BAB
24
Datin
Mawar mundar-mandir di dalam bilik anaknya. Muka tak puas hati. Dari dalam majlis
lagi Datin Mawar rasa tak puas hati tapi ditahannya kerana tidak mahu ada yang
mengesyaki apa-apa. Puteri cuma diam di atas katil, sambil mata melihat
kelakuan ibunya itu.
“Benci
betul aku. Macam mana semua ni boleh jadi macam ni?” Datin Mawar membebel sendiri
lagi.
Mata
kembali terbayang majlis yang baru tamat lebih kurang setengah jam yang lalu.
Terkejut habis semasa melihat siapa Ku Zam yang sebenarnya. Mahu melopong mulut
bila Tengku Ian memperkenalkan sebagai tunggak baru alias pewaris tunggal Tengku Ismadi. Dia rasa bukan dia seorang.
Mahu seluruh isi dewan yang ternganga.
Hebat
sungguh lakonan kedua-dua beradik itu. Tengku Ian apatah lagi. Hidup sebagai
anak angkat Tengku Ismadi dan memperbodohkan mereka semua. Dan mereka berjaya.
Dia rasa sangat bodoh kerana percaya. Tengku Ian yang tak pernah dipandang dulu
adalah Ku Zam yang sebenar.
Lagi
sakit hati bila melihat layanan Tengku Ian dan Tengku Ismadi kepada Medina.
Dari jauh dia nampak semuanya. Mereka bergelak ketawa bagaikan sudah mesra.
Tengku Ismadi pun nampak senang dengan Medina. Tengku Ian pula memang
jelas-jelas sukakan Medina. Tak boleh jadi ni! Kalau dibiarkan, musnahlah
impiannya nak bermenantukan Ku Zam.
“Mama..
dah lewat ni. Puteri dah ngantuk,” adu si anak. Sampai je kat rumah, terus
mamanya panggil menghadap. Tak lain tak bukan mestilah pasal Tengku Ian alias Ku Zam tu.
“Puteri
tak sakit hati ke tengok anak tak sedar diri tadi asyik berkepit dengan Ku Zam?
Sakit hati mama ni, tahu?” luah Datin Mawar. Benci betul.
Puteri
tayang muka bosan. Dah agak dah. Tak sakit hati ke? Hati dia lebih daripada
sakit. Meruap dia cemburu dengan Medina. Pertama kali dia rasa dia amat tewas
dengan adik tirinya itu. Tuah selalu menyebelahi Medina.
“Dah
tu kita nak buat apa, mama? Salah kita juga tak layan Ian betul-betul masa dia
berlakon jadi anak angkat dulu.”
Ya..
kesalahan terbesar mereka adalah mengabaikan Tengku Ian dulu. Kalau dulu,
memang Datin Mawar sengaja biarkan Tengku Ian berdua dengan Medina. Biar
Medina, asal bukan anak dia. Niatnya cuma satu. Biar Medina jatuh cinta dengan
Tengku Ian dan tak kacau daun dalam hubungan Ku Zam dan Puteri. Tapi yang jadi
malah sebaliknya.
“Mama,
Ian tu bijak, mama. Tengoklah apa yang dia dah buat. Kita pulak yang rasa malu
dengan sikap kita.”
Terpukul
dengan kata-kata Tengku Ian dalam ucapannya tadi. Dalam hati mengatakan Tengku
Ian maksudkan mereka. Memang kenyataannya dia dan mamanya cuma nampak Ku Zam.
Anak angkat cuma anak angkat. Takkan dapat menandingi anak kandung walau
sehebat mana pun dia. Sebab tu perhatian cuma tertumpu pada Ku Zam.
“Mama
nak mulai esok, Puteri kena cuba dekat dengan Ian. Mama tak kira. Puteri kena
dapatkan Ian,” arah Datin Mawar. Sasaran sudah berubah.
Puteri
telan liur. Mampu ke dia mendekati Tengku Ian setelah apa yang dah diucapkan
oleh lelaki itu? Nak menghadap Tengku Ian pun rasanya kena tebalkan muka.
Apatah lagi kalau nak cuba dekat. Mahu kena tepis dengan sebelah tangan oleh
Tengku Ian.
Tengku
Ian bukan Farizzam. Tengku Ian juga terlalu bijak. Dan Puteri rasa mamanya
terlupa sesuatu.
“Mama..
macam mana Puteri nak dekat dengan dia? Mama dah lupa ke? Masa mula-mula kita
jumpa dia dulu, dia dah nampak apa yang Puteri buat kat Medina. Dia nampak
Puteri tolak Medina. Malulah kalau Puteri nak dekat dengan dia,” kata Puteri.
Datin
Mawar baru tersedar sesuatu. Betul juga apa yang dikatakan anaknya itu. Selama
ini pun Tengku Ian rapat dengan Medina. Dah tiga bulan dan entah cerita apa
yang dah dijaja kepada lelaki itu. Datin Mawar mula risau.
“Alah..
nanti buat-buat baik la depan dia. Macam tak biasa pulak Puteri ni. Mesti dia
akan suka dengan anak mama ni.”
“Tapi
dia dah ada Dee, mama.” Puteri berat hati. Dan dia pun dah ada Farizzam.
Mamanya
tak tahu sesuatu. Sepanjang perkenalan dia dan Farizzam, perasaan suka dah
berputik dalam hatinya. Dia sukakan Farizzam. Mula-mula memang dia pasang niat
untuk dekat dengan Farizzam kerana hartanya. Tapi, makin lama dia mengenali
lelaki itu, makin dia jatuh hati dengan peribadi Farizzam. Farizzam sangat
baik. Perlahan-lahan niat jahat itu luntur dan dia ikhlas sukakan Farizzam.
Kalaulah
semuanya terbongkar sebelum dia betul-betul sukakan Farizzam, pasti dia takkan
teragak-agak untuk tinggalkan Farizzam dan mengejar Tengku Ian. Tapi, semuanya
dah terlambat.
“Alah..
dorang tu kenal baru tiga bulan. Masih baru. Macam-macam boleh jadi. Lagipun
Medina tu belajar kat tempat lain. Puteri lagi dekat dengan Ian. Apa lagi?
Godalah dia.” Pandai Datin Mawar mengatur rancangan.
“Mama..
bincang esok la. Puteri ngantuk sangat ni. Mama pergilah masuk bilik. Nanti papa
cari mama. Mesti dia syak sesuatu nanti.” Puteri mencari akal untuk mengelak.
Secara halus cuba halau mamanya keluar daripada biliknya.
“Mama
tak kira. Lupakan anak angkat Ku Is. Apa yang kita dapat kalau kejar anak
angkat Ku Is tu? Dan mama taknak budak tak guna tu yang dapat Ku Zam yang
sebenar. Tak rela mama. Mulai besok, Puteri kena cuba dapatkan Ian,” bicara
Datin Mawar lagi sebelum dia keluar dari bilik Puteri.
Puteri
termangu-mangu di atas katil. Macam mana ni? Dia ikhlas sukakan Farizzam.
Farizzam sangat baik. Walaupun dia tak tahu Farizzam sebenarnya sukakan dia
atau tidak, tapi sungguh dia rasa tak sampai hati untuk melakukan semua ini.
Tapi
dia taknak Medina menang. Mengingatkan adik tirinya itu, hati kembali sakit.
Selalu Medina yang bertuah. Cantik. Bijak. Anak kandung orang kaya pula tu.
Tengku Ian pun macam sukakan Medina. Bencinya!
Huh..
daripada aku sakit hati sorang-sorang macam ni, baik aku tidur!
---------------
“I’m gonna miss you, ayah,” kata Tengku
Ian. Ketika itu dia menghantar ayahnya ke lapangan terbang. Dalam beberapa jam
lagi, ayahnya akan berlepas pulang ke Los Angeles. Sedihnya rasa. Cuma beberapa
hari dia dapat luangkan masa bersama ayahnya.
“Me too, son. Duduk sini, jangan buat
masalah macam dulu pulak.” Sempat Tengku Ismadi memberi amaran. Dijelingnya
Tengku Ian yang tengah tersengih-sengih itu.
“Ya,
ayah,” janji Tengku Ian. Faham sangat dengan maksud ayahnya itu. Ayah ni..
sindir orang tak pandang-pandang.
“Jangan
lupa janji kamu dengan ayah, Ian. Ayah harap kamu ingat.”
Tengku
Ian cuma angguk. Dia selalu ingat dengan janji itu. Janji itulah sebagai tukar
ganti dengan kemahuannya untuk menetap di Malaysia selama-lamanya. Selalu dalam
kepalanya dan sampai sekarang dia masih mencuba.
Satukan
keluarga Izzam! Itulah arahan ayahnya. Serba-sedikit dia tahu tentang keluarga
Farizzam. Tentang siapa Datuk Azizan, siapa Medina dan apa hubungan mereka dengan
Ayana dan Farizzam. Dia cuma tahu sedikit, bukan semua.
“Ian
tak pernah lupa, ayah. Tapi sampai sekarang Ian tak faham kenapa semuanya
terjadi kat ibu Ayana?” soal Tengku Ian balik.
Dia
tahu Ayana diceraikan dan dihalau rumah beberapa hari selepas dia melahirkan
Medina. Dia tahu Ayana menghadapi kemurungan yang teruk sehingga dia melupakan apa
yang terjadi. Ayana lupa Medina dan bekas suaminya itu. Sebab itulah sampai
sekarang tiada siapa yang berani menyentuh tentang hal itu. Terutama sekali
Farizzam.
Farizzam
terlalu muda ketika itu. Tangisan Farizzam pada malam tu masih segar lagi dalam
kepala Tengku Ian. Ayana pengsan, Farizzam
menangis dan dia hanya bersembunyi di balik dukungan bondanya kerana takut.
Terasa bagaikan baru semalam semuanya terjadi.
“Ayah takde jawapannya, Ian. Semua tu hanya
Ayana yang tahu. Ayah pun tak tahu apa dah jadi lebih dua puluh tahun lepas.
Ayah cuma rasa bertanggungjawab untuk menyatukan Medina dengan mama dan
abangnya,” jelas Tengku Ismadi.
Bertahun-tahun
dia mengambil masa untuk menyiasat. Mencari sebab kenapa Ayana dan Farizzam
keluar dari rumahnya. Tapi tak semua maklumat yang diperoleh. Banyak cerita
yang dia terima dan berlainan versi. Apa sebenarnya yang dah jadi dulu,
semuanya masih menjadi persoalan.
“Boleh
Ian tahu kenapa ayah buat semua ni?” soal Tengku Ian lagi. Ayahnya
bersungguh-sungguh mahu satukan keluarga Ayana. Bukan dia nak mempertikaikan,
cuma dia nak tahu sebabnya. Jangan cakap ayahnya bertanggungjawab dalam
perpecahan keluarga itu dahlah.
“Keadilan
dan kebenaran. Entah kenapa ayah rasa ibu Ayana kena aniaya orang. Kalau tak,
macam mana dia kena halau dalam pantang. Ayah cuma kesiankan dia. Ayah rasa
bertanggungjawab untuk kembalikan keluarga Ayana. Dan Medina, dah tiba masanya
dia tahu kewujudan ibunya,” jelas ayahnya.
Tengku
Ian terdiam. Nampak memang senang. Tapi sebenarnya sukar. Macam mana dia nak
perkenalkan Medina dengan Farizzam dan Ayana? Nak cakap, “Dee, sebenarnya
Farizzam abang kandung awak dan ni Ayana, ibu kandung awak.” Macam tu ke?
Kalaulah sesenang itu. Tapi dia kena ambil kira emosi Farizzam dan Ayana. Ayana
terutamanya. Kalau trauma kembali menyerang?
“Tunggulah
masanya. Ian akan cuba dekatkan mereka dulu sebelum Ian ceritakan hal sebenar.”
Tengku Ian serius.
“Kamu
ni, asal keluar nama Medina, mesti serius. Macam tu la. Lelaki sejati kena
serius dengan perempuan.” Tengku Ismadi senyum mengusik. Tengku Ian tayang muka
selamba. Ni yang aku benci kalau ayah dah tahu rahsia aku. Asyik nak mengusik
je kerjanya!
“Kahwin
nanti jangan lupa jemput,” tambah Tengku Ismadi lagi.
Tengku
Ian terus meledakkan tawanya. Apa ayah ni! Gaya cakap macam dia tu member aku.
Kahwin nanti jangan lupa jemput? Haha. Apalah ayah ni. Tengah-tengah alam sebut
pasal kahwin.
“Mana
ada fikir pasal kahwin lagi, ayah. Ian muda lagi la. Tak bersedia lagi. Enjoy dulu la,” balas Tengku Ian.
Dia
masih muda. Umur pun tak sampai tiga puluh lagi. Medina pun bukannya ada
perasaan kat dia. Bagilah masa untuk dia cairkan hati Medina tu. Biar Medina tahu
dia serius. Biar Medina sukakan dia juga. Semuanya memerlukan masa. Masih
terlalu awal untuk fikirkan perkahwinan. Dan dia belum bersedia untuk bergelar
suami orang.
“Amboi,
nak main-main dengan anak dara orang ke? Bercinta niatnya cuma satu. Untuk
kahwin. Dahlah masa bercinta tu dah banyak kumpul dosa. Cubalah kurangkan dosa
tu dengan kahwin cepat sikit. Jauhi zina. Zina mata, zina hati, zina mulut.”
Tengku Ismadi berceramah.
Ala..
ni yang aku lemah kalau ayah dah bukak kuliah agama tengah-tengah lapangan
terbang ni! Silap-silap kena lamar dengan rancangan Tanyalah Ustaz untuk jadi
hos baru.
“Ya,
ayah! Bila Ian dah sedia, Ian kahwin.”
“Bersedia tu datang dengan sendiri, Ian. Masa akad nikah tu, barulah Ian tahu yang Ian dah sedia nak jadi suami orang.”
Tuh
dia kalau orang berpengelaman dah bercakap! Tengku Ian lega bila melihat
langkah bergaya Luke ke arah mereka. Dapatlah keluar daripada topik kahwin ni.
“Nanti
sampaikan salam rindu dan sayang Ian kat bonda. Ian rindu sangat-sangat kat
dia. Nanti kalau Ian free, Ian balik
jumpa bonda.”
“Yalah.
Kamu jaga diri. Ingat semua pesan ayah tadi. Jangan buat masalah pulak. Jaga
ibu, jaga Izzam, jaga Medina, jaga IGNIUS,” pesan Tengku Ismadi.
“Kamu
Luke, jaga Ian ni elok-elok. Kalau dia buat masalah macam dulu, kamu sekeh je
kepala dia. Biar betul sikit.” Tengku Ismadi berpesan pula kepada Luke.
Tersengih
Luke yang mendengarnya. Sekeh Ku Zam? Sebelum dia sekeh, entah sampai planet mana
dia gara-gara penendang Ku Zam tu. Ngeri seh!
Tangan
Tengku Ismadi disalam sebelum mereka saling berpelukan. Lama. Tengku Ian tahu,
pasti dia akan rindukan pelukan ayahnya itu.
“Hati-hati
ayah.”
--------------
“Medina!”
panggilan papanya itu membuatkan langkah Medina mati. Medina menoleh ke
belakangnya. Nampak papa bersama isteri kesayangan.
“Ya,
papa?” sahut Medina malas. Huh.. nak apa lagi ni?
“Dee
nak pergi mana?” soal Datuk Azizan sambil mata menganalisa Medina dari kepala
ke hujung kaki. Gaya macam nak keluar.
“Keluar.”
Pendek Medina jawab.
“Dee
nak ke mana?” siasat Datuk Azizan lagi.
Medina
diam dulu. Pelik. Sejak bila papa berminat dengan aktiviti harian dia? Biasanya
kalau dia keluar sampai malam pun papa tak pernah nak tanya. Kalau tak balik
terus pun rasanya papa takkan perasan.
“Jumpa
kawan.”
“Yalah
tu jumpa kawan. Entah-entah dia nak jumpa entah lelaki mana. Baik abang tanya
betul-betul. Bukan boleh percaya budak ni. Senyap-senyap pasang buah hati,”
sampuk Datin Mawar pula.
Medina
jeling ibu tirinya tu. Kalau kau diam kan bagus? Takdelah nak tambah dosa
fitnah. Nasib baik mak tiri!
“Betul
Dee?” soal Datuk Azizan lagi.
Baru
je Medina nak jawab, Datin Mawar menyampuk lagi.
“Betul
la tu, abang. Abang tak boleh biarkan dia bebas sangat. Salah abang la ni, tak
reti kawal anak. Kan saya dah cakap dulu.”
“Mama
Dee cakap, sekarang ni Dee selalu keluar rumah. Betul ke?” tanya Datuk Azizan.
Ya,
betul! Sebab sekarang ni tengah jalankan research
untuk studinya. Memanglah tak boleh duduk diam kat rumah. Hujung minggu pun
sibuk kadang-kala.
“Semasa
ayah takde, mama Dee cakap Dee balik tengah-tengah malam. Ada lelaki hantar
kamu, betul?” tambah Datuk Azizan lagi.
Medina
tergelak. Betullah kut kalau mak tiri dia tu tengah mengigau masa tu.
“Dee
ke atau anak kesayangan dia tu yang keluar dengan jantan sampai balik
lewat-lewat malam?” jawab Medina.
“Madina!”
Papanya memberi amaran. Sebab rasa dia biadap sangat kut. Huh.. tak boleh nak
sentuh langsung pasal anak tiri dia tu. Benci!
“Tengok
abang, Puteri pulak yang dia salahkan. Mana ada Puteri macam tu, abang. Abang
pun tengok Puteri keluar dengan kawan perempuan tadi kan?” Datin Mawar bela
anaknya.
“Kalau
Dee nak keluar dengan lelaki, papa tak izinkan, Medina. Dee tu perempuan. Papa
tak suka Dee keluar bersosial.”
“Keluar
bersosial?” Medina ketawa lagi. Perit. Senangnya papa percaya kata-kata bini
dia tu. Papa ni, kenapa kejap percaya dia, kejap tak percaya dia? Dia ni, teruk
sangat ke? Mungkin dia teruk, tapi dia tahu jaga maruah diri.
“A’aa..
memang hobi Dee keluar bersosial. Kalau papa takde, mesti Dee balik lambat.
Kalau dekat U, lagilah. Macam-macam Dee buat sebab takde orang nak kawal Dee.
Sebab seronok keluar dengan lelaki yang layan Dee macam tuan puteri.
Maklumlah.. sepanjang Dee membesar, Dee tak dapat kasih sayang yang cukup
daripada seorang lelaki. Sebab papa sendiri pun tak pernah nak sayang Dee,”
jawab Medina.
“Medina!”
Kuat suara Datuk Azizan. Terkedu dengan ayat terakhir Medina.
Medina
tayang muka tak bersalah. Apa yang dikatakan itu hanya sedikit kalau nak
dibandingkan dengan sakit hati yang dah dipendam bertahun-tahun.
“Tengok,
abang. Kan saya dah cakap anak abang sekarang ni dah lain macam. Entah
siapa-siapa yang jadi kawan dia. Ni.. entah dengan siapa nak keluar ni. Abang
nak biar ke?” Seronok Datin Mawar mengipas api yang tengah marak. Menanam syak
dalam diri suaminya itu.
“Dee
nak keluar jumpa Ian la, papa,” jelas Medina sebelum papanya keluarkan perintah
berkurung. Muka papa dah nampak merah.
“Haa..
ya la tu! Hidup-hidup nak gulakan kita. Budak-budak zaman sekarang memang suka
menipu. Abang sendiri yang cakap Ian tengah sibuk sekarang ni, kan? Buat apa
dia nak jumpa Medina? Lagipun, mesti dia minta izin abang kalau nak keluar
dengan anak-anak kita, kan?” tambah Datin Mawar lagi.
“Terserah,
nak percaya, percaya. Taknak, sudah.” Medina bengang. Cakap benda betul pun
jadi salah. Baik kerja menipu 24 jam. Senang hidup. Susahnya kalau dalam rumah
ni ada yang rela hati nak jadi pengganti setan untuk menghasut!
“Medina,
papa tak izinkan Dee keluar hari ni. Papa tak suka anak papa keluar dengan
entah lelaki mana. Bagi papa kunci kereta Dee.”
“Tapi..”
“Now!” tegas Datuk Azizan. Dia cuma mahu
menjaga maruah anak daranya itu.
Arghh…
bencinya! Dalam keterpaksaan, Medina bagi kunci keretanya pada papanya. Medina
berpatah balik ke dalam biliknya. Menyesal aku balik rumah minggu ni! Duduk kat
kampus lagi seronok. Lagi bebas.
Ingat
kereta kena rampas, dia tak boleh keluar ke? Pagar ada la. Cuma dia yang malas.
Mood dah bersepai gara-gara insiden
tadi. Sakit hati tak hilang-hilang lagi.
Datin
Mawar pula tersenyum bangga. Macam dirancang, suaminya itu dalam kawalannya.
Pasti akan termakan dengan ‘nasihat’ bernasnya itu. Gembira rasanya dapat
menghalang Medina keluar. Bukan dia tak tahu Medina memang mahu keluar dengan
Tengku Ian. Dia terdengar perbualan telefon Medina. Sebab itulah dia terus
fikirkan cara untuk menggagalkan pertemuan itu.
---------
“Sorry, kena cancel hari ni.” Medina minta maaf sesudah suara macho Tengku Ian menjawab salamnya.
Rasa
bersalah sebab kali ini dia yang berjanji mahu membayar hutang. Dia mahu
lakukan sesuatu kerana Tengku Ian sudi meminjamkan tuksedonya dulu. Walaupun
Tengku Ian tak pernah berkira, Medina berkeras mahu membayarnya. Sengaja tak
mahu terlalu termakan budi.
Tapi
jadi pulak macam ni! Tak pasal-pasal kena perintah berkurung. Dan aku pulak baik
sangat nak mengikut tu kenapa? Medina mengeluh lagi.
“Lain
kali saya belanja awak, boleh?” tanya Medina lagi.
“Kenapa
tiba-tiba?” Tengku Ian pelik. Soalan Medina dibalas dengan soalan.
“Papa
tak bagi. Dia dah ambil kunci kereta saya. Papa takut saya keluar dengan lelaki
pelik,” jelas Medina.
“Saya
ni, pelik ke?” Kedengaran ketawa Tengku Ian di hujung talian. Sakit hati Medina
yang dengar. Boleh dia gelak dalam situasi macam ni?
“Bini
papa yang cakap macam tu. Sakit betul hati saya ni, tahu? Dia tak percaya saya
nak keluar dengan awak. Dia cakap awak tengah sibuk sekarang ni. Tak mungkin
awak akan keluar dengan saya. Awak memang tengah sibuk ke sekarang ni?”
Tengku
Ian diam. Memang dia sangat sibuk sekarang ni. Tapi tak bermaksud dia tak punya
masa untuk diluangkan dengan Medina. Susah nak keluar dengan Medina. Bila gadis
itu dah ajak, takkanlah dia nak lepaskan macam tu je?
“Kalau
awak sibuk, saya taknak ganggu.” Medina bagaikan tahu. Tiba-tiba rasa bersalah
sebab dah ganggu Tengku Ian. Patutlah papa tak percaya tadi.
“Memang
sibuk. Tapi, tak bermakna saya ni takde masa langsung nak diluangkan. Saya pun
manusia biasa. Bukan robot. Ada masa, saya kena bersosial juga. And today, I need you to entertain me.” Sekali lagi Tengku Ian ketawa.
Bergurau di hujung ayatnya.
Amboi..
dia ingat aku ni dayang dia?
“Sorrylah. Bukan hari ni.” Sekali lagi
Medina minta maaf.
“Haip.. mana boleh! Janji tetap janji.
Saya nak hari ni jugak.” Tengku Ian tuntut janji.
Medina
garu pelipis yang tak gatal. Kenapa pulak mamat ni tiba-tiba tak faham bahasa
ni?
“Tak
bolehlah. Kan saya dah cakap papa tak bagi tadi.”
“Apa
masalahnya? Kalau mereka tak percaya awak nak keluar dengan Ku Zam, biar Ku Zam
yang datang buktikannya. Saya datang ambil awak kat rumah.”
“Hah?”
Medina terkejut. Senangnya dia buat keputusan.
“Biar
saya sendiri yang minta izin daripada papa awak. I’m coming now.”
“Tapi..”
“Tunggu
saya datang. Jangan panjat pagar pulak.” Sempat Tengku Ian berpesan sebelum talian
diputuskan. Macam tahu-tahu apa yang pernah difikirkan Medina.
Tak sabar nak keluar buku... Sy tak baca awal... Sy baca bab ni je... Sy nak tunggu buku bru ada feeling nak baca... So far soo good...
ReplyDeleteWah!!best2..tq anjell..x sabar utk entry yg br
ReplyDeleteBest sangat2....bila nk entry next episod...or lbh tepat bila nk publish..
ReplyDeleteNak lagi !!!
ReplyDeleteTq anjell for this entry. Best as always
ReplyDeleteanjel....sambung la cepat...tolong
ReplyDeleteRindu la nnt
ReplyDeletebest nya!!! nak e-novel boleh x? jangan la keluar buku je kay =)
ReplyDeletebestttt....
ReplyDeleteBest ..
ReplyDeleteha...ha..mmg giler gempaklah... minah tu nak panjat pagar rumah...kalau Ku Ian tak dtg sendiri menjemputkan... apa juga akal mak tiri Medina kali ni..kan... apa pula alasannya tak bagi Medina keluar dengan Tengku Ian...hmmmm.. kenapalah busuk sgt hati wanita ini... bila lah akan terbongkar rahsia jahat wanita gediks ibu tirinya tu..kan
ReplyDelete😍😍😍nak tgk mcmn muka datin mawar tu bila ian dtg ambik medina..apalg alasan dia 😈😈
ReplyDeleteterbaik anjell...makin berdebar sy baca...
ReplyDeletehaihhh tak sabar
Hahaha..mcm Ian tau2 jer Dee nak panjat pagar..tq anjelll..akak sukaaa sgt2 hsc ni
ReplyDeleteCurious sgt nak tau sebab Ibu Medina kena halau dulu. Xsabar nak tggu this novel publish 😍
ReplyDeletebaca N3 kali nie buat hati jadi panas jerkkk dgn "bini" ayah medina.......
ReplyDeletenak lagi..
ReplyDeleteApe masalah keluarga dee nie.sampai sampai mak dye kene halau......
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDeleteok..baru habis baca dari bab 1 sampai 24...feeling tetap sama macam time 1st time baca n menunggu tiap2 kali keluar en3 baru...
ReplyDeleteHadoi.... saya nk lagi...x sabo nk tunggu n3 baru. Bila nk publish jadi buku ni.???. Seriously. ..I love ur work. Mmg tertunggu2 nk beli ur book.
ReplyDeleteAaaaa best akak! love this coupe, Medina and Ian.
ReplyDeleteWahh best best saya suka sgt sgt..saya nk cdgkn nama hero dgn heroin yg rare sket..hehe harap2 anjell sudi guna..Aidania Syamimi & Nuqosh Hirzi
ReplyDelete