Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 31 July 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 14)

BAB 14

Sejak majlis kesyukuran Hakimi, aku selalu fikirkan Ikram. Hari tu Ikram datang dengan Hanna. Tapi, aku nampak Ikram sering termenung. Wajahnya kusut. Aku memang dah hafal kalau muka Ikram kalau dia tengah berserabut. Ikram ada masalah ke? Kalau ada, kenapa dia tak cakap?

    Bila aku tanya, dia cakap nervous sebab result akan keluar tak lama nanti. Ala.. pesal nak nervous? Tu namanya nervous tak bertempat. Nak tahu kenapa? Sebab.. si Ikram ni 4 flatter. Penipu besar kalau dia cakap dia nervous. Padahal masa nak ambik exam hari tu, pagi besok ada exam, petang hari sebelumnya sempat main futsal. Malam pulak sempat pergi main snooker.
     
     Hari tu, Ikram telefon aku. Bila tanya kenapa, dia cakap saja-saja. So, aku layan je la. Macam tak biasa pulak sembang-sembang dengan Ikram. Tapi, dia tanya aku satu soalan pelik.

     “Can you do me a favor?”

     Aku berkerut kening. Apahal pulak mamat ni tiba-tiba serius. Nak tinggal wasiat ke apa? Aku mula tak sedap hati.

     “Sure. Kalau aku boleh buat, aku akan. Apa dia?” Sebagai sahabat mithali, aku bersetuju.

     Dia diam.

     “Hmm.. takpelah.” Ikram tak jadi nak cakap.

     Pulak dah. Aku angkat bahu. Kalau Ikram taknak cakap, aku taknak paksa. Sebab aku memang kenal Ikram. Kalau dia taknak orang tahu, better don’t ask him. Tapi, aku masih tertanya-tanya. Apa yang sebenarnya jadi pada Ikram ni?

      “Aunty.. Jom tengok Boboiboy.” Aku mendengar suara Hafiy.

     Ni sorang lagi yang asyik bermain dalam kepala aku. Maya! Hai.. tak sangka pulak kehadirannya beri kesan kepadaku. Aku pun pelik kenapa. Mungkin sebab hubungan aku dan Hafiy dah agak renggang. Renggang ke? Entahlah.. aku rasa macam takde yang berubah. Aku je yang kecik hati tak bertempat. Tapi, perasaan aku ni rasa macam aku akan kehilangan Hafiy.

     Sejak majlis keyukuran hari tu, Maya makin kerap datang rumah Aunty Fatmah. Pantang hari minggu, mesti Maya datang rumah. Mesti dia datang bawak benda-benda yang Hafiy suka. Dalam hati, aku senyum melihat kemesraan antara dua manusia tu. Nampak Hafiy sayangkan Maya. Dan Maya pun langsung tak nampak menipu dalam menunjukkan kasih sayang pada Hafiy.

     Macam hari ni. Hari ni hari ahad. Maya datang rumah Aunty Fatmah dengan membawa kereta mainan kawalan jauh kegemaran Hafiy. Melompat-lompat Hafiy suka bila dia dapat apa yang dia nak. Teruja dia berteriak padaku sambil menunjukkan kereta mainan baru. Aku pun sengih je la.

     Izz pun nampak lebih ceria bila Maya datang. Bagi aku, Maya umpama malaikat yang datang menyinari kehidupan Izz dan Hafiy. Mungkin Izz dah luahkan perasaan pada Maya dan Maya pun sama? Boleh jadi jugak. Aku angguk-angguk sendiri.

     “Ni yang angguk-angguk macam burung belatuk kena ketuk ni kenapa?”

     Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik bulu ayam di tangan tak terbang sebab terkejut yang amat. Hipotesis aku hilang entah ke mana bila disergah seseorang. Hmm.. kalau kurang asam macam ni, tak lain dan tak bukan. Mesti Hakimi.

     “Sibuk je..” Aku mencebik.

     “Pandang apa tu?” Hakimi turut pandang pada arah pandanganku tadi.

     “Haa.. mengintip abang Ngah, ek? Jelouslah tu,” bisik Hakimi sebelum dia ketawa.

     Nak kena front kick agaknya mamat ni. Mulut lepas sungguh. Nak je aku berus guna bulu ayam di tanganku. Aku tak tahu kenapa, mungkin jarak umur yang hanya beza setahun, aku agak rapat dengan Hakimi.

     “Eh.. takde maknanya la! Orang tengok Hafiy. Suka tengok Hafiy gembira macam tu. Macam keluarga bahagia, kan? Mesti Hafiy suka kalau Kak Maya jadi mummy baru dia,” kataku.

     Memang tulah dalam kepala aku. Langsung aku tak fikirkan abang Ngah kesayangan dia tu. Aku sayang nyawa la wei. Taknak la aku kena lempang dengan Maya.

     Hakimi turut pandang pada mereka bertiga yang sedang menonton TV di ruang tamu. Kemudian, dia pandang aku. Bila bertentang mata, aku jegilkan mata. Sengaja nak tutup malu bila dia pandang macam tu. Boleh luruh iman wei. Nasib baiklah aku tahu dia ni milik Hanna.

     Hakimi gelak.

     “Malu la tu.” Aku mencebik.

     “Dia yang tenung orang macam kita ni takde hidung. Kenapa tenung macam tu? Nak kena korek biji mata?” Aku marah Hakimi. Tapi dia cuma gelak.

     “Sya.. awak cantik sangat,” katanya.

     Aku tunjuk tanganku padanya.

    “Tengok ni. Sembilan puluh darjah bulu roma, tau tak? Huh.. geli.” Aku buat muka geli. Dia ketawa lagi.

     “Betulla. Awak cantik. No wonder kalau ada yang jatuh cinta,” komen Hakimi.

     “Siapa?” soaku bodoh.

     “Sayalah.”

     Huh! Bagi penampo jepun karang. Aku memang tak boleh layan sangat mamat buaya ni. Kembang hidung sendiri dibuatnya. Banyak yang tak daripada ya.

     “Mana nak campak Hanna?” soalku.

     “Dalam longkang belakang rumah?”

     Kami gelak. Sengal! Aku report kat Hanna karang, siaplah kau. Malam ni jugak kau terbang UK sebab nak  pujuk Hanna.

     “Awak tak sedih ke kalau Maya jadi mummy Hafiy?” soal Hakimi tiba-tiba. Dia pandang aku macam aku ni penjenayah. Nak jadi detektif la tu.

     Hai.. apa punya soalan ni?

     “Sedih jugak. Tapi, yalah. Nak buat macam mana. Cepat atau lambat, Hafiy akan dapat mummy baru jugak. Tak mungkin saya jadi Hafiy’s mummy forever, kan?,” jawabku mendatar. Cepat atau lambat Izz pasti akan kahwin jugak.

     “Kalau macam tu, awak je la yang kahwin dengan abang Ngah saya tu. Then you’ll be Hafiy’s mummy forever.” Hakimi memberikan cadangan yang buat aku rasa nak sepak je dia.

     “Baik punya rancangan. Kak Maya mahu campak mana? Dalam longkang belakang rumah?” soalku.

    “Mana boleh. Tak muat. Kan dah ada Hanna.”

     Aku ketawa. Hakimi sengih.

     “Abang Ngah nak yang mana, mana awak tahu? Dia tu sanggup buat apa-apa demi Hafiy. Bercinta sakan tapi kalau Hafiy tak suka perempuan tu, abang Ngah sanggup putus dengan permpuan tu. Awak pun tahu Hafiy sayang awak, kan?” Hakimi ingatkan aku.

     “Tapi Hafiy suka Kak Maya jugak, kan?” soalku. Hakimi angkat bahu.

     “And maybe abang Ngah pun sukakan orang lain jugak.”

     Hakimi senyum lagi sebelum meninggalkan aku sorang-sorang. Aku berkerut kening. Pulak dah.. Izz cintakan orang lain pulak ke? Dan perempuan tu tak disukai oleh Hafiy? Lepas tu Izz tinggalkan perempuan tu macam cerita Hakimi tadi?

     Tapi, aku nampak Izz okay je dengan Maya? Atau mungkin sekarang ni Izz sedang dalam proses cintakan Maya sebab Hafiy suka Maya. Dan macam cerita Hakimi, Izz akan pilih perempuan yang dipilih Hafiy? Sebab tu dia cintakan Maya?

     Haish.. Banyak sangat pulak dah persoalan dalam kepala!

     ---------

Aku sengih memanjang. Macam mana tak sengih. Hari ni result keluar. Orang yang aku cari mestilah abang. Mana abang ni? Pintu bilikku diketuk. Mesti abang! Cepat-cepat aku menyorok belakang pintu. Bila pintu dibuka, macam yang aku agak. Abang Q. Mesti dia pelik bila tengok katil aku kosong. Hehe..

     “Abang!!” jeritku kuat. Seraya itu, aku lompat ke atas belakang abang. Leher abang aku peluk daripada belakang.

     “Adoi..” Abang Qairul turut terjerit. Pasti terkejut bila tiba-tiba aku lompat atas belakang dia.

     “Oit, ingat awak tu ringan macam Hanum ke nak kena abang gendong?”

     Aku yang mendengar terus melompat turun. Mata dibulatkan pandang abang.

    “Oo.. dah pernah gendong Kak Hanum ya sebelum ni? Nak cakap kat papa. Papa..”

     Aku ingin berlari keluar bilik sambil menjerit panggil nama papa. Tapi, abang Qairul cepat-cepat tarik tangan aku.

    “Papa.. Abang kan..”

     Abang tutup mulut aku dengan tangannya. Nak lemas aku rasa. Terjerit-jerit aku. Tapi suara tenggelam dalam tangan abang. Ha.. tahu pun takut kalau nak report kat papa. Aku tahu abang bergurau je tadi. Mana mungkin dia gendong Kak Hanum. Pegang tangan pun tak pernah. Bukan aku tak kenal abang. Hidup penuh pantang larang. Tahu dek papa aku rasa mahu kena sula keliling bandar KL ni.

     “Nak bunuh orang ke?” Aku marah abang bila tangannya dilepaskan. Abang mencebik.

     “Yang hyperaktif sangat ni kenapa?” soal abang.

     Bila dia tanya macam tu, makin sengih lebar aku.

     “Hari ni result keluar. Sya dapat 3.83.” Aku bersorak gembira.

     “So, gembira la tu?” Soalan abang buatkan muka aku masam. Hsh.. dia ni! Adik dia gembira bukannya nak tumpang gembira.

     “Mestilah.. Sakit kepala nak exam hari tu berbaloi jugak. Ada hasilnya,” jawabku.

     Walaupun tak dapat 4 flat, tapi aku tetap gembira. Janji lepas dekan. Nak dapat yang ni pun seminggu aku tak tidur. Aku ni bukanlah bijak sangat macam si Ikram. Huh.. Ikram tu, aku tak tanya pun dah tahu. Konfom 4 flat. Malas aku nak dengar jawapan mamat tu. Takde nada langsung kalau menjawab. Tak boleh nak agak. Gembira ke? Mestilah gembira. Bukan orang namanya kalau tak gembira dapat result gempak macam tu. Hai.. tiba-tiba rindu Ikram pulak.

     “Ala.. la.. merajuk pulak intan payung Avon ni. Abang tahu adik abang ni bijak macam abangnya jugak. Sebab tu lah abang dah sediakan hadiah ni.”

     Abang keluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Aku nampak benda berkilau-kilau. Apa dia? Abang letakkan dalam tanganku. Gelang perak campur berlian. Mak ai.. cantik gila! Aku senyum balik. Tak jadi nak merajuk.

     “Cantiknya.. Terima kasih. Saaaayangg abang.” Aku peluk abang. Abang gelak.

     “Pakailah.”

     Aku hulurkan pergelangan tanagn kananku pada abang.

     “Nah.. pakaikan.” Aku sengih.

     “Manja betul. Nak pakaikan suruh orang. Ingat orang ni suami dia ke?” Abang membebel. Tapi tangannya tetap memakaikan gelang itu. Bila dah berada di tanganku nampak sangat cantik. Aku sengih lagi pada abang.

     Sayang abang! Memang abanglah lelaki terbaik pernah aku kenal. Lepas abang kahwin, mesti aku sedih. Kalau aku nak kahwin, aku akan cari orang macam abang. Baik, penyanyang, memahami, pendek kata sempurnalah. Tapi, ada lagi ke sekarang? Macam dah pupus je? Untunglah Kak Hanum dapat abang. Huhu..

     ----------

Sedar tak sedar, hampir dua bulan aku bekerja dengan Aunty Fatmah. Berada di rumah Aunty Fatmah dan mengenali keluarga Aunty Fatmah adalah sebahagian daripada aku. Mesti aku merindui semuanya nanti. Hafiy sudah tentu. Walaupun mungkin dia akan dapat mummy Maya, tapi aku tetap nak jadi mummy dia. Tapi, aku tak tahu Hafiy masih anggap aku sebagai mummy dia lagi atau dia sepenuhnya inginkan Maya menjadi mummynya. Sebab aku nampak mereka berdua amat rapat.

     Mak Mah, orang gaji lama Aunty Fatmah dah habis bercuti. Bermakna, tamat sudah tugas aku di rumah Aunty Fatmah. Aunty Fatmah ucapkan terima kasih sangat-sangat kepadaku sebab sudi membantunya. Akhirnya, tiba juga hari terakhir aku bertugas di rumah besar ni. Banyak betul memori. Tulah.. nak mula kerja dulu, bukan main payah. Tapi bila nak berpisah, sedih pulak. Biasalah.. adab dunia.

     Aku nak jumpa Hafiy, tapi Hafiy keluar dengan Izz dan Maya. Mereka ajak aku. Tapi, aku malas nak ikut. Taknak kacau daun. Lagipun aku sedang sibuk uruskan jadual kuliah yang bakal bermula beberapa hari je lagi. Kali ni Hafiy tak merayu padaku lagi. Kalau kebiasaannya, Hafiy akan buat muka comel, pujuk aku sampai aku cair. Sampai aku nak ikut dia.

     Kini tak lagi. Kecik hati aku! Hmm.. Aku mengeluh sendiri. Aku rindukan saat-saat macam tu. Sebelum aku kenal Maya. Melampau sangat ke kalau aku cakap yang Maya ni penyibuk? Mungkin aku yang patut sedar yang sebenarnya akulah yang menyibuk. Antara Hafiy, Izz dan Maya sepatutnya aku tak ada.

     Aku tunggu sampai pukul 7.00 malam. Tapi, mereka tetap tak pulang-pulang lagi. Gembira sangat keluar agaknya sampaikan hari terakhir aku di rumah ni pun mereka tak ingat? Huhu.. sampainya hatimu. Yang aku ni pulak touching berlagak macam nak pergi bulan je gayanya pe kes? Haha.. Chill, Qisya. Tiap yang bertemu mesti ada perpisahan. Cewah..

     “Bye, Aunty Fatmah.” Aku salam tangan Aunty Fatmah. Dah nak balik dah. Abang dah menunggu dalam kereta.

     “Terima kasih, Sya. For everything.” Aku senyum. Dah berapa kali dah aku dengar daripada mulut Aunty Fatmah.

     “Bye, Kimi.”

     “Bye. Nice to meet you, Sya. I hope I can know you better after  this. Saya harap lepas awak keluar daripada rumah ni, hubungan awak dengan keluarga ni takkan terputus,” ujar Hakimi.

     Aku senyum tawar. Mana mungkin aku lupakan rumah ni. Lupakan keluarga ni. Lupakan Hafiy. Mungkin kekangan waktu nanti, buatkan aku sibuk dan jarang dapat datang ke sini lagi. Lagipun, university aku bukan di kawasan ni.

     “Mestilah. Dan awak pulak, jangan pernah lupa pulak rumah ni pernah ada bibik cantik macam saya.” Hakimi gelak.

     Aku berjalan ke arah kereta abang. Abang tunggu dalam kereta. Penat baru pulang bekerja. Tengah tidur dalam kereta agaknya. Ketika itulah aku nampak kereta Izz masuk ke perkarangan rumah. Aku yang nak buka pintu terus tak jadi.

     “Mummy!”

     Aku berpaling. Ketika itu Hafiy datang peluk kakiku.

     “Pak Su cakap hari ni mummy nak pergi. Pak Su cakap mummy takkan datang lagi lepas ni. Betul ke?” soal Hafiy.

     “A’a.. Nek Mah dah datang. Mummy pun nanti nak sambung belajar.”

     “Mummy janganlah pergi. Hafiy sayang mummy.” Hafiy dah menangis. Aku yang tengok pun rasa macam nak nangis.

     “Mummy sayang Hafiy jugak. Hafiy jangan bimbang. Rumah mummy bukannya jauh pun dari sini. Nanti Hafiy datanglah rumah mummy. Kalau mummy ada masa lepas ni, mummy datang jenguk Hafiy.” Aku pujuk Hafiy.

     “Hafiy, dengar daddy, sayang. Mummy Sya bukannya nak pergi jauh. Nanti kita boleh jumpa dia lagi.” Giliran Izz pulak pujuk Hafiy.

     Tapi tak jalan. Makin kejap Hafiy peluk kaki aku.

     “Kalau mummy pergi, saper nak jadi mummy Hafiy lagi?” soal Hafiy.

     “Hafiy.. jangan sedih-sedih macam ni. Kalau mummy Sya pergi, Aunty boleh jadi mummy baru Hafiy,” celah Maya. Cuba nasib untuk pujuk Hafiy.

     Aku pandang Maya. Ya.. Maya boleh jadi mummy baru Hafiy. Mungkin Hafiy sedih nak berpisah denganku. Tapi tu pun kejap je la. Lepas Maya jadi mummy dia, mesti dia gembira nanti. Mesti dia takkan sedih lagi.

     “Nanti Aunty Maya jadi mummy baru Hafiy. Hafiykan sayang Aunty Maya,” kataku separuh ikhlas.

     “Mari dekat Aunty, sayang.”

     “Taknak! Hafiy taknak mummy lain. Hafiy nak mummy je. Hafiy tak mahu orang lain jadi mummy Hafiy. Hafiy nak mummy Sya je!” jerit Hafiy.

     Aku pandang wajah Maya. Riak wajahnya agak beubah bila Hafiy berkata sebegitu.

      “Okay.. Hafiy, masuk dulu dengan Aunty Maya. Daddy janji yang mummy Sya akan terus jadi mummy Hafiy. Forever.”

     Aku pandang Izz bila dia cakap macam tu. Berani betul cakap macam tu. Cari nahas betul! Buatnya budak tu tuntut janji macam mana? Izz ni cakap main lepas je.

     “Daddy promise?” Hafiy pandang daddynya.

     “Yes.. promise.” Izz tarik Hafiy daripada peluk kakiku.

     “Can I talk to you for a minute? Only both of us.” Izz tanya aku.

     Aku pandang tempat duduk abang. Macam yang aku agak, dia tengah tidur. Lena betul dia tidur. Sampai-sampai drama satu babak kat luar kereta dia dah habis pun tak perasan. Abang.. abang..

     Aku angguk.

     ------------

“Tak boleh ke awak terus jadi mummy Hafiy?” tanya Izz. Ketika itu kami cuma berdua di taman rumah. Hafiy ikut Maya ke dalam rumah setelah dipujuk Izz tadi.

     “Saya tak layak. Kak Maya boleh jadi mummy baru Hafiy.”

     “But, Hafiy only wants you.”

     “And you only want Maya.” Izz pandang aku bila aku cakap macam tu. Dia jeling aku tajam.

     “How do you know?”

     How do you know? Maksudnya memang betullah telahanku sebelum ni.

    “From your eyes,” jawabku yakin. Izz tergelak. Tapi amat sinis pada mata aku.

    “If you can see in the depth of my eyes, tell me what do I feel right now?” cabarnya.

     Aku pandang mata hijau-birunya. Tajam pandangannya kali ni buatkan aku hanya bertahan tak sampai sepuluh saat. Panahan matanya terus ke hati. Dadaku berdebar hebat. Tak.. tak mungkinlah kalau dia ada hati padaku? Argh.. tidak! Teori aku selalu mengarut dan tak boleh pakai.

     “I still love you, Maya?” Izz ketawa sinis sebelum geleng kepala.

     “Failure. Kalau tak tahu, jangan nak memandai jump to a conclusion.”

     Aku diam.

     “Hafiy is my priority. Whatever makes him happy, I’ll try to get it. Hafiy only wants you to be his mummy. Not Maya.”

     “Habis, nak suruh saya buat apa? Marry you?” Aku dah agak bengang. Buat gila la tu!

     “Good idea. Marry me.”

     “Jangan nak buat gila la. Awak sayang Maya. Takkan awak nak tengok Maya sedih. Awak sanggup ke hilang Maya?” soalku. Aku main-main je lah pasal kahwin tu. Huh.. macamlah aku nak kahwin dengan dia. Nak kena kapak dengan papa?

     “Three reasons. First, Saya dengan Maya bukannya ada apa-apa. Second, demi Hafiy, I’ll do anything..”

     “And third, maybe because I love you.”

     Aku gelak. Apa terdesak sangat ke Izz nak suruh aku bersetuju sampai sanggup cakap dah jatuh cinta dengan aku? Ingat aku cairlah dengan ayat Leonardo DiCaprio dia tu? Ingat aku percaya lepas tu setuju nak ikut idea gila dia tu? Huh.. malam sikit la! Macamlah aku tak dengar perbualan dia dengan Hakimi hari tu. Macamlah aku tak faham bahasa mata antara dia dan Maya.

     “Don’t lie to me. Saya tak percaya. Jangan sebab nak saya jadi mummy Hafiy, awak tipu hati awak sendiri. You go and marry Maya and Hafiy will have a new mom. Sooner or later, Hafiy will accept Maya,” balasku.

     “I promised Hafiy to have you as his forever mummy and I won’t break it. I’ll do anything to take you as wife, Qisya Iris..” Dia pandang aku.

     “Anything!”

      --------

Dah dua hari perkara tu berlalu. Tapi aku masih teringat lagi kata-kata terakhir Izz. Bulu roma aku rasa macam berdiri. Macam mana kalau dia buat gila? Culik aku contohnya. Aku cerita kat abang. Boleh dia gelakkan aku. Dia cakap tak mungkin Izz buat macam tu. Dia kenal Izz. Izz takkan buat macam tu, percayalah. Huh.. ingat aku percaya kata-kata abang tu?

     Lupakan pasal Izz dulu.

     Ikram call aku. Dia cakap nak jumpa di KFC. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab saja-saja nak lepak denganku sebelum kuliah bermula dua hari lagi. Lagi, dia nak raikan kejayaan kami dapat keputusan cemerlang untuk exam kali ni. Untuk aku je la sebenarnya sebab mamat tu memang sepanjang sem dapat result gempak. Kali ni dia belanja.

    “Ingatkan dah tak ingat kat aku. Lama membisu,” tegurku bila tiba di KFC. Semasa aku tiba, Ikram dah tiba. Siap orderkan makanan lagi.

     “Buzy sikit la wei..” Dia sengih.

     “Syuk mana?” soalku.

     “Cancel last minute. Katanya balik kampung kat Jitra nu ha.”

     Oo.. Syuk balik kampung rupanya. Tak khabarkan padaku pun.

     “Pe kelas la kau ni. Belanja member masuk KFC je?” ejekku. Ikram ketawa. Hmm.. baguslah. Aku nampak Ikram agak ceria walaupun aura sedih tu tetap ada.

     “Aku nak belanja kira cukup baik, tahu tak?” Ikram marah. Aku gelak.

     “Ikram, kenapa kau nampak sedih je?” selidikku. Dia angkat bahu.

     “Mungkin kita takkan jumpa lagi semester baru ni.” Aku terkejut.

     “Kenapa?”

     Dia ketawa.

     “Haa.. tahu pun takut. Sayang aku la tu.” Aku mencebik. Main-main pulak mamat ni. Bimbang betul aku bila dia cakap macam tu.

     “Dah.. makan. Jangan tak habiskan pulak. Aku bukannya kaya macam kau,” kata Ikram. Sempat pulak sindir aku.

     “Aku hempuk dengan dulang ni karang,” ugutku sambil pegang dulang coklat KFC. Ikram sengih.

     “Kau ni garang sangat la.” Aku mencebik. Dah tahu cari pasal jugak dengan aku.

     Kami makan-makan. Kami sembang-sembang. Tak sedar dah pukul lima petang.

     “Kenyang perut aku makan orang belanja ni.” Aku sengih pada Ikram. Kami keluar daripada KFC. Masing-masing dah nak balik. Ikram berjalan ke tempat motornya diparking.

     “Balik dulu beb. Kau balik dengan apa?”

     “Driver datang ambil.” Abanglah driver tak bergaji aku. Haha..

     “Nak tumpang aku?” Aku jeling dia. Dah tahu aku ni macam mana, saja nak kenakan aku, ya?

     “Helmet takde,” balasku.

     “Motor sebelah punya ada,” katanya sambil muncungkan mulut pada motor Honda sebelah.

     Aku ketawa. Sengal betul!

     “Kau pilih, nak kena terajang dengan bapak aku atau nak kena penampar jepun abang Q?” Aku angkat kening. Mahu aku jadi BBQ kalau mereka tahu aku bonceng motor dengan lelaki. Ikram pulak yang ketawa.

     “Patutlah kau tu takde boyfriend sampai sekarang. Semua lelaki takut nak tackle kau. Takut kena hukum dengan tok majistret. Takut kena varnish dengan lawyer.” Ikram geleng kepala. Aku tersengih. Memang betul kata-kata Ikram.

     “Takpelah. Aku cau dulu.” Ikram pakai helmet.

     “Jumpa Isnin nanti.” Dia angkat tangan sebelum berlalu pergi.

     Maka tinggallah aku sendirian. Aku menelefon abang. Abang Qairul cakap mungkin dia lambat sikit. Dia suruh aku tunggu di bus stop depan sana. Senang katanya. Tak payah masuk KFC yang tengah sesak tu. Aku akur.

     Aku berjalan menuju ke bus stop. Sampai belakang bangunan, aku rasa tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang oleh seseorang. Terus mulut dan hidungku ditutup oleh manusia itu. Aku cemas. Aku cuba jerit minta tolong, tapi suara aku tenggelam di balik kain itu. Aku meronta untuk lepaskan diri. Tapi, makin aku meronta, makin kejap tubuhku dipeluk. Pergerakanku terkunci. Dia kejapkan lagi tekupan di mulut dan hidungku. Tanganku cuba rungkaikan tekupan itu tapi aku terhidu sesuatu daripada kain itu. Sesuatu yang buatkan tanganku yang cuba merungkai lemah. Sesuatu yang buatkan segala otot tubuhku makin tak berdaya. Dan mataku pula makin memberat.

     Akhirnya, gelap duniaku.


--- POOR TO MY READERS.. HARI NI MOOD SAYA BAIK..HUHU..SILALA LAYAN YA.. : )

Thursday 26 July 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 13)

BAB 13

“Hanna?” Aku tak percaya.

     “Qisya?” Hanna juga sama.

     “Arghh…” Aku dan Hanna menjerit bagai orang gila sambil berpelukan. Siap melompat-lompat lagi sebab tersangatlah gembira. Tak sangka jejak kasih pulak kat KLIA ni. Dah beberapa tahun berlalu, hari ni baru dapat jumpa Hanna.

     “Ya Allah.. lama gila tak jumpa. Nak tertanggal rahang aku tengok kau. Tak percaya. Berubah gila kot!” Aku bagi komen.

     Aku pandang atas bawah atas bawah berulang kali. Serius berubah gila minah ni! Hanna gelak. Kalau bukan Hakimi berdehem, memang aku lupa terus kewujudan-kewujudan homo sapien lain di sekeliling kami.

     “Err.. sorry.. sorry.. Jumpa bestfriend lama, pakwe kat sebelah pun tak perasan.” Hanna sengih. Aku tergelak. Walaupun penampilan dah berubah, tapi gaya bercakap masih sama. Jadi inilah kekasih hati Hakimi. Kecik betul dunia. Lupa pulak yang si Hanna pun belajar Architecture kat UK jugak. Tak sangka sama tempat dengan Hakimi.

     “Dah kenal ke?” soal Hakimi.

     “Ya la.. ni bestfriend masa sekolah menengah dulu. Lama gila tak jumpa.”

     “Oo.. ya ke? Hanna, meet my parents. Ibu.. papa.. ni la buah hati pengarang jantung Kimi. Nurul Hanna Asyikin namanya.” Hakimi perkenalkan Hanna pada Aunty Fatmah dan Uncle Manaf.

     Sopan je aku tengok Hanna salam dengan mereka. Aku senyum sendiri. Siapa sangka Hanna boleh berubah 360 darjah? Aku dan Hanna belajar di sekolah menengah yang sama dulu. Kalau dulu, tayang je Hanna tepi budak lelaki dan tanya mana satu lelaki, mana satu perempuan, memang orang yang tengok akan cakap dua-dua lelaki. Nak tahu kenapa? Sebab Hanna ni memang perangai macam lelaki. Rambut dah macam lelaki. Pakai pun dah macam lelaki. Pendek kata dia macam lelakilah! Pernah Hanna gaduh dengan cikgu penasihat kelab bola sepak sebab kelab itu hanya membenarkan lelaki sahaja sedangkan Hanna nak masuk kelab tu.

    Tapi tengoklah sekarang. Penampilan ayu. Bertudung siap! Kali terakhir aku jumpa Hanna adalah masa ambil keputusan SPM. Lepas tu masing-masing loss contact. Apatah lagi Hanna duduk di Terengganu. Study pulak kat UK. Mana nak jumpa? Tak sangka hari ni boleh jumpa. Dan tak sangka pulak jumpa Hanna yang baru. Macam ni lah kehidupan. Kalau nak berubah memang tak mustahil. Aku geleng kepala. Hanna.. Hanna.. Makin cantik lepas dia bertudung. Kalau aku bukak kisah silam Hanna, memang semua terngannga agaknya.

     “Dan yang handsome ni, abang Ngah Kimi. Nama dia Izz Haikal.” Kali ni Hakimi perkenalkan Izz pula. Mereka berbalas senyuman.

     “Yang comel ni pulak, anak saudara kesayangan Kimi. Hafiy.”

     “Hello, budak cute.” Hanna cubit pipi Hafiy.

     “Hye, kakak cun,” balas Hafiy.

     Semua yang dengar ketawa. Aku pandang Aunty Fatmah. Nampaknya dah berkenan dah kalau Hanna jadi menantu dia. Cinta dah direstui nampaknya. Untunglah kalau betul Hanna jadi ahli baru keluarga tu. Semuanya baik-baik.

     “Hanna ni sama dengan Kimi ke? Baru habis study?” soal Aunty Fatmah pada Hanna.

     “Tak, Aunty. Hanna ni junior Kimi. Hanna balik kejap je. Balik pun sebab lama dah tak jumpa parents.”

     “Hanna tinggal kat mana?” Aunty Fatmah mula berkenal-kenalan dengan Hanna.

     “Kat Kuala Terengganu, Aunty.”

     “Hai… rombongan ke Terengganu la ibu nampaknya kita,” sampuk Izz.

     Semua yang dengar tergelak. Hanna pun malu-malu dia senyum.

    “Berapa tahun dah bercinta? Tak pernah-pernah pun Kimi cerita?” soal Uncle Manaf pula. Hakimi sengih.

     “Dah dua tahun, papa. Saja taknak hebohkan. Mahu bikin surprise. Hehe..” jawab Hakimi.

     “Hanna bercinta dengan Kimi ni, tahu ke sejarah purba kala dia ni? Tak menyesal ke pilih buaya buatan Malaysia ni?” sindir Aunty Fatmah sambil jeling anak bongsunya.

     “Tahu, Aunty. Tapi kalau dia tak berubah lagi memang tahula macam mana Hanna nak ajar dia.” Semua ketawa dengar kata-kata Hanna. Aku pun turut sama tersengih. Tak sangka minah hati batu boleh jatuh cinta? Haha.. macam tak percaya pulak. Normal lagi rupanya kawan aku sorang tu.

     “Kimi dah berubahlah. Dah berlalu dah zaman jahiliyah.” Masam muka Hakimi menjawab. Tak suka mungkin bila perangai lamanya diungkit. Apa yang aku boleh putuskan ialah, Hakimi dulu seorang yang sosial dan sekarang dah ada aura insaf. Dan mungkin semuanya terjadi lepas jumpa Hanna? Hmm.. Entahlah, belalang..

     Hanna pandang aku.

     “Sya, tapi kan.. aku peliklah macam mana kau ada sekali. Family Kimi ni saudara kau ke?” soal Hanna.

     Aku sengih. Aku ceritakan hal sebenar, memang terguling kau ketawakan aku. Baru je aku nak jawab, Hafiy dah tolong jawab.

     “Ni mummy Hafiy..” Aku nampak Hanna ternganga.

     “Mummy? Sya.. kau dah kahwin ke? Anak kau ke ni? Besarnya.. biar betul! Bila kau kahwin?”

     Hanna terkejut. Nak ketawa aku dengar.

     “Bukanlah.. aku tengah cuti sem sekarang ni. Mama aku mintak aku tolong Aunty Fatmah. Aunty Fatmah ni kawan mama aku.”

     “Minta tolong apa?” soal Hanna lagi.

     “Jadi orang gaji.” Aku sengih. Hanna ketawa sakan macam yang aku agak. Wei.. control la sikit! Bakal mak mentua kau tengok la! Nak je aku siku minah ni.

     “Terkejut aku kalau kau dah kahwin, tahu tak? Nak kena pelangkung ni kahwin tak ajak aku.”

     “Kau balik sini, saper ambik kau?” Aku bertanya. Setahu aku keluarga Hanna tinggal di Terengganu. Melainkan kalau ayah si Hanna ni memang dah datang dari semalam lagi.

     “Ikram datang ambik. Aku balik rumah mak cik aku dulu. Esok aku balik rumah mak aku,” jelas Hanna.

     Ikram.. Aku senyum. Memang aku kenal Ikram tu sejak aku kawan dengan Hanna lagi. Kenal sangat-sangat! Sebab semasa di asrama dulu, Hanna selalu balik bermalam di rumah Ikram. Ikram tu sepupu Hanna. Sebab kedua pulak, sepupu dia ni kawan baik aku jugak. Kawan baik lepas masuk UKM. Hai… jumpa pulak dengan dia nampaknya hari ni!

     Kemudian aku nampak satu susuk tubuh yang dah lama aku tak jumpa berjalan ke arah kami. Aku senyum. Mesti bising gila mulut dia kalau jumpa aku kat sini. Kalau aku cakap aku kahwin tengah-tengah cuti sem ni mesti dia ternganga habis. Haha.. best jugak kenakan mamat tu!

     “Oit, Qisya! Kau tahu, aku masuk je KLIA ni, dari jauh lagi aku dah kenal tu kau. Lama tak jumpa.” Dia tegur aku.

     Aku ketawa. Mamat ni.. bukan nak salam dengan semua orang yang ada kat sekeliling kami. Buat perangai sengal dia pulak dah. Aku side kick karang. Macam tahu-tahu kealpaan diri, Ikram cepat-cepat salam dengan semua orang.

    Kalau ikutkan hati, panjang aku nak borak dengan dua orang tu. Tapi, memandangkan Hanna baru pulang dari penerbangan yang panjang, aku rasa dia perlukan rehat. Mungkin lain masa kut kitorang boleh berbual panjang. Aku mengikut Aunty Fatmah dan keluarganya pulang.

     -------

Keluarga Aunty Fatmah mengadakan majlis kesyukuran sempena dengan kepulangan Hakimi. Tak menang tangan aku bekerja. Penat betul melayan ramai tetamu. Mestilah semuanya aku tak kenal. Yang aku kenal keluarga aku je. Mama, papa dan abang Q. Hanna dan Ikram pun turut datang. Tapi, sebab aku sibuk sangat membantu tuan rumah, tak sempat aku nak melayan mereka berdua. Gaya aku sibuk mengalahkan tuan rumah.

     “Sya..” Hanna tahan aku ketika aku menghidangkan lauk.

     “Apa?”

     “Kau ada nampak Kimi tak?” soal Hanna.

     Aku pandang sekeliling. Tak nampak pun bayang Hakimi.

     “Tak nampak pulak kat sini.”

     “Aku layang dulang atas kepala kau baru tahu. Aku tahulah dia takde sini. Sebab tu aku tanya kau. Sengal betul!” marah Hanna.

     Aku gelak. Kalau dah bengang, terus keluar aura Hanna versi lama.

     “Kau nak jumpa dia, ya? Nanti aku cari.”

     Aku tinggalkan Hanna. Adoi.. sejak bila pulak aku jadi PA si Hakimi ni? Si Kimi ni pulak, dah tahu buah hati dia datang sengaja pulak nak main sorok-sorok. Mana kau ni? Rasanya tadi aku nampak dia tengah layan kawan-kawan lama dia. Dah hilang entah ke mana dah. Kalau aku jumpa dia lepas ni, memang aku claim elaun dengan Hanna sebab berjaya jumpa pakwe dia tu.

     Aku panjat tangga untuk ke tingkat atas. Kalau dah tingkat bawah takde, mungkin ada kat tingkat atas. Mungkin tengah lepak dalam bilik. Nak curi tulang la tu. Orang sibuk layan tetamu, dia sibuk buat tahi mata. Betul andaianku. Aku nampak bayang-bayang Hakimi dari luar bilik. Kat sini rupa-rupanya mamat ni. Satu rumah aku tawaf. Hish.. geram betul!

     “Aku tahu kau cintakan dia, kan? Try to deny it. Kau boleh tipu orang lain. Tapi bukan aku.”

     Aku dengar suara Hakimi. Eh, ada orang lain ke? Atau Hakimi sedang bercakap di telefon dengan seseorang? Aku yang nak ketuk pintu terus tak jadi.

     “Oh.. come on, Ngah. Aku pun lelaki la. The way you look at her, I know you love her, kan? Belum lagi campur dengan cerita-cerita yang kau ceritakan masa aku dok UK dulu.”

     Dia sedang cakap dengan Izz? Izz jatuh cinta? Entah kenapa hatiku berdebar-debar untuk dengar jawapan Izz. Aku menyorok di balik dinding. Tak mahu mereka menyedari kewujudan aku. Rasa bersalah jugak sebab curi dengar. Tapi, sebab aku ni memang dilahirkan dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, aku tolak ke tepi rasa bersalah tu. Aku tetap nak dengar perbualan mereka. Terukkan? Memang teruk. So, janganlah contohi aku, ya?

     “Ya.. aku mengaku. I love her. Dia perempuan pertama yang berjaya buatkan aku jatuh cinta. Tapi aku tak rasa she feels the same.” Aku dengar Izz mengeluh.

     Hati bertambah berdebar. Dengan siapa dia jatuh cinta? Siapa yang bakal jadi mummy Hafiy tu? Adakah tu maknanya Izz akan kahwin tak lama lagi? Tapi.. kenapa Izz cakap yang dia tak rasa perempuan yang dia suka tu ada perasaan yang sama padanya? Kiranya cinta bertepuk sebelah tangan la ni? Aku mula buat andaian sendiri.

     “You must fight, bro. Try to win her heart. Make a move from now.” Aku dengar Hakimi beri kata-kata semangat pada Izz.

     “Kalau dia dah ada orang lain? Aku taknak rosakkan hubungan orang, Kimi.”

     “Ya Allah.. Kau ni slowlah, Ngah. Selagi bukan isteri orang, try your best. Kalau aku jadi kau, dah lama aku ayat kasi cair. Bagi aku, first man wins.”

     Izz terdiam.

     “Yang penting, Hafiy. Hafiy pun suka dia, kan? Dengan siapa je Hafiy rapat? Qisya.. Maya.. Mak Mah..” Hakimi bersuara lagi.

     Maya! Adakah tu nama perempuan yang dimaksudkan Izz? Kenapa aku tak pernah dengar nama itu? Ah.. lupa pulak. Aku bukannya kenal sangat dengan Izz. Mesti Maya gadis bertuah yang dicintai Izz tu. Makin aku nak jumpa perempuan bernama Maya tu.

     “Aku sayang kau, Ngah. Kau dah banyak berkorban demi abang Long dan Hafiy. Tapi kena ingat. Kau tu pun kena kahwin juga. Jangan sebab tanggungjawab kau pada Hafiy dan janji kau pada abang Long, kau lupa social life kau. Tak bermakna kau tak boleh bercinta. Abang Long tak pernah cakap yang kau tak boleh kahwin, kan?”

     “Kalau aku jadi kau, masa ni lah aku akan tawan hati dia. Aku takkan lepaskan gadis yang aku cinta. Takkan sesekali.” Hakimi berkata lagi. Dalam hati aku kagum. Hmm.. untunglah kau Hanna sebab dapat Hakimi.

     Aku nak dengar lagi, namun jeritan Hafiy dari tangga betul-betul membuatkanku rasa terkejut. Hafiy sedang naik tangga. Cepat-cepat aku lari ke tangga sebelum dua orang dalam bilik tu perasan. Sebelum Hafiy perasan aku tengah curi-curi perbualan daddy dan Pak Sunya.

     “Mummy..” Hafiy panggil riang.

     “Baik-baik Hafiy, nanti jatuh,” pesanku bila Hafiy melompat-lompat naik tangga. Risau betul aku tengok dari atas ni.

     “Hafiy buat apa kat sini?” soalku bila Hafiy dah sampai tingkat atas.

     “Hafiy cari daddy. Mummy buat apa?” Hafiy tanyaku balik. Tengah skodeng daddy dan Pak Su Hafiy. Hehe.. nak mati kalau aku jawab macam tu?

     “Mummy cari Pak Su. Kak Hanna nak jumpa Pak Su. Hafiy tahu mana Pak Su? Puas mummy cari tapi tak jumpa.” Aku berbohong.

     “Pak Su ada dengan daddy. Jom jumpa daddy ngan Pak Su,” ajak Hafiy sambil tarik tanganku.

     Aku akur. Kami jalan beriringan ke bilik Hakimi. Aku berlagak selamba macam takde apa-apa yang berlaku. Wajah aku tayang secool mungkin. Langsung takde iras kaki skodeng. Kononnya aku baru muncul bersama Hafiy.

     “Daddy..” panggil Hafiy.

     Izz dan Hakimi terus berpaling ke arah kami. Aku nampak berubah sedikit muka Izz bila dia pandang aku. Takut aku terdengar perbualan dia la tu. Perbualan mereka terus mati separuh jalan. Izz mahupun Kimi dua-dua terdiam. Rahsia sangat agaknya sampai-sampai tak boleh cakap depan aku dan Hafiy. Eleh.. aku dah tahu la rahsia kau berdua tu!

     “Kimi, Hanna cari awak.” Aku menyampaikan laporan. Muka aku kekal selamba.

     “Hafiy pulak kenapa cari daddy?” soal Izz pada Hafiy.

     “Aunty Maya datang. Dia nak jumpa daddy.”

     Aku yang dengar sebaris nama itu turut angkat muka. Maya!

     -------

“Aunty Maya..” sapa Hafiy riang sebaik kami tiba di laman rumah.

     Aku hanya memerhati gelagat Hafiy. Menarik! Pertama kali Hafiy melayan orang lain selain keluarganya dengan sangat mesra. Tu maksudnya Hafiy sukakan Maya. Ni rupanya perempuan bernama Maya tu? Cantik.. Tengok gaya rambut pun dah tahu dia mempunyai ciri-ciri perempuan berkarier berjaya. Meskipun memakai baju kurung moden, rangginya tetap terserlah. Berbeza sungguh dengan aku sekarang ni. Baju kurung aku rasa dah kena lauk. Bau daging pulak tu. Tudung pun rasanya dah senget-benget. Main libas kiri kanan je. Kalau cakap aku bibik betul rumah ni memang semua undi setuju. Uih.. teruk betul penampilan aku.

     “Hye,  Izz.”

     “Hye.. lama dah datang?”

     Aku dah tak ambil pusing dah perbualan mereka lepas tu. Maya panggil Izz, Izz. Maksudnya Maya memang special la kan? Hmm.. aku rasa andaian aku dah betul. Mayalah perempuan yang dimaksudkan oleh Izz tadi. Nak je aku tanya. Tapi, nampak sangat la kan aku curi dengar tadi. Cari nahas namanya tu.

     “Ni siapa Izz?” Maya tanya Izz bila dia pandang aku.

     “Ni la mummy Hafiy.” Hafiy menyampuk. Aku senyum pada Maya. Aku nampak riak wajah Maya agak berubah. Tentu dia ingat aku ada apa-apa dengan Izz. Tentu dia ingat aku cuba rampas Izz daripada dia. Don’t worry Cik Maya.. Saya bukan jenis yang macam tu.

     “You jangan salah sangka pulak, Maya. Ni Qisya, anak kawan ibu I. Hafiy ni dah anggap Sya macam mummy dia. Qisya, ni Maya. PA saya.” Izz menjelaskan hal sebenar sebelum memperkenalkan kami. Alah.. cakap je la bakal isteri. Tak payah nak PA-PA sangatlah dengan aku!

     “But she looks young.” Maya pandang aku atas bawah sebelum tersenyum manis.

     “Indeed. Younger than Kimi. You jangan salah faham bila Hafiy panggil si Sya ni mummy. I dengan Qisya ni takde apa-apa pun.” Aku nampak Izz jelaskan perkara sebenar kepada Maya dengan bersungguh-sungguh. Mesti taknak Maya salah sangka.

     Tapi, aku tak faham kenapa Izz cakap dia mungkin bertepuk sebelah tangan? Aku nampak Maya ni pun macam sukakan Izz je? Ni mesti kes masing-masing pendam perasaan dan tak berani nak luahkan. Pengecut betul dua-dua ni. Patutlah bila Izz cakap perkara sebenar, muka Maya lega semacam je. Tapi.. bila Izz jelaskan perkara sebenar, kenapa aku pulak yang kecik hati? Bukan ke itu kenyataan? Apa dah jadi dengan aku ni? Tak pernah-pernah Izz explain sebelum ni kalau Hafiy cakap aku mummy dia. Tapi dengan Maya lain pulak. Mungkin Maya ni memang betul istimewa di hati Izz.

     “Yeah.. don’t worry. Maybe Izz anggap saya tak lebih daripada seorang adik je.” Aku menambah. Sengaja nak legakan lagi hati pengarang jantung Izz ni. Izz pandang aku bila aku cakap macam tu.

     “Kan, Izz?” Aku pandang Izz.

     “Ya.. ya.. anggap adik je.” Aku dengar suara Izz agak teragak-agak nak mengiakan kata-kataku. Dia ni, kalau ya pun tak sudi nak anggap aku sebagai adik pun, janganlah nampak sangat. Kecik hati aku.

     Izz senyum pada Maya. Tu pun nampak terpaksa.

     “Aunty ada bawakan Hafiy cheese cake. Suka tak?” Maya keluarkan satu kotak kecil.

     “Hoorey.. dapat cheese cake. Yummy..” Hafiy melompat suka. Aku senyum tawar. Maya nampaknya calon mummy yang paling sesuai untuk Hafiy. Favourite Hafiy pun dia tahu. Terasa keciknya aku kalau nak bandingkan dengan Maya.

     “You jangan layan sangat Hafiy ni. Nanti asyik mintak nak pergi Secret Recipe je lepas ni.”

     “Biarlah.. I kan sayang Hafiy. Mestilah I bawak kalau dia nak pergi.”

     “Daddy jelouslah tu, Aunty.” Hafiy menyampuk.

      “Oo.. kenakan daddy, ya?”

     Mereka bertiga gelak. Kalau orang nampak, mesti orang akan cakap keluarga bahagia. Tiba-tiba aku rasa macam orang asing di antara mereka. Aku nampak Hafiy bahagia bila bersama Maya. Entah kenapa aku rasa aku sedih melihat semua itu. Aku rasa macam aku akan kehilangan Hafiy. Kenapa aku rasa tak sanggup kehilangan Hafiy. Kenapa aku rasa macam nak nangis bila Hafiy dapat mummy lain?

     “Saya ke dapur dulu. Nak tolong apa yang patut.” Aku mintak diri. Tak sanggup aku terus saksikan suasana bahagia dan harmoni itu.

     Aku pandang Hafiy. Kalau biasanya, Hafiy mesti halang aku pergi jauh daripadanya. Tapi kali ni Hafiy macam dah lupakan aku bila ada Maya. Nampaknya Maya lebih hebat daripada aku. Semasa aku berpusing untuk berlalu, mataku berlaga dengan Izz. Aku rasa canggung tiba-tiba. Aku hanya mampu senyum tawar sebelum berjalan pergi.

     Tapi kenapa aku rasa macam langkahku diperhatikan Izz? Arghh.. andaian sendiri lagi! Banyak sangat tengok detektif Conan la kau, Qisya. Sebab tu la asyik jadi detektif tak habis menuntut je hari ni. Aku geleng kepala. Pergi tolong Aunty Fatmah la, Qisya..


**** SELAMAT BERBUKA SEMUA...NEXT ENTRY LEPAS RAYA..HEHE..