Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 16 March 2013

Suamiku Paling Sweet (BAB 28)

BAB 28

Huh! Esok dah hari isnin. Malasnya aku! Bermula sudah kehidupanku yang sangat sibuk. Esok kena pergi kerja kat pejabat Izz. Tension betul!

“Sya buat apa?” Izz tegur aku.

Dia nampak aku khusyuk tenung laptop. Ingat aku tengok movie la tu! Tak pun sebagai salam nak join kalau-kalau aku tengok Running Man. Nak-nak aku nampak ketara benar betapa bosannya muka Izz malam ni. Atau sebab stres kerja?

Maaf le sedara. Saya tengah sibuk sekarang ni.

“Tengah siapkan report. Jumaat ni nak kena hantar.”

Aku tengok Izz. Apa yang sedang dia buat? Ooo.. Izz pun tengah tenung laptop kesayangannya itu. Tengah meniarap di atas toto. Sejak jadi roommate baru aku ni, memang situlah tempat dia beradu malam-malam.

Ooo.. lupa nak cakap. Sekarang ni aku dan Izz dah tidur sebilik. Jangan teruja sangat! Nama je sebilik. Tapi bukan sekatil. Ni semua sebab Hafiy. Hampir-hampir je kantoi masa kat rumah ibu dulu.

Teringat balik macam mana aku boleh setuju dengan idea ni.

-----------

“Sya, we need to talk,” bicara Izz sebaik sahaja dia heret aku masuk bilik. Siap heret aku masuk bilik senyap-senyap ni, ada konspirasi besar la tu!

About what?” soalku balik.

“Pasal kita.” Aku diam.

“Kenapa?” Buat-buat tak tahu.

“Abang rasa mulai sekarang, kita kena fikirkan sesuatu. Abang tak sanggup nak tanggung risiko macam tadi,” katanya. Mengeluh kejap.

Bila teringatkan apa yang jadi pagi tadi, memang aku pun nak mengeluh berat-berat.

Tadi.. masa tengah breakfast ramai-ramai kat ruang makan, Hafiy turun dengan cerianya macam biasa. Yang luar biasanya bila Hafiy mula bukak mulut. Nasib jantung aku tak melompat kat situ jugak.

“Nenek.. semalam Hafiy tidur dengan mummy, dengan daddy dalam bilik daddy..”

Tu tak kisah.

“..Kalau kat rumah..” Bila Hafiy mula sambung ayatnya, laju je tangan aku tutup mulut Hafiy. Tak boleh jadi ni! Rasa macam tak selamat. Rasa macam ada tanda seru besar jatuh di depanku. Awas!

Lambat sesaat aku rasa mati aku hari ni. Aku  rasa yang Hafiy bermurah hati nak cerita kat semua orang yang aku tidur dalam bilik lain.

Semua mata pandang aku bila aku tiba-tiba tutup mulut Hafiy. Sengih je aku mampu nak kawal keadaan. Aku pandang Izz. Rasanya Izz pun boleh agak apa yang bakal Hafiy cakap.

Emm.. rasa segar je suasana pagi ni. Kat luar pun nampak cantik Apa kata kita breakfast kat tepi kolam renang hari ni, nak? Bosanlah asyik breakfast kat sini je. Lama betul tak makan ramai-ramai kat luar rumah. Pagi-pagi macam ni, udara pun segar. Hafiy mesti suka makan kat tepi kolam, kan?” Izz selamatkan keadaaan.

“Nak.. nak..” Dan macam tu je, apa yang Hafiy nak cakap tadi terus lupa. Orang lain pun bagaikan lupa.

Fuh! Aku memang tarik nafas lega. Lega sebab Hafiy tak terlepas cakap. Lega sebab orang lain tak syak apa-apa. Terima kasih pada Izz yang selamatkan keaadan. Terlepas. Tapi, terlepas kali ni tak bermakna boleh terlepas untuk kali kedua. Tu yang Izz maksudkan agaknya. Kena lakukan sesuatu sebelum kantoi.

Tapi.. apa je yang boleh dilakukan sekarang ni?

“Fikirkan apa?” Aku kembali ke dunia realiti. Wajah Izz dipandang.

“Fikirkan apa yang kita berdua kena lakukan sebelum Hafiy cerita semuanya. Abang tak tahu apa ibu akan cakap kalau tahu kita berdua tak tidur sebilik.” Izz bagaikan cuba menakut-nakutkan aku.

Tapi, kenyataannya memang menakutkan pun. Suami isteri, tapi tak tidur sebilik? Memang menantu kena caci agaknya aku ni. Ibu tahu, mungkin tak berapa nak gerun. Tapi, kalau sampai kat rumah satu lagi tu macam mana? Kalau mama tahu, tak tahu la apa nak jadi. Tak boleh nak bayang! Aku rasa mahu mama berkampung kat rumah kami sana. Jadi spy.

Yang tahu rahsia kami sekarang ni cuma Mak Mah dan Hafiy. Mak Mah aku boleh percaya. Tapi, kalau Hafiy..

“Habis, nak buat apa? Takkan nak tidur sebilik, kot?” Izz pandang aku. Wait.. jangan cakap tu la yang dia fikir sekarang ni?

No.. saya taknak tidur sebilik dengan awak,” tegasku sebelum dia bukak mulut. Jawapan muktamad!

“Pindah bilik abang. Abang bukannya nak paksa Sya atau nak ambik kesempatan. Tapi, abang rasa dah tiba masanya kita tinggal sebilik macam pasangan suami isteri yang lain.”

“Tu suami isteri yang lain. Kita ni masalahnya lain daripada yang lain. Saya taknaklah. Awakkan dah setuju kita tidur bilik lain-lain dulu?” Aku tak puas hati.

“Situasi dah berubah. Apa abang boleh buat?”

“Awak lelaki. Saya perempuan. Kalau jadi apa-apa kat saya, macam mana?” Bimbang aku fikirkan itu.

“Syakan ada tae kwon do. Sya tendang je la abang. Apa susah?” Ewah! Mudahnya dia cakap. Tendang dia? Tak sayang nyawa ke apa. Dia ingat kena tendang ni sedap macam makan kek ke apa?

 “InsyaAllah dah tak kantoi kut. Lagipun kat rumah tu, bukannya ada orang tahu.” Aku masih enggan.

“Hafiy makin besar. Dia bukannya bodoh. Kita sama-sama sibuk. Memang banyak masa dia habis kat rumah ibu. Potensi untuk ibu korek rahsia daripada Hafiy memang besar. Yang tu kalau ibu yang tanya. Kalau mama?”

Bila dengar nama mama, anti-gravity jugak semua bulu roma aku. Meremang. Tapi aku buat selamba.

“Hafiykan tak tahu apa-apa.” Masih berdegil. Nampak tak betapa taknaknya aku tidur sebilik dengan dia?

“Memang dia tak tahu apa-apa. Tapi, rasanya dia tahu nak cakap, mummy tidur bilik lain dan daddy tidur bilik lain kat rumah. Atau, mummy dengan daddy tak tidur sekali kat rumah.”

Aku diam bila dia cakap macam tu. Mengiakan. Tapi, hati masih berat. Kalau sebilik dengan dia, privasi aku terganggu. Macam mana nak tukar baju? Macam mana nak mandi? Lecehlah.

“Abang janji abang tidur bawah, Sya tidur atas katil.” Mudah Izz mengalah.

“Tidur bawah? Takpe ke?” soalku tak selesa. Dahlah ceroboh bilik dia. Tuan bilik pulak yang kena tidur bawah.

Better daripada kena tendang sampai jatuh katil.” Nak sindir aku la tu!

“Abang janji takkan usik Sya.” Izz berjanji lagi. Janji tak janji. Boleh jalan ke tak masalahnya.

“Boleh percaya ke tak?” Aku ragu-ragu.

“Ingat abang ni apa?” Suara Izz dah naik. Marah la tu aku dah fikir bukan-bukan.

“Tapi…” Aku masih berat hati.

Please..” Aku pandang mata dia. Jelas mengharap aku bersetuju. Huh.. keluhan berat dilepaskan.

Okaylah kalau macam tu.” Dengan berat hati aku bersetuju. Takpelah. Anggap ni caranya mahu ringankan beban Izz.

Okay.. deal.” Izz senyum puas hati.

“Awak tak kisah ke tidur kat bawah? Tak sakit ke badan awak nanti?” soalku. Nak dia fikirkan balik.

Izz geleng kepala. Tak kisah. “Takkan abang nak suruh Sya tidur bawah. Abang yang ajak Sya. Mestilah abang kena mengalah. Takpe. Abang kuat.”

“Sampai bila?”

“Sampai Sya boleh terima abang dan izinkan abang tidur bersama.” Dia pandang aku.

Dan aku terus senyap. Tak tahu nak cakap apa. Sampai aku boleh terima dia? Bila?

  ------

Bilik yang tiba-tiba gelap buatkan aku kembali ke dunia nyata. Terus hilang apa yang jadi minggu lepas. Terkejut jugak aku bila bilik yang terang-benderang tadi tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Takdela gelita sangat kalau dah kena suluh dengan dua buah cahaya laptop.

“Allah.. Kenapa ni?” Aku dengar suara Izz bagaikan bersungut sendiri.

Aku nampak dia bangkit dari tempat dia bertapa tadi. Aku turut sama bangun. Tiba-tiba panas bila aircond dah tak berfungsi. Izz berjalan ke tepi tingkap. Langsir diselak. Ingin melihat sekeliling kut.

“Satu taman ni blackout,” komen Izz. Aku turut sama melihat rumah-rumah jiran. Semua dah gelap. Lampu jalan pun turut padam.

“Ada torchlight?” soalku.

Dalam kegelapan, aku nampak Izz geleng kepala. Adohai.. memang laptop la jadi torchlight malam ni.

“Haikal.. Sya..” Aku dengar suara Mak Mah memanggil kami. Pintu turut sama diketuk.

Aku berjalan ke arah pintu untuk membuka pintu. Nasib baik jugak ada cahaya daripada skrin laptop yang bantu aku jalan dengan yakinnya keluar bilik. Kalau tak, memang ada je yang patah hidung tak pun benjol kepala sebab tersadung jatuh. Sebaik buka pintu, aku nampak Mak Mah sedang memegang lilin di luar bilik.

Blackout, Mak Mah,” kataku sebaik sahaja buka pintu. Tu pun nak cakap padahal dah terang lagi bersuluh lilin lagi yang rumah ni gelap.

“Mak Mah tahu tak kenapa tiba-tiba blackout? Mak Mah ada dengar apa-apa pasal blackout ke sebelum ni?” soal Izz pula. Bila pulak dia datang sini. Tiba-tiba je rasa dia terpacak belakang aku ni.

“Entahlah. Rasanya takde pulak Mak Mah dengar apa-apa pasal nak blackout. Notis pun tak dapat,” jawab Mak Mah.

Aku mengeluh. Tak dapat notis ni maksudnya memang tak tahulah sampai bila nak blackout. Aku harap kejap je. Buatnya sampai pagi besok macam mana? Berkhemah jugak aku tepi swimming pool malam ni. Mana tahan dowh nak tidur dalam bilik. Panas. Tambah nyamuk lagi. Memang berpesta sakanlah kalau panas macam ni. Ni pun dah rasa bahang-bahang kepansan mula menyerang. Padahal tak sampai beberapa minit aircond mati.

“Hafiy macam mana, Mak Mah?” soal Izz.

“Mak Mah nak pergi tengok dia la ni. Takut jugak kalau-kalau dah terjaga. Menangis pulak dia tak pasal-pasal. Mak Mah cuma nak cakap, kalau nak lilin ada kat dalam kabinet dapur.”

“Awak pergilah cari lilin kat dapur. Takkan nak guna laptop buat lampu suluh kut? Bateri laptop saya pun dah nak nazak tu. Saya nak tengok Hafiy kejap,” kataku pada Izz.

Hmm.. yalah.”

Izz turun ke dapur. Aku masuk bilik kejap untuk tutup laptop sebelum pergi ke bilik Hafiy.

------

“Panasnya..” Tak habis-habis aku merungut. Dah nak dekat setengah jam dah. Blackout lagi!

Panas punya pasal, aku akhirnya turun lepak kat taman rumah. Jam dah pukul dua belas lebih. Berani ke aku keluar rumah tengah-tengah malam macam ni? Mestilah berani kalau berteman. Ya tak? Saper lagi kalau bukan cik abang Izz.

“Sabar je la, Sya. Kejap lagi ada la tu.” Dia macam cuba memujukku.

“Tapi, panas sangat,” rungutku lagi. Benci betul. Majalah business Izz dah selamat aku jadikan kipas untuk mengibas mukaku. Tu pun masih panas. Ikutkan hati, nak je aku terjun ala-ala penerjun profesional ke dalam kolam ikan koi depanku sekarang ni. Biar hilang panas.

“Api neraka lagi panas. Apalah sangat panas malam ni kalau nak dibandingkan dengan api neraka?”

Aku diam. Tak tahu nak balas apa. Aku pandang Izz. Dia pun turut mengibas-ngibas wajahnya. Tapi takdelah sekerap aku.

“Awak tak panas ke?” soalku padanya. Tak pernah lagi rasanya aku dengar dia merungut.

“Panas. Tapi tahan je la. Nak buat macam mana?” selamba dia jawab.

Dahlah panas, bosan pulak tu. Sunyi je rasa malam ni. Nak tengok bintang pun, bintangnya takde. Bulan pulak purnama penuh. Seram je aku tengok. Nak tengok ikan koi pun gelap. Tak nampak apa-apa. Semuanya agaknya dah tidur. Apa yang aku boleh buat sekarang ni, duduk di atas buaian berdua dengan Izz ditemani dengan bunyi cengkerik yang dah macam-macam pitch dah aku dengar.

“Bosannya.” Aku mengeluh. Lepas satu, satu lagi aku merungut. Patutnya sekarang ni aku dah tidur sebab esok kena bangun awal. Nak pergi kerja. Cewah.. macam kerja bebetul je gayanya.

“Ngantuknya.” Aku menguap pulak.

“Nak tidur ke?” Dia tanya aku.

“Kalau boleh tidur.”

Izz tepuk pahanya.

“Meh, tidur atas paha abang.”

Aku gelak. Segar kejap.

“Buat lawak la tu. Ingat saya ni Hafiy ke?” Tak tahu sama ada dia serius ataupun tak. Kadang-kadang aku rasa dia layan aku macam Hafiy.

“Sya dengan Hafiy sama je.”

Aku dengan Hafiy sama? Apa yang sama?

“Apa yang sama?” soalku. Nak jugak aku tahu persamaan aku dengan Hafiy.

Emm…” Izz bagaikan sedang berfikir.

“Dua-dua suka cheese cake.”

“Lagi?” Takkan tu je kut. Aku rasa yang tu semua orang pun tahu.

“Dua-dua kuat merajuk.”

“Bila masa saya kuat merajuk?” Naik jugak darah aku bila dengar dia cakap macam tu. Boleh aku buat-buat tanya? Saja taknak mengaku yang aku ni kuat merajuk.

“Ada pen dan kertas? Boleh abang listkan,” sindirnya.

“Tak payah. Lagi?” Tak makan hati pun aku dengar. Biasa je. Lumrah apa perempuan merajuk?

“Dua-dua boleh mencabar kesabaran abang.” Senyap. Taknak pulak aku tanya tang mana pulak aku cabar kesabaran dia. Terlalu banyak rasanya. Yang ni aku sedar.

“Dan yang paling penting, dua-dua abang sayang. Kadang-kadang abang rasa abang kena layan Sya macam abang layan Hafiy.” Aku mencebik bila dengar perkataan sayang.

“Ya la tu. Minggu lepas ada orang cakap kat saya yang awak nak bertunang dengan Maya. Betul ke?” sindirku.

Memang berita hot kat pejabat minggu lepas. Ada khabar angin entah dari benua mana tiba-tiba melanda. Cakap Izz dan Maya nak bertunang. Terkejut jugak aku dengar berita tu daripada Syuk. Dari mana entah dia korek rahsia tu. Syuk memang hebat kalau bab-bab mengorek rahsia orang. Tak sampai sebulan dok kat pejabat tu, rahsia big boss pun boleh dikoreknya. Tabik spring aku dengan Syuk. Nasib baik la dia tak tahu lagi yang Izz dah kahwin. Dengan siapa? Kalau tahu dengan aku, tak boleh nak bayang reaksi Syuk nanti.

Aku memang lama dah nak tanya pasal benda ni. Tapi takde masa yang sesuai. Malam ni nampaknya masa yang paling sesuai meskipun tengah-tengah blackout campur pulak dengan bunyi cengkerik dan nyamuk berduet buat konsert.

“Siapa yang cakap?” Tajam hujung mata pandang aku.

“Adalah. Mana boleh cakap.” Aku sendiri pun tak tahu siapa yang mulakan.

“Betullah tu.” Aku sengaja memprovok Izz.
“Abang dah kahwin dengan Sya. Gila apa nak bertunang dengan perempuan lain.”

“Tapi, Maya suka awak, kan?” tekaku. Dah dua minggu aku kerja kat sana. Aku boleh nampak yang Maya suka Izz. Mungkin sebab aku dah setkan kepala aku yang Maya suka Izz, jadi apa yang Maya buat semua aku nampak Maya suka Izz. Tapi, kalau Syuk pun nampak benda yang sama, aku rasa memang bukan sekadar firasat. Maksudnya Maya memang sukakan Izz la kan?

“Mana Sya tahu?”

Mana Sya tahu? Maksudnya memang betullah! Ha.. kan aku dah agak!
Bila aku tengok lain macam kat dia, dia bersuara, “Maya memang suka abang. Tapi abang anggap dia sebagai kawan je.”

“Lepas tu saya dengar satu benda lagi. Masa dekat UK dulu, Encik Haikal adalah bekas kekasih Cik Maya. Kalaulah Encik Haikal tak balik Malaysia, mesti sekarang ni mereka dah sah jadi pasangan kekasih tak pun dah kahwin.”

Yang cerita pasal kat UK tu, memang aku ada dengar jugak. Tapi, bila part balik Malaysia tu, yang tu aku sendiri yang menambah cerita.

“Mana dapat cerita-cerita macam ni? Hai.. abang kena cari ni siapa yang rajin sangat jadi reporter tak bertauliah ni. Masa kerja dok sibuk bergosip ya?”

“Abang tak pernah bercinta dengan Maya. Kami cuma rapat je kat UK dulu. Bukannya ada apa-apa pun.” Izz menafikan cerita tu.

“Abang pun ada dengar gosip jugak kat pejabat.”

“Apa dia?”

“Abang dengar ada sorang budak ni minat dekat Sya. Lepas habis projek Sya, budak tu nak ajak Sya couple. Betul ke?” Dia macam nak balas dendam.

“Siapa cakap? Haish.. saper jugak yang tak sayang nyawa ni! Nak masuk ICU agaknya,” kataku geram. Siapa punya kerja la ni!

“Betullah ni, kan? Siapa nama budak kesian tu?”

“Mana adalah. Saya tak pernah layan si Helmi tu. Orang lain je yang lebih-lebih.” Nak ajak couple bagai pulak dah! Bentang jambatan emas dari kutub utara ke kutub selatan dulu la wei baru aku terima.

Oo.. Helmi, ya?” Dia macam bercakap dengan dirinya sendiri. Macam tengah fikirkan strategi macam mana nak ajar si Helmi tu. Haish.. takkan la Izz fikir macam tu kut. Tak matang namanya kalau fikir macam tu. Izzkan profesional.

“Cerita orang bawah. Mana nak hot kalau dibandingkan dengan cerita skandal terhangat penolong pengarah. Entah-entah memang betul. Mayakan punya ciri-ciri perempuan idaman lelaki. Cantik, menarik, kau memang kebaboom,” bidasku balik. Cuba mengapi-apikan keadaan.

“Abang ada ciri-ciri perempuan idaman abang sendiri la. Tak semua taste lelaki tu sama.”

“Yak ke? Apa dia? Kita tengok. Ada tak yang Maya takde.”

 “Abang suka perempuan yang yang belajar tae kwon do.” Aku ketawa. Betul ke tak kepala Izz ni?

“Hantar je la si Maya tu ke kelas tae kwon do. Nak saya tolong ajarkan pun boleh.” Tae kwon do, semua orang boleh belajar.

“Abang suka perempuan rambut panjang dan lurus.” Aku mencebik.

“Suruhlah Maya rebondingkan rambut ikal dia tu.”

“Abang suka perempuan bertudung.”

“Kalau macam tu, suruhlah si Maya tu pakai tudung.” Selamba je aku cakap. Macam nak sangat kalau Izz tu suka Maya.

“Abang suka perempuan cantik…” Huh! Dasar lelaki. Cantik jugak yang dipilihnya. Habis yang tak cantik macam mana? Tak adil betul!

“Maya pun cantik. Kenapa la semua lelaki tengok kecantikan luaran je? Habis, kalaulah saya ni cacat, macam mana?”

“Abang suka perempuan cacat.” Eh, dia ni! Nak cakap semua ciri-ciri perempuan dia suka tu ada pada aku ke?

“Kalau saya buta?”

“Abang suka perempuan buta.”

“Kalau saya ni bisu?”

“Abang suka perempuan bisu.”

“Huh.. cakap bolehlah,” ejekku. Kalau aku betul-betul cacat ke, bisu ke, buta ke, memang dia akan setia dengan aku ke?

“Kalau sebab perempuan bernama Qisya Iris, apa-apa pun boleh.”

“Kalau macam tu, suruhlah Maya tukar nama jadi Qisya Iris.”

Aku kipas mukaku yang panas. Senyap. Pelik bila Izz tak balas apa-apa. Aku berpaling ke arahnya. Meskipun hanya bercahayakan sebatang lilin yang hanya tinggal separuh je lagi, aku dapat melihat dengan jelas matanya yang tepat merenungku.

Lain macam. Kenapa ni?

“Sya memang nak abang betul-betul perg dekat Maya ke?” Soalan maut keluar daripada mulutnya.

Dia marah ke? Dia kecil hati ke? Tiba-tiba rasa bersalah sehingga sebabkan dia keluarkan ayat macam tu. Aku tak bermaksud apa-apa pun. Aku betul-betul nak dia pergi pada Maya ke?

Bila melihat aku masih berdiam diri, dia menyambung kata.

“Sya nak tengok abang dengan Maya bercinta ke?” Soalan maut yang lain keluar daripada mulutnya.

Aku serba-salah. Tapi masih diam. Dalam hati aku dah menjerit taknak. Tak rela rasanya hatiku melihat Izz dengan Maya.

“Saya tak bemaksud macam tu..”

Habis, maksud macam mana? Entahlah.. aku pun tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Arghh.. kusutnya kepala tiba-tiba. Tension bila bab hati dan perasaan dibangkitkan.

“Sya memang langsung takde perasaan pada abang ke?” Soalan maut yang ketiga keluar daripada mulutnya.

Hish.. tak boleh jadi ni! Sebelum banyak lagi soalan maut yang keluar, baik aku blah cepat-cepat. Tu je jalan paling senang yang aku nampak sekarang ni.

“Nak masuklah. Banyak nyamuk la kat sini.” Aku bangun. Nak berlalu daripada tempat ni. Pergerakanku terhenti bila Izz turut bangun daripada buaian dan memegang tanganku.

Aku dah macam patung. Bila dia pusingkan tubuhku menghadapnya, aku hanya mengikut. Jarak kami dirapatkan sebelum dia memegang kedua-dua belah bahuku. Daguku didongakkan supaya memandangnya. Aku masih hanya mampu mengikut.

“Qisya..” Dia seru namaku. Aku senyap. Dia pun turut senyap. Mata je ralit merenungku.

Cakaplah weh.. apa dia? Jangan tenung aku macam sepuluh hari tak jumpa macam ni.

“Siapa abang pada Sya?” soalnya lembut.

Dadaku tiba-tiba berdebar sebaik sahaja mendengar soalannya itu. Bibir bagaikan lumpuh sebab aku takde jawapan untuk soalannya itu. Hanya mampu memandang matanya yang macam mengharapkan sesuatu daripadaku.

A friend? A brother? Or even worse a stranger?” soalnya lagi.

Aku rasa nak lari sekarang ni. Tapi kaki macam dah kena gam gajah kat sini. Tak sanggup nak jawab soalan yang aku tak sedia nak jawab tu. Don’t ask me anymore, please! Because I just can give no answer! Nak je aku jerit macam tu.


Or a husband?” Izz mula mengusap pipiku. Lembut sehingga buatkan aku terbuai sekejap. Beralih pada bibirku, tangannya berhenti di situ.

Bila Izz mendekatkan jarak wajah antara kami, makin hebat jantung berdegup. Aku tahu apa yang cuba Izz lakukan sekarang ni, tapi aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Otak macam dah hilang data apa yang perlu dilakukan kalau berdepan dengan keadaan macam ni.

Nak side kick? Turning kick? Back kick? Double punch? Dah keluar habis  dah segala-gala yang aku belajar dalam tae kwon do. Tapi, tetap jugak aku keras kat situ. Nak lari? Nak terajang? Nak tolak Izz? Satu pun tak aku buat. Otak dah bagi arahan, tapi jasad aku pulak yang enggan mengikut.

Sehinggalah Izz betul-betul dekat dengan wajahku, sehinggakan dapatku rasa nafas hangatnya menyentuh hidungku. Aku pejam mata. Tawakal.

Tidakk.. akhirnya aku palingkan wajahku sedikit, buatkan bibir Izz jatuh pada pipi kiriku. Rasa merah mukaku sekarang ni. Malu yang amat.

“Siapa abang pada Sya?” Perlahan sekali suaranya mengulang soalan yang sama. Bibirnya betul-betul dekat dengan telinga kiriku.

Dan ketika itulah rumah yang gelap-gelita tadi tiba-tiba menjadi terang-benderang. Aku bagaikan turut tersedar. Izz yang begitu dekat denganku ditolak kasar. Terundur dia dua tapak gara-gara tolakanku.

“Sya.. Abang..” Izz juga bagaikan baru tersedar.

Tak sanggup dah aku nak mengadap dia sekarang ni. Macam-macam rasa ada. Malu. Bengang pun ada. Bengang dengan tindakan berani Izz dan juga bengang dengan kebodohan diri. Tanpa memandang wajah Izz, aku terus berjalan dengan lajunya masuk ke dalam rumah.

Arghh.. bodoh kau, Qisya! Rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala kat sinki sekarang ni. Nasib baik aku palingkan muka tadi. Kalau tak? Tak boleh bayang! Menyesali kebodohan diri. Kenapa aku boleh terbuai kejap tadi? Kenapa Izz begitu romantis malam ni?

Sunday 10 March 2013

Tundukkan Playboy Itu (PROLOG)

PROLOG

Senyap antara mereka. Nurin juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya. Semuanya sebab puan sri anggun di depannya sekarang ni yang heretnya ke mari.

Ada apa pulak la puan sri ni nak jumpa dia? Rasanya ni kali pertama mereka berdua berjumpa.

Ehemm..” Nurin berdehem. Sebenarnya sebab dia rasa kurang selesa dengan pandangan Puan Sri Rosell yang pandang dia macam singa puasa sebulan. Tapi, sebab dia hormatkan Puan Sri Rosell yang lebih tua daripadanya, dia diamkan sahaja.

Emm.. ada apa Puan Sri nak jumpa saya?” Akhirnya Nurin bersuara. Dibiarkan lama lagi kang, tak pasal-pasal jadi filem bisu untuk tontonan umum. Lagipun, kalau lama lagi, siapa nak bertanggungjawab kalau Rimau Lamborgh yang tak pernah kenyang kat atas sana mengamuk? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng lagi. Tak tahan rasanya telinga nak tahan suara yang tak pernah nak perlahan tu.

“Kamu ya Nurin Areesa?” serius Puan Sri Rosell memandang Nurin.

Nurin cuma angguk. Hai.. tadikan dah tanya? Kalau aku ni bukan Nurin, takdelah aku ikut dia sampai kafe mewah ni. Meskipun Nurin bekerja di Harraz Holdings, tapi ni la kali pertama jejakkan kaki kat kafe ni. Sebab kafe ni hanya untuk ahli keluarga, VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat ni. Terima kasihlah, Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri, kempunan la saya nak rasa makanan kat kafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk je la.

Hmm.. boleh tahan cantik kamu. Patutlah Tan Sri suka,” kata Puan Sri Rosell lagi. Wajahnya masih sama. Serius merenung Nurin.

Hai… lain macam pulak bunyi suara Puan Sri depan aku ni. Nurin rasa kurang senang. Jangan-jangan dia ingat aku dengan Tan Sri ada apa-apa tak? Kalau dia ingat aku ni perempuan simpanan Tan Sri, macam mana? Nak cari gaduh ke? Adoi.. Tak sanggup aku nak lawan dengan orang sebaya umi ni.

Puan Sri ni sama je la macam anaknya. Suka tuduh aku dengan Tan Sri ada apa-apa.

Err.. Puan Sri! Saya dengan Tan Sri takde apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya, Puan Sri. Puan Sri jangan salah faham pulak.” Nurin cepat-cepat jelaskan perkara sebenar sebelum dia kena libas dengan dengan handbag Gucci Puan Sri Rosell tu.

Puan Sri Rosell yang dengar terus letuskan ketawa. Buatkan Nurin sedikit pelik. La.. gelak pulak? Apa yang kelakar? Nurin tak faham. Ke dah reda dah kalau-kalau aku jadi madu dia?

Oit.. Nurin! Nak sangat jadi madu puan sri ni? Haish.. mintak simpang tiga, simpang empat, kalau ada simpang lima, simpang lima sikit la! Jadi mak tiri Rimau Lamborgh tu? Uish.. tak sanggup.. tak sanggup.

“Kenapa Puan Sri gelak?” soal Nurin.

“Kamu ni kelakarlah, Nurin. Patutlah Tan Sri suka sangat kat kamu.”

Erk? Dahi Nurin makin berlapis-lapis. Kalau letak dalam talam, dah boleh jadi kuih dahi berlapis kut! Pelik.. pelik.. Nurin sangat pelik dengan Puan Sri Rosell. Cara dia bercakap tadi, bukan main mesra bunyinya. Berbeza sungguh ayat terakhirnya sebelum ni dengan yang tadi meskipun ayatnya lebih kurang sama.

“Saya tak fahamlah, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap macam tu? Kenapa Puan Sri nak jumpa saya? Saya ada kecilkan hati Puan Sri ke? Kalau ada, saya minta maaf banyak-banyak.”

Puan Sri Rosell cuma senyum. Kata-kata Nurin buatkan kasihnya makin jatuh pada anak gadis itu. Patutlah beria-ia suaminya memuji Nurin. Nurin cantiklah. Saya berkenanlah.  Saya sayang Nurinlah. Hmm.. patutlah. Nurin memang macam yang suaminya cakap. Bila jumpa berdepan macam ni, lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

“Nurin takde salah apa-apa dengan Aunty. Nikan kali pertama kita jumpa.” Kali ni lembut Puan Sri Rosell berkata.

Nurin sedikit lega tapi masih tertanya-tanya niat sebenar Puan Sri Rosell nak jumpa dia.

“Habis tu, kenapa Puan Sri nak jumpa saya?”

“Panggil Aunty je, Nurin. Tak payah nak berpuan sri-puan sri dengan Aunty.” Nurin cuma diam bila ditegur sebegitu.

“Maaflah kalau Aunty dah kacau waktu kerja Nurin. Tapi, Aunty nak sangat-sangat jumpa Nurin. Uncle selalu puji Nurin. Buatkan Aunty nak jumpa Nurin. Nak tengok macam mana Nurin sampai-sampai Uncle Mukhriz selalu puji Nurin.”

Nurin rasa lain macam. Pasal Tan Sri Mukhriz lagi ke?

Aunty.. saya dengan Tan Sri..”

Aunty tahu yang Nurin dengan Uncle Mukhriz bukannya ada apa-apa. Nurin jangan salah faham pulak. Uncle Mukhriz selalu puji Nurin. Sukakan Nurin macam anaknya,” jelas Puan Sri Rosell.

Nurin malu sendiri. Ambik kau, Nurin! Ingat kau tu cantik sangat ke nak jadi skandal terhangat Malaysia? Uncle Mukhriz anggap kau macam anak je la. So, takdelah pelik sangat sebab Nurin pun anggap Tan Sri Mukhriz macam bapanya jugak.

Tapi.. kalau anggap anak tu, bukan ke macam anggap jadi isteri anak dia ke? Kalau isteri kepada anak dia tu, bukan ke macam isteri kepada…

Uih.. tak sanggup aku kalau jadi isteri Rimau Lamborgh tu. Meremang bulu roma. Mimpi pun dah ngeri, kalau jadi nyata memang tak sanggup nak hirup oksigen atas muka bumi ni kut! Ingatkan perangai tak boleh blah dia tu, rasa nak lempang-lempang je mamat tu kat situ jugak.

Emm.. Nurin dah kerja dua bulan kat sini, kan? Macam mana? Okay tak?” soal Puan Sri Rosell lagi.

Soalan kali ni buatkan Nurin mengeluh. Sedih mengenangkan nasib hidup kat syarikat pelik anak saudara ajaib ni. Kalau tersenarai dalam Malaysia’s Book of Records, memang cun jugak. Tak sanggup nak kenangkan kesengsaraan sejak hari pertama bekerja lagi.

Nurin cuma senyum.

Okay je Aunty.” Pendek Nurin balas. Kalau masih hidup lagi sekarang ni, kira okay la tu. Ya tak?

“Harraz macam mana?” Puan Sri Rosell melanjutkan soalannya.

Kali ni rasanya Nurin nak mengeluh panjang. Rasanya kalau ukur, mahu sama panjang dari Perlis ke Johor, redah banjaran Titiwangsa. Nak tahu kenapa panjang dan berat keluhannya? Meh nak cerita!

Harraz.. Ha.. semuanya sebab mamat nama Harraz tu la. Harraz Naufal nama pemilik syarikat gah ni. Namanya cantik. Maksudnya jugak cantik. Mukanya jugak cantik. Tapi, perangai, uih… tak sanggup den nak cerita. Cerita panjang-panjang nanti, rasanya boleh kut bukukan jadi koleksi kisah-kisah tauladan.

Sejak kenal lelaki bernama Harraz ni, hidup Nurin tak pernah aman. Harraz alias Rimau Lamborgh. Orang samalah tu. Rimau Lamborgh, nickname yang memang Nurin reka khas untuk mamat tu. Semuanya terhasil sebab suara Harraz yang asyik nak mengaum dua puluh empat jam tu. Yang Nurin rasa sama je bunyinya macam bunyi enjin Lamborghini merah kesayangan mamat tu yang mengaum. Amacam? Cun, kan? Memang first class dan sesuai dengan Harraz yang memang first class tu.

Rasanya takde satu pun perangai mamat tu yang boleh buat hati senang.. nak dibuat calon suami pun memang dah pangkah besar-besar macam orang nak mengundi dalam pilihan raya tu.

Tapi, depan mak Harraz, mana mungkin Nurin kutuk macam-macam. Mahu kena libas bebetul dengan Gucci tu? Sayang nyawa la wei..

Emm.. macam tu je la, Aunty. Okay je.” Tu je yang mampu Nurin jawab.

Girlfriends Harraz selalu datang sini ke?” selidik Puan Sri Rosell. Nurin sengih. Macam tahu-tahu je Puan Sri ni. Siap sss lagi lepas sebut girlfriends tu, memang dah tahu la tu yang anak dia memang pasang ramai perempuan. Alah.. anak dia. Mestilah dia tahu.

Hari-hari, Puan Sri. Bukan setakat datang. Jadi gelanggang WWE pun pernah, Puan Sri. Ni.. muka ni. Dah kena lempang dah dengan salah sorang girlfriend anak Puan Sri tu. Huh.. ingatkan peristiwa yang baru terjadi tu, buatkan hati kembali panas. Free je aku kena lempang. Berpusing macam gasing kut dua round. Nasib baik tak senget mulut!

Emm.. boleh dikatakan hari-hari, Aunty. Selalunya Encik Harraz bawak keluar makan.” Nurin jadi tukang report.

Bila ingat balik, menyesal pulak dia. Kenapalah mulut ni celopar sangat? Kalau Harraz tahu, mati Nurin dikerjakan rasanya. Mulut puaka mamat tu boleh tahan. Dah puaka, faham-fahamlah. Boleh kena gangguan jiwa kalau tak kuat!

“Malam? Malam dorang buat apa?” tanya Puan Sri Rosell lagi.

“Entah. Saya tak tahu, Aunty. Saya bukannya PA Encik Harraz. Maafkan saya,” balas Nurin balik.

Manalah dia tahu aktiviti malam lelaki itu. Dan dia pun malas nak ambil tahu. Buat habis masa dan tambah dosa dia je. Nurin rasa Puan Sri Rosell lebih maklum perangai anak bujang dia tu.

Aunty bukannya apa, Nurin. Harraz tu perangai makin menjadi-jadi. Tambah-tambah lagi lepas dia duduk sorang. Lagilah dia bebas. Aunty dah penat dah nasihat dia. Tapi tak pernah nak dengar.” Puan Sri Rosell meluah rasa.

Dia mengeluh dalam-dalam. Apalah nasib dia punya anak macam Harraz tu? Dahlah Harraz tu satu-satunya anaknya. Pewaris tunggal segala kekayaan suaminya. Termasuk Harraz Holdings ni.

“Salah Aunty jugak terlalu manjakan dia. Terlalu ajar cara hidup barat. Kurang didikan agama. Last-last jadi macam ni la. Baru sekarang Aunty menyesal. Tapi menyesal pun takde gunanya dah. Harraz pun dah besar panjang. Dah boleh jadi suami orang dah pun. Aunty rasa sangat berdosa bila tengok maksiat demi maksiat yang Harraz lakukan. Dah berbuih dah mulut bagi nasihat. Tapi tak pernah jalan.”

“Tengok je dalam syarikat ni. Aunty sendiri malu nak mengaku ni syarikat anak Aunty. Macam-macam yang Harraz tetapkan dalam syarikat ni. Aunty bersyukur sangat-sangat sebab Nurin tak terikut-ikut syarat syarikat ni.”

Nurin senyum hambar. Kalau bukan sebab Tan Sri Mukhriz yang masuk campur, agaknya dah lama dah dia say goodbye pada syarikat ni. Mengarut-ngarut syaratnya dan rasanya hanya ada pada syarikat ni. Tapi, sebab itulah dia kena tuduh macam-macam oleh Harraz. Ada ke dia cakap Tan Sri Mukhriz bela aku sebab ada hubungan istimewa? Gila betul! Agaknya memang dia nak aku ni jadi mak tiri dia.

“Bilalah perangai Harraz nak berubah? Especially perangai playboy dia tu? Sampai bila, Nurin?”

Nurin cuma diam. Tak tahu nak cakap apa. Sekarang ni rasanya macam dia seorang kaunselor dan Puan Sri Rosell adalah clientnya. Alangkah bagusnya kalau dia ada pengetahuan sikit sebanyak pasal psikologi? Boleh jugak nak auta sesuatu untuk tenangkan hati Puan Sri Rosell.

Dan bila Puan Sri Rosell tengah emo macam ni, satu je ayat tipikal yang boleh diucap Nurin.

“Sabar, Aunty. Sabar.”

Puan Sri Rosell pandang Nurin lama-lama. Buatkan Nurin segan semacam.

“Nurin boleh tolong Aunty?” pinta Puan Sri Rosell tiba-tiba.

“Tolong apa, Aunty?”

“Nurin tahu sikap playboy Harraz, kan?”

Nurin angguk. Bukan dia je kot. Warga Harraz Holdings, tak pun warga Malaysia dah tahu kot.

“Tundukkan Harraz.”

“Hah?” Nurin terlopong. Apa dia? Tundukkan siapa?

“Tundukkan playboy itu.”