Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday, 4 August 2014

CERPEN: Eksperimen Cinta: Special Raya


EKSPERIMEN CINTA: RAYA SPECIAL

“Abang!”

“Ya Allah!” Kuat suara Tengku Aaron. Terperanjat bukan main Tengku Aaron bila tiba-tiba kena sergah macam tu.

Damia ketawa melihat Tengku Aaron. Tangan kaki dah ala-ala nak bersilat. Kena pulak tangan tengah pegang pisau. Cuba kalau tangan tu pegang keris. Kalau ada orang tengok, mahu ada yang tempah nak buat persembahan depan pengantin baru. Haha.

“Hish.. Mia ni! Terkejut abang tahu tak?” Geram betul Tengku Aaron bila nampak isterinya itu ketawa galak bukan main. Senang hati nampaknya lepas buat orang terkujat tengah-tengah dapur ni. Nasib baik takde orang nampak. Kalau tak, mahu kena gelak satu round.

“Marah ke? Ala.. sorry la. Tak sengaja. Okey?” Damia minta maaf. Ambil tempat di depan Tengku Aaron yang beraprop gambar Minion comel tengah sibuk ala-ala chef besar di dapur itu.

Bila dengar suara Damia yang berubah lembut itu, yang nak marah pun tak jadi. Itulah kehebatan Damia dari dulu lagi. Hanya dengan kata-kata, hati yang ada api pun boleh padam.

“Jangan buat macam tu lagi. Abang tengah pegang pisau tadi. Refleks tak boleh kawal. Kalau melayang pisau kat Mia tadi, macam mana? Mahu jadi duda hot abang hari ni tahu tak?” tegur Tengku Aaron.

Tersengih-sengih Damia bila kena tegur macam tu. Tahu dia pun salah. Tak sepatutnya dia sergah Tengku Aaron masa suaminya tengah kupas kulit buah epal hijau tu. Tengku Aaron betul. Kalau melayang pisau kat dia, mahu jadi duda hot suaminya tu hari ni.

“Yalah.. yalah.. tak buat dah,” kata Damia. Kemudian idea baru muncul.

“Kalau Mia buat pun, Mia akan make sure sekeliling selamat dulu. Baru boleh tengok abang bersilat. Eh.. ewah.. eh.. ewah...” Damia ketawa lagi. Siap dengan pergerakan tangan lagi.

Hihh.. ingatkan dah insaf dah! Ada lagi niat rupanya. Tengku Aaron geleng-geleng kepala. Bibir turut menguntum senyuman dengan lawak Damia itu. Isterinya ni ada-ada je buah nak kenakan orang.

“Ada-ada je Mia ni. Nasib baik abang sebut Allah tadi. Kalau keluar nama bakal madu Mia macam mana?” balas Tengku Aaron pulak. Giliran dia pula kenakan isterinya.

Geram jugak Damia dengar. Amboi.. tak serik-serik dengan kes Salmy dulu nampaknya? Ada lagi niat nak pasang perempuan? Langkah mayat wa dulu la brader! Karang aku pulak yang bukak gelanggang silat.

“Oo.. dah ada calon ke? Tak sayang nyawa la tu. Apa susah? Mia lari la balik rumah Tok Wan. Mesti abang datang pujuk Mia nanti, kan?” Damia sengih lagi.

Tengku Aaron pula ketawa. Mengiakan kata-kata Damia. Jangankan lari ke rumah Tok Wan. Damia lari ke Pluto pun dia sanggup pergi cari. Tak mungkin dia izinkan Damia lari dari sisinya.

“Abang takkan cari perempuan lain la, sayang. Kesian pulak karang, tak sempat abang jemput dia masuk rumah, dah kena terajang tak pasal-pasal dengan Mia,” jawab Tengku Aaron.

Tahu takpe! Dia tahu yang Tengku Aaron takkan menduakannya. Cukuplah peristiwa dulu menjadi saksi betapa Tengku Aaron lebih rela memilih dibunuh daripada menceraikannya

Arghh… lagi-lagi peristiwa tu jugak yang aku ingat. Buat penat sel-sel otak je la. Tak payah fikir dah, Mia! Yang lalu biarkan berlalu. Makan buah lagi sedap!

Damia ingin mencapai buah dalam mangkuk yang baru dipotong oleh Tengku Aaron. Baru separuh jalan, tangan diketuk oleh Tengku Aaron.

“Auchh.. sakitlah!” Damia gosok-gosok belakang tapak tangan yang menjadi mangsa kezaliman tangan besar Tengku Aaron.

Tak patut betul! Tangan ala-ala big foot ketuk tangan kecil orang ni! Penderaan bini betul.

“Tangan entah sentuh apa-apa. Lain kali basuh tangan dulu. Nah!” Tengku Aaron cucuk satu sepotong buah epal hijau itu dengan garfu dan disuakan ke mulut Damia.

Thank you. Saja je sebenarnya. Nak abang suap.” Damia sengih lagi sebelum makan buah yang diberikan oleh Tengku Aaron.

“Masamnya!” Damia kerutkan wajah menunjukkan betapa masamnya epal hiau itu.

“Eh, masam sangat ke?” soal Tengku Aaron. Dia dah cuba tadi. Rasanya takdelah masam sangat. Normallah kalau epal hijau tu masam. Bukan epal hijau namanya kalau tak masam.

“Cuba abang rasa.”

Tengku Aaron gigit sikit epal yang digigit Damia tadi. Takdelah masam sangat. Ke lidah Damia sensitif sangat?

“Tak masam sangat pun?” komen Tengku Aaron.

Damia ambil balik epal yang dah digigit Tengku Aaron itu. Digigit sikit.

Hmm.. barulah manis.” Damia sengih.

Tengku Aaron turut sama tersenyum. Tahu Damia kenakan dia. 

“Cuba abang rasa.”

Tengku Aaron cuma mengikut. Cebisan terakhir dari epal itu disuap habis ke dalam mulut.

Emm.. manis.” Tengku Aaron iyakan. Padahal rasanya tetap sama. “Air liur kita ni ada gula agaknya. Sebab tu la manis,” tambah Tengku Aaron lagi.

“Ei.. pengotor la abang ni!” marah Damia. Ada ke cakap pasal air liur masa tengah makan ni? Tengku Aaron cuma ketawa.

“Abang.. tadi mummy call.” Damia bersuara. Itulah punca dia sergah Tengku Aaron tadi.

Tengku Aaron menunggu Damia sambung kata.

“Dia suruh kita berbuka kat sana besok,” sambung Damia.

Kemudian mulut dingangakan. Tengku Aaron yang faham terus suakan sepotong buah lagi kepada Damia.

“Sebut pasal berbuka, lupa pulak esok dah start puasa. Hmm.. kita nak sahur apa nanti, sayang?”

“Abang nak apa? Biar Mia masak.”

   -------------------

“Sayang.. sayang..” Sayup-sayup telinga Damia menangkap suara itu. Selepas itu rasa tubuhnya digoncangkan pula.

“Sayang.. bangunlah.” Tengku Aaron kuatkan suara lagi.

Hish.. boleh dia tepis tangan aku pulak? Tengku Aaron geleng-geleng kepala bila Damia tolak tangannya yang tengah menggoncangkan bahu Damia. Damia ni tak berubah-ubah. Dari mula kahwin sampai dah anak dua, masih juga susah nak bangun kalau dah tidur. Satu je jalannya ni. Bagi kembar tu menangis. Memang automatiklah isterinya tu bangun.

“Abang, dah pukul berapa? Mia ngantuk lagi la,” jawab Damia dengan mata tertutup. Rasa Tengku Aaron sangat mengganggu tidurnya.

“Sayang, dah pukul lima suku. Bangun sahur jom.”

Dengar je pukul lima suku dan sahur, terus sembilan puluh darjah Damia duduk atas katil. Mata pun dah bulat. Tak percaya, dia tengok sendiri jam di telefon di tepi katil. Manalah tahu Tengku Aaron tipu. Betullah! Dah pukul lima suku. Tengok.. dah menginjak 5.16 pagi.

Alamak… sahur belum masak!!

“Ya Allah, bang. Sahur!” Damia dah cemas.

“Subuh lambat lagi, sayang.” Rileks je Tengku Aaron jawab.

“Memanglah, tapi Mia tak masak apa-apa lagi,” kata Damia. Rasa bersalah.

Semalam bukan main tanya Tengku Aaron nak makan apa. Bukan main tinggi cita-cita nak masak itu, nak masak ini. Sekarang ni rasanya semua dah ke laut. Kalau ada Mak Som takpelah. Tapi hari ni dan esok Mak Som cuti.

Tengku Aaron cuma senyum. Kelakar betul isterinya bila dah gelabah.

Don’t worry. Abang dah siapkan semua. Jom. Mia keluar pergi makan je.”

Hah? Damia tak percaya. Tampang suaminya ditenung sekali dengan muka blur.

“Sayang, jangan tayang muka comel macam ni boleh? Geram abang tengok.” Tengku Aaron tarik hidung Damia sekali.

“Betullah, suami Mia ni, Tengku Aaron Shah dah masakkan sahur untuk kita. Takdelah sesedap masakan Mia tapi bolehlah kalau nak diterima tekak tu,” jelas Tengku Aaron.

“Mia minta maaf, bang. Mia betul-betul penat.” Damia pandang wajah Tengku Aaron lagi sekali. Rasa bersalahnya. Kemudian wajahnya diraup sekali.

Tengku Aaron cuma senyum.

“Abang tahu. Sebab tu abang yang masakkan sahur kita hari ni. Abang tahu Mia penat sebab jaga kembar semalam,” balas Tengku Aaron.

Awal-awal pagi dah berperang dengan si kembar. Dua-dua buat hal pulak tu. Damia sendiri yang terpaksa bangun untuk menyusukan mereka. Tengku Aaron sendiri ada terjaga juga dan turut menjaga kembar mereka.

Dapat anak kembar sangat mencabar jiwa. Nak-nak lagi bila dua-dua buat hal. Baru dia tahu macam mana susahnya mummy dulu nak jaga dia dan Tengku Andrean. Makin bertambah sayang dia pada mummy.

“Tapi abang pun jaga jugak semalam.” Damia lagi rasa bersalah sebab dah buatkan Tengku Aaron lakukan tanggungjawab dia untuk masak sahur ni.

“Tapi abang tak sepenat Mia. Jom, kita keluar makan. Kita makan kat luar tu je. Kalau Rayyan atau Amanda menangis, kita boleh dengar,” kata Tengku Aaron lagi. Semua makanan di dapur dah diangkat naik ke ruang makan tingkat atas supaya mudah untuk menjaga kembar mereka.

Tangan Damia ditarik supaya bangun. Sementara kedua-dua kembar itu senyap dan tidur lena, baik mereka cepat-cepat bersahur.

“Abang, sorry. Yet, terima kasih,” kata Damia. Muka dah tayang muka terharu. Rasa nak peluk-peluk je suaminya sekarang ni sebab terharu. Tengku Aaron selalu macam ni.

Tengku Aaron ketawa.

Sorry tu abang taknak. Tapi yang kasih tu, abang terima,” gurau Tengku Aaron.

Tengku Aaron ni, pagi-pagi dah melawak. Damia pun tersenyum sama mendengarnya, Nasib baik ada Tengku Aaron. Kalau tak memang dah terlepas sahur mereka.

Selamat datang Ramadan. Hari pertama pun dah huru-hara.

   ----------

Lepas zohor barulah Damia dan Tengku Aaron pulang ke Kediaman Shah. Ikutkan hati memang nak balik awal-awal, tapi ada urusan yang perlu diselesaikan oleh Tengku Aaron dulu. Semasa tiba, Tengku Andrean dan Suraya dah ada.

“Assalamualaikum, mummy.” Damia salam tangan Puan Sri Raja Haryati.

“Waalaikumussalam. Dah balik dah kamu berdua. Dari tadi lagi mummy tunggu. Rindunya mummy dengan cucu-cucu mummy ni,” kata Puan Sri Raja Haryati pula.

Sempat dicium pipi tembam kedua-dua kembar yang didukung oleh Damia dan Tengku Aaron.

Daddy mana?” soal Tengku Aaron pula.

Daddy ada hal sikit. Tapi dia bukak kat rumah nanti. Kamu Damia, nak masak apa hari ni? Suraya dah awal-awal cup nak masak gulai lemak cili api.”

Damia sengih dulu. Tak tahulah nak masak apa. Jadi assistant je boleh? Gila kau nak jawab macam tu kat mummy? Itu namanya mintak berbuka dengan selipar. Nak masak apa ya? Tengku Aaron dijeling sekali. Suaminya nak makan apa ya?

“Abang nak apa?”

“Kalau bulan puasa, pekena benda-benda bakar pun best jugak. Kan, sayang?”

Benda-benda bakar? Damia tahu nak masak apa.

“Mia buat ikan bakar cecah air asam je la. Boleh mummy?” Tanya pulak pendapat mummy. Karang big boss tak setuju, masalah jugak.

“Dah suami kamu yang nak, kamu buat je la. Mummy okey je. Sedap jugak makan ikan bakar cecah air  asam,” jawab Puan Sri Raja Haryati.

     ----------------

“Su!” Damia sergah Suraya yang tengah simpan barang-barang dalam peti ais besar itu.

            “Oh, sayang!”

Damia ketawa. Reaksi yang lebih kurang Tengku Aaron dulu. Kalau Tengku Aaron macam dah nak bersilat lepas kena sergah, Suraya pulak dah ala-ala Pandalela nak terjun masuk peti. Haha. Mesti kena marah lepas ni.

“Kau, Mia! Terkejut aku. Aku ingat orang gila mana terlepas masuk rumah mummy ni.” Suraya marah Damia.

Damia ni memang. Suka sangat sergah orang. Nasib baik tak lompat masuk dalam peti tadi. Kalau tak, haru jadinya. Tak pasal-pasal Tengku Andrean report polis cakap bini hilang.

Haa.. kan dah cakap. Mesti kena marah. Damia ketawa lagi. Saja nak bersenda dengan kawan baik merangkap birasnya itu. Kat pejabat memang selalu jumpa. Tapi kat rumah mummy rasanya ni kali ketiga lepas dua bulan Suraya dan Tengku Andrean kahwin.

Melekat juga dua orang tu. Akhirnya jadi suami isteri.

“Abang Rean mana?” soal Damia bila nampak Suraya cuma sendirian di dapur.

“Amboi.. datang sini, terus tanya suami aku?” Suraya buat-buat marah.

Damia ketawa lagi.

“Macam kau dululah. Tiap kali jumpa aku, mesti kau tanya Aaron dulu, kan?” jawab Damia. Suraya turut ketawa mengiakan.

“Rean dalam bilik. Tengah tidurkan Ratna. Aaron mana?” soal Suraya pula.

“Haa.. see.” Damia sengih. Baru je cakap tadi. Suraya dah tanya Tengku Aaron kat mana. Suraya turut sengih sama.

“Entah. Tadi kat luar. Cari kembar dia la kut. Kau kan tahu dua orang tu. Abang Rean tu bini kedua dia. Kalau takde kita ni, memang melekat dua puluh empat jam.”

Syukur.. hubungan kedua-dua kembar itu sudah pulih seratus peratus. Tiada lagi permusuhan. Dan diharapkan benda yang sama takkan berulang lagi.

“Biarlah dorang. Macam kita jugaklah. Dorang melekat berdua, kita melekat berdua. Ya tak?” balas Suraya.

Setuju! Nasib baiklah dapat Suraya jadi birasnya. Senang nak dibuat geng. Nak bikin brutal pun takdelah malu sangat sebab Suraya memang tahu perangai dia macam mana.

“Barang nak buat masak lemak cili api ke?” soal Damia.

“A’aa.. Rean la sibuk mengidam nak makan. Malas nak dengar dia bising, buat je la hari ni.”

“Oii.. mengidam? Pregnant ke?” Damia sengih mengusik.

“Hish.. mengarut kau ni!” marah Suraya. Muka dah merah sebab tahan malu. Lagi Damia nak tergelak.

Malu-malu miow pulak kawan aku ni. Rileks la! Nama pun pengantin baru. Normal la kalau dah mengandung. Haha. Tolak kes dia dah Tengku Aaron je. Nak dekat setahun jugak baru melekat. Baru dua-dua tersungkur jatuh cinta.

Huh.. kalau diingat balik, kan seronok kalau dah jatuh cinta awal-awal. Tak payah nak bawak sepanduk tayang slogan ‘hidup kau hidup kau, hidup aku hidup aku’ dulu. Tapi nak buat macam mana. Semuanya Allah dah aturkan. Banyak benda yang terjadi dalam proses dia dan Tengku Aaron nak jatuh cinta dulu. Dan semestinya ada manis, ada pahit, ada juga air mata yang terburai.

“Apa yang mengarutnya? Aku dengan Aaron pun macam tu la. Aku yang pregnant, dia yang mengidam pelik-pelik,” cerita Damia.

Kepala digelengkan beberapa kali. Macam-macam mengidam. Morning sickness pun sama kritikal juga. Dia yang mengandung pun rasanya tak sepenat Tengku Aaron.

“Mana adalah. Dahlah.. keluar tajuk ni. Sekarang ni, aku nak cari Ratna.” Suraya dah bagi hint nak cabut dari berdebat dengan Damia.

Damia tergelak. Nak lari la tu!

    -----------------

Berkerut-kerut dahi Tengku Aaron menahan asap yang berkepul ke mukanya. Kemudian dia batuk-batuk buatkan Damia berpaling.

Damia geleng-geleng kepala. Hai.. boleh tahan gigih suaminya itu. Itulah.. taknak guna pemanggang ajaib sangat. Gigih sangat nak bakar atas arang. Bakar dengan arang sedaplah, naik baulah. Akhirnya Damia turutkan saja. Suka hati suaminya la. Yang membakar nanti dia jugak. Bagi orang bandar tu sedut asap best juga. Haha. Damia gelak jahat.

Siap meletakkan perencah ikan bakar dan balut ikan guna daun pisang, Damia bawa ikan ke tempat Tengku Aaron. Masa tu Tengku Aaron tengah sibuk mengipas-ngipas bara api.

“Dah boleh bakar ke, Mia?” soal Tengku Aaron.

Balik-balik Damia juga yang ditanya. Yalah.. ini kali pertama dia buat kerja-kerja macam ni. Mana pernah dia buat kerja-kerja yang menyusahkan diri ni sebelum kenal Damia. Tapi lepas masuk dalam keluarga Damia, baru dia tahu hidup bersederhana macam mana.

“Dah boleh dah. Nah.” Damia serahkan pemanggang ikan itu kepada Tengku Aaron untuk diletakkan di atas api.

“Jangan bagi api besar sangat, bang. Nanti hangit,” pesan Damia.

Tengku Aaron angguk. Tangan terus mengipas-ngipas api itu. Damia berdiri di tepi untuk memerhati.

“Lambat lagi ke?” Tengku Andrean yang baru muncul bertanya.

“Baru letak je, abang Rean.”

“Reti ke budak tu bakar ikan? Boleh percaya ke, Mia?” selamba je Tengku Andrean tanya Damia. Menyatakan dia tak berapa nak percaya dengan kebolehan kembarnya itu. Silap-silap, makan ikan terlebih bakar mereka malam ni.

Damia yang dengar ketawa. Dia pun tak berapa nak percaya sangat. Sebab tu la dia tak berani nak tinggalkan Tengku Aaron sorang-sorang. Tapi takkanlah nak cakap macam tu pulak. Tak pasal-pasal merajuk suaminya tu nanti.

“Tengok cara kibas la weh. Dah tahu dah ikan malam ni mesti sedap.” Tengku Aaron berlagak.

“Abang, tangan tu jangan nak eksyen lebih-lebih pulak. Karang kena bara api, menangis.” Damia bagi pesanan penaja lagi.  Risau tengok Tengku Aaron yang tengah mengibas-ngibas bara api tu.

“Alah.. sikit je pun kalau kena. Kalau tak, takdelah pulak wujud peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang, kan? Mesti ada yang pernah genggam dulu kan?”

Dan-dan la Tengku Aaron fikir siapa penggenggam bara api pertama di dunia tu.

“Cuba genggam sikit, aku nak tengok jadi arang tak?” sampuk Tengku Andrean. Sengaja kenakan Tengku Aaron.

“Bara api ni, pernah masuk kerongkong kau tak, Rean?” balas Tengku Aaron pulak. Tengku Andrean sengih.

Damia yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua ketawa. Macam-macam la dua orang ni!

“Auchh…” Tengku Aaron menjerit. Terkejut bila tangan kirinya terkena percikan api. Sampai terlepas pemanggang ikan di tangan.

“Kan Mia dah cakap tadi, hati-hati. Kan dah kena. Tengok tangan.”

Damia terus capai tangan Tengku Aaron. Dibelek-belek tempat yang kena api tadi. Nampak agak merah. Geram juga. Orang dah awal-awal pesan, boleh pulak nak berperibahasa bagai. Jangankan nak genggam bara api. Kena percikan api pun dah macam nak berjoget tadi.

“Sikit je ni, sayang,” kata Tengku Aaron. Taknak Damia risau.

“Sikit apa ke bendanya? Dah merah dah. Abang pergi sapu ubat cepat-cepat. Nanti melecur pulak,” arah Damia.

“Alah.. tak payahlah. Nanti siapa nak jaga ikan ni?” Tengku Aaron enggan. Tangannya cuba ditarik, tapi Damia genggam erat tangan Tengku Aaron.

“Abang..”

“Hoi.. puasalah!” Tengku Andrean yang menjadi penonton setia adegan pegang-memegang, usap-mengusap tangan tu menyampuk.

Tengku Aaron sengih bila kena tegur macam tu. Terus ditarik tangannya.

“Dah.. kau pergi sapu ubat dulu, biar aku yang jaga ikan ni.” Tengku Andrean dah bersedia untuk mengambil tempat Tengku Aaron.

Thanks, abang Rean. Jagakan kejap, ya? Kejap lagi Mia datang tengok. Jom, abang. Sapu ubat.”

Damia heret tangan Tengku Aaron masuk.

   -----------------

Berbuka ramai-ramai memang seronok. Yang tak berselera pun berselera jadinya. Puan Sri Raja Haryati pun turut berpuas hati melihat keluarga harmoni itu. Menantu-menantunya baik, pandai masak, pandai jaga anak. Dan yang penting, dia memang jatuh sayang dengan kedua-dua menantunya. Suka hatinya melihat wajah-wajah anak lelakinya yang selalu tersenyum bila dilayan isteri mereka.

Kalau ada Tengku Ammelisa ni, mesti dah lengkap keluarga mereka. Tapi sayangnya anak bongsunya itu sedang sambung belajar di luar negara. Raya nanti baru balik. Katanya. Tapi tak tahulaha jadi ke tak.

Mummy, tak makan ke?” soal Damia bila dilihat ibu mentuanya tak sentuh apa-apa lagi. Sibuk melayan daddy tadi. Tapi sekarang mummy senyap tanpa buat apa-apa.

Puan Sri Raja Haryati senyum. Baru diteguk air sedikit. Kemudian dia ambil masak lemak cili api Suraya.

“Sedap tak mummy? Lulus tak?” Suraya bertanya. Takut jugak fail depan mak mentua. Takpe.. kalau fail boleh cuba lagi!

“Sedap. Patutlah suami kamu berselera makan,” puji mummy ikhlas.

Air tangan dari menantu keduanya. Baru dua bulan menjadi ahli keluarga ni. Namun dah cukup untuk dia tahu peribadi Suraya. Yang pastinya Suraya hebat sebab dah berjaya bukakan hati Tengku Andrean untuk berkahwin lain. Sekurang-kurangnya Tengku Ratna beribu nanti. Hampir menitis air matanya bila pertama kali melihat Tengku Ratna didukung Suraya. Kasihnya pada Suraya tumpah saat itu juga.  Dan sekarang, dapat dilihat betapa Tengku Ratna tak mahu berenggang dengan Suraya menandakan betapa dia sayangkan Suraya.

Kemudian Puan Sri Raja Haryati mencubit sedikit ikan bakar yang dibuat Damia.

Mummy, kalau tak sedap, jangan salahkan Mia. Sebab abang Aaron tukang bakar,” selamba Damia berkata. Kemudian dia menjerit kesakitan bila kena cubit oleh sang suami.

“Orang gurau je la. Okey tak, mummy? Lepas tak kalau nak bukak kedai makan ikan bakar?” soal Damia.

Puan Sri Raja Haryati ketawa. Menatu sulungnya. Menantunya yang sorang ni dari dulu lagi memang selamba, berani dan kelakar. Tapi sangat menghormatinya. Selalu bergurau-senda dengan Tengku Aaron di depannya tanpa rasa segan. Pada mulanya tak percaya inilah pilihan hati putera sulungnya. Pada awalnya rasa sangsi macam mana orang yang bertudung boleh dipilih anaknya sebab Tengku Aaron pada ketika itu sangat terkenal dengan perempuan di kelilling pinggangnya. Namun sekarang semuanya terbukti. Memantunya ini menjadikan anaknya menjadi lelaki matang dan penyayang. Untuk itu, dia sangat berterima kasih kepada Damia.

“Sedap. Menantu-menantu mummy masak semuanya sedap.”

“Sebab tu la kami sayang menantu-menantu mummy ni,” sampuk Tengku Aaron.

“Kalau sayang, jaga betul-betul,” pesan Tan Sri Tengku Ahmad yang dari tadi diam.

Tengku Aaron dan Tengku Andrean senyum.

“Mestilah, daddy.”

   ----------------

Itu cerita hari pertama Ramadan. Sedar tak sedar, hampir separuh bulan Ramadan berlalu. Seperti orang lain, Damia juga teruja untuk menyambut aidilfitri kali ni. Apatah lagi ini kali pertama dia beraya berempat. Dengan suami tersayang, dan juga kembar-kembar mereka. Awal-awal lagi dah tempah langsir baru.

Tema raya tahun ni adalah warna biru muda. Gigih Damia mencari baju untuk dia, Tengku Aaron dan anak-anak mereka supaya warna sedondon. Tengku Aaron hanya mampu geleng kepala bila tengok Damia shopping raya. Sampaikan anak-anak mereka yang baru enam bulan tu pun dah ada baju kurung dan baju melayu. Siap bersampin pulak tu.

Itu hari pertama punya tema. Hari kedua pula warna coklat. Semuanya Damia yang uruskan. Tengku Aaron hanya mengikut. Dia taknak mematahkan mood gembira isterinya itu. Dia pun dalam diam turut teruja nak beraya bersama isteri dan anak-anak mereka. Apatah lagi raya tahun ni balik rumah Tok Wan dulu. Daddy dan mummy beraya dengan Tengku Ammelisa sebab adik bongsunya itu tak dapat balik beraya.

  --------

Pejam celik, pejam celik, seminggu je lagi nak raya. Rasa sayang pulak bila dah nak habis puasa. Rasa sangat berbeza bulan puasa ni dengan bulan-bulan yang lain.

“Dah nak raya dah, bang. Sedih la pulak,” kata Damia. Ketika tu dia dan Tengku Aaron duduk di balkoni rumah. Tengku Aaron berehat kejap lepas balik dari sembahyang terawih.

“Abang pun sedih juga. Rasa macam sikit je amalan yang abang buat dalam Ramadan ni. InsyaAllah sempat khatamkan al-Quran dalam Ramadan ni,” kata Tengku Aaron pula.

Azam Ramadan tahun ni, dia taknak tinggalkan solat terawih dan nak khatamkan al-Quran walau sesibuk mana pun dia. Dia cuba dan Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan kepadanya.

Bila Tengku Aaron sebut pasal amalan, Damia rasa sedikit sedih.

“Kalau abang rasa sikit, Mia ni lagilah. Terawih tak pernah pergi. Berjaga malam pun sebab anak-anak.”

“Mia jangan sedih. Apa yang Mia buat, abang dah reda. Reda suami dah cukup untuk seorang isteri, Mia. Mia bukannya taknak, tapi tak boleh sebab anak-anak kita masih kecik. Apa yang Mia dah buat ni pun, Allah dah bagi cukup ganjaran untuk Mia,” pujuk Tengku Aaron.

Damia senyum. Sikit pun dia tak rasa terpaksa atau terbeban dalam membesarkan anak-anaknya. Anak itu amanah. Dan sebagai seorang pemegang amanah, dia harus terus amanah. InsyaAllah anak-anaknya akan menjadi soleh dan solehah nanti.

    ----------------

Bila segala-sagalanya dirancang, pasti akan ada halangannya. Itulah sebab orang cakap manusia yang merancang, tapi Tuhan yang menentukannya.

Empat hari lagi nak raya, Tengku Aaron dapat tahu dia terpaksa ke Perth sebab kerja. Dua hari lagi sepatutnya dah balik kampung Tok Wan. Tapi masalahnya dia tak cakap kat Damia lagi pasal hal ni. Kalau Damia tahu, apa akan jadi? Marah ke Damia? Sedih ke Damia? Sedangkan Damia dah lakukan bermacam-macam persiapan raya.

“Abang, tak sabarnya nak balik rumah Tok Wan. Mesti meriah raya tahun ni.” Damia tayang muka gembiranya. Masa tu dia sibuk mengemas luggage untuk dibawa pulang ke Kelantan nanti.

Tengku Aaron senyum tawar. Tak sampai hati nak cakap kat Damia. Tapi kena cakap juga!

“Nanti mesti jam. Abang sanggup ke tempuh jam? Jam ke pantai timur memang dahsyat. Ada kawan Mia tu, sampai 18 jam dalam kereta.” Damia masih bercerita.

Ikutkan hati nak ambil flight. Lagi cepat sampai. Tapi nanti takde kereta, susah nak pergi beraya rumah saudara. Nak harapkan kereta orang? Huh.. mimpilah. Orang lain pun nak beraya juga. Seronoknya balik kampung!

 Tengku Aaron diam. Ya Allah.. berilah kekuatan padaku! Tengku Aaron tarik nafas dalam-dalam. Biar cukup oksigen dalam darah.

“Damia, mari sini kejap,” panggil Tengku Aaron. Katil di tepinya ditepuk-tepuk supaya Damia duduk.

Damia yang mendengarnya patuh tanpa mengesyaki apa-apa. Luggage yang belum siap disimpan ditinggalkan kejap. Dia duduk di tepi Tengku Aaron.

“Ada apa, abang?” soal Damia.

Tengku Aaron tak terus berbicara. Digenggam jemari Damia dulu.

“Mia tahukan, abang sayang Mia?” Tengku Aaron mulakan bicara. Kemudian dia mencium jemari Damia.

Damia rasa pelik. Mestilah tahu. Kenapa tiba-tiba ni? Ada benda terjadi ke? Baru Damia syak sesuatu.

“Kenapa ni, bang?” soal Damia lagi.

“Abang tak tahu nak cakap macam mana. Tapi abang kena cakap jugak. Raya nanti, abang tak rasa abang boleh ikut Mia balik kampung.”

Sentap! Terus Damia tarik tangan dia. Reaksi spontan yang buatkan Tengku Aaron turut terkejut. Tak tahu kenapa dia rasa marah tiba-tiba. Dah agak dah. Mesti ada hal terjadi.

“Dah agak dah. Mesti abang taknak balik kampung!” Damia dah emo. Nak bangun, tapi cepat-cepat Tengku Aaron pegang tangan Damia.

“Bukan abang taknak balik. Tapi abang ada kerja. Last minute baru tahu. Nak taknak abang kena pergi.” Tengku Aaron jelaskan perkara sebenar.

Lagi Damia naik angin. Sebab kerja pulak dah! Kenapa sekarang?

“Tak boleh cancel ke?”

“Kalau boleh, abang dah cancel. Tapi benda ni urgent. Abang kena pergi jugak.”

“Mia dan anak-anak atau kerja abang yang penting?”

“Mia.. janganlah macam ni. Abang..”

“Dahlah. Mia nak tidur!” potong Damia.

Terus hilang mood nak berpacking. Tengku Aaron dah musnahkan segalanya. Lenyap terus kegembiraan nak sambut hari raya. Damia terus tarik comforter. Tutup semua badannya. Tidur pun belakangkan Tengku Aaron.

Tengku Aaron mengeluh. Dah agak dah mesti macam ni reaksi Damia. Dia hanya mampu melihat Damia yang berselubung dengan comforter itu. Tahu Damia menangis senyap-senyap.

Huh.. kenapalah semuanya terjadi beberapa hari sebelum raya? Kini, semuanya musnah.

    ----------------

“Abang, bangun sahur.” Awal pagi itu, Damia kejutkan Tengku Aaron macam biasa.

Tengku Aaron buka mata. Baru je nak tegur Damia, Damia dah berlalu keluar bilik. Teringat balik pasal semalam. Damia belum sejuk lagi nampaknya.

Tengku Aaron bangun. Basuh muka dulu sebelum turun makan. Masa tu Damia tengah menyediakan lauk-pauk untuk Tengku Aaron. Tengku Aaron ambil tempat. Sahur berlalu macam biasa, cuma bezanya tiada gurau-senda di pagi hari. Sahur yang paling membosankan yang pernah Tengku Aaron alami.

Tengku Aaron hanya mampu melihat Damia yang sibuk mengemas dapur.

“Biar abang yang kemas. Mia naiklah dulu,” kata Tengku Aaron. Dia tahu isterinya itu penat.

Damia tak banyak bicara. Terus ditinggalkan kerjanya tanpa pandang Tengku Aaron sikit pun. Hati masih sakit.

    --------------------

Ketika Tengku Aaron masuk ke dalam bilik tidurnya, azan Subuh dah berkumandang. Damia dilihat sudah siap bertelekung dan sedang menmbentangkan dua sejadah. Macam biasa, Subuh mereka berjemaah.

Usai solat Subuh, Damia cium tangan Tengku Aaron. Namun Tengku Aaron tergamam bila rasa ada benda hangat menitis atas tangan kanannya. Damia masih dilihat mencium tangannya. Dia tahu itu adalah air mata Damia. Damia menangis!

“Sayang..” Tengku Aaron berura-ura nak pujuk Damia.

“Ampunkan Mia, bang. Mia salah dengan abang. Mia berdosa dengan abang,” ucap Damia. Tak tahu kenapa, dia rasa sedih sangat.

Rasa amat berdosa dengan Tengku Aaron. Dia terlalu ikutkan emosi. Dia gagal tahan amarahnya semalam. Sedangkan semuanya bukan salah Tengku Aaron. Suaminya pasti taknak semua ni terjadi.

Tengku Aaron tolak dagu Damia supaya pandang dia. Air mata Damia diusap dengan jari.

“Dah.. jangan nangis. Tiada apa yang nak diampunkan. Mia tak salah apa pun dengan abang.”

“Pasal semalam, Mia minta maaf sebab terikut-ikutkan emosi.”

“Jangan buat macam tu lagi. Abang tak suka..”

Damia tunduk. Tahu Tengku Aaron mesti tak suka perangai tak matang dia tu. Kenapalah boleh terlebih emo semalam? Nak kata hasutan setan, bulan puasa ni mana ada setan.

“Abang tak suka bila Mia nangis. Abang tak suka bila abang punca Mia sedih. Abang taknak sebab abang, Mia tak gembira,” tambah Tengku Aaron.

“Mia dah susahkan hati abang. Mia minta maaf lagi sekali. Pasal semalam, Mia reda, bang.”

Kini kedua-duanya senyap.

“Abang kena ke mana?” soal Damia.

Emo punya pasal semalam, Tengku Aaron tak sempat cerita habis, dia dah tarik selimut. Bila ingat-ingat balik, rasa malu pulak. Sangat melampau sebab dah buat suaminya macam tu. Tak patut kau, Damia. Kau memang teruk! Damia menempelak diri sendiri.

“Perth.”

Jauh ke Perth dia tinggalkan aku dan anak-anak? Damia rasa sedih lagi. Tapi cuba ditahan agar tak menangis.

“Bila pergi?”

“Besok.”

Besok. Cepatnya! Hari yang sama sepatutnya dia dan Tengku Aaron balik kampung. Konvoi bersama-sama dengan adik-beradiknya yang lain yang turut balik kampung. Nampaknya esok menjadi saksi dia dan Tengku Aaron akan berpisah haluan.

“Barapa hari?”

“Seminggu.”

Lamanya! Seminggu dia akan rindukan Tengku Aaron. Lagi terasa sebab hari raya. Hanya dia dan anak-anak tanpa Tengku Aaron di sisi. Sedihnya. Kali ni Damia tak dapat tahan air matanya.

“Mia sedih, bang. Kita tak dapat beraya bersama,” luah Damia. Kalau bukan hari raya, pasti reaksinya tak seperti semalam. Yalah.. persiapan dah dibuat. Tup-tup tak jadi. Siapa je yang tak sedih dan kecewa?

Tengku Aaron tarik Damia ke dalam pelukannya. Dia turut rasakan benda yang sama. Semua kegembiraan untuk raya ini bagaikan terus musnah umpama dilanda tsunami. Dia sendiri pasti akan rasa rindu dengan Damia dan anak-anaknya. Apa yang perlu dilakukan nanti kalau dia rindu Tengku Rayyan dan Tengku Amanda?

Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami!

    -------------

Berpisah itu perit dan menyakitkan. Apatah lagi bila berpisah dengan orang-orang yang kita sayang. Itulah yang Damia dan Tengku Aaron rasakan. Suasana di KLIA itu riuh-rendah. Bila pandang sekeliling, nampak muka semua orang gembira. Semua pasti menunggu kapal terbang untuk pulang ke kampung masing-masing.

Beratnya rasa nak berpisah. Ikutkan hati nak je ikut Tengku Aaron. Tapi dia tahu Tengku Aaron ke Perth atas urusan kerja. Sebagai isteri, dia harus faham. Sebab tanggungjawab Tengku Aaron bukan kecil.

Flight abang dah sampai. Abang kena pergi dulu.”

“Abang, Mia minta ampun. Minta maaf dari abang sepanjang jadi isteri abang. Halalkan makan minum Mia, bang.” Damia salam dan kucup tangan Tengku Aaron. Air mata tak dapat ditahan lagi. Laju keluar mengalir di pipi.

“Abang pun sama, sayang. Abang minta maaf sebab terpaksa pergi.”

Kemudian mereka berpelukan. Pandangan orang sekeliling dah tak dipedulikan lagi. Tengku Aaron turut menahan sebak. Cuba ditahan air mata daripada keluar. Lama isterinya dipeluk sebelum dia sendiri yang merungkainya. Dapat dirasakan tangan Damia yang tengah memeluknya bagaikan enggan melepaskannya. Tapi, mereka kena berpisah juga.

Berat hati Damia menjarakkan dirinya daripada Tengku Aaron. Tampang suaminya dipandang. Ada kesayuan yang cuba ditahan dari mata Tengku Aaron. Kalau takde orang sekeliling, nak je dicium pipi Tengku Aaron.

“Abang, jaga diri. Jangan skip makan.”

“Mia pun sama-sama. Sebelum tidur, ciumkan pipi Rayyan dan Amanda untuk abang.”

Kemudian Tengku Aaron dukung Tengku Rayyan dan dikucup puas-puas. Sama juga dilakukan pada Tengku Amanada. Sedihnya bila melihat wajah comel anak-anaknya yang bakal ditinggalkan nanti.

“Jaga mama untuk papa. Jangan selalu susahkan mama, ya sayang?”  Kedua-dua anak kembarnya dielus dahulu.

“Ngah, aku pergi dulu. Jaga Mia sepanjang aku takde. Hati-hati drive.” Tengku Aaron berpesan kepada abang iparnya itu. Abang iparnya itu yang akan memandu balik kereta Damia.

“Yalah. Kau pun, safe journey.”

“Mia, abang pergi dulu. Selamat hari raya,” ucap Tengku Aaron sebak.  Tak sangka ucapan raya mereka di KLIA. Sempena menghantarnya pergi jauh beribu batu. Orang lain beraya pulang ke pangkuan keluarga. Tapi dia beraya terpaksa tinggalkan keluarga.

“Selamat hari raya, bang.”

Usai Damia berkata, Tengku Aaron buka langkah. Serentak itu kedua-dua anak kembarnya menangis bagaikan turut sedih dengan pemergian Tengku Aaron. Tengku Aaron dengar tapi dia taknak berpaling. Takut kalau dia berpaling, dia tak sanggup lagi untuk meninggalkan mereka.

Dikuatkan hati untuk terus melangkah. Ya Allah, jagakan mereka untukku.

   ---------------

Damia pandang langit. Tanpa bulan dan cuma beberapa butir bintang. Dia dah selamat tiba di rumah Tok Wan setelah berbelas jam di dalam kereta. Suasana kampung sangat lain dengan bandar. Rumah Tok Wan dihiasi dengan lampu kelip-kelip. Halaman rumah pun penuh dengan pelita.

Bila pandang langit, terus teringatkan suaminya. Mesti dah lama sampai ke Perth. Tapi kenapa tak telefon lagi? Dia ada hal kut.

Sedih kembali bila ingatkan balik yang Tengku Aaron tak dapat beraya di kampung. Padahal suaminya tu bukan main teruja untuk merasa suasana raya di kampung. Takpelah, insyaAllah tahun depan, kalau nyawa masih panjang. Damia cuba memujuk hatinya.

Nak menolong di dapur pun tak boleh sebab Damia tengah sibuk menjaga anak-anaknya. Bukan sorang, tapi dua. Biasanya ada Tengku Aaron. Tapi hari ni dan seminggu akan datang, dia terpaksa buat semuanya sendiri. Hai.. tak sampai sehari pun Tengku Aaron tinggalkannya, dia dah rindukan Tengku Aaron. Macam manalah kalau Tengku Aaron tiada?

Malam ni, anak-anaknya baik. Langsung tak buat hal. Bagaikan turut faham pesanan dari papanya pagi semalam.

Esok dah raya. Selamat Hari Raya, abang!

Kan seronok kalau buka je mata pagi besok, nampak Tengku Aaron dulu. Hmm.. jumpa dalam mimpi je la, Damia.

   --------------

Damia terjaga bila rasa ada benda sejuk menitis atas pipinya. Terus buka mata bila rasa benda yang sama sekali lagi. Disentuh pipinya. Rasa air. Air apa ni? Atap bocor ke? Damia tak dapat agak memandangkan bilik itu agak malap.

Sekali lagi rasa nak melompat bila tangannya pula disentuh. Dada dah berdebar. Siapa yang menceroboh masuk biliknya dan berani pegang tangan isteri orang ni? Dalam kepala Damia cuma terbayang pencuri.

Macam mana ni? Kalau anak-anaknya kena apa-apa macam mana? Damia terus tolak si pemegang tangannya dengan kuat. Kemudian terus lari untuk buka lampu bilik.

“Adoi!”

Eh, macam kenal je suara tu? Serentak itu, bilik yang malap tadi jadi terang-benderang. Lagi terkejut Damia bila melihat Tengku Aaron yang tengah pegang hujung katil. Sebelah tangan lagi pegang hujung tuala. Baru perasan Tengku Aaron cuma bertuala ketika itu.

“Abang?” Damia tak percaya lagi.

“Ya, sayang. Ni abang.”

Tengku Aaron betulkan duduknya. Terkejut betul bila tubuhnya ditolak Damia. Kuat yang amat. Nasib baik sebelah tangan sempat brek. Kalau tak, kepala dah cium dinding kayu tu. Kalau betul terjadi, memang sejarah kembali berulang.

Betul suaminya ke ni? Tak percaya tapi gembira. Terus Damia peluk tubuh Tengku Aaron. Badan Tengku Aaron yang tak berbaju itu rasa sejuk. Mungkin sebab baru lepas mandi.

“Mia rindu abang sangat-sangat,” luah Damia. Rasa nak nangis lagi sekali. Tapi kali ni sebab gembira dan bersyukur. Baru semalam dia berdoa supaya dapat melihat Tengku Aaron sesudah buka mata. Dengan izin Allah, semuanya terkabul.

Tengku Aaron turut senyum seraya membalas pelukan Damia. Erat-erat sebab dia pun sangat rindukan Damia.

“Abang pun rindu sangat-sangat dengan Mia, dengan anak-anak kita,” balas Tengku Aaron pula.

Pelukan dileraikan. Damia kemudian ketawa.

“Kelakarkan, bang? Baru sehari berpisah, dah gedik nak merindu, kan?”

Tengku Aaron ketawa lucu bila Damia cakap macam tu. Gedik nak merindu. Haha. Takpe, sayang. Gedik-gedik pun, kita dengan Allah je tahu. Kita suami isteri. Apa nak pelik?

“Bukan abang kat Perth ke?” Damia tak faham.

Baru kelmarin hai-hai, bai-bai dengan suaminya tu kat airport. Takkan hari ni dah balik kut? Kata seminggu.

Tengku Aaron senyum. Panjang ceritanya. Nanti dia ceritakan.

“Nanti abang ceritakan. Ya sayang? Yang penting, abang dah dapat beraya dengan Mia.”

“Bila abang sampai?” soal Damia.

“Semalam. Abang ambil flight datang sini. Lepas tu suruh Angah tolong ambil kat airport.”

Semalam? Kenapa dia tak sedar langsung. Semalam mimpi kena peluk dengan Tengku Aaron. Kiranya bukan mimpi la ya?

“Mia, abang sejuk. Mana baju melayu abang?”

“Mia tak gosok lagi. Mana Mia nak tahu abang tak jadi pergi Perth. Nanti Mia gosok dulu, ya?”

Nasib baik dia tak keluarkan balik semua baju-baju Tengku Aaron. Alhamdulillah, dia dapat beraya dengan suami dan anak-anaknya. Terima kasih, ya Allah.

    ----------------

Damia membutangkan satu persatu baju melayu Tengku Aaron. Tengku Aaron sangat kacak dengan baju melayu biru muda serta sampin yang sedondon. Bila siap, Damia membetul-betulkan sikit kedudukan butang baju melayu itu supaya tak nampak celanya.

“Selamat hari raya, bang. Maaf zahir batin,” ucap Damia.

Tangan suaminya disalam dan dicium. Indahnya rasa di pagi raya ni. Lagi indah bila Tengku Aaron orang pertama dia beraya dan minta ampun.

Tengku Aaron cuma senyum.

“Selamat hari raya juga, sayang. Maaf zahir batin,” kata Tengku Aaron pula.

“Duit raya Mia mana?” Damia tadah tangan.

Tengku Aaron ketawa. Tua-tua pun nak duit raya ke?

“Mana ada duit raya. Tapi abang ganti dengan ni..” Serentak itu, Damia ditarik rapat ke arahnya. Bibir merah Damia terus ditindih lembut. Lama.

“Ciuman raya.” Tengku Aaron senyum lagi. Wajah Damia dah berona merah. Malu!

“Hish.. mengarut je abang ni!” Damia buat-buat marah. Padahal hati suka. Haha.

Kemudian mereka berdua keluar dari bilik. Semua orang dah cantik dan segak dengan pakaian raya masing-masing. Bersedia untuk keluar sembahyang hari raya aidilfitri.

    -----------------

Balik dari solat sunat hari raya, bermulalah sesi bermaaf-maafan sesama keluarga. Damia dan Tengku Aaron turut bersalam dengan orang tua mereka, Tok Wan dan adik-beradik yang lain.

“Hah.. baru nampak mulut budak ni senyum. Kalau tak, masam macam tapai basi.” Selamba Risyam kutuk Damia ketika Damia bersalam dengannya.

“Kalau kau nak tahu, Aaron, budak ni dah lancarkan mogok semalam. Seharian tak keluar bilik layan anak-anak dia. Sebab tu je satu-satunya warisan kau yang dia ada. Nasib baiklah kau balik. Kalau tak aku rasa mahu seminggu dia masam macam ni,” lapor Risyam lagi.

“Hish.. angah ni!” Damia ketuk bahu Angahnya. Malu bila Risyam bukak mulut. Semalam, beberapa kali jugak Risyam geleng-geleng kepala bila nampak dia.

Risyam mengaduh kesakitan. Manakala Tengku Aaron pula seronok ketawa. Damia yang tengok rasa nak lastik je mulut tu biar senyap. Geram!

“Hoi.. dera abang! Baru tadi mintak maaf, kan?” ungkit Risyam. Bahunya digosok-gosok. Sakit juga. Adiknya yang sorang ni, kalau tangan gerak memang boleh tahan kuat. Rasa macam kena hempuk dengan kayu pun ada.

“Haha. Sorry.. sorry.. kosong-kosong ya, Ngah?” Damia sengih.

    -------------------

“Abang, ceritalah. Kenapa abang tak jadi ke Perth?” soal Damia bila dia berdua dengan Tengku Aaron.

Tengku Aaron ajak Damia keluar jalan-jalan. Katanya dia rindukan suasana kampung yang pernah mereka berdua alami dulu. Damia cuma mengikut memandangkan hari dah menginjak petang. Kat rumah pun dah takde orang yang datang beraya.

“Siapa cakap abang tak pergi? Abang pergi Perth la. Tapi abang balik Malaysia balik.”

“Hah?” Damia tak percaya. Kerja gila namanya tu. Malaysia-Australia weh! Dia buat macam KL-Seremban kut!

“Kerja gila kan, Mia?” Tengku Aaron bagaikan tahu apa dalam kepala Damia.

But, it’s the power of love. Sometimes love is ludicrous. It can make you doing something unpredictable.”

“Abang buat apa kat sana? Abang tak patut buat macam ni.”

Eleh.. kau, Mia. Kalau Aaron tak buat macam ni, tak mungkin kau beraya bersama, tahu? Cakap je la yang kau memang suka pun Aaron balik.

“Abang mintak postpone. Abang rayu dan janji macam-macam dengan pihak sana supaya abang boleh postpone,” cerita Tengku Aaron serba-sedikit.

“Bukan ke abang cakap urgent ke?”

Tengku Aaron senyum lagi.

Yup.. urgent. Sangat urgent. Yet you and our children are more important. I love all of you.”

“Takpe ke, bang?” Damia dah risau. Jangan kerana dia dan anak-anak, Tengku Aaron rugi besar.

Ini bukan pasal untung rugi keduniaan. Ini bukan pasal harta dunia. Ini bukan pasal tamak dan gila harta.  Tapi ini pasal masa depan semua staf di bawah Tengku Aaron. Risiko ditanggung mereka. Kerana itulah tanggungjawab Tengku Aaron yang terbesar.

 Tengku Aaron cuma senyum. Teringat balik perbualan antaranya dan Mr. Smith di Perth.



“Could we reschedule this meeting, Mr. Smith? I have something important to do.”

“Why? What happens, Mr. Aaron?”

“Eid Mubarak.  The biggest celebration for muslim. And I kindly beg you to allow me to celebrate this eid with my family tomorrow. Even only for one day.”

“Hmm… did you know how much this project worth, Mr. Aaron?”

“Yes.. I did know. For that reason, I came here myself to ask for your permission. I can’t fully concentrate on this project if I don’t see them. This will affect us. Sorry for being selfish, but I’m pleading you again. Could you give me at least one day to celebrate this eid with my family?”

Mr. Smith senyum melihat Tengku Aaron.

“You impressed me only with your words, Mr. Aaron. When someone important like you willingly come this far and plead for us, it must be really important to you. I can feel your sincerity. You may leave, Mr. Aaron. We can wait here. Don’t you worry.”

“Thanks a lot, Mr. Smith.” Masa tu Tengku Aaron rasa nak sujud syukur juga. Mr. Smith cuma senyum.

“If I’m a good predictor, it must be your beloved wife and maybe children too?”

“Good prediction.”

“I also love my wife and children. I know how does it feel when we couldn’t be together in important events. Even in Christmas Eves, I was busy. And now they’re gone forever. Dead in a car crashed. I’m bemoaning and missing them like hell everyday. Don’t do the same, Mr. Aaron.”

“Family first is not selfish. It’s responsibility. It’s priority. Your family needs you, Mr. Aaron, in Malaysia. You can spend your time with your family. I give you a week. And then you can return here, and we will be discussing about this. And I hope you will boost the best.”

“And I wish you Happy Eid Mubarak. Send my regard to your family. They are lucky to have you as husband and father.”

“Thank you again, Mr. Smith.”



“It’s okay. They agreed. They respect us, muslims. And even told me that my family needs me here, in Malaysia,” jawab Tengku Aaron mudah.

"Kenapa abang nekad? Bukan abang dah buat keputusan nak pergi ke?”

“Abang teringatkan tangisan Rayyan dan Amanda. Abang tak sanggup tinggalkan mereka macam tu,” cerita Tengku Aaron.

Kerana terbayangkan air mata anak kembarnya, Tengku Aaron tekad untuk merayu. Walaupun cuma sehari, sekurang-kurangnya nanti hatinya lega.

    ----------------------

“Kampung ni tak berubah. Still cantik,” puji Tengku Aaron. Dia dan Damia berhenti di hadapan sebuah sawah padi.

            Ada batu besar. Batu yang sama yang pernah dia dan Tengku Aaron duduk dulu. Lebih kurang macam ni la masanya. Rasa bagaikan déjà vu pulak. Dia dan Tengku Aaron duduk di atas batu besar itu. Baby stroller yang dikhaskan untuk anak kembar itu ditarik supaya dekat dengan mereka.

Still remember this place, sayang?” soal Tengku Aaron lagi. Bagaikan faham Damia tengah fikirkan benda yang sama.

Damia senyum. Mestilah ingat. Tempat yang sangat bererti. Tempat di mana dia dilamar Tengku Aaron kali kedua. Siap berkejar-kejaran. Siap terjun sawah lagi. Bila ingat-ingat balik rasa nak gelak pun ada.

“Abang taknak kejar Mia ke?” gurau Damia.
Tengku Aaron ketawa. Kerja gila namanya. Dia dan Damia main kejar-kejar? Habis budak dua orang dalam stroller ni nak letak mana? Kang tak pasal-pasal hilang.

“Boleh. Tapi Mia kena lari dengan Rayyan, abang kena lari dengan Amanda.”

Haha. Damia ketawa. Jadi apa budak dua orang tu? Baton? Tak boleh bayang lumba lari bawak budak dua orang tu. Adoi.. Damia geleng-geleng kepala.

“Kalau Rayyan dan Amanda nak tahu, kat sinilah mama dan papa jatuh cinta.” Tengku Aaron bercerita pada anak kembar mereka yang berada dalam stroller itu. Kedua-duanya tersengih bagaikan tahu apa yang dikata Tengku Aaron.

Damia turut senyum. Mengimbau kembali kenangan lama memang best. Apatah lagi kenangan manis.

“Abang bersyukur sangat sebab dapat beraya dengan Mia dan anak-anak.” Tengku Aaron genggam jemari Damia.

“Mia pun sama. Abang, thank you sebab balik.”

Kemudian mereka berpelukan. Lama sehingga kedengaran suara Tengku Amanda menangis. Baru Damia teringat sesuatu.

“Abang, jom balik. Kesian Rayyan dan Amanda. Mia nak bagi susu,” ajak Damia.

Dia bangun. Tengku Amanda yang menangis cuba ditenangkan dulu. Tengku Aaron turut bangun.

“Jom.”

Tengku Aaron mula menolak baby stroller itu. Hidupnya kini cukup lengkap. Punya isteri yang dicintai di sebelahnya dan juga anak-anak yang disayanginya. Cuma seminggu waktu yang ada untuk dia meluangkan masa bersama-sama mereka di kampung ni sebelum di kembali berangkat ke Perth.

Semingu pun seminggu la. Janji hari raya pertama dia dapat beraya bersama dengan Damia. Hati dah cukup tenang bila melihat senyuman di bibir Damia dan wajah-wajah comel anaknya.

Family first is not selfish. It’s responsibility. It’s priority.

Harap-haraplah umur dipanjangkan supaya dia dapat beraya bersama isteri dan anak-anaknya di Aidil Fitri yang akan datang. InsyaAllah.



-TAMAT-

36 comments:

  1. good job anjell :) tq for give this muahaha

    ReplyDelete
  2. yeay anjell dah semakin rajin...huhuu selamat hari raye anjell

    ReplyDelete
  3. Yeay! Thank you kak... :) best

    ReplyDelete
  4. Best klakar part yg jadi duda hot... Caring loving mcm dulu... Sweet... Family first is important.

    ReplyDelete
  5. Thanx kak anjel. Luv ya.

    ReplyDelete
  6. So sweet..teringat perangai aaron dulu..masa mula2 jumpa damia..rasa cam nak hempuk je kepala dia..tau takut bila damia merajuk..la ni mmg dah jd suami mithali..nasib baik i x jumpa dia..tak kalu i jadi salmi no. 2..hehehhe

    Mekasih anjell..suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi Ang... lol

      Delete
    2. Salmiang haha dlm novel lol

      Delete
  7. Thanks kak anjell..dgr jugak rayuan kitaorang. .sayang kak anjell..xoxo haha XD

    ReplyDelete
  8. Best...
    Selalamat hari raye dear...

    ReplyDelete
  9. Thanks Cik Anjell layan permintaan saya & yg lain... terubat rindu kat Damia & Aaron. Cuma kalau ada kambing2 Aaron meragut rumput masa last2 tu, lagi syiokkk... hehehe

    ReplyDelete
  10. Best..best..mmg best..terubat dgn abg aaron n kak damia ai..kalau igt balik zaman jahliah aaron ni dulu, mmg x sangkakan...

    ReplyDelete
  11. Thank you so much Kak Anjell.. akak memang terbaik.. :-D Selamat Hari Raya

    p/s:Bila TPI nak ada entry baru? Cant wait for it..

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah Anjel! Sudi penuhi permintaan kitorang yg request SE EC.. Thankssss!! :D

    ReplyDelete
  13. Wah anjell luv u... Bestnye.... Rindu btul ngn tgku aaron n damia... Rsny nk kn bc lgi la nvel ni blik... Huhu

    ReplyDelete
  14. Best dan sweet... :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah terubat rindu akak dengan aaron n damia. So sweet....kalau boleh jgn le noktah kan terus cerita mereka berdua. Selitkan lah sekali 2 3 cerpen ttg mereka atau anak2 mereka ke nanti dlm setahun. Amacam peminat aaron n damia. Semoga anjell perkenankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat sebab kita yg dok bertunggu tangga kat sini sampai la novel keluar dpt tgk perubahan aaron..paling best kalau ada liku2 kehidupan yg menguji rumahtangga derang..tp end up happy ending le..mau saya meroyan sepanjang tahun kalau sad ending..takkan nak bakar blog pulak kan..papepn thanks anjell..terbaekkkk..

      Delete
  16. Terima kasih Anjell... best n3, bagaimana pula dgn SPS bila nak kluar

    ReplyDelete
  17. Terubat rindu dgn tg aaron n damia..tq anjell..

    ReplyDelete
  18. ingatkan Tg Aaron nahas dlm tragedi kapal terbang >< btw, gud job! hasil tgn yg mngagumkan! jln citer mmg trbaikk!! (y) u're the best among the best (banglish lintang pukang)

    ReplyDelete
  19. Tq my princess..selamat hari raya

    ReplyDelete
  20. .thanks anjell. .
    .lpas rindu kat aaron n damia. .
    .n Selamat Hari Raya. .

    ReplyDelete
  21. a sweet story anjel…u never failed to spin a superb n3 for your readers.

    Salam eidul fitri..maaf zahir dan batin dari mummy

    xoxoxoxo

    ReplyDelete
  22. Best sgt cite...hopefully leh wat drama....plakon adi putera n rita

    ReplyDelete
  23. Tq.. best sgt2x...
    slmt berhari raya & slmt berkarya... :)
    yep..klu wat drma pn best

    ReplyDelete
  24. panjangkan skit lagi crita bab suraya n adrean dapat anak ke.... tapi apa hal skalipun.. TETAP BEST.... TQ.....

    ReplyDelete
  25. Sweet cerpen laaa. Hhmm. Very best and I like it. ^_^

    ReplyDelete
  26. Thanks Anjell!!! Really like it... miss Aaron & Damia. So sweet and cute... Ada lg x?

    ReplyDelete
  27. tq..mmg best..tumbs up..kalo ada byk tgn semua jd tumbs up ar

    ReplyDelete
  28. thanks Anjell!!!!,terbaik ah citer nih.Tapikan citer nih kan bagus kalau Suraya mengandung ke.Kan best.Tapi apapun citer nih ttp best n ttp sweet serta sgt lawak.Greatlah Anjell nih!!!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )