Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 18 November 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 23)

BAB 23

Rasa macam ada sesuatu atas pinggangku. Tapi, aku hanya biarkan je sebab aku malas nak bukak mata. Terasa sangat selesa sehinggakan aku rasa malas sangat nak bangkit daripada katil yang empuk ni. Aku mengalih posisi tidurku. Daripada mengiring sebelah kiri, bertukar mengiring sebelah kanan. Terus peluk bantal peluk. Tapi.. kenapa pulak bantal peluk ni keras semacam.

     Aku mula rasa pelik. Bila rasa macam ada benda bergerak di bahagian pinggangku, terus aku bukak mata. Otak macam baru kembali berfungsi. Baru sedar bila lihat aku sedang berbaring di atas katil empuk bilik ni. Bila masa aku naik atas katil ni? Terus aku pandang sebelahku. Meskipun dalam cahaya yang samar-samar, tapi aku boleh nampak dengan jelas. Nak terkeluar biji mata aku bila nampak susuk tubuh Izz yang berbaring sebelahku. Aku pulak? Mak oi.. chantek je kepala landing atas lengan dia macam takde bantal je gayanya. Tangan siap peluk dada dia pulak tu!

     Aku terkejut maha hebat. Bulat mataku tak percaya. Oh, tidak! Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa kami boleh tidur sekatil ni? Terus aku angkat tanganku daripadanya. Kepala juga turut dijauhkan daripada Izz. Yang mengantuk terus jadi tak mengantuk. Pergerakanku tu la yang sebabkan Izz tersedar. Izz kat sebelah buka mata memandangku.

     “Sya..”

     Belum sempat Izz habiskan ayatnya, aku tolak dia menjauhiku. Kuat. Bukk! Izz jatuh katil. Serius aku tak sedar apa yang aku buat. Yang aku tahu, aku nak dia duduk jauh-jauh daripada aku. Bila ingatkan macam mana dia peluk aku tadi, rasa nak terajang dia sampai masuk almari pun ada. Malu!

     “Adoi..” Aku dengar Izz mengaduh kesakitan. Berkerut muka bila jatuh atas permaidani. Nasib je kepala tak terhantuk kaki meja. Tapi aku tak peduli.

     Aku terus terangkan lampu tidur. Bilik yang agak malap tadi bertukar menjadi sedikit terang. Cukup untuk aku nampak mukanya yang berkerut menahan sakit.

     “Kenapa awak ada atas katil ni? Nak ambil kesempatan ke?” bengang aku menuduh Izz. Aku pandang tubuhku. Nasib baik cukup semuanya. Kalau tak.. tak boleh aku bayangkan. Memang teruk dia aku kerjakan. Tengoklah kalau tak percaya!

     “Apa Sya cakap ni? Abang cuma tidur atas katil ni je. Abang tak buat apa-apa la,” suara Izz agak bengang jugak menjawab. Tambah pulak serak-serak basah, suara baru bangun tidur. Lagilah keras bunyinya. Yalah.. baru bangun tidur, terus tersungkur ke lantai bilik. Siapa je yang tak bengang? Dia yang tadinya macam mengantuk terus segar matanya.

     Izz bangun daripada lantai. Tangannya mengurut-urut pinggangnya yang terhentak kuat ke lantai tadi.

     “Betul tak buat apa-apa ni?” tanyaku lagi. Masih kurang percaya. Berjaga-jaga aku pandang Izz yang berdiri dengan tangan mengurut pinggang di depanku. Dahlah tak berbaju. Cari nahas betul! Pergi jauh-jauhlah!

     “Betullah. Ingat abang ni apa?” tajam matanya memandangku. Marah kut sebab aku tuduh dia macam-macam. Atau sebab tidur dia terganggu?

     Rasa bersalah jugak aku sebab dah berkasar dengannya. Tapi, bibir macam enggan nak mengaku salah. Pedulilah! Siapa suruh cari pasal dengan aku. Dah tahu aku ni tak suka dia, buat macam tu memang kenalah.

     “Ganas betul. Tak boleh agaknya kalau jadi perempuan sikit.” Cukup perlahan suara Izz membebel. Macam untuk dirinya je. Tapi aku sempat dengar.

     “Apa dia?” soalku. Nak dia kuatkan sikit suaranya yang mengata aku tu. Panas jugak telinga yang mendengar. Dia ingat aku bukan perempuan ke sebelum ni?

     Hai.. pagi-pagi lagi hati dah rasa panas. Aku… ganas? Tu bukan ganaslah. Tu refleks bila seorang gadis yang tak pernah tidur dengan lelaki tiba-tiba tertidur dengan lelaki. Apa lagi aku nak buat bila terkejut selain tolak dia jauh-jauh dari aku? Peluk dia? Huh! Gila namanya.

     Kalau aku ganas, aku tak tolak macam tu. Aku tolak dia memang sampai terpelosok bawah katil. Tak pun macam aku cakap tadi, terajang sampai masuk almari baju. Ke nak lebih tragis lagi? Terajang sampai masuk kabinet dapur. Tu baru dia boleh cakap aku ganas. Pedulilah kaki tengah sakit ke apa. Yang sakit sebelah je. Sebelah lagi masih normal fungsinya termasuklah menerajang orang.

     Mungkin salah aku jugak. Okay.. memang aku agak melampau bila tolak dia tadi, tapi aku bukannya sengaja pun.

     “Manalah saya tahu. Tiba-tiba je ada awak kat sebelah saya. Mana tak terkejut?” Aku bela diri. Tak nak kalah.

     “Sya tertidur masa layan Running Man semalam. Abang angkat la Sya atas katil. Takkan abang nak biar Sya tidur atas bahu abang je.” Izz keluarkan pulak kenyataan ekslusif.

     Merah terus muka aku bila dia cakap macam tu. Wei.. perlu ke cakap yang aku terlelap atas bahu dia semalam? Aku pun satu hal! Kenapa boleh terlelap semalam? Nyenyak sangat sampai-sampai aku langsung tak sedar dia dukung aku. Arghh.. jangan dia ingat aku sengaja tertidur semalam sebab nak dia angkat aku dahlah. Buat malu je aku ni.

     Tak cukup dengan tu, dia peluk aku pulak tu. Macam aku bagi izin je gayanya. Kau jangan lupa Qisya. Kau pun peluk dia jugak! Suara hati pulak bersuara. Masalahnya bukan setakat aku peluk dia, tapi siap rasa selesa sampai-sampai taknak bangun daripada katil lagi. Arghh.. betul-betul buat malu kalau dia tahu ni!

      Lain kali jangan tertidur lagi, Qisya! Tulah padahnya. Kau pulak yang lebih-lebih apa kes? Peluk lepas tu tidur atas lengan dia lagi. Nasib je takde air liur basi meleleh. Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala kat dinding mengenang kebodohan diri. Hai.. tak boleh jadi ni! Aku akan pastikan benda ni takkan berlaku lagi.

     Tiba-tiba bunyi alarm telefon Izz sebelum dia matikannya. Terus terbang apa dalam kepalaku. Tak sampai beberapa saat kemudian, telefon aku pulak berbunyi. Bunyi alarm jugak. Aku matikannya. Maksudnya dah pukul 6.00 pagi.

     Izz menggeliat kecil.

     “Abang nak solat Subuh. Terima kasihlah sebab dah jadi alarm bergerak abang hari ni,” kata Izz. Sindir aku satu round tu yang tak boleh blah. Aku buat muka tak bersalah.

     “Sya boleh solat?” soalnya. Aku angguk. Kalau tak boleh solat, takde maknanya aku nak set alarm pukul 6.00 pagi. Baik aku tidur puas-puas.

     “Abang ambik wuduk dulu, lepas tu baru Sya. Kita jemaah sama-sama,” sambungnya lagi sebelum menghilang di balik bilik air.

     Aku diam. Tak angguk dan tak jugak geleng. Sebab aku rasa bunyinya dah macam arahan kepadaku. Nak taknak memang kena ikut. Malasnya nak solat dengan dia.

     Haish.. Qisya! Astaghfirullahalazim… Jemaah dengan suami sendiri pun malas? Orang ajak solat berjemaah, nak tambah pahala pun taknak ke? Kiranya aku beruntung sebab Izz ambil berat tentang ibadat isterinya. Aku geleng kepala sendiri. Insaf kejap aku. Jahil betul aku ni.

     Izz keluar dari bilik air. Aku pulak masuk untuk mengambil wuduk. Bila aku keluar, sejadah dah siap terhampar. Untuk aku sekali. Rasa bersalah jugak. Sebab.. bukanke tu tugas isteri jugak ke? Ah, pedulilah! Aku capai telekong solat sebelum Izz membaca iqamat.

     Kali pertama solat berjemaah dengan lelaki bergelar suamiku. Rasa macam lain sangat. Rasa ketenangan dalam hati yang aku sendiri tak reti nak cakap macam mana. Entahlah..

     ------

Aku capai telefon bimbitku. Seronok sangat duduk rumah sampai-sampai aku lupa nak periksa telefonku. Ada missed call atau mesej ke? Oo.. ada satu missed call dan juga satu mesej yang belum dibaca. Rasa macam dah boleh agak siapa. Mesti Syuk. Sebab minah tu je yang ada nombor baru aku ni. Hmm.. bila aku view pemanggil bertuah tu, memang Syuk pun. Kenapa pulak minah ni telefon aku? Aku tekan inbox. Daripada Syuk jugak.

     What?! Bulat mataku seketika lepas baca mesej tu.

     Sya, aku nk p rumah hang ni. Kau dok Shah Alam skrg ni kan?

     Syuk nak datang rumah aku sekarang ni? Bila mesej ni dihantar? Aku tengok masanya.10.38 pagi. Sekarang ni dah pukul 10.45 pagi. Maksudnya mesej ni baru dihantar. Terus  aku call Syuk.

     “Hello, Syuk. Aku baru baca mesej kau la.”

     “Hello.. Haa, aku pun baru je nak call kau ni..”

     “Kau serius nak datang rumah aku ke?” Aku terus tanya dia. Mana la tau kot-kot dia bergurau ke apa? Syuk ni kadang-kadang bukannya boleh dibuat kira sangat. Lagipun sini dengan Bangi bukannya dekat sangat. Rajin pulak dia nak drive sampai sini.

     “Serius la. Aku nak tengok kawan aku yang sakit ni. Kau cakap kau balik Shah Alam, kan?” Ah, sudah! Dia memang nak datang sini la!

     “Yalah.. kau datang sini rajin pulak? Kau kat mana sekarang ni?” soalku.

      Syuk gelak.

     “Aku nak jumpa kawan lama aku kat UiTM Shah Alam. Alang-alang dah sampai, terus je la pergi rumah kau. Lagipun memang dekat, kan? Aku pun ada benda nak cakap. Pasal kelas Dr. Abdul Razi. Ada kerja baru. Huh.. lecehlah!”Aku dengar Syuk mengeluh. Lain macam je, mesti ada benda berat. Bila keluar nama Dr. Abdul Razi tu pun aku dah boleh agak dah. Sebab pernsyarahku yang sorang tu memang tak boleh nak dijangkau pemikirannya.

     “Kenapa wei?”

     “Nantilah aku cakap lepas datang rumah kau. Aku tengah jumpa kawan aku ni. Kejap-kejap lagi aku sampai. Bila dah nak sampai, aku call kau, okay? Okaylah.. bye, assalamualaikum.”

     “Walaikumussalam.” Talian diamtikan.

     OMG! Kejap lagi Syuk sampai. Izz dan Hafiy ada kat rumah. Apa aku nak jawab kalau dia tanya pasal Izz dan Hafiy? Kawan abang aku? Boleh tak diterima jawapan tu? Kalau Hafiy panggil aku mummy macam mana? Kalau Hafiy pecahkan rahsia semua, macam mana? Aku nak auta apa lagi?

     Tak boleh jadi ni! Kaki terus berjalan keluar dengan laju. Aku cari mama.

     “Mama..” Aku cari kat ruang tamu. Mana pulak mama ni?

     “Mama..” panggilku lebih kuat.

     “Apa dia?” Mama muncul dari dapur. Lupa pulak yang mama tengah sediakan bahan-bahan masakan untuk makan tengah hari.

     “Mama.. Syuk nak datang sini. Macam mana ni?” Aku tayang muka cuak kat mama.

     “Laa.. dia nak datang, datanglah. Kenapa pulak?” balas mama selamba.

     Arghh.. mama ni! Buat-buat tak ingat pulak.

     “Mama.. apa Sya nak jawab kalau dia nampak Izz dengan Hafiy?”

     “Cakap je la yang Izz tu suami Sya. Habis cerita.” Senang mama jawab. Bila pulak mama jadi macam abang ni? Simple minded!

     “Mama..” Aku tak puas hati. Aku belum bersedia lagi la nak mengaku kat Syuk yang aku ni dah kahwin. Mama ni buat-buat tak faham pulak.

     “Kan papa dah cakap biar sampai Sya habis study dulu baru nak hebohkan yang Sya dah kahwin,” kataku. Aku pun tak tahu la, bolehke bertahan rahsia ni sampai aku habis belajar?

     “Dah tu nak buat apa? Takkan nak halau dorang keluar pulak?” Mama tanya aku pulak. Aku diam. Mama macam tahu-tahu apa dalam kepala aku. Aku memang nak dorang keluar pun.

     “Kalau cakap kawan abang bolehkan, mama?” Tiba-tiba idea dalam bilik tadi muncul. Bolehlah daripada takde tak tahu nak cakap apa-apa langsung. Lagipun belum tentu Syuk perasan kewujudan Izz. Belum tentu Syuk tanya, kan?

     “Terserah.” Mama jawab senang.

     Izz aku tak bimbang sangat. Kalau Hafiy tu macam mana? Bukannya aku tak tahu. Si Hafiy tu memang  nak melekat dengan aku je kalau boleh. Mati aku kalau isu mummy pulak berbangkit. Cakap je la yang Hafiy ni budak yang aku jaga hari tu dan dia panggil aku mummy. Lagipun Syuk memang tahu cuti semester hari tu, aku memang tolong kawan mama.

     Tapi, kalau Hafiy cerita yang pelik-pelik macam mana? Budak tu bukan boleh percaya sangat. Arghh.. complicatednya aku rasa. Aku lebih senang kalau dua orang tu keluar rumah sebentar. Aku kalau boleh taknak Syuk kenal dorang sekarang. Bukan nak menghalau ke apa, tapi ni demi kepentingan bersama. Err.. kepentingan aku sorang kut!

     “Ahh, susahnya! Si Syuk ni pun, masa ni la nak datang,” bebelku sendiri. Rambut diraup. Kusut kejap rambut aku. Pening bila fikir yang Syuk mungkin sekarang dalam perjalanan ke rumah aku.

     “Kenapa ni?” Izz yang datang dari lubang mana entah tiba-tiba menyampuk. Mesti dia pelik dan tertanya-tanya kenapa muka aku macam ni.

     Aku diam. Tak tahu nak cakap apa.

     “Entah si Sya ni. Kawan dia nak datang. Entah apa yang dia bimbangkan.” Mama berkata selamba. Buat-buat tak faham pulak.

     “Malas cakap dengan mama.” Tiba-tiba je emo. Aku berjalan ke dalam bilikku.

