Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 15 August 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 16)

BAB 16

Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Aku yang sedang menangis atas katil terus usap mata. Siapa pulak yang mengacau ni? Apa lagi yang dorang nak? Aku dah selamat dah jadi isteri mamat tu. Boleh tak bagi aku ruang untuk aku tenangkan fikiran yang rasa bercelaru ni?

     Dengan perasaan geram, aku kuakkan pintu. Abang. Huh.. tengok muka dia dah bikin hati panas. Abang pun sama dengan semua orang. Tak percayakan aku!

     “Nak apa?” Tak pasal-pasal aku jerkah abang. Padan muka. Tak serik kena terajang dengan aku tadi agaknya.

     “Dik.. janganlah macam ni.” Abang cuba pujuk aku.

     Arghh.. tak payah nak pujuk aku sangatlah! Semua dah jadi bubur. Bubur pun dah basi dah. Menyampah sungguh aku tengok abang. Geram. Banyaklah dik! Tak payah nak dik-dik sangat la dengan aku. Saat-saat genting macam ni la nak dik-dik dengan aku. Cuba kalau tengah gaduh. Keluar habis segala jenis spesis atau dunia ni.

     “Orang nak tidur la. Ngantuk.. tahu tak?” marahku lagi. Aku benci dengan semua orang. Semuanya sebab Izz. Mana pergi entah mamat tu. Malas aku  nak ambik tahu. Blah daripada rumah aku ni pun lagi bagus.

    “Qisya janganlah mengamuk macam ni. Kahwin dengan Izz doesn’t mean everything is over.”

     “Doesn’t mean everything is over?” Aku ketawa sinis. Cakap memang senanglah. Tapi pada aku, aku rasa macam dah kiamat.

     “Sya kena paksa kahwin abang tahu tak? Kahwin. Abang pun tak kahwin lagi tapi Sya dah kahwin. Semua buat macam Sya yang tergila-gila nak berdua dengan Izz. Abang sendiri pun tahu yang Sya tak cintakan Izz, kan? But you are the one who asked me to go marry him. Sya muda. Sya ada cita-cita. Sya study pun belum habis lagi. Macam mana Sya tak rasa marah? Kebebasan Sya dah tersekat. Sya belum sedia nak jadi isteri orang.” Aku luahkan perasaan pada abang.

     “Kahwin masa belajar tak semestinya Sya akan gagal dalam pelajaran. Lagipun Sya dah final year. Dah boleh dah kalau nak jadi isteri orang.”

     Aku rasa nak lempang je bila abang cakap macam tu. Makin menggelegak pulak hati aku yang memang dah melebihi takat didih ni.

     “But I want to marry someone I love.”

     “Then, love him.” Mudah abang jawab.

     Benci betul aku dengan abang ni. Dia ajak aku gaduh ke dia nak pujuk aku? Dahlah keluar habis semua aura lawyer dia. Ingat tengah dalam mahkamah ke?

     “Apa ni, bang? Sya atau Izz adik abang? Yang pergi sebelahkan orang luar tu kenapa? Abang memang tak sayang Sya. Tak payahlah jadi abang Sya kalau macam ni..” Aku dah mula nak nangis balik. Sensitif betul.

     “Bukan tu maksud abang..”

     “Ni semua salah abang. You were supposed to fetch me home. Tapi mana abang? Kenapa abang tak cari Sya bila Sya takde kat bus stop tu?” Aku salahkan abang pulak.

     Memang betul pun. Sebab sepatutnya aku balik rumah dengan abang. Tapi kenapa abang senyap je tadi? Bukannya nak bela aku.

     “Siapa cakap abang tak cari Sya? Abang call Sya banyak kali. Tapi asyik masuk voicemail. Abang call rumah sebab manalah tahu Sya dah balik. Tapi mama kata Sya takde. Abang cari Sya sebab abang risaukan Sya.”

     “Habis kenapa tak cakap macam tu kat papa tadi? Kenapa tak cakap yang abang tak jumpa Sya pada papa? Biar papa tahu yang Sya tak salah.”

     Semuanya dah takde guna. Buat apa abang nak cakap semuanya pada aku sekarang. Sepatutnya abang cakap sebelum aku kahwin dengan Izz.

     “And papa akan ingat yang Sya tak angkat call abang sebab tengah berdua denga Izz? Makin kuat curiga papa.”

     “Phone Sya mati. No.. dimatikan.”

     “But papa didn’t know.

     Huh.. benci betul aku kalau apa yang aku cakap, ada je yang abang balas!

     “Abang tahu tak yang ada orang pengsankan Sya?” soalku. Tapi abang langsung tak terkejut. Buat aku curiga padanya.

     “Entah-entah abang pun bersekongkol dengan Izz.” Aku tuduh abang. Tajam aku jeling abang.

     “You think that Izz and I were conspired to put you into marriage?” suara abang agak kuat. Aku diam. Manalah aku tahu.

     “Abang tak gila la. Abang takkan buat benda yang melibatkan maruah keluarga. Pendek akal namanya tu. Atas sebab apa abang nak buat macam tu? Papa mengamuk. Malukan keluarga Izz lagi.” Abang berkata tegas. Muka pun dah bengang bila aku tuduh dia macam tu.

     Ya… mungkin abang tak salah. Tapi tak bermakna marah aku padanya dah hilang. Sebab dia tetap melampau sebab dah suruh aku kahwin dengan Izz. Tak boleh dimaafkan ni!

     “Izz pun takkan buat kerja gila macam tu abang rasa.”

     “Lepas tu kenapa dia mengaku tadi?” soalku geram. Ingatkan pengakuan Izz buatkan aku rasa nak cekik je mamat tu kalau ada depanku sekarang.

     “Manala abang tahu. Maybe dia nak bertanggungjawab.”

     “Bertanggungjawab untuk apa kalau dia tak salah?” Aku persoalkannya.

     “Perhaps he really loves you.”

     “Dia dah ada makwe la, bang. Mana dia nak campak Maya?”

     “Mana Sya tahu Izz cintakan Maya? Ada dia cakap?”

     Aku bengang bila abang bela Izz lagi. Buat apa nak cakap kat aku? Mestilah dia cakap kat Maya yang dia cintakan Maya. Habis, yang dia ucapkan kata-kata cinta kat aku tu macam mana pulak? Huh.. yang tu tak boleh percaya!

     “Arghh… Sya dah pening dah. Malas nak cakap apa-apa lagi. Dah.. abang keluar. Sya taknak cakap dengan abang dah. Abang sama je.”

     Aku tolak abang keluar dari bilik aku. Pintu dihempas kuat. Mogok! Aku rasa nak menangis je sekarang ni. Menangisi takdir hidup yang tak adil bagiku. Aku hempas badan ke katil. Menangis lagi. Huh! Aku benci bila keluar air mata. Rasa panas je muka, lepas tu kepala pun jadi sakit.

     Pintu bilikku diketuk lagi. Arghh.. ni mesti abang! Tak serik betullah. Perlu ke aku letak tag besar-besar kat luar pintu, tulis PLEASE DON’T DISTURB ME!!! Tak faham bahasa betul abang ni. Aku tahan geram. Bangun daripada katil dan menuju ke arah pintu. Memang dah bersusun dah ayat dalam kepala aku nak sembur abang biar dia faham bahasa Melayu sikit!

     “Nak apa lagi?” Aku buka pintu besar-besar. Muka bengang ditayang. Namun, cuma sekejap bila aku lihat bukan abang.

     Izz..

     Benci dan marah rasa meluap-luap. Nak je aku humban jauh-jauh. Nak je aku tolak biar dia berguling-guling jatuh tangga. Jangan berani tunjuk muka depan aku.

     Cepat-cepat aku tutup balik pintu bilik. Memang sekarang ni aku rasa taknak menghadap Izz. Namun Izz halang dengan tangannya. Apa sangatlah daya aku nak lawan tenaga Izz? Akhirnya dia berjaya menyelinap masuk dalam bilik aku.

     “Kau nak apa? Saper izinkan kau masuk bilik aku?” lantang suara aku. Hormat aku padanya sebagai seorang suami memang langsung tak wujud. Huh.. peduli apa?

     Agaknya sampai tingkat bawah boleh dengar suara aku yang mengalahkan speaker. Kalau biasanya, mungkin mama berani nak sound aku supaya jangan jerit-jerit. Tapi lepas jadi peristiwa tadi, aku rasa mama cakap apa pun aku takkan dengar. Dah tawar hati.

     Merah muka aku menahan marah. Kepala rasa macam nak meletup-letup je sekarang ni. Kalau ukur tekanan darah aku rasa dah sah dapat tekanan darah tinggi. Arghh.. lagi-lagi Izz tayang muka tenang. Lagi-lagi dia nampak rileks je macam tak terkesan langsung apa yang aku cakap. Makin naik darah aku.

     “Abang nak bincang dengan Sya.”

     Aku salah dengar ke apa? Abang? Yew.. nak muntah aku rasa. Wei.. siapa bagi kau mandat nak bahasakan diri kau abang? Geli tekak aku, tahu tak? Baru kejap tadi je kahwin, dah berlagak macam suami mithali. Blah la kau!!

     “Wei.. jangan nak abang-abang sangat la dengan aku. Geli tahu tak? Kau bukan abang akulah. Abang aku cuma sorang,” jawabku. Tu pun dah dibuat gaduh.

     “Tapi abang suami Sya.” Aku dengar suaranya agak tegas. Huh.. ingat aku takut sangatlah? Aku senyum sinis.

     “Suami? Bila masa pulak aku setuju nak kahwin dengan kau? Ada aku cakap aku nak kahwin dengan kau?” sinisku.

     “Cakaplah apa pun, hakikatnya memang Sya dah jadi milik abang.” Izz berkata mendatar.     Suaranya hanya mendatar, tapi dah cukup nak naikkan magma aku. Sakit hati bila dia cakap macam tu. Langsung tak kisah dengan apa yang aku cakap. Sakit telinga kau bila dengar perkataan abang daripada mulutnya.

     “Bila masa aku jadi milik kau, hah? Ada tertulis kat dahi aku ‘Hak milik Izz’?” soalku bengang. Ingat aku ni barang lelong ke?

     Izz geleng kepala. Mengalah dengan perangai aku yang tak terduga tu kut. Tu la.. kau ingat aku ni baik sangat ke Izz? Kau belum kenal aku siapa. Yang kau kenal sebelum ni, Qisya versi baik. Sekarang ni Qisya versi yang sebenar-benarnya. Baru tahu macam mana perangai aku bila aku tak suka sesuatu.

     “Abang turut sedih dengan apa yang terjadi. Tapi abang bersyukur.” Izz bercakap macam bercakap dengan dirinya je.

     Sedih tapi bersyukur? Huh.. berlakon lagi. Aku mencebik. Berbeza betul Izz depan aku sekarang sengan Izz yang aku kenal sebelum ni. Langsung hilang rasa hormat dan kagumku padanya sebagai daddy Hafiy.

     “Semua ni salah kau. Kalau kau tak bawak aku ke hotel tu, aku takkan terikat macam ni. I hate you, Izz. Hate you and hate you!!” jeritku lagi. Macam orang kena histeria. Hati kembali sakit bila mengenangkan apa yang berlaku. Aku memang tak boleh nak terima kenyataan. Mata aku kembali berair.

     “Bukan abang yang bawak Sya ke hotel tu.”

     Aku tergelak sinis.

     “Oo.. kau nak cakap akulah yang jalan sendiri ke hotel tu? I chloroformed myself and then walked into the room. Wow.. nice joke. Kelakar..” Aku ketawa. Kalau orang tengok aku sekarang, memang sah-sah mereka ingat aku terlepas Tanjung Rambutan. Air mata tengah keluar, tapi mulut tengah ketawa.

     “Sya..” Izz nampak macam bimbang dengan keadaan aku. Don’t worry, Izz. Aku waras lagi. Mungkin sedikit gila. Semuanya sebab kau.

     “Sya ingat siapa yang pengsankan Sya?” soal Izz.

     Bijak punya soalan. Aku nampak la kan siapa yang tutup mulut dan hidung aku tu? Aku sempat la kan nak hi-hi, bye-bye dengan orang yang pengsankan aku tu? Orang tengah bergelut nak cari oksigen, mana sempat nak usha la, sengal!

     “Kenapa? Nak tanya aku handsome ke tak ke? Entahlah.. aku tak perasan pulak..”

     “Sya..” suara Izz minta aku lebih serius. Aku teringat sesuatu.

      “Kenapa? Takut aku cam kau?” Aku soal sinis.

     “How many times I told you that the culprit was not me,” tegas suara Izz. Aku mencebik. Aku dah hilang kepercayaan padanya. Memang mungkin bukan dia yang buat. Mungkin dia upah orang, kan?

     “Nak auta akulah tu. Habis tu macam mana kau tahu aku kat hotel tu? Pakai GPS cari aku la ya?” Sempat aku sindir Izz sedas.

     “I tried my best to save you.”

     Aku gelak. Agak-agaklah wei kalau nak menipu sekali pun. Nak berdrama pulak ke? Penting sangat ke aku dalam hidup dia sampai-sampai rela nak selamatkan aku? Negara ni ada undang-undang. Panggillah polis kalau aku dalam bahaya sekalipun. Konon la kalau aku dalam bahaya..

     “Wah.. jadi hero Hindustan pulak? Kecik-kecik dulu minat Shah Rukh Khan ke?” Aku terus menyinis.

    Dia senyap. Cuma pandang aku dengan pandangan aku tak faham. Redup.. buat hati yang panas menjadi tenang. Arghh.. buat gila kau Qisya! Tengah-tengah gaduh tiba-tiba boleh cair dengan mamat tu! Aku ingatkan diri.

     Aku senyum sinis pada Izz.

     “Oh.. aku tahu macam mana kau nak selamatkan aku. Masa tu kau tengah dating dengan Maya. Lepas tu kau ternampak ada orang culik aku, dan bawak aku ke hotel tu Penculik tu berbadan besar with two big tattoos on the shoulders. Mafia besar la kononnya. Penculik kelas satu pada zaman millennium ni memang tak sama dengan zaman dulu. Tak main dah simpan tebusan kat rumah buruk dalam hutan terceruk. Sebab tu dia bawak aku pergi hotel five stars, kan? Lepas tu, atas dasar kemanusian, kau nak selamatkan aku. And then you asked Maya to go home sebab bahaya. Yalah.. takkanlah nak bahayakan nyawa buah hati pulak, kan?”

     Ambik kau! Sampai nama Maya aku heret sekali. Cuba nak ingatkan Izz pasal buah hati pengarang jiwa sepak raga dia tu.

     “Then.. Kau takut aku kena apa-apa, so kau pun berlagak macam hero idaman Malaya la. Tumbuk sana, tumbuk sini. Last-last kau menang. Yalah.. hero mestilah kena menang. Ya tak?”

     Aku berfikir sejenak.

     “Pastu pasal kena tangkap basah tu, sebenarnya kau salah call. Sebab yang culik aku tu ramai, kau pun takutlah. Kau sebenarnya nak call the cops for help, tapi tercall pulak pejabat agama. Bila dorang datang serbu, kau pun terkejutlah dan tertanya-tanya kenapa pulak polis pakai baju putih, siap berserban lagi. Kau pun baru sedar yang semua tu orang pejabat agama. Yalah.. nasi dah jadi bubur. Suka atau tak, dah kena tangkap khalwat. Lepas tu, bila kena paksa kahwin, kau  pun reda je la. Yalah.. dah jodoh, apa boleh buat?” Aku makin seronok buat cerita sendiri.

     “Macam mana? Bagus tak jalan cerita aku? Cukup dramatis tak? Kalau hantar kat pertandingan mereka cerita peringkat kebangsaan kategori bawah umur enam tahun, dah boleh menang hadiah saguhati agaknya. Nanti kalau dah menang, kreditkan nama aku sekali sebagai penyumbang idea.”

     Aku rasa otak aku dah mereng. Macam-macam dah aku melalut. Tapi, hakikatnya fikirannya memang berserabut.

     Izz geleng kepala kesal.

     “It’s not as simple as you think, Sya. You’re probably hard to believe what was happened. And, perhaps the best way is, don’t tell you the truth.” Aku dengar suaranya dah perlahan. Merajuk ke kecik hati? Lantak kaulah. Ada aku kisah?

     “Aku pun tak minat nak tahu. Langsung tak minat. Sebab semuanya dah lepas, Izz. Aku dah kahwin dengan kau. It’s a very ‘the end of my life’. Aku tertekan, Izz. Aku tak cintakan kau. Macam mana aku nak teruskan hidup lepas ni?”

     Aku kembali sedih. Air mata rasa dah nak keluar balik.

     “Habis, Sya nak abang buat apa?” soal Izz.

     “Just get me out of this damn wedlock. Kita bercerai.” Selamba aku cakap tanpa berfikir panjang. Kalau kuasa jatuhkan talak dalam tangan aku, memang dah tak teragak-agak aku ceraikan dia malam ni jugak. Talak tiga, konfim! Kalau ada talak sepuluh, sepuluh talak aku bagi. Tapi malangnya dia yang punya kuasa talak.

     Kalau mama tahu permintaan aku, dah pengsan agaknya. Well.. Aku tak kisah jadi janda. Lagipun bukannya orang lain tahu aku kahwin dengan Izz. Kalau boleh, kata papa, biarlah jadi rahsia sampai aku habis belajar. Kalau masa tu Sya masih isteri dia lagi , papa..

     “No.. never happen. Abang takkan lepaskan mummy Hafiy. Abang kahwin dengan Sya bukan untuk bercerai.” Izz pun turut berkata tegas.

     Darah aku kembali naik. Benci!

     “Then better don’t ask me for what I want!” marahku. Dia yang tanya aku. Bila aku cakap, dia pulak yang taknak. Buat sakit hati aku je la.

     “Keluarlah.. aku benci kau.” Rasa benci aku kembali meluap-luap. Aku tolak tubuhnya keluar daripada bilikku.

     Tak pedulilah dia suami aku ke apa, ada aku kisah? Lantak kaulah nak tidur mana malam ni. Jangan harap aku bagi izin tidur dalam bilik ni. Aku tutup pintu.

      -----------

Bila aku bangun keesokan paginya, aku dengar bagaikan ada kekecohan di tingkat bawah. Aku malas nak ambil tahu apa kejadahnya yang dah jadi kat bawah tu. Aku malas nak turun hari ni. Mata pun rasa  dah sembab sebab aku tidur sambil menangis. Mesti aku akan menghadap muka Izz. Aku taknak. Sakit hati, benci dan marah semua akan muncul balik. Buat hati aku tak tenang.

     Tapi, bila dengar bagaikan namaku disebut-sebut, aku bagaikan tertarik untuk keluar. Siapa yang takde adab datang serang rumah orang ni? Aku dengar macam suara perempuan tengah marah-marah. Perempuan? Jangan cakap Maya sudahlah.

     Aku capai tudung sebelum turun tangga. Meskipun Izz dah jadi suami aku, tapi aku tetap rasa dia orang luar. Aku terdengar suara Izz bagaikan sedang tenangkan perempuan yang dah macam masuk jin tanah.

     “Mana perempuan tu?”

     “Ya Allah, Deena. Tak malu ke buat kacau kat rumah orang?” Aku dengar suara Izz.

     Deena? Tak terkejutlah kalau yang tengah melalak tu minah sengal tu. Agaknya dia mengamuk sebab dah tahu aku dah terkahwin dengan abang Haikal dia tu kot.

     “Apa yang bising-bising ni? Buat kecoh dalam rumah orang pulak!” Aku yang baru turun terus marah.

     “Keluar jugak kau, perempuan. Kau..” Tak sempat aku buka langkah, Deena terus meluru ke arah aku. Dia tampar pipi aku.

     “Deena!” Izz bagaikan terkejut.

     Kebas rasa pipi kiri aku bila kena tampar. Cis, kurang ajar! Darah aku yang belum pernah nak sejuk kembali menggelegak. Kurang asam punya perempuan. Suka hati nenek kau je nak tampar aku, ya? Nanti kau.

     Aku balas balik tamparan dia. Giliran dia pulak tergamam dengan tindakan berani aku. Hati tengah panas, tambah pulak tengah cari tempat nak lepaskan kemarahan, memang nasib kaulah Deena hari ni. Kuat penampar aku semestinya boleh tahan. Sampai terduduk perempuan tu.

     “Shit, kau! Aku memang dah lama geram dengan kau. Dah agak dah kau mesti ada hati dengan abang Haikal, kan?”

     Deena bangun.

     “Ya Allah.. Deena. Dahlah tu.” Yang paling cemas mestilah Izz. Sepupu kesayangan dia berani buat hal dalam rumah aku. Tempah maut la tu!

     “Dasar perempuan tak tahu malu. Entah-entah kau memang sengajakan nak berdua-duan dengan abang Haikal dalam hotel tu. Lepas tu kau suruh abang Haikal bertanggungjawab. Ni sebenarnya taktik kotor kau nak kahwin dengan abang Haikal, kan?” Bermacam-macam Deena tuduh aku. Aku ketawa. Sengaja aku ubah suara biar nampak sinis.

     “Ops, dah kantoi dah niat murni aku nak jadi isteri abang Haikal kau ni. Ha.. ha.. memang pun. Bijak kau. Yalah.. abang Haikal kau ni handsome. Sebab tu la aku nak kahwin sangat-sangat dengan dia. Sayang kalau aku lepaskan orang handsome macam abang Haikal kau ni. Kan abang Haikal saaayangg?” Aku sabdu cukup-cukup di hujung ayat. Sengaja nak sakitkan hati Deena. Mungkin juga hati Izz.

     Apa lagi. Deena makin berapi.

     “Dasar perempuan hati kotor. Kau rampas abang Haikal aku. Abang.. tengoklah bang. Kan Deena dah cakap dia memang guna taktik kotor nak pikat abang. Abang tak nampak ke niat kotor perempuan ni? Perempuan macam ni abang boleh jadikan bini?” Deena merengek-rengek pada Izz. Aku mencebikkan bibir. Sengaja nak panaskan lagi suasana.

     “Deena.. abang cakap sudah-sudahlah. Tak malu ke? Qisya dah jadi isteri abang.” Izz tahan marah. Wajahnya pun serius.

     “Deena tak peduli. Deena nak ajar perempuan ni cukup-cukup.” Deena makin bengang bila kena marah dengan Izz.

     “Suka hati kaulah.. apa yang  penting, kami dah kahwin. Mimpilah kau nak dapat abang Haikal kau ni.” Aku senyum sinis. Sinis pada Izz. Sinis pada Deena. Huh.. memang sesuai dua ekor tu jadi sepupu.

     “Tak guna..” Deena mara ke arah aku. Tangan dah nak naik. Tapi kali ni aku dah cukup bersedia.

     Alah.. Perempuan macam ni, modalnya cuma penampar. Aku tahan tangannya. Jangan pernah berani angkat tangan ke muka aku lagi.

     “Kau ni pehal, perempuan? Kau tak tahu apa-apa jangan nak main tuduh aku pulak. Kau ingat aku takut sangat la dengan penampar tiga kerat kau tu, hah? Nak gaduh dengan aku ke? Nak lawan dengan aku? Masuk gelangganglah. Jom.. kita selesaikan hari ni jugak.”

     Aku mengajak Deena. Tanganku digamit bagaikan mencabarnya. Nak lawan dengan aku ke? Dah lama aku tak lawan dengan orang lain. Menyesal karang kau Deena kalau balik takde gigi hari ni.

     “Qisya.. Deena.. Tolonglah jangan cari pasal.” Izz jadi orang tengah. Aku nampak muka dia pun dah cuak. Bimbang dengan nasib sepupunya tu agaknya. Yalah.. Izz dah tahu aku macam mana. Semalam pun aku dah hampir nak terajang dia. Silap-silap hari bulan masuk hospital sepupunya tu.

     “Kurang ajar..” Deena dah naik hantu.

     Alah.. penampar lagi! Perlu ke aku bukak kursus seni pertahankan diri dekat minah ni? Tulah.. masa kecik-kecik taknak belajar silat ke, tae kwon do ke, karate do ke. Kalau tak sekarang ni mesti seronok dia belasah aku.

    Aku mengelak. Dalam sekelip mata, aku kilas tangan Deena ke belakang. Macam monyet kena senggugut aku tengok cara dia nak lepaskan diri.

     “Abang..” Deena minta tolong Izz.

      “Qisya..”

     “Kau diam. Kau sama je!” Tak pasal-pasal aku jerkah Izz.

     “Kau dengar sini, perempuan. Dengan orang lain, kau boleh nak tunjuk perangai tiga suku kau tu. Kau ingat kau tu besar sangat la sampai semua orang tunduk dengan kau? Ni Qisya la. Jangan ingat sebelum ni aku diam je dengan perangai kau sebab aku takut dengan kau. Jangan cari pasal dengan aku. Kalau tak.. kau faham-faham la apa aku buat nanti. Jangan cakap aku tak bagi kau amaran pulak..” Aku ugut Deena.

     “Hey.. lepaslah!”

     “Kalau kau nak Izz, kau boleh ambik dia. Tapi dengan syarat, suruh dia ceraikan aku. Faham?”

     “Qisya! Apa kamu buat ni?”

     Masa tu la aku nampak papa dan mama masuk rumah. Entah dari mana pun aku tak tahu. Aku tolak Deena. Boleh tahan kuatnya. Agaknya, kalau takde Izz yang halang dia daripada jatuh, memang dah cium lantai. Huh.. Kena lagi aku dengan papa hari ni. Dahlah pasal semalam, marah papa tak habis-habis lagi. Aku macam curahkan petrol dalam api pulak hari ni.

     “Tanya menantu papa dengan sepupu takde adab dia tu.”

     Aku terus lari naik tingkat atas. Tension! Deena dah serang aku. Tak lama lagi aku kena bersedia untuk kena serang dengan Maya pulak agaknya! Tensionlah kahwin dengan lelaki kegilaan orang ni. Huh!

     ----------

Aku rasa fikiran aku makin bercelaru sekarang ni. Aku benci dengan diri aku sekarang ni. Aku benci dengan kehidupan dalam rumah ni. Aku masih lagi seperti kena renjatan dengan perkahwinan ni. Kalau tak menangis, fikiran aku bercelaru. Macam-macam aku fikirkan. Aku layan Running Man untuk hilangkan stress. Tu pun tak boleh buatkan aku gelak.

     Kuliah dah nak start. Aku tak rasa aku boleh hidup dengan normal selagi aku nampak muka Izz. Dekat semeter pun rasa marah kembali bangkit. Bila berdepan pulak, rasa cepat-cepat nak U-turn balik. Macam tu la tingginya rasa marah aku padanya sampai-sampai nak menghadap dia pun aku tak sudi.

     Aku perlukan udara untuk bernafas. Aku nak tenangkan fikiran yang berserabut. Tapi, tak perlu risau. Iman aku masih ada. Belum sampai peringkat nak bunuh diri lagi. Aku tahu semuanya dah tersurat. Tapi, aku pun manusia biasa. Tak semua aku dapat terima dengan ikhlas. Semuanya perlukan masa. Ni bukan macam cerita drama. Semuanya happy ending. Banyak rintangan dihadapi bersama-sama dengan tabahnya. Sebab semuanya director cerita yang tentukan.

     Tapi kisah aku ni kisah nyata. Aku belum tahu kesudahan hidup aku. Semuanya dah ditakdirkan. Mungkin orang akan cakap takdir aku memang dah tersurat dengan Izz. Tapi, aku masih tak boleh terima. Bukan untuk sekarang.

     Sedikit sebanyak aku rasa bersalah sebab aku dah berkasar dengannya. Kadang-kadang fikiran waras dan sedar yang syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Suka tak suka aku kena hormat dia sebagai suami. Tapi, bila fikiran negatif aku datang, aku rasa macam nak belasah je Izz kalau dia ada depan aku. Marah. Benci. Semuanya menjadi sebati. Kedua-dua fikiran aku datang seiring. Dan aku manusia biasa, yang negatif tu juga aku menangkan.

     Sebab tu aku nekad. Aku akan keluar daripada rumah ni. Aku nak lari dari rumah. Mungkin keputusan aku ni macam keputusan orang pendek akal dan tak matang, tapi, ada aku kisah? Hidup aku, suka hati aku la. Aku nak lari daripada Izz. Aku perlukan masa untuk terima semuanya.

     Aku ambil sekeping kertas dan juga sebatang pen. Aku karang sesuatu. Lebih kurang nota untuk lari rumah. Tak kisahlah cara aku ni dramatis sangat ataupun kuno. Apa aku peduli?

     Sya sangat tertekan dengan apa yang dah jadi. Mama, papa, abang semuanya tak sayang Sya. Tak percayakan Sya. Sya sedih. Sya perlukan masa untuk terima semuanya. Sya harap semua hormati keputusan Sya. Sya nak belajar dengan tenang. Tolong jangan cari Sya dekat universiti.

     Hidup Sya dah macam musnah. Cuma universitilah tempat yang Sya ada untuk bertenang sekarang ni. Jadi, Sya harap-harap sangat tiada yang menggangu Sya. Kalau tak, Sya takkan teragak-agak untuk lari lebih jauh lagi. Masa depan Sya bagaikan dah musnah. Jadi, apalah  sangat kalau Sya korbankan pelajaran Sya. Takde kesan langsung.

      Mama, papa, bukan niat Sya nak jadi anak derhaka. Tapi Sya cuma nak cari ruang untuk Sya reda dengan semuanya. Sya sayang mama dan papa. Bukan Sya nak belakangkan mama dan papa. Bila tiba masanya, Sya akan balik. Anggap sajalah yang sekarang ni Sya tengah belajar di tempat yang sangat jauh.

                                                          Qisya Iris

     Siap tandatangan, aku baca apa yang aku tulis. Bolehlah.. takdelah dramatis sangat. Aku lipat kertas itu dan letakkan atas katil. Tempat yang paling senang nak nampak. Aku ambil semua barang-barangku. Cuma beg pakaian dan beg laptop. Aku keluar bilik. Masa yang paling sesuai untuk aku keluar. Semua orang dah keluar. Mak Su pun tengah solat.

     Cepat-cepat aku keluar sebelum semua orang balik. Sempat pula aku matikan CCTV kat pintu pagar rumah. Sebab aku tak yakin mereka semua ikut apa kemahuanku.

     Tapi, mana aku nak pergi sekarang ni?


***** Memandang ramai yang request nak SPS 16, jd anjell pun cubala cepatkan entri kali ni.huhu..harap korang enjoy..saper yg tak suka nov pasal tgkap basah tu, harap sorry..maybe citer ni tak sesuai kot utk anda.huhu.. papepun.. 4 more days to go.. rsenya xtlalu awal tok ucapkan....

 ~~~~SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN~~~~

yg nk balik kg, bhati2 d jln raya.. doakan pjlnan yg slmat tok anjell sabtu nanti. . .   :  ) 

46 comments:

  1. hari-hari tunggu...huhuhu...mcm x puas nak baca...nak baca lagi...biler next entry plak nie...hehhe

    ape2 pun SELAMAT HARI RAYA semoga selamat perjalanan balik kg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..next enty maybe one week after raya kut..one week raya tu rasaya xsmpat nk mnulis.huhu

      Delete
  2. yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy suka2,,, best sgt....

    ReplyDelete
  3. Ayork..tatau..qisya majuk..

    ReplyDelete
  4. yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy suka2,,, best sgt....

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya aidil fitri anjel...besh cerita kali ni...perasaan bercampur baur bila baca..rasa nak ketuk kepala si qisya pun ada sebab too much kat semua family member..hehehe...(sorry overacting..hehehe)
    apa pun, enjoy the last few days of ramadhan,moga mendapat rahmat yg dijanjikan Nya, InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Best nyerrr...lama tggu..x sbr nk bc d nx n3. Papepon..slamat hr ry aidilfitri wt smua geng pmbaca SPS..n 2 u anjel...drive safely..sy blk kpg on thu...so...doa kn pjalanN sy jg....sarikei swak..here i come ( drvg f miri abt 5 n 1/2 hrs by myself)...hehehe....

    ReplyDelete
  7. *tgh pikir sapa sbnrnya puunya angkara*
    Deena? Maya? Kawan baik sya?
    Ksian plaak kat. Hhafiy.. Benci daddy xpe tp sian la hafiy mummy sya oii ;)
    Haishh... Sps 17 pleaseee... ;p

    Slamat hari raya aidifitri~

    ReplyDelete
  8. Best...#^_^
    Padan muka Deena,tak memasal makan penampar Qisya... XD

    ReplyDelete
  9. best sgttttt....sape yg culik sya...bkn izz ke??/ aduiiii pening nak pikir...hehheheehe

    ReplyDelete
  10. Cte ni best. Tp trlmpau tipikal. Asl tngkp khalwat je msti dendan. Cbe la bg sya tu dgr pnjlasan haikal. Kn kurang ajar ngn suami berdosa. Cbe la wt crita yg matang ckit. Sya kn plajar u tnjk kn la yg dia blh berfikir ngn matang bkn ske mrh2 kt husband die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata awk wat cter awk sndiri :)
      cter nie da ckup perfect da...jln cter dia pown teratur n for sure, writer au jln cter dia mcm mna. N psal tgkp khalwat tu, sya pown akn wat bnd yg sma mcm qisya wat :D
      jd sila gunakan logik akal psl nie, n try letak an dri awk at tmpt qisya ;)

      Delete
  11. nama pun tangkap basah, awak. sapa yang boleh pikir dengan waras? benda berat tu. memang takde masa nak dengar cerita betulnye. lagipun before kawen, izz pun tak mau bukak cerita sebenarnye. family sya pun macam tak percaya kat sya. lagi tertekan la dia.

    ReplyDelete
  12. wow bessttt.qisya yg sangat emo dan abg izz yg sgt tenang n sweet.semoga abg izz tenang ye. qisya jgn le tinggal abg izz jauh2. uwaaa...selamat hari raye juge untuk writer n cepat2 sambung ye.

    ReplyDelete
  13. anjell thanks 4 this n3-bestttt-
    ~SELAMAT HARI RAYA~
    nnt updte n3 bru plak bleh?hehe

    ReplyDelete
  14. tq angel...sweet sgt la u..."SELAMAT HARI RAYA" to all

    ReplyDelete
  15. bestnye.. x puas baca.. nak sps17 leh? cepat2 siapkan manuskrip la anjell, then leh printing.. best lau dpt pegang novel sps & baca smpi habis... selamat hari raya jugak...

    ReplyDelete
  16. tk ye Anjel ada juga n3 yg ke16, dptlh lepaskan rindu,
    tapi kalau Anjel ada masa nk post n3 ke 17 tersangatlah
    syok nye. Disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN semuga
    bergembira di hari raya ini, sekiranya balik kampung
    selamat pergi dan kembali dari destinasi yg dituju dan
    berhati hati di jalan raya ye...

    ReplyDelete
  17. best sangat... entry yg pjng,,,,
    thanks to writer

    ReplyDelete
  18. ... entry kali ni panjang besttt... buat bekalan hari raya...hehehe....
    Sya pi tenangkan fikiran dulu.... bila dah tenang minta Izz ceritakan macamana boleh jumpa Sya di Hotel... dengar cerita dengan tenang jangan terus marah-marah ok.... ingatlah Izz tu suami ... walaupun bukan yang Sya Love... macam Abang Sya cakap cuba Love Izz ok... mungkin masa berjauhan, Sya akan rindu dengan Hafiy dan Izz.....

    ReplyDelete
  19. nie mesti keja kwn lelaki sya tue..apa nma dia?lupa dh..hehe
    Anjell selamat hari rya!!

    ReplyDelete
  20. best, tapi harap jalan cerita tak tipikal macam cerita lain. lari bertahuntahun, semua tu.

    ReplyDelete
  21. rasanya ni mesti ikram yang culik qisya. kesian qisya dia tertekan.

    anjell, thank you so much sebab update. ingatkan nak update lepas raya. ni yang sayang anjell lebih ni. hehehe semoga selamat perjalanan pergi dan balik di hari raya. :p

    ReplyDelete
  22. seronoklaahh.. suka bila qisya kerjakan si deena tu padan muka dia..taklah cm ceta kat tv tu watak jadi baik je wlau ada yg nak cari gaduh..

    nak lagi! nak lagi! best la layan ceta ni tak sabar nak tunggu apa seterusnya ;D

    ReplyDelete
  23. tersangatlah geram. adess.. harap2 qisya nak percaya ckp suami dia. hoho.. suami dia kan sweet. :)

    ReplyDelete
  24. apa2pun anjell hati2 dmana saja berada.. selamat menyambut bulan ramadhan.. juga selamat menyambut hari raya aidilfitri nanti ;D

    ReplyDelete
  25. er, tak rasa part qisya tu krg ajar sgt ke? kalau saya la jadi izz memang saya ketuk2 kpala dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah marah...memang ilang sume respect..darah remaja la katakan...hehe

      Delete
  26. ala kesian nya IZZ.. smpai hati SYA wat mcm 2..
    KESIAN3... tpy t'tnya2 jgak spa pnya rncngan yg wat SYA pngsan 2.. curius la.. cpat2 smbong SPS 17 & selnjutnya...hehe SLAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI jgak...

    ReplyDelete
  27. Best lah Anjel. Harap2 sambung next part lah ye. Hehe ;)

    ReplyDelete
  28. best200x...tak kisah la novel ni citer cmne pon tapi mmg the best la tak sabar nak tau tahap keromantikan izz nnt pujuk qisya...hheeheh

    ReplyDelete
  29. huh.. time sya mrh tu, saya pun rsa mrh jgk.. wahaha.. terikut2 emosi dlm cita niey, x sbr nak tunggu next entry! btw, slamat hari raya, saya doakan anjel slamt balek kampung..;)

    ReplyDelete
  30. best3...ganas tahap kronik sya nih...huhu...
    pdan muke deena...cri psal ngn org yg salah...izz lak xgentleman..lgsg xreti nk marah deena yg wat hal kt umah sya...kbtln plk mama sya nmpak sya tgh pgg deena...so,sya lg laa yg slh..oh nooo.....sian sya...cpt2 bg n3 br ye cik pnulis...SALAM AIDILFITRI jgk buat cik penulis...

    ReplyDelete
  31. Thanks. Best nye... sekarang penulisan Anjel dah tahap kronik buat pembaca. Teruskan usaha mu, kami support dr belakang. Apa2 pun complaint dr mrk anggap cabaran.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua terutama Anjel sekeluarga.

    ReplyDelete
  32. cepat la anjell sambung lgi.. nak tau apa si iz buat.. cepat la ye sambung...

    ReplyDelete
  33. TLONG LA SMBUNG AGY CETE NIE PLEASE .. LME TNGGU SMBUNGAN YERR .. HUHUHUHU

    ReplyDelete
  34. akak! awat tlis akak ska tlis nvel sntai n cool je...
    ni yg bt sy syg gla kt nvl2 akak smua....
    gram tau...
    apa2 pn slmt hri raya...
    nk duit rya???

    ReplyDelete
  35. letih ternanti-nanti next entry!!! ari2 check blog nk tau dh update ke belomm... x saba 4 d next entry...cpt2 update yer awok!!

    ReplyDelete
  36. wawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................xdk entri tok hri rya........ sdih nyyyyyyyyyyyeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  37. Nak lagi..... Well cerita nyeh mmg trbaik punya

    ReplyDelete
  38. giler ganas qisya ni..hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )