Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 13 July 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 11)

BAB 11

Aku mengemas barang-barangku. Telekung solatku dilipat cantik. Baju-baju semua aku masukkan dalam beg. Mama, papa dan abang balik hari ni. Tak sabarnya aku nak jumpa dorang. Aku bersyukur sebab mereka sampai  rumah dengan selamat. Ketika aku masukkan laptop ke dalam beg laptop, aku rasa macam aku diperhatikan. Bila berpaling, aku mengurut dada. Terkejut dengan Hafiy yang mengintai aku dari luar bilik macam seorang pesalah.

     “Hafiy.. terkejut kakak. Kenapa duduk situ. Masuklah.” Aku menggamit Hafiy masuk. Sejak bila pulak budak ni sopan? Biasanya main redah je kalau nak masuk bilik aku.

     Hafiy masuk. Aku nampak muka Hafiy sedih. Kenapa? Kena marah dengan Izz ke? Ke sebab kena tengking dengan Deena? Mustahillah.. kalau dengan Deena, aku rasaa dah bergegar dah rumah ni dengan jeritan minah tu gara-gara kena sepakan penalty Hafiy.

     “Kenapa dengan Hafiy ni? Sedih je kakak tengok. Kena marah dengan daddy, ya?” soalku pada Hafiy yang tengah duduk bersila atas tilamku.

     “Kakak dah nak balik ke? Janganlah balik. Hafiy takde kawan.” Hafiy tayang muka sedih.

     “Kakak nak jumpa mama kakak. Kakak rindu sangat dengan mama ngan papa kakak. Hafiy janganlah sedih. Kakak datang lagi besok.” Aku pujuk Hafiy. Sejujurnya, aku pun rasa sedih nak berpisah dengan Hafiy. Padahal bukannya lama pun. Besok aku datang lagi.

     “Habis, saper nak main dengan Hafiy?” soalnya dengan muka masam merajuk.

     “Daddykan ada.” Aku senyum pada Hafiy.

     “Daddy buat kerjalah, kakak. Mana ada masa nak main dengan Hafiy. Pastu, Kak Deena asyik dekat dengan daddy je. Tak sukalah, kakak,” luah Hafiy. Nak tergelak aku tengok muka Hafiy. Hafiy.. Hafiy.. kalau nak tahu, Kak Deena tengah on the way nak jadi mak baru kau la tu.

     “Bukannya lama, Hafiy. Esok kakak datang lagi. Kita main esok, nak?”

     “Saper nak teman Hafiy tidur malam ni?”

     “Hafiy.. Hafiy kena faham yang kakak tak duduk sini.”

     “Kakak.. kakak duduklah sini terus.”

     Aku garu kepala yang tak gatal. Bahasa apa aku nak cakap dengan budak ni? Ada je yang dia balas nak matikan hujah aku. Besar nanti nak jadi lawyer agaknya budak ni.

     “Mana boleh. Kakak nak duduk dengan mama kakak. Kalau kakak duduk sini, saper nak duduk dengan mama kakak? Kesian mama kakak nanti. Mesti dia selalu rindukan kakak.” Aku buat muka sedih.

     “Cuba Hafiy bayangkan yang Hafiy tinggalkan daddy Hafiy sebab Hafiy nak duduk rumah orang lain.”

     “Betullah.. Kesian mama kakak nanti kalau takde kakak. Mesti daddy pun sedih kalau Hafiy tak tinggal  dengan dia,” kata Hafiy pulak. Aku tarik nafas lega. Mengerti jugak budak ni akhirnya.

     “Tahu pun. So, sebagai anak, Hafiy jangan nakal-nakal. Jangan susahkan daddy, nenek dan atuk. Jadi anak yang baik.” Aku bagi nasihat. Macamlah aku ni bagus sangat.

     “Ustazah Hafiy dulu pun selalu pesan macam tu.”

     Aku senyum. Budak ni baik. Kalau nakal macam mana sekali pun, kalau bagi nasihat dengan betul memang melekat jugak dalam kepala mereka. Semuanya bergantung pada ibu bapa untuk didik anak mereka.

     “Kenapa Hafiy dah tak sekolah? Hafiy taknak sekolah, ya?” soalku.

     “Hafiy tak suka sekolah tu. Semua jahat. Semua suka ejek Hafiy. Dorang cakap Hafiy takde mummy. Dorang cakap mata Hafiy pelik.” Hafiy bercerita. Aku senyum tawar. Kesian budak ni.

     “Hafiy tak payah pedulikan dorang tu. Mata Hafiy tak pelik tapi cantik. Sangat cantik. Mata ni Hafiy dapat sebab Hafiy anak daddy. Hafiy patut bangga. Hafiykan ada daddy Hafiy. Ada nenek, ada atuk. Daddy sayang Hafiy sangat-sangat, kan?”

     Pedulikan apa yang orang cakap. Tapi, kalau aku jadi Hafiy memang aku bagi kaki tangan dah kat budak-budak nakal tu. Mata bukan main cantik pun kena ejek ke? Nak je aku suruh Hafiy balas kat budak-budak tu, “Aku ada daddy handsome. Kau ada? Mata aku warna biru-hijau. Kau ada?” Haha..

     “So, jangan pedulikan dorang. Pergi sekolah sebab nak belajar. Nak jadi pandai. Biar nanti daddy dan semua orang bangga dengan Hafiy.” Aku bagi nasihat ala-ala kaunselor tak habis menuntut. Sayang budak sebijak Hafiy dipersiakan. Cewah.. ayat aku makin dramatic sekarang ni. Cuba kalau ayat ni keluar daripada mulut mama. Memang ada je yang aku balas balik.

     Aku duduk tepi Hafiy.

     “Dan.. Hafiy jugak ada kakak.” Dia pandang aku.

     “Kakak ni baiklah. Hafiy sayang kakak.” Hafiy peluk pinggang aku.

     Aku gosok kepala Hafiy. Aku baik? Haha.. aku baik sebab orang baik dengan aku. Cuba kalau orang jahat dengan aku, memang keluar habis segala tanduk atas kepala aku. Mulut aku ni memang dah terkenal dengan peluru berpandu.

     Pintu bilikku diketuk. Bila berpaling, aku nampak Izz berdiri di luar bilik. Sejak bila dia berdiri depan pintu tu pun aku tak tahu. Aku berdiri sebelum berjalan keluar bilik. Memang haramlah aku nak bernarkan dia masuk bilik aku. Nak kena kapak dengan papa kalau dia tahu? Aku memang takkan benarkan lelaki masuk bilik selain papa dan abang.

     “Ada apa?” soalku.

     “Awak balik dengan apa?” soalnya.

     “Entah. Abang datang ambik kot.”

     Baru aku perasan. Bukan main aku excited nak balik. Tapi aku lupa pulak nak bagitahu abang datang ambik aku pukul berapa. Kena call abang kejap lagi ni.

     “Hmm.. kalau macam tu, saya hantar awak balik.”

     “Eh.. tak payahla. Saya taknak susahkan awak. Abang saya dah janji nak datang ambik.” Aku auta. Banyaklah abang janji. Call pun belum. Sebenarnya, aku segan nak mati dengan Izz.

     “Apa yang susahnya. Hantar anak orang balik je pun. Lagi pun saya tengah stress dengan kerja ni. Nak ambik udara luar. Saya pun nak jumpa mama ngan papa awak. Rindu pulak dengan mereka”

     Apa kaitannya stress kerja dengan nak hantar aku balik? Nak ambik udara luar pun takkanlah sampai rumah aku kot? Rindu nak jumpa mama dan papa aku? Sihat ke tak mamat ni hari ni. Gaya cakap macam dah lama kenal dengan mama dan papa aku. Padahal aku rasa baru sekali mereka bertemu. Tak faham aku dengan Izz ni.

     “Tak payahlah..” Aku menolak lagi.

     “Saya hantar. Kesian dekat abang awak. Diakan baru balik. Mesti dia penat.” Izz bertegas. Ada kebenaran jugak kata-kata Izz. Masalahnya aku tak nak.

     “Tapi..”

     “Hafiy, kita nak pergi jalan rumah kakak. Suka tak?” soal Izz pada Hafiy.

     “Kita nak hantar kakak ke daddy?” Izz angguk. Bersinar-sinar mata Hafiy bersorak suka.

     “Okay.. Saya dengan Hafiy tunggu kat bawah.”

     Selamba badak dua beranak tinggalkan aku. Adoi.. tak sangka pulak dalam lembut-lembut Izz, suka memaksa orang jugak. Nak taknak, aku terpaksa ikut. Sebelum tu, aku call mama mengatakan yang Izz nak hantar aku balik.

     Aku turun ke ruang tamu. Aku nampak Izz dan Hafiy tengah bergurau entah apa-apa. Gelak sakan aku tengok dua beranak tu.

     “Kakak..” Hafiy panggil aku. Aku senyum.

     “Dah siap?” soal Izz. Aku angguk.

     “Jom..” Aku nampak macam Izz pulak yang terlebih gembira nak hantar aku pulang. Suka sangat nampaknya dia kalau aku balik. Entah-entah dia memang tak suka aku datang rumah dia. Sebab tu tak sabar-sabar nak aku blah. Oo.. menghalau aku cara lembut, ya?

     Masa tu lah si Deena datang. Ada lagi rupanya minah ni. Ingatkan dah balik rumah.

     “Abang Haikal nak ke mana? Deena nak ikut boleh?” soal Deena. Dia ni.. pantang nampak Izz pegang kunci kereta, nak ikut je kerjanya.

     “Abang nak hantar Sya balik.”

     “Abang nak hantar dia ke mana?”

     “Ke mana lagi? Rumah orang tua dia la.”

     “Apa mandat perempuan ni sampai-sampai nak kena hantar? Melampau..” Deena tak puas hati. Berasap telinga yang mendengar.

     “Mandat aku besar. Sebab tu Izz nak hantar aku balik. Sekali pun Izz nak hantar aku balik, tak guna duit kaulah kalau nak bayar minyak kereta,” balasku geram. Lagi aku geram sebab bukan aku yang mintak Izz hantarkan aku balik.

     Deena jeling aku. Apa ke hal minah ni. Jeling-jeling orang. Korek biji mata baru tahu. Tak pasal-pasal ada je yang jadi Kasim Selamat hari ni.

     “Abang yang nak hantar dia balik. Tak payah la cakap macam tu dengan Sya.” Dalam suara lembutnya, aku dengar dia bertegas.

     “Bencilah dengan abang ni. Selalu bela orang gaji ni.”

     “Sekarang ni, nak ikut tak? Nak ikut pergi siap. Taknak ikut, duduk diam-diam.” Izz bertanya.

     “Nak ikut. Boring duduk rumah ni.” Menyibuk betul minah ni. Tak suka-tak suka pun masih nak ikut Izz ke mana Izz pergi. Aku rasa dia kena fikir dua kali sebelum pergi rumah aku. Tak pasal-pasal kena Clorox kaw-kaw dengan mama aku kalau mulut melaser.

     Deena berlalu. Aku berjalan keluar mencari Aunty Fatmah. Mesti tengah bercintun dengan taman bunganya.

     “Aunty.. Sya dah nak balik.”

     “Izz hantar ke?” soal Aunty Fatmah. Aku sengih. Mana pulak Aunty Fatmah dapat tahu ni? Sebab semalam aku cakap abang yang nak datang ambil aku. Ni mesti kerja Hafiy. Hafiy ni memang. Kalau dah excited, satu dunia dia nak bagitahu.

     “Macam mana Aunty tahu?” Aku ingin tahu.
     “Semalam Izz cakap nak hantar Sya balik. Ingatkan dia bergurau sebab Aunty dah cakap yang abang Sya nak datang ambik. Tak sangka pulak serius pulak si Izz ni.” Aunty Fatmah jeling aku. Lain macam pulak aku tengok jelingan Aunty Fatmah.

     “Entah.. Dia cakap dia nak ambik udara luar. Dia stress dengan kerja dia,” kataku macam yang Izz cakap dekat aku. Aku sengih lagi.

     “Nanti kirim salam dengan semua, ya?” pesan Aunty Fatmah.

     “Okeh, mem!”

     Aku salam Aunty Fatmah.

     ------

“Assalamualaikum, mama, papa..”

     “Waalaikummussalam.”

     Terus aku peluk mama dan papa. Rindunya aku. Tak peduli dah dengan Izz dan Hafiy yang jadi pengiring aku. Tak peduli dah dengan Deena yang tercengang-cengang. Mana tak tercengang-cengang kalau dari dalam kereta lagi asyik tanya aku duduk kampung mana, aku buat bodoh je. Malas nak layan. Nanti ada je la yang nak dikutuknya. Last-last dia cakap aku duduk perkampungan orang asli. Kurang asam betul minah tu!

     “Mama.. Sya rindu dengan mama dan papa,” luahku.

     “Mama pun rindu dengan Sya.” Pertama kali kena tinggal macam nilah rasanya. Nak nangis pun ada. Sejak bila pulak aku jadi anak manja ni? Kalau ada abang, memang mati aku kena goreng. Abang! Ya.. mana abang?

     “Abang mana?” soalku. Dengan abang mestilah aku lagi rindu. Mesti dia pun rindu nak gaduh dengan aku.

     “Abang ada hal. Kejap lagi dia balik.”

     “Asyik berdrama dengan Sya ni, lupa pulak Izz dengan Hafiy.” Aku gelak dengan kata-kata mama. Izz turut tersenyum.

     “Aunty dengan Uncle apa khabar?” soal Izz.

     “Alhamdulillah.. baik.”

     “Hafiy.. kakak nakal tak kat rumah Hafiy?” soal mama pada Hafiy.

     Cakap aku nakal, aku cekik kau, Hafiy.

     “Kakak baik. Kakak tak nakal. Kakak rajin kat rumah Hafiy. Kakak suka main dengan Hafiy. Sebab tu Hafiy sayang kakak.”

     Kembang hidung aku dengar pujian Hafiy. Haha.. dengar tu mama. Rajin tu paling penting.

     Aku nampak mata mama naik atas bawah atas bawah bila pandang Deena. Aku rasa aku dah boleh baca dalam kepala mama. Mama memang pantang kalau perempuan pakai baju OKU ni.

     “Tu Deena. Sepupu Izz.” Aku perkenalkan Deena pada mama.

     “Deena, this is my mom and dad. Kalau nak tahu, nilah kampung orang Asli I.” Aku berkata pada Deena. Dari tadi lagi sibuk tanya aku duduk mana. Bila tahu, terlopong pulak. Tak faham betul aku. Jangan cakap dia memang ingat aku duduk perkampungan orang asli betul-betul dahla.

     “Hello, baby!”

     Nak terkeluar buah silat bila rasa leherku dipaut. Nasib baik tak terlurut tudung aku. Kalau kurang adab macam ni, aku dah tahu dah gerangannya.

     “Adoi.. sakitlah! Tak payah nak baby-baby sangatlah. Nak luruh bulu kaki, tahu tak? Geli..” Aku cuba lepaskan pautan tangan abang. Hish.. dia ni. Ingat tengah peluk bola ragbi ke?

     Abang gelak sebelum lepaskan aku. Dia salam dengan Izz.

     “Qairul. Do call me Q.”

     “Izz.”

     Dan bila abang pandang Hafiy, dia senyum.

     “Hye, handsome,” tegur abang.

     “Hello.” Hafiy balas.

     “Kakak.. ni boyfriend kakak hari tu, kan?” soal Hafiy. Aku sengih. Ingat pulak si Hafiy ni.

     “Saper nak jadi boyfriend budak ni? Huh.. tak hingin!” Aku siku abang.

     “Kejamlah budak ni. Orang baru balik. Dia siku kita pulak. Memang tak sayang abang betul.” Abang membebel.

     “Kakak gurau je la hari tu. Ni bukan boyfriend kakak. Ni abang kakak la.”

     “Abang Q.”  Abang sengih pada Hafiy.

     “Tak payah nak abang sagatlah. Patut panggil Uncle je. Tak sedar diri tu tua.” Aku jelir kat abang. Sengaja nak kenakan dia. Lagipun, betul apa aku cakap? Dia sama tua dengan Izz.

     “Hmm.. betul jugak. Call me Uncle. Macam best je. Bunyi matured sikit.” Abang angguk-angguk kepala. Dia jeling aku.

     “Ke nak panggil pak long? Tu pun macam best jugak.” Abang gelak. Bukan abang, mama, papa dan Izz join sekali. Arghh.. aku benci abang! Balik-balik aku yang kena.

     “Boleh panggil pak long?” soal Hafiy. Abang angguk.

     “Yey.. Hafiy dapat pak long baru. Hafiy ada pak su, Hafiy ada pak long.”

     Aku jeling geram dekat abang. Suka hati je nak bagi mandat panggil pak long. Bila masa pulak aku kahwin dengan Izz?

     “Oo.. baru perasan. Si cantik manis ni siapa, ya?” Seronok bersembang, abang baru perasan kewujudan Deena.

     “Deena. Sepupu Izz.” Aku perkenalkan mereka.

     Aku nampak Deena dah macam nak cair dengan abang aku tu. Yalah.. abang aku rupa boleh tahan. Hot stuff tu! Kalau aku jadi perempuan lain pun, agaknya aku dah cair dengan abang. Bangga jugakla tayang ‘boyfriend’ handsome kalau keluar jalan-jalan. Aku ada abang handsome, kau ada?

     “Lama bersembang, lupa pulak nak jemput masuk. Masuklah, Izz, Deena, Hafiy. Kita minum-minum dulu. Ladi pun Aunty ada barang nak bagi dekat family Izz. Ole-ole dari New York.”

     Semua masuk dalam rumah. Abang jalan tepi aku. Sempat pulak aku dengar abang bisik, “Pesaing baru ke?”

     “Pesaing apa?” Aku soal balik.

     “Nak rebut Izz.”

     Aku tampar lengan abang. Suara dia tak boleh nak kuat lagi agaknya. Nasib baiklah Izz dah masuk dalam rumah. Kalau Izz dengar, memang malu giler kot. Aku pun tak tahu kenapa abang suka padankan aku dengan Izz. Padahal kenal tak sampai sebulan.

     “Pedulilah dia nak rebut Izz ke apa, ada wa kisah?” soalku.

     Malas aku nak layan abang. Serius! Secubit garam ke, ajinomoto ke, kunyit ke, aku takde feeling langsung dekat Izz.

37 comments:

  1. Kiut la dorang..haha

    ReplyDelete
  2. syok nye de abg giler2 camtu

    ReplyDelete
  3. Hehe suka pulak kat abang Sya, si Q :) cute and nakal!

    ReplyDelete
  4. Chummell jer hafiy ni.... Izz da suka la tu kt kakak.. Hhehe.. Nyampes la deena ni! Serabut!

    ReplyDelete
  5. Cepatla kawen ..nak tgk izz pikat sya

    ReplyDelete
  6. abg Q cute ..hahah...kemaing lg abg sya tu ..

    ReplyDelete
  7. Abg Sya mmg funny i like........ Izz nyeh malu2 lagi nak nyatakan isi hati.... Hehehhehee

    ReplyDelete
  8. tq...suker izz&sya

    ReplyDelete
  9. best citer nih...

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak baca sbmg bila Sya jatuh cinta kat Izz.
    Anjell tlng smbg cpt2... dah lah parah dgn EC sekrg
    SPS plak... deman kita semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...sorry sebab dah campakkan virus ketagih..hehe,,

      Delete
  11. ala sya dkm hati ada taman tu....

    ReplyDelete
  12. best.. best.. best... tp nnt bila part2 iz tackle sya buat lain drpd biasa ye... best ni...

    ReplyDelete
  13. lama sggh menanti ..huuuuuhuuuuhuu...baru izz tw sapa bf kakak ye..heheehh hafiy dapat pak long baru la plak

    ReplyDelete
  14. Wa x ada hati kat dia ..... Dia ada hati kat wa boleh gitu???.... hehehe...

    ReplyDelete
  15. alahai...rindu dgn izz la...hehe.. anyway mmg best!!!

    ReplyDelete
  16. hahaha...sweet..
    nk lagi...
    mesti hensem abg sya kn...hahaha

    ReplyDelete
  17. Wahh, Izz sudha mula menunjukkan belang nampaknya. :D Lastlast entahentah Deena dengan Abang sya.

    ReplyDelete
  18. cpt la smbung ek?
    can't wait for it

    ReplyDelete
  19. sambung ...la tak sabo dah nak tunggu...
    harap jangan la deena n abang sya...sebab deena gedik..ish tak suka
    bila la sya dan izz nak kawin...cepat la dah sangat2 tak leh tunggu..heh

    ReplyDelete
  20. izz nie mcm nk mla knl2 ngn bkal mntua da nie,sbuk je deena nie mana izz g dia pn nk g gak

    ReplyDelete
  21. i want moOre!!hehe

    ReplyDelete
  22. hafiy da best...comel...I can imagine that ha ha tapi kan Anjell word OKU tu kene tukar lh..cam sensitif tak sesuai label seksi ngan OKU kan?

    ReplyDelete
  23. Menyampah ngan Deena tu...-_-#
    Gedik semacam je...:(
    Sokong kalau Izz dengan Sya...#^_^

    ReplyDelete
  24. Haha ye ker sya x de feeling ngan izz hehehe...:-) x abs2 tau deena ni ngan kegedikan dia ish2

    ReplyDelete
  25. Kelakar kan Abg si Sya ni. Suka sgt sakat adik dia tuh, tp okay gak kalu si Izz dgn Sya confirm semua org setuju.

    By d way dear, bila nk upload teaser for Eksperimen Cinta. Rindulah kat Damia dgn Tengku Aaron, nk gak thau kesudahan sikit ttg hubungan dia org berdua tu.

    ReplyDelete
  26. Sambung cepat,.....sambungla cepat!!!! Best gilerrrrrr

    ReplyDelete
  27. knp lme sgt update???????????hish

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry ya..sy sdg pay attention n berusaha utk habiskan nov exp cinta sy dulu.so,sgt2 sorry kalau lambat update tok nov SPS ni..huhu...

      Delete
  28. hahaha.... kasi abg Q dkt sy boleh? kuakua~

    ReplyDelete
  29. sweet la cite nie...
    bile la diorg leh kawin?
    x sbr tugu nk tau jugk Izz lmar camne...
    alahai Hafiy comel, jgn nkl2 tau..
    Menymph pulak kt Deena, rase nk campak kt laut jee, blh x?
    cpt smbng...

    -ara-

    ReplyDelete
  30. (senyum smpai nk trcbut gigi) tersngatlah suka

    ReplyDelete
  31. sk la abg q. izz pown sk.. nk dua2 bole??

    ReplyDelete
  32. suke dgn keakraban sya & q

    ReplyDelete
  33. trasa dah fall something kat abang sya.. bestnyew ade abg gtuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )