BAB
2
Lucca..
entah kenapa aku jadi keliru. Nama seakan-akan familiar. Baru beberapa saat
yang lepas, susuk tingginya keluar dari kafe ini. Namun mataku tak lepas
pandang pintu itu. Fikiran terbang entah ke mana.
“Cik
Rissa! Amboi.. dah jatuh hati ke? Mentang-mentang handsome. Dia tenung pintu tu macam nak kasi tembus.” Terasa
rusukku disiku sesorang.
Lantas
segala khayalanku terbang entah ke mana. Berganti dengan Kak Tiqah alias tukang siku rusukku itu. Tengah
tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.
“Apa
dia, Kak Tiqah?” soalku balik. Mohon ulang lagi sekali. Takut salah dengar. Manalah
tahu, telinga kiri dengar lain, telinga kanan interpret lain.
“Kak
Tiqah cakap, bukan main Cik Rissa tenung mamat Itali tu. Hati dah terjatuh,
tergolek, terguling-guling ke?” kata Kak Tiqah sekali lagi. Kali ni versi lebih
hiperbola. Sampai tergelak sekejap aku dibuatnya.
“Mana
ada, Kak Tiqah. Cuma.. saya rasa saya macam pernah nampak dia la,” kataku
ragu-ragu.
Wajah
Lucca seakan-akan familiar. Bagaikan seseorang yang jauh bersembunyi dalam
memoriku namun bila aku cuba ingat, semuanya hilang. Buatkan aku rasa sedikit
kecewa.
“Kawan
Cik Rissa sebelum Cik Rissa hilang ingatan ke?” Suara Kak Tiqah bertukar
serius.
“Entahlah..
saya tak tahu la.” Suara bertukar perlahan.
Macam
biasa, bila aku paksa kepala untuk mula mengingat, bahananya bedenyut-denyut
jadinya. Tangan dibawa ke dahi untuk mengurut kecil. Kasi lega. Pengsan karang,
drama pagi-pagi pulak nanti.
“Cik
Rissa kena relaks. Jangan paksa sangat. Nah.. minum air dulu.”
Kak
Tiqah hulurkan segelas air putih. Tangan menyambut tanpa banyak soal. Lepas air
putih itu lepas tekak, baru rasa sedikit lega. Mungkin otak baru dapat oksigen.
“Kalau
dia kawan saya, mesti dia kenal saya kan, Kak Tiqah? Mesti dia dah tegur saya
tadi. Mungkin saya pun tak kenal dia,” ujarku. Memikirkan kemungkinan. Bila
difikirkan balik, mustahil aku boleh kenal orang Itali. Kawan-kawan Melayu
boleh kira dengan jari, inikan pula nak kawan dengan orang Itali?
Impossible.
Siapa la aku nak berkawan dengan orang Itali?
“Crush Cik Rissa dulu kut? Manalah tahu
Cik Rissa tertengok dalam mana-mana majalah. Model underwear ke?” Kata-kata Kak Tiqah itu sekali lagi mengundang
gelakku.
“Mengarutlah
Kak Tiqah ni.” Aku geleng kepala. Kepala sedikit ringan lepas dengar lawak
kelakar Kak Tiqah itu.
Mungkin
ada betulnya juga kata-kata Kak Tiqah itu. Maksud aku.. mungkin aku pernah
nampak dia kat mana-mana. Bukan pasal aku crushkan
dia sebab dia model underwear tu ya.
-----
Tekun
aku melari-larikan pensel kayu di atas kertas lukisan itu. Bila garisan
terlebih sikit, terus aku cari pemadam untuk memadamnya dan lagi sekali garisan
halus ditarik. Kemudian ibu jari pula digosok-gosok sedikit supaya nampak kesan
bayang-bayang.
“Amboi,
Cik Rissa! Kalau dah melukis tu, memang dah pandang kiri kanan. Letak Aaron
Aziz kat depan ni pun agaknya tak dilayan.” Suara itu buatkan aku panggung
kepala. Terganggu seketika kerjaku itu.
Kak
Tiqah. Senyuman dikirim seulas. Kak Tiqah ni macam tak pernah tengok aku
melukis pulak. Tanpa dijemput, Kak Tiqah mengambil tempat di kerusi di sisiku.
“Sorry, Kak Tiqah. Nak melukis kena concentrate 100%. Nanti tak jadi macam
yang kita imagine,” balasku. Kak
Tiqah betul. Aku kalau dah melukis memang dah tak pandang kiri kanan. Selagi
tak tegur, selagi tu la tangan dengan kertas tak berpisah. Aku tak tahu la
orang lain macam mana. Lain orang, lain gaya melukisnya.
“Ni..
Kak Tiqah bawakkan honey dew ice blended
untuk Cik Rissa. Cik Rissa mesti dahagakan?” Kak Tiqah tolak satu gelas tinggi
di depanku.
Aww..
baiknya Kak Tiqah! Bersinar terus mata aku. Honey
dew ice blended. Memang kegemaranku. Kak Tiqah memang dah hafal dah apa
kegemaranku di kafe ini. Malah.. aku rasa semua staf di sini pun tahu. Nampak
tak I’s Café ni dah macam rumah kedua aku? Haha.
“Buat
susah-susah je. Anyway, thank you, Kak Tiqah,” ucapku. Apa lagi? Terus
aku sedut laju-laju. Memang tekak tengah dahaga mengalahkan orang bermarathon di Gurun Sahara. Memang
orang mengantuk, disorongkan bantal la ni.
“Cik
Rissa lukis apa kali ni?” Kak Tiqah panjangkan leher. Nak tengok apa aku dah
lukis.
Jeda
seketika.
“Cantik.”
“Tak
siap lagi Kak Tiqah. Beragaklah nak puji sekali pun,” kataku. Lukisan baru
separuh jalan siap. Bohonglah kalau cakap cantik.
Kak
Tiqah ketawa sekejap. Kali ni buku lukisanku ditarik ke arahnya. Nak tengok
dengan lebih dekat agaknya.
“Betul,
Cik Rissa. Memang cantik. Serius. Ni bukan bodek nak suruh naik gaji. Tapi
memang Kak Tiqah ikhlas. Cik Rissa nak lukis gambar tangan, kan? Gambar tangan
yang menghulur.”
Aku
angguk.
“Mesti
tangan perempuan. Sebab nampak halus dan pakai gelang.”
Aku
angguk lagi. Layankan aje Kak Tiqah nak menganalisa lukisan tak sudahku itu. Seronok
jugak ada orang yang excited tengok
lukisan aku. Kemudian aku nampak dahi Kak Tiqah sedikit berkerut.
“Tapi
background dia Cik Rissa letak apa?”
soal Kak Tiqah. Mungkin tak hadam lagi kut apa yang aku lakar. Maklumlah,
lukisan separuh jalan.
“Eiffel
tower.”
“Kenapa
separuh?” Lagi berkerut dahi Kak Tiqah.
“Close up gambar la, Kak Tiqah. Tu yang
nampak separuh je Eiffel tower,” jelasku.
“Pandai
Cik Rissa. Macam mana dapat idea?”
Aku
jongket bahu.
“Entah.
Tiba-tiba.” Jangan ditanya orang suka melukis. Idea memang datang tanpa diduga.
Tengah tersedak pun boleh muncul. Kadang-kadang tu, dapat pensel dapat kertas
lukisan, tengok-tengok dah siap lukis muka crush.
“Macam-macam.
Untunglah pandai melukis. Bakat tu tak semua ada, Cik Rissa. Cik Rissa patut
bersyukur. Cik Rissa dah hilang ingatan pun, bakat yang satu tu Allah tak
pernah tarik.”
Terdiam
terus aku. Kak Tiqah betul. Bakat itu semula jadi. Nurissa yang dulu ataupun sekarang,
bakat itu tetap sama. Dah termaktub dalam DNA.
Kak
Tiqah tolak kembali buku lukisan itu di depanku.
“Okeylah,
Cik Rissa. Cik Rissa sambunglah. Kak Tiqah tak nak kacau.” Kak Tiqah mintak
diri. Tinggalkan aku sendirian lagi.
----
Aku
pandang lama-lama lukisan itu. Dah hampir siap. Tapi masih mencari apa-apa cela
untuk diperbaiki. Sebab nampak sangat biasa lukisanku itu. Apa lagi ya yang nak
kena buat supaya tak nampak plain
sangat? Otak mula berfikir.
Haa..
aku tahu! Kalau konsep Paris gabung dengan Jepun, okey jugak. Apa kata kalau
lukis sekali close up bunga sakura di sebelah kiri. Mesti cun!
Aku
angguk-angguk sendiri. Bersetuju dengan idea baru muncul itu. Apa lagi? Laju
tangan bergerak untuk mengilhamkan idea dalam bentuk grafik. Aku ambil pensil. Bersedia
untuk melukis.
“Hazel,
sit down!”
Nasib
baik tak terpelanting pensil di tanganku selepas mendengar suara itu.
Terperanjat. Terus aku angkat kepala untuk mencari punca. Suara lelaki itu
takdelah kuat sangat. Tapi memandangkan suasana di kafe yang agak sunyi, tak
pelik kalau suaranya itu dah macam naik beberapa oktaf. Tak peliklah kalau
menarik minat umat manusia lain.
Mata
menangkap satu susuk wanita yang dah berdiri. Tunggu masa nak angkat kaki.
Mungkin dialah kut yang namanya Hazel. Seketika kemudian, aku nampak wanita itu
kembali duduk. Mungkin gerun dengan suara amaran lelaki itu.
Pasangan
kekasih tengah bertegang leher agaknya. Tak pun suami isteri tengah dalam
konflik rumah tangga. Haila.. nak
perang pun dalam kafe orang. Apa-apalah. Bukan urusan aku. Janji takde pinggan
terbang, meja terbalik kira okeylah tu. Aku cuma berdoa mereka berdua bertemu
jalan penyelesaian dan berdamai.
Pensil
kembali dilarikan di atas kertas putih itu. Sekali lagi aku tenggelam dalam
dunia sendiri.
“Cik
Rissa.”
Diganggu
sekali lagi. Kali ini Azrul pula tengah berdiri di depanku.
“Ada
apa?”
“Cik
Rissa dah ada kekasih ke?”
Terus
berkerut keningku. Semalam hujan, hari ni agak mendung. Ada kaitan tak agaknya
dengan Azrul yang tiba-tiba tanya soalan luar alam macam tu?
“Hmm.. takde. Kenapa?” soalku pelik.
“Secret admirer?”
“Takde.
Hai.. kenapa? Nak jadi secret admirer
saya ke?” gurauku.
“Cik
Rissa tak perlu saya jadi secret admirer
Cik Rissa. Saya yakin mesti bersusun lelaki kat luar sana yang nak jadi. Cik
Rissa je yang tak pandang,” cebik Azrul.
“Eh,
mana ada! Siapalah saya.” Aku menafikan. Kalau betul macam yang dia cakap, mesti
dah berduyun lelaki ambik giliran nak pinang aku.
“Elele..
tak payah nak ‘siapalah saya’ sangat, Cik Rissa. Kalau Encik Noriman tak jadi
lembaga tapisan negeri, entah-entah Cik Rissa dah kahwin dah sekarang ni.”
Aku
ketawa. Dalam hati mengiakan. Memang tak dapat dinafikan ayah seorang yang
sangat tegas bila bab berkawan dengan lelaki. Dengar je aku ada kawan lelaki,
memang disiasatnya dari A sampai Z, dari sejarah lahir sampailah sekarang.
Sebab tu la mana ada lelaki yang lekat denganku. Sebab tu jugaklah boleh dikira
kawan lelakiku.
“Mengarutlah.
Yang awak tanya saya sejarah percintaan saya ni dah kenapa?” soalku.
Mengingatkan balik.
“Oh,
lupa! Sorry.” Dia sengih. Kemudian
tayang muka seakan-akan baru teringatkan sesuatu.
“Nah..
untuk Cik Rissa.” Azrul letak ros putih di hadapanku. Cuma sekuntum.
“Mimpi
apa bagi saya bunga ros putih?”
“Eh..
bukan saya, Cik Rissa. Kalau saya bagi, bukan sekuntum. Tapi satu taman. Ni ada
orang bagi untuk Cik Rissa.”
Ros
putih. Sekuntum! Aku tergamam. Adakah…
“Siapa
bagi?” soalku. Dada berdebar entah kenapa. Tenung bunga tu macam tak percaya.
Tak mungkin dari orang yang sama.
“Entah.
Nampak ada kad. Cik Rissa bacalah. Dia letak kat atas kaunter dan suruh bagi
kat Cik Rissa. Lepas tu dia terus keluar.”
Tanpa
membuang masa, terus aku belek kad kecil yang terikat di tangkai ros putih itu.
Soon.
Cuma
sepatah. Kali ini tak bernama. Tapi aku tahu dari orang yang sama. Encik Duri.
Cukuplah tulisannya yang memang kukenal dan tak berubah sikit pun. Masih
tersemat di celah diari memori hidupku. Malah bunga ros yang dah kering dulu
pun masih kusimpan rapi.
Bagaikan
baru tersedar, lantas aku berlari ke luar kafe. Mencari Encik Duri. Laju mata
memandang sekeliling. Mencari susuk mencurigakan. Tiada. Cuma beberapa orang
yang sedang lalu-lalang. Dan beberapa kereta yang memenuhi jalan raya.
Satu
keluhan dilepaskan. Hampa. Kalaulah aku cepat seminit tadi, mungkin aku dapat
menangkap siapa gerangan si pengirim bunga misteri itu. Kenapa baru sekarang
dia muncul balik? Ke mana dia menghilang setelah kali pertama dia menghantar
bunga kepadaku dulu?
------
Dengan
hati yang separuh kecewa, aku kembali melangkah masuk ke dalam kafe. Fikiran
masih melayang entah ke mana. Masih cuba menyelesaikan teka-teki tentang Encik
Duri itu. Siapakah dia?
Bila
tiba di pintu masuk kaca itu, hampir saja aku berlaga dengan seseorang. Nasib baik
aku sempat brek.
“Sorry.” Spontan bibirku bertutur. Serentak
dengan suara lembut yang turut berkata ‘sorry’
itu.
Aku
angkat kepala. Perempuan yang bergaduh di dalam kafe tadi. Apa namanya? Hazel? Dia
senyum seraya sekali lagi meminta maaf sebelum dia berlalu bersama lelaki tadi.
Tengok gaya boleh keluar sama-sama, maksudnya perang dah tamat la tu. Aku bersyukur
untuk mereka.
Aku
kembali mengatur langkah masuk kafe. Terus ke belakang kaunter.
“Macam-macam
kerenah pelanggan ni. Yang tadi tiba-tiba mintak cempedak goreng. Yang sorang
lagi pulak berkeras nak split bill, taknak
bagi laki dia bayar. Padahal laki punyalah handsome,
gentleman nak tolong bayarkan. Perempuan kalau tengah gaduh dengan laki
memang macam-macam perangai agaknya.” Aku dengar Nuha membebel sambil
geleng-geleng kepala. Entah pelanggan mana yang dia maksudkan pun aku tak tahu.
“Cik
Rissa! Cik Rissa ke mana? Terkejut kitorang bila nampak Cik Rissa tiba-tiba
lari keluar,” tegur Kak Tiqah bila nampak aku munculkan diri. Nuha yang tengah
membebel tadi pun turut terhenti.
Aku
senyum hambar. Aku pun tak tahu nak balas apa. Saya cari Encik Duri? Mahu Kak
Tiqah kelip-kelip pandang aku macam aku ni alien baru melawat bumi.
“Takde
apa-apalah, Kak Tiqah. Nak kejar orang, tapi tak jumpa,” jelasku mudah. Kecewa
tak dapat ditapis.
“Siapa?”
Aku
jongket bahu. Hantu agaknya. Tak pun anak beranak bunian. Aku pun tak tahu aku
kejar siapa. Macamlah aku kenal rupa Encik Duri tu. Tak pernah nampak.
Eh..
kejap! Aku mungkin tak nampak pengirim bunga tu. Tapi Azrul mesti nampak tadi.
Ya.. Azrul mesti tahu!
“Kak,
Azrul mana?” soalku. Mata terus melilau mencari susuk tubuh Azrul.
Macam
tahu-tahu dirinya diseru, tak lama lepas tu, Azrul muncul di depan kami.
“Azrul,
sini kejap!” seruku. Azrul yang baru nak melangkah masuk dapur terus tak jadi.
Dia datang ke arahku.
“Ada
apa, Cik Rissa?”
“Orang
yang bagi bunga ni, tahu tak macam mana rupa dia?” Aku memulakan sesi soal
siasat. Bunga ros putih di tangan ditayang.
“Err..”
Azrul garu-garu belakang kepala dia. Kemudian dia sengih bersalah ke arahku.
“Saya
tak ingat, Cik Rissa.”
“Takkan
tak ingat langsung? Cubalah ingat balik. Muka macam mana? Tinggi macam mana?
Badan macam mana?” Beria-ia aku suruh Azrul mengingat. Azrul je la harapan aku
nak tahu siapa.
“Err..
lelaki. Ya.. dia lelaki.” Azrul macam serba-salah. Kemudian dia pandang Kak
Tiqah. Muka Kak Tiqah masa tu macam nak bagi kaki kat Azrul. Kalau tak
kenangkan situasi sekarang, memang aku dah gelak dah.
“Ya..
memang dah tahu dia lelaki. Takkanlah perempuan nak hantar bunga kat saya?”
soalku lagi.
Azrul
diam sekejap. Mungkin tengah membayangkan rupa lelaki itu.
“Hmm..
dia pakai topi tadi. Saya tak dapat cam sangat muka dia, Cik Rissa. Tadi pun
sekilas macam tu je,” jelas Azrul.
Kecewa!
“Sorry la, Cik Rissa. Saya lemah sikit
bab-bab mengingat orang ni. Kecik-kecik dulu tak makan kismis.” Azrul minta
maaf. Sekali lagi garu-garu belakang kepala dengan muka yang bersalah.
Aku
mengeluh sekali.
“Takpelah..
nak buat macam mana. Saya faham,” kataku walaupun tengah kecewa.
Aku
tak boleh salahkan Azrul. Tak boleh nak marah dengan Azrul. Dah orang tak
ingat, aku cekik kasi biru nak bagi ingat pun dia takkan ingat. Kalau aku di
tempat dia pun aku takkan ingat orang dengan sekali imbas. Punyalah
berpuluh-puluh manusia yang keluar masuk setiap hari, ingat mesin fotostat ke
nak hafal sekali imbas?
“Haa..
saya tahu! Kalau Cik Rissa betul-betul nak tahu, Cik Rissa pergilah periksa
CCTV.” Azrul memberi cadangan sebelum bahu kena ketuk dengan Kak Tiqah.
“Kau
ni mengarutlah. Kau ingat nak nampak ke kalau dah dia pakai topi? Cik Rissa
bukannya nak cari dia pakai topi cap apa,” jawab Kak Tiqah.
Betul
jugak cakap Kak Tiqah tu. Setakat tengok CCTV lepas tu nampak jenama topi je,
baik tak payah nak habiskan tenaga dalam badan. Buat penat orang lain je.
“Adoi..
sakitlah, Kak! Saya bagi idea je,” rungut Azrul sambil menggosok bahunya. Baru
pagi tadi dah kena hempuk dengan Kak Tiqah, petang ni kena lagi. Kesian.
“Takpelah.
Saya pun takdelah beria sangat nak tahu. Kak Tiqah betul. Bukannya nampak siapa
pun. Entah-entah sebenarnya bukan orang yang saya cari,” kataku. Manalah tahu
sebenarnya orang lain yang hantar bagi pihak Encik Duri, kita mana tahu, kan?
“Tapi..
Cik Rissa agak-agak kenal ke siapa yang hantar bunga ni? Entah-entah peminat
Cik Rissa kat universiti ke?” siasat Kak Tiqah.
Aku
geleng kepala. Takde idea. Tapi yakin bukan dalam kalangan rakan
seuniversitiku. Sebab Encik Duri muncul sebelum aku mula belajar di Universiti
Malaya lagi.
“Kenapa
Cik Rissa nak tahu sangat siapa?” soal Kak Tiqah lagi.
Aku
terdiam sejenak. Memikirkan benda yang sama. Kenapa aku beria-ia nak tahu
tentang Encik Duri tu?
Sebabnya?
“Sebab
dia tahu siapa saya dan macam mana saya dulu.”
Sebab
aku tahu dia mesti seseorang yang sangat dekat denganku.
Sebab
hati aku rasa satu kehilangan yang amat besar dan aku mahu tahu apakah ia.
best...harap cepat keluar buku
ReplyDeletebest...harap cepat keluar buku
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu novel nie keluar kat pasaran... 😍
ReplyDeleteKesabaran semakin nipis
ReplyDelete😲
X sabo tunggu buku.. Adoiii
ReplyDeleteThanks Anjell utk citer yg menarik..
ReplyDeletebestnya...serius x sabar nak beli..
ReplyDelete😍😍😚😚
ReplyDeleteHazelll!! Hahahaha..
ReplyDeletetak sabar nak tunggu printed version pnya <3
Aduiiii siapa kah encik duri??? Fateh kah???? YaAllah teka teki betul la. 😫😫😫😫
ReplyDeletehaha....sorg nk cempedak goreng..sorg nk split bill...pandai kak anjel goreng 3 novel dlm 1 scene kann..
ReplyDeleteentah-entah cik duri tu dheo han kot...hmmmm
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
😁😁😁😁😁
ReplyDeleteAyat yang sama.. Oh no!! Kak anjell memang ohsyem💪
Another commen, "Hazel, sit down!" memang ade power!😎
ReplyDeleteMntaplh🥺
ReplyDelete