Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 30 June 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 1)

BAB 1

Nurin memarkir kereta Myvi kuning cair milik uminya di luar pintu rumah. Nampak satu kereta mewah hitam berkilat terletak cantik di kawasan selalu tempatnya parking sebelum ni. Dari jauh lagi dah boleh agak yang kereta tu jenama Mercedez Benz. Kalau dah Mercedez tu, faham-fahamlah. Memang terangkatlah harganya. Satu je persoalan dalam kepala Nurin. Milik siapa?

Nurin penasaran sendiri. Tak pernah-pernah dia melihat kereta itu datang bertandang ke rumahnya. Ke memang pernah datang tapi mereka tak pernah bertemu? Yalah.. Nurin pun bukannya selalu ada di rumah. Hmm.. kawan abah kut. Tak pun YB turun padang. Maklumlah.. musim pilihan raya. Haha..

Walaupun kepala sarat dengan persoalan, Nurin tetap juga melangkah ke arah pintu masuk rumah.

“Assalamalaikum.” Macam biasa, salam diberi.

“Waalaikumussalam. Ayong, dah balik?” Puan Norseha tersenyum meyambut anak daranya pulang.

Pelik.. umi sambut dia balik? Tangan uminya disalam dengan penuh lemah-lembut.

“A’aa.. umi. Kak Dayah tutup kedai awal hari ni. Sebab tu Nurin balik cepat. Ada saudaranya nak kahwin esok,” jelas Nurin.

“Umi.. siapa datang?” Nurin berbisik kepada uminya. Taknak bagi tetamu dengar.

“Kawan abah, uncle Mukhriz. Masuklah. Jumpa dia dulu.”

Nurin cuma akur. Dia membontoti uminya menuju ke ruang tamu rumah. Sampai di ruang tamu, Nurin nampak seorang lelaki sebaya abahnya sedang duduk di atas sofa. Walaupun dah berumur, tapi masih segak. Tak kenal, tapi senyuman manis tetap dihulurkan.

“Ayong dah balik?” Mesra Encik Sufian  menegur anak sulungnya. Nurin senyum lagi sebelum bersalam dengan abahnya.

“Dah, abah.”

“Haa.. Mukhriz, ni la anak sulung aku yang aku cerita. Nurin Areesa.”

“Dah besar rupanya anak kau ya, Pian. Dulu aku tengok, comot je. Sekarang ni, dah besar panjang. Cantik pulak tu.” Tan Sri Mukhriz puji Nurin.

Sejuk matanya melihat raut tenang dan lembut anak sahabatya itu walaupun kali pertama bersua muka. Rasa macam hadir ketenangan bila pandang wajah Nurin. Wajahnya berseri dan cantik. Yakin akhlaknya pasti juga sama. Apa orang kata? Sekali pandang dah berkenan nak dibuat menantu. Itulah yang dia rasa sekarang ni.

Nurin pulak rasa macam nak terbang ke pluto bila kena puji macam tu. Aku cantik? Waa. Terima kasih, uncle.

“Nurin baru balik kerja ya?” ramah Tan Sri Mukhriz bertanya.

“A’aa uncle. Balik awal sikit hari ni.”

“Anak aku ni macam ni la, Mukhriz. Kalau dah lepas grad tu faham-fahamlah. Kalau tak tanam anggur memang tak sah. Daripada tanam anggur tak berbuah-buah, baik jugaklah si Nurin ni kerja apa-apa je dulu sementara nak dapat kerja tetap.” Encik Suffian menambah.

Nurin sengih. Apalah abah ni. Normallah kalau orang tiga bulan baru lepas grad tu menganggur. Hehe..

“Nurin belum dapat apa-apa tawaran lagi ke?” soal Tan Sri Mukhriz lagi.

Kali ni Nurin mengeluh berat. Dah berpuluh-puluh.. kalau nak hiperbola sikit, dah beratus-ratus dah borang mohon kerja dihantar. Tapi satu pun tak pernah beri jawapan positif. Sedih jugak bila baca ‘dukacita dimaklumkan….’ Tak sanggup nak baca sampai habis surat tu. Huh! Dugaan betul. Dia hanya mampu berdoa je supaya dimurahkan rezeki.

“Belum lagi, uncle. Belum ada rezeki, apa boleh buat? Dah hantar banyak borang permohonan. Takde lagi yang berjaya sekarang ni. Salah satu sebab tak lulus adalah sebab Nurin takde pengalaman kerja.”

Hmm… Nurin master holder dalam architecture, kan?”

Nurin cuma angguk. Macam mana Tan Sri Mukhriz tahu? Tak payah tanya. Sebab memang sah-sah la abah yang jadi tukang cerita.

Apalah nasib ni. Pegang master pun masih menganggur. Buat malu je. Haila… zaman sekarang ni, saingan sengit sangat. Jangankan jawatan arkitek, jawatan assistant arkitek pun tak dapat. Huh! Mengeluh lagi. Belum ada rezeki, Nurin. Nurin cuba pujuk diri sendiri.

“Kalau tak silap uncle, company anak uncle tengah cari arkitek sekarang ni. Nurin nak kerja kat company anak uncle?”

Soalan tu.. jangan ditanya kepada seorang yang tengah tunggu peluang macam dia ni. Ni peluang! Macam orang kata, bagai bulan jatuh ke riba. Kalau dia dapat peluang ni, jangankan bulan, kalau matahari jatuh pun dia sanggup nak riba.

Rasa macam cahaya harapan muncul.

“Boleh ke, uncle?” Nurin dah teruja. Seronok kalau dapat kerja. Tak kisahlah gaji berapa pun. Dia nak kutip pengalaman. Barulah senang sekalipun dia nak cari kerja baru nanti.

“Mestilah boleh. Nurin pun dah ada kelulusan, kan? Memang layaklah mintak jawatan tu. Pasal pengalaman, Nurin jangan bimbang. Anak uncle rasanya tak kisah fresh ke otai ke, janji yakin berkebolehan. Kalau uncle, uncle nak yang freshly graduated. Pengalaman boleh dapat. Kalau kita tak bagi peluang, macam mana nak dapat pengalaman. Betul tak?”

Waa.. Nurin suka cara Tan Sri Mukhriz berfikir. Kenapalah syarikat lain tak fikir macam ni? Kalau tak, senang hidup aku!

Company anak uncle kat mana?” Buatnya kat Sabah Sarawak, jenuh jugak! Tak sanggup rasanya nak rentas laut China Selatan dan berpisah dengan umi dan abah.

“Dekat area sini jugak. Ni kad dia,” kata Tan Sri Mukhriz seraya menghulurkan satu kad kecil berwarna emas.

Nurin sambut dan pandang nama yang terukir di atas kad tu.

Harraz Naufal bin Tan Sri Mukhriz. CEO Harraz Holdings.

Hmm.. Harraz Holdings.

“Kalau Nurin berminat, uncle boleh tolong cakapkan dekat anak uncle. Biar dia aturkan interview untuk Nurin. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat.”

Peluang depan mata jangan tolak, Nurin. Kalau terlepas ni sayang. Ni kira bagus dah uncle Mukhriz nak tolong kau.

“Nurin berminat, uncle. Terima kasih sebab sudi tolong Nurin.”

“Kebetulan je, Nurin. Mungkin tu akan jadi rezeki Nurin, kita mana tahu, kan? Apa-apa hal, nanti uncle inform balik kat Nurin.”

“Pergilah, Nurin. Takdelah abah risau sangat kalau kamu kerja dengan anak Mukhriz ni. Ada jugak uncle Mukhriz ni nak tengok-tengokkan kamu nanti,” sampuk Encik Suffian lepas berdiam diri. Nurin cuma angguk.

“Tapi.. kalau Nurin dapat, uncle harap Nurin kuat semangat.”

Ek? Kenapa cakap macam tu? Nurin pelik. Syarikat tu bela hantu ke apa?

“Kenapa uncle?”

“Takde apa-apa. Yalah.. Nurinkan baru kerja. Anak uncle tu.. pelik sikit.”

“Pelik?” Nurin tanya balik.

Err.. Maksud uncle, tegas orangnya. Uncle mintak kalau Nurin dapat kerja tu, selalu sabar dan jangan patah semangat.” Tan Sri Mukhriz cepat-cepat betulkan ayatnya yang hampir tersasul tadi. Satu je dalam kepalanya. Nurin kena dapat kerja tu!

Nurin cuma angguk. Oo.. macam tu ke? Bila Tan Sri Mukhriz cakap anak dia pelik tadi, ingatkan si lelaki nama Harraz tu ada tanduk ke apa. Tegas rupanya. Biasalah kalau baru kerja kena marah. Memang kena reda je la. Ingat ke apalah tadi sampai-sampai panjang lebar Tan Sri Mukhriz bagi pesanan penaja. Minta-mintalah dia di dapat kerja ni. Haraplah si lelaki bernama Harraz Naufal tu baik hati macam ayahnya juga.

   ----------

“Umi, baikkan uncle Mukhriz tu,” kata Nurin tiba-tiba masa tengah tolong uminya masak makan tengah hari. Turut turun padang kedua-dua adiknya, Nurin Ariana dan Nurin Alisa. Nurin tahu kenapa dua orang tu rajin nak menolong. Mahu umi kejar dengan parang kalau berat punggung. Memang pantang umi anak dara pemalas nak turun dapur. Tak punggung kena cubit, telinga yang kena pulas. Tak turun dapur pun kena dera. Kalau cerita kat orang lain mesti semua cakap ngeri.

Ariana yang dengar pujian Ayongnya terus cebikkan bibir. “Eleh, Ayong tu. Mentang-mentang orang buat baik sekali, terus dicopnya baik? Mudah nak terpengaruh betul.”

Nurin yang dengar rasa macam nak cekik adiknya tu. “Amboi, sedap mulut kau mengata. Dengar dek abah nanti, ada jugak yang kena sula dengan tiang lampu depan rumah tu.”

Ariana yang dengar terus sengih sebelum tutup mulutnya. Ops! Terutuk kawan abah pulak. Nasib baiklah abah dah keluar.

Uncle Mukhriz memang baiklah, Ayong, Angah. Aku tahulah sebab uncle Mukhriz selalu datang rumah masa korang berdua takde kat rumah,” sampuk adik Nurin yang bongsu, Alisa. Yalah.. Ayongnya kerja dan Angahnya pulak berada di UiTM Puncak Alam. Hari ni je cuti kedua-duanya ada kat rumah.

“Siapa dia umi? Macam hebat je?” Nurin berminat nak tahu.

Memang dia tak tahu latar belakang kawan abah tu. Rasa macam tu kali pertama jumpa walaupun uncle Mukhriz cakap dia pernah jumpa Nurin kecik-kecik dulu. Yalah.. zaman kecik. Faham-faham la. Hingus sendiri pun umi yang tolong kesatkan. Manalah Nurin ingat?

Uncle Mukhriz tu kawan abah masa sekolah menengah dulu. Dorang memang kawan baik. Sampailah si Mukhriz tu kena uruskan perniagaan perkapalan kat New York. Lepas tu, lama tak berhubung. Sekarang ni baru jumpa balik.” Puan Norseha cerita serba-sedikit tentang kawan suaminya tu.

Oo.. mesti dia kayakan, umi?” Business kapal tu! Mana tak terangkat?

 “Kalau tak kaya, takkanlah ada title Tan Sri kat nama tu.”

Uncle Mukhriz ada Tan Sri? Waa..” Ariana dah teruja. Yalah.. golongan biasa-biasa macam mereka, mana pernah punya kawan dari golongan berpangkat datuk ke, tan sri ke. Tak sangka abahnya ada kawan berpangkat Tan Sri. Teruja!

“Tapi kenapa anak dia ada company lain?” Nurin teringat nama Harraz Naufal tiba-tiba.

Puan Norseha angkat bahu. Manalah dia tahu. “Tanya abah.” Senang dia jawab.

“Dia ada anak, Ayong? Lelaki ke? Bujang lagi tak? Umi.. kalau bujang, suruhlah Ayong mengurat dia. Dapat menantu orang kaya nanti. Umi nak tayang pun tak malu.”

“Amboi… cantik mulut kau? Aku cincang guna pisau ni karang, nak?” Nurin dah naik angin. Adiknya yang sorang tu memang celupar. Dasar mata materialistic betul! Nurin tunjuk pisau yang digunakan untuk hiris daging tu. Nak buat daging masak kicap. Ada jugak karang aku gumpal mulut budak ni buat mulut ball masak kicap!

Tersengih Ariana bila Nurin naik angin. Kalau dia celupar, kakak sulung dia tu pulak garang mengalahkan mak singa tengah pantang. Tak boleh orang usik sikit, mulalah taring drakula tiga inci dia tu nak keluar. Garang gila!

Puan Norseha geleng kepala melihat kerenah anak-anak dara. Tiga orang tu je anak-anaknya dan semuanya perempuan. Tak hairanlah kalau hubungan mereka semua rapat macam kawan. Jarak umur anak mereka pun takdelah jauh sangat. Nurin dah 25 tahun. Ariana pula muda tiga tahun daripada Nurin dan sekarang ni tengah belajar kat UiTM Puncak Alam dalam bidang ijazah sarjana muda Farmasi. Manakala si bongsu pulak tengah tunggu tawaran sambung belajar ijazah.

“Apa salahnya, Ayong? Dahlah kaya. Umi rasa dia handsome la. Sebab Mukhriz tu memang kacak habis masa zaman muda-muda dulu. Umi pun seronok kalau dapat menantu handsome. Mesti comel cucu-cucu umi nanti,” balas Puan Norseha.

“Umi ni..” Masam muka Nurin. Tak suka betul bila umi masuk geng adiknya. Siap berangan sampai cucu. Entah macam mana la orangnya lelaki nama Harraz tu. Dahlah tak kenal saper. Orang pun tak tengok macam mana lagi. Entah-entah takde hidung. Entah-entah dah anak empat. Tak pulak Tan Sri Mukhriz cakap tadi anak dia bujang ke tak.

Yay.. umi! Kita geng.” Seronok macam cacing tengah aerobik budak tu bila umi sokong dia. Haish.. tak puas hati betul Nurin!

Nurin pandang pulak adik bongsunya yang tengah potong sayur.

“Apa? Kalau dapat abang ipar handsome dan kaya, saper taknak weh?”

Dah.. cukup tu bagi jawapan yang tunjukkan adik bongsunya tu dah masuk pakatan Axis sekali dengan umi dan Ariana. Makin tak puas hati.

“Malas nak layan.” Pendek Nurin balas.

Aku rasa aku ni anak angkat la. Sebab tu la dorang sanggup buat aku macam ni. Huhu.. sadisnya. Abah.. Masa ni la nak baru nak cari abah.

Tergelak tiga orang tu bila dapat kenakan Nurin.

   ---------

Come in, baby. Today is our heaven day.” Harraz hadiahkan senyuman pembunuh pembuluh darah business class kepada perempuan nama Qaseh tu.

Kalau nak tahu, Qaseh tu kekasihnya. Yang ke berapa jangan tanya sebab dia pun tak ingat. Tapi, kalau Qaseh tanya tu, mestilah dia cakap, “Youlah kekasih pertama I.” Hehe..

Tinggi, cantik, saiz badan 34-24-34 dan yang penting seksi. Memang terus termasuk senarai calon-calon yang layak menjadi kekasihnya.

Dan di ni Harrazlah. Siapa boleh berkata tidak kalau dia merayu? Yang dah ada pakwe pun sanggup tinggalkan sebab dia. Dia tak kisah kalau perempuan tu sanggup curang demi dia. Apa orang kata? The best man wins, bro! Cuma isteri orang tu, tak pernah lagilah dia layan walaupun ada yang memang bagi hint nak berkenalan. Well.. tak minatlah! Lagipun dia tak suka jadi peruntuh masjid orang ni. Macam lelaki dayus je.

Pantang dia senyum sikit, mulalah nak melutut perempuan tu. Tak kiralah mana-mana perempuan pun. Memang tu yang akan jadi. Nak-nak lagi kalau tengok lesung pipitnya. Memang pitam habis anak dara.

Wow.. Harraz. Your house is absolutely gorgeous.” Pujian Qaseh buatkan Harraz kembali ke alam nyata.

Qaseh pandang jejaka kacak tu. Rumah ni serius cantik. Cantik dan mewah tahap tak ingat. Kondominium K Residence! Mana tak cantik? Penthouse pulak tu! Mata melilau pandang seluruh rumah yang kemas dan dipenuhi perabot mewah tu. Moden dan sangat kena dengan gaya lelaki macam Harraz.

Qaseh keluar ke balkoni. Dari tingkat paling atas kondominium ni, dia boleh nampak macam semut je kereta-kereta kat bawah sana. Menghadap pulak KLCC yang tinggi ni, lagilah seronok. Pandai Harraz cari rumah. Alahai.. lupa pulak lelaki tu anak jutawan. Apa sangatlah penthouse sebuah ni?

Harraz cuma tersenyum. Dalam bulan ni je, entah berapa puluh kali dah pujian tu masuk telinga dia. Datangnya dari pelbagai jenis perempuan. Koleksi perempuannya memang datang dari pelbagai bangsa. Tak kira la melayu ke, cina ke, india ke, janji cantik dan seksi, memang dia layan je. Kitakan satu Malaysia, tak gitu? Hehe.. Jangankan Malaysia, perempuan serata dunia pun pernah jadi kekasihnya. US ada, German ada. Jepun pun ada. Kalau susun atas rak, rasanya ada je kena jual second hand sebab dah tak cukup ruang.

“You suka?” soal Harraz lembut. Dah masuk gear romantiknya. Rahsia kedua kenapa ramai perempuan tunduk dengannya. Pantang suaranya bertukar lembut, mulalah goyang kepala lutut. Agaknya suara dia ni ada virus yang boleh lemahkan sendi tulang perempuan.

“Mestilah suka. Cantik sangat. You patut hadiahkan I kondo macam ni, tahu?” balas Qaseh seraya mencuit manja hidung Harraz.

Huh.. dasar perempuan. Kalau tak mengikis, tak sah! Tapi, takpelah.. sebab muka kau tu dah ala-ala miss universe, aku tak kisah sangat. Kira aku bayar upahlah sebab kau dah sudi serahkan segala-galanya kat aku. Tak gitu? Harraz senyum lagi. Bukannya kali pertama perempuan cakap macam tu kat dia. Okay.. kalau dia nak, Harraz boleh bagi. Tak luak pun hartanya. Sebab tu je cara nak ikat perempuan.

Hmm.. kalau suka, senanglah kerja I. Bolehlah you datang sini selalu,” kata Harraz dengan pandangan penuh makna.

“You ni gatallah.” Qaseh gelak manja sambil melirik pandangan menggoda pada Harraz. Faham dengan maksud Harraz. Makin geram Harraz tengok.

Harraz mendekati Qaseh yang tengah berdiri di tepi balkoni tu. Dengan rambut ikal mayang panjang paras pinggang, tubuh tinggi, pakai pulak dress separas lutut, memang Qaseh sangat cantik. Kulit pulak putih gebu. Mekap pulak tu. Makin macam Barbie doll mukanya. Tak menyesal rasanya hulurkan nombor telefon dulu.

Harraz mula mainkan peranannya. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Qaseh dari belakang. Tinggi Qaseh yang hanya paras dagunya buatkan haruman rambut perempuan tu masuk ke dalam hidungnya. Campur pulak dengan wangian yang disembur Qaseh entah berapa botol buatkan jiwa lelakinya memberontak. Hmm.. wanginya! Harraz pejam mata sambil menhidu wangian Qaseh sedalam-dalamnya.

Suasana begitu sunyi. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan pulak tu, faham-fahamlah apa nak jadi. Sememangnya setan sedari tadi lagi nak tengok wayang free. Tunggu masa nak tepuk tangan lepas wayang tamat je sekarang ni.

“You wangilah..” puji Harraz. Dah mula terbuai.

Kali ni Qaseh pusing menghadap Harraz. Dia senyum manis. Tangannya dilingkarkan ke leher Harraz. Pandang mata cantik lelaki tu dengan pandangan penuh makna. Harraz tundukkan wajah. Cium pipi kanan Qaseh. Cium pipi kiri Qaseh. Baru je dia nak bergerak ke tempat lain..

My songs know what you did in the dark.. my songs know what you did in the dark.. So light em up-up-up.. light em up-up-up.. light em up-up-up.. I’m on fire..

Haish.. saper pulak kurang asam kacau daun pada masa yang sangat-sangat tak tepat ni? Terhenti segala apa yang Harraz nak lakukan pada Qaseh tadi. Shit! Harraz mengeluh keras. Qaseh juga mendengus geram. Kacaulah!

Rasa macam si pemanggil tu sengaja nak sindir dia. My songs know what you did in the dark. Memang my songs know what you did in the dark betul la! Huh! Nak taknak, dia capai iPhone 5nya yang tengah seronok buat konsert Fall Out Boy dalam poket seluarnya tu. Lupa pulak nak matikan tak pun baling atas sofa tadi!

Si pemanggil kurang asam tu, Farhan rupanya!

“Kau.. nak apa?” sergah Harraz bila dia jawab panggilan sepupunya tu.

“Amboi, cantik bahasa? Takde masa nak membebel panjang, aku cuma nak infrorm kau yang mummy kau sekarang ni tengah menapak ke kondo kau. So, sebelum aku tengok perang antara mak dengan anak, sebelum kau mengadu macam-macam kat aku, baiklah aku cakap kat kau cepat-cepat.”

What? Bila mummy aku datang?” kuat suara Harraz. Terkejut semestinya.

“Tadi dia tanya aku mana kau. Aku cakaplah kau kat rumah. So, kalau ikut kiraannya, dalam lima minit lagi, dia sampai la tu.” Farhan buat kira-kira dalam kepalanya.

What? Lima minit lagi?

Damn!” terus Harraz matikan talian. Tak tahu kepada siapa kata-kata tu. Harus cepat selesaikan sesuatu kalau taknak tengok mummynya terlantar kat CCU sebab kena heart attack.

Terus Harraz tarik tangan Qaseh keluar dari rumahnya.

“Kenapa dengan you ni?” Qaseh sedikit terkejut bila kena tarik macam lembu nak kena sembelih. Tapi tak macam lembu yang memberontak, Qaseh cuma ikut Harraz.

“You keluar sekarang.” Selamba Harraz menghalau.

Nganga kejap Qaseh bila dengar suara Harraz yang keras tu. Hai.. tadi bukan main lembut, ajak dia datang rumah. Sekarang ni dah bertukar? Tersalah tekan suis ke apa mamat ni?

“Cepatlah keluar. Kalau you taknak keluar, kita putus.” Sekali lagi dengan selambanya Harraz berkata. Pintu rumahnya dikuak besar-besar supaya Qaseh keluar. Jam ditoleh. Seminit dah berlalu. Cepatlah kau keluar, perempuan!

Amboi, mudahnya! Qaseh geram tapi tak berani nak membentak.

Okay.. okay.. I keluar. Jumpa you nanti.” Qaseh mengalah. Nak merajuk, nak marah pun takde guna. Sayang kalau terlepas karung emas macam Harraz ni. Nak taknak, demi poket tebalnya, kenalah sabar. Harraz memang macam ni. Mood tak dijangka. Kalau datang musim mengawan dia tu, romantiknya ya ampun. Tapi kalau datang taufan ribut petir dia tu, memang ngeri berganda-ganda.

Hmm.. yalah.” Tak janji!

Lepas je Qaseh keluar, terus dia masuk biliknya. Misi kedua. Hapuskan bukti! Pintu almari dalam biliknya dibuka. Semua baju yang bukan miliknya, atau lebih spesifiknya adalah milik bekas-bekas kekasihnya yang pernah ditinggalkan di dalam biliknya terus ditarik dan dicampak ke dalam bilik persalinan mewahnya. Kunci supaya mummy tak boleh masuk!

Bunyi loceng. Nampaknya mummy dah sampai. Betul macam Farhan cakap. Lima minit! Laju kaki melangkah ke arah pintu. Macam tekaannya, mummynya dah sampai.

“Eh, mummy! Masuklah.” Tersengih-sengih Harraz pandang mummynya yang dah macam sarjan lepas pencen yang berdiri tegak kat luar rumah. Tangan mummynya disalam.

Bulat mata Harraz bila nampak sebelah heels merah dua inci entah milik siapa kat depan pintu masuk. Alamak! Laju je kaki Harraz menyepak masuk ke dalam stor kasutnya. Bila tengah-tengah kecemasan ni, skill menyepak pun rasanya hebat mengalahkan Cristiano Ronaldo yang nak sepak penalty. Kalau tak, takkanlah kasut tu boleh masuk ke dalam stor sedangkan pintu stor terbuka sikit je. Haraplah mummy tak perasan.

Puan Sri Rosell pandang sekeliling kondominium anak bujangnya. Mencari apa-apa yang tak patut dijumpanya. Alamak.. mummy dah buat spotcheck la!

Mummy kenapa tak cakap kat Harraz nak datang sini? Nasib baiklah Harraz ada kat rumah.”

“Tak payah cakap. Sepupu kamu dah tolong cakapkan, kan?” sindir Puan Sri Rosell.

Auchh.. mummy sindir! Harraz sengih lagi. “Eh, Farhan tahu ke? Tak cakap pun kat Harraz.” Menipu dan buat muka tak puas hati dengan Farhan. Taktik nak hidup, biasalah!

“Dia tak cakap ke?”

Geleng kepala lagi. “Mummy datang kenapa?” Cepat-cepat ubah topik.

“Hai.. nak datang rumah anak sendiri pun tak boleh ke? Nak harap kamu jenguk mummy tu, jangan haraplah. Kalau tak sibuk dengan pejabat, sibuk layan perempuan,” sinis Puan Sri Rosell lagi.

“Mana adalah, mummy. Harraz baru je nak balik hujung minggu ni.”

“Tak payah tunggu hujung minggu ni. Balik dengan mummy sekarang. Daddy suruh Harraz balik. Katanya ada benda nak bincang.”

“Bincang apa?” Harraz pelik. Takkan business kut? Janganlah dipujuknya aku lagi untuk ambil alih syarikat perkapalan tu. Tolonglah! Tak minat langsung. Harraz lebih suka cabaran. Hasil usaha sendiri lebih manis. Bila berjaya, baru rasa sangat berbaloi sebab dah berpenat lelah.

Tak kut.. sebab kalaulah syarikat daddy tu jatuh ke tangannya, tak mustahil syarikat tu tenggelam macam kapal titanic tu. Lagipun daddykan dah lama approve keputusannya untuk tubuhkan syarikat sendiri. Siap bagi modal dan sudi jadi pemegang saham lagi. Jadi, apa yang daddy nak bincangkan?

“Mana mummy tahu. Kalau nak tahu, balik dengan mummy.”

Harraz tertanya-tanya. Pasal apa? Penting sangat ke sampai dia kena seru balik mandatori? Sampai tak boleh tunggu hujung minggu ni ke?

Thursday 27 June 2013

Suamiku Paling Sweet (TEASER 1)

TEASER 1

Aku bangun bila jam dah tunjukkan pukul lima suku petang. Lama jugak aku tidur. Aku pandang sekeliling  bilik ni. Takde orang. Mana Izz dan Hafiy? Bila aku pandang meja tepi, aku nampak satu nota ditinggalkan. Dari Izz.

Abang dan Hafiy jumpa papa dan ibu kejap.

Papa dan ibu dah sampai rupanya. Kenapa dia tak kejutkan aku? Aku pun nak jumpa dorang. Aku bangkit dari katil. Nak solat Asar dulu. Lepas solat Asar, aku baring balik atas katil. Hmm.. bosannya. Mana dorang ni? Sampai hati tinggal aku sorang-sorang dalam bilik ni. Nak cari dorang pun, manalah aku tahu kat mana dorang sekarang ni. Nak keluar dengan Syuk pun, Syuk sekarang tengah lepak dengan staf-staf syarikat Izz yang pernah rapat dengannya dulu.

Aku? Aku malas nak join. Bukan sebab sombong ataupun berlagak sebab jadi isteri penolong pengarah syarikat Lawrence Lands & Properties ni. Tapi sebab aku segan. Serius aku segan dengan status aku. Bukan segan sebab bersuamikan Izz. Tapi segan bila orang tunduk hormat kat aku. Macam mula-mula sampai kat resort ni tadi. Semua panggil aku Puan Qisya. Semua macam segan nak cakap dengan aku. Tak sukanya aku!

Aku belek majalah Ujang yang aku beli masa berhenti kat Genting Sempah tadi. Beberapa helai belek, aku mula rasa bosan. Baca lawak antarabangsa pun dah rasa macam baca buku Geoteknik. Takde mood nak ketawa. Terus aku tutup majalah tu. Bangun dan terus pergi ke arah balkoni yang menghadap laut biru tu. Teringinnya nak jalan-jalan kat tepi pantai.

Aku dengar bunyi pintu tertutup. Terus aku berpaling. Izz dah balik. Tapi cuma dia sorang. Izz jalan ke arahku.

“Mana Hafiy?” soalku.

“Dengan ibu.” Oo.. dengan nenek dia rupanya.

“Kenapa tak kejutkan Sya tadi? Sya pun nak jumpa ibu dengan papa.”

“Abang nampak Sya lena sangat tadi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan. Takpe.. malam ni boleh jumpa mereka. Sekarang ni pun mereka tengah berehat.” Itu pulak yang Izz jawab.

Aku pandang lagi laut biru. Dari kejauhan aku nampak ramai orang tengah jalan-jalan tepi pantai. Yang mandi pun ramai.

“Sya tak bosan ke duduk terperap je dalam bilik?” soal Izz. Macam tahu-tahu je kebosanan kritikal dalam jiwa aku ni.

“Bosan.”

“Kalau bosan, jom kita keluar.”

“Ke mana?” soalku balik. Izz senyum. Bibirnya didekatkan ke telingaku.

Dating,” bisiknya perlahan.

Aku tergelak. Kelakar. Nak ajak aku dating la ni?

“Abang seriuslah, sayang. Betul-betul nak dating ni.” Lagi sekali aku tergelak. Tak tahu kenapa aku rasa lucu dengan ayat Izz tu. Macam orang tengah gian nak dating je. Haha..

“Ajak dating macam tu je? Kut la bagi bunga ke apa, baru rasa seronok sikit. Tak romantik langsung,” bebelku. Nampak tak aku nak dia bagi aku bunga? Haha..

“Apa? Abang tak romantik?” Dia nampak tercabar. Aku tersengih bila sedar dah kutuk dia depan-depan. Marah ke?

“A’aa.. memang pun. Tak romantik langsung.” Selamba aku jawab.

“Tak langsung?” Dia renung aku dalam-dalam.

“Dah.. jom keluar dating.” Aku jawab sambil tersengih. Malas layan dah topik ni. Dah lain macam suaranya. Karang dia tekan suis Izz versi romantik, aku jugak yang tanggung kesannya.

“Tunggu, sayang. Abang belum habis cakap lagi.” Dia pegang tangan aku. Rasa dia betul-betul berada belakangku.

Hmm.. Nak abang jadi romantik ya?”

Tu dia! Izz dah bertukar! Sangat perlahan dan lembut suaranya betul-betul di telinga kanan aku. Tegak semua bulu roma. Telan liur. Perlahan-lahan aku pusing menghadap dia.

“Sya rindukan abang yang romantik ke?” soalnya lagi. Dia pandang aku dengan pandangan yang lembut. Dada terus berdegup kencang.

Arghh.. tak sukanya aku bila Izz macam ni! Buatkan aku teringat balik apa yang jadi beberapa minggu lepas kat taman rumah. Hari ni Izz nampak macam sama. Tolonglah jangan!

Err.. Sya.. Sya.. gurau je tadi.” Aku jadi takut seketika. Sampai tergagap-gagap aku. Kan aku dah cakap. Kalau Izz bertukar versi romantik, aku jugak yang dapat kesannya. Kesimpulannya, jangan cabar Izz!

“Apa kata kita cancel dating kita kat luar, kita dating dalam bilik ni je, nak? Lagipun kita cuma berdua dalam bilik ni.” Izz senyum nakal.

Ah, sudah! Nak mengarutlah tu!

“Jom.. jomlah, abang! Taknak duduk dalam bilik ni. Kita keluar, ya. Sya nak jalan-jalan tepi pantai dengan abang.” Aku peluk tangan kanannya. Nak pujuklah la konon-kononnya.

Izz senyum bila aku buat macam tu. Sya nak jalan-jalan tepi pantai dengan abang? Ah, bantailah! Aku buat tak tahu sambil tarik tangannya keluar. Bila tengok dia senyum, aku tahu sebenarnya dia sengaja nak kenakan aku tadi. Nak tengok aku menggelabah. Huh.. bencinya! Memang aku menggelabah habis.

   ----------

“Auw.. pasangan bahagia. Nak pergi mana?”

Terkejut aku bila kena tegur lepas Izz tutup pintu. Aku pandang manusia tu. Hakimi. Tersengih dia pandang aku dan Izz. Aku apa lagi? Terus aku rungkaikan pelukan pada tangan Izz. Kemudian buat muka tak tahu sambil pandang pintu bilik. Taknak tengok Hakimi! Buat sakit hati je tengok dia tayang gigi yang tersusun cantik tu. Masa ni la nak terserempak dengan Hakimi.

“Jalan-jalan tepi pantai. Dari mana?” Izz tanya balik Hakimi. Nampak Hakimi macam nak balik bilik.

“Aku baru je lepas makan-makan dengan staf. Saja nak tengok dorang yang tengah buat preparation untuk malam nanti. Nak naik solat Asar kejap. Belum solat lagi.” Hakimi menjawab.

“Oh, ya! Maya cari kau.”

Haish.. berbulu telinga aku dengar nama tu! Boleh tak dalam sehari dia tak kacau Izz aku. Izz aku okay? Hakimi ni pulak, pasal apa la sebut nama dia depan aku?

“Dia nak apa?” soal Izz balik. Macam pasang niat nak jumpa Maya.

Hakimi menjongket bahunya. “Manalah aku tahu. Tapi aku rasa macam tak penting je. Tak payahlah jumpa dia.” Selamba je Hakimi menghasut abang dia.

“Takpelah.. aku masuk dulu.” Hakimi minta diri.

Tinggallah aku berdua dengan Izz. Tak tahu kenapa rasa tiba-tiba tawar hati nak keluar jalan-jalan. Rasa macam Izz nak pergi jumpa Maya.

“Jomlah,” ajak Izz. Dia tarik tangan aku.

“Abang taknak jumpa Kak Maya ke?” Aku berkata separuh ikhlas. Hai.. sejak bila pulak aku berubah ala-ala Bawang Merah tak berapa nak merah ni? Baik je.

“Buat apa?” tanya Izz balik.

“Kimikan cakap dia cari abang.”

“Kimi jugak cakap yang dia rasa macam tak penting, kan? Dah.. jom. Abang nak dating dengan Sya je hari ni. Bukannya nak jumpa Maya. Kita bukannya kat office. So abang tak rasa ada something penting dia nak cakap,” balas Izz.

Tanganku ditarik agar mengikutinya. Aku cuma mengikut.




## Pendek je..huhu.. khas untuk para pembaca yang asyik minta teaser sps. layanlah.. Anjell pun tak tahu okay ke tak yang ni. maklumlah...tengah sibuk dan baru sambung sikit je sps..

diri ini meminta maaf andai tak best.. gomennasai!! Arios.. terima kasih banyak-banyak.. :)