Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 28 September 2014

AMNESIA

AMNESIA

Huh! Bosan gila bila terpacak tengah-tengah alam dalam majlis aku tak kenal seorang pun ni. Okey, bukan terpacak tapi aku dipacak di sini! Macam rusa masuk kampung pun ada. Ke nak tukar macam rusa masuk disko sebab aku rasa lampu lip-lap atas kepala aku sekarang ni. Bikin pening kepala je.

Aku jeling Noah yang segak berdiri dikelilingi satu kumpulan itu. Mamat tu je yang aku kenal. Kalau nak tahu, tu la tukang pacak yang bertanggungjawab memacak aku kat sini. Ingat aku ni tiang piling kat syarikat kontraktor dia ke, suka hati je nak pacak-pacak aku?

Huh! Wajah tampan berkeyakinan dan berkarisma tinggi. Kalau awek tengok, pakwe sebelah pun buat tak nampak.

Jealous? Waklu.. sikit pun tak la! Aku tegaskan yang mamat tu bukan sesiapa pun bagiku. Kekasih jauh sekali. Buta ke aku tak nampak lelaki sesempurna dia? Sebab aku terlebih celiklah aku tak tertipu dengan luaran dia. Cuba tengok dalaman dia sikit. Huh.. gugur taraf nak jadikan dia suami.

Dia pandang ke arahku. Sempat dia senyum yang aku kira sangat sinis pada mataku. See.. kan aku dah cakap. Dengan orang lain, dia baik. Orang kata, pijak semut pun tak mati. Tapi aku tak tahulah dia dengki apa dengan aku sampai-sampai aku teraniaya macam ni. Cis! Dia buat lagi. Dia buat lagi! Sengaja biarkan aku krik-krik kat tengah alam ni.

Okey.. sebenarnya ni bukan kali pertama. Yang lebih teruk pun aku dah pernah rasa. Tapi, sekali pun tak pernah keluar kata maaf daripada bibir merah dia tu. Dalam otak dia tu tak pernah wujud perkataan tu kut. Tak pun mamat tu datang dari Neptune yang tak pernah tahu maksud maaf tu apa.

Macam mana anjing jumpa kucing, macam tu la aku kalau jumpa dia. Tak pernah nak berdamai sejak dulu lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, macam mana aku boleh selamat tiba di sini dengannya? Senang je jawapannya.

“Teman aku pergi dinner.” Noah mempelawa masa dia temankan mama dia lepak rumah aku.

Oh, lupa nak cakap! Dia jiran aku. Rumah sebelah je. Kalau aku buka tingkap bilik, nampaklah dia kat sebelah sana. Kenapalah dalam banyak-banyak bilik dalam rumah besar dia tu, bertentangan dengan bilik aku juga dia pilih? Buat bernanah mata aku je. Asal bukak tingkap, mesti nampak dia. Sebab tu aku jarang-jarang buka tingkap.

“Sampai kiamat pun aku takkan setuju.” Itu jawapan yang aku berikan. Dah tahu, buat-buat tanya pulak. Pergilah ajak Dora The Explorer kau tu.

Dia cuma angkat bahu. Aku ingat dia fahamlah. Tapi, Noah Yusrizal ni memang tak makan saman. Dah tahu aku taknak pergi, boleh pulak mamat tu suruh mama dia masuk line. Macam mana aku nak cakap tak, kalau dah si mama dah merayu? Malas aku nak ingat balik. Kalau aku ceritakan pasal mamat tu, berkajang-kajang pun aku rasa takkan habis punya.

Aku nampak Noah melangkah ke arahku. Haa.. ni nak apa pulak ni? Tolong jangan dekat dengan aku kalau bukan sebab nak ajak aku balik!

“Benda alah ni sampai pukul berapa? Aku nak baliklah!” Datang-datang je terus dia kena marah.

“Rilekslah.. malam masih muda. Kau ni, kuno la. Tak suka majlis-majlis macam ni.” Selamba dia kutuk aku.

“Ya.. aku kuno. So what? Kau nak aku jadi macam kau la? Pengunjung tetap kelab malam. Peluk perempuan macam peluk tiang lampu?” bidasku balik. Dia jeling tajam ke arahku. Marah ke? Buat apa nak marah kalau betul?

“Aku dah nak berubah la.”

“Dah nak berubah. Bukannya reti nak terus berubah,” bidasku lagi. Ada jugak ‘nak’ kat tengah ayat dia tu.

“Mulut kau ni.. kalau bukan ni tempat awam, memang aku dah cium dah.”

Aku buat muka tak bersalah. Macam ni cakap nak berubah?

“Noah, awek baru ke?” Tengah-tengah panas ni, ada pulak yang datang menegur. Tapi, bagus jugak. Buatnya si Noah ni buat gila, mati aku. Bukannya boleh percaya sangat mamat ni.

“Bukan awek, tapi tunang.” Noah gelak. Aku dah jeling tajam. Tunang hotak kau! Kau ingat aku nak sangat kat kau?

“Eh, serius ke? Bila tunang? Dora macam mana?” Si kawan Noah tayang muka tak percaya.

Tah.. berani sembarangan cakap macam tu. Silap-silap hari bulan terselam lagi aku dalam kolam renang gara-gara penangan si Dora The Explorer dia tu. Bukannya aku tak pernah kena. Terbayang peristiwa memalukan tu pun dah cukup buat aku rasa macam nak sula si Noah, yang sibuk tenangkan aweknya pada waktu kejadian tu sedangkan aku ni hampir melayang nyawa. Walaupun dah dua tahun lebih peristiwa tu berlalu, sakit hati masih ada. Dan aku rasa, sejak hari tu la hubungan keruh kami makin keruh jadinya.

“Haha.. just kidding. Dora kat Milan..”

Hmm.. patutlah aku jadi mangsa. Buat hati lari rupanya!

 “..Ni kawan aku, Ulya. Ulya, ni Dafi.” Aku senyum kat Dafi. Protokol  rasmi bila berkenalan dengan orang.

“Ulya.. Oh, yang kau cakap macam mak singa nak menopause tu kan?”

Mak singa nak apa? Aku jeling Noah. Berapi kepala aku, dia tayang muka tak bersalah? Macam-macam rupanya dia kutuk aku depan kawan dia. Entah apa lagi cerita buruk pasal aku dia ceritakan kat Dafi. Biadap betul! Kurang asam kau, Noah!

“Eh, kitorang dah nak balik dah. Assalamualaikum, Dafi. Jom, Ulya.”

Haa.. nak mengelaklah tu sebelum aku korek macam-macam daripada Dafi.

“Macam-macam kau jaja cerita pasal aku kat kawan kau, kan?” marah betul aku bila kami dah agak jauh daripada majlis tu. Dia, macam biasa tayang muka tak bersalah dia tu.

“Betul apa? Kau memang macam mak singakan?” Bukannya nak rasa bersalah malah boleh dia senyum sinis macam tu? Arghh… Tuhan saja yang tahu yang sekarang ni, nak je aku hempuk kepala mamat tu kat pintu lif, biar dia shock semua wayar dalam kepala dia tu! Biar dia hilang semua ingatan. Biar dia tak ingat siapa aku. Barulah tak bergaduh dan tak sakitkan hati aku!

 “Kadang-kadang aku rasa aku nak je terajang kau, kau tahu? Tak pun ketuk kepala kau biar kau tu hilang ingatan!”

Nak je aku doa mamat ni jatuh guling-guling  atas tangga sampai tingkat bawah. Huh! Baru puas hati aku!

“Dan kadang-kadang aku pun harap aku hilang ingatan,” jawabnya pula.

    -------------

“Noah accident!”

Dua perkataan yang cukup buat jantung aku sentap. Tak cukup nafas aku berlari temankan umi ke hospital. Masa kami tiba, Aunty Zarina tengah menangis. Mana taknya kalau putera kesayangan dia tengah berperang dengan maut.

Umi tak habis-habis memujuk Aunty Zarina. Dalam diam, aku pun resah sendiri. Kalau dia mati macam mana? Sejahat-jahat aku, aku takkan pernah doakan sesuatu buruk terjadi kat dia. Okey.. mungkin aku pernah sumpah-seranah dia macam-macam tapi aku tak pernah maksudkannya.

Kau tak boleh mati, Noah. Banyak sangat dosa aku kat kau. Tak tenang hidup aku kalau dia tak maafkan aku. Selamatkanlah Noah, ya Allah.

   --------------

Hampir sebulan Noah koma. Aku dah jadi pengunjung tetap hospital ni sebab aku selalu temankan umi melawat. Melihat Noah terbaring kaku di atas katil dan Aunty Zarina pulak yang selalu muram mukanya buatkan aku agak sebak jugak. Macam mana aku datang, macam tu jugaklah keadaan dia bila aku balik. Bilalah Noah akan sedar?

“Noah dah sedar!” Panggilan telefon daripada umi buatkan aku panjatkan syukur. Sedar juga dia akhirnya. Cepat-cepat aku pergi hospital. Walaupun aku selalu gaduh dengan dia, aku tetap nak jumpa dia. Aku janji, mulut aku akan senyap je mengadap dia nanti. Aku akan diam je walau sesinis mana pun kata-kata Noah.

“Doktor, kenapa dengan anak saya? Kenapa dia macam ni?” Aku sempat dengar kata-kata Aunty Zarina bila aku muncul depan pintu masuk bilik Noah. Lepas tu aku nampak Aunty Zarina macam kecewa. Umi di sebelah cuba tenangkan dia. Apa dah jadi?

“Noah.. ini mama, sayang. Ingat tak, ini mama?”

Aku nampak muka Noah blur sebelum dia geleng-geleng kepala.

“Isteri saya mana?” Hampir sebulan lamanya aku tak dengar suara Noah. Tapi.. kenapa dia bertanyakan tentang isteri dia? Dia kahwin senyap-senyap ke?

“Noah.. apa Noah cakap ni? Noah belum kahwin lagilah.”

“Sayang!” Noah pandang ke arah aku.

Sayang? Aku ke? Aku pandang ke arah belakang aku. Manalah tahu tiba-tiba Dora The Explorer dia tu datang. Takde sesiapa. Hanya aku.

“Ulya sayang,” panggilnya lagi. Aku jalan perlahan-lahan mendekatinya. Seram pulak aku dengar dia panggil aku sayang. Apa kena dengan mamat ni? Traumatic brain injury ke apa?

“Abang rindukan sayang.” Dia senyum manis kepadaku.

Yukk! Allah je tahu macam mana aku nak meloncat dengar dia cakap macam tu. Tegak segala bulu kat tubuh aku ni. Abang? Rindu? Sayang? Apa masalah mamat ni? Aku pandang umi dan Aunty Zarina. Mereka pun berpandangan sesama mereka.

    ------------

“Amnesia?” Aku tak percaya bila umi cerita.

“Tapi dia ingat Ulya?” Aku tak faham.

“Dan dia ingat dia jadi suami Ulya.” Umi dah pandang aku semacam. Haish.. macam pelik je. Macam pelik je.

“Entah-entah memang betul dia suami kamu, Ulya?” Umi mula menyiasat.

“Hish.. mengarutlah umi ni! Macam tak tahu pulak hubungan Ulya dengan dia macam mana.” Ngeri betul bila aku ingatkan dia panggil aku sayang.

Grr.. entah mimpi apa dia sepanjang dia koma tu. Takkanlah mimpi kahwin dengan aku kut? Dalam banyak-banyak orang, kenapa aku?

“Manalah umi tahu. Budak-budak zaman sekarang ni macam-macam.” Umi masih sangsi denganku.

“Entah-entah dia dah tak betul lepas accident, umi.”

Pap! Sedas aku kena libas dengan umi. Adoi.. sakit!

“Jaga mulut tu. Noah baru sedar. Jangan cakap macam tu depan Aunty Zarina.” Umi dah sound aku. Yalah.. aku pun tak gila nak cakap macam tu depan Aunty Zarina. Tak pasal-pasal masuk ICU aku gara-gara makan tendangan panelti Aunty Zarina.

Bila ingat balik, aku istighfar sendiri. Jahat betul mulut aku ni. Padahal sebelum datang sini, macam-macam aku janji dengan diri sendiri. Manusia mudah lupa. Astaghfirullahalazim!

    ---------------

“Jadi isteri dia?” Kuat suara aku. Tak percaya!

Mak ai.. biar betul? Umi ni nak jual aku ke apa? Sebab Noah ingat aku isteri dia, jadi aku kena jadi isteri dia. Hish.. taknaklah aku!

“Bukannya betul-betul. Jadi isteri olok-olok dia je.”

Lagi aku ternganga. Serius umi aku ni?

“Umi.. taknaklah. Tah apa-apa mamat tu buat kat Ulya nanti.”