      Izz mengekoriku.

     “Bila kawan Sya datang?” soal Izz.

     “Sekarang.”

     Hmm.. can you do me a favor? Keluar dari rumah ni kejap, boleh? Kalau boleh bawak Hafiy sekali. Nak je aku cakap macam tu kat dia. Tapi, bunyi macam melampau sangat. Tak berani aku!

     “Sya taknak kawan Sya tahu pasal abang?” tekanya.

     Aku diam. Rasa bersalah pun ada. Nampak sangat ke? Memang la nampak kalau aku siap marah mama tadi. Dia kecik hati ke?

     “Takpe. Abang faham. Sya memang taknak tahu yang Sya dah kahwin sampai Sya habis study, kan?”

     Aku diam lagi.

     “Sya jangan bimbang. Abang nak keluar kejap lagi. Hmm.. terpaksalah bawak Hafiy sekali.”

     Aku rasa bersalah.

     “Awak marah dengan saya ke?” soalku dengan rasa bersalah. Jangan sebab aku, dia terpaksa keluar rumah walaupun aku memang nak dia keluar rumah.

     Tapi Izz cuma senyum.

     “Abang tak marah pun. Buat apa nak marah? Kalau kawan Sya tak datang pun, memang abang nak keluar. Cuma bezanya, kalau kawan Sya tak datang, Hafiy tak payah ikut abang.”

     “Habis tu, Hafiy tak kacau kerja awak ke?” soalku lagi.

     “Tak kacau pun. Dia bukannya nakal sangat. Abang boleh bawak Hafiy jalan-jalan jugak. Lagipun dah lama kami tak keluar jalan-jalan.” Lega hati lepas dengar dia cakap macam tu.

     “Awak nak keluar pergi mana?” tanyaku sekadar nak tahu.

     “Abang nak keluar dengan Maya.”

     Zapp! Sebaris nama tu keluar daripada bibirnya, tapi cukup buatkan hati rasa sesuatu. Kenapa dengan aku ni? Yang pasti aku tak suka.

     Muka tenang tetap aku tayang. Kononnya tak rasa apa-apa. Aku diam.

     “Hmm.. Kak Maya dah tahu yang kita dah kahwin?” soalku.

     Dia geleng kepala.

     “Nobody knows other than our families members.” Oo.. jadi Maya ingat dia bujang lagi la ni? Patutlah tak putus-putus telefon Izz. Hati tengah mengharap agaknya.

     “Awak tak takut Hafiy terlepas cakap ke pasal kita?” Aku menduganya.

     “Don’t worry. Hafiy is under my control. Pandailah abang nak buat supaya Hafiy tak terlepas cakap. Lagipun Mayakan memang tahu yang Hafiy panggil Sya mummy.

      Memanglah dia tahu yang Hafiy panggil aku mummy. Tapi, dia tak tahu yang aku ni dah jadi mummy sebenar Hafiy.

     “Maksudnya, kalau Hafiy tak ikut, memang awak keluar berdua dengan Maya la kan?” Aku tak tahu kenapa sempat pulak aku fikir pasal tu. Sebenarnya tu cuma suara hati aku, tapi tak sedar pulak yang aku dah keluarkan suara hati.

     “Abang dengan Maya keluar sebab ada benda nak bincang. Urgent.” Dia jelaskan lagi. Mesti taknak aku salah faham.

     “Tak tanya pun.” Aku terus keluar daripada bilik. Suka hati kau la nak bincang apa pun. Kau dengan Maya mana pernah tak urgent. Bengkak jugak hati rasanya.

     Rasa macam ada hikmah jugak Syuk datang. Kalau tak, memang Izz dating berdua dengan Maya agaknya. Huh.. padan muka Hafiy kacau daun hari ni. Agaknya, kalau aku korek sesuatu daripada Hafiy lepas mereka balik nanti, boleh tak? Aku sempat fikir jahat.

     ---------

Mummy.. kenapa tak ikut keluar jalan? Tak seronok la keluar takde mummy.” Hafiy tarik muncung. Alala.. comel betul. Geram aku tengok.

     Masa tu, Izz dan Hafiy memang dah nak keluar.

     “Kawan mummy nak datang la, Hafiy. Lain kali kita keluar sama-sama, ya?” Aku janji. Cuba pujuk budak tu.

     Hafiy angguk.

     “Nanti belikan mummy cheese cake yang sedap sangat-sangat, okay? Malam nanti kita makan sama-sama.”

      Hafiy angguk lagi sebelum salam tangan aku. Dia masuk ke dalam kereta.

     “Abang pergi dulu.” Aku cuma angguk. Macam nak keluar jauh je gayanya.

      Aku tak tahu nak buat apa. Salam tangan dia ke? Tapi hati rasa macam berat. Bila aku pandang jelingan maut mama kat sebelah, baru aku faham yang aku memang kena salam tangan Izz kalau rasa taknak kena Clorox kaw-kaw lepas ni. Dengan berat hati aku salam tangan dia. Mama senyum senang.

     Izz cium dahi aku. Tu yang buat aku nak melompat habis. Nasib baik sempat control. Suka hati je nak cium dahi orang. Salam dahlah! Macam lepas solat Subuh tadi. Nasib baik lepas solat dia cium dahi aku, takdelah aku nak mengamuk. Kali ni pulak, sebab ada mama yang jadi tukang tonton, aku terpaksa simpan je semuanya dalam hati. Buat muka cool macam benda tu dah biasa terjadi.


     Izz bukak pintu kereta. Masa tu la aku nampak kereta Syuk masuk ke laman rumah. Cepatnya! Timing yang cukup menarik. Izz undur kereta dan Syuk baru keluar dari perut kereta. Yang aku pasti, Syuk sempat nampak Izz dan dengar dengan jelas kata-kata Hafiy.

     “Bye, mummy!” Hafiy lambai padaku. Aku turut melambai sehinggalah kereta Izz hilang dari pandangan.

     Syuk salam dengan mama sebelum dipelawa masuk rumah. Aku ajak dia duduk di taman. Lebih seronok dan pemandangan pun cantik. Udara pun segar.

     “Siapa yang datang tadi?” Macam yang aku agak, tu la soalan pertama yang akan ditanya Syuk.

     “Kawan abang aku. Anak kawan mama aku.” Aku rasa aku tak bohong. Izz memang kawan abang aku dan memang anak kawan mama aku.

     “Wah.. handsome! Nama apa wei?” Syuk gelak gatal. Kawan aku ni memang tak boleh tengok orang kacak. Mulalah tu! Dia tak tahu yang dia tengah puji suami aku. Maksudnya, memang dia nampak la muka Izz tadi.

     “Nama dia Haikal. Tadi yang comel tu anak dia.”

     “Laa… dah kahwin ke? Tapi, dia panggil kau mummy, kan?” Macam yang aku agak, Syuk memang dengar.

     “Tu la budak yang aku jaga masa cuti hari tu. Kau ingat lagi tak yang aku pernah jadi bibik kat rumah kawan mama aku? Tu la orangnya,” ceritaku lagi.

     “Oo.. yang kau cerita si budak comel dengan jejaka baik hati yang jaga anak saudara dia macam anak sendiri tu ya? Hmm.. so sweet.” Syuk tayang muka kagum.

      Bila masa aku ada cakap jejaka baik hati? Memandai je la si Syuk ni!

     Tiba-tiba teringatkan Izz dan Hafiy. Dorang dah keluar dah. Ke mana ya dorang? Lupa pulak aku nak tanya mana dorang nak pergi. Mesti seronok Hafiy keluar dengan Maya. Agaknya Hafiy boleh lupa aku kat rumah ni.

     Aku nak mereka keluar, tapi kenapa hati rasa tak gembira. Aku rasa aku macam bagi izin je kat Izz untuk dating dengan Maya. Apa yang dating, Qisya? Kan Izz cakap dia nak bincang pasal kerja? Alah.. tu Izz yang cakap. Maya yang cakap aku mana tahu. Kenapa aku rasa Maya memang ada hati kat Izz? Tiba-tiba aku rasa macam tak senang duduk.

     “Susah wei nak cari lelaki baik macam tu. Kau tak jatuh hati ke kat dia? Dua bulan kau menghadap dia. Kalau aku la, boleh cair meleleh kut. Tengok lelaki baik depan mata. Perempuan mana taknak buat suami?” Soalan Syuk buatkan aku tersedar daripada lamunan.

     “Tak payah cerita pasal dia la. Kau datang sini kenapa?” Aku alih topik. Malas nak panjangkan hal Izz dan Hafiy. Dah melarat-larat sampai isu hati dan perasaan si Syuk ni. Karang free je kantoi dengan Syuk.

     “Ni.. ada kerja baru. Menyampah betul aku.”

     Syuk keluarkan sesuatu daripada begnya. Satu fail kuning. Fail tu dibentangkan depan aku.

     “Nah, kau punya.” Syuk serahkan beberapa keping kertas A4 berwarna putih dan biru muda.

     “Apa dia ni?” soalku.

     Aku lihat kertas-kertas tu. Macam borang pun ada. Borang apa pulak ni? Tahulah yang Dr. Abdul Razi tu mengajar untuk Research Project. Takkan dah ada questionnaire kut?

     “Isi borang ni. Khamis ni dia nak.”

     “Borang apa?” Aku belek lagi sekali borang tu.

     “Tu la kau. Banyak sangat ponteng kelas. Masa kelas dia hari tu, Dr. Abdul Razi nak semua student dia buat visit ke syarikat yang gunakan khidmat civil engineers. Macam engineers firm, syarikat hartanah or syarikat kontraktor.  Dalam seminggu, kitakan banyak free. So dia nak masa kita free ni, kita visit company tu. At least dua kali seminggu.”

     “Maksud kau, ramai-ramai adakan visit kat company yang lain-lain? Macam tu?”

     “Taklah. Ada beberapa belas entah company yang Dr. Abdul Razi sempat carikan. Setiap company tu untuk dua orang. Hari tu dah vote siapa kena company mana. Aku dengan kau. Dah aku sorang je datang, memang aku cabut undi sendiri la. Dapat company tu la,” kata Syuk. Dia tunjukkan ke arah kertas yang baru aku dapat.

     “Gigih gila Dr. Abdul Razi cari syarikat-syarikat tu?”

     “Diakan memang unexpected. Tak pelik la kalau Dr. Abdul Razi yang buat benda-benda macam tu.”

     Betul-betul. Setuju!

     “Senior kita sebelum ni memang macam ni ke?”

     “Nope. Kita yang first. Saja la tu. Suka sangat buat batch kita ni experimental batch. Dia cakap, dia nak kita semua rasa macam mana the real life of an engineer kat tempat kerja. Macam senior-senior kita yang lepas, selalu ada masalah bila practical.”

     “Weh… tu macam dah nak pergi practical je? Kita kan belajar research. Bukanke research kena cari jurnal-jurnal bagai ke? Tak faham betul aku dengan dia tu. Nak rasa the real life of an engineer konon. Bukanke nanti practical pun rasa benda tu ke?”

     “Dia kan pelik. Sengaja nak dera kita tahun last ni. Tak boleh tengok orang senang. Dia tak tahu ke yang kita ni nampak je banyak masa free. Tapi kita free sebab kena cari banyak benda.” Syuk pulak membebel.

     “Boleh pulak diluluskan dia buat macam tu?” Aku soal Syuk. Pelik jugak. Senang pulak sampai-sampai boleh keluar dari UKM.

     “Kau macam tak tahu pulak si Abdul Razi tu macam mana orangnya. Bila senior-senior kita ada yang tak boleh nak perform, ada masalah masa practical, memang lecturer lain setuju la. Lagipun, instructor kat company-company tu pun setuju je nak terima kita. Memang rezeki kita la boleh tengok orang bekerja macam mana. Ni lain daripada practical sebab kita sedang buat research.” Panjang lebar Syuk terangkan kepadaku.

     “Macam mana nak pergi company tu? Budak-budak ni tak bising ke?”

     Yalah.. semuanya dok kolej. Semuanya bukan berkereta.

     “By hook or by crook, kena buat katanya. Maybe ada elaun kut untuk student. Ataupun dana. Orang lain terima dengan reda je. Lagipun, company-company tu senang nak cari transport. Dr. Abdul Razi dah fikir semua tu kot. Dia cakap lagi, kalau tak susah sekarang, bila lagi nak susah. Ambik kau, diam terus dewan lecture tu.”

     Aku angguk-angguk. Betul jugak. Kalau masa ni tak rasa susah-senang, nanti kerja mungkin ada yang tak larat nak rasa susah-senang sebab selalu dimanjakan. Hmm.. betul jugak pemikiran Dr. Abdul Razi ni. Futuristik betullah!

     “Bila start benda ni?”

     “Bulan depan. Kejap je benda ni. Dalam sebulan je. Sambil-sambil dok kat office tu, bolehlah edarkan questionnaire kat pekerja-pekerja kat situ.”

     Bulan depan? Bunyi macam lama je kan? Padahal minggu depan dah hujung bulan. Minggu depan sekali lagi dah masuk bulan baru. Kenapa rasa macam tak ready lagi ni?

     “Kita dapat company apa? Kat mana?” Aku tanya Syuk.

     “Tengoklah kertas yang aku bagi tu. Kan ada.”

     Aku tengok kertasku. Syarikat Lawrence’s Lands & Properties (LLP)? Syarikat orang apa ni? Macam bukan Malaysia je?

     "Hmm.. Lawrence’s Lands & Properties, ya?" Mulut menyebut nama syarikat tu, tapi kenapa kepala teingatkan Izz dan Hafiy? Agaknya sekarang ni mereka dah sampai dah nak jumpa Maya. Apa hubungan Izz dengan Maya yang sebenarnya, ya? Kalaulah aku ada peluang, nak je aku tengok dengan mata aku sendiri macam mana hubungan mereka. Barulah hati aku rasa tenang sikit.

Sunday 4 November 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 22)

BAB 22

Aku cuma diam bila doktor lelaki muda itu memeriksa kakiku. Doktor ni la yang rawat aku masa aku kena rompak hari tu. Tak sampai dua hari, dia nampak muka aku lagi. Sabar je ek, doktor sebab kena layan kerenah pesakit macam saya ni. Huhu..

     Malu jugaklah aku kalau dia tahu kenapa aku datang kali kedua ni. Nasib baik Izz temankan aku. Takdelah nak segan sangat aku bila kena periksa dengan doktor ni. Sebab tu la aku tak suka ubat ke, hospital ke, atau apa-apa yang berkaitan dengan kedoktoran ni. Kalau tak, sekarang ni dah bergelar Doktor Qisya dah aku.

     “Macam mana kaki isteri saya, doktor?” Izz bertanya lepas doktor tu habis periksa kakiku. Aku yang sedang berbaring di atas plinth rawatan terus duduk. Izz bantu papah aku untuk duduk di atas kerusi yang disediakan.

     “Hmm… sepatutnya bengkak dah surut. Tapi, bila saya periksa tadi, saya nampak macam makin teruk pulak.” Itu yang doktor muda tu komen.

     Hai, doktor ni! Sebab bengkak ni makin teruklah Izz paksa aku datang sini. Kalau sebab tak teruk, takdelah aku nak gigihkan hati datang klinik dia untuk kali kedua ni. Aku bersungut dalam hati. Malas pulak nak bukak mulut.

     “Boleh saya tahu kenapa kaki nampak makin bengkak?” soal doktor tu lagi.

     Aku senyap. Malas pulak nak cakap. Malu sebenarnya. Takkanlah aku nak cakap yang aku lompat dari kerusi sebab lipas kejar aku. Err.. lipas kejar aku ke? Okay, tu cumalah ilusi aku sebab aku takut binatang kecik tu. Tapi, memang haramlah aku nak cerita macam tu dekat doktor ni. Mahu dia guling-guling gelakkan aku. Memalukan diri je. Lipas pun takut ke? Apa daa..

     “Dia jatuh tangga, doktor. Tertindih pulak atas kaki dia yang sakit ni. Sebab tu la saya bawak dia pergi klinik hari ni. Takut jadi makin teruk pulak.” Izz auta apa entah. Jatuh tangga pun boleh, Izz..

     “Kenapa boleh jatuh tangga, Puan Qisya? Puan Qisya ni, boleh pulak dia cuai tengah-tengah sakit macam ni. Tak sabar nak jalan sendiri ya? Lain kali hati-hati ya, Puan.”

     Banyak cakap pulak doktor ni. Aku lempang karang, baru tahu. Aku tahu la. Aku pun tak tahu kenapa emosi aku tak berapa stabil. Nak mengamuk je aku rasa. Tapi aku tetap sabar. Tapi, tak sukanya aku bila dia panggil aku Puan Qisya. Buruk je bunyinya kat telinga aku.

     “Takde apa-apa yang terukkan, doktor?” soal Izz lagi. Nasib baik jugak ada Izz yang jadi jurucakap tak bergaji aku. Kalau tak, memang jadi filem bisu untuk tontonan umum la kami berdua. Aku pun tak tahu sejak aku sakit ni, aku malas nak bercakap banyak. Buat penat mulut je. Err.. ya ke? Ahh, pedulilah! Aku ni kalau nak jadi pendiam, senang je. Hantar pergi jumpa doktor. Pendiamlah aku jadinya. Sebab aku tak suka jumpa doktor.

     “Tak ada.. nasib baik takde internal bleeding or bruise. Tapi, bengkak yang sepatutnya dah surut takkan baik lagi. Sepatutnya kaki Puan Qisya ni kena kurangkan movement kalau nak cepat sembuh. Apatah lagi kalau vigorous movement. Should be avoided. Lompat ke, lari ke, tu dah dikira vigorous movement la tu..”

     Aku rasa macam doktor tu nak sindir aku padahal doktor tu tak tahu apa-apa pun. Aku je yang perasan sendiri.

     “Mungkin beberapa hari lagi surutlah bengkak tu. Tapi, lepas ni, Encik Haikal jangan biarkan isteri encik jatuh lagi. Mungkin akan jadi lebih teruk. Sebab bila jatuh, healing process terganggu. Bila lama-lama, saya takut ada infection pulak. Bahaya jugak. Makin lambat kaki puan nak baik.” Doktor tu terangkan kesan dan akibat kalau aku jatuh lagi sekali.

     Aku cuma tadah telinga.

     “Baiklah, doktor. Saya akan pastikan benda ni tak berulang,” kata Izz.

     Emm.. yalah tu. Tinggalkan aku sorang-sorang lagi kat dapur tu. Jumpa lipas lagi sekali, bukan setakat lompat dari kerusi, pecut seratus meter pun mungkin akan terjadi. Dah involuntary reflex. Manalah otak mampu kawal? Semuanya angkara makhluk perosak rumah tangga tu!

     “Saya akan berikan ubat baru kepada puan Qisya. Nanti ambik kat luar, ya?” kata doktor tu lagi. Tangannya lincah menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Lalu dikoyakkan dan diserahkan kepada Izz.

     “Terima kasih, doktor,” ucap Izz.

     “Hmm.. thanks, doc.” Akhirnya aku juga turut bersuara. Mentang-mentang nak blah dari sini kan? Haha..

     “Sama-sama. Hati-hati ya, Puan Qisya. Bila saya kata no vigorous movements on affected foot, doesn’t mean no movements at all. A little movement is important to avoid joint stiffness and to promote healing process. Bila ada movement, jangan sampai sakit. Kalau sakit, stop the movement. Sebab sakit tu salah satu muscle reflex to protect the healing process.” Sempat doktor tu bagi nasihat kat aku.

     Aku cuma angguk. Dah keluar dah bahasa doktor dia tu.

     Izz papah aku keluar daripada bilik doktor itu. Ramai jugak yang menunggu giliran di ruangan menunggu. Tak heranlah kalau ramai yang datang klinik ni sebab doktor kat sini memang kacak. Haha.. Sempat aku usha. Baik diam dalam hati dahlah. Nak kena lempang dengan orang sebelah ni ke?

      Izz dudukkan aku di salah sebuah kerusi.

     “Sya duduk sini dulu. Abang pergi ambil ubat, ya? Jangan pergi mana-mana pulak. Tunggu abang,” katanya. Aku cuma angguk.

      Aku hanya melihat Izz yang berlalu ke kaunter ubat. Kaki yang sakit diperiksa. Nampaknya makin lambat la kaki aku nak baik. Nasib baik jugak tangan dah tak berapa nak sakit dah. Huh!  Makin bertambah ubat yang aku kena makan. Ee.. bencinya aku! Boleh tak aku nak skip makan ubat? Mana mungkin kalau dah ada Izz jadi nurse tak bergaji aku. Dia tu.. serba-serbi nak jadi orang tak bergaji aku.

     Pandanganku beralih pada orang sebelah. Seorang perempuan muda, rasanya dalam peringkat tiga puluhan kot. Tengah tunggu giliran diperiksa. Aku senyum padanya.

     “Terjatuh ke?” ramah wanita itu menegurku. Pasti sebab nampak kaki aku ni. Aku senyum lagi.

     “A’aa.. cuai sikit kat rumah. Ni la jadinya. Akak datang klinik ni kenapa?” giliran aku pulak bertanya.

     Kakak tu senyum.

     “Demam sikit. Kerja kuat sangat kut. Sebab tu la boleh demam. Rasanya kalau jumpa doktor, mesti dia cakap tak cukup rehat dan macam-macam lagi,” cerita kakak tu lagi. Aku cuma senyum. Memang pun. Tapi, kena gigihkan hati datang jumpa doktor sebab nak MC. Ala.. macam student jugak. MC tu sangat penting kalau taknak kena tuduh ponteng. Bila rasa kepala macam malas sangat nak ambik test, memang MC la benda pertama orang akan fikir nak skip test.

     “Student UKM ke?” Kakak tu bertanya. Aku angguk. Tak pelik kalau dia boleh agak. Sebab memang UKM la yang paling dekat dengan kawasan ni.

     “Ambik course apa? Semester berapa dah?”

     “Civil and structural engineering. Dah sem tujuh.”

     “Oo.. bakal engineer la ni. Kakak suka tengok perempuan ambik civil engeneering.”

     Aku senyum dengan komennya. Memang ramai perempuan yang ambil kejuruteraan awam ni. Sebab ni je aku rasa bidang kejuruteraan yang paling sesuai dengan perempuan.

     “Hmm.. datang dengan abang, ya?” soal kakak tu lagi.

     Abang? Adakah Izz yang dia maksudkan? Kenapa kakak tu cakap Izz abang aku? Bukan muka kami memang jauh beza ke? Tengok mata dan rambut hitam perang Izz dah cukup nak bezakan aku ni orang apa, Izz tu orang apa. Atau kakak ni taknak tuduh yang pelik-pelik, jadi abanglah yang paling selamat. Boleh jadi jugak. Lagipun,  abang tak semestinya abang kandung, kan? Abang angkat pun boleh. Abang tiri pun boleh. Abang ipar pun boleh. Mungkin jugak sebab dia dengar Izz bahasakan diri dia abang taadi. Mesti kakak ni nak aku sambung abang apa Izz pada aku.

     Tapi.. masalahnya, none of the above la..

     “Suami saya, kak.” Aku mengaku. Aku tak tahu kenapa aku masih berat hati nak mengaku yang Izz suami aku. Belum biasa lagi kut. Berat hati, tak berat hati, sekurang-kurangnya aku mengaku.

     Kakak tu nampak terkejut dengan kenyataanku. Tak sangka aku dah kahwin kut. Aku tayang muka gembira. Takkanlah nak tunjuk kat orang yang aku ni kena paksa kahwin.

     “Dah lama kahwin?” tanyanya.

     “Baru lagi, kak. Tak sampai sebulan pun lagi.”

     “Oo.. pengantin baru la ni?”

     Aku cuma senyum. Orang baru kahwinkan, kenalah tunjuk muka bahagia.

     “Sekarang ni ramai yang kahwin muda. Sepupu akak pun ada yang kahwin masa belajar. Tak kisah la. Janji bahagia. Kan, dik?” Aku angguk lagi. Hmm.. bahagia sangat la.

     “Suami adik pun nampak baik je orangnya. Caring dan bertanggungjawab.” Dia puji Izz. Dia yang baru nampak Izz pun dah cakap Izz caring dan bertanggungjawab tu. Kakak ni memang betul-betul judge the book by its cover ni. Okay.. aku setuju jugak la lapan puluh peratus dengan kata-kata kakak tu.

     Bila sebut pasal Izz, baru aku teringat sesuatu. Mana pulak si Izz ni? Lama pulak dia ambik ubat. Ambik ubat ke, jual ubat dia ni? Dah pukul berapa ni? Nak ambik Hafiy kat sekolah lagi.

     Macam tahu-tahu aku seru dia, Izz datang menghampiriku. Ada satu beg plastik di tangannya.

     “Jom,” ajak Izz. Bila matabya dan kakak sebelah ni berlaga, mereka saling berbalas senyuman. Masa tu jugaklah, seorang jururawat keluar memanggil kakak tu.

     “Nama akak dah dipanggil. Seronok berbual-bual dengan adik. Rasanya masih belum terlambat akak nak ucapkan selamat pengantin baru.”

     “Terima kasih,” hanya tu yang mampu aku cakap. Aku perasan mata Izz yang melirik ke arah aku. Tapi aku buat tak nampak. Mesti dia pelik bila kakak tu ucap selamat pengantin baru kepadaku. Untuk dia jugak kut.

     Kemudian, dia masuk ke dalam bilik doktor dan Izz pula papah aku keluar dari klinik.

     “Siapa kakak tu?” Izz tanya aku ketika kami berjalan keluar.

     “Entah. Baru kenal tadi,” jawabku. Baru aku perasan. Sepanjang kami bercakap tadi, aku tak tahu nama dia dan dia pun tak tahu nama aku. Nak jadi peramah, siapa cakap kena kenal nama, kan? Tulah Malaysia.

     “Dia tanya siapa awak. So, saya cakap la awak suami saya.” Aku menambah lagi. Sebelum dia tanya atau salah sangka, baik aku cakap terlebih dahulu.

     Izz senyum. Buatkan aku rasa pelik.

     “Kenapa senyum?” soalku. Masa tu kami dah berada dalam kereta. Dan aku pulak, kenapa tiap kali dia senyum, aku akan tanya soalan yang sama? Kenapa senyum? Orang nak senyum pun salah ke, Qisya? Suka hati akulah!

     “Nothing. I’m just glad. Sya sudi jugak mengaku abang suami Sya.”

     Aku terkedu. Err.. kenapa jugak ya aku mengaku dia suami aku? Sebab.. Malaslah nak menipu. Bukannya aku kenal kakak tu. Lepas ni pun bukannya jumpa lagi.

     “Dah tu nak cakap apa? Cakap abang bukannya orang percaya.” Aku cakap dengan muka selamba. Kawal ego wei.

     Aku kemudiannya mengeluh. Sambil tangan memegang kaki yang sakit.

     “Kenapa, Sya?” Izz soal lembut.

     “Kaki macam ni, apa nak cakap kat mama ngan papa?”

     “Don’t worry. Abang takkan cakap pasal malam tu. Sya jangan bimbang. Biar abang yang handle.”

      Bukan tu je. Aku rasa berat hati. Tak tahu kenapa.

     “Saya macam tak sedia lagi nak balik rumah. Saya takut papa marahkan saya.” Aku luahkan yang terbuku dalam hati.

     “Sya jangan fikir macam tu. Mama dengan papa sangat rindukan Sya. Sya percayalah. Papa dah tak marah Sya dah. Sepanjang Sya menghilang ni, papa diam tak bermakna papa tak pedulikan Sya. Semuanya sebab abang yang dah janji nak bawak Sya balik. Hari ni, izinkan abang tunaikan janji abang. Kita balik. Any bad thing will not happen. Trust me.”

      “Sya jangan bimbang. Abang selalu ada di samping Sya. In whatever condition,” janji Izz lagi. Tangan kananku digenggam kemas. Bagaikan ingin mengalirkan semangat untukku. Yang anehnya, tak pulak keluar tae kwon do aku nak tepis pegangannya. Aku biarkannya, sehinggalah dia sendiri yang mengalihkan tangannya.

     “Sekarang ni, jangan fikir apa-apa yang negatif lagi. Kita ambik Hafiy, kita balik Shah Alam. Okay, Sya?” Suara Izz seakan-akan memujukku.

    Aku angguk. Izz senyum melihat anggukanku. Tali pinggang ditarik. Izz 
 mengundurkan keretanya. Destinasi kami terlebih dahulu adalah, ke sekolah Hafiy.

     -----------

Bukan main seronok Hafiy bila melihat kami berdua yang menjemputnya pulang dari sekolah. Makin berganda rasa seronoknya sebab kami nak balik rumah nenek mummynya.

     Hafiy dah terlelap kat tempat duduk belakang. Kami dah nak sampai kat rumah banglo milik orang tuaku. Makin berdebar dadaku. Macam nak pergi rumah mak mentua pulak. Padahal nak balik rumah sendiri.

     Rumah banglo dua tingkat itu makin hampir pada pandanganku. Sesungguhnya aku amat rindukan rumah ni. Halaman rumah yang selalu kami sekeluarga melepak. Taman bunga kesayangan mama. Rindunya aku!

     Aku nampak kereta papa dan abang ada di halaman rumah. Mereka tak pergi kerja ke hari ni? Oh, lupa! Hari ni hari jumaat. Sekarang pun dah tengah hari. Lepas ni solat jumaat. Tak pelik la kalau papa dan abang ada di rumah. Memang kebiasaannya mereka akan pulang ke rumah dulu sebelum keluar solat Jumaat.

     Dada rasa berdebar. Apatah lagi bila aku nampak mama keluar. Rindunya aku dengan mama. Pastinya mama terkejut dengan kepulangan Izz yang tiba-tiba ni. Mungkin sebab Izz parking kereta membelakangi rumah, mungkin mama tak perasan kewujudan aku.

     “Hafiy, bangun, sayang. Kita dah sampai rumah nenek.” Izz kejutkan Hafiy.

     Terpisat-pisat Hafiy bangun sambil menggosok kedua-dua belah matanya. Terus segar matanya bila melihat di mana kami sekarang. Hafiy terus buka pintu kereta dan meluru ke arah mama.

     “Nenek..” gembira Hafiy menegur mama. Kemudian, aku tak dengar dah apa yang mereka berbual.

     “Jom, Sya.” Izz ajak aku.

     Izz keluar terlebih dahulu.

     “Assalamualaikum, mama.” Izz menegur. Aku nampak dari cermin sisi Izz salam tangan mama.

     “Waalaikumussalam. Izz, kenapa tak cakap nak balik?”

     “Nenek.. nenek... Hafiy bawak balik mummy. Mummykan.. diakan dah baik dengan daddy.” Aku dengar Hafiy becok bercerita.

     “Hah? Mana mummy Hafiy?” soal mama.

      “Tu mummy..” Hafiy tunjuk padaku yang baru lepas tutup pintu kereta.

     Mama pandang aku. Aku pandang mama. Tiba-tiba kakiku rasa macam dipaku. Pegun.

     “Sya? Sya?” Mama bagaikan tak percaya aku berdiri depan dia.

     “Mama..” Sesungguhnya aku sangat rindu nak ucap perkataan tu.

     Mama terus meluru ke arahku. Tubuhku dipeluk. Kemas sangat-sangat macam aku ni taknak dilepaskan lagi. Buatkan aku rasa sangat bersalah pada mama. Aku turut balas pelukan mama. Juga kemas.

      “Mana Sya pergi? Kenapa tinggalkan rumah ni? Mama rindukan Sya sangat-sangat. Sya buat mama risau sangat-sangat dengan Sya. Jangan buat macam ni lagi, sayang.” Mama dah menangis.

     “Sya mintak maaf sangat-sangat mama. Semua salah Sya. Tak sepatutnya Sya lari rumah. Sya mintak maaf sangat-sangat. Sya berdosa dengan mama, papa dan abang,” pohonku. Air mata dah keluar meleleh-leleh.

     “Mama pun mintak maaf andaikata mama dah memaksa Sya sebelum ni.” Mama berkata lagi.

     “Mama tak salah. Sya yang salah sebab terikutkan darah muda Sya. Sya janji Sya takkan buat mama sedih lagi,” janjiku.

     Aku menangis lagi dalam pelukan mama. Mama leraikan pelukan kami.

     “Kaki Sya ni kenapa lagi? Izz.. apa dah jadi dengan anak mama?” Mama baru perasan kakiku yang berbalut.

     Tiba-tiba rasa keras lidah nak cakap.

     “Sya terjatuh, mama. Masa kat universiti. Maafkan Izz sebab tak dapat jaga anak mama dengan baik.” Izz menjawab bagi pihakku.

     “Macam mana pulak boleh jatuh? Sya ni buat mama risau je. Teruk tak?” Mama bersuara lagi. Nadanya penuh dengan kerisauan.

     “Mama jangan risau. Tak teruk pun. Doktor cakap dalam beberapa hari ni, okaylah tu.”

     “Kenapa tercegat kat luar ni? Kenapa awak tak ajak menantu dengan cucu kita ni masuk?” Aku dengar pula suara papa.

     Papa..

     “Bang, Sya dah balik. Sya dah balik.” Mama beritahu papa.

     Aku yang nampak papa terus berjalan terhincut-hincut ke arah papa. Aku peluk papa.

     “Papa.. Sya mintak maaf. Sya mintak ampun atas segala salah Sya kat papa sebelum ni. Sya dah malukan papa. Maafkan Sya.” Aku menangis meminta keampunan daripada papa. Tangan papa aku salam dan cium.

     “Dah.. dah.. Sya. Papa tak pernah marahkan Sya. Takde apa yang perlu dimaafkan. Sya tak salah dengan papa. Papa yang mintak maaf sebab dah bertindak tanpa izin Sya. Papa dah paksa Sya. Papa nak Sya tahu yang papa lakukan ni sebab nak jaga nama baik keluarga kita.”

     Papa gosok kepalaku. Mata memandang kakiku.

     “Kaki Sya ni kenapa?” soal papa pulak.

     “Dia jatuh, bang.”

     “Dah pergi klinik ke?”

     “Dah, papa. Izz dah bawak Sya pergi klinik.”

      “Dah.. jom masuk. Kaki kamu tu kena rehat, Sya. Hafiy dengan Izz pun kesian. Tengah-tengah panas ni la terpaksa tonton drama swasta. Kalau tercalon dalam anugerah skrin tu takpelah jugak.” Papa berlawak. Aku tergelak. Semua ketawa kecuali Hafiy. Lawak orang dewasa, mana la budak-budak nak faham?

     Papa lepaskan aku daripada pelukannya. Sewaktu nak masuk rumah, aku rasa macam lupakan sesuatu. Oh, abang Qairul!

     “Abang.. Sya nak mintak maaf dengan abang.” Aku mintak maaf dengan abang pulak.

     “Dahlah.. tak payah nak fikir dah. Benda dah lepas. Cuma..”

     “Cuma apa?” soalku balik.

     “Cuma… mari sini kejap.” Abang panggil aku.

     Aku patuh. Aku berjalan dekat dengan abang.

     “Cuma rasa nak luku kepala orang. Ee.. sengajakan buat onar? Sengajakan nak buat orang risau? Nak lari rumah segala bagai. Ingat ni slot samarinda ke apa?” Abang peluk leher aku macam yang biasa dia buat kat aku. Nak lemas aku rasa.

     “Adoi, sakit la.” Aku meronta lepaskan diri. Boleh pulak dua penonton setia gelakkan aku. Siapa lagi kalau bukan Hafiy dan Izz. Like father like son betullah. Izz ni.. bagi pulak abang dera isteri dia. Cis!

     Abang lepaskan aku.

     “Sakitlah. Habis senget tudung. Adik dia balik buat macam tu pulak. Bukannya nak bentang karpet merah ke, buat pulut kuning ke apa.”Aku membebel. Muka aku dah masam. Tudung aku betul-betulkan.

     “Oo.. tahu pun sakit ya? Yang terajang abang hari tu ingat tak sakit ke? Senak perut ni, tahu tak?” Abang mengungkit. Baru aku ingat pasal aku terajang dia hari tu. Aku tersengih sendiri. Siapa dulu yang cari nahas?

     “Err.. sakit sangat ke?”

     “Mestilah.. sakit, tahu tak?” Abang pegang perutnya. Konon-kononnya nak cakap effect kena hari tu masih lagi terasa sakitnya. Trauma la kononnya.

     “Kena sembelit seminggu, tahu tak?” tambah abang lagi. Nak auta aku la tu! Geramnya!

     “Hih.. mengarut la tu. Nak kena lagi sekali? Kut-kut sebulan pulak sembelit, sekali package dengan buasir. Nak?” Aku gertak abang. Tak padan dengan kaki sakit. Bila dengan abang, yang sakit pun boleh jadi tak sakit. Layan perangai tak matang dia tu, buat penat jiwa je. Agaknya sebab tu la tak kahwin-kahwin lagi dengan Kak Hanum. Kak Hanum pulak, boleh dia tahan layan karenah tiga suku abang aku ni. Kalau aku, memang dah lama dah tinggal.

     “Wife kau ni garang sangat la. Tak padan dengan kaki sakit. Macam mana la kau nak hidup dengan dia nanti? Aku rasa kau kena start cari cara nak jinakkan dia.” Abang berbisik pada Izz. Berbisik sangat la, kan? Sengaja dia kuatkan suara supaya aku dengar sekali. Kurang asam betul!

     Izz cuma gelak. Aku malas layan. Bila lelaki bertemu lelaki, aku yang perempuan ni memang kalah. Baik aku masuk rumah. Berehat lagi bagus.

     --------

Seharian meluangkan masa bersama keluarga memang menyeronokkan. Baru aku sedar yang aku sangat betuntung sebab ada keluarga yang harmoni dan bahagia. Dua minggu tanpa keluarga buatkan aku rasa sangat sunyi. Sesungguhnya semua yang terjadi tu ada hikmahnya.

     Tapi, bila malam menjelma, akulah manusia yang paling runsing. Satu sebab aku sangat runsing. Kena sebilik dengan Izz! Pada mulanya lega jugaklah sebab Hafiy tidur sekali dengan kami. Sekurang-kurangnya Hafiy boleh jadi orang ketiga antara kami. Tapi, bila abang masuk campur, sudah! Hancur ana punya program!

     “Hafiy, jom tidur bilik Pak Long. Pak Long ada beli mini i-pad untuk Hafiy. Ada banyak game. Pak Long tunjukkan cara-cara nak main, nak?” Dengan ayat tu je abang gunakan, Hafiy terus angkat bantal dan selimutnya ke bilik abang.

     Aku memang geram sangat dengan abang. Abang macam sengaja nak biarkan aku tidur berdua dengan Izz. Hii… bencinya aku.

     Akhirnya, jadi macam ni la! Dia di hujung sana, aku di hujung sana. Izz baca buku entah apa kat atas katil, aku pulak mengadap laptop kat meja jepunku. Senyap antara kami. Aku buat-buat tak nampak kewujudannya. Wei.. manalah aku biasa sebilik dengan lelaki! Siapa tak terkena kejutan budaya? Gundah di hati tak siapa yang tahu. Sebab tu la aku tayang muka tenang je.

     Aku pandang jam kat atas meja kecil tepi katil. Dah pukul 12.03 tengah malam dah. Mata dah rasa aura mengantuk. Tapi aku gigihkan hati untuk pertahankan 360 darjah mata aku. Aku pandang Izz. Izz, awat hang dok atas katil? Takde port lain ke nak lepak? Waa.. aku nak tidur. Tapi aku taknak tidur sebelah dia. Rasa nak jerit je kat semua orang yang aku taknak tidur sekatil dengan Izz. Izz memang takkan lakukan apa-apa padaku. Aku rasa aku boleh percayakan dia pasal tu. Tapi, masalahnya aku tak selesa. Faham tak? Tak selesa.

     “Hmm… Sya tak ngantuk lagi?” Tiba-tiba Izz bersuara. Dia tutup bukunya. Dah nak tidur ke? Wei.. janganlah! Aku nak tidur mana kalau dia tidur atas katil? Takkanlah nak merayap kat bilik tetamu yang lain? Bilik yang lain semua kat tingkat atas. Lagipun, nak kena penampar mama kalau tahu aku buat macam ni kat suami?

     Huhu.. tak tidurlah aku malam ni. Maaf ya, mata. Nasib kaulah!

     “Belum ngantuk lagi. Tak boleh nak adapt dengan bilik baru lagi kut.” Aku beralasan padahal mata dah mengantuk nak mati. Harap-haraplah dia tak nampak aku yang dah menguap beberapa kali sebelum ni.

     Lagipun, alasan aku memang kena. Sebab aku sekarang memang bukan berada dalam bilik aku. Bilik aku kat tingkat atas. Mamalah beria-ia nak aku tidur tingkat bawah sebab kaki aku sakit. Akhirnya, terpaksalah aku tidur bilik tetamu tingkat bawah ni.

     Aku sempat tangkap Izz senyum. Entah kenapa, aku rasa dia senyum sebab tak percaya dengan kata-kataku. Huh! Suka hati kau la.

     “Betul ke tak ngantuk lagi ni?” Haa.. kan aku dah cakap. Dia macam tak percaya kata-kataku tadi. Huh! Okay.. aku akan buktikan yang aku tak ngantuk lagi! Nak jugak aku pertahankan ego.

     “Betullah.. saya memang susah nak lena kalau kat tempat baru.” Aku auta lagi.

     Aku kena lakukan sesuatu supaya aku tak ngantuk. Kena gelak. Apa ya yang kelakar? Mestilah layan Running Man. Layan benda tu, memang gelak tak henti. Makan putu mayam pun boleh tersembur keluar.

     Aku pasang external hard disk pada laptopku. Nekad nak layan Running Man. Aku pilih episod dua puluh tujuh. Dalam episod ni, ahli DBSK jadi artis jemputan dalam Running Man. U-know Yunho dan Max Changmin. Dah berapa kali layan. Tapi, setiap kali layan, aku mesti gelak gila-gila. Tak pernah nak bosan.

     “Sya tengah buat apa?” soal Izz. Pasti dia dengar muzik pembukaan cerita Running Man.

     “Layan Running Man. Bosanlah.. Tak tahu nak buat apa tengah-tengah tak ngantuk macam ni,” kataku. Nak jugak aku cakap pasal ‘tak ngantuk’. Haha..

     “Awak dah ngantuk ke?” Aku bertanya kepada Izz. Aku nampak mata dia masih segar. Alah.. diakan kaki tidur lambat. Apa sangat la pukul dua belas lebih tu? Malam masih muda..

     “Abang belum ngantuklah. Bosan jugak. Hmm… boleh abang tengok Running Man sekali? Macam yang Sya cakap. Tak tahu apa yang nak buat apa tengah-tengah tak ngantuk macam ni,” pinta Izz.

     Hampir ternganga aku dengar permintaannya tu. Belum sempat aku bagi jawapan, dia dah datang menghampiriku. Aku terpaksa mengensot sedikit, beri ruang padanya untuk duduk di sebelahku.

     Kami duduk bersandar pada dinding sambil melunjurkan kaki di bawah meja jepunku. Kedudukan kami agak rapat. Sampai bahu kami bersentuhan. Aku rasa agak tak selesa, tapi macam biasa,  muka cool wajib kena tayang.

     “Running Man ni cerita apa?” soalnya.

      “Korea. Ni bukan movie. Running Man ni TV shows.”

     “Hmm.. kenapalah perempuan minat korea?”

     “Sebab.. artis diorang memang cantik-cantik dan handsome-handsome. Lagipun, orang korea takdelah seksi melampau macam artis barat.” Aku bela hujahku sebagai fanatik cerita korea.

     “Cerita ni seronok sangat ke?” Izz bertanya sambil mata menala ke arah skrin laptopku. Ni mesti kali pertama dia menonton Running Man. Tak up to date la dia ni. Sekarang ni semua kenal Running Man la. Abang Qairul pun layan Running Man, tahu?

     “Sangat seronok. Boleh buat kita gelak gila-gila. Sangat kelakar.”

     Kami layan Running Man. Tiba part draw in rows, aku gelak gila-gila. Ada ke patut bila mula lukis kangaru, akhirnya teka Mona Lisa? Mahu tak gelak aku.  Nasib baik tak terbalik meja jepun ni. Kenapa lawak sangat ni? Izz kat sebelah pun ketawa bukan main.

     “Kelakar la diorang ni,” komen Izz sambil tahan ketawa.

     Kami terus layan, akhirnya tamat satu episod. Aku pasang episod yang seterusnya. Kelakar. Tapi, mata dah mengantuk sangat-sangat. Aku dengar Izz gelak.  Tapi aku dah takde mood nak gelak. Aku gagahkan jugak mata walaupun dah berat sangat.

     Aku menguap.

     “Sya dah nak tidur ke? Pergilah tidur,” suruh Izz.

     “Saya nak tengok episod ni sampai habis.” Aku berdegil.

     Aku bersandar pada dinding sambil bersilang tangan di dada. Dengan mata separuh terbukak aku tengok cerita tu. Aku menguap lagi.

     Hmm.. pejam mata kejaplah! Mulut menguap lagi. Kemudian, aku tak ingat apa-apa dah lepas tu.