BAB
7
Medina
mencampak air kotak yang baru habis diminumnya ke dalam tong sampah yang berada
beberapa meter darinya. Niat nak perasan jadi ala-ala shooter bola keranjang berjaya terus tak jadi bila air kotak tu
terpesong ke tepi. Cun pulak terjatuh depan seorang lelaki yang tengah jogging. Leper kena pijak.
Mampus
aku! Medina tepuk dahi. Ni kalau yang tukang pijak tu pekerja majlis bandaraya,
mahu kena denda dia atas kesalahan buang sampah merata-merata.
Cepat-cepat
Medina bangun dari duduknya dan menuju ke arah lelaki yang tengah tunduk untuk mengambil
apa yang dah dipijaknya.
“Err..
sorry. Tak sengaja.” Medina
cepat-cepat minta maaf sebelum kena caci. Nasib baik air kotak tu jatuh kat
kaki dia. Buatnya kena kepala mamat tu? Apa aku nak jawab? Dahlah badan lelaki
tu nampak boleh tahan sasanya. Tak pasal-pasal hari ni kena libas denan mamat tu.
Lelaki
itu berpaling.
Medina
terkejut. Lelaki itu pun sama. Tapi cuma sekejap sebelum dia senyum manis.
“Wow.. is this what people call destiny?”
soal Tengku Ian. Tak percaya bila Medina tengah bediri di depannya. Rasanya nak
dekat seminggu juga mereka tak bertemu.
Medina
terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Tak sangka boleh jumpa lagi.
“Yours?” soal Tengku Ian sambil
menunjukkan air kotak laici di tangannya. Dah takde rupa kotak.
Medina
tak angguk, tak juga geleng.
Tengku
Ian campakkan kotak itu ke dalam tong sampah di sebelahnya. Kemudian pandang Medina
balik.
“Tiap
kali jumpa awak, kenapa mesti ada benda jatuh depan saya?” soal Tengku Ian.
Dan
tiap kali saya jumpa awak, kenapa mesti awak tengah jogging?
Medina tak jawab pertanyaan Tengku Ian. Dia terus berpusing dan kembali duduk di atas kerusinya. Tengku Ian turut sama mengikut.
“Kenapa
awak duduk sini?” soal Medina. Soalan macam nak cari gaduh. Tak puas hati.
Kemudian
Tengku Ian bangun. Terbongkok-bongkok di sekeliling bangku itu macam tengah
cari sesuatu. Medina pelik.
“Cari
apa?”
“Takdelah
pulak tulis hak milik Medina. So, saya
boleh duduk la kan?” Tengku Ian sengih lagi.
Malas
Medina nak cakap apa-apa. Apa yang Tengku Ian cakap ada betulnya. Bangku hak
milik semua. Tapi…
“Kenapa
tak sambung jogging?” Tak faham
Medina.
“Dah
habis dah.” Tengku Ian beralasan. Padahal dia berhenti jogging lepas nampak Medina tadi. Entah kenapa kaki bagaikan
ditarik untuk mengikuti Medina. Sekali pandang, dah dapat diagak Medina tengah
ada masalah. Wajah anak gadis itu nampak agak muram. Dan, pipi kirinya nampak
agak merah.
“Kenapa
datang sini?” soal Tengku Ian pula.
“Rasanya
tak perlu jawab kut soalan tu.”
“Then, let me guess. Something happened,
right? Gaduh dengan ibu tiri dan kakak tiri lagi?”
Medina
jeling tajam. Sangat tepat. Tapi dia tak suka.
“Your cheek looks red. Kena tampar pulak ke?”
teka Tengku Ian lagi.
Dia
tak tahu la mata Tengku Ian terlebih cekap atau dia main teka je. Tapi tekaannya
memang betul. Arghh… bencinya! Kenapa bila sesuatu pasal konfliknya dan
keluarga tirinya terjadi, mesti terbongkar depan Tengku Ian? Bahaya betul.
“Diam
tanda setuju. Betul la tu.”
“Kalau
betul kenapa? Nak report Ku Zam ke?
Cerita kat dia yang saya ni tengah tabur fitnah nak burukkan mak dengan kakak
tiri saya.”
Sangat
sinis di telinga Tengku Ian. Tapi Tengku Ian cuma senyum. Tak payah report pun Ku Zam dah tahu.
“Well.. I don’t think he needs to know. And
saya tak rasa awak tabur fitnah. Dulu pun dah pernah jadi depan saya kan?” Selamba
Tengku Ian cakap macam perkara tu selalu dilihatnya.
