BAB 10
Harraz berhenti bila keretanya dihalang
untuk pemeriksaan. Itu memang protokol sistem keselamatan Harraz Holdings untuk
memastikan tiada pencerobohan berlaku. Harraz turunkan cermin keretanya.
Pengawal keselamatan yang kenal dia agak terkejut melihatnya. Pasti pelik dia
ke pajabat pada waktu macam ni. Sebelas malam.
“Eh, Encik Harraz! Ada apa datang
lewat-lewat malam ke sini? Ada
tertinggal barang ke?” soal pengawal keselamatan itu.
“A’aa.. ada tertinggal dokumen penting,”
bohong Harraz.
“Ada orang ke kat atas?” siasat Harraz
pula.
“Tadi saya nampak Cik Nurin. Katanya nak
siapkan kerja. Sekarang ni tak tahulah dah balik ke belum. Tapi kereta dia masih
ada kat bawah lagi.”
“Okey, terima kasih ya.”
Harraz terus naik ke tingkat atas. Macam
yang dikatakan pengawal keselamatan tadi, cuma kereta Nurin yang berada di basement. Suasana pejabat sunyi-sepi dan
gelap. Harraz sudah biasa dengan suasana seperti ni. Sebab dia pun selalu balik
lambat sebab kerja.
Tiba di tingkat lapan belas, Harraz
nampak cuma satu bilik yang bercahaya. Cahaya kilat di luar sana turut membantu
Harraz untuk melihat tanpa perlu membuka lampu terlebih dahulu.
Harraz nampak susuk tubuh Nurin yang
tengah duduk di atas sebuah kerusi. Tiba-tiba ada cahaya putih laju berkelip
dan beberapa saat selepas itu kedengaran bunyi berdentum-dentum yang sangat kuat
di dada langit. Nurin seakan terkejut dan menutup wajahnya sehinggalah habis
bunyi guruh itu. Nurin takut kilat ke?
Nurin pula pegang dada selepas bunyi
kuat itu. Berdebar-debar dan masih laju. Dia memang takut kilat dan guruh. Kau
jangan buat kerja gila macam ni lagi, Nurin! Dahlah malam, seorang diri, dengan
kilat guruh kat luar pulak tu. Sumpah ni kali pertama dan terakhir dia buat
kerja gila macam ni! Dia sendiri tak sangka dia boleh seberani ini.
Harraz yang sekian lama memerhatikan
Nurin akhirnya sengaja buat bising supaya Nurin sedar dengan kewujudannya.
“Kau?” Harraz buat-buat baru perasan.
Nurin pula tak berkelip pandang Harraz.
Itu Harraz ke jelmaan hantu? Nurin tak berani tegur. Takkanlah Harraz kat
pejabat malam-malam buta macam ni? Kepala ni dah weng agaknya sampai-sampai berhalusinasi nampak Harraz.
“Yang kau tengok aku macam aku ni hantu
kenapa?” tegur Harraz. Perasan dengan mata Nurin yang bagaikan tengah menghadap
Pontianak harum sundal malam.
“Encik Harraz?” Nurin minta kepastian.
“Ya.. akulah. Kau ingat aku ni apa?”
“Assalamualaikum. Kalau hantu, tak boleh
jawab salam,” kata Nurin.
Nak tergelak Harraz rasa. Kelakar betul
perempuan ni. Boleh pulak dia buak lawak malam-malam buta macam ni? Ada ke
fikir aku ni hantu? Ada ke hantu handsome
macam ni?
“Waalaikumussalam. So, aku bukan hantu. Okey?” Harraz jawab salam. Karang tak jawab,
pengsan pulak budak ni.
“Kelakarlah kau ni. Orang macam kau ni
tahu takut hantu jugak ya?” Harraz dah gelak.
Kalau dah sinis menyindir ni, memang
sahlah Harraz. Tak perlu diragui lagi. Nurin tarik nafas lega. Lega sebab
memang Harraz. Lantaklah Harraz nak gelak guling-guling sampai basement sekali pun. Dia tak tahu aku ni
tengah berperang dengan perasaan sendiri dari tadi lagi. Apa lagi yang aku akan
ingat kalau dah muncul masa-masa macam ni?
“Kau buat apa ni?” soal Harraz. Dia
merapati Nurin. Bukan tak nampak replika dalam kotak kaca di hadapan Nurin. Ada
juga gam UHU, gunting dan macam-macam lagi.
“Saya nak siapkan replika ni. Encik ada
apa datang ke pejabat waktu-waktu macam ni?” Nurin pelik. Apatah lagi Harraz
cuma berjeans dan bert-shirt putih lengan panjang. Macam dari rumah.
“Aku ada kerja sikit. Lupa nak bawak
balik tadi,” auta Harraz pula.
“Pukul sebelas malam?” Nurin terkejut. Workaholic gila! Pukul sebelas fikir
pasal kerja. Kau ada?
“Yalah. Kau ingat kau sorang je rajin
nak kerja sampai malam?” jawab Harraz. Taknak Nurin syak apa-apa.
“Oo.. Encik taknak pergi ambik kerja
encik ke?” soal Nurin. Bilik kau kat sana. Bukan kat sini. Berdua kat sini
pulak. Pengcegah maksiat rajin overtime
malam ni, free je kena tangkap basah.
Pergi baliklah! Selamba je nak menghalau tuan punya perjabat ni.
Ketika itu, Nurin tiba-tiba menutup muka
dengan kedua-dua tapak tangannya. Baru Harraz perasan pada masa yang sama ada kilat
dan guruh.
“Kau takut kilat dengan guruh ke?” soal
Harraz. Ingin tahu walaupun mata dah jadi saksi.
Nurin rasa geram. Hih… kenapalah kena
tunjukkan kelemahan yang satu tu depan Harraz? Dia memang takut dengan kilat
dan guruh. Pantang ada cahaya sikit, mulalah nak menyorok bawah bantal kalau
boleh. Menggigil satu tubuh kadang-kadang. Harraz dah tahu sekarang ni. Mesti
Harraz jadikan modal nak ejek dia nanti.
“Mana ada takut. Saya terkejut je,” nafi
Nurin.
Harraz senyum sinis. Yalah tu. Kau ingat
aku tak nampak? Nurin pula sakit hati bila tengok senyuman cantik Harraz yang
sinis tu. Hish! Buat apalah mamat ni muncul kalau nak bergaduh dengannya?
“Takpelah.. kau sambunglah kerja kau
tu.”
Harraz berlalu. Taknak kacau kerja
Nurin. Hatinya cukup lega bila melihat keadaan Nurin yang okey. Pelik betul!
----------------
Harraz tersedar daripada tidurnya.
Terasa tubuhnya sangat sejuk dek kerana suhu penghawa dingin yang hanya 18°C
dalam bilik pejabatnya. Jam di tangan dipandang sekilas. Empat pagi. Harraz
betulkan duduknya. Sakit seluruh tubuh kerana tidurnya yang tak selesa itu.
Bila masa dia tertidur entah. Dia pun tak ingat.
Harraz menguap sekali sebelum menggeliat
bangun dari kerusinya. Rasa macam darah baru nak mengalir ke kakinya. Kebas.
Kenapalah aku boleh tertidur kat sini?
Baru teringat kenapa dia boleh berada
kat sini. Nurin. Pasal budak tu la. Dah balik ke belum? Harraz terus keluar
cari Nurin. Ketika dia tiba di tempat Nurin, Harraz nampak Nurin bagaikan
sedang mengemas barang-barangnya.
“Eh, Encik Harraz! Terkejut saya.”
Nasib baik tak pengsan Nurin bila pusing
je tubuhnya, nampak Harraz yang tengah berdiri. Dahlah pakai baju putih. Rambut
pulak boleh tahan serabutnya. Nasib baik pendek. Kalau panjang, rasanya memang
pengsan dah dia. Nurin pegang dada dia. Mamat ni.. kalau tak buat dia terkejut
tak boleh agaknya!
Nurin pandang Harraz. Pakai baju sama
macam semalam. Tengok muka pulak. Macam baru lepas bangun daripada tidur. Dia
tidur sini ke semalam?
“Kau tak balik lagi ke?” soal Harraz.
Tak percaya Nurin berada di pejabat sampai pagi.
Suara serak-serak basah. Memang sahlah
baru bangun tidur.
“Saya baru nak balik, Encik. Err.. Encik
Harraz ada kat sini dari semalam ke?” soal Nurin.
“Dah tu? Kau ingat aku ni rajin sangat
nak datang office sebelum subuh?”
bidas Harraz balik.
Laa.. dia ada kat sini ke semalam?
Serius Nurin tak tahu. Dia ingatkan Harraz terus balik rumah lepas ambik kerja
dia semalam. Jadi, kiranya dia berdua dengan Harraz la semalam kat pejabat ni?
Tiba-tiba bulu roma meremang. Nasib baik semalam takde apa-apa terjadi. Kena
tangkap khalwat, tak ke niaya? Fuh! Nasib baik.
“Oh, kalau macam tu, saya balik dulu la,
Encik Harraz.” Nurin minta diri. Nak lari cepat-cepat. Karang orang nampak,
jadi fitnah pulak.
Nurin terus melangkah ke arah lif lepas
dia siap kemaskan barang-barangnya. Ketika menunggu pintu lif terbuka, muncul
Harraz beberapa saat selepas itu. Diam antara mereka walaupun dah dalam lif.
“Rumah kau kat mana?” Harraz pecahkan
kesunyian antara mereka.
“Cheras.” Senyap lagi.
Nurin kemudian menutup mulutnya yang
menguap dengan tangan kanan. Mengantuknya. Rasa macam mata 0.5cm lagi nak
tertutup. Berat macam ada batu atas kelopak matanya.
“Kau tak tidur ke?”
Selamba Nurin geleng. Sekarang ni dia
perlu kuatkan hati supaya bertahan masa memandu lepas ni. Bahaya tapi dia
terpaksa ambil risiko.
“And
yet you want to drive?” Harraz agak terkejut. Masa tu mereka berdua dah
keluar lif dan berjalan ke arah kereta masing-masing.
Nurin angguk lagi.
“Aku hantar kau,” putus Harraz.
“Eh, tak payah! Saya boleh drive sendiri.” Nurin terkejut. Bulat
kejap mata dia.
Apa hal pulak mamat ni nak hantar rumah
bagai? Lepas sedut gas nitrogen ke apa? Macam tak percaya ni Harraz Naufal.
“Ni kan awal pagi. Aku dah terserempak
dengan kau. Nak taknak aku kena bertanggungjawab,” balas Harraz.
Nak taknak? Nak taknak dia cakap? Kau
ingat aku nak sangat naik Audi kau tu? Panas pulak hati Nurin. Huh.. terima
kasihlah, Encik Harraz!
Baru je Nurin nak bidas balik, Harraz
bersuara lagi.
“Kau tahu tak salah satu punca
kemalangan jalan raya ni adalah memandu masa mengantuk?” Kali ni Harraz
berceramah pulak ala-ala polis trafik tak habis menuntut. Terkebil-kebil Nurin
pandang Harraz.
“Kalau kau accident macam mana? Aku taknak nanti orang cakap aku bos yang
kejam. Buli staf sampai tak tidur malam. Tak pasal-pasal kau kacau aku sebab
roh tak tenang,” sambung Harraz lagi.
Dia ni… tadi doa aku accident. Lepas tu sebut pasal roh tak
tenang pulak. Nampaknya memang dah pasang angan-angan yang aku ni mati lepas accident! Amboi? Mulut boleh tahan cabul
juga. Geram betul Nurin rasa.
Tapi apa yang Harraz cakap memang ada
betulnya. Lagi pun ni awal pagi. Sangat bahaya memandu seorang diri. Tapi pada
masa yang sama Nurin taknak terima pelawaan Harraz. Takut termakan budi. Tapi dia tak
berani nak memandu dah lepas Harraz cakap macam tu.
Arghh… berapa banyak tapi daa. Senang-senang
aku landing je la atas lantai konkrit
ni. Habis cerita. Mata pun dah nak tertutup ni. Nampak lantai pun dah macam
tilam.
“Masuk sekarang,” arah Harraz. Yang
pasti dia taknak dengan perkataan taknak daripada mulut Nurin. Kalau terpaksa,
memang didukung Nurin masuk kereta. Siapa suruh berdegil?
“Tapi, macam mana saya nak pergi kerja
besok?” soal Nurin. Payah dia kalau kereta tinggal sini. Nak susahkan abah ke?
“Kau duduk kat Cheras, kan? Esok aku
suruh Eves ambik kau. Dia pun tinggal kat area
Cheras jugak.”
“Dah, masuk sekarang, Nurin. Kau dah bazirkan
banyak masa dah. Sepatutnya kau kena fikirkan tidur sekarang ni.” Hai..
susahnya nak suruh seorang Nurin ni naik kereta dia! Kalau perempuan lain,
tunjuk tayar kereta je tak payah pelawa memang grenti setuju.
Nurin akhirnya mengalah. Saya pun nak taknak
naik kereta ni, Encik Harraz. Lagi, sebab dia taknak orang nampak dia
berdua-duaan dengan Harraz. Karang timbul pulak cerita tak sedap didengar.
Padahal baru petang tadi berita tak sedap pasal dia tersebar. Apa lagi kalau
bukan pasal dia yang kononnya rosakkan replika Eriq sebab dengki.
Hebat betul. Tak sampai sehari pun dah
tersebar meluas. Panas jugak hati Nurin. Kalau dia tahu siapa orang pertama
yang sebar cerita tu, memang dia akan brainwash
sampai berkilat.
Senyap walaupun dah lima minit
perjalanan. Nurin rasa macam canggung gila. Kat luar sepi, dalam kereta pulak krikk krikk. Entah berapa kali Nurin
menguap. Sampai berair hujung mata.
Harraz pandang Nurin di sebelah. Macam
ni nak drive? Entah-entah besok masuk
paper kereta masuk sungai. Harraz
geleng kepala. Dia buat tindakan betul nampaknya.
“Kau tidurlah. Dah sampai nanti, aku
kejutkan,” kata Harraz.
“Encik tahu ke rumah saya?” soal Nurin
balik. Karang aku tidur, entah ceruk Cheras mana dia hantar aku.
A’aa la. Betul juga.
“Macam ni la. Aku drive sampai Petronas Cheras dulu, lepas tu aku kejutkan kau,”
putus Harraz. Nurin cuma angguk. Pejam
mata dan terus terlelap.
----------------
Pagi itu, pukul sembilan setengah baru
Nurin masuk pejabat. Semuanya sebab bangun lambat. Tidur lepas subuh, bangun
pukul lapan lebih. Dalam kepala rasa macam gasing tengah berpusing. Semuanya
mesti sebab tak cukup tidur. Macam robot pakai bateri turbo dia bersiap.
Sampaikan Eves yang menjemputnya pun terpaksa menunggunya dulu.
Sebab dia lambat, maka Eves terpaksa
lambat juga. Tak putus-putus dia minta maaf dengan Eves. Rasa bersalah sebab
dah seret orang lain buat jenayah pagi-pagi dengannya. Tapi, Eves cuma senyum.
“Don’t
worry la, Nurin. Bos dah izinkan.” Itu jawapan Eves.
Semua tengok dia bila dia masuk lambat.
Apalah kau Nurin. Dahlah baru, buat perangai pulak! Nurin buat muka selamba dan
duduk di tempatnya. Sempat dicari replika yang dah siap semalam. Manalah tahu
ada lagi yang pedajalkan replika tu. Siapa punya angkara, semuanya masih tanda
tanya.
“Hai.. memanglah company ni bapak dia yang punya. Sebab tu la suka hati je nak
datang pukul berapa.”
Otak Nurin walaupun penat masih mampu menganalis si
pemilik suara itu. Elfira. Malas nak pusing. Buat habis neurotransmitter je nak gerakkan segala otot leher. Semuanya
perlukan tenaga. Dia kena jimatkan tenaga untuk bertahan sampai habis waktu
pejabat.
“Nurin, mata you merah. You tak cukup
tidur ke?” soal Liza. Nurin cuma senyum. Itu pun nampak penat.
“Eriq ada kat dalam kan?” soal Nurin
balik. Liza cuma angguk.
Tanpa membuang masa, Nurin membawa
replika yang dibaikinya ke dalam bilik Eriq. Dia taknak Eriq runsing lagi.
Nurin ketuk pintu dulu. Bila Eriq izinkan, baru Nurin masuk. Dia letakkan kotak
kaca itu di atas meja Eriq.
“Sorry,
Eriq! This is all I can do.”
Nurin tundukkan kepalanya. Takut Eriq
marah. Dia hanya buat apa yang dia ingat. Selebihnya dia guna caranya sendiri.
Dia tahu hasilnya tak sehebat hasil tangan Eriq.
Eriq pula bagai tak percaya melihat apa
yang ada di depan matanya. Replika semalam yang hampir separuh runtuh hari ni
dah sempurna. Malah siap seratus peratus.
“You buat semua ni, Nurin?” Eriq tak
percaya. Nurin cuma angguk. Harap ini dapat menebus kesalahannya.
“Wow..
it’s awesome, Nurin. Serious.” Eriq ketawa besar.
Puas hati dengan hasil kerja Nurin.
Diteliti replika dari atas sampai bawah. Lapan puluh peratus sama macam hasil
kerjanya.
“But
I couldn’t do as good as you. Saya tak ingat.”
“No,
Nurin. This is the best. The combination of 80-20 is the best. I like it, Nurin.”
“80-20?” Nurin tak faham.
“Yup..
80% is from me and 20% is from you. Better than my idea. Seriously, Nurin. You
terbaiklah.” Eriq tak dapat sangkal lagi.
Walaupun Nurin masih baru, tapi melihat
Nurin mampu menyiapkan semua ni dalam masa satu malam, apa lagi yang mampu
dikatakan selain hebat? Semangat Nurin lain daripada yang lain. Dia suka.
Tengok sajalah hasil replika ini. Walaupun cuma 20%, tapi dia puas hati. Padan
dengan Nurin yang masih baru. Kalau bakat Nurin diasah dengan peluang dan
pengalaman, Eriq yakin Nurin akan jadi lebih hebat.
“I like youlah, Nurin. I tak sabar nak
tunjuk kat bos. I rasa bos pun mesti suka. I rasa I nak ubah plan asal. I akan masukkan idea you. You
kena setuju, Nurin.”
Nurin tak percaya macam ni reaksi Eriq.
Sangkanya Eriq akan sumpah-seranah dia sebab dah rosakkan idea asal. Serius dia
tak terfikir langsung pasal kombinasi ni.
Nurin akhirnya cuma senyum. Lega melihat
Eriq yang dah ceria wajahnya. Berbaloi jugak dia korbankan masa tidurnya.
--------------
“I
did it, Encik Harraz. As promised, you must accept that the culprit was not me.”
Itu yang dikatakan Nurin ketika dia masuk ke dalam bilik Harraz.
Mata merahnya berlaga dengan mata merah Harraz.
Merah ni bukan sebab marah ke apa, tapi sebab tak cukup tidur. Baru perasan
muka Harraz yang nampak agat penat itu. Lupa pulak yang lelaki itu pun lebih
kurang macam dia.
“Kau masuk sini semata-mata nak cakap
benda tu ke?” soal Harraz balik. Kalau Nurin tak cakap pun, dia masih ingat.
Dari malam tadi lagi, dia dah terima kenyataan tu lepas tengok Nurin yang tak
mengalah. Untuk yang ni, dia kagum.
Malah, ketika Eriq membentangkan
kerjanya tadi, sempat dia puji Nurin. Nurin berbakatlah. I can see her in next five years la. Macam-macam lagi la.
“A’aa..
saya nak cakap yang saya tak bersalah. Itu je.” Nurin sengih. Tak tahu kenapa,
dia gembira sangat. Rasa macam nak sengih sampai malam pun ada.
Lega sangat-sangat sebab dia berjaya
kotakan kata-katanya. Bangga jugak sebab berjaya diamkan Harraz. Tu la.. cabar
aku lagi!
Astaghfirullah, Nurin! Jangan riak! Nurin beristighfar
cepat-cepat. Ni la manusia. Berjaya sikit dah kembang semangkuk. Tak ingat
agaknya siapa di sebalik kejayaan tu. Nurin cepat-cepat sedar.
“Okeylah, encik Harraz. Saya keluar
dulu. Terima kasih sebab hantar saya pagi tadi. Maaf sebab dah susahkan Encik
Harraz,” ucap Nurin. Dia lupa nak ucap pagi tadi. Sebab mengantuk punya pasal,
lepas buka pintu kereta terus dia cari pintu rumah.
Nurin senyum manis dulu dan terus keluar daripada bilik Harraz.
Harraplah Harraz tak seru dia lagi lepas ni. Yes, malam ni boleh tidur dengan nyenyak. Lepas isyak, terus nak
tidur.
Harraz hanya melihat Nurin yang
meninggalkan biliknya. Wajah Nurin walaupun penat tapi nampak ceria. Hmm.. gembiranya dia!
Yeay! Lama tunggu. Update selalu please ;)
ReplyDeleteala, klau dh smpai snggup prgi opis jam 11 tu namanya dlm hti ada taman dah. hehe best2. nnti next bab update cept2 ya :) ;)
ReplyDeleteyeahhh...akhir nye kluar jugak..xsabar nk tggu next n3..best sesangat!!!
ReplyDeleteTerima kasih...nampak gaya mcm dah jatuh suka...
ReplyDeleteMemang debaek..
ReplyDeleteHappynya baca..huhu..nak lagii...
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteWahhh..nmpk ad pkembangan positif En.Harraz ni..dlm diam dia care kt Nurin..harap jgn la nk berangin je ngn Nurin..tp klu nk menyakat or menyindir tu mmg perlu..
ReplyDeleteTerima kasih entry anda Anjell Homosapien..
Kami
Citer ni best...selalu la update. X sabar tggu harazz dgn Nurin ada perasaan
ReplyDeleteNurin daebak.. ^_^
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletedah lama tunggu.. gembiranya ada n3...best.. dalam hati ada taman....
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDeletehahaaa..anjell.. kalau kluar crita2 dya kn.. pmpuan mesti menang oke :) heehee
ReplyDeleteDah berbunga dah taman hati si harraz tuh
ReplyDeleteThank you anjell very very best ah nanti update lagi ^^
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteTq anjell...
Wahhh entry baruuuu...
ReplyDeleteAs expected, dari sis anjell mmg tak mengecewakan...
Tak sabar tunggu SPS dalam versi cetak and hopefully TPI menyusul jugak... Aamiin ;)
Thanks anjell..terbaekkk..
ReplyDeleteBerbaloi menanti walaupn hari2 bercatwalk di sini..😄
your storylines always amazed me. good n3 anjell.
ReplyDeleteAfter last n3, two weeks jiwa kacau. Nak tahu what is going to happen to harraz. Anyway tq Anjell. Cant wait for the next conflict.
ReplyDeleteTerbaik...best2..jgn lupa tuk update cpt2 ye....x sbr nk baca smbngnyer..
ReplyDeleteSuka dgn wtk nurin, lg suka bila harraz mula ambil tahu psl nurin....tq
ReplyDeletesaza
Suka sangat, go... go..... Nurin...... Eerrr Harraz...... apa cer? Siap tido kt opis lg.... Angau kt Nurin dah eh...........kah kah kah
ReplyDeleteTerbaik!!!!!!! tersangat suka teruskan ceritanya......setia menunggu TPI.
ReplyDeletemakin best...
ReplyDeletebestttttttttttttttttt n x saba utk Harraz & Nuri...
ReplyDeletebila lah si Harraz nak sedar diri ni... kasihan Nurin...
ReplyDeletekak anjell !!
ReplyDeletesemakin menarik~~
bagi lg bnyak kjutan..
lg bnyk kjutn lg best citer nie..
CHAIYOK !!
:)
The best!! Love love love
ReplyDeleteThe best!! Love love love
ReplyDeleteThe best!! Love love love
ReplyDeleteThe best novel ever 👍😄
ReplyDelete