OH..
ADIWIRA
“Akak!”
Aku buat tak dengar. Konsentrasi penuh diberikan kepada jalan raya. Tengok Porsche
kat depan ni lagi menarik daripada layan adik aku kat sebelah ni.
“Akak!!”
“Apa?”
Garang aku balas. Jelingan maut diberikan.
“Bawaklah
laju sikit. Dahlah lambat. Bawak kereta macam kura-kura kena lelah. Lembab,”
bebel Rafiqie lagi.
Serius
tangan rasa gatal nak cekik orang sebelah. Dasar toyol kecik. Dahlah
menyusahkan hidup aku hari ni. Gara-gara dia, tergendala program aku. Tak
pasal-pasal jadi driver tak bergaji
aku hari ni. Hai.. nasib baik adik!
“Kau
tak dengar mak pesan apa tadi? Mak pesan, jangan bawak kereta laju-laju. Tak
boleh derhaka. Tahu?” Masa ni la aku acah-acah nak jadi anak mithali.
“Alah..
akak. Nanti Sir marah kalau lambat.
Lajulah sikit.” Rafiqie tak puas hati.
Aku
mencebik. Sekarang ni kalau aku pakai enjin turbo pun belum tentu sampai di tempat
latihan pada masa yang ditetapkan. Jadi, masa ni kita kena berpegang dengan
prinsip biar lambat, asal selamat.
“Kalau
aku bawak laju, nanti kena saman. Sir
kau nak tolong bayar ke?” jawabku.
“Akak...”
Rafiqie dah mula merengek.
“Eh..
eh.. eh.. banyak cakap pulak dah budak ni. Akak hantar kau ni pun dah kira
bersyukur, tahu? Ke kau nak akak tendang kau keluar kereta? Nak jogging pergi sana?” gertakku.
Cepat-cepat
Rafique geleng kepala. Muka pun dah pucat. Haa.. tahu pun takut.
“Kalau
taknak, duduk diam-diam. Lain kali kita tunggang dinasour ya? Baru la tak kena
saman kalau laju.” Aku sengih kepadanya. Menang. Seronok buli budak ni.
Rafique
ni adik aku. Satu-satunya adik aku. Jarak umur aku dengan dia memang jauh.
Sebelas tahun. Dia sepuluh tahun, aku dua puluh satu tahun. Macam manalah mak
aku boleh termengandungkan dia dulu, aku pun tak tahu. Semua orang ingat aku
anak bongsu dulu.
Bila
semua orang ingat aku bongsu, faham-fahamlah macam mana bila tiba-tiba aku ada
adik. Aku anak manja. Abang-abang dan kakak aku semua lebihkan aku. Masa
mula-mula budak ni lahir, serius aku rasa dengki gila. Rasa dialah perampas
semuanya daripada aku. Tapi bila dah besar, aku dah makin matang, baru aku tahu
betapa bodohnya aku dulu. Apa boleh buat? Dah namanya budak hingus tak kering.
Tapi
itu tak bermaksud aku tak sayang adik aku. Tapi.. itulah! Kadang-kadang annoyingnya melebih-lebih. Macam anjing
ajak kucing turun bergusti. Tak kena cara, memang selalu bergaduh dengan aku.
Tapi.. biasalah. Sebab aku kakak, dia pun kuat menangis, so aku kenalah mengalah. Nak-nak lagi, mak aku selalu sebelahkan
dia. Serius aku dengki dengan anak bongsu ni.
Kuat
menangis pun, ada hati nak belajar taekwondo. Macam sekarang ni. Aku sekarang
ni tengah jadi driver budak ni ke
tempat latihan dia sebab mak dan ayah aku tak boleh nak hantar dia. Dalam
banyak-banyak seni mempertahankan diri kat Malaysia ni, kenapa pilih taekwondo?
Huh.. Rafiqie bukan tak tahu aku alergik dengan taekwondo.
“Kalau
lambat, mesti kena denda. Sir garang.”
Sekali lagi aku dengar suara Rafiqie. Muka dia masam. Dia nak protes, tapi
takut betul-betul kena jogging pergi
sekolah dia. Kelakar. Haha.. jahat betul aku ni! Kesian adik aku.
“Berani
Sir kau nak cari pasal dengan adik
Sakura? Sekali aku haiyakk, mahu terbang
sebelah biceps dia.” Aku berkata bangga.
“Betul
ni?”
Aku
sengih. Ni caranya orang dewasa nak menipu adik oii. Aku nak haiyakk Sir bertali pinggang hitam kau tu? Baru hai.., tak sempat nak yakk
lagi aku rasa dah terbang ke kutub selatan aku makan flying kick Sir kau tu. Tapi.. takpelah. Budak-budak tak payah
tahu.
“Nanti
akak jumpa sir, cakap kenapa Fiqie
lambat ya?” sambungnya lagi.
Erk..
terkedu aku dengar dia cakap macam tu. Bila pandang sebelah, tak sampai hati
pulak tengok muka bercahaya dia tu.
“Hmm.. ya la!” Aku setuju. Bukan susah
pun. Jumpa Sir dia, minta maaf je la.
Bukak sikit hikayat sadis, mesti sir
dia faham.
-------------
Canggung!
Itu yang aku rasa sebaik sahaja kaki cecah lantai tempat tu. Semua beruniform
putih, tapi bermacam-macam warna tali pinggang. Ramai juga yang cuma berseluar
putih. Baru nak bersedia kut. Pelbagai peringkat umur, tak kira lelaki atau
perempuan. Dari kecik, sampailah ke dewasa. Semua ni nak belajar taekwondo ke?
Ramai jugak.
Suasana
yang agak familiar. Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni. Tiba-tiba teringat
kenangan lama. Cepat-cepat aku geleng. Semua dah jadi sejarah. Pahit. Buat apa
aku ingat dia? Gara-gara dia, aku jadi benci dan rasa nak terajang orang bila
aku nampak ada orang pakai dobok taekwondo. Ni la agaknya orang cakap gara-gara
nila setitik, dengan botol-botol nila aku rasa nak humban masuk loji kumbahan.
Huh!
“Tak
ada tenaga!” Suara itu buatkan aku tersedar dari lamunan.
Terus
aku pandang ke arah punca suara itu. Datang dari seorang lelaki yang berseluar
putih dan berbaju t-shirt hitam. Bersama dengannya, ada seorang budak lelaki
lebih kurang sebaya Rafiqie. Aku tak faham bahasa taekwondo ni, tapi yang aku faham,
budak lelaki tu macam nak putus nyawa tendang dan tumbuk lelaki itu.
“Fiqie..
dorang tengah buat apa tu?” Aku soal Rafique yang tengah bersiap sedia.
“Sparring. Akak mana tahu?” Ewah..
berlagak dia menjawab!
Sparring?
Aku tahu la kalau setakat sparring
tu. Tak adilnya! Mana adil bagi budak bawah umur macam tu lawan dengan lelaki
besar anak gorilla tu. Sekali kena jentik, mahu backflip budak lelaki tu.
“Huh..
hebat sangatlah tu lawan dengan budak. Nak eksyen dengan budak hingus tak
kering bolehlah,” bebelku tak puas hati. Hati dahlah memang tak suka dengan apa-apa
yang berkaitan dengan taekwondo. Nampak pulak mamat tu buli budak kecik,
bertambah maraklah api kebencian aku ni.
Memang
macam ni ke orang yang belajar taekwondo? Bila dah hebat, mesti berlagak. Sama
macam dia!
Huh!
Aku tunggu je lelaki tu pusing sini. Nak jugak aku tengok rupa lelaki yang
berani buli budak kecik tu.
“Akak..”
Masa
tu budak lelaki tu tendang perut lelaki tu, tapi lelaki tu cepat-cepat mengelak
buatkan budak lelaki tu terjatuh.
“Tu..
tengok tu.. nak mengelak pun macam nak taknak je. Lembik semacam. Otot tak
cukup protein.”
“Akak..”
Kemudian
aku nampak bertubi-tubi budak lelaki tu tendang dan tumbuk lelaki itu, tapi
sekali pun aku tak nampak lelaki itu balas balik. Dia lebih senang mengelak.
Aku bersorak dalam hati tengok budak tu buat macam tu.
“Yeah.. you go boy. Ajar dia. Mamat tak
cukup testosterone je berani cari
pasal dengan budak.”
Tak
lama lepas tu, aku nampak mereka saling berhadapan dan kemudian bongkokkan
badan sebagai tanda tamat sparring.
Aku pernah tengok dulu. Masa itulah lelaki itu pusingkan tubuhnya ke arahku.
Wow..
handsome! Muka dia serius. Tapi itu
yang buatkan dia nampak lagi macho. Err..
serius kau, Sakura? Tadi bukan main kau kutuk, sekarang cakap dia macho? Mana
pergi mamat tak cukup protein, tak cukup testosterone
macam yang kau cakap tadi?
Dia
berlalu ke arah terletaknya baju putihnya. Nampak dia sarungkan baju itu ke
arah tubuhnya. Perghh.. penuh gaya.
Tengok otot-otot lengan dia tu, gugur iman anak dara macam aku ni.
Mata
aku tak lepas pandang dia. Bukan taknak larikan mata, tapi mata aku ni macam
kena gam supaya melekat kat susuk dia.
“Kak
Sakura!”
“Auchh!”
Aku mejerit kesakitan. Si toyol kecik sebelah aku ni cubit aku. Aku gigit bibir
bawah. Tahan mulut daripada menyumpah-seranah adik aku ni. Kalau kat rumah,
memang dah kena marah dengan aku dah.
“Nak
apa?” soalku bengang. Dia dah kacau aku nak sarapan mata pagi ni.
“Tu..”
Dia muncungkan mulutnya. Aku pandang ke arah itu. Lelaki tadi dengan penuh gaya
tengah berjalan ke arah kami. Yang menarik perhatian aku adalah tali pinggang
hitam yang gah terikat di pinggangnya. Terus bulat mata aku. Tolong jangan
cakap…
“..Sir Fiqie.”
Tidak!!
Mampus aku! Tunggu apa lagi, Sakura? Lari baliklah.
Tapi
kaki tetap pegun. Tunggu dia mengatur langkah ke arahku. Dia.. tak dengar apa
yang aku cakap tadi, kan?
“Kenapa
kau tak cakap tu Sir kau?” bisikku
geram. Sebenarnya nak cakap, kenapa kau tak cakap Sir kau tu muda dan handsome?
“Fiqie
dah nak cakap, tapi akak tu syok sangat mengutuk orang,” marah Rafiqie. Erk..
Tak
tahu nak buat apa, alih-alih bila aku angkat muka, tegak berdiri si Sir Rafiqie ni depan aku. Nak sengih,
rasa bersalah sebab dah bermacam-macam aku kutuk dia tadi. Doa aku sekarang
semoga dia pekak tadi, tak dengar apa yang aku cakap. Tak pun dia dengar, tapi
dia ingat mak cik depan sana yang cakap.
Sekilas
dia pandang aku sebelum dia tumpu kepada Rafiqie.
“Rafiqie.
Kenapa lambat?” Suara dia agak tegas. Maklumlah.. Sir..
Rafiqie
pandang aku. Jari dia cucuk-cucuk belakang aku. Nak suruh aku back up dia la tu. Aku berdehem. Terus
kering tekak lepas tengok muka Sir
Rafiqie ni.
Dia
pandang aku.
“Ni kakak saya, Sir. Sakura Haruno.” Rafiqie menyampuk.
Kalau
tak kenangkan rasa canggung aku dengan si Sir
ni, memang aku dah putar kepala si Fiqie ni. Suka hati je nak Harunokan nama
aku. Padahnya kalau tiap-tiap hari layan Naruto.
Aku
sengih kepada Sir itu.
“Err..
Saya nak minta maaf sebab hantar Fiqie lambat hari ni. Sebenarnya ni kali
pertama saya hantar dia, so faham-fahamlah
kalau tersalah baca peta. Waze
merajuk dengan saya hari ni. Bagi wrong
way.” Seronok aku mengauta. Waze
yang aku tak guna tu jugak yang jadi mangsa fitnah aku.
“Lepas
tu jalan tak jem, tapi.. nak ke sini kena guna jalan 300.” Aku pandang muka
dia. “Maksud saya, ada speed trap. Sekali
flashhh.. tak sempat saya nak cheeseee, melayang RM300 saya,” jelasku
lagi. Kut-kut dia tak faham.
“Besar
makna RM300 tu untuk student macam
saya ni. Maklumlah, tengah-tengah GST ni, kena berkira setiap sen yang habis. So, saya cuma harap adik saya dimaafkan
untuk hari ni. Lepas ni insyaAllah dah tak lambat lagi err.. Sir.” Tak tahu nak
panggil apa, aku sirkan je la lelaki
tu.
Dia
tenung aku macam aku tumbuh satu kepala lagi. Aku sengih lagi sekali. Makin
banyak aku cakap, makin banyak aku merapu. Wahai Sir.. kenapa kau tak senyum? Serius rasa macam tengah menghadap
cikgu disiplin masa zaman sekolah dulu.
“Okay..
saya maafkan. Lain kali, jangan datang lambat. Bukan apa, Fiqie juga yang rugi
kalau tak cukup training. Grading dah nak dekat. Dah Fiqie, warming up, stretching lepas tu practice Chonji and Dan Gun.”
“Yes, sir.” Laju Rafiqie lari
meninggalkan aku. Maka.. Berkrik-kriklah
aku berdua dengan si Sir ni.
Awkward..
“Err..
saya balik dulu, Sir.” Aku berbahasa.
Dia cuma angguk. Alah.. dia geleng pun, aku memang cabut jugak.
“Oh, anyway, I’m Adi not sir.” Itu
kata-katanya sebelum dia kembali kepada kumpulan kanak-kanak yang sedang berlatih.
Tahu.
Adiwira Halimi. Itu nama dia. Macam mana aku tahu? Jangan cakap aku stalker pulak. Itu yang tertulis gah
pada tali pinggang hitamnya. Sempat aku jeling tadi.
-------------
Aku
jeling jam di tangan. Lima minit lagi kelas dia habis. Damn it! Gara-gara seronok bergosip dengan kawan-kawan aku, aku tak
sedar masa berlalu. Sekarang ni, kalau aku pecut pun sah-sah takkan sampai
tepat pada masanya. Perjalanan memakan masa dua puluh minit. Tu pun kalau tak
jem la. Dahlah pagi tadi dah lambat, habis pun aku lambat datang ambil. Sah-sah
kena bebel dengan orang tua aku lepas ni.
Ketika
aku tiba di tempat latihan taekwondo Rafiqie, hujan lebat mula turun. Kawasan parking dah kosong. Sunyi-sepi. Mata
melilau mencari. Nak telefon, tapi budak bertuah tu tinggal telefon dia kat
rumah. Balik nanti, memang aku bagi anjing makan telefon dia tu.
Mana
adik aku ni? Risau jugak aku. Aku pusing belakang. Nak cari payung yang selalu
aku letak dalam kereta. Tapi baru aku ingat yang hari tu, angah pinjam payung
aku. Double damn!
Nak
taknak, aku buat keputusan untuk redah hujan lebat. Bukan jauh sangat dari
kereta aku ni hingga ke tempat berbumbung. Dengan keyakinan tinggi setelah
bergelar johan olahraga tiga tahun berturut-turut, aku yakin aku takkan basah
kuyup.
1..
2.. 3.. Terus aku pecut. Sesekali dengar guruh berdentum. Huh.. dramatis sangat
hidup aku hari ni. Kegigihan seorang kakak demi mencari adiknya. Kalau pengarah
drama tengok aku sekarang ni, sah dapat tawaran jadi heroin melodrama.
“Fiqie!”
laungku. Cuba melawan bunyi hujan yang kuat. Aku berjalan masuk ke tempat yang
aku pergi pagi tadi.
Lega.
Sangat lega bila aku nampak Rafiqie tengah duduk bersila. Bukan sendirian. Dia
duduk dengan siapa tu? Aku kecilkan mata untuk menumpukan pandangan kepada
manusia yang duduk di sebelah adik aku tu.
Sir
aka Adiwira?
“Akak!”
Rafiqie jerit panggil aku. Dia berdiri dan berlari ke arahku. Poyo je adik aku.
Gaya macam tak jumpa dua puluh tahun! Tapi aku tetap senyum bila nampak dia.
Lega dan bersyukur.
“Akak..
kenapa akak basah? Akak mandi hujan ke? Kan mak marah kalau mandi hujan. Nanti
demam.”
Si
Fiqie ni… simpan ceramah kau tu bila kita dalam kereta, boleh? Sumpah rasa
segan bila mulut si Sir ni dah macam
nak cramp aku tengok sebab cuba tahan
gelak dengan ceramah perdana adik aku ni. Mesti dia pelik. Siapa kakak, siapa
adik sekarang ni.
“Takde
payunglah.” Pendek jawapan aku.
“Tengok,
sir. Kan saya dah cakap kakak saya
mesti datang punya.” Rafiqie berkata kepada Adiwira. Kemudian dia pandang aku
pulak.
“Sir cakap tadi kalau akak tak datang
ambil, dia nak tolong hantarkan balik. Dia temankan Fiqie tunggu akak,” tambah
Rafiqie lagi.
Aww…
baiknya Sir kau tu, Fiqie. Aku
pandang dia.
“Hmm.. terima kasih ya, Sir..”
“Adi,”
potongnya.
“Oh..
sorry. Terima kasih Adi sebab
temankan Fiqie. Risau saya tadi.” Aku berterima kasih. Nak berbudilah katakan.
Dia
pandang aku. Sekali lagi aku rasa macam canggung bila dia macam menilai aku.
Ya.. ya.. aku tahu aku selekeh gila sekarang ni. Walaupun mungkin tudung bawal
aku ni dah macam lepas kena gelek trailer, tapi aku lega sebab baju aku gelap
dan takdelah basah sangat sampai melekap ke kulit tubuh. Nasib baik.
“Hmm..
terima kasih je?”
“Hah?”
“Ya
la.. saya dah jaga adik awak hari ni, taknak balas jasa saya ke?”
Double
hah.
“Belanja
saya makan ke?”
Hah
kuasa tiga.
Ewah..
ni taktik nak mengurat aku ke apa ni? Hai.. nak pelangkung karang, dia black belt taekwondo.
“Yalah..
mungkin awak boleh tolong saya tambahkan zat dalam tubuh. Otot-otot sayakan tak
cukup protein.”
Erk..
tak tahu nak balas apa. Rasa macam kena penumbuk sebijik. Sah dia dengar apa
yang aku cakap pagi tadi. Aku cuba berlagak selamba. Boleh tahan mulut si Sir ni.
“So?” Adiwira angkat sebelah kening.
Dia
serius ke nak aku ni jadi pembekal protein dia? Belanja sekali mungkin takpelah
kut. Kalau ikutkan memang aku kena balas budi dia sebab dah tolong tengokkan
Rafiqie hari ni.
“Hmm.. okey.” Aku setuju.
Dan
Adiwira terus senyum menampakkan gigi dia cantik tersusun. Kali pertama tengok
dia senyum. Lawa. Aku turut senyum.
“Kami
balik dulu.” Aku minta diri.
“Wait..” panggilnya. Aku pusing belakang.
Dia hulurkan satu jaket kulit berwarna hitam. Aku tayang muka confuse.
“Ambik
ni.” Sekali lagi dia tilik aku dari atas sampai bawah.
“Kalau
tengok gaya awak, ni memang diperlukan. At
least, takdelah basah sangat nanti. Mak awak kan tak bagi mandi hujan.”
Kenapa ayat belakang dia tu macam nak kenakan aku je?
“Habis,
awak macam mana?” soalku. Sebenarnya nak tambah, mak awak bagi mandi hujan ke?
Dia
cuma senyum.
“Saya
lelaki. Kereta saya dekat je. Awak ada kanak-kanak dengan awak. Just take it.”
Hmm..
gentleman! Teragak-agak aku ambil.
Baru pegang, dah semerbak minyak wangi maskuliniti dia cecah masuk hidung aku.
Kalau aku tunduk cium, mahu berenang-renang dia dalam mimpi aku. Amboi, Sakura!
Berenang-renang dalam mimpi? Ingat dia tu apa? Dugong?
Akhirnya
kami sama-sama berjalan ke arah bertentangan.
---------------
“Akak,
Sir kirim salam.”
Dengar
je Rafique cakap macam tu, mulut aku automatik tersengih. Hati tiba-tiba rasa
berbunga. Dah dua minggu berlalu, itulah ayat rasmi tiap kali Rafiqie balik
dari kelas taekwondo dia. Tapi aku dah tak pernah jumpa dia lepas hari tu.
“Dia
tanya, bila akak nak belanja dia makan?” sambung Rafiqie lagi.
Belanja
makan. Itu hutang aku dengan dia. Aku ingat dia dah lupa. Nampaknya dia memang
serius hari tu. Dan aku pun turut serius bila aku berjanji dulu. Aku kena tunaikan
janji aku. Tapi.. macam pelik je bila aku tiba-tiba keluar dengan dia? Nak
cakap aku kawan dia, tak. Bercakap pun beberapa kali. Aku cuma tahu nama dia
je.
“Hmm.. nantilah,” putusku.
Kemudian
pandang jaket hitam yang terlipat cantik di tepi katil. Jaket dia. Dah dicuci
bersih, tapi entah kenapa tangan rasa berat nak hulurkan kepada Rafiqie tiap
kali dia ke kelas taekwondo.
Aku
cium jaket itu. Dah bau lain. Rasa rindu pulak nak bau minyak wangi dia. Arghh.. gila kau, Sakura! Aku kena
belanja dia makan, bagi balik jaket dia, lepas tu buat-buat tak kenal dia. Aku
tak boleh terlibat dengan orang taekwondo. Serik!
-----------
Masa
aku tiba di tempat tu, jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. Ya.. hari ni aku
angkat tangan, sukarela untuk ambil Rafiqie dari tempat latihan taekwondo dia.
Ada lima belas minit lagi sebelum kelas Rafiqie habis. Sengaja aku datang awal.
Sebaik
sahaja aku masuk ke dewan itu, macam-macam bunyi aku dengar. Serius betul
mereka semua berlatih. Aku cuma selesa berdiri di bahagian belakang dengan
beberapa orang. Ibu bapa budak-budak tu kut.
Dari
jauh, aku cuma memerhati. Ada dua kelompok. Kanak-kanak dan dewasa. Kumpulan
kanak-kanak dilatih oleh Adiwira manakala kumpulan dewasa pula dilatih oleh
seorang lelaki yang macam dalam lingkungan tiga puluhan. Sir besar agaknya. Ada bersama, beberapa orang bertali pinggang
hitam yang mungkin membantu.
Perhatian
aku mestilah terarah kepada kumpulan kanak-kanak. Semua berbaris mengkikut
warna tali pinggang. Nampak adik aku berdiri di barisan kedua paling belakang.
Adik aku baru bertali pinggang kuning calit hijau. Kemudian nampak mereka
memulakan langkah pattern taekwondo.
Yang ni yang paling aku suka tengok sebab cantik bila mereka bergerak secara
sistematik.
Tak
lama lepas tu, semuanya masuk barisan mengikut warna tali pinggang. Kali ni,
kanak-kanak bercampur dengan orang dewasa. Aku tahu maksudnya apa. Ni
maksudnya, kelas dah nak habis. Mereka semua memang penuh disiplin. Bila semua
dah masuk barisan, aku dengar ketua jurulatih bersuara. Tak tahulah dia cakap apa
sebab aku ada dengar terselit bahasa korea.
“Taekwon.” Aku dengar semua anak murid
menjawab sebelum bongkokkan sedikit tubuh mereka kepada guru. Bersurai.
“Kak
Sakura!” Ceria suara si Rafiqie menegurku. Semua pusing pandang aku. Sama ada
sebab nama aku ni agak pelik, ataupun sebab semua nak tahu siapakah gerangan
kakak kepada kanak-kanak ribena tu.
“Hai,
Sakura.” Aku tak perasan pulak bila masa Adiwira datang sini.
“Hai,”
balasku juga sebelum senyum.
“Datang
ambil Fiqie ya?” Lagi nak tanya soalan yang dah terang lagi bersuluh. Takkanlah
aku datang nak angkut anak orang lain bawak balik rumah kut?
“A’aa..
ambil Fiqie.” Aku tetap jawab juga.
Tiba-tiba
dada berdebar. Sebenarnya aku datang sini ada hajat lain. Nak tunaikan janji
aku kepadanya. Tak pernah-pernah aku ajak anak teruna orang keluar makan.
Kenapalah aku berjanji dulu?
“Err..
alang-alang datang sini, sebenarnya saya nak tunaikan janji. Hmm.. nak belanja awak makan, kalau awak
tak sibuk la.” Aku memberanikan diri untuk mengajak. Kena buat-buat berani.
Gila tak berani, ajak orang yang aku tak kenal pergi makan? Nama ayah dia pun
aku tak tahu.
Adiwira
nampak macam terkedu. Tak sangka agaknya aku ajak dia.
“Pergi
makan? Alamak, hari ni tak boleh la. Saya dah janji dengan orang,” jawabnya.
“Oh..”
Hanya itu yang aku jawab. Adalah juga rasa kecewa. Sebab.. penat tahu aku nak kumpul
keberanian, kegigihan, kerajinan dan segala jenis ke-ke lagi semata-mata nak
belanja dia makan. Salah aku jugak tak cakap awal-awal.
“Kalau
macam tu, takpelah. Takde rezeki la kut,” kataku lagi.
Aku
pandang dia. Dia macam nak cakap sesuatu sebelum ada suara panggil dia. Aku
turut berpaling ke arah itu. Gadis bertudung yang berseluar putih dan
bert-shirt jersi merah. Cantik. Kalau tak salah aku, ni perempuan yang bertali
pinggang hitam yang menemani Adiwira masa latihan tadi.
“Cepatlah,
Adi. Kata lapar,” kata perempuan tu lagi.
Oh..
janji dengan perempuan tu rupa-rupanya. Awek dia kut. Tiba-tiba rasa canggung.
“Hmm.. kami balik dulu. Jom, Fiqie.” Aku
minta diri.
Bila
aku pandang dia, dia senyum. Tapi nampak tak berapa nak ikhlas. Kalau mata aku
tak salah, aku pun nampak muka dia macam agak kecewa. Pelik.. kenapa dia nak
kecewa?
-----------------
Lepas
hari tu, aku dah tak pernah pergi hantar atau ambil Rafiqie lagi. Sebenarnya rasa
malu nak menghadap Adiwira. Sekali aku ajak dia keluar makan, tapi kena reject daa. Aku tak rasa aku ada
keberanian kedua untuk mengajaknya sekali lagi. Kena reject lagi, memang aku lompat masuk dalam handbag. Sorok muka.
Rafiqie
pun dah tak pernah sebut apa-apa lepas balik dari kelas dia. Jadi aku pun nak
buat-buat lupa pasal janji aku tu. Alah.. janji nak belanja je pun. Bukan janji
nak hidup semati dengan dia.
Jadi,
ada baiknya kita keluar hiburkan hati kita yang tiba-tiba rasa sunyi ni. Dah
lama tak keluar sorang-sorang. Aku memang macam ni. Kadang-kadang ada masanya
aku rasa taknak keluar berteman. Hanya bersendirian. Lone ranger gitu.
Dan
aku pun bukanlah bodoh sangat nak pergi tempat yang bahaya sorang-sorang.
Biasanya aku suka ke Mid Valley. Bosan-bosan, pergi tengok wayang. Tak pun main
boling. Dan sekarang ni, sebab perut tengah lapar, kaki laju masuk ke restoran
The Manhattan Fish Market.
Tengah
belek-belek menu, tiba-tiba rasa macam ada sesuatu. Angkat muka. Terus aku
terkaku bila pandang pintu masuk. Dada tiba-tiba rasa sesak. Dah beberapa bulan
kami tak berjumpa, kenapa sekarang? Jebat dan Kirana. Bekas kekasih dan bekas
kawan baik. Dua manusia yang aku berharap takkan pernah muncul di depan aku
lagi.
Jangan
pandang sini. Tolong jangan pandang sini. Dan doa aku memang tak dimakbulkan
bila kepala Jebat menoleh ke arahku. Macam tahu-tahu dia tengah diperhatikan.
Wajahnya jelas nampak terkejut bila nampak aku sebelum berganti dengan senyum
yang aku tak dapat tafsirkan.
Dengan
langkah penuh bergaya, dia berjalan ke arahku. Ya Allah.. kenapa dia datang
sini? Aku mula panik. Tapi tetap cuba mengatur nafas normal. Bertenang.
Bertenang. Aku harap kedai nama ikan ni tak jadi ayam gara-gara si Jebat ni
makan maki-hamun aku lepas ni.
Be calm, Sakura. Show him the real
you. Show him you don’t need him. Aku cuba naikkan
semangat sendiri.
Akhirnya,
tegak berdiri Jebat di tepi mejaku.
“Sakura?”
Jebat macam tak percaya.
“Tak.
Kawan dia, Naruto,” sinisku. Lagi nak tanya.
“Long time no see,” Kali ni datang dari
minah sebelah dia.
Aku
senyum paksa. Kalau tak jumpa terus lagi bagus sebenarnya.
“Yaa.. long time no see,” jawabku. Macam
tak percaya aku masih berdiplomasi dengan mereka. Bercakap macam apa yang jadi
dulu tak pernah terjadi. Gaya macam kawan baik baru berjumpa lepas berkurun
berpisah. Padahal hakikatnya adalah sebaliknya. Meh aku nak cakap. Aku benci
mereka berdua!
“Sorang
je ke? Hmm.. no company?” Kirana
bersuara lagi. Suaranya penuh dengan kejengkelan. Macam nak cakap aku ni sangat
kesian sebab keluar tanpa ada yang sudi temankan.
“So pity.” Berbunyi lagi minah tu. Serius
tangan rasa gatal nak libas kepala orang dengan menu di tangan.
“Sorry, darling. I’m late.”
Tiba-tiba
kedengaran kerusi bertentangan denganku ditarik. Darling mana pulak yang sesat cari meja ni? Aku menoleh ke arahnya.
Adiwira? Terkejut, tapi aku cuba kawal.
“And you are?” soal Kirana sambil mata
tilik Adiwira dari atas hingga ke bawah. Aku mendengus. Pantang nampak lelaki
kacak, mulalah mata dan mulut main peranan. Apalah si Jebat ni nampak pada
Kirana ni?
“Oh, I’m Adiwira. Kekasih baru Sakura,”
jawabnya. Sekilas dia jeling aku sebelum berdiri menghadap mereka. Tangan
dihulurkan kepada Jebat.
Kekasih
baru? Mana mamat ni tahu aku ada kekasih lama atau aku dah takde kekasih
sekarang ni?
“Jebat.
Dan ni Kirana.” Mereka bersalam. Tiba-tiba aku rasa macam bzz.. bzz.. antara dua orang tu. Kalau tengok gaya urat-urat lengan
yang mula timbul antara dua orang tu, aku rasa boleh merekah tulang tangan
salah sorang.
Adiwira
vs Jebat. Mestilah aku sokong Adiwira.
“Rasanya
kita pernah jumpa. Tournament
taekwondo tahun lepas?” Adiwira bertanya lepas tangan mereka berpisah.
Pernah
tak aku cakap yang Jebat ni black belt taekwondo?
Kalau nak tahu, inilah nila yang aku maksudkan dulu. Nila dan botol nila yang
sebabkan aku benci orang bertaekwondo.
“Yaa.. now I remember. Persatuan yang
kalah tu, kan?” sinis Jebat. Aku pulak yang sakit hati melihat sifat bongkak
Jebat. Kenyataannya Jebat memang jaguh.
Tapi
Adiwira cuma tenang. Siap senyum lagi.
“Menang
kalah, adat pertandingan. Tapi, tahun ni, be
careful. We’re strong. Sejarah baru akan tercipta.” Suara Adiwira bergetar
amaran.
Jebat
pula senyum.
“We’ll see.” Suara Jebat juga nekad.
Aku
pulak yang telan liur. Apa akan jadi pada tournament
taekwondo kali ni?
“Anyway, sejak bila kenal Sakura?” Jebat
jeling aku. Kali ni suara dia macam tengah tahan sesuatu. Marah? Cemburu?
Eh..
eh.. eh.. apa hak dia nak rasa macam tu? Aku bukan kekasih kau dah. Tu.. baik
kau jaga minah sebelah kau yang muncung mengalahkan tenuk dah lepas kau cakap
macam tu.
“Oh..
dah lama. Kami bertemu tiga tahun lepas. Tapi masa tu kami tak kenal sangat.
Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana. Kami dipertemukan kembali. And now, we’re together.”
Si
Adiwira ni patut ubah nama jadi Panglipurlara. Seronok betul dia berdongeng. Tapi
aku cuma senyap. Aku lebih rela menghadap darling
jadian aku ni, daripada bekas darling
sana yang tengah tenung Adiwira macam nak kasi tembus.
“Maksudnya
sebelum kita bercinta, you dah kenal dia? Kenapa I tak pernah tahu?” Jebat
macam tak puas hati.
“Actually it’s none of your business.
Kalau tak keberatan, kami nak dating..
berdua. So, Kirana dan Jebat, aku
rasa ada baiknya korang berdua hmm..
pergi cari meja sendiri sebab tempat ni macam nak penuh,” jawabku.
Jebat
jeling aku tapi aku buat tak tahu. Bila tangan ditarik Kirana pun mata masih
tak lepas pandang aku. Entah kenapa rasa satu kepuasan lepas tengok muka dia
yang macam baru lepas tertelan cicak tu. Aku nak dia tahu yang dia tinggalkan
aku dulu tak jadi kudis pun. Aku dah
puas menangis sebab dia.
Aku
buat-buat baca menu. Bila rasa mereka berdua dah jauh, baru aku angkat muka.
“Dasar
jantan.” Suara penuh dendam dan kebencian.
Dan
sekarang, perhatianku beralih sepenuhnya kepada mamat depan aku ni.
“Dah
oder?” soal Adiwira. Bila aku senyap, selamba dia tarik menu di tanganku.
“What are you doing here, darling?”
sinisku. Adiwira ketawa.
“Makanlah,
darling. Apa lagi?” Dia darlingkan aku sekali lagi. Aku buat
muka.
“Awak
dah janji nak belanja saya makan, kan? So
hari ni saya nak tuntut janji,” kata Adiwira lagi.
“Okay, fine.” Aku cuma bersetuju.
Walaupun hati masih tertanya-tanya macam mana dia boleh tersesat masuk restoran
ni. Atau memang dah jodoh kami untuk berjumpa?
Dia
pesan makanan dia, aku pesan makanan aku. Lepas tu senyap. Ni rasa nak
garu-garu kepala ni. Serius rasa janggal bila berdua dengan dia. Aku tak kenal
dia!!!
Masa
ni la kau nak kenal dia, Sakura. Suara hati berbisik. Aku berdehem.
“Datang
sorang ke?” Okey.. soalan tak berapa nak cerdik dari aku. Dah dia duduk berdua
dengan aku kat sini, takkanlah dia bawak minion dia kut?
“Yup. Sorang. Saya datang dari rumah.”
Dia tetap jawab.
“Rumah?”
Keluar soalan tu sebab aku tak tahu nak jawab apa.
“Ya..
rumah. Yang ada bumbung, ada lantai, ada dinding dan melindungi kita daripada
panas terik dan hujan badai tu.”
Aku
ketawa bila dia jawab macam tu. Main-main pulak mamat ni. Sekurang-kurangnya
dah tak rasa canggung sangat. Dia turut senyum. Macho.
“Sebenarnya
awkward. Sebab saya tak berapa kenal
awak,” jujurku.
“So, jom berkenalan. Hai.. nama saya
Adiwira Halimi. Umur 25 tahun. Baru habis belajar. Anak sulung dari empat orang
adik-beradik. Hmm.. single and available. Awak?”
Single and available?
Biar betul dia ni. Mulut gatal nak bertanya, perempuan hari tu siapa? Tapi
nasib baik sempat brake. Bukan urusan
aku. Kawan dia kut.
“Nama
saya Nur Sakura. Umur 21 tahun. Masih belajar. Anak keempat dari lima orang
adik-beradik,” jawabku. Macam dia, cuma tolak status aku. Buat apa nak cakap
kalau dah dia dengan selamba mengaku jadi ‘kekasih baru’ aku tadi. Dia mesti
dah tahu.
“Sakura.
Nama awak macam orang jepun,” komennya. Aku sengih.
Kira
okeylah komen dia macam tu. Kalau biasanya, orang akan tanya, “Kenapa Sakura?
Mak minat tengok cerita Cardcaptor Sakura ke?” Serius rasa nak lempang kasi
teleng kalau ada yang bagi komen macam tu.
“Sebab
saya satu-satunya anak yang dilahirkan di Jepun,” ceritaku. Kalau aku buka
hikayat macam mana mak aku boleh letak nama ni, tak baliklah mamat ni gamaknya.
“Saya
dengan Sakura memang berjodoh.”
“Awak
ada kenal orang lain yang nama Sakura ke?” soalku teruja. Tak pernah kenal lagi
orang lain yang namanya Sakura kat Malaysia. Dia angguk.
“Tapi..
satu je persamaan orang nama Sakura ni. Dia.. menarik dan rare,” katanya. Aku mencebik. Nak cakap aku spesis terancam ke apa?
“Eleh..
nama awak pun apa kurangnya. Unik. Adiwira. Superhero,”
komenku pula. Aku tak pernah dengar orang nama Adiwira.
“Nama
saya memang sesuai dengan saya. Buktinya hari ni saya dah jadi superhero awak.”
Aku
ketawa. Dalam hati mengiakan.
“So, Jebat tu ex awak ke?” soalnya pula.
Aku
angguk. Teringat balik kenangan lama. Sakit hati la pulak! Macam orang bodoh
aku kena tipu dengan dua ekor manusia tu.
“Nampak
Kirana tadi? Dulu dia kawan baik saya. Jebat dalam diam bercinta dengan dia.
Dia curang dengan saya.” Aku tak tahu kenapa aku cerita kepada dia. Kemudian
senyum pahit. Mesti Adiwira cakap aku malang sebab dapat lelaki tak guna macam
tu jadi kekasih. Tu la.. dulu gatal nak bercinta, mak kau ada suruh? Takde kan?
Jadi, padan muka kau Sakura!
“I know.”
“You know?” soalku balik. Pelik.
“Tapi
tadi dia jealous,” komennya pula. Aku
diam sekejap sebelum angkat bahu. Bukan masalah aku.
“Orang
gila talak, macam tu la,” kataku malas. Dasar tak boleh tengok orang senang.
Tercabar agaknya sebab aku dah jumpa pengganti orang yang jauh lebih hebat
daripada dia.
Amboi,
Sakura. Sejak bila si Adi ni jadi pengganti?
“Orang
bodoh je lepaskan perempuan macam awak, Sakura.” Suara dia bagai punya maksud
tersirat.
Betul
tu. Memang aku tak nafikan Jebat memang bodoh. Haha. Aku berdehem.
“So, awak memang kalah dengan Jebat ke
masa tournament tahun lepas?” Ubah
topik.
“Kalau
team, memang team kami kalah tahun lepas. But
personally, nope. Sebab saya tak participate pun tahun lepas. Tahun ni,
rasanya saya ada sebab kenapa saya kena masuk.”
“Sebab
apa?” soalku pelik. Dia pandang aku sebelum senyum.
“So, kalau ada tournament taekwondo, awak nak datang tak?” soalnya pula tanpa
menghiraukan pertanyaanku.
Aku
terkedu. Tournament. Titik
pengakhiran kisah aku dan Jebat adalah dari salah satu tournament tahun lepas.
“Kenapa
saya nak kena datang?” soalku balik. Tak kuasalah aku kalau pergi sana untuk
menghadap Hang Jebat tu bertarung dengan Hang-hang yang lain. Buat sakit hati, bak hang! Aku memang tahu Jebat selalu
menang. Aku selalu tahu dia memang tangkas dan hebat.
“Saja..
bagi sokongan. Tournament dewasa dan
kanak-kanak diadakan sekali. Fiqie pun nak masuk.”
Ooo..
Fiqie pun nak masuk ke?
“Kalau
masa tu tengah cuti atau saya takde lecture,
insyaAllah saya pergi,” jawabku separuh hati. Tapi aku tak tahu aku masih kuat
atau tak untuk ke sana.
“Jaket
awak. Alamak..” Sekali lagi tukar topik. Tiba-tiba teringat.
Kalau
aku tahu aku jumpa dia hari ni, mesti aku bawak jaket dia. Dah berkurun dalam
simpanan aku. Aku taknak dia cakap aku pencuri jaket dia pulak.
Adiwira
cuma senyum.
“Keep it. Sebab saya pun belum bersedia
nak pulangkan hak awak.”
“Hak
saya?” soalku dengan dahi berkerut.
“Ya..
hati awak la, darling.”
Grr..
ada jugak aku cekik sampai biru mamat ni. Dia ketawa bila aku buat muka.
Akhirnya aku juga senyum. The ice is
broken and melted.
-------------
“Hai,
Sakura!” tegur Adiwira.
“Hai,”
tegurku juga. Mata memerhati dia yang tercungap-cungap mengambil nafas. Dahinya
yang berpeluh itu disapu dengan satu tuala putih. Serius dia segak dengan
seragam putihnya itu.
“Hari
ni nak belanja saya makan ke?”
Grr..
Aku buat muka. Please la! Kalau nak
tahu, dah dekat sepuluh kali aku dengar ayat sama. Teringat balik kali pertama
kami keluar makan bersama. Bila bil sampai, laju tangannya mengambil dan
membayar makanan kami. Bila aku marah, jawapan dia senang je.
“Lain
kali la awak belanja saya.”
Dan
tiap kali kami keluar makan bersama, tiap kali tu la aku dengar jawapan yang
sama. Sampai kalau dia tanya bila aku nak belanja dia makan, aku dah malas nak
jawab.
“Saya
dah malas nak belanja awak makan,” kataku. Dia gelak.
“Mana
boleh. Janji wajib ditepati.”
Tengok
siapa bercakap! Menjawab memang kelas satu. Aku mencebik.
“Kalau
awak bagi saya belanja tiap kali kita keluar, mesti janji saya dah ditepati,
tahu?” bidasku balik.
“Kalau
awak dah takde janji dengan saya, saya dah takde sebab nak jumpa awak,”
balasnya.
Erk..
dia nak cakap kalau aku belanja dia makan, lepas ni dia dah takde alasan nak
kacau hidup aku ke? Terdiam aku. Tiba-tiba segan.
“Kenapa
hari ni awak berpeluh-peluh?” Macam biasa, aku ubah topik.
“Oh, preparation
for tournament. Sparring among
black belters.”
Oh,
patutlah! Gigih betul. Aku baru perasan semua orang tengah bersparring di tengah-tengah sparring
mat. Adik aku pun sama. Nampak macam
tahun ni semua semangat nak rangkul pingat emas. Bagus.. kalahkan Jebat! Biar
padan muka Jebat sebab suka berlagak.
“Bila
tournamentnya? Kat mana?” soalku.
“Dua
bulan dari sekarang. Putrajaya. Saya harap awak datang.”
Aku
diam. Mahukah aku ke sana lepas semua terjadi? Kemudian kedengaran suara Sir besar panggil semua masuk barisan.
Macam biasa, adat nak tamat kelas. Adiwira pun ingin berlalu.
“Sakura,”
panggilnya. Aku angkat kening. Tunggu dia sambung bicara.
“Happy birthday.”
Bulat
mata aku tiba-tiba. Sebab tak sangka ucapan itu keluar daripada mulutnya. Macam
mana dia tahu? Baru aku nak tanya, dia terlebih dulu bersuara.
“I know a lot of things about you.” Dia
kenyit mata sebelum berlari-lari anak masuk barisan.
Aku
ternganga. Satu je dalam kepala aku. Rafiqie…
----------
Hari
ni adalah hari tournament taekwondo.
Rafiqie dengan penuh semangat untuk masuk bertanding. Dia ajak aku pergi.
Adiwira juga bersungguh-sungguh menyuruh aku menyokong pasukannya. Tapi hati
antara dua. Fobia. Terfikir pasal Jebat. Macam manalah reaksiku kalau aku jumpa
dia hari ni? Aku dah tahu dia memang akan ada. Kalau dia ada, maksudnya
kebarangkalian bekas Tupperware kawan baik aku tu datang memang besar.
Setelah
berfikir panjang dan kumpul keberanian, akhirnya aku buat keputusan untuk
datang menyokong. Aku mahu mencabar diri sendiri. Kaki cecah lantai dewan besar
itu. Beberapa sparring mat
terbentang. Tiap-tiap tikar itu, pasti ada pasangan yang sedang bersparring. Di sekelilingnya, semua
bersorak memberi sokongan. Tournament
dah lama mula.
Tiba-tiba
kenangan pahit itu datang. Lebih kurang setahun yang lepas, suasana seakan-akan
begini, aku menyaksikan Jebat sedang beraksi. Hari tu aku teruja untuk
mengejutkan Jebat dengan kehadiranku. Sebab sehari sebelum tu, aku cakap aku
tak dapat datang kerana ada hal penting.
Tapi
aku pula dikejutkan. Agaknya Allah nak tunjuk. Hari tu Jebat menang. Sebaik
sahaja keputusan diumumkan, aku nampak Kirana berlari ke arah Jebat. Tangan lemah-gemalai
mengelap dahi Jebat. Pandangan mereka bagaikan orang tengah bercinta. Kemudian
Kirana peluk lengan Jebat. Dan hari tu, aku dah tahu betapa bodohnya aku. Tak
payahlah aku cerita macam mana kisah aku putus dengan Jebat. The rest is history. Apa yang aku boleh
cakap, sangat banyak air mata aku habis untuk dia. Bila ingat balik, memang aku
akui aku memang bodoh.
Sekarang
entah kenapa rasa bagaikan déjà vu. Hati tiba-tiba rasa tak kuat. Sekali aku
trauma, susah aku nak lupakan semua. Aku pusing belakang.
“Sakura!”
Dan
aku terus berlari keluar.
“Sakura.”
Sekali lagi aku dengar suara itu memanggil. Aku berhenti sebelum berpusing.
Adiwira.
“Kenapa
awak lari?” soalnya pelik. Apa aku nak jawab? Aku senyap.
“Sejarah
takkan berulang. Don’t worry,”
katanya.
Berkerut
dahiku. Apa maksud dia?
“Macam
yang saya cakap dulu, I know a lot of
things about you, Sakura,” katanya misteri.
Mencerun
mataku pandang dia. Siapa Adiwira ni? Naluriku mengatakan dia tahu kenapa aku
lari tadi.
“Lepas
ni Fiqie punya turn. Dia layak masuk
ke final. Awak taknak tengok adik
awak bertanding ke?” soal Adiwira lagi.
Aku
mengeluh. Cuba kuatkan hati balik. Macam yang Adiwira cakap tadi, sejarah
takkan berulang.
“I’ll stay by you side. I promise.” Itu
janjinya. Buatkan aku terus angguk setuju. Adiwira ada untuk aku.
------------
Bila
kami mendekati dewan besar itu, kedengaran orang bersorak. Tiba-tiba rasa
berdebar. Kalau si Adiwira ni perempuan, memang aku dah pegang erat-erat tangan
dia. Mintak semangat. Tapi masalahnya dia lelaki.
Adiwira
pusing pandang aku. Dia senyum, cuba menenangkan aku.
“Fiqie
tengah sparring.” Adiwira teruja.
Yalah.. Rafiqie anak buah dia. Haruslah dia bangga kalau Rafiqie boleh tewaskan
lawannya.
Aku
turut pandang ke arah tengah gelanggang itu. Rafiqie memakai pelindung kepala
dan tubuh berwarna biru. Lawannya bersaiz lebih kurang Rafiqie. Muka Rafiqie
serius memerhati langkah lawannya. Bertubi-tubi serangan Rafiqie sehingga
lawannya itu terjatuh.
Bila
Rafiqie dapat mata, pasukannya bersorak. Termasuk aku. Bila akhirnya Rafiqie
dinobatkan sebagai juara, aku tepuk tangan. Bangga aku tengok dia. Tak sangka
adik aku yang kuat menangis tu sanggup ditendang dan disepak. Untuk masuk
bertanding, keberanian harus tinggi. Hari ini, aku nampak betapa dia berminat dengan
taekwondo ni.
“Kak
Sakura.” Rafiqie baru perasankan aku. Dia berlari ke arahku.
“Yay..
Fiqie menang.” Dia bersorak. Aku cuma senyum.
“Ya..
akak tahu. Congratulation,” ucapku.
“Tahniah,
Fiqie.” Adiwira turut bersuara.
“Terima
kasih, sir. Semua ni sebab sir yang ajar saya. Lepas ni giliran sir pulak. Sir dah janji nak kalahkan abang Jebat, kan?”
Bila
nama Jebat naik, aku pandang Adiwira. Tapi Adiwira buat tak tahu dengan
pandanganku. Dia tunduk sebelum gosok kepala Rafiqie.
“Of course. Lelaki sejati harus tepati
janji.” Berkeyakinan sekali suara dia.
Baru
aku nak bertanya, ada orang dah panggil nama Adiwira. Huh.. asal aku nak
bertanya si Adiwira ni, mesti ada yang kacau daun.
“It’s my turn. I’ve to go.”
“Wait.. awak lawan dengan siapa?” soalku
ngeri walaupun aku dah tahu siapa.
“Adiwira
nak berperang dengan Hang Jebat. Ada kata-kata terakhir daripada Tun Teja?”
Sempat lagi dia nak berlawak dengan aku.
Aku
tak rasa kelakar pun. Aku rasa nervous
untuk Adiwira. Adiwira tak kenal siapa Jebat. Tiga tahun berturut-turut dia merangkul
pingat emas. Semua gerun dengan dia.
“Dia
selalu menang, Adi.”
“Adi
pun tak pernah kalah. Hari ni, sejarah baru akan tercipta. Trust me and watch me.”
Aku
ragu-ragu.
“Tak
percayakan saya nampaknya. Macam ni la. Kita bet. Kalau saya menang, esok keluar dengan saya. Boleh?”
Erk..
Aku tak angguk, tak juga geleng. Dia pun tak tunggu jawapan aku.
“Good luck,” ucapku ikhlas.
Dia
senyum lebar.
“That’s what I need. A catalyst. Thank you.”
“Please win.”
“Of course. I’m Adiwira by name.” Dia
kenyit mata. Aku suka cara dia jawab. Bukan berlagak, tapi berkeyakinan. Hati
sedikit lega.
“Oh,
ya! Awak perfect, Sakura. Tak salah
kalau sekali-sekala awak jadi singa betina. Jangan lari lagi,” katanya lagi
sebelum berlalu untuk bersiap.
Aku
terkedu. Jangan lari lagi. Ya.. aku selalu lari sebelum ni. Adiwira buatkan aku
tersedar sesuatu. Aku tak salah, jadi kenapa aku yang harus lari? Aku takkan
lari lagi.
Dalam
hati berdoa semoga Adiwira menang. Aku berharap sangat ada yang boleh runtuhkan
ego Jebat.
-----------
Semua
ni cuma perasaan aku atau suasana memang tegang antara mereka berdua tu?
Adiwira vs Jebat. Semua pun memang teruja. Sebab semua tahu siapa Jebat yang
sebenarnya. Jebat tak pernah tewas. Itu prinsipnya.
Pertarungan
terakhir untuk hari ini. Memang jadi highlight.
Semua berkumpul di sekeliling mereka berdua. Yang bakal menentukan persatuan
manakah yang bakal menang sekeluruhan. Adiwira atau Jebat?
Aku
yang jadi pemerhati pulak yang berdebar semacam. Tak pernah aku rasa macam ni.
Masa tengok tournament-tournament
Jebat tahun lepas pun aku tak rasa macam ni. Tak putus-putus dalam hati berdoa.
“Kau
datang?” Aku pandang ke arahnya. Kirana.
Jangan
lari, Sakura. Aku berpesan kepada diri sendiri. Aku senyum kepada Kirana. Bukan
senyum mesra, tapi senyum yang menunjukkan keyakinan.
“Of course aku datang. Apa gunanya jadi
kekasih kalau tak boleh bagi sokongan, kan?” jawabku.
“Baguslah.
Boleh kau tengok Jebat tewaskan buah hati kau tu.” Dia gelak sinis.
Aku
genggam penumbuk. Cuba bersabar. Kang tak pasal-pasal aku bersparring dengan Kirana ni pulak. Aku senyum lagi sekali.
“Kau
tu pun. Pergi cari tisu banyak-banyak. Sebab Jebat mesti menangis lepas ni,”
balasku.
“Huh..
Jebat kalah? Oh, puh-lease la! Dia
takkan kalah kalau ada girlfriend
macam aku ni.” Dia kibas rambutnya.
“Dasar
bimbo!” Macam mana dulu boleh jadi
kawan aku ni? Aku pun hairan.
“At least hot.”
Aku
gelak. Ya.. memang tak dinafikan bimbo
memang hot. Tapi..
“Akak,
bimbo tu apa?” celah Rafiqie. Lupa
pulak adik aku ada kat sebelah.
“Bimbo? Kalau Fiqie nak tahu, contoh bimbo ada kat sebelah akak ni.” Bukan
sekadar nak menuduh ya, tapi dia sendiri yang mengaku. So, bukan salah aku okey?
“For my dearest baby brother’s information,
bimbo is a physically attractive and hot
woman..”
“Of course.” Sekali lagi Kirana kibas
rambut.
“..Who lacks intelligence.” Aku senyum
sinis. Bukan salah aku ya, memang dah itu maksudnya.
Bulat
mata Kirana. Marah. “Kau..”
Bunyi
orang bersorak buatkan Kirana tak jadi bersuara. Aku pun malas nak layan. Terus
aku heret tangan Rafiqie untuk melihat perlawanan itu dengan lebih jelas.
Mereka dah mula.
Kau
kena menang, Adiwira. Mesti!
Mereka
berdua saling berhadapan. Adiwira cuma tenang. Jebat pula dengan senyum
berlagak dia. Erghh.. patutnya
Adiwira tu bagi penendang sebijik, kasi sapu senyuman di bibir Jebat itu.
Mereka
saling mengililingi dan menunggu peluang untuk serang. Semuanya terjadi dengan
tiba-tiba. Baru beberapa saat perlawanan dimulakan, Adiwira lincah bergerak
sebelum dia turning kick dengan kaki
kanannya, tepat ke kepala Jebat. Jebat tersungkur.
Dewan
yang gamat dengan sorakan tadi terus senyap macam tanah perkuburan. Sepakan di
kepala memang dapat mata paling tinggi. Tapi yang buatkan semua orang terkejut
adalah sebab yang tersungkur itu adalah Jebat. Jebat yang tak pernah kalah tu! Aku
pulak sekarang ni tak tahu nak gelak atau kesian dengan Jebat. Boleh tahan kuat
penangan kaki Adiwira kalau Jebat yang hebat tu boleh sujud ke tanah.
Aku
nampak Adiwira pusingkan tubuhnya bagai sedang mencari sesuatu. Bila mata kami
berlaga, dia senyum macho. Kemudian tangan kanan yang bersarung tangan biru itu
dibawa ke bibir sebelum dilayangkan ke arahku.
Seolah-olah
memberi maksud, “That’s for you.” Aku
tergamam. Secara automatik semua kepala menoleh ke arahku lepas dia buat macam
tu. Orang lain yang baru tersedar dari rasa terkejut terus bersorak untuk
Adiwira.
Jebat
bangkit untuk teruskan perlawanan. Muka Jebat dah lain macam. Dah hilang
senyuman megahnya tadi. Riak wajah berubah ketat sebab Adiwira berjaya mencalar
egonya. Jebat jelas-jelas tercabar. Ini barunya buku bertemu rak buku. Sekali
lagi mereka saling mengililingi.
Jebat
side kick, tepat kena perut Adiwira. Tapi
belum cukup kuat untuk buat Adiwira sembah bumi. Penyokong Jebat bersorak bila
Jebat kumpul mata. Tapi Adiwira cuma tenang. Semakin sengit. Bila dapat
peluang, Adiwira back kick tubuh Jebat.
Sekali lagi Jebat tersungkur. Aku bersorak. Adiwira hebat.
Akhirnya
tamat perlawanan. Adiwira dinobatkan sebagai johan. Jebat pula terus campak
segala alat pelindung tubuhnya ke lantai sebelum lari keluar. Orang kalah, tak
boleh nak terima, memang macam tu la perangainya. Kesian.
Secara
keseluruhannya, persatuan Adiwira adalah juara. Adiwira betul. Tahun ni,
sejarah baru tercipta. Aku puas hati. Rasa macam dendam terbalas bila tengok
apa yang dibanggakan oleh Jebat dirampas Adiwira.
“Congratulation,” ucapku ikhlas.
Adiwira
senyum manis. Muka juara yang sangat berpuas hati.
“So, esok kita nak pergi mana?”
Erk..
-------
“Ni
mungkin kali terakhir kita jumpa,” kata Adiwira.
Aku
senyap. Tahu. Besok, Adiwira bakal berlepas ke Belanda. Bakal sambung Master in Applied Physics di University
of Twente. Hubungan kami yang makin rapat buatkan aku jadi sedih untuk berpisah
dengannya. Sedar tak sedar, dah hampir setahun kami kenal.
“Tahu.
Good luck in your study,” ucapku.
“Kita
akan berpisah selama dua tahun. Saya ada benda nak cakap kat awak,” ujarnya.
Dia pandang aku. Telan liur jugak aku tengok pandangannya yang dah lain macam
tu.
“Apa
dia?”
“Hmm.. awak percaya pada cinta pandang
pertama?” soalnya balik.
Kenapa
tiba-tiba bercakap soal cinta? Dada tiba-tiba rasa berdebar.
Aku
percaya ke cinta pandang pertama? Tak la kut sebab dengan Jebat dulu pun, entah
pandangan keberapa puluh baru aku nak jatuh cinta. Huh.. tak payah ingat pasal
dia! Sejak tournament taekwondo dulu,
aku dah tak pernah jumpa dia.
“Saya
percaya. Saya nak cerita pasal cinta pertama saya. Kisahnya bermula lebih
kurang empat tahun yang lepas. Dan sampai sekarang perasaan saya masih sama.”
Kecewa!
Itu yang aku rasa sekarang ni. Hati rasa bagai kaca dihempas ke batu. Reaksi
muka cuba dikawal. Kenapa pulak aku nak rasa macam ni? Kami bukan bercinta.
“Lebih
kurang empat tahun yang lepas, saya jumpa dia. Dia cantik, dia menarik. Tapi
pertemuan kami hanyalah satu kebetulan. Dulu saya budak nakal. Bad boy. Biasalah.. remaja. Masa tu dia
tolong saya. Cuma sekejap kami bertemu sebelum dia pergi.” Adiwira mula
bercerita.
“Kemudian,
takdir bagaikan menyatukan kami balik. Dua tahun selepas itu, kami berjumpa semula.
Tapi dia tak ingat saya. Banyak kali kami bertemu, tapi dia tak pernah
pedulikan saya. Saya cuma tengok dia dari jauh. Masa tu dia dah ada kekasih.
Saya pun tahu. Orang cantik macam dia pasti dah berpunya.”
“Tapi..
mereka bercinta cuma separuh jalan. Mungkin Allah nak tunjuk yang lelaki itu
bukan yang terbaik untuk dia. Satu hari, saya nampak dia menangis keluar. Bila
saya cari dia, dia dah hilang. Saya reda. Mungkin bukan takdir kami untuk
bersemuka.”
Aku
cuma mendengar. Apesal sadis sangat kisah dia ni? Diam-diam Adiwira mencintai
perempuan tu. Timing macam tak kena. Kalah
novel kut! Masih tertanya-tanya. Siapakah perempuan bertuah tapi tak berapa
cerdik yang tak pernah peduli orang sebaik Adiwira ni?
“Saya
sangka itu kali terakhir kami berjumpa. Tapi ternyata jodoh kami memang kuat.
Sekali lagi kami bertemu. Dia masih tak kenal saya. Memang patutlah. Sebab dah
bertahun-tahun berlalu. Dan bila saya jumpa dia, saya dah berjanji akan cuba
mendekatinya.” Suaranya berubah nekad.
“Mungkin
orang tak percaya kalau saya cakap saya jatuh hati walaupun hanya sekali
bercakap. Tapi, kalau dah itu yang hati kita nak, apa boleh buat? Perasaan tak
boleh dipaksa. Saya cuma berharap dia pun punya perasaan yang sama dengan
saya,” ceritanya lagi. Kemudian mengeluh.
Hmm..
untungnya perempuan tu. Dengki aku!
“Nama
dia siapa?”
Dia
pandang aku.
“Sakura.”
Oh..
Sakura, perempuan yang dia pernah cakap dulu tu ke? Jadi sekarang ni, dia nak
cakap aku ni mengingatkan dia kepada perempuan tu ke? Sebab nama kami sama?
“Saya
cuma ada ini yang mengingatkan saya kepada dia.”
Adiwira
keluarkan sesuatu daripada kocek seluar dia. Satu sapu tangan kecik berwarna
merah jambu. Sekali tengok, sah-sah orang cakap perempuan punya. Tapi.. yang
buatkan aku pelik adalah… macam kenal je sapu tangan tu?
Dia
buka hujung sapu tangan itu. Terukir sesuatu.
Sakura
Bulat
mata aku seketika.
“Hari ni hari jadi saya.”
“Oh, happy birthday.”
Tiba-tiba
teringat sesuatu. Samar-samar.
“Should
I retell the story?” soal Adiwira.
-----------
Jam menunjukkan pukul dua pagi.
Suasana stesen bas itu dah sunyi sepi. Ngeri jugak aku rasa. Aku kuatkan jiwa
untuk tunggu ayah aku datang ambil. Aku baru sampai dari melawat mak cik aku di
Kedah. Saja nak honeymoon. Bukan sebab kahwin ya. Tapi sebab baru lepas habis
SPM.
Tiba-tiba dengar sesuatu. Aku
nampak ada seorang lelaki dipukul. Tekak laju menjerit, “Polis!!” Cari nahas,
kan? Tapi nasib baik orang yang pukul lelaki itu percaya dan cepat-cepat lari.
Buatnya dia datang ke arahku, mahu jadi arwah aku.
Aku mendekati lelaki yang dipukul
tadi. Takdelah cedera sangat. Ni mesti spesis budak nakal ni. Kalau tak,
takkanlah merayap pagi-pagi buta kat stesen bas ni. Nampak macam dia beberapa
tahun lebih tua daripada aku.
“Sedara.. sedara okey?” soalku.
Berani betul aku pergi tegur dia. Tapi masa tu takdenya nak fikir semua tu
kalau niat aku memang murni nak tolong dia.
Tapi dia cuma pandang aku. Mata dia
beku.
“Eh.. eh.. eh.. kita nak tolong
dia, dia jual mahal pulak.” Aku cekak pinggang. Sempat nampak bibir berdarahnya
senget nak senyum tapi dia cuba kawal.
“Meh sini saya tengok.” Aku cuba
belek wajahnya. Tapi dia mengelak.
“Jangan risau. Saya ni bekas
presiden PBSM. Grenti tak mati punya kalau bagi saya tengok,” balasku.
Aku keluarkan sapu tangan untuk
mengelap darah di dahinya. Dia cuma diam. Sesekali mengaduh kesakitan.
“Kita ni sedara, generasi pelapis
bangsa. Macam mana kita nak maju kalau mentaliti kita tak fikirkan masa depan?
Saya bukan nak ceramah, sedara. Tapi, sebagai seorang remaja yang fikirkan masa
depan anak-anak muda kita, dah tiba masanya sedara berevolusi ke arah yang
lebih matang.” Cewahh.. bukan main ayat aku! Kesan lepas jawab kertas karangan
SPM Bahasa Melayu belum habis lagi agaknya. Haha.
Sekali lagi dia tenung aku. Mesti
dia tengah fikir, aku ni jatuh dari planet mana?
“Terima kasih sebab tolong saya,”
ucapnya. Aku senyum. Sekurang-kurangnya wujud juga perkataan ‘terima kasih’
dalam otak dia.
“Sebab hari ni hari istimewa saya,
saya terima kasih sedara. Haha. Gurau. Sama-sama.”
“Hari istimewa?”
“Hari ni hari jadi saya.” Peramah
pulak aku awal-awal pagi ni, sudi berkongsi dengan mamat yang aku tak kenal
siapa itu.
“Oh, happy birthday,” ucapnya.
Belum sempat nak ucap terima kasih,
telefon dah melalak minta diangkat. Ayah. Ayah dah sampai. Tanpa ucapan selamat
tinggal, kaki terus berlari meninggalkan lelaki itu.
----------
Itu
cerita empat tahun yang lepas. Bulat mata tak percaya bila pandang Adiwira di
depanku. Lelaki tu, dia ke? Haruslah dia kalau dah sapu tangan yang aku bagi
kepada lelaki itu dulu ada padanya.
“Awak?”
Masih tak percaya. Tapi Adiwira cuma senyum. Puas hati agaknya bila aku ingat
dia.
“Ya
saya. Awak mungkin tak ingat saya. Tapi saya selalu ingat awak. Banyak kali
kita berjumpa, tapi awak tak pernah peduli dengan saya.”
Aku
diam mengiakan. Kalau pun aku nampak dia, memang aku akan lupa lepas tu. Memang
aku bukan jenis yang ambil peduli kalau dah takde urusan dalam hidup aku.
Walaupun orang sekacak Adiwira ni. Sekali jeling, cakap handsomenya. Lepas tu kalau jumpa bulan depan, memang aku dah tak
ingat.
“Lagipun
dulu awak ada Jebat. Selalu jugak nampak awak teman dia pergi tournament. Sampailah.. awak dengan
Jebat hmm.. awak fahamkan?”
Diam
lagi. Kenapa aku tak pernah perasan kewujudan Adiwira?
“Saya
cuma nak cakap hari ni yang saya dah lama suka awak. Bila tengok awak adalah
kakak Fiqie, itu dah macam bonus untuk saya. Saya rasa macam Allah kabulkan doa
saya untuk bertemu dengan awak lagi. Saya betul-betul sukakan awak,” luahnya
berani.
Terkedu.
Aku tak pernah terfikir yang hari ni adalah hari dia meluah rasa.
“Awak
macam mana?” tanyanya pula.
Aku
macam mana? Setahun aku kenal dia, tipulah kalau aku cakap aku tak suka dia.
Nak cakap aku suka dia pun rasa macam malu. Kenapa macam ni? Dengan Jebat dulu
tak macam ni. Aku kumpul kekuatan.
“Hmm.. kalau saya suka awak jugak?” Aku
soal dia balik. Cerdik kau, Sakura.
Lebar
senyum Adiwira.
“Kalau
awak suka saya jugak, saya akan jadi lelaki paling gembira. Saya akan setia
dengan awak. Saya janji.”
“Ya
la tu. Nanti nak pergi jauh. Sekali minah blonde
kenyit mata, entah-entah terus amnesia,” cebikku. Dah serik aku kena curang
dengan lelaki ni. Baik jangan berjanji.
“Saya
dah tunggu awak selama empat tahun, Sakura. Apalah sangat dua tahun lagi? Awak
tu.. sanggup ke tunggu saya?”
Terkedu.
Sanggupkah aku?
Angguk.
“Dan
bila saya balik, benda pertama yang awak kena lakukan adalah setuju jadi isteri
saya.”
Erk..
I love you takde, apa takde, nak
pinang aku dah?
Oh, Adiwira! What have you done to
me?
-------------
Pejam
celik, pejam celik, dua tahun tu cuma waktu yang sekejap. Aku sekarang dah
tamat belajar. Selamat pegang jawatan tinggi dalam syarikat rumah aku. Apa
lagi? CEO penganggur-penganggur bersatu la, apa lagi?
Sejak
aku tamat belajar, mak aku dah lantik aku jadi driver rasmi adik aku. Ya.. adik kesayangan aku tu masih menghadiri
kelas taekwondo. Sekarang dia dah bertali pinggang merah calit hitam. Hari ni
dia ada grading untuk naik ke tali
pinggang hitam.
Dah
tentulah aku sebagai kakak datang menyokong. Bila tengok semua orang berdobok
putih taekwondo, kepala terus ingat seseorang yang berada jauh di Belanda. Ya..
aku rindu Adiwira.
Hubungan
kami masih baik. Kadang-kadang gaduh, tapi mestilah kami cari penyelesaian
untuk cepat baik. Sebab dia sangat gentleman.
Dia faham perempuan dan sebab itulah perasaan aku makin hari mekar untuknya.
Tiap-tiap hari pasti ada WhatsApp daripada dia walaupun cuma satu baris ayat.
Tak perlu rasanya ayat berjela-jela untuk dia tunjukkan dia pedulikan aku. Cuma
sekarang, kami dah jarang bertukar khabar.
Hubungan
jarak jauh memang banyak dugaan. Sebab aku tak tahu dia buat apa kat sana. Dia
pun tak tahu apa aku buat kat sini. Tapi cuma satu penyelesaiannya. Kesetiaan.
Dia berjanji untuk setia dan aku pilih untuk percaya dia. Aku? Sebab aku tahu
sakitnya satu kecurangan, jadi aku takkan curang dengan dia.
Semua
pemikiran tentang Adiwira terbang entah ke mana bila dengar suara orang
bersorak. Kembali ke alam nyata. Semua bersorak bila pemilik tali pinggang merah
calit hitam patahkan kayu kepada dua. Aku turut tepuk tangan. Masa terus
berlalu, sedar tak sedar semua dah habis. Jurulatih besar umumkan keputusan
sama ada para pelatih gagal atau lulus untuk naikkan tali pinggang
masing-masing.
Bila
nama adik aku disebut, terus dia bersorak. Secara rasminya adik aku dah berjaya
memiliki tali pinggang hitam. Dan lepas ni, dia dah tak payah ke kelas
taekwondo lagi. Melainkan dia mahu naikkan dan
tali pinggang hitamnya.
“Akak.
Fiqie dah black belt.” Dia bersorak
bila datang kepadaku. Aku senyum lebar. Tangkap gambar dia yang senyum lebar
dengan kamera telefon.
“Tahniah.
Lepas ni, bolehlah jadi bodyguard
akak kalau keluar,” kataku. Dia ketawa.
Aku
pandang sekeliling. Teringat kenangan lama. Tapi kali ni bukan sebab Jebat.
Tapi sebab Adiwira. Bila dia nak balik? Sejak akhir-akhir ni dia dah jarang
mesej aku. Katanya sibuk. Aku pun faham.
“Akak..
ada orang bagi.” Rafiqie hulurkan kayu taekwondo yang patah dua tu.
“Kayu?
Untuk akak?” Muka percaya tak percaya aku tayang kepada Rafiqie. Betul ke adik
aku ni? Entah-entah nak kenakan aku.
“Betullah.”
Dia yakinkan aku.
Lambat-lambat
tangan capai kayu itu. Orang tak normal mana yang tiba-tiba bagi kayu kat aku
ni? Bagilah emas ke, berlian ke, boleh jugak aku pergi jual. Baru je nak tanya
adik aku, dia dah berlari ke kelompok rakan sebayanya. Berkongsi kejayaan
mereka.
Aku
berjalan keluar. Tiba di satu tempat yang agak sunyi, aku duduk di atas satu
kerusi batu. Kemudian pusing-pusing kayu di tanganku. Nampak ada tulisan.
Wi
Mar
P/S
Wimar
PS? Apa benda ni? Dari manalah adik aku rembat kayu ni?
“Do you know how great a ‘two’ can be?”
Suara
itu buatkan aku angkat muka. Aku terkejut bila nampak Adiwira depan mata. Terkejut
sampai terbisu aku. Hanya mata bersinar memandang dia yang berdiri beberapa
meter di depanku. Adiwira dah balik!
“Idioms said it takes two to tango.” Dia
bersuara lagi.
“Chemistry
said two different elements can produce a greater compound.”
Perlahan-lahan
dia berjalan ke arahku.
“Physics said it takes two different charges
to attract to each other.”
Semakin
dekat denganku.
“Mathematics said it takes two halves to
become a complete one.” Tegak dia berdiri di depanku.
Dia
hulurkan sesuatu kepadaku. Kayu. Bagaikan faham, aku mencapainya sebelum
disatukan dengan kayu yang diberikan Rafiqie tadi. Saling melengkapi. Lalu aku
baca apa yang tertulis.
Will You
Marry Me
P/S: I Love You
“And Taylor Swift said two is better than
one.” Dia menjatuhkan sebelah lutut di hadapanku.
“Saya
cintakan awak, Sakura. Sudikah awak menjadi isteri saya?” katanya sambil
menunjukkan kotak cincin.
Terkedu
tak tahu nak cakap apa. Hanya pandang wajah ikhlas Adiwira di depan aku. Masih sama
macam dua tahun lepas. Bukan.. dia bertambah matang dan makin kacak. Macam tak
percaya hari ni dia dah balik.
“Sakura, answer me, please. What say you?”
Aku
kembali ke alam nyata. Penangan Adiwira. Sekali dia muncul, hilang fungsi kotak
suara aku. Otak pun seakan-akan jammed
seketika.
Dia
lamar aku. Dia lamar aku!
Aku
tenung Adiwira yang aku rindui itu. Wajahnya agak risau bila aku hanya diam. Takut
ditolak mungkin.
“Yes.” Tak cukup dengan kata-kata. Aku anggukkan
kepala juga. Dua tahun lepas lagi aku simpan jawapan yang sama. Hati aku
mahukan dia. Aku ambil cincin dari kotak lalu disarungkan ke jari manisku. Ngam-ngam.
Adiwira
jelas-jelas gembira. Beberapa kali mengucapkan kata syukur. Dia berdiri sebelum
duduk di sebelahku. Senyuman masih belum luntur. Malah makin lebar bila pandang
cincin di jariku.
“Tahu
tak semalaman saya tak boleh tidur sebab saya takut awak tolak. Saya siap solat
hajat supaya awak terima saya. Supaya Allah lembutkan hati awak untuk saya. Dan
hari ni, saya sangat bersyukur. Terima kasih, Sakura,” katanya.
Aku
senyum. Hajat dia dah diperkenankan.
“Kenapa
tak cakap nak balik?” soalku.
“Surprise. Sebab macam yang saya cakap
dua tahun lepas, bila saya balik, benda pertama yang awak kena lakukan adalah
setuju jadi isteri saya. Dan lepas ni, saya nak suruh orang tua saya masuk
meminang awak. Saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya,” katanya. Penuh
romantis dia renung aku. Aku terus
tertunduk. Muka rasa panas sebab malu.
Momen-momen
romantis yang baru nak berputik antara aku dan Adiwira semestinya dikacau oleh
adik aku. Seriang kanak-kanak ribena dia berlari ke arah aku sambil panggil
nama aku. Sengih lebar dia tengok aku dan Adiwira.
“So, sir. Kakak saya terima sir tak? Nanti sir jadi abang ipar saya ke?” Rafiqie bertanya.
Ceh..
tak habis-habis berkomplot dua orang ni.
Bila
Adiwira angguk, Rafiqie bersorak.
“Yay.. dapat abang ipar baru,” jerit
Rafiqie kuat. Nasib baik takde orang. Kalau tak, mahu aku bungkus kepala masuk handbag. Adik siapa la ni?
“Dan
mulai hari ni, panggil abang Adi.” Hanya Adiwira yang mampu layan adik aku ni. Sengih
lebar dua orang ni.
“Dah..
jom balik, Fiqie. Dah kemas barang?” soalku.
Adikku
geleng kepala. Kemudian kembali berlari masuk ke dalam untuk mengemas
barang-barangnya. Tinggallah aku berdua dengan Adiwira. Kami turut bangun. Perlahan-lahan
jalan beriringan ke tempat letak kereta. Senyap.
“Hmm.. Adi,” panggilku. Dia pusing kepala
untuk menoleh ke arahku.
“I love you too.” Malu-malu aku mengaku.
“I know.”
Ceh..
berlagak gila suara dia. Aku ketawa. Dia turut senyum. Bahagia.
Enam
tahun dulu, aku tak pernah kenal siapa dia. Pertemuan ringkas tapi bermakna
telah mengubah hidup Adiwira. Dia cakap dia suka aku. Lama-lama menjadi cinta. Pertemuan
demi pertemuan terjadi, tapi sekali pun aku tak pernah ambil kisah dengan
kewujudannya. Jarak masa setiap pertemuan antara kami tak pernah seiring. Sehinggalah kali pertama aku hantar
Rafiqie ke kelas taekwondo dia. Baru aku kenal siapa Adiwira Halimi.
Enam
tahun dia tunggu aku. Aku cuma berharap penantian dia berbaloi. Kadang-kadang
aku tertanya. Apa yang istimewa pada aku sampai-sampai Adiwira boleh terjatuh
cinta padaku. Macam tak percaya bila dia cakap aku cinta pandang pertama dia. Dan
lepas kenal Adiwira ni macam mana, hanya satu perkara dalam kepala aku.
Jangan
lepaskan lelaki sehebat Adiwira.
TAMAT
Daebak lah semua cerpen dr anjell. Unmuahhhh peluk ketat2 ummuah akak suka sgt2. Full mark 4 u dear
ReplyDeleteBest sgt kak Anjell,dah lama sye mengidam nk bace cerpen kak Anjell.Akhir tercapai jgk hajat.hahahaha,terbaik lah kak Anjell
ReplyDeleteTerbaiknlah cerpen k.anjell....saya suka saya suka...hahahahaha
ReplyDelete🌟🌟🌟🌟🌟👍👍👍👍
ReplyDeletebest sangat sangat lah cerpen akak:)
ReplyDeleteThank you Anjell. Miss your writing a lot.
ReplyDeleteMiss your writing..miss writer
ReplyDeleteWahhh rindunya nak baca karya Anjell! Best la crta Adiwira dgn Sakura ne, sweet je❤ Thanks kak Anjell, I'm looking forward to grab HSC
ReplyDeleteWah best x habis2 saya senyum! Terbaik...
ReplyDeleteAlways love your writing. Miss it.
ReplyDeleteDeabak sis...pergh..cerpen sis always...terbaik
ReplyDeleteDeabak sis...pergh..cerpen sis always...terbaik
ReplyDeleteBest jalan cerita!!������
ReplyDeleteBest jalan cerita!!������
ReplyDeleteBest!!
ReplyDeleteBest sgt², akak... 5 starssss utk akak... 🌟🌟🌟🌟🌟... Harap dpt buat lg... Hehehe jgn mrh...
ReplyDeleteOh...Adiwira so sweet....thumbs up Anjell..
ReplyDeleteFinally u update somethin'. Rindu tahu tak :( semua karya karya akak best best !!
ReplyDeleteThumbs up!!!
ReplyDeleteRindu sgt dgn karya anjell ni..
Terima kasih sbb muncul kembali =)
Suka lah karya ni!rasa macam nk jadi penulis jugak lh..One day,sya akan jadi penulis macam Anjell!levih terer dri Anjell..hihihi..hope so
ReplyDeleteTerbaik Anjel.....awesome sangat ...terus kan berkarya dan akak akan terus membaca dan baca dan baca...
ReplyDeleteTerbaikkkkk Anjel...karya awak mmg best...!!
ReplyDeleteCerpen kak Anjell memang terbaaaaeeek! Especially novel yg Kak Anjell tulis. Pergh, tiptop. I'm your big fan, kak. Tak sabar nak tunggu another cerpen or novel from you. Love love love! XD
ReplyDeleteTerbaik!!!! Menunggu novel rasa macam lama sangat... Terubatlah sikit rindu di hati dengan cerpen ni. Waa!!!!!! Tak sabarnya tunggu novel HSC.. Huhu... Harap2 ada la lagi cerpen ye, sambil menunggu novel.. Thanks banyak2 kak Anjell
ReplyDeletegreat
ReplyDeletemacam biasa, karya anjell memang best. tersenyum2 pagi2 ni saya baca. tapi tak diterangkan macam mana adiwira tiba2 muncul di restoran menyelamatkan sakura daripada jebat dan kirana?
ReplyDelete~ kak yan78 ~
macam biasa, karya anjell memang best. tersenyum2 pagi2 ni saya baca. tapi tak diterangkan macam mana adiwira tiba2 muncul di restoran menyelamatkan sakura daripada jebat dan kirana?
ReplyDelete~ kak yan78 ~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest sangat..ada ke lelaki macam adiwira yang sanggup tunggu walaupun orang tu tak perasan dia. so sweet.tak sabar nak tunggu alpha male.keep it up!
ReplyDelete1st fb kena skrg rasa mcm blog anjell pulak kena??? ke mmg anjell delete hbs post 2015-2016
ReplyDeleteMmg daebaklha karya2 k.anjell ni .. kipidap !! Buat cerpen lg kk ...
ReplyDeleteMmg daebaklha karya2 k.anjell ni .. kipidap !! Buat cerpen lg kk ...
ReplyDelete:-) best3
ReplyDelete:-) best3
ReplyDeleteYup..my pipi is going to cramp..definitely ;)
ReplyDeleteKalau comment tulis TERBAIK cukup x....
ReplyDeleteCukup the best mmg xkan miss citer anjel...deabakkkk sis
ReplyDeletebest sangat
ReplyDeleteNakk cerpen lagiiiii kakkk!!!!!
ReplyDeleteTERBIKLAH....KLAU BUAT CERITA LAGI SYOK....TULIS BYK2 LAGI YA..MUAHHHHHH
ReplyDeleteCik anjell! Nak cerpen lagi! Best3. Hahaha mwuah 😘
ReplyDeleteoh please!!!TOO CUTE TOO HANDLE laa
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
Buatlah banyak lagi cerpen... Best sangat ni🥺🥺🥺🥺
ReplyDeleteto much sweetness,, bila nk buat lgi
ReplyDeletesweettt sangatt lahh hehehe ^^ suka dgn adiwira dgn sakura. comelll aje baca.
ReplyDeletesweetnya..semua cerpen sume best... ce akak anjell buat lagi ni pon first time baca tu pon baru tahu bila akak mention pasal blog kat ig
ReplyDeletebestla ayat ayat kak anjell :3
ReplyDelete