Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday, 19 June 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 8)

BAB 8

Jam menunjukkan hampir 1.00 pagi. Tak peliklah kalau rumah besar ni sunyi nak mati. Semua dah layan mimpi indah aganknya. Aku nak tidur. Tapi mata pulak tak ngantuk. Golek sana. Pusing sini. Akhirnya aku bangun. Menjengah ke luar yang gelap-gelita. Nasib baik aku ni bukan spesis yang takutkan gelap. Tapi kalau ada lipas merayap, memang menjerit satu rumah la aku. Haha..

     Abang selalu jadikan modal lipas untuk mengusik aku. Aku pun tak tahu kenapa aku takut dengan lipas yang kecik tu. Yang aku tahu, aku geli tengok kaki dia yang berduri-duri tu. Eee.. dah imagine dalam kepala dah. Meremang bulu roma! Taknak ingat dah!

     Aku capai tudung sebelum berjalan ke dapur. Malam-malam macam ni pun nak pakai tudung ke? Takpelah. Precaution step le katakan. Ingat rumah sendiri ke? Manyak cantek! Manalah tahu terserempak dengan Izz atau Uncle Manaf. Saper tahu, kan?

     Tekak ni dahaga mintak nak air la pulak. Tak bagi karang, bimbang mengigau pulak aku malam ni. Haha.. ada ke orang mengigau sebab tak minum air?

      Aku capai sebiji mug mickey mouse sebelum buka peti ais tiga tingkat tu. Air kosong sejuk dicapai sebelum duduk di kerusi meja makan dengan suasana yang gelap. Sengaja aku tak bukak lampu. Sebab bukan lama pun aku nak lepak kat dapur ni. Malas nak jalan satu hal lagi. Hehe..

     Huhu.. mama, papa dan abang buat apalah sekarang ni? Padahal baru sejam lepas aku bergayut dengan mereka. Rindu betul. Patutlah mama aku tak bagi aku sambung belajar kat oversea dulu. Mesti hari-hari aku homesick. Study area sini pun hari-hari asyik nak balik je.

      Aku tersentak bila tiba-tiba lampu dibuka.

     “Eh, ada orang rupanya.” Dia tergamam. Aku lagilah terkelu nak mati. Satu je aku sempat fikir. Nasib baik rambut aku dah ditutup tadi. Fuhh!! Kalau tak memang aku tak keluar bilik esok. Malu kot!!

     Aku tak tahu nak buat apa cuma tersengih. Tu pun kaku gila. Apa pulak si Izz ni buat malam-malam kat dapur ni?

     “Kenapa tak bukak lampu? Ingatkan jembalang mana yang tengah bertapa tadi.” Dahi Izz berkerut memandangku.

     Aku sengih. Nak kena sekeh mamat ni. Ada ke samakan aku yang cun-melecun ni dengan jembalang? Tak patut langsung. Dengar dek peminat aku ni, tak cukup tanah si Izz ni kena kejar. Haha.. sempat aku perasan seround.

     “Saja.. nak jimat letrik. Nak lepak kejap je tadi sebenarnya.” Aku berterus terang.

     Aku nampak dia segak dengan baju tidur pijamanya. Mamat ni.. pakai apa pun tetap segak kalau dah tuan handsome bukan main. Dia senyum sebelum duduk bertentangan dengan kerusiku.

     “Hafiy dah tidur?” soalku bodoh. Betapa bodohnya soalan aku. Tak perlu ditanya soalan tu sebenarnya sebab aku yang tidurkan Hafiy tadi. Sengal betullah! Tapi dia macam biasa. Senyum je.

     “Dah tidur. Excited nak keluar jalan besok,” jawabnya tenang.

     “Izz nak air?” pelawaku.

     “Boleh, kalau Sya nak tolong buatkan.” Dia main tarik tali denganku.

     Grr.. dia ni! Aku tanya sebab aku nak tolong buatkan la. Kira dia bertuah sebab dia lelaki pertama yang boleh rasa air tangan 3 in 1 aku ni selain papa dan abang.

     “Sebab tu la saya tanya, Encik Izz.” Dia sengih.

     “Just give me a glass of hot chocolate.”

     Cewah.. ala-ala nak order kat restoran pulak gayanya mamat ni. Aku akur. Tak peduli dengannya  yang sedang memandangku, aku buat-buat selamba. Semug coklat panas aku hulurkan kepadanya. Kalau dah 3 in 1 ni memang kejap je. Haha.. aku kembali duduk di kerusiku.

     “Kenapa Sya tak tidur lagi?” soal Izz menghilangkan kebisuan antara kami.

     “Tak ngantuk. Rumah baru, macam ni la. Kena adapt dulu. Kenapa awak tak tidur lagi?” soalku balik.

     “Saya siapkan kerja sikit. Hajatnya nak siapkan besok. Tapi dah promise dengan Hafiy nak bawak dia keluar, terpaksa la saya siapkan malam ni jugak. Leceh kalau tangguh kerja ni.”

     Senyap lagi antara kami. Serius aku takde modal untuk bercerita. Aku teguk air sejuk. Dia hirup coklat panas. Dia ni.. memang pendiam ke? Lelaki Melayu terakhir betullah! Untung dibuat menantu mamat ni.

     “Sya ni memang pendiam, ya?” Aku terkejut dengan soalannya. Tak sangka dia berfikir macam aku. Kebetulan betul.

     Aku pendiam? Wahaha.. cakap kat abang ni, dua hari setengah dia tak henti gelak. Pendiam sangat la kan sampai-sampai pernah kena cop murai dengan lecturerku sendiri.

     “Taklah.. Bukanke awak yang pendiam?” soalku balik.

     Kami berpandangan sebelum gelak pecah. Nasib baiklah semua orang tidur di dalam bilik tingkat atas. Kalau tak memang dah sound kami agaknya sebab gelak bukan main kuat. Aku geleng kepala. Adoyai.. miscommunication betullah! Dia ingat aku pendiam, aku ingat dia pendiam. Elok sangatlah tu.

     “Seriously.. we have a serious communication problem,” katanya. Aku angguk setuju.

     “Maybe sebab kita tak selalu jumpa kot. Main hentam conclusion sendiri je,” kataku pula. Itulah salah satu sebab aku segan semacam dengan dia.

     Aku cuba tenangkan diri dari ketawa yang tak tahu apa yang lucu tu.

     “Aunty and uncle macam mana kat New York?” Izz bertanyakan tentang keadaan mama dan papa.

     “Alhamdulillah sihat. Alhamdulillah juga mereka selamat mendarat.”

     “Alhamdulillah.. Mesti dah merajuk sebab nak kena tinggal, kan?” duganya pula.

     “Eh, mana ada! Tak mainlah merajuk macam budak kecik. Malu aa kat Hafiy.” Aku cepat menjawab. Bersungguh-sungguh gaya aku cakap. Bak kata abang, right or wrong, we must always be confident! Yeah.. abang betul!

     Tapi dalam hati nak tahan gelak. Betul pulak tembakan Izz. Memang dah merajuk dengan mama, papa dan abang seround. Biasalah.. akukan anak bongsu. Merajuk tu perkara normallah, kan?

     “Sorry for all troubles Hafiy commited before.” Izz berkata tiba-tiba. Dia senyum pandang aku.

     Aku balas senyumannya. Satu perkara aku pasti tentang mamat ni. Dia suka senyum. Senyum pulak mintak ampunlah. Cair pembuluh darah kot! Dahlah handsome. Senyum manis pulak tu. Haish.. jangan pandang lama-lama, Qisya. Luntur iman! Dosa. Aku sempat ingatkan diri.

     “Troubles? No.. he’s a good kid. A good son of course.”

     Betul.. Hafiy budak baik. Masa mula-mula dia kenal aku je perangai brutal sikit. Sampai tangan ni rasa macam ringan je nak cubit-cubit budak tu. Brutal tak brutal, tu dah berlalu. Hafiy dah baik sekarang. Alhamdulillah jugak budak tu tak jadi arwah di bawah jagaanku. Haha.. berterima kasihlah pada hati aku yang makin penyabar ni!

     “I know my son more than anyone do. Ibu pun selalu cerita perangai Hafiy awal-awal dulu. Selalu buat saya rungsing.”

     “Awal-awal dulu je kan? Sekarang dah tak, kan?” Aku senyum.

      “Yeah.. and sekarang, ibu selalu puji awak je.”

     “Puji saya?” soalku pelik.

     “Ibu cakap awak cantik, baik, happy-go-lucky dan macam-macam lagilah. Tak ingat dah saya.”

     Aku gelak. Cantik? Baik? Ni nak start perasan ni! Ahaks! Yang cantik tu tak boleh blah. Boleh perasan kot! Control.. control..

     “Aunty memang suka puji melebih-lebih. Don’t take heart,” jawabku. Dia angkat bahu.

     “Ibu dah berkenan kot.” Aku tersentap. Lain macam pulak kata-katanya. Jeling aku pulak tu!

     “Berkenan?” Berkenan apa? Jangan berkenan nak dibuat menantu dah! Aku sangat-sangat tak suka kalau isu kahwin ni!

     “Ya.. berkenan. Ibukan takde anak perempuan. Bila Sya ada ni, mesti ibu rasa macam ada anak perempuan. Ibu dah lama nak ada anak perempuan. Tapi, lepas lahirkan Kimi, doktor cakap ibu dah tak boleh mengandung,” ceritanya.

     Aku tarik nafas lega. Aku ni fikir yang bukan-bukan betullah. Aunty Fatmah berkenan jadi anak perempuan la. Bukannya menantu. Haha.. perasan lagi!

     “Kimi?” tiba-tiba terkeluar soalan tu. Tak pernah dengar pulak nama tu. Dia senyum.

     “Yeah.. Kimi. Ilham Hakimi. My younger brother. Dia kat UK sekarang ni. Next month, he’ll come home. Dah habis study.”

     Oo.. aku cuma mengangguk. Agaknya tulah anak Aunty Fatmah yang tua setahun daripada aku macam yang abang cakap hari tu.

     “Dia ambil apa?” Aku berminat nak tahu.

     “Architechure.”

     Oo.. arkitek la tu. Mesti handsome macam Izz jugak, kan?

     “Sya sekarang ni tengah study lagi ke?” soalnya pula.

     “Cuba teka. Ada nampak macam orang dah habis study tak?” Aku angkat kening beberapa kali. Saja nak uji.

     Dia tenung aku dalam-dalam sampai aku pula yang naik segan. Tenung macam nak tafsir apa dalam kepala aku je gayanya. Entah-entah mamat ni psychologist, tak? Aku pandang tempat lain.

     “Orang suruh teka. Bukan suruh tenung macam tu!” Aku marah dia. Dia ketawa.

     “Nak teka la ni.”

     Dia geleng kepala.

     “Like a student. Sure!” Yakin dia jawab.

     “Dah habis study la. Sebab tu jadi bibik!” Aku sengaja karang cerita.

     “Cakapla betul-betul.”

     “Yala.. yala.. I’m a civil engineering student in UKM. Bukak semester ni, tahun last,” kataku jujur. Mengalah.

     “Civil engineering? UKM? Hmm.. Meet your senior then.” Dia sengih. Aku terlopong.

     “Awak graduate dari UKM jugak ke? Civil engineering?” Aku tak percaya. Alumni rupanya mamat ni.

     “Should call me abang?” guraunya. Aku ketawa. Ha. Ha. Only one abang in my life, okey?

     “Menyampah.” Aku cebikkan bibir. Makin kuat dia ketawa.

     “Anyway, kenapa pulak saya tak macam orang habis study?” soalku tiba-tiba.

     “Perangai awak tak macam orang dah habis study. Macam budak-budak je saya tengok. Nampak macam nak enjoy your life gayanya. Kalau orang dah kerja, mesti muka tu mature. Lepas tu akan nampak stress kerja tu sikit.” Dia mentafsir.

     Dia cakap aku tak mature? Lepas tu suka enjoy? Kurang asam! Aku jadi macam ni sebab jaga anak kau le.. dah jadi minah tiga suku sejak layan perangai Hafiy. Masa jadi student la nak enjoy dengan hidup. Nanti dah kahwin, dah terikat. Kalau dah kerja, sibuk memanjang. Betul, tak?

     “Excuse me? Nak cakap saya perangai macam budak la ni?” Rasa bengang pulak dah hatiku. Sabar.. sabar.. Perangai baranku ni entah bila boleh surut.

     “Good if you’re angry. Orang kata marah sebabkan muka nampak tua. Good for your case instead. Nampak mature sikit.” Dia sengih.

     Grr.. dia ni! Mulut boleh tahan. Baru aku kenal mamat ni. Loyar buruk macam abang pulak dah! Kalau abang tahu, mesti seronok dia buat geng. Geramnya aku! Tak mature sangat ke muka aku ni? Tak puas hati betul!

     “Okey.. okey.. sorry.” Izz minta maaf bila nampak muka merahku. Bengang beb..

     “Tader sorry.” Geram betul!

     “Sorry, pleaseee..”

     Arghh.. taknak aku pandang muka dia minta maaf macam tu. Macam muka kesian Hafiy kalau dia nak merayu sesuatu. Sama sajalah dua beranak ni! Aku pandang cabinet dapur.

     “Jangan buat muka macam tu oleh tak? Gelilah orang tua buat macam tu,” selamba aku cakap. Siap dengan memek muka lagi. Dia ketawa.

     “Awak ni kelakarlah, Sya. Direct betul. Saya ni tak tua lagi, okey. Just a bit older than you je.” Aku mencebik.

     “Tetap tua,” kataku perlahan. Sekali lagi mulut aku melaser.

     “I can hear.” Aku sengih.

     Lantak kaulah! Aku menguap. Ngantuk pulak tiba-tiba.

     “Dah ngantuk?” soal Izz. Dia pandang aku.

     Aku angguk. Tak pelik.. Sebab dah lebih pukul tiga pagi. Dua jam lebih kami berborak. Tak sedar langsung masa berjalan.

    “Saya masuk tidur dululah. Esok kena bangun awal.” Aku minta diri. Mata dah makin berat pulak rasanya. Aku ni memang. Kalau dah ngantuk, memang tak sempat-menyempat. Nampak tempat rata, memang nak terus landing je rasanya.

    Aku bangun. Tak sangka dalam satu malam aku boleh berborak selama ini dengannya. Seronok juga berborak dengan mamat tu. Terus hilang rasa segan aku dengan dia. Takdelah kekok sangat aku nak keluar dengannya besok. Berbaloilah ice breaking dekat dua jam ni. Haha..

     “Night,” ucapku.

     “Night. And thanks for the hot chocolate.”

     Aku angguk.

19 comments:

  1. Huhu alhamdulillah ada gak entry baru... Thanx..

    ReplyDelete
  2. Yeayyy! Hehehe.. Da bley borak2 nampak.. Besh r sket kuar jenjalan besok!
    Apa yg sbbkan kakak ni protes ms kawen ngn daddy nti ek.. Hmm

    ReplyDelete
  3. Thanx, terubat rindu... best dan seterusnye.. bila? Ada beza cara penulisan.

    ReplyDelete
  4. Akhirnye...ada gak entry pg nie...anyway...Best!!!!!!!!!...;o)

    ReplyDelete
  5. x puas lepas rindu ni....
    nak lagiiiii.....

    ReplyDelete
  6. Yay new entry.... Come on what actually happen sampai they terpaksa kawin?

    ReplyDelete
  7. lama dh tunggu...best2...diorg kene kawin pakse ke?

    ReplyDelete
  8. Aaa! Akhirnya lepas rindu . Best! Lagilagilagi!

    ReplyDelete
  9. Fuhh akhirnya entri baru. Lama menungggu! Best-best! Sambunglah lagi

    ReplyDelete
  10. awww, sweetnya. *pengsan*

    ReplyDelete
  11. like!!! haha.. tak sabar nk tunggu mereka g jln2.. haha..

    ReplyDelete
  12. guling2 atas katil.. melayan cerita anjel.. best sgt2

    ReplyDelete
  13. akhirnya bru smbang2 lme ckit ngn izz nie..x sbar nk tw psl pew dorg kwin nti

    ReplyDelete
  14. nanak lgi.... hehehehe nanti xsbar nk tngu bab 9 plak

    ReplyDelete
  15. cari chemistry ke ni...hehehe..mujur blh sembang berdua

    ReplyDelete
  16. haha izz cakap lepas je! but dorang so sweet! terasa macam watak dalam tu pulak dah.. teeheee!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )