Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 8 June 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 7)

BAB 7

Mukaku masam mengalahkan ethanoic acid 10MOL. Kalau dipertandingkan dengan apa-apa yang masam dalam dunia ni, rasanya aku tetap pemenangnya. Wajah mama, papa dan Abang Qairul diperhatikan. Aku bercekak pinggang. Tak aci sungguh!

     “Bukannya lama. Tiga hari je,” kata papa lagi.

     “Waa.. sayu.. hati ini makin sayu. Apalah nasib diriku dianaktirikan. Tak kupinta untuk lahir ke dunia. Hatiku hancur menjadi keeping-kepingan..”

     “Novel sangat budak ni. Papa buat pekak je..” selamba abang cakap.

     “Nak lari rumah la macam ni!”

     “Budak ni. Takde menda lain nak fikir. Asyik nak lari rumah je kerjanya. Tak siap kerja sekolah, nak lari rumah. Mama tak beli baju, lari rumah.” Abang mencebik.

     “Diamlah budak tak sayang adik.” Aku jeling abang. Geram sungguh.

     “Papa.. Sya pun nak ikut jugak. Mana aci Sya sorang dok rumah.” Aku tak berpuas hati.

     Geram betul aku. Papa ada persidangan entah apa-apa entah kat New York. Mama ikut. Abang pun ikut. Aku? Aku sorang je yang tak boleh ikut. Kata mama, nanti kesian kat Aunty Fatmah dan Hafiy. Mak su pulak papa bagi cuti. Balik kampung.

     “Habis, saper nak ambik Sya? Kata Pak Halim cuti.” Ni satu lagi masalahnya. Aku manalah ada lesen. Jangan suruh aku naik basikal sudah!

     “Saper cakap Sya kena balik rumah ni? Mama dah cakap kat Aunty Fatmah yang Sya akan menginap kat rumah dia sepanjang tiga hari ni.”

    Aku terlopong. Kalau sumbat carrot pun agaknya muat kut. Arghh.. mama ni. Suka sangat buat keputusan tak tanya aku.

     “Ma…” Aku tak puas hati. Nak nangis pun ada.

     “Ma.. takkanlah Sya nak tidur situ. Seganlah dengan anak bujang dia.” Aku berterus terang. Memang aku segan dengan Izz.

     “Ya Allah budak ni. Mama bukannya soh tidur sebilik dengan Izz.” Haa.. kan dah kena dah tu!

     “Tak eloklah ma. Nanti apa pulak orang kata.”

     “Bukannya takde mak bapak dia. Kejap je. Tiga hari je.”

     “Kalau jadi apa-apa kat Sya nanti, macam mana?” Aku dah berfikiran negative.

     “Hish, budak ni. Ada ke cakap macam tu!” marah mama.

     “Manalah tahu. Sya bukannya kenal dia. Dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat.” Kali ni aku jeling abang. Sekarang ni banyak kisah sumbang mahram. Ish.. ish.. apa nak jadi la sekarang ni?

     Abang hempuk bahu aku. Sakit, siot. Sumpah dia ni tak sayang adik!

     “Ewah, budak ni. Ingat abang ni apa? Sekeh tercabut gigi karang!” Abang marah aku. Aku sengih.

     “Yalah.. abanglah abang yang paling bagus atas dunia ni. Yang layak disayangi oleh Qisya Iris. Tanpa abang, siapalah Qisya. Tanpa abang, tak bererti hidup Qisya. Daebak!” Aku puji melambung sambil membuat gaya thumbs up dengan kedua-dua jari.

     “Dan jangan lupa tambah, abang yang paling handsome, okey?”


     Aku tayang muka menyampah. Penyakit perasan abang ni makin hari makin serius. Aku rasa kena cepat-cepat panggil Doktor Hanum supaya betulkan sikit kekasih dia ni. Kena cucuk vaksin anti-pearasan.

     “Ma.. tak bagus ma lelaki ngan perempuan bukan mahram serumah. Setan ada kat mana-mana.” Aku kembali berdebat dengan mama. Bagi kuliah agama kat mama macam la mama tak tahu bezakan mana baik dan buruk.

     “Kalau jadi apa-apa, bukannya susah. Kahwinkan je, mama. Dia tu pun handsome. Kalau mama dapat cucu pun nanti mesti comel-comel macam Hafiy. Mata hijau-biru, mama.. Comel betul.”

     Aku cubit lengan abang. Bagi idea pelik-pelik lagi kat mama. Buatnya mama setuju, memang aku betul-betul lari rumah le. Tak rela aku!

“InsyaAllah tak. Mama tengok Izz tu pun budak baik je.” Mama senyum. Lain macam je aku tengok? Runsing betul!

     “Mama.. jaga-jaga. Papa ada kat sebelah tu.” Aku ketawa dengar kata-kata abang.

     “Yalah tu. Entah-entah kaki perempuan kat luar,” selamba aku kutuk anak Aunty Fatmah.

     “Budak ni. Mulut tak pernah nak jaga. Cubalah jangan nak menuduh je kerjanya?” Mama dah start masuk gear membebel.

     “Cakap je.. Precaution step..”

     “Takkanlah.. Izz baik. Mama suka betul tengok budak tu.” Mama puji lagi.

     Abang dekatkan kepalanya kepadaku.

     “Sya, mama nak Izz jadi menantu dia,” bisik abang.

     “Hih.. abang ni! Tampo karang!” Aku naik angin. Abang ketawa.

     “Lawyer’s teory is always right.”

     “Yalah tu..” Aku mencebik. Nasib baik mama dan papa tak dengar abang mengarut.


     “Kalau jadi menantu kita mesti best. Kan, bang?”

     Arghh.. mama. Aku ingat isu Izz dah selesai dah. Makin mengarut pulak jadinya. Tinggi sangat angan-angan tu, mama. Aku masam muka. Tak suka sungguh kalau hal menantu-menantu ni. Abang pulak best je dia ketawa.

     “See..” abang sengih.

     “Mama ni. Melarat sampai kahwin-kahwin ni kenapa? Taknaklah Sya.” Aku geram. Kalau sebut pasal nak menantu lelaki, memang dia nak aim kat akulah tu! Takkan abang kot?

     “Eleh.. ingat Izz tu suka sangatlah dengan kamu tu? Pemalas, tak reti masak, kaki jalan, suka tidur. Apa lagi?” seronok mama kutuk aku.

     “Suka mandi lambat, bangun lambat, tidur berdengkur, makan banyak pun ya mama.” Dan sudah semestinya kita punya Encik Qairul Afham sebagai penambah perisa secukup rasa!

     “Eee.. bila masa orang tidur berdengkur. Dia tu yang tidur macam badak ada lubang hidung sebelah!” Aku kutuk abang balik.

     “Dah.. dah.. kamu dua orang ni macam kucing dengan anjing. Sama je.” Mama tenangkan keadaan. Mcam tu lah isteri majistret.

     “Berbalik pada isu New York tu, mama harap Sya terima. Lain kali, mama janji Sya mesti ikut,” janji mama untuk memujukku.

     “Yalah.. yalah..” Aku mengalah. Malas nak merajuk panjang.

     “Dengan syarat, bawak balik hadiah banyak-banyak untuk Sya.” Aku sengih.

     -------

“Kakak.. kenapa kakak bawak beg? Kakak nak duduk sini ke?” soal Hafiy. Pastinya pelik melihat aku tiba-tiba bawa beg pakaian ke rumahnya. Biasanya memang aku datang melenggang kangkung je. Takpun dengan laptop Vaio putih kesayanganku. Khas untuk online. Hehe..

     “Kakak nak tumpang rumah Hafiy. Mama kakak tinggal kakak sorang-sorang.” Aku buat muka sedih. Mama, papa dan abang semuanya dah selamat berlepas. Huhu.. maka tinggallah aku sebatang kara di sini.

     “Mama kakak pergi tempat jauh ke?” soal Hafiy. Aku angguk. Jauh Hafiy.. New York. Beribu-ribu batu dari sini. Tak pernah aku tak ikut kalau dorang oversea. Huhu..

     “Kakak sedih, ya?”

     “Mestilah sedih.” Aku buat muka makin sedih. Tarik simpati budak. Hehe..

     “Kakak jangan sedih. Mummy Hafiy pun dah pergi tempat jauh.”

     Aku tersentak. Kenapa Hafiy cakap macam tu? Adakah dia maksudkan yang mummynya dah meninggal dunia? Aku pandang wajah bersih Hafiy.

     “Daddy cakap, Allah dah bawak mummy ngan papa Hafiy ke tempat yang jauh sangat-sangat. Hafiy nak ikut. Tapi daddy cakap tak boleh. Sebab yang ikut Allah cuma orang yang Allah pilih je. Hafiy nak sangat jumpa papa ngan mummy. Tapi daddy cakap bila sampai masanya, Hafiy boleh jumpa papa ngan mummy. Daddy suruh Hafiy selalu doa untuk mummy dengan papa sebab nanti Hafiy boleh jumpa mummy ngan papa kat syurga.”

     Hatiku tersentuh mendengar kata-kata Hafiy. Kata-kata daripada seorang kanak-kanak yang innocent. Macam tak percaya Hafiy budak lima tahun yang bercakap macam tu. Berair hujung mataku tiba-tiba tapi cepat aku sapu sebelum Hafiy perasan. Kesiannya Hafiy. Maksudnya Hafiy memang tahu statusnya yang yatim piatu. Aku betul-betul tak sangka Hafiy anak yatim piatu. Selama ini aku hanya ingat Izz tolong jagakan Hafiy sebab ayah kandung Hafiy berada di luar Malaysia. Aku ingat yang ayah kandung Hafiy sudah bercerai dengan isterinya. Aku teringat cerita mama yang Aunty Fatmah juga ada seorang anak yang berada di luar negara sekarang ni. Jadi, yang Aunty Fatmah maksudkan tu bukanlah papa Hafiy. Aku jatuh simpati pada Hafiy.

     “Kakak tak sedih dah. Sebab mama kakak pergi kejap je. Nanti dia balik,” kataku. Aku taknak Hafiy salah faham. Tak pasal-pasal dia ingat mama dah meninggal. Tak sanggup aku nak terima kenyataan. Huhu.. tiba-tiba je rindu mama.

     --------

“Sya selesa tak duduk bilik ni?” Aunty Fatmah bertanya kepadaku. Aku senyum.

     “Selesa, Aunty,” jawabku jujur.


     Aunty Fatmah memberikanku salah satu bilik tetamu yang terletak di tingkat atas. Konfomlah selesa kalau dok bilik rumah besar gedabak ni. Bilik orang gaji pun rasanya besar.

     “Nanti kalau nak apa-apa atau nak tukar bilik cakap je.” Aunty Fatmah begitu baik sekali melayan aku.

     “Aunty ni.. macam Sya tak biasa pulak. Hari-hari Sya datang kemas bilik ni.” Aunty Fatmah tergelak.

     “Sya dah jadi tanggungjawab Aunty. Mama Sya dah amanahkan Aunty untuk jaga Sya tiga hari ni. Aunty taknak Sya rasa tak selesa.”

     “Wokeh, Aunty. Kalau Sya rasa nak apa-apa Sya cakap.” Aku berjanji. Tapi, tak rasa nak mintak apa-apa sekarang ni. Aku cuma rasa nak cakap dengan mama je sekarang ni. Rindunya..

     ------------

“Daddy… daddy.. malam ni kakak tidur sini. Hoorey.. Hafiy ada kawan.”

     “Adoi.. janganla lompat-lompat. Sakit dada daddy ni..”

     Aku dapat mendengar suara Hafiy yang menjerit kegirangan pada daddynya. Izz dah pulang kerja ke? Aku pandang jam. Hmm.. patutlah. Dah enam petang lebih. Aku sedang menolong Aunty Fatmah masak untuk makan malam. Dengan level aku sekarang, hanya mampu capai pangkat assistant chef je la. Hehe.. Menu utama malam ni adalah sup ayam. Kata Aunty Fatmah, sup ayam memang favourite Hafiy.

     “Hafiy ni.. sejak ada Sya, asyik gembira je dia.” Aku mendengar Aunty Fatmah berkata sambil tersenyum. Kepala digelengkan beberapa kali.

     “Apa pulak kaitannya dengan Sya, aunty? Budak-budak memang selalu happy,” jawabku. Aku tak rasa akulah punca Hafiy gembira.

     “Aunty boleh nampak, Sya. Hafiy tak pernah rapat dengan orang luar sebelum ni selain Mak Mah. Nampak sayang benar Hafiy kat Sya. Dia memang susah nak didekati. Tapi bila dah dekat, memang Hafiy buat macam dah kenal sepuluh tahun. Tu yang Aunty nampak sekarang. Hafiy boleh rapat dengan Sya dalam masa seminggu je.”

     Aku ketawa.

     “Baru beberapa hari je kami kenal, aunty. Takkanlah disebabkan Sya pulak?” aku gelak lagi. Tak logic langsung.

     “Apa-apalah, Sya. Tapi Aunty bahagia sangat sebab Sya datang ke rumah ni. Rasa macam Allah hantarkan bidadari untuk kami. Hafiy sejak ada Sya ni, dah agak kurang nakalnya.”

     Aku sengih. Aunty ni buat lawak ke der betullah. Aku bidadari? Haha.. cerita kat abang ni, grenti berguling-guling dari tingkat atas ke tingkat bawah dia gelakkan aku. Jangankan abang. Aku pun nak tergelak dengar. Bidadari tu terlalu sempurnala Aunty. Manalah layak aku dibandingkan dengan bidadari.


     “Mungkin Hafiy dah lama dambakan kasih sayang seorang mummy,” kata Aunty Fatmah perlahan. Tapi aku sempat dengar.

     “Apa Aunty cakap?” Aku tanya Aunty Fatmah. Dia cuma senyum hambar.

     “Hafiy rindu arwah mummy dia kot,” kata Aunty Fatmah.

     “Kalau macam tu, suruhlah Izz kahwin lain,” senang aku jawab.

     Aunty Fatmah mengeluh. Nampak berat.

     “Sebenarnya, Hafiy bukan anak kandung Izz. Izz tu cuma bapa saudara Hafiy. Hafiy adalah anak kepada anak sulong Aunty. Namanya Izzul. Zul dan isteri meninggal masa Hafiy kecik lagi. Dalam umur beberapa bulan. Meninggal sebab accident. Sejak tulah Izz jaga Hafiy macam anak sendiri. Masa tu dia study engineering kat Cambridge. Demi Hafiy, Izz sanggup balik Malaysia dan habiskan study dia kat Malaysia je. Kami dah suruh Izz habiskan study dulu baru balik. Tapi dia taknak. Izz cakap yang Hafiy perlukan dia. Dan abang long dia dah amanahkan dia untuk jaga Hafiy. Izz yang bahasakan diri dia daddy kat Hafiy sebab dia taknak Hafiy rasa kurang kasih sayang ayah. Dia sayang Hafiy macam dia sayangkan nyawanya sendiri. Izz belum kahwin lagi. Dah berbuih mulut aunty suruh dia kahwin, tapi dia cakap dia akan kahwin bila jumpa perempuan yang boleh terima Hafiy sebagai anak,” panjang lebar Aunty Fatmah bercerita.

     Ooo.. macam tu rupanya ceritanya. Kagum aku dengan Izz.

     “Hafiy tahu dia bukan anak Izz?” soalku pura-pura tak tahu.

     “Tahu. Izz yang cakap. Aunty tak beapa setuju sebab Hafiy masih kecik lagi. Aunty nak tunggu sampai Hafiy besar baru nak bagitahu hal sebenar. Aunty bimbang Hafiy sedih dan memberontak. Tapi Izz cakap Hafiy ada hak untuk tahu siapa orang tuanya. Hafiy harus kenal siapa orang tuanya dari kecik lagi. Izz nak Hafiy selalu ingat yang dia punya orang tua yang sangat sayangkan dia sebelum mereka meninggal. Aunty tak sangka Hafiy faham apa yang Izz cakap. Sampai-sampai dia tanya Izz, ‘Kalau Hafiy selalu doa untuk mummy ngan papa, mesti mummy ngan papa senang masuk syurga, kan?’. Aunty rasa nak menangis bila dengar macam tu,” cerita Aunty Fatmah sebak.

     Aku yang dengar cerita tu pun turut rasa sedih. Kesian Hafiy. Baru aku rasa yang aku sangat-sangat bertuah sebab ada mama dan papa. Huhu.. mama, papa. Baru sekarang rasa bersalah sebab aku suka menjawab mulut mama.

     “Nenek..” jeritan gembira Hafiy memanggil Aunty Fatmah mematikan perbualan kami. Hafiy muncul dengan senyuman manis dan wajah yang riang. Betul kata Aunty Fatmah. Hafiy nampak gembira.

     “Apa dia, sayang?” soal Aunty Fatmah.

     “Daddy cakap daddy nak bawak Hafiy jalan-jalan esok. Happynya.. dapat beli toys baru! Leps tu boleh makan pizza. Hoorey..” cerita Hafiy lagi.

     “Ibu..”

     Muncul pula Izz di dapur tu. Mata kami sempat bertembung seketika sebelum kami berbalas senyuman. Kekok betul. Haish.. apa pasalla aku rasa sangat kekok dengan mamat tu? Takde chemistry langsung. Mamat tu memang pendiam ke?

     “Daddy.. kita nak jalan-jalan esok, kan?” Bulat mata Hafiy memandang daddynya.

     Izz senyum. Kepala Hafiy digosok.

     “Ya, sayang. Kan daddy dah cakap tadi,” jawab Izz. Aku nampak betapa penyabarnya Izz.

     “Hoorey.. boleh keluar jalan. Kakak.. Hafiy nak jalan-jalan esok.” Hafiy memberitahuku pula.

     Aku senyum. Macam ni la perangai budak. Gembira betul kalau boleh jalan. Macam tak keluar rumah setahun je gayanya. Kalau boleh satu dunia ni nak diberitahunya.

     Aku sambung kerja aku iaitu menolong Aunty Fatmah masak. Malas nak ganggu perbualan keluarga bahagia tu.

     “Yey.. daddy, kakak boleh ikutkan?”

     Nasib baik tak tertumpah sesenduk garam dalam sup. Terkejut punya pasal dengan soalan mengejut Hafiy. Apahal pulak nama aku naik sekali ni?

     “Bolehkan, daddy?” soal Hafiy lagi.

     Izz pandang aku. Teragak-agak aku sengih. Plywood betul senyumku.

     “Entah.. Hafiy kena tanya kakak. Kalau kakak nak ikut, daddy no hal,” jawab Izz senang.

     “Kakak.. nak ikut kan? Kan? Jomlah kakak.. Please..”

     Hafiy dah buat muka comel dia. Ni yang aku tak tahan ni kalau dah pujuk aku dengan muka comel dia tu. Dah nak start nak cair dah ni.

     “Elok sangatlah tu. Esok hari Sabtu. Sya pun asyik kerja je. Kesian aunty tengok. Dah macam takde sosial life pulak.” Aunty Fatmah menambah.

     Tiga mata pandang aku. Dan aku?

     “Err..”

     “Please…” Hafiy pujuk lagi.

     Dan aku terus setuju.

26 comments:

  1. best, bila dia org nak kawin

    ReplyDelete
  2. HAHA. Talented writer. Memang ohsemmm!

    ReplyDelete
  3. Pandai hafiy pujuk kakak... ;)
    Chumellnyer la hafiyy nii..
    Xnampak mmslh pon hubungan dorang ni.. Xsabo nak tau apa sebab kakak ni xsuka daddy nti..

    ReplyDelete
  4. Sya memang cepat kalah kalau tengok muka comel Hafiy...hehehe #^_^

    ReplyDelete
  5. mesti comel budak neh!! best sangat!! tp, kenapa prolog tu, qisya tak suka?? arghh..tertanya-tanya!

    ReplyDelete
  6. bes2...hafiy dah makin rapat dengan sya...

    ReplyDelete
  7. mst btmbah rpt la dorg nti xde la x btgur sapa cm sblum nie kn..cian plak hafiy rpe2 nyew ank yatim piatu

    ReplyDelete
  8. ohooo.. pendeknye n3.. tapi takpe best! kenapa lar Hafiy ney cumill sangat? kalau ada depan mata dah ku cubit2 pipinya

    ReplyDelete
  9. ohooo.. pendeknye n3.. tapi takpe best! kenapa lar Hafiy ney cumill sangat? kalau ada depan mata dah ku cubit2 pipinya

    ReplyDelete
  10. hahahahaah.. lam tgu nie baru ada
    bestttttttt

    ReplyDelete
  11. best nak lagi jgn lupa cepat sambung ye... anjell kasilh panjang
    lagi tak puaslah baca....

    ReplyDelete
  12. sedih plak bc n3n ni...hehehe..tp sweet jer dgn telatah hafiy...

    ReplyDelete
  13. terbaikkk.... gelak nak terguling-guling ja.... yang sedih macam nak ikut menanggis ja....

    ReplyDelete
  14. wah bla nk msuk bab sterusnya x sbar nk bca nieeee :D

    ReplyDelete
  15. besttttttttt...

    ReplyDelete
  16. next please??
    best sgt2..
    sweet!!
    ^_^

    ReplyDelete
  17. mmg best la ceta ni...xsbr tgu...

    ReplyDelete
  18. ada jual ke novel ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is a new novel..mna ad jual lg.huhu

      Delete
  19. bila nak sambung lagi . Takk Sabar nak tahu Apa jadi ! hehehe :P

    ReplyDelete
  20. huuu,...ble nk smbung lg,..x sbo best sgt,...n x sbo nk beli.

    ReplyDelete
  21. alolo, comelnye Hafiy ni, eiiigeram tengok budak pandai macam Hafiy ni,

    ReplyDelete
  22. budak2 pn memilih nk baik dgn sape tau...

    ReplyDelete
  23. Hai kak anjell.. Saya suka baca penulisan akak... memang selamba habis dan mencuit hati,,, sampai2 mak saya membebel sebab selalu tersenyum sensorang bila baca blog ni,, akak memang terbaik!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )