Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 24 July 2013

EKSPERIMEN CINTA IS NOW OFFICIALLY PUBLISHED

ASSALAMUALAIKUM.....

Mencuri masa sekejap untuk menghadap laptop.. kalau ikutkan memang tak dijelingnya laptop memandangkan hari yang sangattt sibuk..

Kat sini saya nak khabarkan berita gembira. I think mostly dah tau pasal ni tapi takpelah sebab saya dah janji nak huha-huha kan perkara ni, so kat sini saya nak khabarkan yang novel pertama saya.. EKSPERIMEN CINTA officially is published setelah berkurun lamanya menunggu..

Mula-mula nak minta maaf sebab saya sangat sibuk and tak ambik tahu sangat pasal  novel ni. Sebab saya dah serahkan semuanya pada publisher. Saya juga nak cakap yang saya tak terlibat kut dengan pembelian secara online kat blog ke apa. Kalau nak beli online, rasanya boleh terus tempah kat KARYA SENI..

Sangat lega sebab dah penuhi janji meskipun mengambil masa yang sangat lama.. Pasal novel SUAMIKU PALING SWEET.. apa yang saya boleh cakap semuanya in progression. Jangan tanya saya bila sebab SAYA TAKNAK JANJI SEBAB NANTI TAKUT JADI MACAM EC (Xleh submit on time).. So kita chill dulu..


Pesanan penaja:

Memandangkan ni kali pertama novel saya dipublishkan.. MAKA:

++ Minta maaf kalau novel ni menghampakan korang..

++ Minta maaf kalau apa yang korang expect dari novel ni tak kesampaian..

++ Minta maaf kalau  novel ni dikategorikan sebagai novel KAT BLOG BEST TAPI BILA DIBUKUKAN HAMPEH..

++ Minta maaf kalau korang rasa novel ni tak berbaloi dengan masa yang ditunggu..

++Minta maaf n minta maaf in everything...


TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENGUNGGU NOVEL NI DIBUKUKAN DAN JUGA SOKONGAN YANG TAK BERBELAH BAHAGI...

LOVE U ALLSS.....


*** Jangan lupa doakan semoga saya berjaya menempuh hari-hari yang penuh kesulitan  sekarang ni dengan jayanya...










SINOPSIS:

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri.

Makhluk planet manalah ni? Pelik sungguh! Wah, rambut macam kari tumpah sekilo. Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak. Tak senonoh betul! Muda dan… handsome. Handsome tak handsome, memang aku blacklist la jadi laki aku. - Damia Farisha

Hmmm... Boleh tahan cantik. Berwajah putih kemerah-merahan. Neutral tanpa mekap. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi nampak kolot aje perempuan ni. - Tengku Aaron Shah

Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Ada sebab dia berkahwin. Sebab dia bukanlah seorang yang tewas! Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimennya?





Tajuk: Eksperimen Cinta Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-52-9 Harga: RM30 (Semenanjung) // RM33 (Sabah & Sarawak)

Sunday 14 July 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 3)

BAB 3

Nurin menarik pintu lut sinar yang tulis pull itu. Kaki pegun saat melihat apa yang ada depan matanya sekarang ni. Pertama kagum sebab kawasan pejabat yang serba mewah tu, kedua tergamam bila melihat staf-staf yang tengah bekerja tu. Musykil!

Uih.. rasanya dah dok Malaysia. Ke pintu masuk tadi jadi sempadan Malaysia-Thailand? Kenapa lain benar? Tak percaya bila melihat pemakaian para staf perempuan yang dia rasa sangat keterlaluan tu. Bukan seorang. Tapi boleh dikatakan semua staf perempuan. Ni staf ke? Nurin agak musykil. Ke dia tersalah masuk pejabat? Kalau ikutkan, hanya dia yang bertudung. Seorang.

“Ya.. cari siapa ya?” Ada seorang lelaki yang datang tegur Nurin.

Err… pejabat Encik Harraz Naufal kat sini, kan?” Teragak-agak Nurin bertanya. Manalah tahu terlepas masuk syarikat permodelan ke apa. Sebab Nurin tengok ramai perempuan yang cantik-cantik. Kaki pun panjang ala-ala American Top Models.

“Ya.. betullah tu. You ni siapa?” soal lelaki itu lagi sebelum atas bawah tenung Nurin. Tak pernah nampak pulak minah bertudung ni.

“Saya, Nurin. Hari ni saya ada interview dengan Encik Harraz.” Nurin menyatakan niat sebenarnya.

Oo.. macam tu ke? Kalau macam tu, I bawak you jumpa Eves dulu,” kata lelaki tu lagi.

Nurin teragak-agak. Nak ikut ke, nak cabut? Kenapa dia rasa semacam je syarikat ni? Seriously pejabat Harraz Naufal kat sini? Lain macam. Rasa macam ada menda buruk yang akan terjadi je? Bulu roma pun dah cantik berdiri sembilan puluh darjah. Nurin cepat-cepat baca doa dalam hati. Hapuskanlah ragu-ragu dari syaitan ni!

Nurin hanya mengikut lelaki tu menuju ke satu bilik. Bila dia melintas meja para pekerja kat situ, semua tayang muka pelik macam dia makhluk dari Zuhal yang baru kena berhijrah ke bumi. Rasa sangat janggal sekali buatkan Nurin rasa nak je cabut.

“Eves.. ni ada budak nak interview dengan Encik Harraz.” Nurin tersedar dari lamunannya. Dah berdiri tegak depan sebuah bilik yang boleh tahan besarnya. Dalam bilik tu ada seorang perempuan cina yang cantik.

Oo.. you ni Nurin, kan?” soal Eves. Nurin cuma senyum seraya angguk. Nasib baiklah perempuan cina tu nampak agak peramah orangnya. Senyum je bila pandang Nurin. Senyum yang ramah.

Seriously Encik Harraz nak interview dia?” Lelaki tu nampak terkejut. Nurin tak faham. Kenapa?

Well.. Harraz dah setuju nak interview dia. Jadi betullah. Nurin, you isi form ni dulu, then I hantar you masuk jumpa Harraz,” kata Eves sebelum serahkan satu borang kepada Nurin.

   -------------
Okay.. Eves. Thanks. Nanti bawa dia masuk bilik meeting.”

Harraz senyum sendiri. Be prepared, kiddo. Akhirnya.. sampai jugak budak kesayangan daddy tu. Tak perlu ramai-ramai nak interview budak tu. Cukup dia sorang.  Kira terlebih special la kan sampai-sampai CEO sendiri yang sudi turun padang? Dan dia suruh Eves bawa budak tu masuk bilik mesyuarat sebab dia taknak jalankan interview dalam biliknya. Semuanya sebab kedatangan sepupunya yang dah buat syarikat ni macam bapak dia yang punya. Tapi memang Harraz dah maklum dengan perangai sepupunya tu. Bila datang bulan, maka nampaklah muka dia kat bilik Harraz ni. Harraz taknak halau sepupunya dan pada masa yang sama dia taknak sepupunya tu dengar apa yang bakal diucapkan kepada budak tu nanti.

“Farhan.. aku keluar kejap.” Harraz beritahu Farhan yang tengah selak surat khabar di atas sofa.

“Pergi mana?” soal Farhan. Harraz pandang Farhan. Amboi.. rileksnya kau!

“Aku ni ada kerja. Bukan macam kau.” Sedas Harraz sindir sepupunya. Ketawa Farhan mendengarnya. Sekelumit hati kuman pun dia tak makan hati. Tak heran.

Si Farhan ni memang la. Lebih senang goyang kaki tanpa buat apa-apa. Dia cakap dia tak suka bekerja sebab hidup dia hanya untuk enjoy. Sebab Farhan memang tak suka stres. Maka, tersadai kat dindinglah sijil ijazah lulusan Dublin School of Business tu. Mak bapak hantar belajar sampai luar negara, tapi bila dah habis anaknya pula yang pilih untuk menganggur.

Dah puas dah Pak Su dan Mak Su Harraz sekolahkan anaknya tu, tapi tak pernah nak jalan dengan Farhan. Pernah la sekali dua Farhan masuk pejabat. Tu pun lepas Pak Sunya ugut Farhan. Lepas tu kembali ke perangai lama. Macam ni la contohnya. Bila rasa bosan, datang kacau dia kat pejabat. Adoyai… bermasalah la sepupu aku sorang ni. Nasib baik la mak bapak kau kaya! Kerja tak kerja, duit bulan tetap masuk.

Dan sebab tu la Harraz dan sepupunya sangat berbeza. Harraz lebih suka berusaha. Dia lebih suka bersaing dan mesti harus menang. Sebab dengan cara macam tu barulah Harraz rasa dia sayangkan sesuatu. Sesuatu yang kita dapat dengan payahnya, biasanya tu la yang kita akan paling sayang.

Meskipun banyak perbezaan yang ketara antara kedua-dua sepupu itu, tapi mereka punya satu perangai yang sama. Suka perempuan dan suka enjoy.

“Nak sindir aku pulak. Keluar pergi mana? Lama tak?” soal Farhan lepas habis ketawa.

“Aku nak interview sorang budak ni. Beria-ia daddy aku nak aku interview dia. Kau tunggu la kat sini. Lepas ni aku datang balik. Kejap je.”

Farhan tersenyum mendengarnya. Mesti Cik Arkitek dalam lif tadi. Pak Long yang rekomenkan rupanya. Patutlah lain daripada yang lain. Kalau tak, kategori macam tu memang dah disilang pangkah oleh Harraz kalau nak kerja kat syarikat ni.

Oo.. arkitek, kan?”

“Mana tahu?” terangkat kening Harraz bertanya. Farhan sengih.

“Terserempak dalam lif tadi. Hmm.. not bad. Tapi aku tak tahu la pandangan kau macam mana.”

“Macam mana orangnya?” Harraz berminat nak tahu. Biasanya citarasa Farhan sama dengannya.

“Nak tahu… pergilah tengok sendiri. Jangan terkejut pulak.” Farhan sengih lagi. Tak thrill la kalau cakap awal-awal. Nak tahu jugak reaksi pertama kalau Harraz tengok Cik Arkitek tu.

Damn damn gorgeous.” Farhan buat gaya thumbs up dengan kedua-dua ibu jari.

“Apa-apalah kau ni. Aku pergi dulu.” Malas layan sepupu sorang ni.

Satu je Farhan yakin. Kena heart attack la kau Harraz nanti. Farhan gelak jahat dalam hati.

   ------------

Nurin tarik nafas dalam-dalam. Dada berdebar bukan main hebat. Kaki pun dah rasa sejuk. Agaknya salur darah kat kaki pun dah tersumbat sebab tu la kurang darah sampai ke kaki. Ni dah mengalahkan masa nak tahu result exam dulu. Bertenang Nurin. InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Nurin cuba sedapkan hati sendiri.

Nurin ketuk pintu kayu besar itu sebelum menolak masuk. Langkah diatur supaya tak nampak sangat yang dia nervous habis. Bila dia melangkah masuk, nampak seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah kerusi empuk. Segak dan kemas perwatakannya.

Kepala Harraz dipanggung pandang Nurin. Nurin yang sedari tadi pandang Harraz dah bersedia menyambut panahan mata Harraz. Kedua-duanya saling bertatapan.

Terangkat kening Harraz bila pandang Nurin. Atas bawah, tak cukup dengan tu, sekali lagi atas bawah Nurin dipandangnya. Haish.. macam mana spesis macam ni boleh terlepas masuk pejabatnya ni? Serba hijau dari atas sampai bawah. Kepala hijau. Badan hijau. Kaki hijau. Apa ni? Pokok pisang bergerak ke apa?

Nurin pulak hanya tayang muka tenang. Ni rupanya Harraz Naufal? Hmm.. dia faham apa yang Farhan cuba cakapkan tadi. Okay.. dia mengaku mamat depan mata dia sekarang ni sangat sempurna sekali ketampanannya. Macam mana nak cakap ek? Kalau nak guna perkataan, memang rasanya takde perkataan yang sesuai. Kalau nak bandingkan dengan orang, hmm.. tak boleh nak cakap siapa yang boleh lawan mamat tu. Pendek kata, spesis depan matanya sekarang ni adalah spesis yang bila kenyit mata kat perempuan, seminggu perempuan mengigau dan kalau lalu depan perempuan, pakwe depan mata pun boleh lupa kejap.

Err.. hiperbola sangat ke cara dia describe mamat tu?

“Nurin Areesa bt Ahmad Sufian.” Harraz menyebut nama Nurin.

Hmm.. suara pun sedap!

Pertama kali berjumpa perempuan, perkara yang dilakukan mestilah menganalisis dari hujung rambut ke hujung kaki. Oo.. dia pakai tudung. Pakai kasut bertutup pula. Jadi, kena tukar, dari hujung tudung ke hujung kasut.

Atas bawah atas bawah Harraz pandang Nurin. So, ni la Nurin yang daddy cakap tu? Huh.. bukannya cantik pun. Nampak kolot je minah ni. Bagi Harraz, semua perempuan yang pakai tudung memang tak ikut peredaran masa. Macam ni daddy cakap cantik? Kena operate mata agaknya daddy tu! Dan si Farhan ni pun sama. Nak kenakan aku la tu. Damn damn gorgeous la sangat! Ni patutnya kena tukar jadi, gorgeous? Damn.. damn.. Baru betul!

Tapi.. umur budak ni berapa ya? Nampak macam budak, so tak salah la kan kalau dia panggil budak tu, budak?

Apahal pulak la mamat ni pandang aku macam tu? Dahlah muka tu serius nak mati. Tak mesra langsung. Cuba la muka yang handsome kacak dan tampan tu bagi senyum seulas. Aku yang tengah nervous pun boleh melayang ke dunia lain kejap. Memang macam ni ke perangai anak uncle Mukhriz? Sebal rasa tiba-tiba. Daripada pemerhatiannya, Nurin tak tahu kenapa tapi dapat dirasakan yang Harraz semacam sombong dan berlagak orangnya. Dah rasa macam cas-cas elektrik. Negatif bertemu negatif, positif bertemu positif. Saling tolak-menolak.

Daddy I cakap you tengah cari kerja sekarang ni.”

Nurin hanya tahan rasa bila dengar suara dingin Harraz. Memanglah tengah cari kerja. Kalau tak, takkanlah aku mengadap kau sekarang ni! Ada nampak muka aku ni tengah nak uji bakat Akademi Fantasia ke-17 ke? Tahulah suara aku ni sedap. Kalau tengah hujan tu, katak yang tengah ongg kedek-kedek, ongg kedek-kedek pun boleh senyap kalau aku dah start nyanyi. Tapi tak terbukak hati lagi la nak pergi audition. Tak baik tutup rezeki orang lain.

“Betul tu, Encik Harraz. Saya memang tengah cari kerja sekarang ni. Sebab saya sangat berharap dapat bekerja.” Jawapan skema jugak yang Nurin bagi.

“Berapa gaji yang you nak?” Hai.. belum apa-apa dah tanya pasal gaji? Petanda baik ke buruk ni?

“Saya tak kisah pasal gaji. Sebab saya sedar saya takde pengalaman lagi. Semuanya bergantung kepada Encik Harraz.” Nurin membalas yakin. Siapa la saya nak tentukan gaji encik? Karang terlebih mintak, cakap saya tamak pulak.

“Tapi I tak rasa I boleh terima you kerja kat company ni.” Kali ni rasa sentap Nurin yang dengar. Amboi.. senangnya dia bagi keputusan tanpa nilai terlebih dahulu. Resume pun tak sempat nak hulurkan lagi. Kureng!!

“Sebab.. untuk pengetahuaan you, kat company I ni, pakaian macam you ni tak dibenarkan pakai. You nampakkan apa yang staf  I pakai? Macam tu la yang I izinkan.”

Ternganga Nurin yang dengar. What the.. Ada ke syarat gila macam ni kat Malaysia? Pakaian rasmi bukannya baju kurung atau apa-apa baju yang menutup aurat, tetapi pakaian yang singkat dan jelas-jelas terdedah sana-sini? Nurin baru faham. No wonderlah pakaian staf-staf perempuan kat sini macam tu. Ikut syarat ‘etika’ berpakaian rupanya. No wonderlah semua orang pandang pelik padanya.  Dia dah menyalahi ‘etika’ berpakaian rupanya.

“Tapi… kalau you bukak tudung you, I akan terima you kerja.” Selamba Harraz berkata tanpa rasa bersalah. Seolah-olah tudung yang dia tengah mintak nak buka tu adalah tudung saji.

Nurin terkejut. Geramnya rasa hati. Tegang kejap rasa kulit muka. Tapi, mengenangkan homo sapien depannya sekarang ni anak kawan ayahnya, Nurin tahan mulutnya daripada menyumpah-seranah. Kalau ikutkan hatinya, bukan setakat sumpah-seranah dia nak hamburkan. Tapi, rasa nak terajang sekali mulut biar jongang gigi mamat tu!

Nurin baru perasan sesuatu. Bila Harraz senyum sinis macam tu, dia tahu yang Harraz tak pernah ikhlas nak adakan sesi temu duga ni. Kena paksa dengan uncle Mukhriz mungkin? Tapi kenapa?

Huh.. mengeluh dulu satu round.

“Nampaknya dah bukan rezeki saya nak kerja bawah encik.” Tenang Nurin berkata. Tu pun dah lepas tayang muka tegang seminit.

Harraz senyum dalam hati. Misi nampaknya menuju kejayaan. Suruh bukak tudung pun dah muka macam lembu tersedak sambal belacan. Kalau dia mintak tidur sekali, agaknya tak tunggu banyak masa dah angkat kaki blah dari pejabat ni. Tu pun rasanya lepas satu das tumbukan lepas kat perut atau muka handsome dia ni.

Why? Marah sebab I mintak you bukak tudung? Bukak tudung je pun.”

“Encik.. Bukak tudung jepun ke, korea ke, tapi tak patut la encik cakap macam tu. Sebab encik kena hormatkan hak saya sebagai seorang perempuan muslim.” Nurin dah geram. Yang penting kena balas kata-kata encik di depannya sekarang ni. Tak patut langsung! Kalau suruh yang tak bertudung, bertudung ada betulnya jugak. Mazhab mana la yang mamat ni pakai?

“Apa ada pada tudung? Tudungkan trend je?” soal Harraz balik.

Entah.. ada je staf dia yang datang bertudung bila dia minta buka, tak banyak kerenah terus je buka. Okay je? Bila ajak pergi clubbing ke, disko ke, selalu on je. Yang mabuk pun ada. Bukan ke tu dah cukup buktikan yang bertudung ke tak sama je?

Trend kepala hotak kau! Tudung is just a trend for him? Bukannya nak cakap tudung tu tuntutan agama? Serius.. dari benua mana datangnya mamat depannya sekarang ni? Kenapa dia ni sangat tak sebulu dengan perempuan bertudung?

“Boleh saya tahu kenapa saya kena buka tudung kalau nak kerja kat sini?” soal Nurin balik dengan suara bernada biasa. Langsung tak marah.

Wah.. respond macam ni? Adakah ni bermaksud yang pokok pisang bergerak depannya sekarang ni berura-ura nak pertimbangkan cadangannya supaya bukak tudung? Huh.. kan dah cakap perempuan bertudung ni sama je? Sinis sekali Harraz pandang Nurin.

“Sebabnya.. syarikat I ni taraf international. I nak semua staf I nampak modern and educated…

Oo.. bertudung tu tak nampak modern and educated la? Serius Nurin rasa macam dia akan buka pentas debat dengan Harraz. Berdebat tentang isu tudung.

“Dan yang paling penting, I tak suka perempuan bertudung.”

Huh.. yang tu sebenarnya alasan paling konkrit kenapa dia tak suka perempuan bertudung. Semua yang sebelum kenyataan tu keluar hanyalah bunga-bunga nak sedapkan cerita je. Yang sebenarnya adalah, dia benci perempuan bertudung.

Bermasalah la mamat ni. Tak jiwa, mental. Tak mental, jiwa. Tak pun kedua-duanya sekali. Tapi kenapa dia tak suka sangat dengan perempuan bertudung?

So, Nurin. You nak pertimbangkan tawaran I ke?” Harraz tawar-menawar. Nurin senyum sumbing. Jawapan dia dah ada. Lepas Harraz minta dia buka tudung lagi dia dah putuskan.

“Awak boleh suruh saya jogging dari sini sampai Singapura. Awak boleh suruh saya berenang rentas Laut China Selatan pergi Sabah. Tapi, jangan pernah suruh saya langgar hukum Allah. Jangan pernah suruh saya ingkar ajaran orang tua saya!”

So.. I consider it as no.” Akhirnya.. senang kerja aku! Harraz rasa nak melompat dalam hati.

“Kalau macam tu, we can end this peacefully.” Saat yang dinantikan Harraz. Dan Nurin pun dah tak sabar-sabar nak balik baling bola tenis kat dinding. Dan dia dah punya modal muka siapa yang harus diletakkan kat dinding tu nanti!

Okay.. end it peacefully.”

Nurin letakkan beg kertas yang mengandungi beberapa pelan cadangan Nature City yang kononnya diminta encik big bos depannya ni. Penat semalaman dia bersengkang mata, berhempas pulas, haa.. 'ber’ apa lagi nak cakap untuk membayangkan betapa dia inginkan kesempurnaan pada lukisan-lukisan itu. Rasa sangat tak sia-sia usahanya. Kalau tahu jadi macam ni, baik dia layan Running Man sampai pagi. Boleh jugak buat gelak!

Harraz tak faham bila Nurin nak berlalu lepas tinggalkan bag kertas-kertas tu.

“Apa ni?”

“Hadiah perkenalan kita, Encik Harraz. Sudilah terima daripada gadis bertudung ni,” sinis Nurin.

“Manalah tahu satu hari nanti berguna jugak hadiah saya tu. Kalau Encik Harraz taknak, buanglah. Saya keluar dulu. Assalamualaikum. Terima kasih atas pengalaman interview kali pertama saya yang sangat bermakna ni.”

“Saya berdoa semoga encik kahwin dengan perempuan bertudung nanti.” Senyum sinis sebab nak sakitkan hati Harraz dulu. Bila nampak muka Harraz dah mula tegang, Nurin terus angkat kaki tanpa toleh belakang.

Huh.. patutnya kakinya memang diharamkan daripada cecah lantai pejabat ni. Dekat seratus meter pun jangan!

Oo.. kata nak end peacefully. Tapi, berani kau lancarkan perang, ya budak? Nasib baiklah aku dah tak jumpa kau lepas ni! Harraz pandang beg kertas yang baru ditinggalkan tuannya.
    ------------

Hmm.. settle. Harraz pandang jam. Tak sampai setengah jam. Puas hati. Takdelah susah sangat nak singkirkan pokok pisang bergerak tu. Lepas ni, daddy dah tak boleh cakap apa dah sebab semuanya dah dibuat mengikut procedure dah.

Tapi..

“Saya berdoa semoga encik kahwin dengan perempuan bertudung nanti.”

Haish.. sempat pulak minah tu tinggalkan pesanan penaja. Jangan makbul pulak doa budak tu! Tak mungkin la. Dia bukannya nak dengan perempuan bertudung. Perempuan bertudung pun bukannya nak dengan dia. Harraz, jangan fikir! That girl is just nothing! Like this thing. Harraz pandang tangan kanannya yang tengah genggam beg kertas yang Nurin tinggalkan.

Harraz berjalan ke bilik Personal Assistantnya dengan perasaan sebal. Huh.. dahlah doa aku macam tu, tinggalkan khazanah alam pulak tu! Sesuka Suki One In A Million je dia nak tinggalkan barang kat syarikat ni. Ingat syarikat aku ni Majlis Pembandaran ke apa? Tinggalkan emas, boleh jugak aku jual dapat duit!

Tengok gulungan kertas tu, rasanya Harraz dah boleh agak isinya. Mesti ikut apa yang dia nak iaitu design Nature City. Patuh juga ya budak tu?

Eves.. Throw this away.” Selamba Harraz mengarah sambil mencampakkan beg kertas yang berisi gulungan kertas tu ke atas meja Eves. Sampai terkeluar isi-isinya bila kena campak macam tu.

“Apa ni, Harraz?”

“Budak tu tinggalkan dalam bilik meeting..”

 Budak? Ada budak datang ke tadi?

“Marah agaknya bila kena reject kerja.”

Oo.. Eves baru faham. Nurin ke?

Orait, bos.” Eves patuh.

“Encik.. saya dah siapkan benda yang Encik mintak tu.” Entah dari mana pula datangnya Eriq, salah seorang arkitek syarikat Harraz.

Good.. nanti saya tengok. Leave it to Eves.”

“Ai’ai.. bos.” Eriq letakkan jari telunjuk ke dahi.

Harraz terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Lupa pula sepupunya dalam bilik. Hmm.. tahu la mamat tu nak hidup taknak bagi bosan. Macam tak biasa pulak. Kalau dah bosan tu, mesti keluar menyakat staf-staf perempuan.

Tapi bila masuk bilik, si Farhan masih lagi belek surat khabar. Hai, tak habis-habis lagi? Baca guna mata hati ke apa mamat ni?

“Macam mana interview?” Bersemangat si sepupu nak tahu.

Gone well..” Tiba-tiba teringat sesuatu.

“Banyaklah kau punya damn damn gorgeous tu. Macam pokok pisang bergerak je aku tengok!”

“Pokok what?” Gelak Farhan pecah dengan kata-kata sepupunya tu. Pokok pisang bergerak. Minah punya cun boleh dia kata macam tu? Kenapa dalam banyak-banyak pokok, pokok pisang yang Harraz pilih?

“Hei.. lawa apa? Aku yang first time jumpa dia tadi pun tak puas nak pandang sekali, tahu?”

“Lawa apa kejadahnya? Bertudung..”

“Kau tu yang rabun..” Buat pertama kali, Harraz dan Farhan tak sependapat tentang perempuan. Biasanya, kalau Harraz kata cantik, maka cantiklah pada mata Farhan. Kalau Farhan kata tak cantik, maka tak cantik jugalah pada mata Harraz.

“Tak faham betul aku. Kau dengan daddy sama je. Cakap budak tu cantik.” Harraz geleng kepala. Farhan ketawa.

See.. Pak Long pun sekapal dengan aku.”

“Aku rasa korang kena operate tukar kornea baru.”

“Tapi aku rasa kau yang kena operate.” Kemudian senyum.

“Jangan nanti, satu hari nanti seratus lapan puluh darjah pulak kenyataan kau tu. Yalah.. berubah sebab asyik tenung pokok pisang bergerak kau tu.”

Harraz senyum sinis. “Tak mungkin.. sebab aku dah takkan jumpa dia lagi. Unfortunately she failed the interview.”

Dah agak dah! Takde rezeki la dia nak jumpa Cik Arkitek tu lagi. Oh, ya! Teringat sesuatu.

“Nama dia apa wei?”

“Nurin Areesa.”

Hmm.. Nurin Areesa rupanya. Cantik namanya, secantik orangnya.

Friday 5 July 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 2)

BAB 2

Lepas makan malam, Tan Sri Mukhriz dan isteri seperti biasa, berehat di ruang tamu. Harraz juga turut sama menyertai mereka malam ni. Dah lama mereka sekeluarga tak berkumpul bersama sejak Harraz buat keputusan untuk tinggal sendiri. Malam ni pun, kalau bukan Puan Sri Rosell yang turun padang jemput anaknya pulang tadi, agaknya entah bila si Harraz tu nak jejak rumah. Special betul sampai kena berjemput dulu baru nak balik? Kalau tak, katanya nak balik hujung minggu ni. Boleh percaya ke tak?

Harraz ambil remote controller TV Plasma itu. Siaran sukan ditekan. Manalah tahu kot-kot ada perlawanan bola malam ni. Eh, sejak bila pulak dia ambil tahu pasal bola ni? Musim piala apa entah sekarang ni, dia pun tak tahu. Dia memang minat bola. Cuma sekarang dah jarang tengok. Tapi, kalau bola datang seiring dengan perempuan, mestilah perempuan yang dia pilih.

Harraz tengok jam. Huh.. baru pukul 9.15 malam. Mengantuk pun belum lagi. Macam mana nak mengantuk? Dia ni kan spesis vampire. Merayau cari mangsa malam-malam. Kalau kebiasaannya, masa-masa macam ni memang dia dah jadi pengunjung setia mana-mana kelab malam di ibu kota. Ditemani pulak dengan perempuan cantik-cantik yang selalu tersenyum sampai telinga kalau dia ajak keluar.

Cuma malam ni, terpaksalah dia mengekang masa. Ikat kaki ketat-ketat supaya duduk kat rumah diam-diam kalau taknak dengar mummy buka kuliah perdana. Mahu sejam mummy berceramah kalau dia keluar. Telefon bimbit pun memang sengaja ditinggalkan dalam bilik. Memang dia tahu akan memekak je malam ni kalau dibawa bersama. Bosannya. Tak betah rasanya dok rumah. Pintu keluar rumah tu bagaikan mengamit-gamit dan cakap, “Keluarlah, Harraz. Keluarlah..”

Haish.. tak boleh! Kena duduk rumah. Kalau tak mesti mummy bising. Cakap aku tak sayang dia sebab tu selalu nak keluar je. Malam ni je, Harraz. Malam ni je. Kau sabarlah.

Hmmcompany okay, Harraz?” Tan Sri Mukhriz memulakan perbualan dengan anaknya itu.

Okay,” jawab sepatah sambil mata tengok skrin TV. Tak pelik kalau daddynya tanya pasal syarikatnya. Daddynya memang selalu ambil peduli tentang perkembangan syarikat tu. Dia pun tak pernah segan berkongsi masalah dengan daddynya sebab kalau ada apa-apa masalah, daddynyalah orang pertama yang dirujuk. Sebab Harraz sedar pengalaman Tan Sri Mukhriz jauh lebih banyak daripadanya meskipun dalam business yang berbeza. Masih banyak lagi yang dia kena belajar.

“Oh, ya! Mummy cakap daddy ada benda nak cakap kat Harraz. Pasal apa?” Tiba-tiba Harraz ingat sebab dia kena seru balik malam ni. Tak sempat-menyempat nak tunggu hujung minggu ni padahal dia memang bercadang nak balik hujung minggu ni.

Oo.. pasal tu. Ada sorang anak kawan daddy ni. Dia tengah cari kerja sekarang ni. Daddy nak kamu ambik anak kawan daddy tu kerja dengan kamu. Jawatan arkitek.”

“Arkitek? Tapi, company Harraz takde pulak rasanya perlukan arkitek baru. Dah cukup dah. Bukannya tak boleh ambil baru. Tapi rasa macam membazir.”

“Bukan ke Encik Yaziz tu dah nak pencen ke? Carilah yang baru dari sekarang ni. Tak salahkan? Masa ni la nak train pekerja baru so that bila Encik Yaziz keluar, takdelah rasa kehilangan sangat nanti,” jawab Tan Sri  Mukhriz.

Sememangnya Tan Sri Mukhriz cekap. Terlalu teliti dengan perkembangan syarikat anaknya tu. Setiap seorang pekerja syarikat tu rasanya dia boleh kenal macam mana dia kenal setiap pekerja di syarikatnya sendiri.

Eh, mana daddy tahu ni? Aku memang tak boleh nak menipulah kalau bab syarikat dengan daddy ni. Harraz garu pelipisnya yang memang tak gatal. Memang kena berguru dengan daddynya lagi. Cekap betul daddynya. Dia sendiri pun tak ingat yang Encik Yaziz nak bersara nanti kalau bukan Tan Sri Mukhriz yang cakap.

“Alah.. tu kan lambat lagi. Nantilah Harraz cari lain. Banyak masa lagi, kan?” Harraz macam enggan untuk terima cadangan daddynya. Lain macam je bunyi permintaan Tan Sri Mukhriz kali ni? Permintaan ke sedangkan Harraz rasa kata-kata daddynya tu dah macam satu perintah. Makin musykil Harraz sebab mana pernah daddy masuk campur dalam pengambilan kakitangan syarikatnya. Pelik!

“Kamu ambiklah dia kerja, Harraz. Daddy dah janji dengan dia nak bagi jawatan tu kat dia.”

Harraz terkejut. Geram pun ada. Suka hati je nak tentukan siapa para pekerjanya. Ingat syarikat dia terima sesiapa je ke? Tak puas hati tapi tak mungkin Harraz lepaskan. Tapi, serius pelik sebab daddy tak pernah cakap macam ni kat dia. Macam hebat sangat je anak kawan daddy tu?

“Siapa dia tu? Berapa tahun dah pengalaman kerja? Kerja kat mana sebelum ni?” Harraz nak tahu.

“Dia baru je grad.”

“Baru je grad? Boleh harap ke budak tu?” Harraz kurang percaya. Kalau bayangkan budak baru lepas universiti, rasa macam tak boleh percaya je. Jawatan arkitek pulak tu. Mampu ke nak setanding senior-senior yang dah lama dalam bidang tu? Kalau pun dia nak cari arkitek baru, memang dia dah pasang niat nak cari yang dah berpengalaman kerja. Tak kisahlah kalau kena bayar mahal sekalipun. Sebab rasa berbaloi.

“Dia baru je nak belajar. Tak salahkan kalau kamu train dia? Entah-entah jadi lebih hebat daripada senior-senior kat company tu. Manalah kita nak tahu?” Tan Sri Mukhriz menangkan anak kawannya.

Wah, daddy bela budak tu! Macam  yakin je daddy ni. Hebat sangat ke budaknya.

“Lelaki ke perempuan?”

“Perempuan.”

“Perempuan?” Hmm.. patutlah. Betul ke anak kawan ni? Musykil pulak Harraz rasa. Jangan cakap tu calon mak tiri aku dah la! Daddy ni pun bukannya boleh percaya sangat. Kalau tak, takkanlah daddy dan mummynya hampir-hampir nak bercerai masa tinggal di New York dulu. Betapa tertekannya Harraz tujuh tahun dulu. Sampai-sampai dia lari balik Malaysia kejap. Nasib baiklah jodoh mereka masih panjang.

“Ya.. perempuan. Kamukan suka perempuan.” Tan Sri Mukhriz sindir sedas. Tahu perangai anaknya yang sangat sukakan perempuan. Antara syarat nak kerja syarikat dia, kena cantik. Tak faham betul. Polisi syarikat manalah yang dia ikut? Pentingkan rupa paras?

“Cantik tak?”

“Cantik.” Yakin je Tan Sri Mukhriz menjawab. Perasan juga jelingan tajam isterinya yang sedari tadi menjadi pendengar setia.

“Seksi tak?”

Kali ni Tan Sri Mukhriz pulak yang bagi jelingan tajam. Nak kena budak ni! Ingat dia tengah rekomenkan model bikini ke apa? Dia tengah rekomenkan orang untuk jawatan arkitek, tahu?

“Kamu ingat seksi tu syarat wajib nak dapat jawatan tu ke?” soal Tan Sri Mukhriz geram. Harraz ni memang tak pernah serik. Rasa macam nak hempuk anaknya tu pun ada.

“Mestilah kalau kat syarikat Harraz.” Selamba pula Harraz menjawab dengan muka tak bersalah. Daddy ni buat-buat tak tahu pula.

Haish.. boleh sakit jantung kalau bercakap dengan Harraz ni! Tan Sri Mukhriz menggeleng kepala. Apa nak jadi dengan anak aku sorang ni? Adakah ini balasan Allah terhadapnya yang lalai sebelum ni?

Sebab tu la dia akan pastikan Nurin dapat jawatan kat syarikat tu. Makin bersemangat pulak dia nak pastikan Nurin bekerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya dia tahu juga yang Harraz punya kawan perempuan yang senonoh walaupun sorang.

Daddy tak kira. Pokoknya daddy nak kamu interview Nurin tu.”

Terangkat sebelah kening Harraz bila dengar Tan Sri Mukhriz cakap macam tu. So, budak tu nama Nurin. Nama yang sangat biasa. Harraz tiba-tiba dapat idea.

Okaylah kalau macam tu. Harraz akan interview dia. Nak tengok layak ke tak budak tu dapat jawatan tu. Nak jugak Harraz kenal sehebat mana budak tu sampai-sampai Tan Sri Mukhriz sendiri yang rekomenkan dia. Tapi, kalau Harraz rasa tak sesuai, tak payahlah terimakan?”

Harraz akhirnya bersetuju. Sebab dah malas nak berdebat dengan daddynya. Macam-macam dah dirancang dalam kepalanya. Yang pasti, memang dia takkan pernah terima budak tu. Melainkan memenuhi kriteria yang dikehendakinya. Kalau tak, memang say goodbye la. Yang penting sekarang ni, jalankan interview tu, lepas tu reject. So, daddy tak boleh cakap apa-apa sebab aku dah lakukan ikutkan procedure. Betul tak?

“Tapi, dengan syarat Harraz nak dia design satu pelan berkonsepkan Nature City sebab projek company Harraz yang seterusnya pasal Nature City. Kalau dia boleh puaskan hati Harraz dengan lukisan tu, Harraz akan terima dia.” Harraz kemukakan helahnya lagi.

   ------------

“Amboi, abang! Beria-ia nampaknya rekomenkan anak kawan abang tu dekat Harraz. Ada apa-apa ke abang ni?” Puan Sri Rosell bersuara lepas dia tinggal berdua dengan suaminya di ruang tamu. Curiga.

“Saja nak tolong anak kawan abang, tak boleh ke?”

“Saya bukannya apa. Tak pernah-pernah saya tengok abang masuk campur dalam syarikat Harraz tu. Kenapa kali ni tiba-tiba? Cantik sangat ke budak nama Nurin tu?” Puan Sri Rosell curiga lagi. Tak pernah-pernah dia dengar suaminya puji perempuan lain cantik. Siap bertekak dengan Harraz sebab nak bela budak nama Nurin tu lagi.

Kali ni Tan Sri Mukhriz ketawa. Ni dah kes cemburu. Haha.. isterinya cemburu la!

“Memanglah cantik. Cantik sangat. Sejuk hati kalau jadi isteri,” jawab Tan Sri Mukhriz. Sengaja nak kenakan isterinya.

Mencuka wajah Puan Sri Rosell. Sakit hati bila suaminya puji perempuan lain. Entah-entah Nurin tu calon madunya tak? Hai.. tak sayang nyawa la tu orang sebelah ni!

“Abang jangan nak pasang niat nak duakan saya lagi, ya? Abang jangan nak ulang kisah lama. Ingat saya nak duduk diam je?” Puan Sri Rosell dah mula keluarkan belang harimaunya. Marah betul kalau sejarah kembali berulang.

Tan Sri Mukhriz yang tengok sikit pun tak takut. Malah dia siap gelak lagi. Tahu.. mesti isterinya takkan duduk diam. Kalau tak dia yang masuk ICU, calon madunya yang masuk bawah tanah. Dapat isteri garang macam ni, suami pun takkan berani nak cari pasal. Tapi, garang-garang Puan Sri Rosell, dia tetap sayang dulu, kini dan selamanya.

“Apa awak ni? Takkanlah abang nak duakan awak pulak? Semua tu dah kisah lama. Janganlah awak ungkit lagi. Masa tu abang salah.” Tan Sri Mukhriz sedar kesalahannya dulu.

“Abang ni dah tua. Perempuan tengok pun dah tak selera.” Puan Sri Rosell mencebik.

Tak selera konon. Kalau tahu poket tebal, tu dah jadi ubat pembah selera. Perempuan zaman sekarang ni mana pernah kisah dah. Lelaki takde hidung pun sanggup dia sambar, janji ada wang. Harta lebih penting. Tambah pulak suaminya memang ada sejarah silam. Kalau dulu boleh buat, takkan sekarang ni tak boleh?

“Abang dah berubah la. Abang sayang awak je. Nurin tu cuma anak kawan abang. Awak kenalkan kawan abang, Pian? Nurin tu anak dia dengan Seha.”

“Oh, ya ke? Lamanya tak jumpa mereka. Nurin anak mereka rupanya.” Puan Sri Rosell tiba-tiba teringatkan kawan suaminya tu. Terus sejuk api kemarahannya.

“Kita tengok Nurin dulu kecik lagi. Sekarang ni dah besar panjang. Cantik. Sejuk hati abang bila tengok wajah tenangnya. Sebab tu abang cakap tadi sesiapa yang jadi suami Nurin, mesti rasa sejuk hati. Kalau jadi menantu abang, tak ke seronok?”

Puan Sri Rosell pandang suaminya bila dia cakap macam tu. Macam pasang niat nak jadikan menantu je? Menantu takpe. Jangan isteri sudah! Kalau jadi menantu tu, tak ke sama maksud dengan kahwinkan dengan Harraz? Sebab itu je satu-satunya anak yang mereka ada. Nak jodohkan Harraz dengan Nurin ke apa? Teringin pulak nak kenal dengan Nurin ni. Suatu hari nanti, dia mesti jumpa Nurin!

“Masalahnya, bang, nak ke budak Nurin tu dengan anak kita yang perangai macam tu?”

Tan Sri Mukhriz mengeluh. Faham maksud isterinya. Nak ke Nurin dengan anaknya? Dia pun rasanya boleh bagi jawapan lepas tahu perangai Harraz macam mana.

“Sebab tu la saya nak sangat Nurin kerja dengan Harraz. Sekurang-kurangnya ada probability untuk dia ubah Harraz. Abang teringin tengok Harraz berubah. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Paling tak pun, dia tinggalkan perangai kasanova dia tu.”

“Mampu ke, bang?” Puan Sri Rosell kurang yakin. Sedangkan mereka sebagai orang tua Harraz pun hanya mampu tengok je, inikan pulak orang luar? Harraz tu bukan macam orang lain. Ego tinggi melangit. Tegas dalam semua perkara. Punyai sifat yang tak terjangka. 

Boleh jadi paling kelakar, paling baik, paling hebat dan juga paling garang. Kalau dia tak suka, maka jangan harap nak jadi suka. Itulah Harraz, anak yang mereka bentuk. Huh! Mengeluh lagi.

Salah mereka juga Harraz jadi macam tu. Dari lahir sampai besar dibesarkan di negara orang, macam tu la jadinya. Mereka terlalu kejar harta dunia sampai lupa ilmu akhirat. Selalu mengajar Harraz tentang kemewahan sehingga anaknya tu tak tahu apa makna susah dan kecewa. Semua permintaan Harraz, mereka turutkan. Anak tunggal la katakan. Dan akhirnya, rebung dah jadi buluh. Itulah Harraz sekarang.

Sejak akhir-akhir ni je mereka baru insaf dan mendekatkan diri dengan Allah. Sedar harta dunia tak ke mana. Mungkin sebab mereka dah tua, rasa insaf itu datang dengan sendirinya. Tapi cuma Harraz je yang masih sama. Mungkin sebab merasakan diri masih muda dan masih ada banyak masa lagi nak bertaubat.

“Sebab tu la saya akan pastikan walau apa pun jadi, Harraz kena terima Nurin kerja kat syarikat dia tu.”

Ya… walau macam mana sekali pun!

  ----------

Nurin cuma memakai baju kurung hijau lembut bercorak dipadankan dengan kain sarung kosong, juga berwarna hijau. Selendang kosong berwarna hijau turut dipadankan di kepala. Wajahnya pula hanya disapu dengan bedak asas dan bibirnya pula cuma dicalitkan dengan lip gloss yang menyerlahkan warna asli bibirnya. Tak perlu berlebih-lebih kalau nak cantik. Jangan sampai hilang yang aslinya. Nurin pandang lagi imej di depannya. Cuba mencari kekurangan diri di depan cermin besar dalam biliknya.

Hari ni merupakan hari amat bermakna baginya. Tan Sri Mukhriz menelefonnya semalam dan membawa satu berita gembira. Kata Tan Sri Mukhriz, anaknya sudah bersetuju untuk jalankan satu sesi interview untuk mengambilnya kerja.

Alhamdulillah.. bersyukur rasanya bila dipanggil interview. Sekurang-kurangnya, peluangnya cerah untuk diterima kerja. Ya Allah, minta-mintalah dia dapat kerja kali ni!

Penampilan melambangkan keyakinan. Sebab tu la dia kena tampil tanpa sebarang kelemahan hari ni. Dia mahu bagi persepsi positif kepada orang atasan yang bakal interview dia nanti. Segala persediaan dah disiapkan. Terutama sekali design Nature City yang dimahukan oleh Harraz Naufal. Semalaman dia bersengkang mata semata-mata nak pastikan tiada kecacatan pada lukisan itu. Segala ideanya dicurahkan demi menghasilkan satu pelan yang sempurna.

Berdebar-debar rasanya. Diterima atau direject nanti? Tapi, dia cuba bertenang. Semoga semuanya lancar nanti. Serahkan semuanya kepada Allah.

“Umi.. Abah.. pergi dulu.” Nurin meminta diri. Juga restu daripada orang tuanya. Tangan orang tuanya disalam.

“Hati-hati drive, Ayong. Abah doakan semoga Ayong berjaya kali ni. Doa abah selalu bersama Ayong.” Encik Sufian memberi semangat kepada puteri sulungnya itu.

“Baca doa tenangkan hati. Jangan cepat melatah kalau kena marah nanti. Kita kalau datang tempat orang, kena pandai suaikan diri. Kuatkan pegangan. Biar kita yang ubah orang, jangan orang yang ubah kita nanti.” Panjang lebar pula uminya memberi nasihat.

“Yalah.. terima kasih, umi, abah sebab selalu bagi semangat kat Ayong.”

Lepas dengar kata-kata semangat serta sokongan daripada orang tuanya, terus naik semangat Nurin. Hilang separuh rasa gundahnya.

Ya Allah.. kuatkanlah semangatku! Nurin berdoa dalam hati.

     -------------
Rasanya dah tak salah. Kalau ikutkan alamat yang Tan Sri Mukhriz bagi, memang ni la yang bangunan yang dimaksudkannya. Kata Tan Sri Mukhriz, bangunan ni ada lapan belas tingkat. Tak sempat pulak Nurin nak kira berapa lapis syarikat ni memandangkan ni kali pertama dia datang.

Nurin menapak masuk ke dalam lobi syarikat tu. Tak salah lagi bila lihat terpampang besar tulisan Harraz Holdings di dinding belakang dua orang penyambut tetamu yang sedang berkerja di kaunter.

“Assalamualaikum, cik.” Nurin menyapa. Tak tahu pada siapa sebab sorang perempuan yang berambut sanggul tu, tengah menelefon orang dan sorang lagi perempuaan berambut panjang separas pinggang tu tengah gilap kuku.

Takde orang layan.

“Assalamualaikum, cik.” Kali ni Nurin kuatkan suara. Manalah tahu dua orang tu tak dengar. Tapi, kalau ikut logik, memang pekak tahap tak ingat la kalau tak dengar. Memang dah tahap kena pergi hospital, pergi sedut semua tahi telinga. Sekali pun tak dengar, Nurin rasa minah dua orang tu nampak dia yang tengah terpacak mengalahkan tiang bendera kat depan kaunter penyambut tetamu tu.

Nurin panas hati bila dia tak dilayan. Bila Nurin tekan loceng yang ada atas kaunter tu, baru perempuan yang tengah asah gilap kuku tu angkat muka. Ni la agaknya fungsi loceng ni!

“You.. nak apa?” soal perempuan tu dengan suara ikhlas tak ikhlas. Tu pun lepas satu round dok usha Nurin dari atas sampai bawah.

“Saya hari ni ada appointment dengan Encik Harraz. Saya kena pergi mana, ya?” Nurin masih cuba berhemah. Sabar.. sabar.. teringat kata-kata uminya. Kita kat tempat orang! Kita kat tempat orang!

“Tunngu kejap. I call PA dia.” Hanya tu je yang perempuan tu balas. Sempat Nurin usha nama perempuan kurang adab tu. Namanya Suzila.

Lepas tu Nurin hanya jadi pemerhati. Melihat Suzila menelefon seseorang dan bercakap-cakap tentang apa.

“Nama apa?” Dia tanya Nurin.

“Nurin Areesa bt Ahmad Sufian.”

Lepas tu Suzila sambung cakap balik. Tak sampai setengah minit, dia kembali pandang Nurin.

“You boleh naik tingkat 18 sekarang. Nanti you jumpa Cik Eves, PA Encik Harraz.”

Okay.. terima kasih.”

Nurin cepat-cepat berlalu ke depan lif. Apalah syarikat ni. Besar bukan main, tapi penyambut tetamu tak lepas tadika rupanya. Kalau lepas, takkanlah perangai macam tu. Rasanya dari tadika lagi dah ajar cara-cara hormatkan orang. Dahlah salam aku tak reti nak jawab! Adoi, sakit hati! Tak pasal-pasal dapat dosa pagi ni.

Ada beberapa staf lalu-lalang di depannya. Semua macam tengok pelik padanya seolah-olah dia tak berbaju. Nurin kurang senang, tapi dia cuma berlagak tenang. Dia tak kacau orang, jadi tolonglah jangan kacau dia! Mungkin sebab orang tak pernah tengok muka dia kut. Sebab tu semua orang tertanya-tanya. Sedapkan hati sendiri lagi.

Nurin pandang lif depannya. Lambat la pulak nak terbuka. Ada seorang lelaki muncul berdiri di sebelahnya. Turut sama menunggu lif. Nurin buat tak endah. Tapi, dari ekor matanya dia dapat rasa yang mata lelaki tu tengah pandang dia dari atas sampai bawah. Hai.. pelik sangat ke dia pakai sampai semua orang pandang macam tu. Rasanya dia dah pakai baju rasmi Malaysia. Semua orang kenal. Bukannya dia pakai daun kering ke apa. Nak je dia tanya lelaki tu, “Apa yang tak kena dengan saya sampai-sampai semua orang kat company ni tengok pelik kat saya?”

Nurin yakin dia bukannya syok sendiri. Okay.. kita tengok betul ke tak teori Nurin. Nurin pandang lelaki tu. Haa… kan dah cakap! Tepat matanya pandang anak mata lelaki tu. Macam yang Nurin agak, lelaki tu dah terkantoi mengusha Nurin. Lelaki tu senyum. Nak cover la tu sebab dah kantoi. Nurin cuma balas senyuman lelaki tu. Senyum tu sedekah. Nasib baiklah mamat sebelah ni bukan main handsome. Tinggi, putih pulak tu. Bila senyum, nampak lesung pipit kat pipi kanan dia. Tengok.. sampai lesung pipit Nurin sempat perasan.

Pintu lif terbuka. Dengan lagak gentleman, lelaki tu mempersilakan Nurin masuk dulu sebelum dia menerobos masuk. Kedua-duanya nak pergi tingkat 18. Satu je dalam kepala Nurin. Lelaki ni pun salah satu staf syarikat ni ke? Tapi kenapa pakaiannya santai macam nak pergi lepak dengan kawan je? Pakai t-shirt merah dan seluar geans lusuh je?

“Hai.. awak ni pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” tegur lelaki tu.

Nurin cuma senyum. “Tak. Hari ni saya ada interview kat syarikat ni.”

Lelaki tu mengangguk. Oo.. patutlah dia nampak kat tangan Nurin ada satu fail. Fail resume kut. Dan ada satu beg yang ada beberapa gulungan kertas.

“Arkitek?” teka lelaki tu lagi.

Nurin senyum lagi sebelum angguk. Dah boleh agak kalau tengok gayanya.

Yes.. saya betul. Sebab saya betul, bagitahu la saya nama awak.”

Ewah.. ni taktik baru lelaki nak mengorat ke apa? Sendiri bagi soalan, sendiri jawab? Lepas tu yang tukang bagi hadiah, perempuan? Amboi.. Entah apa-apa mamat ni. Makhluk dari planet mana entah. Takkanlah semudah tu dia nak bagitahu namanya. Bukannya nak sombong, tapi kalau rasa tak perlu tu, tak payahlah kut. Lagi pun dia tak kenal lelaki tu. Melainkan lelaki tu cakap apa jawatan dia dalam syarikat ni.

“Saya Farhan.” Lelaki tu memperkenalkan dirinya lepas Nurin buat tak layan dengannya. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Nurin.

Dalam hati Nurin, ada aku kesah kalau sekali pun kau tu Robert Pattinson? Tapi Nurin cuma senyum sambil menundukkan sedikit tubuhnya. Menunjukkan dia menghargai Farhan yang memberitahu namanya. Salam Farhan dibiarkan sepi sebab memang dia tak bersalam dengan lelaki.

Masa tu la pintu lif terbuka. Cepat-cepat Nurin menapak keluar. Farhan turut sama melajukan kakinya mengejar Nurin. Gadis tu dia rasa macam unik. Sampaikan boleh buatkan dia, Farhan Badriz bin Datuk Mohsin mengejar?

“Cik Arkitek. Tunggu!” panggil Farhan. Kaki Nurin berhenti betul depan pintu lut sinar kawasan pejabat untuk aras 18. Cik Arkitek dia panggil aku?

“Kita nak jumpa orang sama, Cik Arkitek. Harraz Naufal, am I right?” Farhan senyum. Daripada apa yang Nurin dengar, lelaki depannya sekarang ni macam rapat dengan Harraz. Adik ke abang? Tapi, kata umi Harraz anak tunggal. Kawan dia kut.

“Sebelum menapak masuk, saya cuma nak bagi pesanan penaja sikit. All the best and good luck. Kuatkan hati dan jiwa. Because you will be meeting a very charming guy. Harraz takkan lepaskan perempuan cantik macam awak ni. Jangan cair dengan si Harraz tu pulak. Nanti saya cemburu.” Farhan senyum lagi dan kenyit sebelah mata sebelum dia terlebih dulu menarik pintu lut sinar itu.

Nurin ternganga kejap. Kuatkan hati dan jiwa. Because you will be meeting a very charming guy? Handsome sangat ke mamat tu kalau sampai tahap kena kuatkan hati dan jiwa. Ingat iman aku ni senang nak luntur ke kalau menghadap lelaki sehandsome mana pun?

Jangan cair dengan si Harraz tu pulak. Nanti saya cemburu? Haa.. what the…?? Cemburu? Kalau aku cakap mamat tu gila pun rasanya ada logik jugak. Kenal seminit dalam lif pun dah mampu keluarkan ayat macam tu. Nampak bebenor kaki perempuan. Dasar Crocodylus niloticus punya spesis.

Lelaki tu memang pelik. Bukan.. syarikat ni memang pelik.