Aku dah naik seram. Tengok je la layanan mesra dan panggilan sayang dia kat aku tu. Tak pernah wujud dalam kamus hidup aku kalau yang cakap tu Noah. Tegak bulu ketiak aku dengar.

“Ulya.. kita kena tolong Aunty Zarina. Dia yang mintak tolong umi cakap kat kamu. Katanya, Ulya boleh bantu Noah sembuh.”

“Cakap je la yang sebenar. Yang dia tu tak kahwin lagi. Entah bila bulan mengambang ingat dia dah kahwin. Dengan Ulya pulak tu. Lepas tu cakap kat dia sebenarnya sekarang ni dia tengah bercinta dengan Dora.”

Si Dora ni satu hal. Dah tahu buah hati masuk hospital, bukannya reti nak datang. Lepas tu cemburu tak bertempat. Ni kalau dia tahu aku dah jadi ‘isteri’ buah hati dia ni, agaknya lombong terus dia benam aku!

“Tak boleh. Doktor pesan kena jaga status emosi Noah. Tak boleh bagi Noah stres kalau taknak keadaan dia bertambah teruk. Dia perlukan sesuatu untuk trigger memori dia. Doktor cakap, mungkin ada sesuatu yang istimewa pasal Ulya. Sebab tu Noah boleh ingat Ulya,” kata umi pula.

Tapi, kenapa aku? Aku ni bukannya sesiapa pun. Tempat dia membuli adalah.

“Habis.. nak Ulya pura-pura jadi bini dia sampai bila?”

“Sampai dia ingat balik.”

“Kalau dia tak ingat sampai ke sudah?” soalku balik. Mati aku kalau mamat tu ingat aku bini dia selama-lamanya. Tak pasal-pasal yang olok-olok jadi betul-betul. Huh.. tak hingin aku!

Hish.. kamu ni. Janganlah cakap macam tu. Doakan Noah cepat-cepat sembuh.”

“Umi.. tapi, kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Yalah.. dia ingat Ulya isteri dia. Umi tak takut ke kalau apa-apa jadi kat Ulya?” Aku cuba takutkan umi. Ni pun aku takut jugak. Buatnya si Noah tu pegang aku ke, peluk aku ke, cium aku ke, aku rasa tangan dan kaki aku ni tak teragak-agak nak singgah kat muka dia.

“Umi percaya Ulya akan bijak atasinya. Bila niat ikhlas nak tolong, insyaAllah Allah akan lindungi Ulya.”

   -----------

Tapi Umi, masalahnya Ulya tak berapa nak ikhlas. Huh! Dengan hati separuh ikhlas inilah, aku bersetuju. Yang paling gembira mestilah Aunty Zarina. Sampai menangis dia berterima kasih denganku. Sampai aku rasa bersalah. Kalaulah dia tahu macam mana aku kutuk anak dia sebelum ni.

Aku melawat dia. Jiwa dah cuba kukentalkan. Aku takut terkeluar tindakan refleks aku yang tak terduga bila dia buat macam-macam.

Noah tengah baring masa aku datang. Terus dia senyum lebar bila nampak aku.

“Sayang.. sayang datang hari ni. Dah lama abang tunggu.”

Sayang... Perkataan tu macam dah jadi suis refleks yang terletak kat tangan aku. Pantang sebut, rasa nak naik je tangan ni, libas handbag kat kepala berbalut dia tu! Alergi betul aku dengannya. Tapi aku cuba bersabar.

Senyum lagi. Kau kena biasa dengan perkataan macam tu, Ulya. Buat tak dengar je. Mamat tu sekarang ni kepala tengah tiga suku.

“A’aa… ak..” Haish.. nasib baik sempat brek! Takkan aku nak beraku-kau dengan dia? Macam kurang ajar sangat. Habis tu, nak cakap apa? Sayang, abang? Yukk! Memang tak la!

Hmm..” Noah tunggu aku sambung kata.

“Ulya dengar Noah dah dibenarkan balik hari ni.” Ganti dengan nama. Kira okey la tu.

“A’aa.. tak sabar abang nak balik rumah. Tak suka duduk sini. Sayang tolong abang kemas ya?” Dia senyum manis.

Arghh… tak sukanya aku bila dia bahasakan dia abang. Rasa pelik gila. Kalau ‘sayang’ mintak kena libas, ‘abang’ pulak macam mintak nak kena hempuk.

Hmm.. ya la,” jawabku. Serius aku rasa sepanjang perkenalan aku dengan dia, ni kali pertama aku cakap lembut dengan dia. Hipokritnya rasa sekarang ni. Senyum aku pun rasa plastik habis. Tapi, apakan daya. Aku dah janji dan aku kena biasa dengannya.

    --------------

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia senyum manis dan aku terus buat-buat pandang tempat lain. Waa… sumpah awkward gila! Nak je aku lari keluar daripada bilik besar dia ni. Dia tengah baring atas katil, aku pulak macam sarjan tengah nyanyi lagu Negaraku tegak berdiri beberapa meter daripadanya.

“Kenapa sayang berdiri kat situ? Duduklah dekat dengan abang ni.” Noah akhirnya bersuara.

Duduk dekat dia? Nak mampus? Dah la aku dengan dia berdua je dalam bilik besar dia ni walaupun Aunty Zarina ada kat luar. Hish.. taknaklah aku! Cari idea untuk keluar, Ulya. Cepat!

“Kejap!” laungku tiba-tiba. Aku pandang Noah.

“Mama panggil,” autaku.

“Noah berehat dulu ya? Mama panggil Ulya. Ulya keluar dulu.” Tak tunggu banyak masa, aku dah tutup pintu.

Lepas keluar daripada bilik dia, baru rasa macam cukup oksigen. Huh! Aku mengeluh. Kalau hari-hari macam ni, self-destruction namanya! Bilalah semuanya nak berakhir?

   -----------

Aku pandang Noah yang tengah makan bubur. Elok-elok Aunty Zarina suap dia, boleh pulak dia request nak aku suapkan dia. Dengan muka tiga posen, dia merayu kat aku depan mama dia. Si mama apa lagi? Mestilah tak sampai hati bila tengok anak dia macam tu. Nak taknak, demi Aunty Zarina, aku turutkan juga.

Dah tiga hari aku jadi isteri jadian dia ni. Tapi aku tetap tak boleh nak ngam dengan mamat ni. Beratnya tiap-tiap hari aku rasa bila aku terpaksa juga tunjuk muka di rumah sebelah rumah aku ni.

Satu je aku tak faham. Kenapa dia ingat aku sorang? Dan kenapa aku? Atau ni balasan sebab aku selalu bergaduh dengan dia?

“Noah.. kenapa Noah ingat Ulya sorang je?” dugaku lepas dia habis makan. Mangkuk bubur yang kosong kuletak tepi. Mamat ni, sakit-sakit pun selera makan tinggi macam orang sihat. Tapi, baguslah. Takdelah nak susah hati sebab takde selera nak makan.

“Sebab.. Ulyakan isteri abang. Mesti abang akan ingat orang yang paling abang sayang.”

What things do you remember about me?” ujiku.

Your name, Ulya Haneesa bt Umar. Age, 27. A musculoskeletal master holder. Currently working as lecturer. Enough?” jawabnya lancar.

Semua betul. Haish… tak puas hati lagi ni!

“Bila kita kahwin?”

“Baru je. Kita dah lama bercinta. Ulya sayang abang dan abang pun sayangkan Ulya walaupun kita selalu bergaduh. Lepas tu abang lamar Ulya untuk jadi isteri abang.”

Ewah.. seronoknya kau karang cerita? Aku yang dengar rasa nak tendang je mamat tu masuk almari. Aku sayang dia dan dia sayang aku? Dalam mimpi la weh! Tang mana tah aku bercinta dengan dia. Nak je aku tanya, Dora kau tu mana mahu campak?

Dia tak pelik ke bila aku layan dia macam bukan layan suami? Tak pelik ke bila aku ni macam nak duduk sepuluh batu bila berdua dengan dia? Tak pelik ke bila aku cipta macam-macam alasan sebab taknak tidur dengan dia?

Hai.. nak cakap hal sebenar, takut mamat tu tak boleh nak terima. Kata doktor, status mental Noah boleh turun naik kalau tak kena gayanya sebab memang sebenarnya Noah belum sembuh sepenuhnya. Tapi, kalau tak cakap hal sebenar, makin payah juga.

Tunggulah masanya. Perlahan-lahan aku akan cuba terangkan hal sebenar pada Noah.

    --------------

Hujung minggu itu dikejutkan dengan kehadiran Dora The Explorer. Dari Noah kemalangan, koma dan dah beberapa hari Noah keluar, baru sekarang minah ni tunjuk muka. Dah habis mengembara agaknya. Memang kenalah aku panggil dia Dora The Explorer.

Noah, I miss you, baby.” Dora menghampiri Noah yang tengah duduk atas kerusi.

Hih.. asal pakwe je panggil baby. Kesian betul kecomelan baby disalahgunakan. Besar anak gajah macam ni pun nak panggil baby. Kenapa baby? Bukan foetus? Bukan embryo? I miss you, embryo. Haa… sedap apa? Tak bunyi ala-ala France ke?

“You pun mesti rindu I kan, Noah?” Dora peluk Noah.

Aku yang tengok bulat mata. Tak malu betul. Macam manalah boleh terlepas masuk rumah ni? Hai.. nasib baiklah Noah ni bukan siapa-siapa dengan aku. Kalau aku ni isteri betul-betul Noah, memang aku terajang dah si Dora ni. Tak sayang nyawa ke peluk suami orang?

“Sayang.. siapa ni?” Noah pandang aku. Ingatkan buah hati dah datang, dah lupa aku. Dah ingat balik semua.

“Noah, you kenapa? You tak ingat I ke? I’m Dora. Your girlfriend.” Dora macam tak percaya. Cuba pegang tangan Noah, tapi kena tepis.

“You ni siapa? You tak tahu ke pegang tangan lelaki tu haram? You tak belajar agama ke?” Sedas Noah bagi.

Wow! Sumpah aku nak gelak tengok muka terkebil-kebil Dora pandang Noah. Haa.. kan dah kena satu! Good job, Noah! Nak tepuk tangan rasa. Seronok la pulak tengok Noah bagi sebiji kat muka buah hati dia tu. Haha.

“Sayang.. you kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Dora lagi.

Tu la.. masa buah hati koma, bukannya nak datang jenguk. Lepas tu sibuk tanya. Balasan Allah bagi.

“Dia hilang ingatan.”

No.. tak mungkin. Noah, you ingat I tak?”

Noah geleng kepala.

“Apa you berdua buat dalam rumah ni? You berdua buat maksiat ya?” Dora pandang sinis.

“Dia isteri I.” Noah tunjuk aku. Aku tak tahu nak sengih ke tak dekat Dora. Dora nampak terkejut.

“Tak mungkin. You benci dia. You kata dia bukan taste you. Semua pada dia you tak suka. Tak menarik.”

Aku tak menarik? Bukan taste dia? Aku pandang Noah. Geramnya rasa hati. Kurang asam! Nasib baik kau sakit sekarang ni, Noah. Lembut sikit hati aku.

Noah tiba-tiba mengerang kesakitan. Kepalanya dipegang. Risau aku tengok dia yang sakit macam tu.

“Ulya, abang nak rehat. Abang taknak jumpa dia. Tolong.” Tuan rumah dah menghalau.

Aku pun terpaksalah halau Dora juga. Demi kesihatan Noah. Nak taknak, dia angkat kaki. Bila masuk balik jumpa Noah, nampak muka Noah kelat sikit. Dia ingat sesuatu ke?

“Kenapa biar dia buat macam tu kat abang? Bukan Ulya isteri abang ke? Ulya tak cemburu ke?” masam muka dia tanya aku.

Err.. macam mana aku nak cemburu sebab aku takde hati kat dia. Ke aku dah kena mula ceritakan hal sebenar?

Err.. sebenarnya, apa yang Dora cakap tadi betul. Kita belum kahwin sebenarnya.” Dia diam.

I know. Sebab Ulya tak pernah sentuh abang.”

Aku terkejut. Eh? Tak cakap awal-awal. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku dah cakap semuanya. Lega betul. Yahoo! Aku dah boleh berhenti jadi baby sitter mamat ni. Normal je aku tengok lepas tahu benda betul. Tak payahlah aku datang besok. Yes!

“Tapi, kita dah tunang kan? Kita janji nak kahwin, kan? Kalau abang tak accident, mesti kita dah kahwin kan?”

Terkedu lagi aku.

Err..” Banyak la pulak soalan kan-kan dia tu!

“Betullah. Lega abang rasa. Kita akan kahwin nanti. Kan, Ulya?” Muka Noah berubah gembira. Tak sampai hati la pulak nak matikan kegembiraannya tu. Kalau aku cakap ‘tak’, masuk ICU tak Noah hari ni?

“Kan Ulya?” Beria-ia Noah tanya aku. Hmm.. memang tak boleh bagi jawapan lain nampaknya.

Aku angguk. Arghh.. terpaksa lagi! Tapi sekurang-kurangnya aku dah tak terseksa nak berlagak isteri jadian dia. Dan mulai hari ni, status dah berubah jadi tunang jadian dia. Huh! Sabar, Ulya! Sampai mamat ni sembuh je.

    ----------------

Noah sebenarnya takdelah menyakitkan hati sangat. Aku suka dia yang hilang ingatan. Hubungan kami makin baik. Aku dah tak rasa terpaksa bila temankan dia. Aku rasa dia 360 darjah kontra dengan dia yang dulu. Kejam tak kalau aku doa supaya Noah kekal Noah yang sekarang? Aku taknak Noah yang menyakitkan hati dulu.

Noah mengidam nak makan mee kari. Beria-ia dia nak aku buat. Dia cakap nak cuba rasa air tangan aku. Aku ikutkan je. Aku ni memang tak berapa pandai sangat nak masak. Tapi, dengan adanya Abang Google, rasanya zaman sekarang ni, semuanya beres.

Beli barang yang diperlukan dulu. Dalam perjalanan balik, tak sangka jumpa Dora The Explorer.

“Noah macam mana?”

“Alhamdulillah. Sihat.”

“I tahu sekarang Noah tak ingat I. You boleh buat apa saja sekarang ni. Tapi you kena ingat yang Noah benci you. Satu hari nanti, dia akan ingat siapa I, Ulya. Dan bila tiba masa tu, you are nobody.”

“Biarlah. Kami bukannya ada apa-apa pun,” jawabku.

I hope you speak the truth. I harap, you jangan jatuh suka dengan Noah sekarang ni. You yang akan sakit nanti.”

Malas aku layan minah tu. Baik aku balik. Buat sakit hati je. Aku nak angkat kaki. Biar minah tu cakap sorang-sorang. Barulah orang ingat dia gila.

Enjoy your time now, Ulya. Once he remembers, you are only nobody. Sebab sekarang dia bukan diri dia. I’ll be waiting for that moment. And then, he’ll be mine!” jerit Dora.

Aku buat pekak. Buat malu betul perempuan ni. Jerit tengah-tengah orang ramai. Nak jadi pelakon ke? Nak jadi, jadi sorang-sorang. Aku taknak!

   -----------

Once he remembers, you are only nobody. Sebab sekarang dia bukan diri dia.” Entah kenapa terngiang-ngiang suara Dora. Dan tak tahu kenapa, hati aku rasa sesuatu bila Dora cakap macam tu.

Dora betul. Bila Noah ingat segala-galanya, dia akan lupakan aku. Dia akan sayang Dora. Memusuhi aku. Macam dulu. Semuanya akan jadi normal. Aku taknak Noah ingat balik!

“Ulya. Kenapa sedih?” soal Noah.

Masa tu aku lawat dia sekejap. Noah dah makin sihat. Dah dapat berjalan. Besok dah nak mula kerja. Lega aku tengok Noah yang makin sembuh.

“Dah empat bulan. Noah dah makin sihat. Tak lama lagi, mesti ingatan Noah akan pulih jugakkan?”

“Bunyi macam tak suka je?”

“Mana adalah. Mestilah suka,” jawabku separuh ikhlas.

“Noah dah sihat. Bila kita nak kahwin?”

Tak tahu kenapa dada tiba-tiba berdebar. Dia lamar aku ke? Tapi, bila ingat balik kata-kata Dora, hati jadi tawar. Apa gunanya? Noah bukan dirinya sekarang ni.

“Kita akan kahwin. Dengan syarat, Noah mesti ingat semua.” Berani aku cakap.

Ya.. dia kena ingat semuanya. Dan kami takkan kahwin. Sebab dia dah ingat siapa aku, siapa Dora. Masa tu, aku mesti sedih.

“Kenapa kena tunggu Noah ingat semua?”

So that you won’t regret. So that you make a right decision.”

“Ulya takut Noah lupa siapa Ulya?” Dia bagaikan tahu. Aku senyum.

“Taknak tahu hubungan kita dulu macam mana ke?” soalku tanpa jawab soalan dia.

“Dulu tak penting. Yang penting sekarang. Jangan risau. Noah takkan lupa siapa Ulya.”

Beryakinan sekali cara cakapnya. Mengingatkan aku kepada Noah yang dulu. Cakap sekarang memang boleh. Kau ke yang kawal otak kau? Bila nak jadi, jadilah. Kalau dah benci, benci juga.

“Apa-apalah. Jangan nak berjanji sangat. Nanti janji makan diri. Ulya balik dulu. Esok nak start masuk officekan? Good luck.”

Aku bangun. Nasib baiklah aku ni jenis yang tak cepat teruja.

“Haa.. Nak lari la tu!” Noah turut bangun. Muka masam tak puas hati. Aku gelak.

“Tak lari. Nak jogging je.” Aku buat loyar buruk.

“Kita tak habis lagi la!” Muka dia serius.

“Dah habislah. Nak balik rumah. Anak dara apa entah merayap rumah lelaki.” Aku kutuk diri sendiri. Gaya aku cakap macam aku berdua dengan dia. Padahal dalam rumah ni, semua ahli keluarga dia ada.

Will you marry me, Ulya?”

Hai.. mamat ni. Tiba-tiba je lamar orang. Tak kena timing pulak tu! Kenapalah nak tanya benda yang takkan terjadi?

Come ask me only when you remember everything.” Jawapan malas! Main tarik tali sorang-sorang. Sedih jugak! Terlebih tarik karang, aku jugak yang tersungkur.

Balik, Ulya! Nanti umi cari. Dahlah keluar tak cakap kat umi tadi. Tak pasal-pasal kena bebel nanti. Dulu bukan main liat nak datang sini. Tapi sekarang ni dah tak ingat rumah dah.

Mulai sekarang aku rasa aku kena cuba jauhi Noah. Sebab aku rasa bila-bila masa dia akan ingat. Dan bila masa tu tiba, takdelah aku kecewa sangat bila nampak mata Noah yang tiada kemesraan itu. Takdelah nak sedih sangat bila dia kembali ke pangkuan Dora.

Hmm.. aku pasti rindukan dia yang sekarang!

   -----------

Noah tiba-tiba pengsan. Terkejut betul bila tiba-tiba dapat panggilan daripada Aunty Zarina. Katanya Noah pengsan di pejabat. Terus aku ambil EL. Takut aku kalau sesuatu terjadi pada Noah.

Aku ke hospital seperti yang dinyatakan Aunty Zarina. Bila aku sampai, ada Aunty Zarina. Dora pun ada. Nampak Noah yang terbaring atas katil pesakit. Muka dia nampak lemah.

“Noah, I risaukan you. Nasib baik you dah bangun.” Dora berada di sisi Noah. Dia genggam erat tangan Noah. Tapi Noah tak tepis.

Aku nampak Noah pandang Dora lama-lama. Entah kenapa, dada aku berdebar. Sesuatu bermain dalam fikiran. Tolonglah jangan! Tolonglah jangan!

“Dora?”

“Noah, you ingat I?” Suara Dora dah teruja.

Of course I remember you.”

“I ingat you dah lupa I. I takut you halau I macam hari tu.” Muka Dora sangat lega sekarang ni.

Did I?” Noah soal balik.

“You tak ingat ke? Apa benda terakhir yang you ingat?”

Noah pandang aku. Sayangnya, pandangannya aku rasa macam dulu. Sinis. Macam takde perasaan. Kan betul apa yang aku rasa. Dia dah ingat. Noah yang lama dah balik. Semua dah kembali pada asal.

The last thing I remember, I was in my car. I was driving and then a car crashed me from the front.”

Hmm… dia dah lupa nampaknya! Macam apa yang aku rasa. Dia tak dapat ingat semua kejadian sepanjang tempoh dia hilang ingatan. Dalam erti kata lain, dia tak ingat waktu-waktu kami bersama.

Ha.. ha.. drama sangat! Aku ingat benda ni jadi dalam TV je. Sekali dah jadi dalam hidup aku daa…

Baliklah, Ulya! Takde kerja kau kat sini. Kau dah tak diperlukan kat sini. Noah dah dapat apa yang dia nak.

Aku pusing belakang. Tak tunggu banyak masa, aku terus angkat kaki. Entah kenapa hati sebak sangat.

          ---------------

Semua dah kembali normal. Siapa aku? Ulya. Siapa dia? Noah. Apa hubungan kami? Takde apa-apa hubungan. Musuh mungkin.

Sejak ingatan Noah dah balik, sekali pun aku tak pernah melawatnya. Beberapa kali umi ajak, berjuta kali la aku bagi alasan nak lari. Malas nak bersua muka dengan Noah. Buat apa nak lawat? Entah-entah kena halau balik. Entah-entah makan hati dengan mulut Noah yang memang tak tahu nak jaga hati aku tu.

Kalau dulu, memang aku boleh bidas balik. Tapi sekarang, aku tak yakin. Kenapa? Mungkin sebab aku yang dah suka dia. Hai.. dalam banyak-banyak orang, kenapalah hati aku ni boleh terjatuh kat musuh aku sendiri? Tu la, Ulya. Padahnya bila tak kuarantin hati masa jaga Noah dulu.

Aku pandang jam comel atas meja kerjaku. Pukul sepuluh pagi. Kalau dulu, sepuluh pagi mesti aku temankan Noah jalan-jalan di taman rumah. Borak-borak. Gelak-gelak. Apalah dia buat sekarang ni?

Haish.. Dia lagi! Dia lagi! Jangan nak ingat dia, Ulya. Bangun! Aku sedarkan diri sendiri. Banyak fikirkan dia, hati aku sendiri nanti yang akan terluka. Jangan ikutkan perasaan.

Bunyi pintu bilik diketuk. Mesti pelajar aku.

“Masuk.” Aku beri izin. Dua orang pelajarku masuk. Tadi salah seorang menelefonku, bertanyakan aku berada di mana. Kata mereka, nak hantar assignment.

“Letak dalam kotak tu,” arahku.

Miss, ada orang nak jumpa miss kat luar,” lapor salah seorang daripada mereka.

“Siapa?” Aku pelik. Rasanya takde pula orang yang mengatur janji temu denganku.

“Dia cakap dia suami Miss..” Mereka dah pandang pelik.

Suami aku? Bila aku kahwin ni?

Miss dah kahwin ke? Sampai hati tak ajak kami ya?”

“Eh, mana adalah! Saya tak kahwin lagi. Orang tu gurau je kut.”

Hati dah geram. Siapa yang kurang ajar nak sebar fitnah kat tempat aku kerja ni? Dahlah aku sorang tak kahwin lagi. Karang ada pulak yang cakap aku kahwin senyap-senyap.

Siapa yang nak makan penampar pergi mengaku suami aku ni? Siapa je yang pernah jadi suami aku? Tiba-tiba teringat sesuatu. Dada tiba-tiba berdebar. Tak.. tak mungkin dia!

Miss pergilah tengok. Handsome.” Mereka mengusikku.

Cepat-cepat aku keluar bilik. Nampak susuk lelaki tinggi yang cukup aku kenal sedang bersandar pada dinding. Macam tunggu aku keluar dari bilik. Bila mata kami bertentangan, dia senyum.

“Sayang?”

Serius aku nak pengsan sekarang ni.

    -----------------

Kami senyap. Hanya kami berdua di dalam ruang makan staf di kafe ini. Yalah.. baru pukul berapa. Semua mengajar. Aku pulak kejap-kejap lagi baru nak mengajar. Bagus juga sunyi-sunyi macam ni. Takdelah malu sangat kalau-kalau aku berperang dengan dia lepas ni.

Muka Noah selamba macam aku pulak yang datang nak jumpa dia. Yang mamat ni senyap kenapa? Nak apa? Dahlah sibuk bersayang-sayang dengan aku tadi.

“Kau nak apa ni?” soalku. Hilang sabar. Semua kembali kepada asal. Begitu juga gaya aku bahasakan diriku padanya.

“Lama tak jumpa kau.”

Jadinya apa? Kalau jumpa nak buat apa? Kita dah tak macam dulu.

So? Kau ingat aku rindu kau la?” bidasku.

Don’t you?” soalnya berani. Terkedu beb!

Noah senyum. Tapi tak sinis. Pelik.

But I do miss you.”

Dada aku dah berdebar. Pehal mamat ni? Aku rasa semalam bulan tak mengambang. Nak kenakan aku ke? Tak lawak weh! Tak pasal-pasal perasaan aku yang terburai. Gaya dia cakap macam dia ingat aku.

“Dah lama kita tak gaduh kan?”

Huh! Rindu nak bergaduh dengan aku rupanya. Ingat ke apa? Buat penat je aku feeling sorang-sorang tadi. Itu baru Noah yang lama. Tak mungkin dia ingat, Ulya. Takde guna dia ingat sekali pun.

“Aku busy. Kau nak cakap tu je ke? Dahlah sesuka hati je nak mengaku kau tu suami aku,” marahku.

“Kenapa aku rasa macam aku pernah jadi suami kau, hah?”

Dada berdebar lagi. Aku pandang dia. Mata dia lain macam. Macam Noah yang aku rindu. Dia ingat ke? Musykil!

“Jangan nak bergurau lagi. Kau nak apa?” desakku.

“Nak tuntut janji. Kau pernah janji dengan aku.”

“Janji apa? Bila masa aku…”

 “Come ask me when you remember everything..” Terus tak sudah kata-kata aku. Sebiji macam yang aku cakap dulu.

Aku pandang dia.

Now I come to you. And exactly the same question I want to ask you again. Will you marry me? I won’t regret and I do make a right decision.” Yakin!

Serius aku terkedu. Dia ingat! Noah ingat. Tapi sejak bila?

“Kau ingat, Noah?” Rasa macam nak menangis.

Everything.”

“Sejak bila?”

“Sejak kali pertama Dora datang rumah aku.”

Selama itu? Lagi rasa terkejut. Maknanya dah lama. Tapi kenapa dia berlagak macam hilang ingatan? Sekali pun aku tak pernah syak yang ingatan dia dah pulih sebab tak pernah aku nampak sisi Noah yang dulu. Pandai betul dia berlakon. Juara ABPBH pun boleh tabik hormat rasanya kalau tengok Noah.

“Kenapa kau pura-pura tak ingat?” Rasa macam dipermainkan. Seronok ke dia nak uji hati aku? Ke dia memang dah pasang niat nak buat aku jatuh hati kat dia?

“Sebab aku takut. Aku takut kalau kau akan tinggalkan aku. Aku taknak lepaskan peluang untuk rapat dengan kau. Aku cintakan kau, Ulya.”

Terkedu!

“Dah lama dah aku suka kau. Sebelum aku dengan Dora lagi. Tapi kita selalu gaduh. Aku pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang aku benci dengan diri aku sendiri sebab asyik buat kau marah, lepas tu buatkan hubungan kita makin renggang. Dan yang paling aku kesalkan adalah masa kau jatuh kolam dulu. Aku tahu masa tu, kau memang benci aku dah tahap paling maksima.”

Ya.. dan lepas kejadian tu, aku tengok dia pun rasa nak humban dia masuk gaung. Rasanya nak dekat setengah tahun jugaklah aku tak cakap dengan dia. Bila dia datang rumah aku, sekali pun aku tak pernah keluar bilik. Lama jugalah masa aku ambil sebelum aku baik sikit dengan dia. Sikit je la.

“Aku tak tipu kau, Ulya. Aku cuma nak pulihkan hubungan kita. At least aku kena buat kau sukakan aku sebelum aku ceritakan hal sebenar.”

“Habis, masa kau pengsan tu..”

“Saja.. nak test kau..”

Kurang ajar! Senangnya dia permainkan aku. Tahu tak balik rumah je, terus aku menangis? Macam orang bodoh aku rasa. Tapi dia cakap dia nak test aku? Perut mamat ni agaknya rindu nak makan tendangan sudut aku kut. Bagi sebijik karang, tak sampai seminit dah tersadai dalam air terjun jadian kat luar kafe ni. Geramnya aku!

“Aku betul-betul pengsan. Tapi sebab overwork. Yalah.. sebab aku dah lama tak kerja. Bangun je dari pengsan, aku hanya fikirkan satu benda. I must end up everything. Semuanya kebetulan je.”

Kebetulan yang sangat kena!

“Aku cuma nak test siapa aku dalam hati kau. Dan hari tu, aku dah dapat jawapannya. Kau pun rasa macam yang aku rasa, kan Ulya?”

Dia pandang aku. Aku telan liur.

“Dora The Explorer kau tu macam mana?” Alih topik!

Dora what?” Dia gelak.

Aku buat muka tak bersalah. Haish.. macam mana boleh terlepas cakap ni? Yalah.. mana pernah aku cakap kat orang. Gila aku nak panggil Dora macam tu depan dia? Tak kena libas dengan mamat ni, kena selam dalam kolam dengan Dora.

“Dora The Explorer aku tu dah aku bagi can explore dengan orang lain. Aku tak boleh tipu dia. Lagipun aku tahu dia pun dah ada orang lain sepanjang aku sakit dulu.” Haha. Kelakarlah pulak dengar dia panggil Dora macam tu. Kena la pulak aku bagi nickname kat minah tu. Kebetulan betul.

Don’t think about her. Let’s think about us.” Dia kembali serius.

Aku betulkan duduk. Berdebarlah pulak bila dengar dia cakap macam tu.

“Kau belum jawab soalan aku tadi.” Dia pandang aku.

Belum sempat aku bukak mulut, dia dah bersuara.

“Sebelum kau tanya soalan yang mana, aku ulang sekali lagi. Will you marry me, Ulya? Jadi isteri Noah, jadi menantu mama dan babah, jadi ibu untuk anak-anak Noah?”

Dia buka pulak satu kotak kecil entah bila ada atas meja tu. Sebentuk cincin platinum bertatahkan sebutir berlian berlkilauan di tengah-tengah kotak itu.

Terus bisu aku!

“Noah tahu Noah tak sempurna. Mungkin ramai lagi lelaki yang lebih baik di luar sana yang sesuai dengan Ulya. Tapi, Noah akan cuba jadi yang terbaik untuk Ulya. Untuk yang itu, Noah perlukan Ulya untuk lengkapkan hidup Noah. Noah harap, Ulya akan terima Noah.” Berjela-jela ayat Noah.

Biarpun berjela-jela ayat dia, tapi aku tetap terharu. Macam-macam rasa ada sekarang ni. Tak percaya, terharu, gembira macam nak lompat sampai pluto pun ada. Macam ni ke rasa lepas kena lamar?

Tak tahu nak angguk ke nak geleng. Nak angguk, malu. Nak geleng, takut menyesal pulak.

“Ulya masih anak umi dan abi. Kalau betul Noah ikhlas, mintak Ulya dari umi dan abi,” jawabku.

Tu pun muka dah macam lepas letak dalam microwave. Meruap-ruap malu. Aku buat-buat minum air depan mata. Tanpa pandang muka dia. Tapi, sempat jugaklah mata menangkap bibir merah mamat tu senyum.

“Hujung minggu ni, Noah hantar rombongan.”

Uhuk! Nasib baik tak tertelan straw hitam tu. Terbatuk-batuk aku sebab terkejut. Secepat itukah? Tapi, bagus jugak. Itu tandanya dia betul-betul ikhlas. Macam tak percaya pun ada. Aku dan dia?

“Suka hati la,” jawab aku perlahan.

Waa.. taknak tengok senyum cantik dia tu!

Aku pandang jam.

“Ulya ada kelas. I’ve got to go. Assalamualaikum.”

Aku bangun. Cenggitu je lepas kena lamar? Macam baru lepas jumpa kawan. Habis nak aku buat apa? Berjoget-joget sebab gembira? Sengih sampai mulut boleh ikat riben?

Dia pun rileks bangun. Lepas jawab salam, dia pun terus blah. Tak romantik langsung. Dahlah lamar aku kat kafe tak berapa cantik ni. Siang-siang hari pulak tu. Tapi, tak apa. Dengan cara tak romantik macam tu pun, aku tetap rasa macam nak terbang. Habislah aku mimpikan dia malam ni. Haha.

Beria-ia dia cakap dia suka aku. Tapi, aku macam buat tak tahu. Kecewa ke dia nanti? Entahlah.. aku harap tak.

Aku pun sayang kau, Noah. Jangan risau. Tapi, lepas kita kahwin nanti, aku janji tiap-tiap hari aku cakap aku sayang kau, cintakan kau. Sebab masa tu, kita dah halal. Aku janji aku akan cuba jadi yang terbaik, macam kau juga.

InsyaAllah kalau kita ada jodoh.

-TAMAT-

45 comments:

  1. Bestlah... Pandai betul noah berlakon...

    ReplyDelete
  2. Sweet and simple. Hilang stress buat assignment :) Thank you so much for this entry! Can't wait for TPI!!

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah Anjel! Lama dah tak baca cerpen dari Anjel..terubat rindu😊

    ReplyDelete
  4. best.....suwiet muwit je...
    lmbt nya bln nov....TPI bile lak..


    kc

    ReplyDelete
  5. Best πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  6. Woaaahh... Lawak part embrio tu.. Hahhaa
    Best!!!.. Terhibur!..

    ReplyDelete
  7. Best and beautiful story:) suka watak Noah

    ReplyDelete
  8. Tersengih sengih saye bace...
    Boleh ikat riben dah mulut nih huhuuu ^.^

    ReplyDelete
  9. wow. simple but i liiikeee ^_^

    ReplyDelete
  10. Awww... suwit muit aje bila baca cerita ni... good job kak ;^)

    ReplyDelete
  11. Ala..nape x wat sampai depa.teruih kawennn

    ReplyDelete
  12. terharunyaaa.. menangis sy time Noah nak lamar..wuhuhuhuu.. :') btw, daebakkk!!

    ReplyDelete
  13. Yes camni lah....akhirnya tak akan bersawang blog ni. All the best anjell.....

    ReplyDelete
  14. i like........, part embryo to memang lawak. x pernah terfikir pulak. sweet. (^_^) <3

    ReplyDelete
  15. Mana botton like ni? Nk tekan like 100 times.. best laaaaaa..... saya bagi 5 star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan full mark, max like, full.star d langit. Hihihi hiperbola lah pulak. Tapi yakin lan wahai anjell karya mu ada aura tersendiri.

      Delete
  16. Sumpah bestt .. Ahhh karya kak anjel x pernah mengecewakann!! Teruskan berkaryaaa!! Eeii sweetnyaaaa

    ReplyDelete
  17. suka baca...seolah2 sy jd ulya. nanti buat lagi ye ...:)

    ReplyDelete
  18. Comel terok cerita ni..weeee

    ReplyDelete
  19. terubat rindu...muahh! thnks anjell..

    ReplyDelete
  20. Anjell...oh my god !terlebih sweet..lama lama blh terkena penyakit diabetes ni..haha good job kak anjell!!i love it..!

    ReplyDelete
  21. Best la dik, baru sempat nak baca...kalo pjgkan jd novel lg best

    ReplyDelete
  22. sweet sgt... ingatkan prev novel baru...... :)

    ReplyDelete
  23. Best sangat...karya anjell pernah mengecewakan..

    ReplyDelete
  24. Best dik.ada part 2 tak?

    ReplyDelete
  25. Best.... lain org lain caranya... klau cintakan seseorg... ada yg tunjuk dgn sikap romantisnya.. ada pula yg suka cari gaduh... biar org yg dicintainya akan sentiasa mengingatinya

    ReplyDelete
  26. so sweet!!!!!! ada lagi.. smbunganke...besttt....

    ReplyDelete
  27. Suka suka sukaaaaa sangatttt. Buat novel la anjel....sambung dr keluarga noah pi pinang ulya

    ReplyDelete
  28. Cerita yg simple. X beratkan kepala. Tapi sweetnya tetap ade. Tahniah. :D

    ReplyDelete
  29. Ya Allah bestnya Anjell!! rasa mcm real plak. TQ so much mengubati kerinduan walaupun lambat baca. huhu

    ReplyDelete
  30. Wah,Serius best gilerrr!! Hahahaha nak novelll diaaa :D

    ReplyDelete
  31. Besttt..nk lg..
    buat la enovel kisah playboy yg jatuh cinta pandang pertama kat adik kawan baiknya.. wpun cerita cinta biasa tp hasil tulisan anjel pasti luar biasa...

    ReplyDelete
  32. anjel.. buat la cerita baru...

    ReplyDelete
  33. baru baca.. and asyik tersengih je baca dari awal sampai akhir :)

    ReplyDelete
  34. K.anjel,,buat la lagi cerpen ngan novel baru!!cite akak sume best!!

    ReplyDelete
  35. best...sume cite yang anjell wat best.xpernah mengecewakan even citenya simple.

    ReplyDelete
  36. Kak bile nk sambung alpha male?? x sbar nk bace 😊😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )