Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 30 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 36)

BAB 36

Selalu macam ni. Bila Tengku Aaron yang bertindak sesuka hatinya, mesti Damia yang akan rasa seksanya. Arghh.. bencinya. Nak dekat sejam dia gosok gigi dan berkumur untuk hilangkan segala kesan. Kalaulah guna Clorox tu tak bahayakan nyawa, memang dia dah guna Clorox buat kumur. Bagi segala jenis virus pun dihapuskan.

     Taknak ingat dah. Rasanya nak je dia berdoa biar dia tergelincir dalam bilik air, kepala terhantuk kat bath tub, lepas tu hilang ingatan. Kalau mati cemana? Hish.. tak boleh! Tak sanggup.. tak sanggup..

     “Dream of me..” teringat kata-kata terakhir Tengku Aaron. Tak sangka pulak jadi kenyataan. Makbul pulak doa dia. Damia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh termimpikan lelaki itu. Itulah sebabnya dia boleh bangun seawal 4.30 pagi tanpa tidur semula. Terkejut dengan mimpi punya pasal. Tak pernah-pernah dia mimpikan dia dan Tengku Aaron berkejar-kejaran di dalam sebuah taman yang serba putih. Hish.. mengarut! Main kejar-kejar macam kanak-kanak riang ria ribena. Kalau tahu dek mamat tu, mati aku kena gula. Barulah aku pulak yang kejar dia guna parang.

     Damia.. Damia.. Lain kali tidur basuh kaki. Kan dah dapat mimpi ngeri tu.

     Seawal jam 6.00 pagi dia dah bersiap untuk pergi kerja. Kemudian, Damia melangkah ke bilik tepi. Maksudnya, tugasnya menjadi tukang kejut Tengku Aaron untuk solat Subuh juga kembali seperti biasa. Bukan sahaja sebagai tukang kejut tapi semuanya dah kembali seperti normal. Tukang gosok baju. Tukang buat breakfast. Dia terfikir. Seminggu Tengku Aaron berada di Kanada, siapa yang buat semuanya? Terutama sekali yang kejutkan bangun solat Subuh. Jangan sampai dia tak solat Subuh dahlah. Nauzubillah..

     “Aaron.. Aaron..” panggil Damia kuat berselang-selikan dengan ketukan pintu. Naik lenguh tangannya tapi pintunya tak juga terbuka-buka. Ni mesti kes malas nak bangun ni. Tengku Aaron penat sangat agaknya. Patutnya dia ambil je cuti hari ni. Tapi ni tak. Asyik nak kerja je. Damia geleng kepala sendiri.

     “Aaron.. bangunlah. Dah subuh ni.” Damia ketuk lagi.

     Kali ini baru pintu bilik Tengku Aaron dibuka dari dalam. Terjengul muka Tengku Aaron yang agak pucat dengan rambut kusut masai. Nampak muka Tengku Aaron, dengan automatiknya flashback kisah semalam. Malunya aku! Nak hantuk-hantuk je kepala orang depan ni rasanya. Tapi Damia cuba control bagaikan tiada apa yang berlaku. Umpamanya kisah semalam hanya mimpi ngeri dan dia telah mengalami amnesia.

     “Ada apa?” serak suara Tengku Aaron bertanya. Tanda dia memang baru jaga. Masih mamai sepuluh peratus. Kepalanya terasa berat.

     “Dah subuh. Awak kerja hari ni, kan?” Damia mengekor Tengku Aaron masuk ke biliknya.

     “A’a.. Yang kau ikut aku masuk bilik ni kenapa?” berkerut kening Tengku Aaron dengan Damia. Biasanya punyalah susah nak jejak kaki ke biliknya melainkan kalau ada sesuatu. Dah nak serah diri sebab semalam ke? Tersenyum sendiri Tengku Aaron mengingatkan semalam. Nak ketawa Tengku Aaron dengan pemikirannya sendiri. Kalau Damia tahu ni, mampus dia.

     Melihat senyum Tengku Aaron yang bagaikan nakal itu membuatkan Damia malu dan sakit hati. Mesti fikir yang bukan-bukan tu. Tak pun mesti pasal semalam punya. Hish.. bencinya aku! Eleh.. ingat aku ni kempunan nak masuk bilik kau ke?

     “Ingat saya teringin sangat ke nak masuk bilik awak ni? Saya nak gosok bajula.” Damia menjelaskan tujuan sebenar. Kakinya melangkah ke almari pakaian Tengku Aaron. Hatinya membebel. Kalau taknak aku masuk bilik kau, letak almari kau ni dekat luar. Kerja aku pun mudah.

     Tengku Aaron cuma diam. Kakinya melangkah ke sofa. Damia yang melihat suaminya kembali berbaring atas sofa hanya mampu geleng kepala. Nak sambung tidur la tu. Damia membiarkan Tengku Aaron.

     Selesai mengosok baju, Damia melihat Tengku Aaron masih berbaring. Cuma kali ini dah diupgrade sikit baring atas katil. Siap berbungkus gebar lagi. Ewah.. melampau! Dah solat Subuh ke belum ni? Selesai menyangkut pakaian Tengku Aaron yang sudah digosoknya, Damia berjalan ke katil. Nak kena mamat ni. Sejak bila pulak liat sangat nak bangun ni?

     “Aaron.. Aaron. Bangunlah. Dah solat ke belum?” panggil Damia. Tapi Tengku Aaron sikit pun tak beriak. Sudah dikuatkan suara tapi masih sama. Dia ni.. kalau Alia, memang aku dah cubit punggung tu! Damia geram dengan suaminya itu. Nak buat apa ni? Terpaksalah Damia guna tangan. Kalau masih tak sedar, memang kena guna kaki agaknya!

     “Aaron.. Dah solat ke belum?” Damia menggoncang bahu Tengku Aaron yang dibaluti gebar itu. Nasib baik ada gebar. Kali ini Tengku Aaron memberi reaksi. Tapi reaksi yang menyakitkan hati. Dia berpusing membelakangi Damia sambil merapatkan lagi gebar ke tubuhnya. Panas hati Damia. Kejutkan mamat ni bangun tidur amat-amat menguji kesabaran dan stamina.

     “Aaron.. bangunlah. Dah pukul berapa ni.” Goncangan di bahu Tengku Aaron dikuatkan.

     “Hihh.. kau ni! Bisinglah. Aku dah solat la,” omel Tengku Aaron dengan mata yang tertutup.

     Terasa kewujudan Damia di situ betul-betul mengganggunya. Tengku Aaron mengubah posisi tidurnya. Ketika itulah kepala Tengku Aaron jatuh atas tangan Damia. Terasa tangannya macam tengah pegang mug nescafe. Panas! Damia meraba-raba dahi Tengku Aaron. Betul panas. Ya Allah.. Tengku Aaron demam rupa-rupanya. Patutlah muka dia pucat semacam.

     “Aaron.. Awak sakit ke? Awak sedar tak ni?”

     Tengku Aaron tak menjawab. Yang kedengaran hanyalah erangan Tengku Aaron. Damia dah mula cemas. Sakit ke dia? Apa nak buat ni? Seumur hidupnya, mana pernah jaga orang sakit. Biasanya umi yang jaga dia yang sakit. Nak buat apa ni?

     “Mummy..” Damia mendengar Tengku Aaron memanggil mummy. Hah? Takkan nak panggil mummy datang sini kot? Habis aku sebagai isteri dia ni apa gunanya? Tak pasal-pasal sebakul dibebel mummy. Belum tambah dengan umi kalau umi tahu.

     “Awak tak payah pergi kerjalah hari ni. Nanti saya call Adam.”

     Damia mencapai android phone yang berada di kepala katil. Kali pertama dia mencabuli privasi Tengku Aaron. Tak pernah-pernah dia menyentuh telefon lelaki itu tanpa kebenaran. Tapi kali ni terpaksa. Sebab dia mana ada nombor telefon Adam.

     Damia scroll ke bawah senarai kenalan Tengku Aaron. Naik juling mata dia melihat senarai wanita. Baby Linda.. dan senarai baby-baby yang lain. Ish.. ish.. ish.. baby pun nak tackle ke? Honey Emelda.. dan honey seangkatan dengannya. Sweetheart Suzy dan macam-macam sweetheart lagi.

     Hish.. tak sanggup Damia nak tengok lagi. Cepat-cepat dia call Adam. Nasib baik Adam tersenarai paling atas. Selepas menelefon Adam, Damia menelefon pula Doktor Helmi, doctor peribadi keluarga Tengku Aaron. Dengan keadaan Tengku Aaron sebegitu, terpaksalah Damia turut sama mengambil cuti.

     -----

Jam di dinding berdenting sebanyak Sembilan kali menunjukan sudah pukul Sembilan pagi. Sejak keluar dari bilik Tengku Aaron, Damia tak pernah lagi menjenguk lelaki itu. Biarkan dia berehat dulu. Doctor Helmi juga yang cakap yang Tengku Aaron jatuh sakit sebab tak cukup rehat dan terlalu penat bekerja. Satu suntikan pun dah diberi.

     Damia memasak bubur khas untuk Tengku Aaron. Menu sarapan pagi itu iaitu nasi goreng terpaksa dibatalkan. Mak Som yang datang bekerja menyenangkan tugas Damia untuk menguruskan suami yang sakit. Tak perlu lagi susah hati nak kemaskan rumah.

     Semangkuk bubur ditatang masuk ke bilik Tengku Aaron. Lelaki itu masih lena.

     “Seri..” Meskipun tak berapa jelas, Damia sempat menangkapnya. Seri? Kenapa Tengku Aaron panggil Seri? Apa gaya igaukan isteri orang ni? Tak puas hati betul Damia.

     “Anith..”

     Anith? Siapa pulak Anith ni? Makwe baru ke? Damia tertanya-tanya sendiri. Damia memerhatikan mulut Tengku Aaron yang terkumat-kamit tapi tiada butir perkataan yang keluar. Tapi, Damia tiada niat untuk mengejutkan Tengku Aaron.

     “Anith.. jangan tinggalkan aku.”

     Kali ini ada cecair jernih mengalir dari celah mata Tengku Aaron yang terkatup rapat itu. Damia terpempan. Dia.. dia nangis? OMG! Kali pertama dia melihat air mata lelaki itu tumpah.

     “Anith!!” Tengku Aaron buka mata.

     “Astaghfirullahalazim.” Tengku Aaron raup muka. Baru sedar semuanya hanya mimpi. Ya Allah.. kenapa mimpi itu datang lagi? Tengku Aaron beristighfar lagi. Masih takut dengan mimpi itu.

     “Awak dah sedar?” pertanyaan Damia buatkan Tengku Aaron terkejut beruk.

     “Bila kau ada kat situ?” Tengku Aaron rasa sedikit bengang. Nasib baik tak terhenti jantungnya. Dia dengar ke aku panggil Anith tadi? Dadanya berdebar-debar. Tapi, Damia dilihatnya masih tenang.

     “Lepas saya bukak pintu, maka saya kat sinilah,” jawab Damia dengan loyar buruknya.

     “Kau dengar apa-apa ke?” Tengku Aaron menjeling tajam. Curiga dengan Damia.

     “Apa yang saya patut dengar? Awak cakaplah sekali lagi, InsyaAllah saya akan dengar.”

     Tengku Aaron merengus kasar. Malas nak bergaduh dengan Damia. Rasa macam tak cukup tenaga dah. Tak patut betul. Ada ke patut cari gaduh dengan orang sakit. Konfem yang sihat menang. Nak balas dendam la tu. Tak boleh jadi ni. Tahula macam mana aku nak ajar nanti!

     Damia pula tersengih. Kali pertama kemenangan menjadi miliknya bila berbalas kata dengan Tengku Aaron. Bagus jugak mamat tu demam. Haha..

     “Kau datang sini buat apa?”

     “Saya bawak bubur. Nak bagi orang sakit makan. Awak pun mesti dah lapar, kan? Saya letak sini. Nanti awak makan, ya?”

     “Amboi? Letak je? Aku ni sakit. Mana larat nak makan sendiri. Tenaga aku dah habis dah sebab berperang dengan kau. Salah kaulah aku jadi macam ni.” Tengku Aaron menyalahkan Damia.

     Aik.. aku pulak yang salah? Ragam orang sakit memang pelik macam ni ke? Sabar.. sabar..

     “Nanti saya panggil Mak Som suapkan awak.”

     “Apa kau ni? Kau tu isteri aku. Aku nak kau yang suapkan. Buat apa suruh orang luar? Dah jadi tanggungjawab isteri jaga suami yang sakit. Faham tak? Apa guna isteri kalau tak boleh jaga suami? Aku sakit sikit dah macam ni. Kalau aku lumpuh nanti agaknya memang tak dijelingnya aku.” Tengku Aaron dah bagi ceramah. Damia cuma mengangguk. Nak sangat lumpuh nampaknya? Kaukan kaya, upah je la nurse yang cun melecun. Grenti dua minggu dah boleh jalan.

     “Cepat.. aku dah lapar ni. Nanti kalau aku marah, kau pulak yang dapat dosa.” Tengku Aaron mula mengugut. Bersorak hatinya melihat Damia yang macam tak puas hati. Ingat aku demam aku tak boleh lawan ke? Tengku Aaron bermegah sendiri.

     Damia gigit bibir bawahnya. Geramnya dengan kata-kata Tengku Aaron yang ternyata tepat seratus peratus itu. Untuk melawan jauh sekali. Damia hanya mengikut. Makin kau demam makin naik minyak, ya? Dah gunakan kuasa veto dia sebagai suami pulak tu.

     Damia menyuap Tengku Aaron. Sakit pun nak ambil kesempatan ke?

     “Hmm.. sedap kau masak. Bijak.. bijak.. macam tulah isteri aku. Tapi kalau ada banyak ayam, aku lagi suka.”

     Amboi? Demand pulak dah. Nasib baik aku masak je tau. Sabar.. sabar.. Damia diam. Takde niat nak balas kata-kata lelaki itu.

     “Aku puji kau ni. Kau sepatutnya tunjuk muka manis depan suami yang sakit. Bila aku puji pulak, kau kena berterima kasih. Sebab setiap pujian dari suami adalah barakah untuk isteri.”

     Haa.. dah mula dah! Sejak bila pulak mamat ni suka bagi kuliah free ni? Bukanke tu tugas aku ke? Damia terus senyum manis kepada suaminya.

     “Terima kasih,” ucap Damia ikhlas. Ke patut aku tambah, pujilah lagi!

     “Good girl.. good girl..”

     “Sebagai isteri yang mithali, saya mengikut apa kata suami saya,” balas Damia.

     “Walaupun aku cakap nak kahwin lain?”

     Damia jeling Tengku Aaron. Apa kaitannya? Dia ni suka sangat melalut. Lantak kaulah nak kahwin lain ke apa. Entah-entah Anith tadi calonnya tak?

     “Ya.. walaupun awak cakap nak kahwin lain.”

     Tengku Aaron mengangkat keningnya. Eh, mudahnya? Dulu bukan main semangat nak pertahankan hak kewanitaan dia.

     “Tapi lepas saya sign surat cerai la. Banyak cantik nak madukan saya? Masuk ICU dululah cik abang.”

     Haa.. ni baru Damia yang dia kenal! Tengku Aaron ketawa sendiri dengan kata-kata berbaur ugutan itu. Memang takkan dia percaya kalau Damia bersetuju macam tu je. Satu je yang dia yakin terhadap Damia. Dia tak suka berkongsi suami. Tapi, perempuan mana je yang suka kongsi suami? Agaknya kalau aku bawak balik calon isteri baru, kalau perempuan tu tak kena bunuh dengan Damia, mungkin aku yang kena terajang sampai Afrika. Eh, Aaron! Bila pulak kau takut bini ni?

     “Nah.. makan.”

     Damia meneruskan tugasnya untuk menyuap Tengku Aaron. Tiba-tiba sahaja Tengku Aaron rasa makanan yang ditelannya bagaikan ingin melonjak keluar. Namun cuba ditahannya. Muka Tengku Aaron yang tiba-tiba berubah merah itu amat pelik sekali.

     “Kenapa?” soal Damia pelik. Tengku Aaron geleng kepala sambil menekup mulut.

     “Aku nak muntah. Uwekk..” terus Tengku Aaron muntah. Tepat atas riba Damia yang sedang duduk bersila disisi Tengku Aaron. Bulat mata Damia yang melihatnya secara live itu. Arghh.. tidak!

     “Umi.. Eee.. Yerk.” Damia cuba menahan loyanya melihat muntah Tengku Aaron. Siap baunya lagi buatkan Damia pun rasa pening. Dia cuba bertahan. Menjaga orang sakit tak senang rupa-rupanya. Ikutkan hati memang dia dah cabut awal-awal pergi bersihkan dirinya dulu. Tapi, mana mungkin ditinggalkan Tengku Aaron sendirian. Tangannya menggosok-gosok belakang Tengku Aaron yang sedang muntah untuk kali yang ketiga itu.

     “Awak dah okey ke?” soal Damia sambil melihat wajah Tengku Aaron yang merah. Tengku Aaron mengangguk lemah. Muntah menyebabkan tenaganya banyak hilang.

     “Ada rasa nak muntah lagi tak?” Damia meminta kepastian. Tengku Aaron geleng kepala.

     “Kalau macam tu, saya pergi cuci dulu, ya?” cepat-cepat Damia melangkah ke bilik air sebelum dia pulak yang muntah.

     Kesian Damia. Hati kecil Tengku Aaron sempat berdesis.

     Merah wajah Damia ketika mencuci muntah Tengku Aaron pada bajunya. Semangatnya dikuatkan untuk berperang dengan rasa hati yang nak muntah. Sabar.. sabar.. Jangan muntah, Damia. Sikit je tu. Damia pujuk diri sendiri. Siapa yang kuat tahan bau muntah? Anak orang biasa ke, anak raja ke, kalau dah muntah memang takde yang wangi.

     Selesai mencuci muntah yang melekat di pakaiannya, Damia meminta izin Tengku Aaron untuk menukar pakaiannya. Tak sanggup rasanya nak tahan dengan bau masam yang masih ada walaupun dah dicuci. Damia kembali semula ke bilik Tengku Aaron untuk mencuci sisa muntah yang masih melekat pada cadar katil.

Monday 23 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 35)

BAB 35

Seminggu berpisah bagaikan tak beri apa-apa kesan pada Damia. Satu hubungan yang sangat hambar. Langsung tak bahagia. Macam mana nak bahagia? Dah dipaksa hatinya nak pura-pura bahagia, tapi tak boleh. Arghh.. tensionnya! Hipokrit tahu tak. Hipokrit untuk pura-pura bertahan dengan ikatan ini. Haa.. kan dah start nak touching ni!

     Tengku Aaron Shah.. Tak rasa macam aku rasa ke? Mesti pun kau rasa benda sama, kan? Damia yakin. Tulah.. perkahwinan ni bukannya main-main. Dia buat macam eksperimen je. Dahtu, diseretnya aku untuk test eksperimen kahwinnya. Tujuan: Untuk mengkaji rasa macam mana berkahwin. Pembolehubah: Damia Farisha. Hipotesis: Kita tak bahagia. So, conclusionnya? Lu carilah sendiri.

     Apatah lagi cerita Seri terngiang-ngiang di telinganya. Tengku Aaron tak percayakan cinta. Betulkah? Kalau ya memang parah. Dari mata Tengku Aaron, Damia tahu langsung tiada namanya dalam hati lelaki itu. Cinta jauh sekali. Sampai bila kita nak macam ni? Jauh di sudut hatinya, dia inginkan kebahagiaan. Cubalah reda wahai hati..

     -------

Entah kenapa Damia rasa sangat bosan berada dalam rumah besar itu. Baru petang tadi Tengku Aaron telah selamat sampai ke rumah mereka, bermakna dia juga terpaksa tinggalkan rumah uminya. Aduh.. tak sampai sehari berpisah dengan umi dah buatkan Damia betul-betul rindu. Rumah besar ni tak sebest rasa macam tinggal dengan umi walaupun memang diakui rumah ini tiga kali ganda rumah umi.

     Rumah itu masih sunyi sepi seperti biasa. Macam tiada perubahan ada tuan atau pun tak. Damia keluar dari bilik. Remote controller TV 42 inchi itu disambar sebelum melabuhkan punggungnya pada sofa. Damia menekan satu persatu siaran. Cerita apalah ada malam ni? Kalau malam selasa tu, memang dah layan Supernatural. Nak tengok wajah comel Jensen Akles punya pasal. Haha..

     Sampai satu siaran, Damia berhenti. Bulat matanya. Waa.. cerita korea You’re Beautiful la. Lama gila tak tengok cerita kesukaannya itu. Apa lagi menatap muka hero sikit punya hensem Jang Geun Suk. Kalau dulu memang dah layan cerita ni dengan Suraya. Tergelak-gelak Damia melihat cerita lawak ni. Comel betul hero dan heroinnya.

     Ketika itulah bunyi pintu bilik tertutup. Siapa itu tak perlu dipersoalkan. Sebab memang dua orang manusia je yang ada dalam rumah ni kalau bukan dari golongan jin atau bunian. Damia dah rasa tak selesa bila lihat Tengku Aaron letak laptop Apple putihnya di atas meja kopi. Adalah jarak lima meter darinya, tapi Damia tetap tak selesa.

     Arghh.. mamat ni. Pengacau jiwa betullah! Mati-mati Damia ingat lelaki itu dah tidur. Yalah.. baru balik daripada penerbangan yang panjang. Siapa yang tak penat? Dia ni orang ke besi? Tak tahu letih ke. Boleh pulak sambung kerja macam dah takde hari esok je gayanya. Lagi.. takde ke tempat lain nak buat kerja sampai-sampai kena keluar bilik ni? Bilik punyalah selesa. Nanti tak pasal-pasal jatuh sakit sebab overwork. Kalau sakit, aku jugak yang susah. Damia membebel dalam hati.

     Tengku Aaron yang khusyuk dan senyap itu dibiarkan. Damia cuba bayangkan yang berada depannya sekarang adalah seekor anak kucing yang tengah tidur. Haha.. kira comellah aku bandingkan dengan anak kucing, kan?

     “Ha..ha..” Damia ketawa lagi.

     Kelakarlah cerita ni. Dah berair matanya gelakkan lagak Jang Geun Suk yang gigit limau itu. Nak terkencing pun ada. Betul-betul lupa yang Tengku Aaron ada dekat dengannya. Tiba-tiba ketawanya berhenti. Tengku Aaron sedang memandangnya. Tepat perpendicular dengan wajahnya. Dadanya berdebar tiba-tiba.

     “Err.. sorry. Sorry. Saya ganggu awak ke?” soal Damia berani. Manalah tahu. Dia tahu pearasaan Tengku Aaron. Kalau dia sendiri pun, tiba-tiba ada orang ketawa kuat macam dia tadi tengah-tengah khusyuk buat kerja, mahu diberinya pelempang sebijik. Takut jugak kalau Tengku Aaron naik angin.

     “Takdelah.. layanlah cerita Korea tu.” Tengku Aaron senyum seraya menggeleng. Rasa tak percaya pun ada. Dia senyum? Punyalah manis! Senyuman yang sama lepas dahi Damia dulu. Dada berdebar lagi. Kepala dah berserabut. Sihat ke tak suaminya itu? Kau pergi Kanada atas urusan kerja ke atau pergi kursus mengurat perempuan?

     Tengku Aaron kembali menumpukan perhatian pada laptopnya. Kembali masuk ke dalam dunia kerjanya. Mata Damia juga kembali menatap cerita You’re Beautiful itu. Tapi jiwa dah kacau. Rasa macam dah hilang mood nak layan cerita Korea. Terasa dirinya bagaikan diperhatikan Tengku Aaron. Ahh.. apa perasaan ni? Kenapa dengan aku ni? Damia bermonolog sendiri. Seakan-akan rasa dirinya diperhatikan, Damia angkat muka.

     Sah! Tanggapan Damia salahla. Sahlah Tengku Aaron tak pandangnya. Haha.. apa kau ni, Mia. Syok sendiri pulak. Mamat tu serius bukan main tatap ‘makwe’nya itu, seriang kanak-kanak ribena je kau tuduh dia pandang kau? Hii.. come on la, Mia. Naik basikal kayuh sendiri betullah kau ni. Ingat dia takde kerja lain ke nak dibuat selain daripada tatap muka cute kau tu?

     Fuh.. Tengku Aaron cuba kawal nafas. Cepat-cepat ditundukkan wajah menatap skrin laptopnya. Nasib baik sempat. Kalau tak free je kantoi mengusha Damia. Semuanya berlaku di luar kawalan. Apa yang dia tahu, dia begitu rindu untuk menatap wajah Damia setelah seminggu berpisah.

     Eh, kejap! Aaron, kau sedar tak kau cakap kau rindu Damia? Suara hati Tengku Aaron bergema.

    Aku tak rindulah.

     Habis yang kau sanggup bersengkang mata dan korbankan masa tidur kau ni untuk pandang bini kau tu, apa kes? Bukak laptop, tapi kerja jalan tiga minit je, kenapa, bro?

     “Aku cakap bukan.. bukanlah!” tanpa sedar Tengku Aaron luahkan suara hatinya. Tergamam Tengku Aaron sejenak. Damia pulak memandang Tengku Aaron tak berkelip.

     “Hih.. betullah bukan yang ni. Huh.. Adam ni. Nak kena potong gaji agaknya,” cepat-cepat Tengku Aaron mengawal keadaan. Tak pasal-pasal nama Adam diseret sekali. Sorry, ya Adam.

     Hih.. dia ni, aku ingat apa tadi. Gila ke cakap sorang-sorang. Agaknya angin Niagara Falls dah masuk dalam tubuh dia, sebab tulah tak berapa nak betul sikit.

     Akhirya.. Damia sambung tengok drama itu. Hhmm.. Hero cerita ni memang handsome. Kalau senyum tu, perghh… lembik patella wei. Tapi, mana kacak ek dengan Tengku Aaron? Weh.. Sejak bila pulak kau rabun ni, Mia? Aaron pun termasuk senarai lelaki kacak ke? Dulu memang ya. Tapi, lepas kahwin memang aku silang pangkah la. Damia tetap menafikan reality. Confirmla Jang Geun Suk yang menang. Depan kau ni bukan Jang Geun Suk.. tapi Jang Kasut. Haha.. Damia seronok sendiri mengutuk Tengku Aaron.

     Ala.. You’re beautiful dah habislah. Cerita mexico pulak ambil alih. Huh.. Damia memang tak minat dengan cerita Mexico ni. Sexy overdose. Tapi, sebab boring yang melampau, TV tetap on. Sekali-sekala bazirkan elektrik, apa salahnya, kan? Lagipun bukan dia yang bayar. Haha..

     Boringlah pulak. Mata pulak tak ngantuk lagi. Kacau Tengku Aaron macam best je. Untung-untung dapat penampar sebijik. Hehe..

     “Projek Dubai tak settle lagi, ek?” soal Damia tiba-tiba.

     Seakan-akan dengar suara Damia, Tengku Aaron angkat muka. Damia memandangnya.

     “Cakap dengan aku ke?”

     “Eh, taklah! Saya tanya meja. Meja.. meja.. projek Dubai dah settle ke belum?” kata Damia geram sambil mengetuk-ngetuk meja kopi.

     Hih.. boleh dia tanya. Dia nampak ada orang lain ke? Ke ingat aku ni adik-beradik Harry Potter yang boleh bercakap dengan dinding. Eh, Harry Potter boleh cakap dengan dinding ke? Ahh.. pedulilah. Ada aku kisah ke?

     Tengku Aaron pulak ketawa dengan ragam Damia. Terasa kelakar melihat Damia macam tu.

     “Dalam proses. Dalam peringkat awal ni memang sibuk je la semedang. Especially bahagian financial yang uruskan keluar masuk duit.”

     Memang sibuk. Dia terlibat sama dengan projek tu tapi takdelah sepenting Tengku Aaron. Almaklumlah.. CEO syarikat. Apatah lagi daddy dah serahkan bulat-bulat Triumph Air padanya. Dia memang komited dengan kerjanya. Tapi yang herannya, dalam sibuk-sibuk pun sempat pulak main mata dengan pramugari. Salmy pun salah satu daripadanya.

     Oh, ya! Salmiang itu. Tiba-tiba pulak kembali muncul dalam kepalanya. Hidup lagi ke tak orangnya. Melaui gossip-gossip yang disebarkan, Salmy ni pun agak lama bertahan sebagai steady girlfriend Tengku Aaron sebelum segalanya terputus. Dan dialah saksi itu. Damia tertanya-tanya. Istimewa ke Salmy?

     “Kenapa awak putus dengan Salmy dulu?” tiba-tiba terpacul soalan itu. Tak terduga Damia. Ops.. memang tempah maut betullah kau ni, Damia. Dapat dirasakan Tengku Aaron akan mengamuk.

     “Kenapa tiba-tiba tanya?” soal Tengku Aaron balik. Sangka Damia lelaki tu akan mengamuk sebab dia dah campur urusan peribadinya.

     “Tiba-tiba terlintas. Takpelah.. tak payah jawab. Anggap je saya tak pernah tanya.”

     “She’s not honest in our relationship. Belum apa-apa lagi, dia dah buat hal. Aku ni memang kaki perempuan, tapi aku tahu jaga diri. Once she did me, no forgiveness at all,” mendatar Tengku Aaron jawab.

     “Apa dia buat?” dungu Damia bertanya.

     “Aku straight je la. Dia tidur dengan jantan lain. Faham tak? Kalau tak faham, aku nak jelaskan dengan lebih terperinci. Macam ni..”

     “Faham.. faham..” Damia memotong percakapan Tengku Aaron. Tahu lelaki itu sekadar menyinisnya.

     “Hmm.. awak percayakan cinta tak?” Damia inginkan jawapan Tengku Aaron.

     “Tak.. cinta mana pernah wujud dalam hidup aku. Orang bodoh je yang percaya dengan cinta. Useless and nonsense. Tu word yang paling aku benci atas bumi ni, tau tak?” keras suara Tengku Aaron berkata. Sengaja memberi gambaran pada Damia yang dia tak mudah untuk jatuh cinta.

     Eleh.. berlagak. Dulu bukan ke kau hampir tewas dengan Kak Seri? Tak percaya, konon. Patutnya Kak Seri buat kau sampai tersungkur dulu. Damia geram. Tiba-tiba hilang simpati dengan nasib cinta Tengku Aaron yang tak kesampaiaan.

     “It’s not just a word. It’s about a special feeling.”

     Tengku Aaron angkat kepala sebelum ketawa sinis.

     “Love is just a word. Nothing special,” bangkang Tengku Aaron.

     “No.. It’s not.”

     “Okey.. It’s just a word for me, but it’s a feeling for you,” putus Tengku Aaron.

     Haish.. ada pulak macam tu? Ada ke patut aku ditarik sekali? Ego betul mamat ni. Tak puas hati betul Damia dengan pendapat lelaki itu.

     “Mana boleh macam tu. Love is..”

    “I love you..”

     Terus tak jadi Damia untuk meneruskan ayat. Terkedu dengan kata-kata Tengku Aaron.

     “Damia, I love you.. I love you. Do you love me?”

     Nak tergelak Tengku Aaron dengan reaksi Damia yang jelas-jelas terkejut.

     “1-0. It’s proven. Love is just a word for me but a feeling for you.” Tengku Aaron bersorak menang. Hipotesisnya berjaya.

     Hii.. nak je Damia hempuk Tengku Aaron dengan laptop lelaki itu. Tak semena-mena jantung dia berdegup kencang tadi. Boleh Tengku Aaron main-main dengan perkataan keramat itu? Betullah dia tak percaya cinta.

     “Kenapa kahwin dengan saya? Kita tak pernah kenal pun. Kalau saya ni jahat macam mana?” soal Damia lagi. Jauh terpesong daripada isu cinta tadi. Lagipun, mood Tengku Aaron tengah baik, masa nilah nak korek segala-galanya.

     “Perempuan ni macam baju aku je la. Macam-macam jenis. Aku pun dah tahu yang mana kualiti bagus, yang mana kualiti tak bagus. Aku kahwin dengan kau sebab aku rasa nak kahwin. Orang lain tanya aku bila nak kahwin, so aku kahwin. Aku nak tunjuk yang aku pun boleh kahwin. Puas hati?”

     “Habis.. sampai bila kita nak kahwin?”

     “Sampai aku rasa aku dah boring, tak pun kalau aku rasa nak bujang balik. Ataupun kalau aku jumpa perempuan lain, then aku ceraikan kau,” selamba Tengku Aaron menjawab.

     Sedih hati Damia yang mendengar. Dia buat aku ni macam pampers pakai buang. Bila dah penuhi keinginan hati, dicampak pula. Huhu.. umi, kesian anak umi ni! Janda to be, umi. Waa..

     “Banyak tanya pulak kau malam ni. Kau layanlah cerita Mexico kau tu.” Tengku Aaron perasan wajah Damia yang dah berubah. Rasa bersalah tiba-tiba muncul namun cepat-cepat diketepikan. Dia tak mahu hatinya cair dengan Damia walaupun memang lima peratus daripadanya dah mula terpaut pada Damia.

     Damia hanya mengikut. Bila dia berpaling menghadap TV, masa tulah adegan panas sedang berlaku. Wanita dalam cerita tu tengah sakan bercium dengan lelaki. Allah.. time ni la nak ada!

     “Eee..” Damia memang tak boleh nak cover kalau bab geli-geli macam ni. Kenapalah tak dipotongnya adegan bodoh tu? Buat tambah dosa aku je la!

     “Hii.. kalau takde part bodoh ni memang tak boleh agaknya. Ee.. macamlah best sangat kalau kissing macam tu,” bebel Damia.

     Sumpah! Sumpah dia tak ingat langsung yang rupa-rupanya ada spesis homo sapien lain yang berada dengannya.

     Ternyata terpinga-pinga Tengku Aaron mendengar Damia yang dah bising mulutnya. Terus Tengku Aaron mencari puncanya. Damia melihat mata lelaki itu tertancap pada skrin TV. Dahlah 42 inci. Memang jelas lagi nyata. Cepat-cepat Damia menekan punat off. Lagilah malu sepuluh kuasa empat belas bila Tengku Aaron menyaksikannya. Damia rasa kulit mukanya dah bertukar warna arora agaknya. Tengku Aaron memandang Damia yang dah merah wajahnya. Malu atau marah. Mungkin kedua-duanya.

    “Kenapa off? Part best tu.”

    Ee.. aku terajang sampai terkambus bawah tanah jugak mamat ni. Dasar jantan miang. Malulah, senget! Kalau dah anak buah Don Juan ni memang macam tu agaknya. Asal namanya lelaki, memang tak boleh nak lari.

     “Best.. banyaklah best. Buat sakit mata je, tau tak? Geli.. geli, tau tak?ee.. Yerk!” Damia dah tunjuk terang-terangan rasa geli-gelemannya. Siap dengan aksinya lagi membayangkan betapa jijiknya dia dengan perilaku tak senonoh itu. Negara barat. Macam tulah!

     Tengku Aaron tersenyum melihatnya. Comel dan kelakar dengan gaya Damia.

     Damia panas hati. Senyum pulak dia? Tengku Aaron melipat laptopnya. Dia bangun melangkah ke arah Damia. Haa.. nak buat apa pulak ni? Damia dah tak keruan melihat Tengku Aaron yang duduk disebelahnya. Besar-besar sofa berangkai tiga ni, betul-betul tepinya jugak yang dipilih lelaki itu. Rapat sehingga paha mereka bersentuhan.

     Damia rasa nak cabut ke biliknya. Tapi tak sempat bila tangan lelaki itu dah mula bergerak. Terasa pinggangnya dipeluk kemas. Damia ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Damia makin cemas. Nak menangis rasanya. Betullah jin air terjun Niagara dah masuk dalam tubuh mamat ni.

     Terasa pelukan lelaki itu dikemaskan lagi. Kali ini tangan Damia dah terkunci pergerakannya. Wajah Tengku Aaron pula yang mendekati sehingga terasa nafas hangat lelaki itu pada wajahnya.

    “Wei.. nak buat apa ni? Lepaslah.. lep..”

     Terus mati kata-katanya. Ayatnya juga dah terbang ke mana. Kaget Damia dengan tindakan berani Tengku Aaron yang menciumnya. Tangan Damia bagaikan lumpuh untuk menepis. Damia hanya membiarkannya sehinggalah Tengku Aaron sendiri yang menjarakkan wajahnya.

     Damia terkelu tak habis-habis lagi sambil menatap wajah Tengku Aaron, masih tak percaya. Hairan.. suhu 200 darjah celcius dah merudum jatuh ke negative 30 darjah celcius.

    Tengku Aaron tersenyum manis. Sudah diagak reaksi Damia dengan tindakan berani matinya itu. Dan dia sememangnya sedar seratus peratus dengan tindakannya itu. Pipi Damia diusap lembut.

     “That’s what you will feel when kissing,” kata Tengku Aaron lagi.


“Night.. Dream of me.” Dahi Damia dikucup sekali.

     Damia terus menjadi patung cendana di ruang tamu itu. Tengku Aaron pula dah mengambil laptopnya dan berlalu ke biliknya. Maka tinggallah Damia sendirian dengan rasa terkedu yang tak hilang-hilang. Beberapa saat kemudian, dia menyentuh bibirnya sebelum turun pada dadanya. 1.. 2.. 3.. 4.. 5.. Lajunya jantungnya macam baru leps lumba pecut.

     Arghh.. tindakan Tengku Aaron memang selalu luar jangkaan. Benci.. benci..

Sunday 22 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 34)

BAB 34 

“Kita nak masak apa ni, Kak Seri?” Damia yang sedang memotong bawang merah berpaling menghadap Seri. Dipejam celikan matanya beberapa kali. Pedih, siot! Potong bawang merah kalau tak jadi drama queen ni memang tak sah! Memang pesat membangun kilang air matanya.

     Sememangnya Damia sudah berjanji untuk bertandang ke rumah Seri pada hari Ahad. Seri mengajaknya makan tengah hari bersama. Memandangkan dia memang tiada apa nak dibuat, baik dia datang melawat. Boleh eratkan silaturrahim. Ada jugak kawan nak diajak bercakap. Takkdelah dia boring dok rumah. Lagipun memang sudah lama dia tak bertemu dengan birasnya itu.

     “Kak Seri cadang nak masak tom yam. Abang Rean asyik mengidam je.” Seri menggeleng kepala.

     Damia ketawa. Dipandangnya perut Seri yang makin membesar. Semestinya itulah punca adik iparnya itu mengidam macam-macam. Agaknya mengidam memang macam tu kot. Apakah hubungannya dari sudut sains, kalau isteri mengandung, suami yang mengidam? Damia masih tertanya-tanya.

     “Kak Seri dah pregnant berapa bulan? Nampak dah sarat,” soal Damia.

     “Dah tujuh bulan.”

     “Oo.. dah tujuh bulan rupa-rupanya. Patutlah.. perempuan ke lelaki?” soal Damia lagi.

     “Girl.” Tersenyum lebar Seri bila dia tahu anaknya adalah perempuan. Sememangnya dia inginkan anak perempuan. Begitu juga dengan Tengku Andrean. Alhamdulillah.. insyaAllah doa mereka dikabulkan oleh Allah.

     “Mesti cantik macam maknya ni,” usik Damia. Tergelak Seri yang mendengarnya.

     “Cantik tak penting. Yang penting akhlaknya. Mia pulak bila nak dapat anak?” soal Seri pula.

     Nasib baik bawang merah dah habis dipotong! Kalau tak memang dah terpotong jarinya. Tak pasal-pasal ada je yang jadi raja bersiung malam nanti. Terkejut punya pasal dengan soalan luar syllabus Seri itu. Hanya mampu tersengih Damia semata-mata nak kawal keadaan.

     “Anak? Miakan baru kahwin. Nanti-nanti la dulu kot ya pun nak ada anak. Tak puas lagi la hidup berdua. Tak puas lagi abang Aaron nak bermanja dengan Mia,” kelentong Damia sebelum ketawa. Uwekk.. menggelupur rasanya isi perut. Kalau Tengku Aaron ada ni memang Damialah yang jadi Tom Yam nanti. Ee.. tak sanggup tahan dengan senyum sinis lelaki itu. Dan dia pun haramlah nak keluarkan ayat dramatis itu.

     “Ada pulak macam tu? Mia tak plan ke bila nak ada anak? Kita ni makin tua, Mia. Aaron tu lagilah. Sepatutnya dah ada tiga anak sekarang.” Seri berkata lagi.

     Naik sesak dada Damia bila isu anak diperdebatkan. Mahu reka hikayat apa lagi ni?

     “InsyaAllah kalau Allah nak bagi takkan ke mana, Kak Seri,” mendatar Damia menjawab. Ya.. kalau ada rezeki. Tapi kalau dengan Tengku Aaron tu mustahillah. Kesian le anak aku nanti. Belum tentu dapat kasih sayang ayahnya kalau dikandung oleh isteri yang tak dicintai oleh ayahnya.

     Ecehh.. jauh betul kau berangan, Damia. Memangnya nak ke kau ada anak dengan Aaron. Ee.. tak sanggup. Tak sanggup. Ngeri Damia kalau-kalau jadi kenyataan.

     Nasib baik selepas itu Tengku Andrean yang keluar membeli barang telah pulang. Terus isu anak dilupakan. Damia menarik nafas lega. Fuhh.. kalau tak jenuh jugak nak bersoal jawab menda yang takkan berlaku ni!

     “Sayur ni dah basuh, ya?”

     “Dah, bang..”

     Damia hanya melihat gelagat pasangan bahagia itu. Tengku Andrean memasukkan sayur-sayuran ke dalam periuk. Kagum Damia melihatnya. Langsung tak kekok lelaki itu turun ke dapur. Macam dah biasa je lagaknya. Rasanya memang 360 darjah kontra dengan abangnya. Harap muka je sama, tapi perangai memang jauh panggang dari api. Kalau nak up sikit, jauh teras dalam bumi dari langit ketujuh. Agaknya kalau dia menyuruh Tengku Aaron yang turun ke dapur, boleh terbelah dua dapur mereka tu.

     --------

“Aaron tahu tak Mia datang sini?” soal Seri bila dia berdua dengan Damia. Sememangnya dia ingin bertanya soalan itu dari tadi lagi. Cuma kewujudan suaminya bagaikan menghalangnya. Kenapa Damia sering saja dilihat bersendirian? Kalau ke mana-mana bukan dengan suaminya? Ke ada masalah rumah tangga mereka ni? Seri mula mengesyaki sesuatu.

     “Dia ke Ottawa, Kak Seri. Esok balik.”

     Seri yang mendengar jawapan Damia hanya mengangguk. Nampaknya anggapannya tadi meleset sama sekali. Apalah aku ni. Mungkin memang Aaron betul-betul dah bukakan hatinya untuk perempuan lain. Jadi atas alasan apakah lagi dia bermusuhan dengan aku dan Rean?

     Damia melihat Seri yang bagaikan mengelamun itu. Dia perasan sesuatu. Bila Seri bertanyakan tentang Tengku Aaron, pasti riak wajahnya seakan-akan serba-salah. Atau matanya yang salah. Adakah ini semua ada kaitan dengan masa lalu Tengku Aaron yang masih jadi misteri? Inilah masanya dia nak korek segalanya.

     “Kalau Mia tanya something, Kak Seri marah tak?” soal Damia. Ecehh!! Skema punya soalan. Dah basilah. Damia nak tergelak sendiri. Pedulilah.. nak korek rahsia punya pasal.

     “Soalan apa?”

     “Macam mana Kak Seri kenal Abang Aaron?” soal Damia. Di depan orang lain, memang dia membahasakan lelaki itu sebagai abang Aaron. Berdua dengan Tengku Aaron? Tak perlu disuruh, memang dengan hati yang rela mandat itu digugurkan. Gelilah tekak.

     Sempat ditangkap senyum tawar Seri.

     “Kak Seri, Abang Rean dengan Aaron satu university masa sambung master dekat University of Manchester. Kami kawan,” cerita Seri pendek. Damia tak puas hati. Tu je?

     “Kalau kawan, kenapa Abang Aaron selalu je marah kalau nampak Kak Seri dengan Abang Rean?” dengan berhati-hati Damia menuturkan soalan.

     Senyuman Seri bertukar kelat. Memang itulah yang orang nampak tentang hubungan antara dia, suaminya dan Tengku Aaron. Hubungan yang rasanya takkan jadi baik.

     “Aaron tak pernah cerita apa-apa ke?” selidik Seri. Damia geleng kepala. Janganlah ditanyanya aku kenapa tak tanya Aaron. Memang dah ada skema jawapan dalam kepala dah. Jawapannya, mahu aku kena sula kalau tiba-tiba je keluarkan nama Kak Seri dan Abang Rean. Sayang nyawa lagilah..

     “Kak Seri jadi serba-salah nak ceritakan atau tak.” Menceritakan segala-galanya tak mustahil akan menggugat kebahagiaan Damia dan Tengku Aaron walaupun semuanya sudah menjadi sejarah. Macam mana dengan penerimaan Damia nanti? Dia bukannya tahu perangai sebenar Damia. Buatnya jadi gelanggang gusti nanti, tak ke nanya?

     “Alah.. cerita je la, Kak Seri. Semua orang nak rahsiakan daripada Mia. Mia taknak tanya Aaron, nanti dia mesti mengelak.” Damia tayang muka simpati. Cuba memujuk Seri. Tak puas hati pun ada. Siapa yang nak cerita kalau semua nak sorokkkan daripadanya? Mati hidup semula pun rasanya tak mungkin Tengku Aaron sendiri yang nak ceritakan padanya.

     Seri mengeluh. Rasanya Damia patut tahu. Apa pun penerimaan Damia, itu adalah hak perempuan itu. Dia tidak mahu Damia salah sangka atau nanti Damia memusuhinya jika dia tahu daripada orang lain. Seri tarik nafas. Mencari mukadimah paling sesuai.

     “Ceritanya macam ni…” Seri memulakan kata. Damia setia menanti. Berdebar-debar pulak dah hati ni.

     “Kak Seri, Abang Rean, dan Aaron sebenarnya kenal masa study kat Manchester dulu. Kitorang satu university. Kitorang memang rapat,” Seri memulakan cerita.

     “Oo.. kat sanalah Kak Seri start bercinta dengan Abang Rean ya?” Damia menduga. Seri diam.

     “Kak Seri bercinta dengan Aaron dulu.”

     Terkelu Damia yang mendengarnya. Oo.. Seri dan Tengku Aaron pernah jadi kekasih dulu? Macam mana boleh kahwin dengan Tengku Andrean kalau macam tu? Damia semakin ingin tahu. Agaknya ni la kot yang boleh lancarkan perang saudara ya? Cinta tiga segi yang mambawa kekalahan pada Tengku Aaron?

     “Kak Seri bercinta dengan Abang Aaron?” Damia meminta kepastian.

     “Eh.. Mia jangan salah sangka pulak. Tu kisah lama. Sekarang Aaron dah tak cintakan Kak Seri,” cepat-cepat Seri membetulkan tanggapan Damia. Dia tak mahu Damia menaruh curiga padanya dan Tengku Aaron. Dia juga tak mahu menjadi punca pergaduhan pasangan suami isteri itu. Kalau Tengku Aaron tahu, mesti berganda benci dan marah lelaki itu padanya.

     Damia cuma tersengih. Kalau pun Tengku Aaron masih cintakan Seri, cemburu ke dia? Nak kata cemburu tu takde la tapi cuma rasa sedikit rasa sesuatu yang mengganggu hatinya. Arghh.. nak cakap pun payahlah! Memang dia kena berguru dulu dengan saper-saper yang arif.

     “Masa lalu Aaron, Kak Seri. Dah jadi sejarah. Suka tak suka, manis ke pahit, semua dah jadi kenangan. Nak tak nak memang Mia kena terima seadanya dia sekarang.” Damia berkata sekadar untuk mengawal keadaan. Wajah jujur cuba ditayang. Mintak-mintak Seri percaya.

     “Boleh Mia tahu semuanya? Macam mana abang Aaron sangat-sangat marahkan abang Rean dan Kak Seri?” desak Damia lagi. Apalah aku ni. Sekejap bantai ‘abang Aaron’. Kejap-kejap hentam nama je. Haha.. pedulilah. Nak tersegih Damia rasanya. Tapi cuba dikawal. Situasi bukan main serius ni, kalau tayang gigi mesti Kak Seri ingat aku ni tak cukup skru.

     “Kak Seri dan abang Rean dah lakukan sesuatu yang rasanya tak mungkin Aaron maafkan. Memang tak patut rasanya Kak Seri buat macam tu pada dia,” kesal Seri. Senyuman pahit diukir. Mana mungkin diceritakan pada Damia tentang perkara sebenar yang terjadi antaranya dan Tengku Andrean ketika di Manchester dulu. Sama sajalah seperti membuka aib sendiri.

     “Masa Kak Seri couple dengan Aaron, Aaron ni suka layan perempuan lain. Kadang-kadang depan Kak Seri sendiri pun boleh nak dikenyit mata pada perempuan lain. Hati perempuan mana yang tahan kalau kekasih dia buat macam tu?”

     Damia yang mendengar pulak yang panas hati. Seratus peratus sokong dengan kata-kata Seri. Memang patut pun Kak Seri tinggalkan dia tu. Padan muka. Jadi orang bukannya reti nak setia. Menggatal je lebih. Nasib akulah kalau-kalau terjumpa dia tengah peluk perempuan lain lepas ni. Kesiannya.. Huhu.. sigh!

     “Bila ditanya, katanya semua kawan. Rasanya memang semua perempuan tu kawannya. Kak Seri hanya mampu pendam rasa je. Sebab Kak Seri tiada bukti yang Aaron dah curang masa tu. Kak Seri cuma mampu ceritakan pada abang Rean. Dia pendengar yang setia. Dalam diam, Kak Seri jatuh hati pada abang Rean. Abang Rean selalu ada untuk Kak Seri. Kak Seri sendiri tak sedar bila cinta Kak Seri dah berpaling tadah.”

“Habis, macam mana Kak Seri boleh kahwin dengan abang Rean?”

“Kak Seri tak sangka dalam diam abang Rean pun cintakan Kak Seri. Sampailah satu masa, Kak Seri sendiri mengaku yang Kak Seri pun cintakan dia. Kami sama-sama ikutkan cinta kami. Kak Seri kahwin senyap-senyap dengan abang Rean, tapi Kak Seri masih lagi kekasih Aaron. Terukkan, Kak Seri?” Ya.. dia mengaku yang dia teruk.

     “Kenapa Kak Seri tak tinggalkan Aaron kalau macam tu? suara Damia sedikit naik.

     Sikit sebanyak cerita Seri membuatnya tak puas hati dengan tindakan Seri menipu Tengku Aaron. Bukannya berniat nak bela hubby ke apa, tapi pastinya perit kalau dikhianati. Siapa yang sengih sampai telinga kalau tahu dia dikhianati? Cuba cakap siapa? Meh aku hempuk ke tiang lampu biar hidup balik semua fius. Tak pun hanta je balik bulan. Mana ada seh..

     “Kak Seri tak berani sebab Aaron sangat cintakan Kak Seri. Aaron memang nampak buaya macam tu, tapi dia setia. Entahlah.. Buaya yang setia. Pelik tapi tulah yang terjadi. Kak Seri pun tak tahu nak cakap. Mungkin nanti Mia akan tahu macam mana. Sampaikan Kak Seri tak tahu macam mana nak lepaskan diri.”

     “Kenapa nak seksa perasaan Aaron kalau macam tu?”

     Tanpa sedar dia jatuh simpati dengan Tengku Aaron. Buaya yang setia.. Rasanya dia tahu. Maksudnya, Tengku Aaron memang kaki perempuan, tapi cintanya hanya pada seorang perempuan. Buaya boleh setia ke? Silap kalau cakap buaya tak reti nak setia. Sebab hakikatnya golongan ini kadang kala setianya melebihi segala-galanya. Tak percaya? Cubalah bercinta dengan kasanova. Tapi, risiko masing-masing tanggung ya.

     “Kak Seri salah masa tu. Kak Seri curang dengan adik kembarnya sendiri. Tulah sebabnya Aaron marahkan kami sampai sekarang.”

     Diam antara mereka. Damia pula tak berniat untuk menokok tambah sebarang pertanyaan. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Aaron. Lelaki itu pernah dikhianati rupa-rupanya. Dan kerana ego setinggi KLCC pula, hubungan persaudaraan sanggup diperdagangkan. Damia kesal. Rasa macam dia tidak berguna kerana tidak dapat lakukan sebarang usaha untuk membaik-pulihkan hubungan kekeluargaan itu. Hubungannya dengan Tengku Aaron pun tak berapa nak baik, ada hati nak jadi penyelamat? Kerdilnya rasa diri ni. Hanya mampu berdoa.

     “Satu je Kak Seri pinta. Jangan pernah sakiti Aaron macam yang Kak Seri pernah buat. Aaron baik. Jangan sampai dia tak percayakan cinta lagi. Kak Seri memang kesal sebab dah lukakan Aaron, tapi Kak Seri pun tak pernah menyesal menjadi isteri abang Rean,” tambah Seri.

     Untungnya Kak Seri. Dahlah cantik. Memang patut dia dicintai dua lelaki. Terbayang wajah kacak suaminya tiba-tiba. Tengku Aaron tak percaya cinta ke? Damia betul-betul ingin tahu.