruterbang yang sedang berjalan sambil ketawa terhenti. Salah seorang daripada mereka ialah Iman. Mereka berpaling ke arahku. Aku lihat dia mengarahkan kawan-kawannya supaya beredar dulu. Dengan langkah berkeyakinan dia melangkah ke arahku.

     “Ifti nak cakap something..” kataku. Aku tau dia boleh agak apa yang aku akan cakap.

     “Kita keluar dulu,” arahnya tenang. Kami memilih restoran yang berdekatan.

     “Sorry ganggu Iman.” Kesian pulak aku tengok dia. Wajahnya nampak lesu. Baju uniformnya pun belum bertukar. Yalah.. baru balik dari penerbangan yang panjang. Seminggu aku tunggu dia pulang dari Korea.

     “Will be fine. I’m right.. you really recognize me,” katanya sambil tersenyum. Aku pulak yang terkelu seribu bahasa. Kena pulak aku ni yang nak melepas rindu seminggu tak jumpa.

     “Ifti tak faham..” macam orang bodoh pulak rasanya. Saja buat-buat tak faham. Aku keliru.

     “Everyday I sent you a bouquet of flowers and with a card. All is about love. I know you know what I mean.”

     “Kenapa?” rasa nak tampar mulut aku ni. bodoh tanya soalan tu!!

     “Senang cerita lah. Straight to the point. This is one of the ways to propose you and say ‘I love you’. Is that enough?” tenang dia berkata. Iman yang ni memang cukup berani!

     “Iftiara Ilyana.. will you marry me. To stay beside me in every condition. Will you?” Rasa macam nak rebah! Betul ke The Beast melamarku? Tapi kenapa aku ragu-ragu?

     “I need time..”

     -----

‘Izad Zikri bertemu cinta sejati dengan anak pemilik hotel terkenal?’

     Tulah tajuk utama untuk Harian Metro hari ni. terus aku renyuk surat khabar tu. Melaun mana buat cerita ni?!!

     Belum pun selesai cerita cinta aku dengan Iman, muncul satu cerita panas. Aku digosipkan dengan Izad! Waa.. nak ngamuk rasanya. Nak tumbuk je tiang api rasanya! Iman hantar mesej sebelum dia terbang ke Dubai.

     ‘Iman rela undur diri kalau bahagia Ifti dengan Izad.’

     Rasa macam nak nangis masa baca mesej tu. Kenapa dia macam nak mengalah. Jangan berlaku kejam Iman lepas hati aku kau ambik. Aku sayang dia. Aku bukannya cintakan Izad. Jangan tarik diri Iman. Aku tak sanggup hilang dia untuk kali kedua.

     Aku bersemuka dengan Izad. Berita ni mesti dibersihkan dengan segera! Aku marah Izad walaupun aku tau dia pun tak salah.

     “Mana aku tau macam mana boleh keluar paper. Reporters ada kat mana-mana. Ala.. memang tu pun yang aku harapkan,” senang dia jawab. Aku ketuk jugak muka dia dengan high heels ni baru tau. Terus jadi tiga lubang hidung!

     “Kau tau aku akan pilih saper kan?” dia mengeluh.

     “The Beast tu?”

     “Tu dulu..kau pernah tengok cerita Beauty and The Beast tak? Last-last The Beast tu jadi seorang lelaki yang handsome, tau. Dulu Iman memang The Beast. But now, The Beast changed to a handsome prince,” bidasku. Ciplak ayat Iman. Ha.ha. Izad terdiam.

     “Apa lebihnya dia?” soal Izad. Nak aku jawab jujur ke? Memang menyakitkan hati kalau aku jujur.

     “Everything.. yang penting, aku sayang dia.” Wah! Iftiara buat kenyataan ekslusif!

     “So.. aku takde chance la ni?”

     “Memang pun. Even 0.01%. Kita still kawan. Kau terlalu famous la. Aku ni cepat jelous. Nanti hari-hari kau jena dengar aku merungut. Sanggup ke?” gurauku. Dia gelak. Walaupun dapat rasa dia kecewa. Maaf Izad..

    “Nanti kahwin, ajaklah aku.”

     Kahwin? Ha. Ha. Iman pun tak tau kat mana sekarang ni. aku tak tau dia merajuk ke tak, tapi aku dah ada cara nak pujuk dia. Yang grenti buat dia senyum seminggu.

     ----

Aku menunggu dengan penuh sabar di ruang ketibaan. Tunggu Iman. Hujan kat luar dah makin lebat. Tak payah peduli dengan hujan, sebab dalam kepala aku ada Iman je sekarang ni. Aku bawa bunga bersama. Khas untuk dia. Ingat dia je yang reti jiwang? Aku pun reti la. Ha..ha..

     Aku pandang kiri. Aku nampak lelaki berseragam putih itu sedang memeluk seorang perempuan. Dadaku berdebar. Iman dan Irqin? Naik meremang bulu roma aku bila tengok Irqin menggesel-geselkan tubuhnya pada Iman. Aku tak tau macam mana reaksi muka Iman. Aku sedih. Dia lelaki macam tukah? Iman lamaku bukan jenis tu! Adakah Iman baru ni rasa ketampanan dirinya adalah senjata menjerat wanita? Dan aku salah seorang darinya? Kejam kau Iman. Kejam!!!

     Iman nampak aku!

     “Ifti..” aku senyum sinis. Buat penat aku sedih. Buat penat aku buat segalanya demi dia.

     Aku nampak wajah Iman dah berubah. Kerana kantoi barang kali. Tajam mataku menjeling Irqin yang sakan melentok kepala pada dada Iman. Ee.. dasar miang!

     “Ifti.. Iman..” aku campak bunga atas lantai. Sempat aku pijak-pijak sampai hancur. Ikutkan hati, dengan muka-muka mereka berdua aku pijak! Aku blah. Malas nak jumpa mereka lagi. Aku kecewa!

     “Ifti.. Ifti..” panggil Iman. Aku buat pekak. Dengan mata yang bila-bila masa nak menangis.

     “Qin.. aku..” aku tak dengar dah apa yang dikata oleh Iman kepada Irqin.

     Aku hanya ikut kakiku melangkah. Hujan aku aci redah je. Bila kecewa, apa-apa boleh jadi! Tambah-tambah aku tak pernah kecewa kerana cinta sebelum ni. Hujan yang lebat aku tak peduli dah.

     “Ifti..” Iman mengejarku. Aku benci dia. Pergilah!!

     Iman berada di depanku. Menghalang jalanku. Kami basah kuyup bersama. Tak peduli dah dengan orang sekeliling yang dah tengok kami buat drama swasta kat tengah-tengah hujan ni.

      “Pergilah.. lepas Ifti jatuh sayang dengan Iman, ni yang Ifti dapat!” marahku.

     “Tadi tu takde apa-apa..” jelasnya. Aku malas dengar dah. Aku lari dan dia kejar aku. Hey! Ingat ni main kejar-kejar ke?

     “Ifti..” Dah lumrah alam, kaki lelaki panjang daripada perempuan. Dia berjaya saing kaki aku. Aku berhenti. Nak apa lagi ni!

     “Kita balik dulu. Hujan ni..” pujuk Iman.

     “Balik sendirilah. Orang retila nak balik sendiri.” Aku dah marah. Entah! Bukannya aku susahkan dia kalau aku sakit pun. Kalau aku demam, habis masalah aku buat ialah bermanja dengan mama.

     “ifti.. Iman sayang Ifti. Cukuplah Iman hilang Ifti dua belas tahun lepas. Iman dah tak sanggup lagi..” rayu Iman. Aku sedikit terpujuk melihat kesungguhan dan kejujuran Iman. Sedikit je la.

     “Wei.. geng. Shah Rukh Khan tengah kejar Kajol la..” satu suara dari kelompok anak muda yang tengah berlindung dari hujan menyampuk. Kami berpaling. Hai.. aku lempang jugak budak-budak ni!

     “Betullah… bang, filem tajuk apa ni?” dorang gelak. Iman tak peduli.

     “Please Ifti..”

     “Cik adik.. ikutlah abang pilot ni. Nanti terlepas flight pulak.” Gelak lagi. Pasti pakaian seragam Iman yang mereka kenal.

     “Ifti.. jom..” belum dia habis berkata aku nampak Iman jatuh terduduk.

      “Iman..” aku lari ke arah Iman. Bibir Iman dah terketar-ketar. Ya Allah.. macam mana aku boleh lupa yang Iman ni alah dengan hujan? Bukti ini menunjukkan di depanku sekarang adalah Iman yang lama..

     “Tulah cik adik.. abang pujuk jual mahal.”

     “Kita balik..” putusku. Aku dah fed-up dengan budak-budak tu.

      ------

Kerana hujan terlalu lebat, kami masuk ke sebuah restoran yang terdekat. Niat ingin balik ke KLIA dimatikan dengan segera. Hujan masih lebat lagi. Habis mata menoleh ke arah kami bila kami masuk dengan basah lencun. Aku tak peduli dah dengan apa persepsi orang. Mesti orang dapat jangka kami dari KLIA lagi memandangkan seragam Iman membuktikannya.

     Kami memilih posisi yang agak tersorok. Sesuai untuk kami berbincang dan sesuai untuk kami mengeringkan baju kami. Aku diam. Seronok pulak tengok muka bersalah Iman.

     “Iman mintak maaf.” Salah atu ciri di depanku ini Iman yang dulu. Selagi tidak mendengar kata-kata maaf, selagi tulah dia akan terus meminta maaf. Aku diam.

     “Kami takde apa-apa hubungan,” terangnya lagi. Geram aku nak jawab, “Tak tanya pun.”

     “Kenapa Irqin ada sekali?”

     “Kebetulan kami dalam flight yang sama. Iman tak tau ubat pengasih apa yang dia telan sampai-sampai miang macam tu. Di cakap dia pening. Iman nak tepis dia, makin dia dekat. Dia buat-buat sakit depan kawan-kawan Iman. Mestilah Iman terpaksa tolong,” jelasnya panjang lebar.

     Betul entah tak betul cerita dia tu. Gentlemen la tu kononnya?

     “Kenapa kejar Ifti. Kenapa tak tolong Irqin yang sakit tadi. Entah dah nazak nak mati dah sekarang.” Aku sindir dia.

     “Biar dia yang mati. Asal jiwa Iman tak mati sebab hilang Ifti,” jawabnya berani. Perghh… ayat berani mati! Entah ciplak dari mana. Aku pulak yang tersentak dengan jawapan tak terduga dia tu.

     “Iman cakap apa dengan Irqin?” soalku. Lari dari tajuk. Nadaku berbaur cemburu. Dia senyum. Sakit mata aku tengok.

     “Kenapa senyum?” tanyaku kasar. Lempang bisu karang!

     “Takde.. ifti macam jelous. Orang kata cemburu tu tanda sayang. Tu maknanya Ifti sayang Iman la.,” jawabnya sambil tersengih. Aku diam.

     “Kenapa diam? Orang dulu-dulu kata diam tu tanda setuju.” Dia ketawa. Aku mengetap bibir. Tahan rasa. Sabar.. sabar.. Nak main-main, ya? Lantak kau lah. Puas ketawa, retilah dia nak diam. Aku bisu. Mogok!

     “Love is never without jelousy. Remember?” soalnya. Macam mana aku boleh lupa?

     “You don’t answer me..” tegasku.

     “Iman just cakap yang kita akan kahwin. Iman ucapkan thanks for her bet. She bet we will be together one day, right? Dia takkan ganggu Iman lagi. Iman cakap lagi, a prince will never choose the witch to be his queen and the prince already found his queen. Queen is the queen, the witch is the witch,” ceitanya. Aku sedikit terpujuk dengan kata-katanya.

     “Dulu, Ifti selalu jadi penyelamat Iman. Melindung Iman. Selama enam tahun Ifti melindungi Iman. Dan sekarang.. izinkanlah Iman untuk jaga Ifti. Bukan untuk esok, lusa, atau enam tahun. Tapi untuk seumur hidup Iman. Iman cintakan Ifti. Jadi.. Iftiara Ilyana, I ask you again.. will you be my wife?” dia lamarku lagi.

     Serius aku terharu dengan pengakuannya. Tapi aku terkelu untuk bersuara. Tiada jawapan terkeluar tapi dalam hati, ‘Yes.. I will.. I will..’

     “Atau Ifti dah ada Izad?” duganya.

     “No!” pantas aku jawab. Izad? Eee.. tak kuasa aku. Aku nampak Iman senyum.

     “I know..” dia senyum lagi. Pelik aku tengok. Macam yakin je aku ni ada hati kat dia. Aku jawab aku cintakan Izad baru tau!

     “You know” soalku balik. Dia angguk. Dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya. Malas aku nak ambil tau. Aku pandang sekeliling restoran. Cantik jugak.. tapi kalau letak pasu besar kat situ lagi cantik. Masih sempat aku komen.


Kad? Kad apa tu? Macam pernah nampak je? Warna dan jenisnya pun macam dah familiar je. Kad itu diletakkan dalam satu plastic.

     “Basah sikit,” katanya. Mungkin sebab kena hujan tadi kot. Aku terus pandang sekeliling restoran. Tak minat aku nak tengok!

     ‘Men are from Mars.. Women are from Venus..

     And love always brings them together..

     Love is about struggling..

     Everyone deserves to get it..

     Even if Beauty and The Beast..

     Even so You and me..

     I always wish to be Cinderella and I want you to be my prince..

     Will you??’

     Iman membacanya. Aku terkedu. Macam mana aku tak boleh tak kenal? Itukan isi kad yang aku selitkan bersama bunga ros tadi. Macam mana dia boleh terambil ni? Malunya!!

     “Of course I will,” jawab Iman. Dia tersenyum.

     “Tu tadi.. Ifti dah tawar hati lepas nampak tadi,” jawabku. Sengaja aku gundah gulanakan jiwa dia. He.. he.. Padan muka.

     “Ifti..”

     “Cik Iftiara?” aku pandang tepi. Nampak ada seorang perempuan bersama kamera. Bala! Wartawan? Lupa pulak aku dah ‘popular’ sekarang gara-gara skandal tak jadi dengan Izad tu!

     “Jadi.. betullah Cik Iftiara tak bercinta dengan Izad Zikri?” soalnya.

     Aku tarik nafas. Nampak macam ni je cara nak bersihkan semuanya. Kalau Izad sorang yang sangkal memang tak jadi.

     “Kami hanya berkawan sejak sekolah lagi. Hubungan kami tak lebih dari seorang kawan pun. Saya tak tau kenapa boleh keluar cerita yang saya dan Izad bercinta. Now.. in front of me, I introduce you my future husband, Raja Iman Shahfrizal bin Raja Izmal.”

     Satu persatu soalan wartawan aku jawab. Sejak bila la aku jadi artis ni? pergilah tanya Izad tu! Setelah wartawan tu pergi, aku pandang Iman. Senyum-senyum dia pandang aku.

     “I got it..” lantak kau lah Iman. Kalau aku terlebih jual mahal, kang tak pasal-pasal aku pulak yang menangis sendu.

     “Will this be the end of our story?” soalku.

     “No. Until you be mine and we have a happy family.”

     Aku gelak. Mood aku dah ceria balik.

   --------

Kami dah bertunang. Ha.. ha.. macam tak percaya. Satu kebiasaan bagi Iman. Aku akan dapat bunga darinya. Dan tak dilupakan kadnya sekali. Kali ni bukan dari Izad lagi, ya.

     ‘I’ll fly today. To tell the sky that I love you. Our love never dies even the stars fall down..’

     Aku geleng kepala. Ada je ayat-ayatnya. Dia terbang ke Paris hari ni. Kesiannya aku. Asyik kena tinggallah aku lepas ni. Tak kisahlah.. janji kau balik. Ha..ha.. sempat aku mesej dia.

     ‘I love you too. Looking at the mirror and I can see you are smiling towards me. Will miss you. Have a safe journey..’

     Punat sent ditekan.


7 Lelaki (BAB 3)

BAB 3

Pukul satu tengah hari baru aku bangun. Teruk tak? Tak kisah.. sebab Hanni pun sama. Ni semua penangan permainan Explorace malam tadi. Berkejar sana, berlari sini, cari helah nak lulus task.. Semua task yang PP bagi memang aku sambar je. Janji boleh menang. Aku rasa takde satu pun task yang complete sebab task yang dorang bagi memang luar alam. Mintak yang melampau dalam masa yang memang sah-sah tak cukup. Akhirnya, baju bau telur, tudung kena tepung, kena berguling atas gelanggang bola keranjang tu macam dah biasa je. Sebab semua orang memang kena buat. Gila betul.. Bila habis Explorace, sedar-sedar dah subuh. Gila.. first time aku tidur lepas Subuh. Tapi, bukan first time bangun tengah hari. Hehe.. Memang aku ni tak boleh dibuat bini aa.. Takde langsung ciri-ciri isteri mithali.

     Lepas mandi, aku kejutkan Hanni. Hish… dia ni kalau dah tidur! Bantal ke mana, selimut ke mana. Nampak je ayu. Tidur ganas mengalahkan harimau. Nasib baik tak terselak habis gaun tidur dia. Ni kalau aku rakam masuk you tube ni, memang boleh buat duit. Hehe.. dah terbayang dah gambar duit kat mata aku ni. Ish.. Ish.. Ish.. Best aku kutuk roommate aku. Ni kalau Hanni tahu, memang naik habis kaki tangan.

     “Wei… bangunlah..” aku goncangkan bahu Hanni. Nasib baiklah Hanni ni senang nak jaga. Buatnya jenis liat macam abang aku, memang la ada je orang yang nak kena basuh dengan sebaldi air Clorox.

     “Waa.. ngantuknya.” Hanni menguap sambil menggosok-gosok matanya. Anak patung teddy bear pink tu ditarik rapat ke muka. Nak sambung tidur.

     “Pergi mandi, budak busuk..” aku tarik tangan Hanni.

     “Kejap lagi la…” Hanni masih nak tidur.

     "Wei.. bangunlah. Aku dah kebulur ni. Perut dah melalak lagu Awie ni. Jangan nak dera perut aku la..” aku membebel. Betul. Perut aku memang lapar sangat-sangat. Memang dalam bilik aku pun tak de apa-apa untuk dimakan. Kang aku makan roommate aku ni baru tahu! Nampak sedap je semuanya kalau tengah lapar macam ni.

     “Yala.. yala..” Hanni mengalah. Aku sengih. Yes..

     “Lepas makan kita jalan-jalan kat tempat kuliah nak? Lepas tu keliling UM pulak?” Tu bukan soalan sebenarnya. Tapi dah macam arahan kepada Hanni.

     “Orait.. Madam” Hanni sempat tabik sebelum keluar untuk ke bilik air. Nak tergelak rasanya.

     Aku berjalan ke arah meja study yang memang bersepah dengan baju-baju dalam bagasi yang belum dikemaskan. Malasla lagi nak kemas-kemas ni. Tunggula esok ke. Minggu depan ke. Tupun insyaAllah la kalau aku rajin. Hehe!

      Aku tengok kertas A4 putih yang baru dapat semalam. Jadual kelas. Kat mana la tempat-tempat ni? DK? BT? Menatang apa pulak tu? Main-main shortform la pulak! Tu la.. masa PP bawak jalan-jalan keliling bangunan akademik, kepala tengah fikir nak buat shortcut balik asrama je. Kena pulak buat fire drill tengah-tengah dok jalan tu. Memang makan sumpah seranah orang yang buat plan tu. Melambatkan masa aku nak balik kolej. Free je pahala aku kurang hari tu.

      Adoyai.. bilalah aku nak berubah baik ni?

---------------

Berlalu sudah minggu orientasi. Sedih sebab berlalu sudah hari makan free. Terpaksa la makan sendiri sekarang ni. Macam tak percaya, kelas dah nak start. Kelas pulak seawal pukul 8.00 pagi. Waa.. teramat kejam untuk orang yang biasa bangun tengah hari macam aku ni. Nak dekat enam bulan rasanya aku cuti sejak lepas SPM. Rasanya otak pun dah karat pink dah ni. Serius lupa habis apa yang aku belajar time SPM. Terutamanya Biologi. Yang aku yakin dan ingat, dalam sel ada nucleus..

     Aku lihat semua budak Asasi tengah jalan ke kelas. Muka-muka bersemangat betul. Calon-calon 4 flat la ni. Waa.. saper tak nak 4.0? segila-gila aku pun, aku pun nak jugak 4 flat walaupun tak tau layak ke aku ni? Aku tengok depan bilik tutorial, mesti ada nampak manusia berdiri. Semuanya pun macam tercari-cari. Maklumlah.. masih baru. Aku pun sama. Hanni pulak dah selamat masuk Dewan Kuliah Utama yang super besar tu. Ada lecture Fizik katanya. Fizik-fizik jangan sebut ya. Barang alah tu! Allergic tahap apa-apa entah. Satu bencana yang teruk bila budak-budak Hayat pun kena belajar Fizik. Alamatnya fail la aku yang memang ‘minat’ gila-gila ngan Fizik tu. SPM dulu pun dapat A2 je. Jumpa pula Fizik kat sini, memang bertambah-tambah la A aku.

     Okey.. Lupakan pasal Fizik dulu. Apa yang aku nak buat ya? Oo.. tengah cari benda ni! BT3.. BT 3.. mana kau menyorok ni? Aku pandang jadual kelas. Susahnya kalau takde kawan ni. Huhu.. Baru sekarang rasa sedih. Apa terlebih bijak la orang yang buat jadual ni? Letak English pagi-pagi hari ni? Ubat tidur aku tu selain Fizik. Aku rasa sejak tadika lagi jumpa English ni. Aku benci English.. boring!! Kalau tak kenangkan semua ni demi MUET, memang awal-awal lagi aku ponteng. Bijak aku punya plan. Kelas baru je nak start, dah macam-macam rancangan jahat dalam kepala aku ni. Teruk betullah!

     Lepas sepuluh minit bertawaf, barulah aku jumpa bilik tutorial tu. Kat sini kau menyorok ya BT? Bukak je pintu, dah ramai rupanya yang dah datang. Sunyi sepi je bilik tu. Macam tempat jin bertapa pun ada. Ek ena.. apa gaya semua orang skema maut ni? Biasa la.. first time jumpa kan.

     “Ada orang?” soalku pada seorang perempuan yang duduk sebelah meja kosong. Bagus position ni. Tak depan sangat, tak belakang sangat. Strategic untuk orang yang suka tidur dalam kelas macam aku ni.

     Dia senyum sebelum geleng kepala.

     “Tak..”

     “Nama apa?” soalnya lagi.

     “Qystine. Panggil Qys je. Kau?”

     “Adila.. panggil DD je.” Dia senyum.

     Baru pukul 7.45 pagi. Nampak macam semua orang dah sampai. Sempat aku kira. Dua puluh satu semuanya. Semua datang awal. Tapi, aku tak yakin semangat datang awal ke kelas ni akan kekal sampai hujung sem. Betul tak? Aku pun mungkin salah seorang daripadanya. Hehe..

     “Kau asal mana?” tanyaku pada orang sebelah. Masa ni la nak ice breaking dengan kawan-kawan kelas P2 ni.

     “Perak. Kau?” soalnya balik.

     “Aku orang sini je. Dulu sekolah mana?” soalku lagi. Mesti dia cop aku ni kaki sibuk. Peduli la.. memang aku ni kaki sibuk pun.

     “MRSM Langkawi.”

     Lepas dia cakap, masa tu la pintu masuk terbuka. Muncul seorang wanita Cina. Agaknya dia ni tutor kelas ni kot. Cantik betul handbag Gucci dia tu. Nak je aku ragut. Jual mahu dapat seratus ringgit. Duit.. duit.. dah terbayang duit dah kat mata aku ni. Biasalah.. Elaun KPT pun belum masuk lagi. Tapi, sebenarnya.. Apa aku melalut ni? Wahai Qystine.. Insaflah! Awal-awal kelas dah kumpul dosa. Istighfar, Qystine. Istighfar..

     “Morning class… I’m your tutor for FB001. My name is Chua Liew Sin. Just call me Madam Chua…”

     Aku hanya dengar. Aloha.. pesal la English dia sekali slang ngan cina? Nasib baik la dapat tangkap bunyinya walau pun tak berapa jelas. Balik ni nampaknya kenala aku korek telinga. Biar kasi lebih clear sikit.

     “You all have known each other?” soalnya lagi.

     Semua orang geleng. Madam Chua tepuk tangan sekali.

     “Okay.. since this is our first class and all of you still do not know each other, let’s start with introducing yourself. Move the tables aside and make two circles with the chairs. One inside and one outside.”

     Madam Chua keluarkan arahan. Semua orang gerak. Maka, bunyilah meja-meja dan kerusi-kerusi ditarik. Masa tu la baru aku perasan sesuatu. Lelaki yang berkemeja hitam tu, macam pernah nampak. Tapi, nama dia apa ek? Adi.. ke Adidas? Aidi.. Oo.. Aidit. Baru aku ingat. Aidit.. dia nampak aku. Sempat kami berbalas senyum. Makbul pulak doa dia nak jumpa lagi lepas hari tu.

     Maka, terbentuklah dua bulatan yang dibuat dengan kerusi yang saling menghadap. Bulat-bulat macam ni, macam budak tadika pun ada. Semua ambil tempat. Aku duduk di kurusi yang menghadap seorang budak perempuan yang pakai selendang hijau. Sempat kami berbalas senyum.

     “Okey.. everybody has a seat?” soal Madam Ghua.

     “Yess..” jawab seisi kelas. Serius macam bebudak empat tahun kat tadika. Ni kalau bagi jiran aku yang umur tiga tahun main ni, memang best ni. Aku masih tak tau apa motif buat dua bulatan macam ni.

     “Now, I want you to share with your in front partner about youself. Tell them what is interesting about English and what are the things you do not like about English..”

     Ni ke tasknya?? Aloha.. aku boleh je cerita pasal diri aku. Tapi, bila masuk pasal what is interesting about English tu… apa aku nak goreng? Kalau cerita pasal benda aku tak suka pasal English, memang berbuih mulut aku nak cerita.

     “Two minutes from now, you can start. Begin with the person inside the circle.” Inside the circe? Aku la tu..

     Kedengaran orang sebelah dan sebelah aku aku dah start bercakap. Aku je yang tak tau nak cakap apa. Adoi.. dah nak dekat enam bulam cuti ni, memang otak aku pun dah jadi slow sikit. Kena makan kismis banyak-banyak nampaknya. Biar jadi bijak sikit. Lepas tu, aku tengok orang depan, orang depan tengok aku. Sempat aku interview dia. Namanya Rosma, asal Terengganu, dulu belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seri Puteri. Aku cerita pasal diri aku sebelum dia cerita pasal dirinya.

     “Okey.. two minutes over.” Aku dengar Madam Chua bersuara. Semua orang berhenti bercakap. Kami semua berpaling ke arah Madam Chua.

     “Now.. the person inside.. please move two seats to the left,” arah Madam Chua. Alaa.. pesal la orang dalam pulak kena gerak ni? Tak aci aa.. dah kurang dah sikit glucose aku dalam badan bila gerak-gerak ni.

      Semua orang ikut arahan Madam Chua. Aku bergerak dua tempat ke kiri. Sampai pulak di depan seorang perempuan berbaju kurung merah. Dia senyum bila aku ambil tempat di depannya. Arahan yang dikeluarkan Madam Chua macam yang pertama tadi. Pesalla dera orang yang dok bulatan dalam ni? Menyesal aku tak pilih bulatan luar tadi. Huhu!

     Macam biasa aku tanya nama dia, dia tanya nama aku. Lepas tu, aku membuka hikayat tentang apa yang menarik tentang English dan apa yang tak menarik tentang English. Dah macam ulang tayang yang aku cakap dekat Rosma tadi. Sebijik-sebijik ayat sama aku guna.

     Dua minit berlalu, sekali lagi aku kena gerak ke kiri. Kali ni, langkau tiga kerusi. Bila aku duduk atas kerusi, baru aku sedar rupa-rupanya Aidit kat depan aku. Entah ingat entah tidak dia kat aku.

     “Qystine Safra bt Hambali..” sekali nama penuh aku dia seru. Aku sengih je la.. Ingat pulak dia nama penuh aku.

     “Aidit, kan?” soalku. Dah memang involuntary reaction, memang main keluar je dari mulut aku walaupun aku dah tau nama dia. Dia senyum. Perghh… senyum versi pencairan hati tu! Boleh tergugat aku ni. Pesal la kau ni handsome sangat? Buat tambah dosa anak dara orang yang suka cuci mata macam aku ni je la.

     “Betulkan aku cakap.. Kita jumpa lagi.” Aidit memulakan bicara.

     “Weh.. Khairul sambung mana wei?” aku pun tak tau kenapa boleh terkeluar soalan macam tu. Sekali sangkut nama Khairul pulak tu. Langsung terpesong dengan ayat Aidit kejap tadi.

     Aidit tak sempat bersuara bila suara Madam Chua yang dah bagi arahan. Arahan sama macam yang tadi. Waa.. boring a.. tajuk sama je. Aku sengih kat Aidit.

     “Tak payah la cakap menda karut tu.. baik kita bual-bual kosong. Lagi best.. kan?” bicara Aidit sambil angkat kening. Aku gelak.

     “Betul.. betul.. bagus punya idea.” Aku menyokong.
Mula-mula kenal memang agak kaku jugak. Tak tau nak cakap apa. Aku tanya dia, dia tanya aku. Lepas tu sama-sama sengih.

     “Wei.. dulu kau sekolah kat mana ya?” soalku. Dah mula nak korek segala soalan peribadi.

     “Aku dulu sekolah sains Johor..”

     “Ooo.. orang Johor la ni??” soalku.

     “Aku memang lahir kat Johor. Tapi, sekarang ni aku tinggal kat PJ,” cerita Aidit lagi. Tak peduli dah dengan orang-orang sebelah yang tengah berbuih mulut siapkan task yang diberi Madam Chua kejap tadi.

     “Waa.. PJ. Bestnya.. dekat giler. Mesti best sebab hari-hari boleh balik.” Aku dah jelous. Yala.. aku jauh giler. Kena rentas Laut Cina Selatan baru boleh sampai rumah. Lagipun, aku pun tak suka balik sana sebab boring giler!! Aku lebih suka lepak kat KL.

     “Kau orang mana?” selidik Aidit.

     “Aku lahir kat KL. Tapi, memang asyik berpindah je kerja aku sebab ikut papa aku. Sekarang ni pun, family aku dok kat Sarawak,” ceritaku.

     “Ayah kau kerja apa?”

     “Bapak aku kerja ngan syarikat perkapalan. Kenalah ikut mana-mana yang bos hantar.”

     “Okey.. two minutes over. Everybody.. please look at me,” kedengaran suara Madam Chua.

     Macam-macam idea Madam Chua nak bagi kami semua tak boring dalam kelasnya. Dan serius aku cakap yang kelas English dia ni takdelah sampai tahap boleh buat aku tersengguk dalam kelas. Mengantuk tu memangla mengantuk. Semua orang ikut apa yang diarahkannya. Madam Chua mengarahkan kami menyusun balik meja yang dah kami teraburkan kejap tadi. Semua duduk kat tempat asal macam awal-awal kami sampai tadi. Aku pandang jam. Bukti kelas ni tak berapa nak boring, macam tak rasa apabila jam dah menunjukkan pukul sembilan lebih. Kelas dah nak habis dah. Aku pun hampir kenal semua orang dalam kelas ni.

     “Do you have class rep and class assistant?” semua orang ternganga. Apa menda yang depan tu?

     “I mean class representative. Just like class monitor?” Oo.. kat university, orang panggil class rep, ya? Adoi.. dah maju setapak rupa-rupanya. Cakaplah penuh, class representative. Main singkat-singkat pulak. Kalau aku translate kepada Bahasa Melayu apa yang aku dengar tadi dah jadi ‘Perogol kelas’.. Haha! Teruk betul! Memang aku kena balik korek telingalah!

     Aku sengih sendiri.

     “So… anyone volunteer?” soal Madam Chua lagi. Semua senyap. Saling pandang sesama sendiri.

     “Anyone? Boy is better..” senyap lagi.

     Akhirnya aku angkat tangan.

     “Yes?” soal Madam Chua. Seluruh kelas pandang aku.

     “Aidit wants to be our class rep.” Selamba aku berkata sambil menunjuk ke arah Aidit. Aidit yang sedang menongkat dagu sebentar tadi terus terjatuh tangannya. Terus bulat matanya yang agak mengantuk tadi. Dia pandang aku. Tak percaya.

     “Can you?” Madam Chua mintak persetujuan.

      Aku sengih bila Aidit jeling aku. Sorryla, bro. Kau je lelaki yang aku kenal dalam kelas ni. Aku sebut je la nama kau. Jangan marah, ya. Nanti tak handsome. Berani pulak aku main sebut nama dia. Padahal kenal tak sampai dua puluh empat jam. Buatnya dia sembur aku lepas ni? Macam mana?

     Semua ternanti-nanti jawapan Aidit. Aidit jawab ya, maka terselamatlah sembilan lelaki yang lain. Dan aku yakin semua menanti Aidit menjawab ‘yes’.

     “I will…” semua tarik nafas lega.

     “… As long as Qystine Safra become my assistant,” jawab Aidit. Ternganga aku mendengarnya. Aku pandang dia. Aidit tersenyum menang sambil angkat kedua-dua keningnya beberapa kali. Wei… misi balas dendam nampaknya?

     Aku teguk liur. Kalau tadi, semua orang pandang Aidit, sekarang giliran aku pula. Mati kutu aku. Hampagas karat punya Aidit.

     “So?” soal Madam Chua kepadaku.

     “Okey…” aku akhirnya bersetuju.

     “Okey… our class rep is Aidit Fikri bin Awalludin and our class assistant is Qystine Safra bt Hambali. Both of you.. please give your phone number.”

     Aku menurut. Adoi.. hancur ana punya program. Baru je aku pasang niat nak ponteng kelas dia lepas-lepas ni. Sekali dah diangkat jadi penolong kelas. Perghh.. penolong tu!! Hancurlah kelas ni dalam tangan aku. Nasib baik bukan jadi ketua. Terima kasih pada Aidit la yang lantik aku. Nak kenakan mamat tu, memang kena fikir dua hari dua malam dulula..

7 Lelaki (BAB 2)

BAB2

Waaa... bilala menda alah ni nak abis? Serius aku ngantuk! Aku pandang sekeliling Dewan Tunku Canselor ni. Ramai gila dah landing tidur. Macam-macam gaya. Tidur mulut ternganga pun ada. Pandang depan sana, nampak ada cecair keluar dari mulut sorang budak lelaki. Ee… air liur basi! Ni kalau masuk youtube ni memang grenti gempak. Aku pandang sebelah. Hanni pun dah hanyut ke dunia mana entah. Pejam erat matanya. Kenapala aku tak boleh tidur ni? Punyalah ngantuk. Tapi memang mata aku tak boleh lelap kalau bukan atas katil.

     Apa menda la penceramah tu merapu? Tak tau ke semua budak ni ngantuk? Dah terang disuluh spotlight lagi bukti-bukti sahih di depan mata. Faham-faham jela. Tidur pukul satu dua pagi. Bangun pulak lima pagi. Semua tak cukup tidur. Kira bonus la ni dapat tidur dalam dewan berair-cond ni. Gila sejuk!


     Lebih kurang pukul sebelas barulah benda ni habis. Tu pun kena kumpul kat gelanggang. Sesi yang paling aku benci. Sesi bersama biro disiplin. Tiap-tiap malam pelajar baru kena brainwash. Sampai dah cuci berkilat dah! Menyampah aku tengok muka-muka PP yang serius maut tu. Buat aku mengingau ngeri je.

-----

Mana Hanni ni? Tadi kata nak cari port makan? Hii.. jangan cakap dia gi Port Dickson dahla! Hmm… terpaksalah aku makan sorang-sorang..

     Aku pandang bekas polisterin di tangan aku. Nasi ayam? Aku tak tau kenapa kat sini semua makanan tak kena dengan selera aku. Jauh sedap masakan mama. Arghh.. rindunya aku kat mama. Nak call mama pun tak boleh. Sebab minggu orentasi bongok ni tak dibenarkan guna telefon kalau rasa tak nak masuk tasik kumbahan kat tengah-tengah kolej tu.

     Boringnya makan sorang-sorang… Hanni, mana kau ni? Sempat pulak aku jeling maut kat PP Airel masa mata melilau mencari Hanni. Masa tu lah ada seorang lelaki duduk kat tepi aku.

     Apa mamat ni? Takde tempat lain ke? Aku pandang sekeliling. Patutla dia dok sini sebab memang takde tempat lain pun. Tepi longkang kan ada? Adoi.. apa hak aku sebenarnya nak halang-halang orang ni? Kerusi free.. Hak milik semua orang. Okey.. aku tak kisah! Jangan nak kacau aku dah!

     “Kau ni kawan Khairul, kan?” soalan itu betul-betul buat aku terkejut.

     Mamat ni cakap ngan aku ke? Pe ke hal.. Kenal pun tak. Salam pun takde.. Nasib baik tak terputus jantung aku. Aku pandang jejaka mengancam sebelah aku ni.

     Khairul? Khairul ketua kelas aku dulu ke?

     “Excuse me?” tanyaku balik.

     Lelaki tu semyum. Hmm.. boleh tahan kacak juga mamat ni. Oit, Qystine! Sejak bila pulak aku ni senang cakap orang kacak ni? Haishh… terlebih makan ubat agaknya aku hari ni!

     “Kau ni sekelas dengan Khairul Azmi bin Mohd Arsyad dulu, kan?”

     Sekali dia bagi nama penuh! Sudah terang memang tak payah nak suluh dah. Memang sahlah tu. Nasib baik tak kasi sekali nombor I/C dan alamat rumah.

     “Kalau ya, kenapa?” tanyaku balik. Aku sebenarnya memang kurang mesra dengan lelaki yang baru kenal. Suara aku ni memang mahal kalau dengan lelaki yang aku tak kenal. Tapi, Kes mamat ni, kira aku kasi diskaun tujuh puluh percent.

     “Aku sepupu dia..” dengan murah hati lelaki itu membuka hikayatnya.

     “Oooo..” hanya tu yang mampu aku cakap. Jawapan aku rasa yang kurang kejam kalau nak dibandingkan aku jawab, “Ada aku kisah?”.. Kan? He..he.. Malas pulak aku nak tanya macam mana dia tahu. Lantak dia la.. Bukan urusan aku pun. Mungkin si Khairul tu cerita kat sepupu dia ni pasal kawan-kawan sekolah. Tak pun, si mamat ni buka majalah sekolah kitorang, pastu ternampak aku. Sebab aku ni budak cute, so dia suka kat aku. Macam tu? Ha.. ha.. sumpah aku ni budak perasan la!

     “Nama kau apa?”

     Aku jeling mamat sebelah. Amboi… nak berkenalan dengan aku pulak ke? Kalau dah lelaki memang tak boleh nak dielak agaknya. Jumpa perempuan mesti nak berkenalan. Agaknya dia nak tahu perangai Qystine ni baik sikit dari bapak setan! Baru je aku nak Clorox kaw-kaw..

     “Kau jangan salah sangka yang aku nak ngurat kau pulak! Serius.. aku just tanya sebagai seseorang yang nak tambah kawan,” jawab lelaki tu. 

     Rasa muka dah merah. Hii.. buat malu aku je la! Panas je rasa hati ni. Kut ada nasi ayam yang naik atas kepala orang lepas ni. Ke orang yang nak naik atas nasi ayam? Pilih! Tapi… Bila aku pandang muka dia, langsung tak nampak yang dia sindir aku. Tak tau kenapa, hati aku rasa sejuk. Dan selamba pulak aku menjawab..

     “Qystine Safra bt Hambali..” Pergh… Sekali nama penuh aku bagi. Pemurah pula aku dengan mamat ni. Pelik..

     “Aku Aidit. Aidit Fikri..” Ooo.. Aidit..

     “Kau ni memang sombong, ya?” Aku senyum. Cari maut punya soalan sungguh.

     “Sorry la… Aku ni memang tak mesra alam ngan spesis berlainan jenis ni. Kromosom tak sama. Gene pool lain-lain,” 

     Aidit gelak. Serius aku tak tau apa yang lawak. 

     “Kau ni lawak la..”

     “Tapi interview nak jadi badut tak lepas.” Dia gelak lagi! Dan aku tak tau apa yang buat aku rasa selesa dengan Aidit.

     “Kenapa?”

     “Aku cute sangat kot..” selamba aku jawab. Kan betul aku ni perasan.

     Polisterin di tangannya dah kosong. Dia angkat punggung. Sebelum dia pergi, sempat pula dia berkata.

     “Aku harap lepas minggu orentasi ni kita boleh jumpa lagi..”

---------------

Hari yang kelima, barulah aku rasa rupa-rupanya best jugak minggu orentasi ni. Lebih-lebih lagi bila main game. Best.. bila belajar menari. Kelakar pun ada.. memang dah rasa enjoy sikit. Siapa cakap kena ragging tu teruk? Biasa je kalau macam ni. Bagi aku selagi takde menda yang buat aku sebal, tak teruk la tu. Cuma tolak tahap allergic aku dengan PP Airel jela.

     “Dah malam last..” keluh Hanni. Ketika tu, kami tengah bersiap untuk ke majlis penutup minggu Haluansiswa yang diadakan di Dewan Tunku Canselor. Sedang mencari-cari pakaian yang nak dipakai malam ni.

     “Kenapa? Sedih ke? Bukanke ni saat-saat yang kau nantikan?”

     “Memang la.. tapi, bila dah habis, sedih dowh..”

     “Aku setuju..”

     Malam kebudayaan yang sangat best.. kelakar gila sketsa yang dilakonkan semula oleh pelajar asasi. Bila ajuk gaya para PP memang sebijik. Memang riuh satu dewan tu. Hanni pun dah berapa kali hentak-hentak kaki ke lantai sebab tak tahan gelak. Tak cantik punya perangai.

     Aku ingat habis malam kebudayaan, habis sudah kesengsaraan kami semua. Boleh aku qada tidur aku esok. Tak sangka pula semua pelajar baru diminta berkumpul kat Dewan Gemilang. Kali ini, hanya dikhaskan untuk sesiapa yang ingin menyertai sahaja. Mula-mula memang kau tak nak. Tapi, memandangkan ni kali terakhir minggu ni, aku dengan rela hati mengikut serta.

     Tapi… kalau aku tahu seseksa ini, sumpah aku takkan ikut serta!!!

     “Nak tandatangan saya?” Dia tersenyum sinis.

     Waaa… apa malangnya nasib aku dilahirkan di dunia ni, ditakdirkan bertemu dengan mamat sengal ni?!!! Pesal la mak ngan ayah dia kena kahwin dan dpat anak macam dia ni?

     Aku tak bersuara. Biar Hanni yang handle. Memang pun permainan malam ni ala-ala Explorace. Nasib baik ditakdir pula aku ni memang sekumpulan dengan Hanni. Dahlah Hanni satu-satunya orang yang rapat dengan aku kat UM. 

     Masa buka task pertama untuk explorace:

     ‘Anda semua dikehendaki mengumpulkan tandatangan semua PP dalam masa sejam untuk mendapatkan klu yang seterusnya’

     Memang ngangalah empat belas orang dalam kumpulan aku tu. Gila! Nak amek tandatangan semua PP dalam masa sejam? Dahlah lebih lima puluh orang. Sempat ke? Jadi, semua dah bersetuju untuk berpecah dan ambil tandatangan PP mengikut biro masing-masing. Apa pasal la aku ngan Hanni kena amek yang biro kecederaan dan first aid? Lepas tu biro disiplin. Ngeri betul..

     “Kim, apa kita nak buat kat budak-budak ni, ya?” seram bunyi soalan si Airel ni. PP Akim dah tergelak. 

     “Ala… kau mintak je dorang buat chicken dance..” cadang PP Akim. 

     Bodoh.. tak nak la aku menari menda bongok tu depan dua ekor ni! Malu, siot! Nak kena lempang agaknya dua ekor ni! Cepat la.. masa berjalan ni.

     “Hmmm…” Airel pandang aku dan Hanni bergilir-gilir. Akhirnya berhenti pada aku.

     “Haaa… awak.” Sial.. mamat ni nak apa pulak ni? Selalu nak nyusahkan aku la! 

     “Betul nak tandatangan kami?”

     Aku menanti. Menda bodoh apa pula yang dia nak aku buat ni? Nak soh aku cium dia tengah-tengah orang ramai ni? Kalau tak kenangkan ni kerja sekumpulan, memang aku kasi mamat depan ni sedar yang dia ni berpijak atas bumi yang nyata.

     “Awak tau tak hari ni berapa hari bulan?” soalnya kepadaku.

     Aku mengira-ngira dalam kepala. Rasanya Sabtu. Aku pandang Hanni.

     “Sabtu.. 16 April.” So?

     “Awak tahu tak hari ni hari jadi saya.. tak nak wish ke?”

     Ek ena… ada aku kisah sekalipun hari ni hari ulang tahun perkahwinan kau? Blahla.. wish birthday pun nak suruh orang ke? 

     “Weh.. Rel, kut ya pun nak mengurat, tak payahlah pakai modal birthday kau tu. Mentang-mentang birthday boy..” PP Akim dah gelak.

     Airel sengih.

     “Macam nilah… kalau awak nak tandatangan saya, saya nak awak tulis satu surat cinta kat saya..” selamba dia menurunkan titah.

     Bulat mata aku!

     Ketawa PP Akim dah meletus.

     Dan Hanni sempat ternganga sebelum ketawa bergabung dengan PP Akim.

     “Apa kaitan dengan menda ni?” soalku bengang. Tak patut langsung! Cinta-cinta barang sensitif, okay!

     Airel senyum..

     “Sebab ni saya yang suruh. Do it or leave it?” aku mula nak protes..

     “Atau.. memang awak ni penakut?” cabarnya lagi.

     Berbahang je rasa hati ni. Rasanya penumbuk aku ni muat kalau nak masuk mulut orang. Dia nak cuba agaknya! Cabar-cabar orang pulak..

     “Ala.. kau buat je la. Tulis je pun..” kata Hanni pula. Amboi? Cakap memang mudah. Yang kenanya aku. Gila punya arahan. Mengigau dapat surat cinta agaknya semalam. Kenapa tak disuruhnya aku cium dia? Geram betul..

     “Dia malu la tu…” sampuk PP Akim dalam ketawa yang baru nak mereda.

     Hati dah panas. Terasa tercabar. Heyy.. ni Qystine la! Setakat nak tulis surat cinta bodoh tu, sepuluh keping pun aku bolehlah. Tulis je pun..

     Aku menarik pen dan kertas yang dihulurkan kepadaku. Surat cinta ya? Setakat karang ayat-ayat jiwang tiga posen tu, tak heran la.. Tapi, jangan salahkan aku pulak kalau nanti dia jatuh cinta kat aku gara-gara penangan ayat super aku tu.

     Tiga minit berlalu, barulah aku serahkan balik. Heh! Ni surat cinta Qystine la.. Satu dalam sepuluh juta. Surat cinta yang super. Terbaik punya..

     “Salam… istimewa untuk abang Airel tersayang…” dia baca intro. Aku tayang muka bodoh. Tak peduli dengan kawan sebelah yang dah terguling ketawa.

     “Kali pertama wajah kacakmu mencecah corneaku, buat artery dan vein jantungku berdegup kencang. Suara lunakmu asyik terngiang-ngiang dalam cochleaku. Segala pergerakanku menjadi involuntary reaction. Cerebelum dan cereberumku asyik mengingatimu. Bila berdepan denganmu, otakkuku menghantar impulse ke nervous system untukku terus menatap wajahmu. Saat kau berada berdekatan denganku, patellaku terasa lemah. Darah mengalir laju dalam blood capillariesku. Alveolusku pula bagaikan padat untuk menerima oksigen membuatkan aku hamper lemas. Kaulah satu-satunya homo sapien spesis yang boleh membuatkan adrenalinku keluar laju. Bila ada kamu di depanku, medulla oblongata pun dah berhenti berfungsi untuk menghantar reflex reaction. Oh, Airel.. sebaris nama yang akan terus kekal terukir di liverku. Sesungguhnya aku amat mencintaimu..”

     Habis baca.. Airel dan PP Akim dah sakan tergelak. Hanni pulak dah terduduk menekan perut. Dan aku.. aku tayang muka bodoh. Kan aku dah cakap. Surat cinta Qystine memang gempak punya! Gabungan Bahasa Melayu dan Sains. Tulah baru namanya budak Asasi Sains Hayat. Kan?

     “Ha… Ha.. Wei, Rel! ‘Girlfriend’ kau ni lawak la..” PP Akim dah reda ketawanya.

     Aku jeling maut ke arah PP Akim. Tak sayang mulut betul. Aku berus dengan berus jamban baru tahu! Kut tak bercakap terus dua tahun.

     Buat seketika, barulah keadaan menjadi reda. Aku tetap tayang muka cool. Buat apa nak malu? Bukannya aku serius nak tulis surat cinta bodoh tu kat dia. Terpaksa tau.. Terpaksa. Sekelumit hati cicit kuman pun aku takde hati kat mamat ni.

     “Dah habis ketawa?” soalku. 

     Airel sengih. Sukala tu kenakan aku hari ni.

     “Kalau dah, signature please?” Aku serahkan kertas kecil kepadanya.

     Dia sambut dan menurunkan tandatangan. Tapi, bibirnya masih tersenyum sambil menggeleng kepala. Argh… lantak kaulah nak fikir apa pun! Beralih pula pada PP Akim. Janji settle. Okeh.. next PP pulak.