Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 18 August 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 4)

BAB 4

“Tak guna punya spesis. Sepatutnya spesis macam tu, kena sumpah jadi biawak hidup.” Rasa marah Nurin dah lama dipendam sejak mengadap Harraz Naufal lagi. Terbawa-bawa sampai rumah.

Nurin hempas tubuhnya atas katil. Kemudian ambil bantal peluk patung anak harimau, letak atas muka. Tak tahu rasa hati sekarang ni. Nak menangis pun ada mengenangkan usaha kerasnya yang bagaikan langsung tak dihargai Harraz.

Harraz.. ya nama mamat tak guna tu Harraz Naufal. Nama punyalah cun. Tak kena langsung dengan perangai! Agaknya Uncle Mukhriz tersalah letak nama agaknya. Entah-entah mamat tu bukan anak kandung Uncle Mukhriz. Sebab tu la perangai tak sama langsung.

Pejam mata. Terbayang terus muka kacak maut Harraz tengah senyum sinis. Menempah maut betul! Buka balik mata! Ya Allah.. sakitnya mata dan hati! Kenapa kena kenal mamat tu? Harap muka je handsome, tapi perangai macam hantu Kak Limah balik Amerika!

Huh.. tak payah fikir, Nurin! Kau dah takkan jumpa dia dah lepas ni.

   -----------

Dum! Dum!

Puan Norseha yang baru jejak kaki masuk rumah berhenti. Dia pandang anak keduanya yang tengah melayan cerita cina di ruang tamu.

“Eh, Angah! Bunyi apa tu?” soal Puan Norseha.

Dum! Dum! Sekali lagi dia dengar benda yang sama. Kali ni dia yakin datang daripada bilik anak sulungnya. Eh.. dah balik ke?

“Anak sulung umi la tu. Dah cukup bulan terang mengambang, sebab tu la dia  jadi macam tu.” Selamba Ariana menjawab. Dah cukup maklum dengan perangai kakak sulungnya itu.

“Kenapa? Apa dah jadi dengan Ayong?”

Ariana angkat bahu. Tak tahu! Dia pun malas nak tanya. Karang tersilap hari bulan, dia juga yang kena marah balik. Bukan tak tahu angin monsun Barat Daya kakak dia tu. Sekali datang, memang kena libas semua. Huh.. garang mengalahkan mak singa hilang anak!

“Umi tanyalah dia sendiri. Something happened kut masa interview tadi,” balas Ariana.

  -----------

Sekuat hati Nurin baling bola kecil berwarna hujau kekuningan tu ke dinding. Tepat kena pada kertas A4 yang dah dilukis orang lidi. Meskipun hanya orang lidi, tapi memang dah disetkan dalam kepalanya yang tu adalah Harraz. Nurin baling bola tenis tu sekuat hati. Rasa macam dia tengah baling betul-betul kat muka kacak Harraz Naufal.

            Mamat tu sombong sebab hidung dia tinggi kut. Ni kalau kena hidung tinggi mamat tu, ada bagusnya jugak! Biar patah lepas tu rendah sikit. Barulah tak sombong.

Bunyi pintu ditolak dari luar. Masa tu tepat bola tenis dalam tangannya. Nurin pandang uminya yang masuk. Terus berhenti baling.

Puan Norseha mendekati anak sulungnya yang tengah duduk bersila di tengah-tengah katil. Kalau tengok muka anaknya tambah pula dengan bola tenis di tangan, dah dapat diagak anaknya tengah melepas geram. Mesti fail interview ni!

“Dah takde rezeki, Ayong. Allah yang tentukan setiap rezeki.” Puan Norseha duduk di tepi katil Nurin.

Huh.. Nurin mengeluh. Bola tenis diletakkan tepi meja. Kalau setakat gagal tu dia takdelah kisah sangat. Tapi, dia rasa macam dipermainkan sebab tu la dia rasa geram sangat.

“Ayong tahu. Ayong tak kisah sangat kalau fail. Tapi perangai mamat tu yang Ayong geram.  Umi tahu dia cakap apa? Kalau Ayong nak kerja kat syarikat dia tu, Ayong kena bukak tudung. Lepas tu pakai baju entah apa-apa,” cerita Nurin geram.

Seriously?” Puan Norseha nampak terkejut.

Serious la, umi. Ayong rasa mamat tu bukan anak Uncle Mukhriz la. Sebab tu la perangai macam melaun. Tak sama langsung dengan Uncle Mukhriz. Ada gene yang terencat agaknya dalam kromosom mamat tu. ” kutuk Nurin selamba.

 “Hish.. budak ni. Tak baik cakap macam tu,” tegur Puan Norseha.

Sorry.. geram sangat.”

“Mungkin takde rezeki Ayong kat situ. Mungkin Mukhriz tak tahu anak dia akan buat Nurin macam tu.”

“Nurin pun memang taknak kerja kat situ. Macam tak boleh ngam je lepas tengok staf-staf syarikat tu tadi. Memang menderita zahir batin rasanya.” Terbayang balik suasana pelik syarikat Harraz Holdings tadi. Tak kena dengan jiwanya dan gayanya yang muslimah.

“Dahlah.. rasa lapar la pulak, umi. Jom Ayong tolong masak.” Nurin bangun.

Mood Nurin dah okay. Tersenyum Puan Norseha tengok anaknya. Macam tu la perangainya. Kejap je dia akan marah. Lepas tu semua akan kembali macam biasa.

   ------------

“Harraz.. masuk bilik kerja daddy sekarang!” perintah Tan Sri Mukhriz mandatori. Belum sempat Harraz balas, daddynya dah masuk balik bilik kerjanya.

Harraz yang baru nak keluar rumah terus tak jadi. Mengeluh kejap. Huh.. terkurung lagi la aku malam ni! Dapat dirasakan apa yang bakal daddynya katakan. Pasal budak Nurin tu  agaknya. Cepat betul report sampai. Tak sampai 24 jam pun lagi. Serius sangat agaknya sebab tu kena seru masuk bilik kerja.

Nak taknak, Harraz ikut masuk bilik kerja daddynya. Serius nampak muka daddynya.

“Ada apa daddy?” selamba si anak bertanya.

“Apa kamu buat kat Nurin?” Tinggi suara Tan Sri Mukhriz bertanya.

Sakit betul hatinya bila dia menelefon Encik Sufian tadi. Memang sengaja dia menelefon sebab mahu tahu sama ada Nurin diterima kerja atau tak. Panas rasa hati bila Nurin tak diterima kerja. Dia berjanji yang Nurin akan diterima kerja di syarikat anaknya. Tapi, apa yang dibalas Encik Sufian mengecewakannya.

“Takpelah.. Mukhriz. Dah takde rezeki anak aku nak kerja kat sana. Anak aku cakap dia pun taknak kerja kat sana. Aku pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu…”

Tan Sri Mukhriz tahu kenapa. Sebab budak depan matanya sekarang ni la! Mesti ada sesuatu yang Harraz lakukan sampai-sampai Nurin dah macam serik nak jejakkan kaki ke syarikat tu. Apa yang digerunkan adalah kalau-kalau Harraz cuba mengambil kesempatan kat Nurin. Yalah.. Nurin tu cantik. Anaknya pulak pantang nampak perempuan cantik.

“Buat apa?” Harraz buat-buat tak tahu. Memang dah dapat diagak dah mesti pasal Nurin. Apalah budak tu mengadu kat daddy ni?

“Kenapa Nurin cakap dia dah taknak kerja kat syarikat Harraz?”

“Manalah Harraz tahu. Memang dia gagal dalam interview tadi. Apa boleh buat?”
“Harraz ada buat benda-benda tak senonoh kat Nurin ke?” Mencerun mata pandang anaknya.

Eyeww.. tolonglah daddy. Not my taste.” Selamba Harraz jawab. Faham maksud daddynya.

“Habis tu? Apa yang Harraz buat?”

“Macam biasa je. Harraz cakap pasal etika pakaian kerja kat syarikat Harraz. Mana boleh tutup-tutup kat syarikat Harraz. Semua staf mesti pandai bergaya. Harraz cakap kat dia, kalau nak kerja, kena bukak tudung. Tapi dia taknak. So, apa boleh buat?”

Ya Allah.. anak aku ni! Tan Sri Mukhriz raup muka. Sabar je la hati. Rasa nak bagi penampar je kat muka anaknya tu. Tapi, mengenangkan semuanya berpunca daripada didikannya, Tan Sri Mukhriz hanya mampu mengeluh.

“Kamu ni makin melampau  la Harraz. Daddy tak kira. Esok Nurin masuk kerja kat syarikat kamu!” arah Tan Sri Mukhriz tegas.

Daddykan dah janji yang daddy akan terima keputusan Harraz sekali pun budak tu gagalkan?”

Daddy tak kira. Daddy nak Nurin kerja esok!”

“Kalau Harraz taknak? Tu bukan syarikat daddy,” cabar Harraz.

“Ya.. memang bukan syarikat daddy. Dan daddy pun rasa macam dah taknak terlibat langsung dengan syarikat tu.”

“Apa maksud daddy?” Harraz rasa macam dia faham apa yang dimaksudkan Tan Sri Mukhriz.

Daddy akan tarik diri daripada jadi share holder kalau Harraz tak ambil Nurin kerja. Kamu pun tahu Harraz. Kalau daddy tarik diri atau jual kat orang lain, absolutely you will say goodbye to your CEO of Harraz Holdings title.”

Daddy ugut Harraz?”

“A’aa.. daddy tengah ugut Harraz.”

Daddy won’t dare..”

Who says so? Besok juga daddy boleh sign surat jual beli share tu. Dengar-dengar ramai yang berminat. Apalah sangat kalau syarikat tu jatuh kat tangan orang lain. Syarikat daddy ada. Selalu mengalu-alukan kedatangan Harraz.”

Harraz genggam penumbuk. Geram! Tak tahu nak cakap apa dah sebab tahu apa yang dikatakan Tan Sri Mukhriz semuanya benar belaka. Mana mungkin dia benarkan syarikat kesayangan dia tu jatuh ke tangan orang lain.

“Kenapa beria-ia sangat daddy nak budak tu kerja dengan Harraz? Sampai-sampai sanggup ugut Harraz demi dia?”

“Sebab daddy hutang nyawa dengan keluarga Nurin. Dulu daddy pernah accident. Kalau bukan disebabkan ayah Nurin yang sanggup menderma darah dulu, mungkin sekarang ni Harraz dah tak jumpa daddy.”

Ternganga Harraz dengar. Tak pernah pulak dia dengar pasal hutang nyawa ni. Another story line ke apa?

So memang sepatutnya daddy lakukan yang terbaik untuk anaknya pulak. Tak susah Harraz. Just let Nurin come working tomorrow.”

So, how?” Tan Sri Mukhriz dah dapat rasakan kemenangan akan berpihak padanya. Yakin tak sampai seminit, Harraz akan bersetuju. Harraz terdiam sekejap.

9.30 am tomorrow. Sharp!” Arghhh… terpaksa jilat ludah balik! Harraz terpaksa mengalah. Tan Sri Mukhriz tersenyum kemenangan.

Lepas je Harraz berkata, dia terus berlalu. Malam ni patutnya dia bergembira sakan sampai pagi supaya hilang semua stress!

Daddy memang tak sayangkan Harraz!” Pintu bilik dihempas kuat sebagai tanda protes.

Menggeleng kepala Tan Sri Mukhriz melayan perangai anak tunggalnya tu. Tengah panas, semua pun nak dihempasnya. Tak berubah-ubah. Dasar anak muda. Ego! Kejap lagi sejuklah dia tu.

Sebab daddy sayangkan kamulah, Harraz, daddy buat macam ni!

  ----------

“Kenapa dengan Harraz? Merah benar muka dia.”

Puan Sri Rosell yang baru nak menghantar kopi ke bilik kerja suaminya bertanya. Kebetulan bertembung dengan anak terunanya depan pintu masuk. Nasib baik tak terlucut piring cawan dari tangan bila dengar pintu kena hempas depan mata. Belum sempat ditegur, anaknya terus hilang dari pandangan.

“Anak awak.. biasalah. Ada benda yang tak disuka, mana pernah nak cover-cover.”

“Pasal apa dia nak marah?”

“Pasal abang suruh dia ambik Nurin kerja la. Pasal apa lagi?”

So, jadi tak?” Puan Sri Rosell pun berminat nak tahu.

“Mestilah jadi. Kena ugut baru boleh jalan.”

“Abang cakap apa?”

“Abang cakap abang nak jual share kat Harraz Holdings kalau dia taknak ambik Nurin bekerja.”

“Hah? Harraz tak fikir pelik-pelik ke bila abang sanggup cakap macam tu hanya sebab Nurin?”

“Sebab abang cakap abang hutang nyawa dengan Pian. Kalau bukan sebab Pian yang derma darah masa abang accident dulu, mungkin dia takkan jumpa abang lagi. Sebab tu abang kena balas balik kebaikan Pian kat anaknya pulak.”

“Abang pernah accident teruk ke? Bila?” Puan Sri Rosell cuba mengingat balik.

“Awak rasa?” Tan Sri Mukhriz pandang isterinya.

Hish.. abang ni! Tak baik tipu benda-benda macam tu! Jadi betul-betul karang!”

Tan Sri Mukhriz tergelak. “Saja nak ajar budak Harraz tu sikit. Biar dia tahu kalau hutang nyawa, duit berjuta-juta pun takkan pernah cukup. Apa yang penting, Nurin boleh kerja kat sana mulai besok.”

  ------------

Nurin bagaikan tak percaya dengan berita yang didengarinya. Tengah-tengah tak boleh sembahyang, kena kejut awal-awal pagi sangat-sangat menyebalkan hati. Kacau betul orang nak tidur! Beria-ia uminya mengejutkannya bangun. Katanya, dia dipanggil kerja oleh syarikat Harraz Holdings pagi ni.

Mata yang separuh tertutup terus bulat 360 darjah. Tak faham. Harraz Holdings? Bukan ke dia dah gagal semalam?

“Cepatlah bangun, Ayong. Dah pukul berapa ni. Kena masuk hari ni 9.30 pagi. Cepat pergi mandi.” Puan Norseha masih gigih mendudukkan anak sulungnya yang tengah nak terima kenyataan tu.

“Umi.. bukan ke semalam Ayong cakap Ayong gagal ke?” Nurin masih terpinga-pinga.

“Semalam Mukhriz telefon abah. Cakap Harraz dah setuju nak terima Nurin kerja. Abah kamulah ni. Boleh pulak dia lupa nak cakap? Tak pasal-pasal dah kecoh pagi-pagi ni.”

“Tapi.. Ayong taknak kerja kat sana!” Nurin berat hati. Hai.. tengah-tengah taknak ni la dapatkan? Selalu macam ni!

“Jangan nak mengada. Rezeki dah ada, jangan ditolak. Baik Ayong pergi.” Puan Norseha cekak pinggang.

“Umi.. Ayong taknak jumpa mamat tak cukup kromosom tu!”

“Ayong! Sekali pun taknak jumpa Harraz, pergilah demi Uncle Mukhriz. Bersungguh-sungguh dia nak tolong Ayong. Kalau tak terima, apa pulak katanya?”

Berbekalkan kata-kata itulah akhirnya Nurin mandi dan bersiap. Akhirnya kakinya berpijak juga pada lantai berkilat Harraz Holdings untuk kali kedua. Beratnya rasa hati hanya Allah saja yang tahu! Kena pulak mengadap CEO sayrikat ni untuk kali kedua jugak.

“Masuk!”

Suara tu… dah dapat rasa betapa dingin dan beku. Nurin dah memang tawakal dengan apa yang bakal terjadi. Pertama sekali, wajah tenang mesti kena tayang.

Senyap antara mereka. Macam semalam, atas bawah, atas bawah Harraz pandang Nurin. Huh.. dasar perempuan zaman batu! Semalam pokok pisang bergerak. Hari ni dah jadi mascot Digi, kubersamamu ke apa?

Harraz pandang jam mahal di pergelangan kiri.

9.32. Didn’t I tell you to come here 9.30 sharply, did I? What a bad record. First day pun dah ada masalah disiplin ke?” sindir Harraz.

Eleh.. dua minit je pun! Tu pun sebab aku melangut nak dekat sepuluh minit depan pintu bilik kau tadi.

“Kalau Encik Harraz nak buang saya sekarang pun saya tak kisah,” selamba Nurin balas.

“Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku nak buang kau. Tapi bukan main daddy bela kau sampai-sampai aku tak boleh nak buat apa. Apa hubungan kau dengan daddy aku? Kau ni perempuan simpanan dia ke?”

Nurin dah tak heran bila dengar bahasa Harraz yang dah berubah. Dah siap aku kau tu, memang dah nekad lancarkan perang nampaknya. Nurin masih tayang muka tenang. Langsung tak berkutik dengan kata-kata Harraz. Nak mengadap orang macam ni, satu je tipsnya. Jangan tunjukkan muka takut!

“Saya tak tahu apa yang Uncle Mukhriz buat kat awak, tapi saya dengan daddy awak takde apa-apa hubungan. Dia cuma kawan abah saya.”

“Huh.. ingat aku nak percaya? Kau tahu.. kalau aku nak pecat kau tu memang dah tak boleh. So, aku akan pastikan setiap hari kau kat sini kau akan rasa betapa menyesalnya sebab dah kenal aku. Kau akan rasa dah taknak datang sini lagi lepas ni. Kau tak kenal perangai aku macam mana, Nurin.” Harraz bagi amaran tsunami.

Nurin dah boleh rasa betapa kelamnya hari-harinya lepas ni. Sanggup ke dia? Ikutkan hati memang nak lari balik. Nak menangis atas riba umi. Tapi, uminya dah pesan awal-awal supaya bersabar dan ingat Uncle Mukhriz. Macam mana ni? Nak diam dan mengaku kalah ke?

Harraz tersenyum sinis bila melihat gadis itu cuma diam. Takutlah tu. Haha.. dasar perempuan lembik. Kena ugut sikit dah takut. Tak proaktif langsung! Macam ni la kalau perempuan yang bukan moden.

“Hai.. dah kecut perut ke?” sinis Harraz.

Nurin cuma senyum balik. Mana boleh mengaku kalah! Kalau Harraz nak dia menderita dan menyesal, dia cuma perlu pastikan yang lelaki tu tak berjaya. Bukan susah pun. Betulkan niat, Nurin. Kerja kerana Allah.

“Takde apa yang perlu nak kecut perut. Kalau nak mati pun tak perlu rasa takut. Kalau awak buat perkara bukan-bukan kat saya, bukannya susah. Saya report je la kat daddy awak. Daddy awakkan sayang saya. Mestilah dia akan bela saya. Ya tak?” bidas Nurin balik sebelum senyum.

Terus mati senyuman Harraz. Nurin betul-betul bidas kepala dia ni! Mulut perempuan ni.. boleh tahan. Kali pertama Harraz rasa dalam hidupnya dia tak dapat balas balik. Kali pertama dia rasa macam anak tekaknya berikat riben sampai-sampai terkelu nak bersuara.

Okay, Encik Harraz. On my first day, what I need to do?” soal Nurin.

Tak dipedulikan pandangan tajam Harraz. Nampak marah bebenor. Okay.. dengan ini, saya, Nurin Areesa dengan rasminya menjadi musuh Harraz Naufal. Sekian. Bersedialah kau Nurin dengan apa-apa yang mamat tu akan lakukan. 


-------
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN..
JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL EKSPERIMEN CINTA SAYA..
TERIMA KASIH.. :)