Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 30 October 2014

SUAMIKU PALING SWEET DAH PUBLISH LA!!

ASSALAMUALAIKUM.....

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi..

I am definitely sure that most of all the blog followers/silent readers/facebook followers have acknowledged about this. Lihat saja pada tajuknya, mestilah pasal status terkini dan terpanas novel SUAMIKU PALING SWEET yang dah berkurun-kurun anda semua tunggu. Panas la sangat. Haha..

OKEYLAH.. Mungkin post ini hanya untuk blog followers or silent readers or anybody who might not know about this.... Since I've promised to announce it in blog. Ya.. ya.. EKSPERIMEN CINTA dah dapat adik baru. 

SUAMIKU PALING SWEET dah officially published!! By which publisher? Sama macam kekanda sulongnya, di bawah syarikat penerbitan KARYASENI. Macam novel EKSPERIMEN CINTA juga, saya tak ambil order online dan tak terlibat langsung dengan jual beli novel ini. Segala urusan jual beli online, silalah berurusan dengan KARYASENI & PENULISAN2U. Jadi saya susun sepuluh jari minta maaf ya..




Pesanan penaja:

Seriously I am shocked with responses towards this novel. I can see everybody is eager and excited to know about the end of this novel. Which makes me more nervous and highly responsible for every penny spent to purchase this novel. 

PESANAN PENAJA DARI PENULIS DENGAN RASA MASIH PUNYA BANYAK KELEMAHAN INI:

++ Minta maaf kalau novel ni tak macam di blog

++ Minta maaf kalau apa yang korang expect dari novel ni tak kesampaian..

++ Minta maaf kalau  novel ni buatkan korang rasa rugi sebab dah belinya

++ Minta maaf kalau korang rasa novel ni tak berbaloi dengan masa yang ditunggu..

++ Minta maaf kalau novel ni tak seronok langsung dan membosankan.

++ Maaf atas segala cacat cela novel ini, sesungguhnya Cik Penulis ini masih punya banyak kelemahan dan kekurangan

++Minta maaf n minta maaf in everything...

Kalau rasa nak beli, belilah. Kalau rasa taknak, siapalah saya untuk memaksa. Ya dak?? HUHU..

Dan SATU permintaan saya, TOLONG jangan bandingkan novel ni dengan novel EKSPERIMEN CINTA. Sesungguhnya, kedua-duanya punya keistimewaan sendiri. Punya kelemahan dan kekuatan sendiri. Both are special to me in their own ways.. EC is EC, and SPS is SPS.


TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENGUNGGU NOVEL NI DIBUKUKAN DAN JUGA SOKONGAN YANG TAK BERBELAH BAHAGI... HARAP SEMUA AKAN TERHIBUR DENGAN KARENAH QISYA, IZZ DAN HAFIY..

LOVE U ALLSS.....




Terima kasih kerana dah ambil masa membaca apa yang saya bebelkan ini, dan di sini saya sertakan cover dan sinopsis SPS.

Ini cover SPS...


"Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair.."

Haa.. cantikkan cover dia? Hehe.. Bagi saya cantik. Oh.. baru perasan sesuatu. Ada bunga macam cover EKSPERIMEN CINTA. Dan bunga pun kaler pink. HAHA.. So coincidence..


COVER EKSPERIMEN CINTA



SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET:

 “Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Tajuk: Suamiku Paling Sweet
Penulis: Anjell 
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-84-0
Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak)

Oh, ya! Ini keluaran NOVEMBER ya. Jadi, kalau nak cari kat kedai buku, tolonglah cari lepas November ya??

    +++++++++++++++++

THIRD NOVEL TO GO: TUNDUKKAN PLAYBOY ITU. 
Current status: manuskrip dalam proses.
Bila nak publish?? WALLAHUALAM.. Jangan berharap sangat sebab saya tak punya plan pon lagi untuk novel ini. Boleh jadi kejap, boleh jadi bertahun-tahun lamanya...

Doakan kejayaan saya dalam apa saja bidang yang saya ceburi.. Hehe.. Akhir kata, ANJELL sayang anda semua.. 

SEKIAN, TERIMA KASIH.. :)

Wednesday 22 October 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 5)

BAB 5

“Abang, baikkan Ku Zam? Dahlah ada rupa, budi bahasa pun ada.” Malam itu, Datin Mawar bertanya kepada suaminya. Kepala masih teringatkan pertemuan mereka dengan Ku Zam yang baru sejam berlalu.

Hmm.. baik. Saya suka walaupun kita baru jumpa dia,” jawab Datuk Azizan pula. Jujur. Dia senang dengan perilaku Ku Zam.

Didikan Tengku Ismadi yang betul membentuk peribadi Ku Zam. Walaupun jauh dari negara asal, gaya melayu tak dilupakan. Masih belum lupa daratan. Bahasa melayunya pun lancar. Anak angkat Tengku Ismadi pun sama. Dia tahu Tengku Ismadi sayangkan anak angkatnya. Hubungan Ku Zam dan Ian pun nampak rapat. Dah macam adik-beradik kandung.

Baik sungguh hati Tengku Ismadi kerana sudi besarkan anak angkat macam Ian. Sebab inilah agaknya hidup Tengku Ismadi makin kaya-raya. Rezeki kian bertambah. Dia baik hati membela anak angkat. Membantu orang yang dalam kesusahan. Tengku Ismadi pandai mendidik anak. Tak macam dia ni.

Datuk Azizan mengeluh. Berbeza dia dengan Tengku Ismadi. Dua anak perempuan yang dia bela dari kecil lagi. Tapi entah kenapa dia rasa dia gagal. Tak tahu di mana silapnya.

Pertama, Medina. Anak kandungnya. Makin anak gadisnya itu membesar, makin dia rasa mereka makin jauh. Makin Medina suka bawa hal sendiri. Dia pun tak tahu kenapa mereka boleh jadi macam tu. Dah macam biseksual pun ada anak dara yang sorang itu. Kejap jadi lelaki, kejap jadi perempuan. Tapi sekurang-kurangnya anak dia tak bergaul dengan orang yang pelik-pelik. Untuk yang itu, dia rasa bersyukur.

Kedua, Puteri. Anak tirinya yang dijaga sejak kecil lagi. Tapi dia sayang Puteri macam dia sayangkan Medina. Anak yang ini pula terlalu manja. Terlalu dibanjiri dengan kemewahan. Isterinya inilah terlalu ikutkan kemahuan anaknya yang itu. Tapi dia tak sedegil Medina. Sekurang-kurangnya Puteri akan mengikut kata-katanya. Begitu kontra dengan Medina.

 “Agak-agak abanglah, dia dah ada girlfriend tak? Kalau takde, bolehlah kita jodohkan dengan Puteri.”

 Datuk Azizan pandang isterinya. Hai.. baru jumpa dah fikir pasal kahwin?

“Dengan Puteri?”

“Yalah.. dengan Puteri. Takkan dengan Medina kut? Nak ke anak abang tu nanti? Anak abang tu degil. Kalau Puteri, saya yakin dia memang nak. Puteri pun dah cakap kat saya dia suka Ku Zam,” cerita Datin Mawar bersungguh-sungguh.

Datuk Azizan tergelak tiba-tiba. Entah kenapa, dia rasa kelakar.

“Nak ke Ku Zam dengan anak awak tu?” sinis Datuk Azizan. Sering kali isterinya memanggil Medina dengan ‘anak abang’. Kadang-kadang dia rasa isterinya tak ikhlas terima Medina sebagai anak. Tapi, tak boleh salahkan dia juga. Medina sendiri pun memang terang lagi bersuluh tak terima isterinya sebagai mak. Sampaikan dia dah tak tahu nak buat apa walaupun dah dua puluh tahun berlalu.

“Takkan taknak? Abang tak tengok tadi? Mereka nampak mesra. Puterikan cantik. Takkan Ku Zam tak tergoda?” Datin Mawar menangkan anaknya. Tak puas hati.

“Hentikan cita-cita awak tu, Mawar. Kita baru kenal Ku Zam. Entah-entah dah ada calon. Orang kacak macam dia tu, takkan belum ada yang berpunya? Tak payah petik, dah berbaris anak dara nakkan dia. Lagipun, Ku Zam tu jutawan. Jauh lebih kaya kalau nak dibandingkan dengan kita ni. Nak ke dia?”

Datuk Azizan geleng-geleng kepala. Usah tinggi sangat kalau nak bercita-cita. Dia pun tak pernah terfikir nak jodohkan mana-mana anaknya dengan Ku Zam. Kahwin dan business, dua perkara berbeza. Dia taknak campurkan. Dia bukannya pentingkan diri sendiri nak pertaruhkan masa depan anak-anaknya.

“Manalah kita nak tahu? Kita kena cuba nasib. Untung-untuk Ku Zam jadi menantu kita. Kalau betul Ku Zam jadi menantu kita, siapa yang untung? Kita jugak,” bahas Datin Mawar pula.

Berkobar-kobar semangat nak bermenantukan Ku Zam. Ku Zam pulak tu! Mana-mana mak dalam dunia yang pandang lelaki macam Ku Zam, pasti punya fikiran yang sama macam dia. Calon menantu mithali. Untungnya badan kalau dapat menantu kaya-raya macam tu. Terbayang-bayang pun dah rasa macam ke kayangan. Kalau jadi nyata? Bahagianya hidup!

“Puteri tu baru dua puluh dua tahun. Belajar pun tak habis lagi. Hal rumah tangga ni lagilah. Basuh baju tak tahu reti ke tak. Entah kenal entah tak mesen basuh tu macam mana,” balas Datuk Azizan lagi.

“Habis tu, anak abang tak macam tu la?” Panas hati Datin Mawar yang dengar bila anak kesayangannya dikutuk.

“Awak ni kan Mawar, kenapa selalu cakap Medina tu anak abang?” Datuk Azizan dah hilang sabar. Isterinya ni kadang-kadang memang suka mencabar kelelakiannya. Tapi dia selalu mengalah sebab taknak berperang besar.

“Dah memang anak abang pun kan?”

Datuk Azizan mengeluh. Malas nak gaduh!

“Dahlah, malas abang nak cakap pasal ni dengan awak. Gaduh pasal Ku Zam yang baru kita kenal tak sampai sehari tadi. Jangan nak bercita-cita sangat, Mawar. Abang tak pernah terfikir pun nak kahwinkan mana-mana anak kita dengan Ku Zam.”

“Entah-entah Ku Is pun dah ada calon untuk Ku Zam. Dan kalaulah dia ada niat nak bermenantukan anak abang, mestilah abang calonkan Medina. Yalah, sebab Medina kan anak abang!” bidas Datuk Azizan.

Terkelu Datin Mawar tak tahu nak cakap apa.

Bila nampak mulut Datin Mawar terbuka macam nak cakap sesuatu, terus Datuk Azizan bersuara.

“Tapi ya, abang kenal anak abang tu macam mana. Tak mungkinlah cita-cita nak kenenkan Medina dengan Ku Zam tu tercapai. Tak sampai sehari abang suarakan, entah sampai benua mana budak tu lari.” Datuk Azizan sendiri faham anak daranya macam mana. Yang dia nak itulah yang Medina akan bantah.

“Jadi, kuburkanlah semua cita-cita tu, ya? Abang tidur dulu. Selamat malam.”

Hish! Geram pulak Datin Mawar tengok suaminya. Tadi dah menyindir sedas. Lepas tu nak tidur. Sengaja mengelak!

Takpe.. takpe.. walaupun suaminya tak pernah terfikirkan untuk bermenantukan Ku Zam, tapi dia dah terfikirkannya sejak kali pertama pandang Ku Zam berbual mesra dengan Puteri. Ini demi masa depan Puteri. Sekurang-kurangnya masa depan Puteri nanti terjamin kalau kahwin dengan Ku Zam.

Sebelum ni, selalu dia risau kalau-kalau Puteri tak dapat harta Datuk Azizan kalau suaminya tu meninggal dunia sebab Puteri cuma anak tiri. Tapi, kalau Puteri dapat kahwin dengan Ku Zam, semua tu dah tak jadi masalah. Harta suaminya tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan harta Ku Zam. Dah tak heran kalau semua harta suaminya diwarisi Medina.

Kepala mula merencana. Puteri dan Ku Zam.

--------------

“Haa.. puas hati kau? Dah dapat rentak dah dalam permainan dunia kau tu?” Ada nada sindir dalam ayat Farizzam. Ketika itu, mereka berdua baru je sampai di rumah. Jam menunjukkan tepat-tepat satu pagi.

Tengku Ian ketawa. Tak hilang-hilang lagi rupanya marah Farizzam padanya.

“Kau nak marah, marahlah aku, Zam. Tapi aku nak ucapkan thanks. Sebab berjaya jadi Ku Zam malam ni. Cool jugak kau bila dah jadi Ku Zam. Grenti semua anak dara sangkut dengan kau.” Tengku Ian sengih sesudah berkata.

Huh! Kalaulah Tengku Ian tu bukan abang angkat dia, jangan haraplah dia nak buat kerja gila macam ni. Tapi, nama je abang. Kadang-kadang dia rasa Tengku Ian ni tak matang langsung.

“Menangis juara ABPBH tengok aku berlakon tadi. Tahu tak?”

AB what? Apa tu?” soal Tengku Ian blur. Macam pernah dengar.

Lupa pulak mamat ni bajet mat saleh.

“Abaikan.” Malas Farizzam nak terangkan.

Anyway, aku memang cool sekali pun tak jadi Ku Zam,” tambah Farizzam lagi.

Tengku Ian sengih lagi. Ya.. dia tahu. Latar belakang Farizzam sekarang ni pun dah hebat. Abang pilot kut! Kalau tengok dalam uniform dia tu lagilah, kena tarik graviti semua jantung anak dara yang lalu kat sebelah.

“Ya.. sampai anak dara Datuk Azizan boleh sangkut?”

Farizzam terdiam sekejap. Itu kerana dia adalah Ku Zam. Bukan dirinya yang sebenar. Melampau sangat ke cara dia layan anak perempuan Datuk Azizan tadi?

“Aku melampau sangat ke tadi?” soal Farizzam balik. Risau juga dia. Sebab dia bawa identiti Ku Zam.

“Mana adalah. Macam lelaki layan perempuan. Apa yang aku nampak, Puteri macam dah sangkut dengan kau je?” Konklusi untuk malam ni. Dia kenal ramai perempuan. Dia tahu macam mana cara perempuan bila dia dah suka lelaki.

“Itu sebab aku Ku Zam la, sengal. Kalau kau berada kat tempat aku malam ni, mesti dia pun akan buat benda yang sama dekat kau.”

Tengku Ian ketawa. Tahu. Dan sebab itulah dia rasa gembira. Sekurang-kurangnya dia bukan dia malam ni.

Hanya kerana sifat-sifat mereka sama, Farizzam berjaya jadi Ku Zam malam ni. Mata sama, tinggi sama, saiz badan pun sama. Nasib baik rupa Tengku Ian tak sama dengan ayahnya, jadi Datuk Azizan tak syak dia adalah Ku Zam yang sebenar. Dan kalau orang tak tahu, mesti orang akan syak dia dan Farizzam adalah adik-beradik kandung.

“Tapi, kau tahu tak, Zam? For the first time in my life, I felt free in that sort of occasions. Biasanya, aku jadi tumpuan orang. Tapi malam ni, aku bebas nak ke mana-mana,” kata Tengku Ian jujur. Perasaan yang tak boleh digambarkan.

Farizzam faham apa yang Tengku Ian rasa. Kerana dia adalah Tengku Ian Uzzam alias Ku Zam. Ke mana-mana majlis penting, pasti menjadi tumpuan. Pantang bergerak sikit, ada je yang menegur. Tak bebas.

“Oo.. sebab tu la boleh sampai nak mengayat anak dara Datuk Azizan yang lagi sorang tu?” bidas Farizzam pula.

Tengku Ian gelak lagi. Medina ke?

“Bila masa aku mengayat? Aku cuma nak berkenalan dengan dia. Dah kau sapu kakak, aku ambillah adik.” Tengku Ian sengih pula.

“Yalah tu. Masam je muka budak tu masa aku datang tadi,” ungkit Farizzam.

“Dan bila kau datang, tiba-tiba dia jadi patuh. Pelik.” Tengku Ian pandang Farizzam.

“Kau dah kenal dia ke sebelum ni?” siasat Tengku Ian.

“Tak pernah. Tadi kali pertama.”

“Kau dengan dia macam dah kenal lama. Kau suka dia ke?” duga Tengku Ian lagi.

Farizzam pula ketawa.

“Apa ni? Lawak pukul satu lima minit pagi ke ni?” Kemudian Farizzam geleng-geleng kepala. Sekali jumpa dah suka? Ingat ni kisah cinta pandang pertama ke apa?

Tapi, kenapa Farizzam rasa senang dengan Medina? Berbeza bila dia dengan Puteri. Bila dengan Puteri tadi, dia rasa macam canggung gila. Tapi sebab taknak dicop sombong, dia layankan semua. Bila dengan Medina, dia tak rasa semua tu walaupun Medina tak seperamah kakak dia. Dia bagaikan punya chemistry yang kuat dengan Medina.

“Manalah tahu. Ke dia suka kau?” soal Tengku Ian lagi.

“Mana adalah. Yang kau cakap aku ni, kau tu suka Medina ke? Dia macam tak layan pun, kau still kacau dia.” Farizzam kenakan Tengku Ian pula.

Tengku Ian ketawa lagi. Kau still kacau dia? Haha. Pertama kali dia dengar ayat tu. Biasanya dia yang kena kacau dengan perempuan. Bila ingatkan balik, memang betul pun apa yang dikata Farizzam. Dia tetap kacau Medina walaupun perempuan tu macam tak layan dia.

“Aku dengan dia, kami ada something.”

“Apa dia?”

“Adalah. Mana boleh cakap. Rahsia kut!”

Eleh… nak rahsia-rahsia pulak! Farizzam mencebik.

“Apa yang kamu berdua bisingkan ni?”

Tengku Ian dan Farizzam beralih pandang. Nampak Ayana yang macam baru bangun tidur muncul di depan mereka.

“Takde apa-apa, ibu. Eh, ibu tak tidur lagi ke? Dah lewat ni,” tegur Farizzam.

“Ibu terjaga sebab dengar kamu berdua ni bising. Kamu berdua ni gaduh ke?”

Tengku Ian dan Farizzam berpandangan sesama mereka.

“Eh, mana ada kami gaduh, ibu,” jawab Tengku Ian. Memang mereka tak gaduh pun.

“Baguslah kalau macam tu. Ibu tak suka gaduh-gaduh ni. Zam, Ian, pergi masuk tidur. Dah lewat ni. Jangan lupa solat isyak dulu kalau belum solat lagi,” kata Ayana.

“Baik, ibu!” jawab Tengku Ian dan Farizzam serentak.

Kemudian Ayana pun turut berlalu ke bilik tidurnya.

“Tak selamanya aku boleh jadi Ku Zam, Ian. Lusa aku kerja tahu? Flight ke Jepun. Tiba-tiba je kena ganti orang. And in between, if anything happens and needs Ku Zam’s appearance, pandai-pandailah kau cover ya?” kata Farizzam sebelum berlalu.

Farizzam kerja. Kalau pilot dah pergi kerja, entah berapa hari baru balik. Alahai.. bosanlah dia nanti.

   ------------

Tengku Ian masuk ke dalam biliknya. Baru je badan dihempaskan ke tilam, telefonnya berdering kuat. Siapa yang telefon di awal pagi macam ni?

Nama si pemanggil dijeling sekilas. Ayah.

“Ayah?” Tengku Ian pelik. Namun skrin yang sedang bernyala-nyala itu digesek juga. Salam diberi, pembuka bicara.

“Waalaikumussalam. Belum tidur?” Dari nan jauh, Tengku Ismadi bertanya khabar anak bujangnya.

“Baru je balik dari dinner, ayah,” lapor Tengku Ian. Sememangnya ayahnya tak lupa malam ni dia punya dinner dengan Datuk Azizan.

So, how’s dinner?”

“Okey. Datuk Azizan baik. Family dia pun baik,” cerita Tengku Ian serba ringkas.

“Medina? How’s she?”

Medina. Terus terbayang wajah anak dara Datuk Azizan yang itu. Macam mana layanan Medina padanya.

Very well grown up lady. And of course, beautiful,” puji Tengku Ian. Walaupun dengan muka tanpa senyuman dia pun, Medina nampak cantik.

But ayah, why do I sense something is wrong with her? Dia macam tak suka semua orang yang dekat dengan dia.” Tengku Ian bertanya bagaikan ayahnya punya jawapan.

Tengku Ismadi cuma diam.

And ayah, why don’t you tell me she’s living with step mom and sister?

Macam Cinderella. Tak sangka zaman sekarang ada lagi hidup macam Cinderella. Kalaulah tekaan dia ni betul. Tapi masih terlalu awal untuk membuat konklusi. Dia belum kenal sepenuhnya keluarga Datuk Azizan.

Tengku Ismadi diam lagi.

“Dengan Izzam, Medina macam mana?” Tanpa menjawab soalan Tengku Ian, Tengku Ismadi bertanya.

Hmm.. first time jumpa, macam sombong. Tapi bila dah lama kenal, I think she felt comfortable with him. Maybe dia suka Izzam kut. Izzamkan memang baik dengan semua orang. Both can sense their chemistry between each other, I guess.”

No, Ian. You can’t let it happen. I don’t want something special occurs between Izzam and Medina. That’s not the purpose I send you back Malaysia.” Cepat Tengku Ismadi berkata.

I know, ayah. You told me already. I will make sure that thing won’t happen. Don’t worry.” Janji yang membawanya ke Malaysia. Ayah membenarnya pulang ke Malaysia selama-lamanya dengan syarat dia patuh dengan janji ini.

Lega Tengku Ismadi mendengarnya. Dia yakin anaknya itu akan tunaikan janjinya.

Tengku Ian menguap. Penat yang sangat.

“Ayah, Ian dah mengantuk. Kat sini dah satu pagi.”

Hmm.. yalah. Lupa pulak kamu kat sana dah awal pagi. Jaga diri, jaga Izzam, jaga ibu Ayana. Kamu tu abang. Ingat pesan ayah, Ian. Jangan sampai Izzam perasan pulak. Ini antara kita. Ayah taknak Izzam atau ibu Ayana tahu pasal ni.”

“Ya.. Ian tahu.”

“Kirim salam kat mereka semua.”

“Okey. InsyaAllah. Ayah kirim salam rindu peluk dan cium pada bonda juga. Assalamualaikum, ayah.”

“Waalaikumussalam.”

Dan talian mati. Tengku Ian pandang telefon. Aduhai… makin besar pulak tanggungjawab dia sekarang ni. Mampu ke dia nak jalankan amanah ayah dia? Entahlah. Kita tengoklah nanti.

Tengku Ian menguap sekali lagi. Nak sangat tidur sekarang ni. Tapi belum mandi lagi. Belum solat isyak lagi. Tengku Ian bangun dari katil. Langkah diatur malas ke bilik air.

 Mandi, solat lepas tu tidur.

Sunday 19 October 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 4)

BAB 4

Sorry Datuk for keeping you waiting.” Farizzam minta maaf.

Tengku Ian yang tengok cuma tahan senyuman. Dah feeling jadi Ku Zam tu, kira okeylah tu. Berpuas hati dengan Farizzam.

It’s okay. Anyway, tak payah la berdatuk-datuk. Panggil uncle dah cukup. Ian pun sama. Panggil uncle je. Lagipun uncle kan kawan ayah Ku Zam dan Ian.” Datuk Azizan bersuara.

“Okey, lagi mesra bunyinya. Kan, Zam?” Tengku Ian menyampuk. Senyum lagi.

Pleasure.” Farizzam tak kisah. Dah Ku Zam yang ori pun dah bersetuju. Ku Zam cap ayam ni pun turut setuju je la.

Anyway uncle, we really-really appreciate this dinner. Thank you. And I am happy to see you,” ucap Farizzam. Ikhlas.

Most welcome. Apa sangatlah buat makan-makan macam ni. Sikit je ni kalau nak dibandingkan dengan kerjasama kita nanti,” jawab Datuk Azizan pula. Kemudian teringat sesuatu.

“Oh, rasanya uncle belum perkenalkan family uncle. Ni, isteri uncle. Aunty Mawar.” Datuk Azizan perkenalkan isterinya.

Farizzam cuma tunduk sedikit sebagai tanda hormat.

“Dan ni anak uncle..”

“Medina,” sambung Tengku Ian.

Empat kepala pandang Tengku Ian.

“Bukan Medina. I’m Puteri.” Masam muka Puteri bila perkenalkan dirinya. Macam mana nama budak tak sedar diri tu boleh muncul?

“Ya.. Medina anak uncle yang lain. Ini, Puteri. Macam mana Ian kenal Medina?”

Tengku Ian senyum dulu.

“Pernah dengar ayah cerita. Uncle selalu cerita pasal Medina kat ayah. Kau tak pernah dengar ke, Zam?” Tengku Ian pandang Farizzam.

“Oo.. ada.. ada.. Medina.” Buat-buat ada dah la!

“Betullah. Uncle pernah cerita kat Ku Is pasal Medina.” Datuk Azizan baru ingat sesuatu.

Puteri yang dengar terus masam mukanya. Rasa dengki meluap-luap pada Medina.

“Mana Medina, uncle?” soal Tengku Ian lagi. Berminat sangat dia nak tahu gerangan si Medina ni siapa. Sampai-sampai ayahnya pun selalu bercerita pasal pemilik nama itu.

   --------------

“Weh, Dee. Hot gila Ku Zam,” bisik Zuyyin. Mata tak lepas pandang Ku Zam yang berada beberapa meter dari tempat mereka berdiri.

Medina mencebik bibir. Dari tadi lagi rasanya kepala Zuyyin ni dok pandang-pandang Ku Zam tu. Sikit-sikit, pandang. Sikit-sikit, toleh. Boleh teleng kepala rasanya kalau cukup seratus kali Zuyyin buat macam tu.

“Nak aku tolak masuk kolam tak? Biar sejuk sikit,” balas Medina. Lepas tu selamba hirup air dalam gelas tingginya.

Bosan betul. Nasib baik ada Zuyyin nak temankan dia. Kalau tak, tak tahulah macam mana. Awal-awal lagi dia dah lari dari berkumpul dengan papanya. Lepas tu culik Zuyyin jadi dayang temankan dia.

“Aku nampak baik je muka Ku Zam tu. And guess what? Aku nampak mata dia macam mata kau la. Kau tak rasa macam tu ke?” Zuyyin pandang muka Medina.

“Apa aku pulak? Tak pasal-pasal.” Medina geleng kepala beberapa kali. Tak faham. Ada ke cakap mata mereka sama. Mentang-mentanglah warna mata mereka sama. Coklat cair. Habis, semua orang bermata coklat cair tu sama dengan dia la?

“Tengok lama-lama, macam ada iras-iras la pulak.” Kemudian Zuyyin gelak.

“Orang kata, muka ada iras-iras ni, ada jodoh. Entah-entah kau jodoh dia?” Seronok Zuyyin menilai.

Malas Medina nak layan. Gila betul. Kali pertama jumpa, dah dicop jodoh? Entah siapa-siapa pulak tu. Lawak tak lucu la tu!

“Betul apa? Biasanya kalau dalam TV ke, novel ke, mesti keluarga jodohkan sebab nak kukuhkan hubungan business. Haa.. entah-entah nanti kau kena kahwin dengan Ku Zam.” Zuyyin seronok gelak.

“Jangan nak buat gila, boleh tak? Aku humban betul-betul masuk kolam baru tahu!” marah Medina.

Lame! Sikit-sikit jodoh. Sikit-sikit kahwin. Dalam drama, dalam novel boleh la. Dia kalau kena paksa nanti? Jangan nak mimpi la. Macam takde kaki. Apa lagi? Larilah! Ingat dia nak ikut itu semua?

Dan dia tak rasa semua tu akan jadi. Sekarang ni pun dia tak segan-segan nak memberontak depan papa, ingat papa berani nak sebut pasal jodoh paksa depan dia? Kalau pun anak papa kena kahwin dengan Ku Zam, dia akan pastikan Puteri orangnya! Tu pun dah nampak macam tergedik-gedik. Menyampah!

“Tapi kan, lelaki sebelah Ku Zam tu, lagi super hot. Kan, Dee?”

Krikk.. krikk.. macam baru lepas tanya pokok.

“Senyum je dia. Dia tu siapa, Dee? Adik-beradik Ku Zam ke? Sumpah mengancam,” soal Zuyyin lagi. Macam Medina tahu semua.

“Manalah aku tahu.” Malas! Dan tak teringin pun nak tahu.

Medina memang tak tahu siapa. Tadi pun cuma Ku Zam yang diperkenalkan secara umum. Lelaki lagi sorang tu pulak cuma diam di belakang Ku Zam. Orang yang sama yang dia peluk tadi. Entah siapa nama dia.

“Dee.. aku rasa papa kau panggil kau la.”

Medina terus pandang tempat yang dipandang Zuyyin tu. Macam yang Zuyyin cakap, papanya panggil dia.

Medina bangun. Mengeluh sekejap. Nak apa lagi ni? Malasnya! Nak taknak, Medina tetap melangkah ke arah papanya.

   --------------

“Inilah Medina. Dee, ni Ku Zam. Ni, Ian.” Datuk Azizan memperkenalkan puterinya kepada  dua jejaka itu.

Medina cuma senyum tawar. Tak berapa nak ikhlas. Berbeza pula dengan Tengku Ian dan Farizzam. Senyum mereka ikhlas.

Atas bawah Tengku Ian pandang Medina. Tiga imej yang berbeza untuk tiga pertemuan. Kali pertama, Medina macam stuntwoman. Kali kedua, Medina nampak macam gadis remaja yang biasa-biasa. Dan kali ketiga, Medina nampak anggun. Pakaian blouse, skirt labuh dan selendang bunga-bunga kecil perempuan itu menyerlahkan keperempuanan Medina. Nampak lebih matang. Macam tak percaya orang yang sama terjun pagar dulu. Boleh tahan juga Medina ni kalau dah berdandan cantik macam ni.

“Dua-dua anak uncle dah besar-besar. Tak boleh nak agak umurnya. Siapa kakak, siapa adik?” korek Tengku Ian. Kenapa berbeza sangat cara pemakaian Medina dengan Puteri. Sorang tutup aurat, sorang lagi macam nak tunjuk semua.

“Mereka ni sama umur. Tapi Puteri lahir dulu. So, dia kakak.”

“Oh, kembar ke?” Tengku Ian pelik. Muka langsung tak sama dua orang tu. Fraternal twins ke? Tapi, tengok mata pun dah tahu mereka tak macam adik-beradik kandung.

“Adik-beradik tiri. Puteri ni anak tiri uncle. Anak aunty Mawar.”

Oo.. Tengku Ian tak tahu nak cakap apa dah. Boleh pulak terkorek sejarah keluarga ni pada pertemuan pertama mereka. Advance!

Tengku Ian pandang muka Medina. Selamba macam takde perasaan. Jadi.. Cinderella memang the real Cinderella? Hidup dengan mak tiri dan kakak tiri? Macam mana ya hidup Medina dengan mereka? Entah kenapa, Tengku Ian rasa nak tahu.

“Ian ni dah lama ke jadi anak angkat Ku Is? Selalu juga Ku Is sebut pasal anak angkat dia.” Giliran Datuk Azizan pulak yang korek rahsia.

“Dah lama dah. Dari saya kecil lagi. Ayah yang tolong saya dan ibu saya dulu.” Tengku Ian tak cerita banyak. Terlebih karang cerita karang, makan penendang Farizzam kat sebelah ni tak pasal-pasal.

“Sekarang ni kerja dengan Ku Is ke?”

“Tak. Saya pilot. Saya tak minat kerja-kerja pejabat ni.” Itu memang alasan betul kenapa Farizzam jadi pilot. Bukan ayahnya tak pernah tawarkan kerja di syarikatnya. Siap nak bagi uruskan cawangan Malaysia lagi kalau Farizzam taknak berpindah ke Los Angeles. Tapi Farizzam tetap menolak. Ayana pula menyokong.

“Eh, asyik bercakap dengan Ian je. Ku Zam ni diam je. Ku Zam memang pendiam ke?” soal Datuk Azizan tiba-tiba. Tampang anak muda itu dipandang. Sejuk matanya. Sangat sopan rupanya anak tunggal Tengku Ismadi ni.

Farizzam cuma senyum.

“Ku Zam memang macam ni, uncle. Biasanya dia awkward pada perjumpaan pertama. Sebab tu dia bawak saya sekali.” Tengku Ian menjawab bagi pihak Farizzam.

Ku Zam tak pendiam. Yang pendiamnya Farizzam. Tapi bila dia dah mesra, semua orang pasti selesa dan sukakan dia. Sebab Farizzam memang baik.

     ------------------

“Hai, awak!” Ada suara asing menegur Medina yang tengah duduk di atas satu kerusi.

Belum sempat Medina pastikan itu siapa, nampak kerusi di tepinya dah dihuni orang. Medina pandang si tukang duduk tu. Tengku Ian.

Medina buat tak layan. Lain yang ditunggu, lain yang muncul. Mana Zuyyin ni?

“Sombong rupanya anak Datuk Azizan yang ni. Tak macam kakak dia,” selamba Tengku Ian berkata.

Kali ni mata Medina tajam mengalahkan pedang samurai jeling Tengku Ian. Mamat ni salah orang nak ajak berbual ni!

Then go talk to her. Sebab saya bukan Puteri,” jawab Medina. Dan memang bukan cita-cita nak jadi macam Puteri. Paling benci kalau orang bandingkan dia dengan nenek sihir tu!

“Tapi saya nak cakap dengan awak..”

Huh! Ayat romeo mintak nak kaki! Salah orang ni. Salah orang!

“..Sebab, kita ada hutang,” sambung Tengku Ian lagi.

Medina pandang Tengku Ian lagi. Pandangan yang bawa maksud, hutang apa?

“Tadi free-free je awak peluk saya. Awak dah cabul keterunaan saya,” ungkit Tengku Ian.

Merah muka Medina seketika bila Tengku Ian ungkit balik semua tu. Cabul keterunaan dia? Ayat tak boleh blah! Nasib baik takde orang lain dekat dengan mereka. Kalau tak, confirm salah faham.

“Oo.. nak kena bayar la ni? Berapa juta saya kena bayar sebab dah mencabul keterunaan abang angkat Ku Zam ni?” sinis Medina pula.

“Takdelah macam tu. At least. Say thanks to me.”

“Untuk apa?”

“Sebab saya dah jadi hero seorang Cinderella tadi?”

Pantang betul dengar perkataan Cinderella! Mencerun mata pandang Tengku Ian. Eleh.. setakat aku tersalah peluk tu pun kira kau jadi hero ke?

Don’t call me that!” Beku suara Medina.

Kurang asam betul mamat kat sebelah ni. Kali pertama jumpa dah berani buat darah Medina naik. Nampak air kolam yang tenang depan mata. Nak ulangkaji subjek Fizik tajuk wave tak? Ada jugak aku humban manusia ni masuk kolam.

Garangnya muka perempuan ni!

“Awak kalau senyum, mesti cantik.” Tiba-tiba Tengku Ian berkata sebegitu. Itu firasatnya walaupun dia tak pernah nampak Medina senyum ikhlas.

“Saya tak senyum pada orang yang saya tak kenal. Pertama kali jumpa pulak tu,” balas Medina. Macam tak percaya juga dia layan lelaki tu bercakap.

Tengku Ian senyum cantik.

“Nampaknya saya terkecuali. Ini bukan kali pertama kita jumpa.”

Medina pandang Tengku Ian dengan hujung mata. Ya.. ni bukan kali pertama mereka jumpa. Masa dia peluk lelaki tu sekali, lepas tu masa jumpa papa sekali, dan sekarang ni. Dah jadi tiga kali. Macam tu ke maksud Tengku Ian?

You don’t remember me, young lady. Do you?” soal Tengku Ian.

Medina diam. Tapi otak tengah berfikir. Bila Tengku Ian cakap macam tu, tertanya-tanya jugalah. Tengku Ian macam pernah jumpa dia sebelum ni. Mereka pernah jumpa ke? Nak tanya, malas. Tak penting pun.

“Kita baru je jumpa pagi tadi…”

Pagi tadi?

“Kat luar pagar rumah ni la. Kat situ kut.” Tengku Ian tunjukkan ke arah tembok batu yang menjadi pagar rumah ni.

“Tiba-tiba awak lompat pagar. Dan dengan tak bersalahnya awak marah saya kat situ.”

Medina terus pandang Tengku Ian. Rasanya dia ingat.

That Santa Claus?Damn! Mana pernah ada orang tengok jenayah tak senonoh dia sebelum ni. Lelaki pulak tu. Jatuh maruah dia. Ahh… peduli apa!

What?” Santa Claus dia panggil aku? Padahal Tengku Ian rasa jambangnya takdelah panjang sangat. Simili campur hiperbola terlebih budak ni bagi.

Betullah tu. Medina cuba membandingkan lelaki sebelah dia sekarang ni dengan lelaki pagi tadi. Memang serius lain gila! Tak sampai dua puluh empat jam, Tengku Ian dah berubah. Yang pagi tadi kena skrub, kena berus, keluarlah yang ni! Dah takde rambut panjang dia. Rambut dia malam ni style habis. Muka pun bersih mengancam. Walaupun sekali pandang, dia boleh ingat lagi rupa Tengku Ian pagi tadi.

So?” soal Medina macam takde perasaan.

“Takde apa-apa. Just nak cakap kita dah ditakdirkan jumpa sebelum ni. Dan tak sampai dua puluh empat jam kita jumpa lagi. Tak rasa kita ada jodoh ke?”

Berani mamat ni cakap pasal jodoh dengan aku? Gaya cakap macam mereka jumpa balik lepas sepuluh tahun berpisah. Malam ni memang semua orang cakap pasal jodoh ke? Tadi, Zuyyin dah beria-ia jadi penulis skrip tak bertauliah.

Haa.. Zuyyin! Mana budak tu? Dari tadi lagi tak datang-datang.

“Ian!”

Haish.. asal ingat Zuyyin, mesti orang lain yang datang! Aku tunggu Zuyyin la!

Medina mengeluh. Kali ni Ku Zam pula melangkah ke arah mereka. Kenapalah dua orang ni datang dekat dengan dia? Main jauh-jauh boleh tak?

“Kat sini rupanya kau menghilang. Puas aku cari,” tegur Farizzam. Lega bila dah jumpa Tengku Ian. Tengah dia dok berbual-bual dengan Puteri, boleh pulak Tengku Ian lesap. Dahlah Tengku Ian ni jenis yang suka lesap tak terjejak. Puteri pulak terlebih peramah tanya itu dan ini pasal Ku Zam. Nak taknak dilayankan juga.

“Aku tengok kau tengah berbual dengan Puteri. Seronok nampak dia nak berbual dengan Ku Zam. Sebab tu aku malas nak kacau,” kata Tengku Ian.

Medina pula cuma mendengar. Huh.. mesra ada makna tu. Malas la nak cerita. Tengok gaya meliuk lintuk macam lepas tertelan spring sebatang tu, rasanya memang dah boleh agak kenapa. Puteri dah mula misi nak mencuri hati Ku Zam. Misi memikat jutawan muda tu. Orang macam Ku Zam ni memang stok-stok idaman Malaya. Pakej.

Tapi, mintak-mintaklah Ku Zam ni tak jatuh hati kat minah tu. Pertama, biar padan muka minah tu. Seronok jugak tengok minah tu patah hati. Kedua, ada banyak sebab Puteri tak patut dipilih. Ku Zam berhak mendapat yang lebih baik.

“Dia taknak cakap dengan aku. Maklumlah.. aku ni cuma anak angkat ayah je. Bukan siapa-siapa,” sambung Tengku Ian lagi. Ayat dramatis tak berapa nak dramatis.

Permainan dunia yang pertama. Mata dah jadi saksi bagaimana perbezaan layanan orang pada orang berlainan status. Hakikatnya malam ni, semua orang nak kenal Ku Zam. Dia ni mana ada orang nak ambil kisah. Hanya kerana dia ‘anak angkat’.

Ya.. itu pun Medina nampak. Tengku Ian bukan sasaran Puteri. Tak ke itu dah jadi bukti nyata apa yang sebenarnya dikejar Puteri? Haha. Dunia… dunia… Tak sampai tiga jam pertemuan, dah boleh nampak semuanya. Perigi sekarang memang auto and super sensitive. Efficient dalam mencari dan mensasarkan timba.

“Baik aku bercakap dengan anak Datuk Azizan yang ni. Sekurang-kurangnya dia nak layan aku. Kan, Medina?” Tengku Ian kemudian senyum pada Medina.

Farizzam pandang Medina. Medina buat tak layan. Tengku Ian ni dah kenapa? Nak mengorat anak dara Datuk Azizan yang ni ke? Tapi, kenapa muka Medina nampak macam masam je. Bukan.. sejak kali pertama dia tengok Medina lagi dia rasa muka Medina tiada keceriaan. Kenapa?

“Err.. Medina, Ian ada buat sesuatu yang tak patut ke?” soal Farizzam lembut. Risau juga kalau-kalau si Ian ni tunjukkan perangai terlebih mesra alam dia tu. Sebab Tengku Ian memang peramah. Dah terbiasa dengan hidup di LA dulu. Tapi, di Malaysia ni lain. Ada adab-adab pergaulan yang perlu dijaga dan mungkin Tengku Ian pun tak berapa nak tahu.

Medina pandang Farizzam. Bila mata berlaga dengan mata lembut Farizzam, tak tahu kenapa hati Medina bagaikan turut lembut. Yang malas nak menjawab pun tak jadi.

“Takdelah. Kenapa Ku Zam cakap macam tu?” soal Medina balik.

“Sebab saya nampak muka Medina tak ceria. Tak senyum. Macam tak sukakan sesuatu. Medina ada masalah ke?”

Medina tersentak. Tak tahu kenapa. Ayat lembut, tapi power! Yang anehnya, dia tak rasa nak marah langsung. Ayat Farizzam kedengaran ikhlas. Macam betul-betul ambil berat. Kali pertama orang berani tegur air mukanya.

“Takde apa-apa. Saya memang macam ni. See.. I can smile if I want to.”

Kemudian Medina senyum.

“Senyum itu sedekah.” Farizzam turut senyum.

Tengku Ian kat tengah-tengah pandang dua manusia yang tengah bercakap tu. Ajaib! Dengan sekali cakap je, Medina dah boleh patuh. Dan si Farizzam ni pulak, sejak bila peramah macam ni? Gaya mereka bercakap macam dah kenal lama.

Haish.. ada apa-apa ke ni?

Atau kerana Farizzam adalah Ku Zam, layanan Medina terhadap Farizzam pun berbeza dengannya? Sama macam orang lain?

Ini pun permainan dunia ke?