Medina
cuma diam.
“So, betul la ni, kan?” korek Tengku Ian
lagi.
“Apa
yang betul?” Medina buat-buat tak faham.
“Cinderella
alaf 21?”
“Siapa
Cinderella?” Pantang betul Medina dengar perkataan tu.
Tengku
Ian cuma senyum bila Medina pandang dia. Macam nak dicincangnya hidup-hidup. Medina
cukup tak suka dengan perkataan itu. Jadi betullah hidupnya macam Cinderella?
“Nampaknya
memang betul tanpa ragu-ragu lagi. Hmm.. adakah saya tahu sesuatu yang tak
patut diketahui?” Tengku Ian makin yakin dengan firasatnya.
“Kali
ni dorang buat apa kat awak?” Tengku Ian masih tak berputus asa. “Nampak macam
awak buat salah besar sampai-sampai awak kena tampar.”
“You can think that way. That I’m always a troublemaker.
Ya.. ya.. hobi saya pada masa lapang memang buat masalah,” sinis Medina. Tengku
Ian yang tak tahu apa-apa pun fikir dia yang salah.
“Bukan
tu maksud saya. I mean, they are too much
if they hit your face for small mistake.”
“You know something you shouldn’t know. It
ends here.” Medina malas nak layan.
Tengku
Ian orang luar. Dia tak patut biarkan masalah keluarganya diketahui orang luar.
Tengku Ian dah syak walaupun dia tak pernah mengaku. Apa gunanya kalau Tengku
Ian tahu? Bukannya boleh selesaikan masalah.
Memang..
Tengku Ian rasa dia tahu sesuatu yang dia tak patut tahu. Dan dia tahu apa yang
orang lain mungkin tak tahu. Dan itu membuatkan rasa nak tahunya makin
membuak-buak. Makin dia nak tahu al-kisah hidup Medina macam mana.
“Kalau
ada masalah, jangan dipendamkan. Baik luahkan.” Dah macam pakar psikologi pula
Tengku Ian memberi nasihat.
Ya.
Medina sedang luahkan pada tasik di depannya supaya dia pulang nanti dengan
hati yang tenang. Luah pada tasik je mampu. Orang? Huh.. dia tak percayakan
orang lain selain Zuyyin.
“You can confide me if you want to,”
tambah Tengku Ian lagi.
Kali
ni pandangan Medina sinis terhadap Tengku Ian. Kelakar pun ada. Kenal lebih
kurang seminggu. Jumpa tak sampai lima kali. Orang gila je rasanya yang akan
ceritakan masalah pada mamat ni. Medina sendiri pun tak tahu Tengku Ian ni
orang macam apa. Entah-entah balik rumah lepas ni, dia jaja kat semua orang
hidup keluarga Datuk Azizan ni macam mana.
“Terima
kasih je la. Tak rasa perlukan khidmat pakar sakit jiwa sekarang ni.”
Tengku
Ian gelak kuat. Aku? Pakar sakit jiwa? Haha.
“Maybe not now. And anyway, if you need
someone to share your problem with, this pakar sakit jiwa is always there.”
Medina
mencebik. Dia tak rasa semua tu akan jadi. Dia bukan jenis yang suka jaja
cerita kat orang lain. Lelaki pulak tu. Dan Tengku Ian ni pulak, dah kenapa?
Terlebih peramah ke sampai boleh cakap macam tu kat dia? Gaya macam mereka dah
kenal sepuluh tahun.
“Oh,
ya ke? Anyway, bila saya perlukan
khidmat tu, hotline apa yang saya
perlu hubungi? 999? Teledera?” sinis Medina lagi.
“Cuma
pejamkan mata, saya pasti akan muncul.”
Phuii…
Bajet hero! Kau ingat kau tu boleh teleport
macam Kim Soo Hyun dalam My Love From Another Star ke? Medina buat muka.
Tengku
Ian terus ketawa dengan reaksi spontan Medina. Medina tak pernah menipu kalau
dia tak suka.
-------------------
“Dee!”
Medina
dan Tengku Ian sama-sama berpaling ke arah suara itu. Nampak Zuyyin tengah laju
berjalan ke arahnya. Huh.. nak seru aku balik la tu!
“Kat
sini rupanya. Aku dah agak dah. Kalau dah budak tu histeria kat rumah, memang
aku tahu kat sinilah kau menyorok. Aku call
bukannya reti nak jawab. Baik baling telefon mahal kau tu masuk tasik,” bebel
Zuyyin sesudah sampai.
Ya..
bila Puteri histeria kat rumah, maksudnya mesti Medina baru habis perdajalkan
kakak tirinya. Tekaan Zuyyin betul bila Datin Mawar suruh maknya buang semua
baju yang ada dalam mesin basuh. Bila dia tengok, memang wassalam dah semua
baju-baju tu. Takde yang terselamat. Bila ditanya kenapa, maknya cakap yang
Medina tuang Clorox dalam mesin basuh. Memang patutlah Puteri menangis bagai
nak gila.
Tapi
yang Zuyyin geram, kenapa Medina ni buat macam tu? Dia sayangkan Medina. Kalau
balik rumah lepas ni, sah-sah Medina kena marah teruk. Medina ni memang tak
pernah fikir kesannya kalau dia dah ikut kepala dia tu.
“Kau
tahu tak sekarang ni mak tiri kau marah gila. Kalau kau balik lepas ni, aku
rasa..” Kata-kata Zuyyin terhenti bila terperasankan Tengku Ian.
Alamak..
salah cakap! Serius tak perasan Tengku Ian tadi. Errr.. Tengku Ian dengar ke
apa yang dia cerita tadi?
Tengku
Ian cuma senyum manis. Muka Medina pula hanya selamba.
“Kenapa
datang sini?” Medina buat-buat tak tahu. Perasan Zuyyin terus diam bila nampak
Tengku Ian.
Malas
nak cakap apa-apa. Baru je dia dan Tengku Ian berdebat pasal benda ni, tup-tup
Zuyyin datang kemukakan bukti. Dia tak tahu apa fikiran Tengku Ian sekarang ni.
Nak marah pun takde guna.
“Jemput
tuan puteri balik la. Dah nak maghrib ni. Tak nak balik ke?” sindir Zuyyin.
Terus tak jadi nak cerita macam mana rupa singa Datin Mawar tadi bila di depan
Tengku Ian.
“Papa
dah balik?” soal Medina.
Papa
dia keluar tadi. Sebab papa keluarlah dia boleh dapat penampar sedap sehingga
menjilat ibu jari kaki ni.
“Dah.
Dia suruh aku cari kau.”
Hmm..
suruh cari aku tu, tak lain tak bukan nak pastikan aku balik rumah. Kena kurung
lagi la dia malam ni. Budak nakal macam dia ni, memang selalu kena perintah
berkurung. Apa ingat zaman jepun je ada perintah berkurung? Dia, boleh
dikatakan tiap kali balik rumah. Sebab tu la sepanjang tahun kuliah, jarang dia
balik rumah.
“Tiap
kali balik rumah, Medina nanti kena marah teruk ke?” Tengku Ian tiba-tiba
bersuara.
Err..
err.. Zuyyin tak tahu nak cakap apa. Rasanya soalan tu untuknya sebab mata
Tengku Ian pandang dia. Sah dia dah terlepas cakap! Ke Tengku Ian tahu daripada
Medina? Medina yang cerita ke? Tapi tu bukan macam Medina.
“Dahlah,
jom balik,” ajak Medina. Malas kisahkan Tengku Ian.
“Medina,”
panggil Tengku Ian.
Telefon
dalam genggaman Medina dirampas. Tekan-tekan skrin macam apa yang dia buat tu
sikit pun tak salah. Bengkak juga hati Medina.
“Apa
awak buat ni?” Nak rampas balik macam takde guna. Sebab Tengku Ian tinggi macam
galah.
“Hotline pakar sakit jiwa. 24 hours service.” Telefon dikembalikan
kepada pemiliknya.
Tengku
Ian senyum.
“Tips.
Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.” Tengku Ian
kenyit mata pada Medina.
Medina
mencebik.
“Tak
percaya, cubalah. Daa..” Dan dia terus berlalu.
Apa
entah masalah mamat tu? Dia pandang telefonnya. Tak pula berniat nak padam
nombor telefon Tengku Ian. Takde guna. Sebab bila dia buka call log, ada satu nombor telefon tak dikenalinya yang baru
dihubunginya. Maksudnya, nombor telefonnya dah ada dalam telefon Tengku Ian.
Kalau
awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak? Ayat tak boleh blah
betul!
----------------
Malam
itu, pintu bilik Medina diketuk beberapa kali. Bila dibuka, nampak muka kakak
tirinya yang sedang tersengih-sengih depan biliknya.
“Papa
panggil,” lapor Puteri.
Yang
kau sengih-sengih macam tapir lepas minum todi ni dah kenapa? Malas nak tengok
muka Puteri.
“Padan
muka kau malam ni. Mesti kena marah teruk dengan papa lepas ni.” Puteri jelir
lidah pada Medina. Tak sabar nak tengok Medina kena marah teruk dengan papa
malam ni. Macam biasa.
Malas
nak layan minah ni. Kalau melayan perangai separuh masak Puteri ni, rasanya
dengan-dengan dia sekali boleh gila. Silap-silap kena guna khidmat pakar sakit
jiwa.
“Hotline pakar
sakit jiwa. 24 hours service.”
Haish..
kenapa la boleh tiba-tiba teringatkan Tengku Ian?
Medina
terus turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Beberapa tapak lagi nak sampai
ruang tamu, Medina berhenti. Cuba dikuatkan hati untuk dimarahi malam ni. Papa
kalau dah mengamuk memang dahsyat. Tak kena gaya, boleh gugur air mata depan
semua.
Kena
marah sekejap je Medina. Simpan air mata dalam bilik. Macam apa yang kau selalu
buat. Ya.. dia selalu menangis sendirian. Tak sesiapa perlu tahu rasa hati.
Biar orang cakap dia hati batu daripada dia lemah.
“Tips.
Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”
Merapu
lagi kau, Medina. Kenapalah kata-kata tak membantu langsung Tengku Ian tu juga
yang dia ingat?
Akhirnya
Medina tiba di ruang tamu. Di situ ada papa yang tengah duduk di atas sofa. Di
sebelah papa ada ibu tirinya. Muka bajet angel.
Menyampah betul tengok.
“Papa
panggil Dee ke?” Medina berbasa-basi.
“Hmm..
macam-macam papa dengar petang tadi. Apa dah jadi, Dee?” soal Datuk Azizan.
Wajah anak daranya itu dipandang. Medina cuma senyap.
“Papa
dengar Dee rosakkan baju-baju Puteri, betul ke?”
Medina
pelik. Suara papa hari ni tak sama macam sebelum-sebelum ni. Suara papa
biasa-biasa je. Tak nampak pulak macam papa marah.
“Abang,
yang lepas tu biarlah lepas. Dee tak sengaja tu. Abang janganlah marah Dee.”
Ibu tiri Medina dah mulakan peranannya.
Medina
mencebik dalam hati. Ayat yang kononnya nak menyejukkan hati padahal dalam masa
yang sama niat sebenar nak tengok dia kena marah teruk dengan papa. Taktik!
Dan
itulah yang selalu terjadi. Makin ibu tirinya pujuk, makin papa rasa dia kena
dihukum sepatutnya sebab dah melampau menyakiti orang baik macam ibu tiri dan
kakak tirinya tu.
Oh,
lupa. Tengah-tengah drama ni, rasanya tak lengkap kalau tak tengok air mata drama queen kita mengalir.
“Betul
tu, papa. Puteri yang salah sebab dah suruh Dee basuhkan baju untuk Puteri.
Puteri cuma minta tolong. Mungkin Dee tak perasan yang dia termasukkan Clorox
tadi. Tapi Puteri sedih sebab dalam tu ada baju yang papa bagi. Tapi, Puteri tak
salahkan Dee.”
Haa..
baru je cakap tadi, tu dia drama queen
dah keluarkan air matanya. Gaya menangis macam nak ditadah air mata buat basuh
baju besok. Amboi.. tang kau curi baju aku tak cerita pulak kat papa!
“Puteri
dah maafkan Dee ke?” soal papa.
Puteri
angguk.
“Ya..
Puteri dah maafkan Dee.”
“Then semua dah selesai. Tak payahlah
papa panjangkan lagi pasal ni.”
Terus
terhenti air mata Puteri. Tak percaya. Kemudian dia pandang ibunya. Isyarat
mata yang hanya mereka yang faham.
Medina
turut angkat muka. Eh, macam tu je semuanya habis? Takde perintah berkurung ke
malam ni? Kena marah sejam ke? Kalau ikutkan memang besar juga kesalahannya
tadi. Buatkan hati anak kesayangan isteri kesayangan papa sedih. Jenayah dunia
tu!
“Abang…”
“Abang
ada benda lain yang lagi penting nak cakap.” Datuk Azizan potong percakapan
Datin Mawar. Semua orang diam.
“Esok Dee free?”
Bertaut
kening Medina mendengar persoalan papanya itu. Pelik. Macam tak masuk je soalan
tu untuk malam ni. Kenapa tiba-tiba tanya pasal agendanya esok? Nak denda dia
basuh longkang ke apa?
“Free. Kenapa?”
“Jumpa
Ku Zam besok.”
Jumpa
siapa? Ku Zam?
Dengar
je nama Ku Zam, terus kepala dua beranak tu pandang Medina. Semuanya berminat
nak tahu kalau pasal jutawan muda tu. Muka Puteri pun semacam tak puas hati
bila papa keluarkan arahan macam tu.
“Ku
Zam? Kenapa Dee kena jumpa dia?” Medina tak faham.
“Manalah
papa tahu. Dia telefon papa tadi. Dia cakap dia nak sambung apa yang jadi
petang tadi. Dee ada jumpa Ku Zam ke tadi?”
Oo.. patutlah mood papanya baik semacam malam ni. Apa yang Ku Zam dah cakap kat
papa dia sampai-sampai papa dia gembira macam ni?
“Dee?”
panggil Datuk Azizan lagi bila Medina tak jawab persoalan dia.
“Apa
dia, papa?”
“Dee
ada jumpa Ku Zam ke tadi?”
Dia
jumpa Ku Zam ke tadi? Dia tak jumpa Ku Zam. Tapi dia jumpa Ian.
Iyakan
aje, Medina. Separuh hatinya menghasut. Medina angguk kepala. Cerita betul
karang, banyak pula soalan lain.
Bulat
mata Puteri dan Datin Mawar yang tengok. Tiba-tiba punggung macam kena
cubit-cubit. Duduk pun tak diam. Tak senang hati bila Medina ada hubungan
dengan Ku Zam.
“So, esok papa nak Dee jumpa dia,” arah papanya
lagi.
Medina
tak bagi jawapan. Kalau tak pergi, papa mengamuk tak? Eh, kejap! Dia jumpa Ian
petang tadi. Tapi kenapa Ku Zam cakap mereka berjumpa tadi? Jadi, yang call papa tadi Ku Zam atau Ian?
“Abang,
kalau Dee taknak pergi, apa kata kita suruh Puteri pergi?” Datin Mawar
bersuara.
Medina
senyum sinis. Sempat lagi ya nak jual nama anak kau? Hebat betul penangan Ku
Zam, ya. Naik je nama dia, baju kena Clorox pun boleh lupa. Kering terus air
mata.
“Okey.
Dee free je. Nanti Dee call dia cakap Dee jadi pergi.” Sabdu
cukup harakat masa sebut perkataan call.
Lantaklah semua orang nak fikir apa pun. Dia peduli apa. Walaupun dia cuma ada
nombor Ian. Bukannya Ku Zam.
“Boleh
Dee naik bilik sekarang?”
Dan
papanya mengizinkan.
“Oh,
ya! Terima kasih ya Puteri sebab maafkan aku. Aku janji aku tak buat lagi.” Sempat
Medina senyum sarkastik sebelum melangkah pergi. Muka Puteri yang macam nak
cekik-cekik dia dibuat tak nampak.
Berlalunya
malam yang tak seperti dijangkanya.
Kalau
awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.
Kerja
mamat tu ke? Medina tertanya-tanya sendiri. Satu je cara nak tahu. Dia kena
jumpa Ku Zam besok.
interesting..tak sabar tggu bab2 yg strusnye :)
ReplyDeletebestnyerr !!!!! hero2 kite semuanyer superb!!!
ReplyDeletelove it..rasa tak sabar nak tahu.. apa yg berlaku..tak silap akak Ku zam kan tak ada... mesti Ian yg talipon... mmg betul lah dia diselamatkan oleh Ian... harap harap jgnlah Medina berlaku krg ajar pulak ngan mamat tu... kan...
ReplyDeleteTengku Ian...very gentlemen
ReplyDeleteHahahaha... Memg padan dgn judul cerita nie hero seorang cinderella...
ReplyDeleteBest.. X sabar nk bc next entry..
ReplyDeleteBest pandai ian...
ReplyDeleteComel...hihii
ReplyDeleteWahhhhh makin best. Ian n Dee, best makin best. Padan muka puteri n maknye.
ReplyDeleteIan...hihi.. Rajin akak malam ni ye. :)
ReplyDeleteSis,u never make me disappointed
ReplyDeleteYa Allah... best entry kali ni.. Huhuhuhu.. TQ Anjell.. Always supports you.
ReplyDeleteBessttt...bbbeesssttt..but pasni mesti lma nk wait new n3 coz miss enjell kita ni kata dia sibuk tuk 2wix ..huu
ReplyDeleteBest....dah bc suamiku paling sweet...terbaikkkk. tak sabar tggu TPI..
ReplyDeleteDrama queen sungguh 2 org tu...siaplah x lama lg menggigit jari lah memasing, ian mesti propose medina..
ReplyDeleteBestlah...nak lagi.
ReplyDeleteSweet sgt tengku Ian ni.. msti dia yg kol papa medina tu..x sabar nk tnggu next en3 medina & tg. Ian.....
ReplyDeleteBesttt cantek arrr....swett...tengku lan...hero seorang cinderella
ReplyDeleteArrghh jiwa xtenang menunggu next entry ��
ReplyDeleteIan is totally charming man :3
ReplyDeleteYes! Dia sudah mari.....
ReplyDelete'kalau awak ingatkan saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak..' tu dia hero dah datang...
ReplyDeletehahaha.padan muka !! sinetron no satu puteri n mak dia tu.ambik clorox bagi minum sekali.perangai mcm Tapir
ReplyDeleteBest..Not typical Cinderella story..kali ni hero die dah tau awal2 yg mak tiri kak tiri Cinderella tu pura2 & jahat..n Tengku Ian is so gentleman la..haha..suke..suke..
ReplyDeleteBest sgtttt...thumbs up laa kak anjel������
ReplyDeleteBest!!!!
ReplyDeleteAaaaah so gentleman lah ian tu.Melting kau#^_^#?
ReplyDeleteYey best tq sis pls next n3 SPS best x puas baca sekali...kena khatam 2 3 kali....
ReplyDeleteOn time Ian selamat kan Medina...
ReplyDeleteSentiasa menanti n3...
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletenasib baik dee x kena marah....thank you ku zam...
best best best...tq anjell
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetq for d entry, jgn la lama sgt for d next one.
ReplyDeleteMy darling anjell....
ReplyDeletebako darah btl...
bg yg best pastu tglkn trkontangkanting �� sabo jela ��
Thanks and all the best anjell! ��
Bestttttt
ReplyDeletenext entry please, sumpah bestt.
ReplyDeleteNi novel ke cerpen? Akan dbukukan tak? Btw.. memang best. Congratz anjell. Next entry please: )) hehe
ReplyDeleteKan Kak Anjell letak kat novel. Novel la. Kalau ikut blog ni, mesti perasan yang cerpen Kak Anjell mana ada berepisod-episod
DeleteHaha. Yeke. Tak tau,sbb baru nak bjinak2 dngn karya anjell. Btw thankyou
DeleteRindu sangat dengan cerite ni sampai terbawak mimpi name ku zam...atau sebenarnye rindu ian..hehe
ReplyDeleteSaya doakan cerita ni berjaya anjell terbitkan seperti 2 novel anjell yang sebelumnya..gud luck darl 😘
ReplyDeleteKak anjell,nak next n3 boleh????btw,best sesangat novel ni...tq akak..
ReplyDeleteassalamualaikum kak, boleh saya tanya tk? kan akak letak entri kat penulisan2u mcm mne akak tau diorg dh upload entri akak ke blum sbb sy dh lama hantar karya sy tp pihak penulisan2u tk up pun karya sy
ReplyDeleteLamanya tunggu Update.....
ReplyDeleteapa kata kita tunggu jer kak anjell masukkan entri baru. saya rasa tak patut kut nak mengeluh. maybe awak tak follow kut facebook kak anjell. dia tengah sibuk sekarang ni. bila dia bagi entri baru itu dah kira bonus. semua yang tahu kak anjell sibuk tak pernah nak paksa kak anjell atau mengeluh.
DeleteKak.. boleh sambung kan tak.. hehhe.. tak sabar..
ReplyDeleteBest.. best.. best...
ReplyDeletepadan muka puteri..
hehehehhe..
kak anjell, bila nak post alpha male tu? dah lama dah tunggu, tak keluar-keluar pun. setiap kali bukak google, mesti singgah kejap dekat blog akak, tapi bila tengok alpha male tak keluar yang baru, hanya boleh mengeluh hampa je
ReplyDeleteSalam. Dah khatam dah novel ini. Memang menarik. Tahniah kepada penulis
ReplyDelete