BAB 11
Nurin tiba di tempat dijanjikan tepat
jam sembilan pagi. Ketika itu, dapat dilihat ramai orang sedang sibuk
menguruskan dewan besar itu. Dapat dilihat satu pentas panjang di mana para
peragawan dan peragawati akan berjalan dan menunjukkan rekaan fesyen terkini
daripada pereka-pereka fesyen terkenal. Itulah yang bakal terjadi dalam
beberapa jam lagi.
Nurin sempat menyekat langkah seorang
wanita cantik yang tengah memegang satu fail hitam.
“Miss, sorry kacau you.
Lee dekat mana ya?” tanya Nurin. Senyum dihulurkan.
Wanita itu pandang pelik pada Nurin.
Pasti pelik bila Nurin mencari orang paling penting majlis itu.
“Oh, I’m Nurin. A friend of him.”
Nurin memperkenalkan diri. Takut juga kalau dianggap stalker Lee.
Reaksi wanita itu berubah sebaik sahaja
Nurin menyebut namanya.
“Oh, you Nurin? Lee selalu mention
nama you. Anyway, I, Nur.” Dalam kesibukan Nur, sempat dia dan Nurin
berbalas salam.
“Dia ada kat bilik belakang. Tengah
sibuk uruskan wardrobe. You pergilah cari dia. Dia mesti happy,”
sambung Nur lagi.
“Okey, terima kasih.”
“Sama-sama.” Senyum dan wanita itu berlalu.
Nampak sibuk sangat. Sampai-sampai berjalan pun dah ala-ala nak marathon.
Nurin pergi ke bilik belakang seperti
yang dinyatakan Nur tadi. Pertama kali sebenarnya dia datang ke tempat-tempat
macam ni. Kalau bukan sebab Lee, rasanya tak mungkin dia jejakkan kaki ke sini.
Jejak satu ibu jari pun tak rasanya. Sebab dia memang tak minat langsung pasal
fesyen-fesyen ni.
Nurin nampak Lee tengah berbual dengan
seorang lelaki yang dia tak kenal. Malas pula nak kacau. Akhirnya Nurin hanya
duduk di atas kerusi kosong di belakang Lee. Dari jauh, dia nampak muka Lee
yang khusyuk mendengar dan sesekali berbicara dengan lelaki tadi. Huh.. tak
lain tak bukan. Cakap pasal baju-baju dia la tu!
“Nurin.” Lee panggil Nurin.
Nurin sengih bila kena tegur. Baru je
cadang taknak kacau kerja Lee tapi mamat tu terlebih dahulu seru dia.
“Dah lama sampai?” Lee ambil tempat di
tepi Nurin.
“Takdelah. Baru je. Malas nak kacau kau
tadi.”
“Hmm.. patutlah leher aku ni
macam nak pusing belakang je tadi. Nak tengok
kau rupanya.”
“Leher kau tu nak pusing belakang sebab
dia dapat rasa aura aku yang cantik menawan hari ni.”
Lee mencebik, buatkan Nurin ketawa.
“Eh, Nurin. Kau duduklah dulu. Tak
sempat nak layan kau. Aku sibuk. Kejap lagi aku cari kau,” kata Lee bila salah
seorang pekerjanya menggamit tangan memanggil Lee.
Nurin hanya mengangguk. Faham dengan
kerja Lee. Tengah nak aturkan majlis besar, memang macam ni la. Tengok tempat
la wei. Dah tahu dah tetamu yang datang semuanya bukan calang-calang orang.
Nurin hanya melihat Lee yang meninggalkannya.
Majalah depan mata diambil dan dibelek. Muka surat pertama, fesyen. Muka surat
kedua, fesyen. Huh.. bosan! Nurin tutup dan letak balik. Kemudian keluarkan
telefon canggihnya. Layan Instagram lagi best!
-------------
“What?!” Kuat suara Lee sehingga
Nurin yang duduk lebih kurang tiga meter pun boleh dengar.
Nurin panggung kepala. Nampak muka Lee
tegang. Muka Lee macam tengah tahan marah. Sepanjang dia kenal Lee, tak pernah
rasanya nampak muka putih Lee merah macam tu. Adoi… ada la tu masalah kerja
dia.
“Call her as soon as possible. I
don’t care!” Suara Lee kuat lagi. Tertunduk-tunduk si lelaki depan Lee.
Kesian Nurin tengok dia kena marah dengan Lee. Garang jugak Lee ya?
Lee datang ke arah Nurin.
“Hish.. bengang betul aku!” adu Lee.
Rambut pacak dia diraup ke belakang.
“Kau kenapa, Lee?” soal Nurin.
“Model aku buat hal. Tiba-tiba tak dapat
datang hari ni. Dahlah dia paling penting. Mati aku kalau dia tak datang.”
Muka Lee dah risau. Macam-macam tetamu
penting dijemput kali ni. Pertunjukan fesyen kali ni bukan calang-calang
pertunjukan fesyen. Salah sikit, silap-silap masuk mahkamah.
Baru je Nurin nak jawab, Nur datang
panggil Lee.
“Lee, dia cakap dia tak boleh datang.
Dia betul-betul emergency.” Nur menyampaikan laporan.
“Hish.. macam mana boleh jadi macam ni?
Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, kita dah cari orang ganti dia. Sebab ni
la aku tak suka tukar model baru!” keras suara Lee. Marah betul dia.
“Apa-apa pun, kena cari pengganti jugak,
Lee. By hook or by crook. Majlis dah nak start ni.”
“Yes.. I know. Tapi, mana nak
dapat…”
Kemudian Lee pandang Nurin. Lepas tu
pandang Nur. Dan mereka berdua pandang Nurin.
“Rin, kau bangun kejap.” Nurin hanya
mengikut arahan Lee.
“Hmm.. not bad. Walaupun tak
berapa nak tinggi. Tapi, kalau pakai heels, sure perfect.
Kira okey la. Eyes are big. And beautiful. Nice.” Nur mula menganalisa
Nurin.
“Rasanya baju tu pun takdelah labuh
sangat..” Lee turut mengangguk-angguk.
“I count on you, Lee,” bisik Nur
pada telinga Lee sebelum meninggalkan mereka berdua. Berharap Lee berjaya
memujuk Nurin. Plan B!
“Weh.. Lee! Kau nak buat apa ni?” Nurin
rasa Nurin tahu dalam kepala Lee. Waa.. kau jangan buat kerja gila, Lee. Aku
balik karang!
“Nurin.. tolong aku! Jadi model aku hari
ni.”
Nak terloncat Nurin dengar permintaan tak
masuk akal Lee. Aku jadi model? Aku? Gila ke apa kepala Lee ni? Baru lepas
makan whiskas ke apa budak ni?
“Jangan buat kerja gila, Lee. Ak.. aku
tak pernah tahu weh!” Nurin dah gabra. Sampai tergagap-gagap suara.
Tak boleh bayang. Pakai cantik-cantik, lepas
tu jalan catwalk depan beratus-ratus orang? Itu kerja gila namanya! Tak
pernah termasuk dalam mimpi dia pun nak jadi model.
“Aku taknak! Gila kau?” Nurin nekad
menolak.
“Rin… tolong la. Kau kan kawan aku. Kau
je yang boleh selamatkan karier aku sekarang ni,” rayu Lee.
Alahai.. tak sampai hati pula tengok si
kawan merayu sebegitu. Tapi Nurin taknak. Nurin senyap lagi.
“Aku taknak pakai seksi-seksi.” Nurin
beralasan.
“Kau ingat aku ni design bikini
ke? Mestilah aku pun tak bodoh nak suruh kau pakai seksi-seksi,” balas Lee
balik.
Alamak! Ni mesti simptom nervous
punya pasal. Macam mana boleh lupa yang Lee ni pereka fesyen muslimah. Baju
yang direka semuanya memenuhi piawaian menutup aurat sebab katanya dia taknak
tanggung dosa orang.
“Aku taknak orang kenal aku.” Nurin
perah akal untuk alasan lagi.
“Jangan risau. Tema kali ni Mystery sempena dengan design terbaru aku, Mizz-3. Ala-ala
Arabic, kau akan pakai purdah. No one can recognize you. I guarantee you
that.”
Pulak dah! Dan-dan la masa ni nak Arabic
bagai. Nurin garu belakang leher dia. Tanda dia betul-betul buntu. Kemudian
pandang muka Lee yang tengah tayang muka kesian.
“Please, Rin. I beg you. Kalau
kau nak aku melutut pun, aku sanggup. Kalau kau nak aku cium kaki kau pun aku
boleh buat, Rin. Tolonglah aku. Please..”
Sampai sanggup cium kaki ni, memang Lee
sangat berharap Nurin menolongnya. Nurin mengeluh. Antara kawan dan kemahuan
diri sendiri.
“Okey.. aku akan tolong kau.” Separuh
hati Nurin menjawab. Tak mungkin dibiarkan Lee susah sorang-sorang.
“Thank you, Nurin. Aku sayang
kau. Kalau aku ni perempuan, aku dah peluk dah kau.” Lee gembira, lega dan
bersyukur.
“Eleh, kau ingat semua ni free? You
owe me this big.” Nurin mencebik. Saja kenakan Lee.
“Yalah.. yalah.. aku hadiahkan tiga
pasang baju daripada butik aku. Setuju?” Lee dah tak kisah. Rasanya jasa Nurin
tak ternilai kalau nak dibandingkan dengan baju-baju tu. Kalau Nurin masih
enggan, rasanya dia sanggup hadiahkan satu butik untuk Nurin. Asalkan apa yang
dirancang hari ni berjalan seperti biasa.
“Serius?” Nurin agak terkejut. Yalah..
sepasang baju Lee pun hampir mencecah empat angka.
“Serius la. Kau pilih je mana yang kau
nak nanti.”
“Tapi, aku nak kena buat apa weh? Tak
reti la..” Nurin gelabah balik.
Orang lain jadi model bertahun-tahun
pengalaman. Dia pula tak sampai beberapa jam lagi dipaksa jadi model? Kalau
terpelecok masa jalan macam mana? Buat malu je!
“Alah.. kau jalan je la.”
“Memanglah jalan. Kau nak aku berkuda
kepang ke apa?” balas Nurin balik. Ketawa Lee dengan jawapan gelabah Nurin.
“Jangan risau. Aku akan temankan kau
nanti. Kita akan keluar sama-sama.”
Nurin lega mendengarnya.
--------
“Sorry.. lambat!” Harraz tepuk
bahu Farhan. Sempat dibetulkan sut hitamnya supaya nampak kemas. Ketika itu
majlis dah bermula dan semua orang dah mengambil tempat masing-masing.
“Nasib baik kau datang. Kalau tak, aku
taknak tolong kalau mama aku membebel kat kau,” balas Farhan. Lega bila nampak
susuk sepupunya itu. Kalau tak, memang dia yang akan jadi mangsa bebelan
mamanya nanti. Kalau betul terjadi, memang kenalah Harraz dengannya.
Harraz tersengih. Ya, tahu! Sebab tu la
dia tetap datang juga walaupun dah lambat. Hari ni adalah hari penting Mak
Sunya, Datin Awin. Ada pertunjukan fesyen daripada beberapa pereka fesyen
terkenal dan sudah tentu semuanya ditaja dan dirasmikan oleh Mak Sunya itu.
Memang dia tahu yang Mak Sunya tu memang minat betul dalam fesyen. Tak tunjuk
muka? Memang cari nahas namanya.
“Dah lama ke start?” soal Harraz
bila melihat Mak Sunya tengah berucap di depan.
“Baru je.”
Oo.. baru je mula rupanya. Takdelah
lambat sangat. Harraz capai gelas yang berisi jus oren itu. Diteguk rakus.
Dahaga betul. Mana tak dahaga kalau dah berlari ala-ala nak masuk pertandingan
pecut seratus meter tadi. Sebab taknak lambat punya pasal.
“Ada yang cun tak? Soal Harraz lagi.
Orang lain datang tengok fesyen
diperagakan. Tapi dia datang sebab nak tengok model. Untung-untung dapat buah
hati baru.
Farhan angkat bahu. Tak tahu.
-----------
Nurin gelabah sendiri di belakang
pentas. Bunyi bingit musik dimainkan dan sesekali bunyi tepukan dan sorakan
para tetamu. Ramai! Kalau telinga tak salah dengar, bunyi memang ramai. Weh..
Nurin! Memang la ramai. Dewan ni dah la luas!
Sesekali
mengintai keluar. Nampak beberapa orang model memperagakan bermacam-macam
pakaian. Jalan mereka penuh yakin. Lagilah Nurin gelabah.
“Weh, Lee. Aku takut!” Allah je yang
tahu macam mana rasa hati sekarang ni.
Tiba-tiba rasa tak yakin. Kalau
tersungkur masa jalan lepas ni, macam mana? Memang aku tarik la purdah kat muka
ni, buat tutup satu muka. Risau betul dia. Tengok ajelah ketinggian tumit kasut
dia. Lebih sejengkal. Sampaikan dia sama tinggi dengan Lee. Nasib baik dia ni
memang jenis yang gilakan high heels jugak. Kalau tak, parah!
“Rileks, Nurin. Chill,” kata Lee.
Saat-saat macam ni, memang tak la dia
nak tayang muka bajet cool. Kepala lutut dah rasa goyang. Dada rasanya
kalau elastik habis, memang dah nampak bentuk hati keluar. Tangan pun rasa
sejuk macam lepas letak dalam peti ais. Kalaulah dia boleh pegang Lee, memang
dah lama dah dia pegang tangan Lee. Pundi kencing pun tiba-tiba rasa penuh.
“Aku nak pergi toilet, Lee.”
Sah! Simptom nervous kembali
menyerang. Lee geleng kepala. Kau jalan je, Nurin. Bukan ke tadi dah berlatih
ke?
“Jangan buat hal, Nurin. Turn
kita dah nak dekat ni. Relaks, Nurin. Bertenang.”
Nurin tarik nafas dalam-dalam kemudian
hembus panjang-panjang. Kau kena yakin, Nurin.
“One minute.” Si tukang atur
majlis datang lagi memberitahu Lee. Satu minit lagi dia dan Lee akan keluar.
“Kau boleh, Nurin!” Lee beri kata
semangat lagi.
---------------
“Last but not least, we proudly
invite the best fashion designer in this decade. Let’s give him big applauses
for his new trendy outfit, Mizz-3. We give you, Nashrain Leee..”
Sebaik sahaja nama Lee disebut, Nurin
dan Lee beriringan berjalan keluar. Sepanjang pentas memperagakan fesyen itu,
tak putus-putus tepukan gemuruh diberikan. Tak putus-putus flash kamera
buatkan mata Nurin naik silau. Tapi, dia tetap tenang. Tak kisah la mulut
senyum ke tak, sebab orang tak nampak.
Masa mata Nurin melilau sekeliling dewan
besar itu, masa itulah dia nampak Farhan. Farhan tengah minum air. Eh, Farhan?
Nurin tak percaya. Pandang pula sebelah Farhan. Harraz! Nak bersilat rasanya.
Disebabkan meja VIP cumalah bersebelahan dengan pentas, Nurin dapat melihat
dengan jelas wajah Harraz. Harraz tengah tengok tepat ke arahnya. Tajam!
Buatkan dada Nurin tiba-tiba berdebar walaupun dia tahu Harraz tak cam dia.
Rasa macam tengah menghadap Harraz kat pejabat pun ada.
Cepatlah masuk. Cepatlah masuk. Nurin
berdoa dalam hati. Ikutkan hati, memang nak lari masuk cepat-cepat.
--------------
“Weh, Farhan. Siapa tu?” soal Harraz
sambil menunjukkan ke arah pentas.
Kepala Farhan menoleh ke arah yang
ditunjuk Harraz.
“Nashrain Lee.”
“Aku tahulah, sengal. Aku tanya awek
sebelah dia tu,” soal Harraz balik.
Dia pun kenal dengan Nashrain Lee tu.
Orang buta fesyen je tak kenal pereka fesyen hebat itu. Dia tak berminat dengan
Lee. Wanita tinggi yang berdiri sebelah Lee itu yang menarik minatnya.
Sekali lagi mata Farhan menala ke arah
pentas. Ketika itu Lee dan model sebelahnya sedang berjalan masuk ke belakang
pentas.
“Entah.” Farhan angkat bahu. Manalah dia
kenal. Kalau yang kenal pun, mesti mama dia.
“Kenapa, Harraz?” soal Farhan pelik.
“Cantik. I like her.”
“Mana tahu cantik? Kau nampak mata dia
je. Entah-entah, jongang.” Selamba Farhan kutuk.
Dia tak setuju. Kali kedua dia dan
Harraz berbeza pendapat tentang wanita selepas Nurin dulu.
“No. Aku yakin dia cantik. I
can see her through her eyes.”
Harraz yakin. Pandangan wanita tadi rasa
macam pernah dilihatnya walaupun cuma sekilas. Mereka pernah berjumpa ke?
Kenapa rasa macam dekat dengannya? Walaupun dia tak nampak keseluruhan wajah
wanita itu, tapi dia yakin wanita itu cantik.
“Sejak bila pulak suka perempuan bertudung
ni?” Ada nada sindir dalam soalan Farhan.
Harraz buat tak dengar. Alah.. Model
bertudung ni tak semestinya bertudung. Kadang-kadang sekadar memenuhi keinginan
pihak penganjur. Tapi, siapa perempuan tu? Harraz berminat untuk ambil tahu.
Dear Anjell, love this story... hope you can make it a success as with what you did with Eksperimen Cinta. Good luck!
ReplyDeleteBest best best..tqvm
ReplyDeleteIf only he knows the person whom attracts his attention is his enemy...
ReplyDeletesambung cepat dear...thumbs up to you...
ReplyDeleteUuihhh.... Harraz... Itu Nurin la.... minat nak ambil tahu eh... Kah kah kah....
ReplyDeleteWah...harraz dah tergoda...haaa baru tau penangan awek bertudung
ReplyDeleteWow....dah terpukau dgn mata nurin...harraz gi lah belakang stage...kalau nak tau...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletevery like it.. keep it up..
ReplyDeleteHarraz..ada instinct yg sangat kuat...
ReplyDeleteA man falls in love through his eyes!
ReplyDeleteWahhhh..Lps ni msti Harraz cari sape model tu..
Harraz..Harraz..mmg laa rse mcm dekat..Itu Nurin la..Hahahha!
Klaka gk Nurin ni bile dtg gabra dia..Hihihi!
Best thks anjel
ReplyDeleteMasa ni lah Nurin boleh kenakan Harraz..
ReplyDeleteJangan ingat semua org boleh dibeli dgn duit....
Yeah.. Best entry. Tqvm. .
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteAla pendek nye n3..xpuas bace...hehehe..pape pon tbaekk lah.. :')
ReplyDeleteBest sis
ReplyDeleteMenarik! X sabar nk tau cerita seterusnyA
ReplyDeleteBestnyaaaa
ReplyDeletebest2...nampaknya Nurin kena pakai purdah bru Harraz falling in love.paling tidak pun pakai mask yg org pkai time kne selsema tu..huhu..tak sabar nak baca entry seterusnya ^__^
ReplyDeletehehe…a good one anjel
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteWaaaaaa! Can't wait for the next entry!
ReplyDeleteBest!
ReplyDeletememang best...tapi pendek sangat.....tak puas baca.
ReplyDeletecant wait for the next entry!
ReplyDeleteOw man...this is awesome!!sila sambung cepat2!!
ReplyDeleteWaaaa..mata bertentang mata...
ReplyDeleteHarap2 nurin jgn bg muka kat harraz dulu..
Kasi dera cukup2..
Papepn thanks anjell...
waah....can't wait 4 the next chapter...i pray 4 u that u can post the chapter 12 ASAP.......
ReplyDeleteThanks sis anjell!!! I'm totally loving it!!!
ReplyDeleteNak lagi bolehh??? * mcm kejam lak mintak lagi... Mesti sis busy *
Semoga SPS cepat2 jadi versi cetak dan TPI ni pulak ikut jejak langkah ;)
mesti harraz tak senang duduk nak cari siapa wanita misteri ni....ahhh..x sabar nak tunggu next chap..cepat sikit anjell ..hehehe..hope TSI dapat ke versi cetak secepat mungkin..x sabar la..
ReplyDeleteTerbaik..suka novel2 anjell...romantik dan yg plg best part yg lucu....keep it up.....
ReplyDeletewow....cantik...terbaik!!!..aura purdah dah meyinar...harraz bagaikan kupu kupu bertebangan dah angau...tergoda...bestt!!! x sabar entry seterusnya.
ReplyDeleteHarraz tngk mata pon dh cair
ReplyDelete