BAB 16
Nurin menemani Harraz ke klinik untuk
pemeriksaan. Nasib baik luka Harraz tidak dalam. Tidak memerlukan jahitan.
Nasib baik juga cuma ringan dan aktiviti tangannya tidak terganggu. Kalau tak,
payah juga kerana tugasnya memerlukan banyak tangan. Tangan kanan pula tu.
Senyap antara mereka ketika dalam
perjalanan pulang ke pejabat. Hanya lagu di corong radio yang kecoh
menghangatkan suasana. Harraz tenang memandu.
Nurin pula pandang tangan Harraz yang
sedang memegang stereng. Ada balutan yang boleh dikatakan agak panjang
membaluti kawasan atas siku kanannya. Dia menawarkan budi untuk memandu, tapi
Harraz yang enggan dengan alasan Nurin masih belum pulih dari terkejutnya.
Dan hakikatnya Nurin masih terkejut
dengan kejadian yang baru terjadi tadi. Baru pertama kali keluar dari pejabat
pun nyawanya dah hampir melayang. Nasib baik ada Harraz. Nurin terhutang budi
dengan Harraz. Bukan sikit. Hutang nyawa. Sampai kiamat pun takkan terbayar.
“Encik Harraz, saya nak ucapkan terima
kasih sebab selamatkan saya tadi.” Nurin memecahkan kebisuan antara mereka.
Dia tak tahu Harraz ikhlas atau tak,
tapi hakikatnya dia selamat disebabkan oleh Harraz. Dia kena juga ucapkan
terima kasih sebab itulah yang diajar oleh umi dah abahnya bila ada orang berjasa.
“Kalau bukan kau pun, aku selamatkan
juga. Apa aku nak cakap dengan daddy kalau kau kena apa-apa? Dah tahu
tempat tu bahaya, bukannya nak berhati-hati. Tak pasal-pasal aku yang dapat
sakit.,” balas Harraz. Sempat mengungkit.
Nurin hanya telan kata-kata Harraz. Arghh… kalau bukan dia punya hutang
dengan Harraz, dah lama dibidas balik. Tapi, sekarang ni, dia tak boleh sebab
budi Harraz sangat besar.
“Apa-apa pun, saya tetap berterima kasih.
Saya minta maaf sebab saya, Encik Harraz pulak yang cedera.” Nurin minta maaf.
Harraz cuma senyap sehinggalah mereka
kembali ke Harraz Holdings. Semua pandang pelik bila melihat lengan Harraz yang
berbalut. Nurin hanya diam mengikut belakang Harraz. Bila sampai di tempat
Nurin, Harraz turut sama berhenti.
“Telefon kau?” Harraz hulurkan tangan
meminta telefon bimbit Nurin. Nurin teragak-agak keluarkan telefon Samsung
S4nya dan beri kepada Harraz.
Nurin hanya melihat Harraz yang sedang
menekan-nekan telefonnya. Dia buat apa?
“Aku dah save nombor aku. Lain
kali, jangan buat kerja bodoh macam tu lagi bila kau boleh call tanya
aku kat mana. Faham?” kata Harraz. Telefon Nurin dikembalikan.
“Baik, encik.” Nurin hanya mampu tunduk.
Harraz meneruskan langkahnya.
Meninggalkan semua pekerjanya yang berpandangan dan tertanya-tanya itu.
“Nurin, apa dah jadi?” Semua serbu Nurin
untuk korek cerita sebenar.
“Accident sikit. Saya dah buat
bos marah,” balas Nurin.
“Why? What happened?” Eddie sibuk
bertanya.
“Ada besi jatuh dekat site. I
was almost killed. And then he saved me,” cerita Nurin. Bukan nak bangga
diselamatkan Harraz ke apa, dia cuma taknak ada cerita-cerita pelik bila dia
berdiam diri. Orang-orang kat sini memang pantang ada berita hot.
Mengalahkan staf Melodi cerita dikoreknya.
“Oh, my God! Our boss did that?”
Liza tak percaya. Mata dah bulat, mulut pun dah ternganga. Betul-betul tak
percaya ni!
“Wow, it’s so not him. He threw his
precious body for you?” Eriq pula menyampuk. Tak percaya juga.
“Unbelievable. He’s not the one who
will sacrifice himself for the sake of others. Woohoo.. you are so lucky, Nurin.”
Ash turut sama terkejut.
“Alah.. apa nak pelik. Dah orang nak
mati depan mata, takkanlah nak tengok je. Mestilah bos selamatkan.” Elfira yang
tak berpuas hati berkata.
Meskipun berdesing telinga dengan ayat
Elfira, tapi Nurin setuju. Harraz selamatkan dia atas dasar kemanusian. Macam
yang Harraz cakap, kalau bukan dia pun Harraz akan selamatkan juga.
Kenapalah semua yang dengar berita ni
macam lepas dengar berita tsunami landa Malaysia? Terkejut sampai tak keluar bahasa Melayu semua orang. Pelik sangat ke Harraz Naufal
selamatkan dia? Nurin tak faham betul.
-------------
Harraz capai remote controller penghawa dingin biliknya. Diturunkan suhu bilik
ke suhu paling minima. Panas betul rasa hari ni. Kemudian, badannya dihempaskan
ke atas kerusi empuknya.
Mana Eves ni? Harraz menanti kemunculan
PAnya. Dia dah arahkan Eves untuk membeli baju kameja baru untuknya
memandangkan baju kameja sekarang ni dah koyak. Siap ada tompokan darah lagi di
bahagian lengan kanannya.
Harraz pandang lengan kanannya yang
berbalut. Dipegang sikit. Auchh… baru
terasa sakitnya. Di sebalik balutan tu, ada luka sepanjang enam sentimeter. Enam
sentimeter. Cukup panjang tu!
Terbayang balik macam mana dia boleh
dapat luka ni. Semuanya pasal budak tu. Dan kakinya tadi, entah kenapa laju
berlari ke arah Nurin bila nampak ada besi besar dan panjang yang jatuh
betul-betul atas kepala Nurin. Yang dia tahu, dalam kepala dia cuma nak
selamatkan Nurin.
Yang pasti, kalau sesuatu terjadi pada
Nurin tadi, dia takkan maafkan dirinya. Atau bahasa mudahnya, dia tak menyesal
mendapat luka ni kalau dibandingkan dengan nyawa Nurin yang mungkin akan
melayang. Sebab dia, Nurin berada di sana.
That
feeling, it comes again!
Harraz pegang dadanya. Detakannya normal. Tak macam masa dia peluk Nurin tadi. Bagaikan déjà vu. Seolah-olah
mengulang tayang ketika dia bersama wanita misteri dulu.
Arghh.. mengarut! Degup dadanya adalah sebab cemas. Bukannya
apa-apa. Mustahil Nurin orangnya.
Bunyi ketukan pintu buatkan Harraz
kembali ke pejabatnya. Lenyap terus bayangan di tapak pembinaan tadi.
“Masuk.” Pasti Eves.
Pintu kayu itu ditolak dari luar. Terpesong
dari sangkaannya. Bukan Eves tapi Elfira. Elfira masuk ke dalam bilik Harraz
dengan satu beg kertas Giorgio Armani.
“El?” Harraz sedikit pelik. Jarang
perempuan itu masuk ke dalam biliknya.
“I ada bawakan baju dari Eves.” Elfira
letak beg kertas itu di atas meja kerja Harraz.
“Eves mana?”
“Dia sakit perut. Sebab tu dia minta
tolong I tadi.”
“Oo..
anyway, thanks, El,” ucap Harraz. Masih membiarkan beg kertas itu. Mahu
rehat sekejap sebelum menukar bajunya.
“You okey ke? I risau betul bila dengar
pasal kemalangan dekat site tadi.”
Elfira luahkan kerisauannya.
“Nothing
to worry about. I’m okay. Sikit je ni,” jawab Harraz sambil tunjukkan luka
di lengannya.
Mata Elfira menala ke arah lengan kanan
Harraz. Tu dia kata sikit? Kalau tengok gaya balutannya, dah boleh agak lukanya
sepanjang mana.
“You tak patut tau bahayakan nyawa you
sebab orang lain. You tak tahu ke kita kena pentingkan nyawa kita dulu?” Elfira
mula membebel. Hati masih panas lepas dengar cerita Nurin tadi.
Dia sendiri pun masih tak percaya yang
Harraz sanggup bahayakan diri sendiri sebab Nurin. Nak kata Nurin menipu, macam
mustahil. Apatah lagi bila nampak luka Harraz. Lagipun, Nurin yang dia kenal
bukan jenis yang suka mereka cerita.
“Benda dah lepas, El. I taknak ingat
dah,” balas Harraz. Dia malas nak panjangkan pasal ni.
Harraz capai beg kertas yang dibawa
tadi. Isinya dibuka. Ada satu kameja hitam anti
wrinkle lengan panjang. Kemudian dia
buka satu persatu butang baju kameja di badannnya. Ingin menyalin pakaian.
Harraz tak peduli walaupun Elfira masih
ada dalam biliknya. Dia bukannya malu kalau dengan Elfira. Macam tak biasa
pula. Bukan tak pernah dia tak berbaju depan Elfira.
Elfira pula yang melihat keadaan Harraz
itu berdegup kencang jantungnya. Dah lama dia tak berkeadaan macam ni dengan
Harraz. Kali terakhir pun lupa bila. Dia tahu Harraz tiada niat apa-apa tapi
keadaan Harraz yang seksi sekarang ni bagaikan cuba menggodanya. Apatah lagi
dengan tubuh Harraz yang boleh dikategorikan sebagai fit and tough tu. Orang kaki gym, memang la dapat tubuh macam tu.
Elfira merapati Harraz.
“Nurin kat luar macam mana? Okey tak?”
soal Harraz. Masih belum sedar Elfira yang sedang menghampirinya.
Elfira yang mendengar nama Nurin
mendengus geram. Huh.. Nurin lagi! Dia yang dapat sakit, tapi dia tanya Nurin
macam mana? Nurin macam tu la. Sihat walafiat. Kalau bukan sebab Harraz,
agaknya dah terlantar kat ICU.
“Raz.. you yang sakit sekarang ni.
Kenapa you tanya pasal dia?” soal Elfira. Geram, tapi masih cuba mengawal nada
suaranya.
Harraz baru tersedar. Betullah. Kenapa
aku tanya pasal Nurin?
“Bukannya apa. Manalah tahu dia trauma.
Kalau dia okey, baguslah. I cuma taknak dia bagi masalah pada kerja dia pulak
nanti,” kalentong Harraz. Mesti dikaitkan dengan kerja.
“Sekarang ni, you tak payah fikir pasal
dia. Tengok luka you ni. Mesti you sakit, kan?” Elfira betul-betul berdiri di
belakang Harraz. Bahu kanan Harraz dipegang.
Harraz cuma diam. Membiarkan kelakuan
Elfira yang berubah itu. Seakan-akan cuba menggodanya.
“I risau tau kalau you kena apa-apa. I can’t imagine if bad thing happened to you.”
Tangan Elfira naik pula untuk mengusap pipi kanan Harraz.
Harraz cuma senyum. Elfira yang manja.
Harraz menarik tangan Elfira. Mengajak Elfira untuk duduk di atas pahanya.
Elfira cuma mengikut dengan senyuman senang.
“You
really know how to kill this pain.” Harraz menyelitkan rambut ikal Elfira
ke celah telinga.
“Dah lama kita tak macam ni, kan
Harraz?” lembut Elfira bertanya. Sungguh dia rindukan Harraz. Dia sangat suka
Harraz yang romantis. Dada berdebar kencang menanti tindakan Harraz yang
selanjutnya.
“Encik Harraz, saya…” kata-kata Nurin
terhenti sebaik melihat apa yang ada depan mata. Sudah cukup untuk hentikan
kotak suara dari berfungsi.
Harraz yang terkejut dengan suara itu
terus berdiri dari kerusinya. Tergamam bila nampak Nurin yang bulat mata tak
percaya pandang ke arahnya dan Elfira.
Elfira pula turut terkejut sama bila
tiba-tiba Harraz menolaknya. Kalau bukan ada meja, agaknya dahi dah cium
lantai. Cepat-cepat Elfira berdiri membetulkan kedudukannya. Kononnya macam
tiada apa-apa berlaku. Dipandang ke arah tukang kacau daun tu.
Nurin? Huh! Makin bengkak hati Elfira.
Kenapalah si Nurin ni kacau waktu penting dia dan Harraz?
Dan Nurin masih tak percaya semua ni
terjadi depan matanya. Masa dia masuk tadi, dia lihat Elfira duduk atas riba
Harraz. Harraz pula tak berbaju. Sangat mencurigakan keadaan mereka. Huh..
patutlah naik lenguh tangan ketuk pintu tapi masih tak berjawab tadi! Apa yang
dia akan nampaka kalau dia masuk lambat sikit tadi? Ini ke kerja Harraz bersama
teman-teman wanitanya yang lain sebelum ni?
Entah kenapa hati Nurin rasa hancur. Dia
rasa marah yang amat entah kepada siapa. Harraz dan Elfira dipandang dengan
pandangan beku. Kedua-dua merah mukanya. Malu atau marah? Ah.. bukan
masalahnya!
Ni kan pejabat? Nak buat maksiat tak
boleh tunggu balik ke? Nurin rasa nak je mulut menyembur mereka berdua. Bagi
ceramah sikit pasal agama. Pasal halal haram. Tapi, entah kenapa hati Nurin
tawar. Rasa macam tiada gunanya dia buat semua tu. Mereka berdua sudah jauh.
Nurin rasa nak menangis. Tapi, kenapa?
“Hah.. kau nak apa?” soal Harraz.
Sekadar untuk menutup rasa bersalahnya. Nyaris-nyaris dia lupa diri kalau bukan
Nurin datang kacau.
“Ni.. Eves suruh saya bagi kat awak,”
balas Nurin sambil menyerahkan satu lagi beg kertas kepada Harraz. Entah apa
isinya, Nurin sendiri tak tahu.
“Apa ni?” soal Harraz.
Nurin cuma angkat bahu. Tak tahu.
Alangkah bagusnya kalau isinya bahan untuk mencuci dosa. Nurin ingin segera
keluar dari bilik Harraz ni. Rimas!
“Saya keluar dulu. Maaf mengganggu.” Tak
bernada suara Nurin. Tapi kedengaran sinis di telinga Harraz.
Setapak berjalan, dia berhenti. Kemudian
pandang Harraz. Harraz tergamam bila mata bertentang dengan Nurin. Pandangan
Nurin kosong dan beku. Tiada kegembiraan dalam matanya itu. Bukan juga
pandangan untuk memberontak seperti selalu. Buatkan Harraz jadi tak senang
hati. Dan merah. Merah? Nurin menangis ke?
“Ni pejabat, Encik Harraz..”
Nurin sambung berjalan keluar. Air mata
terasa di hujung mata. Sekali berkelip, memang meleleh keluar. Hey.. kenapa kau
ni, Nurin?
Hilang je bayang Nurin, Harraz mengeluh.
Ayat terakhir Nurin terngiang-ngiang di telinganya. Meskipun tak bernada, tapi
ayat tu menusuk hati. Baru rasa kebodohan diri. Kenapa dia lakukan semua ni kat
pejabat?
“You keluar, El. I nak sambung kerja. Dan
mulai hari ni, jangan buat macam tu lagi. Jangan masuk ke dalam bilik I kalau
tiada urusan.” Suara Harraz tegas. Langsung tak dipandang Elfira. Baju kameja
hitam itu disarung ke tubuh tegapnya.
Elfira betul-betul tak puas hati. Tapi,
untuk melawan dia tak berani. Dengan rasa yang bengang, Elfira melangkah
keluar.
Semua ni sebab Nurin! Panasnya rasa
hati. Terbakar! Nurin ni memang nak kena!
Oh my gad!!! Nurin u pulaukn harraz skarang... I can't accept this!! Smpai hati u harraz.. I xbole trime klau nurin bole btekak or 'ber' ape skalipun ngan harraz 2! Err gramnye aq ngan mamat ni
ReplyDeleteies@
Thanks anjel. Best. Tk sabor raseny nk pegang printed version. Lame lg kr kena tunggu...
ReplyDeletesampai hati u harraz :'( HATE UUUUUUUUUUUUUU
ReplyDelete.......... Why, harraz? Why?????
ReplyDeletehaha cara korang comment mcm harraz tu buah hati korang je XD. kali ni memang best gila! tq kak anjell akak memang nk jadi penulis ke? atau akak nk jadi doktor?
ReplyDeleteOf cozz la.. Ape yg harraz buat ni seolah- olah mencurangi nurin taw! Oh my gosh.. I mmang xbole trime klu nurin bcakap or whatever ngan harraz dlm mse tdekat ni
Deleteies@
yippieeeeee best gila hahaha yes lepas ni suruh nurin ignore harraz hehehe
ReplyDeleteXbest la hero mcm tu..da byk kali tifo dgn prmpuan..
ReplyDeleteNurin seorg yg tegas...harap Elfira tak menganiayai Nurin...rupanya Elfira belikan baju utk Harraz ya...kantoi.
ReplyDeletehidup kalau dah berlandaskan nafsu... apa yg nak diherankan Nurin... bukan salah kamu... salah mamat tu..kamu kan sudah ada teman baek... sepupu mamat sengal tu.. dia lebiah better off dari harraz...
ReplyDeleteYesss.... The conflict is just begin!!!
ReplyDeleteHuh.... Apa nie Harraz? Tak bley jd nie, Nurinnnn... Jangan nk nangis pasal playboy tu ye. Walaupon suka, don't show your feeling infront of him..... hokkay.
ReplyDeleteNurin! Hang jgn nak kuar air mata hang tuk Harraz ok..Harraz ni pn satu awatlaaa xkuat imannya, elfira bru pgang2 skit dh tgoda.. Nurin n Harraz ni masing2 cuba menidakkan ap yg diorg rasa..bila dh jd mcm tu..masing2 dh terkesan..
ReplyDeleteBila dh geram n sakit ati ngn Harraz ni, rse nk req cik penulis tlg kuarkn part Farhan..kasik sejuk skit ati ni..(sbnrnya nk kasik Harraz jeles jk hihi!)
i setuju kasi nurin sejuk dan harraz menyesal. boleh guna farhan utk cool down. kalau harraz tahu the girl he was looking for tu nurin lagi tambah the spice. nyesal weh. mesti nak beli jiwa nurin gila-gila. thanks anjell
DeleteBiasalah... lelaki. Hmm... bilalah Harraz ni nak berubah? I hope he will become as sweet as Tengku Aaron
ReplyDeleteTengku Aaron meh? haha.. xD
DeleteMende laa Harraz nih! Buat derk jer Nurin, bikin Harraz penasaran!
ReplyDeleteMakin best....Harraz ni pun cepat sgt tergoda...& Nurin buat derk aje la kat harraz tu....
ReplyDeleteRindu tengku aaron shah
ReplyDeleteOkey, sekaranglah masa utk Nurin lancarkan perang dingin! Takyah nk rasa terharu sgt..mcm yg sy cakap aritu..kejadian kt site tu mmg salah Harraz. So, Nurin kena letak sikit ego dlm diri dia.. Buat mcm yg dia buat kt Farhan..biar Harraz pulak tak senang duduk dgn kebisuan Nurin nnt.hehehe
ReplyDeleteKnpa la Harraz buat cam tu .. Sian Nurin. Elfira pn satu. X sbar nk tnggu next entry.. 😊😊
ReplyDeletesgt kecewa dgn Harraz.. sakitnya hati Nurin tgk bnda ni berlaku.. REAL di depan mata.mmg mnyedihkan. kalo kita x de hti kat org tu, tpi nmpk jlas n nyata dia buat mksiat, tu pun da mnedihkan
ReplyDelete>>k<<
bez kak anjell xsbr nk baca yg mama harraz mnta nurin tundukkn c harraz mr.playboy itu... heheheh... 😃😃😃😃😃
ReplyDeleteKak anjel nk lgi!!!
ReplyDeleteBest. Excited gila bila nampak n3 baru
ReplyDeleteIni yg buat akak sayang kat anjell ni masa dia tengah sem break... sebabnya dia upload cepat2 citer TPI ni... heheheh
ReplyDeleteLaa tak insaf lagi ke haraz but klu tan kantoi mcm mana mereka nak tahu rasa hati masing2.btw good job he....
ReplyDeleteRasa nak Lempang Harraz je.. Urghhh.. I hate you :(
ReplyDeleteeeee..sakitnya hati..ntah nape terbayangkan muka elfira loy lak berasmara dgn haraz...no..no..no...
ReplyDeleteGeram nyer kat Haraz! Hrp Nurin larikan diri dr Haraz supaya Haraz terasa
ReplyDeleteNasib baik lah Tg Aaron tak keluar perangai sebelum insafnyer lepas kawin Damia kat dalam novel... kalau tak harus lah macam Harraz agak nyer. Team Farhan... sungguhpun tahu Farhan tu second hero dlm citer :'(
ReplyDeleteDarling.. Tengku Aaron Shah never slept with any woman except Damia Farisha.. Harraz is worse than him. Do you agree guys??
Deleteies@
yup.....
DeleteHarap Anjell dapat hantar utk printing novel ni cepattt. Asyik dok ulang baca eksperimen cinta... nak lah buku baru :-)
ReplyDeletea good n3 anjell…thumbs up
ReplyDeleteBenci harraz..jgnkan nurin, i pn terasa sama dia buat perangai cenggitu..
ReplyDeleteGediknya elfira..nak salahkan harraz pn dah tentu2 la dia tu playboy..kalau perempuan x reti nak jaga maruah diri n murah mmg masuk mulut rimau la..mmg saja je bagi free nak kena ratah..
ReplyDeleteAnjel buatlah Eksperimen cinta raya.Teringin nak jumpe tengku aaron shah.
ReplyDelete-AR
hishh..this guy memang x layak jd suami org..no manusia sekalipun...baik Nurin dengan cousin dia je..tp dah name nye harraz watak utama..oh my god,tdur dengan perempuan lain..euwww,memg x la msuk list jd suami..Nurin toksah nak nangis..untuk guy mcm ni..x layak lahangsung!!Nurin crik another guy yeahh..Kak Anjell please kuarkan lg bab baru!!
ReplyDeletekenapalah si El tu mengedik sangat....
ReplyDeletebagus ayat terakir Nurin tu...
Alaa..mmg betul la..yg harraz pernah tidur ngan pompuan lain..btw kak anjell cita ni best!
ReplyDeletemungkin kah?pandangan mata...ujian hati wat nurin..dlm tk rela..redha menyapa...persoalan hati akn sering meningkah arus...rase tk suka...tapi debaran ttp dtg...yg nama nyer terluka nape lh plak bleh dtg menyapa?kerna terhutang budi ker nurin or rase dihati dh mengalah kn ego sendiri...itu lh kenyataan nyer cinta akn membuta kn mata sendiri...namun usah membuta kn mata hati..tepuk dada...nobat kn lh dihati...
ReplyDeleteNEXT PLEASEEEEEEEE
ReplyDeleteGeram betul dgn mamat ni...dasar playboy...kat mana2 pun jadi. Nape nurin mcm frust je...ke dah ada hati dgn harraz...
ReplyDeleteBagus nurinnn.. Jgn ckp dah dgn harraz tu.. Teringin nk tgk reaksi harraz bila burin buat bodoh dkt dia.. Haha
ReplyDeleteDalam hati dah ada taman ke?he...he
ReplyDeleteYu...hu.....tgk lps ni...apa reaksi haraz bila nurin ignore dia....mesti best....thanks anjel...cpt2 next n3..sng2 terus kluarkn novel je...setuju x.....
ReplyDeletewaaaaa besttttt cepat2 smbg.. jntung gue x henti2 berdebar ni hu3..
ReplyDeleteNak tgk nurin memdinginkan diri dia sampai haraz terasa...
ReplyDeleteX pe farhan ade.. boleh pujuk nurin ..abaikan saje si playboy tu. Kasi ajar sikit ..sampai dia taubat nasuha...
ReplyDeleteTerbaaeekk.. setiap kali baca..napasku seakan terhenti..cemas..berdebor..
ReplyDeletecan't wait for the next n3....teruskan menulis kak anjell!
ReplyDeleteBiar farhan yg merawat hati nurin..waalupn farhan tu spesis playboy juga tp sekurang2nya dia x pandang rendah pada perempuan berhijab..dia sanggup memperbaiki dirinya kearah kebaikan..si harraz ni pulak mcm buaya..sampai spesis bangkai pn nak di tibainya..x suka lelaki cenggini..
ReplyDeleteApa2 pn thanks anjell..walau macamana di garapkan penceritaannya..kami happy sesangat..walau macamana kami bengang dgn haraz tp kami ok je kalau nak di gandingkan dgn nurin..
DeleteBest..x ptt harraz wat camtu..kesian nurin..
ReplyDeleteNext3 n3 please....
ReplyDeleteHarraz kenapa seperti memahami kesedihan nurin????? Hati ada taman....
ReplyDeleteElfira I hate her....
Saza-
team farhan,
ReplyDeletefarhan pon sama lah ngn harraz, playboy 22 hahaha
hermmm bila peristiwa nurin kena tampar eak?
ReplyDeleteHarraz ego tinggi
ReplyDeleteya Allah...teruknya lah harraz tu please dia memag kena bertaubat
ReplyDelete