Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 6 August 2012

Eksperimen Cinta (TEASER 2)

TEASER 2

Tengku Aaron memulas tombol pintu biliknya. Terasa berbahang biliknya itu. Bila diangkat muka, dia nampak Damia sedang duduk di atas sofa. Oo.. patutlah rasa berbahang je bilik ni. Perang bakal dilancarkan rupanya. Bukan dia tak nampak muka tak puas hati Damia. Sudah tentu pasal perkara di ruang tamu tadi.

     “Tak patut betul mummy cakap saya mandul. Kalau ikutkan hati saya, nak je saya ceritakan hal sebenar.” Damia melepaskan rasa tak puas hati.

     “Kau ni.. macam tak tahu pulak mummy macam mana. Reda je la.”

     Damia mencebik. Memang dia dah reda. Kalau dia tak reda, memang dia dah balas tadi. Tak pun pecahkan perkara sebenar. Biar mummy tahu perangai anak sulung dia ni macam mana.

     “Saya bukannya marah dengan mummy. Cuma kecik hati sikit bila dia tuduh saya mandul. Berat tuduhan tu. Kalau mandul seorang perempuan, tak berertilah dia sebagai seorang perempuan. Sensitif tu.” Suara Damia mula perlahan.

     “Dia ingat buat anak ni macam vending machine air ke? Masuk duit, tekan lepas tu keluar? Memang takkan kesampaianlah hajat mummy tu.” Damia membebel lagi.

     “Tapi, kelakar pun ada. Macam mana la mummy nak dapat cucu kalau kita tak tidur sekatil, kan? Memang mustahillah benda tu nak terjadi. Memang takkan berlaku la kalau nak dapat cucu daripada kita. Melainkan kalau awak kahwin lain. Kalau awak nak bagi mummy cucu, awak kenalah start cari calon sekarang.” Damia jeling Tengku Aaron.

     “Kenapa pulak? Mummy nak cucu daripada kita. Kau pun dah janji dengan mummy tadi, kan?” Tengku Aaron senyum mengusik.

     Berubah wajah Damia. Memang dia berjanji dengan Puan Sri Raja Haryati tadi. Tu pun sebab didesak mummynya itu sehinggakan dia berjanji. Tapi dia bukan serius pun dengan janji tu. Dia berjanji sebab nak lepaskan leher yang terasa terjerut.

     “Tak mungkin terjadi la. Saya bukannya serius pun,” balas Damia.

     “Orang kata janji mesti ditepati. Kalau tak ditepati, munafik namanya. Kalau berjanji, takde istilah main-main,” bidas Tengku Aaron.

     Damia terkelu. Keras terus lidahnya. Tengku Aaron tersenyum melihat kekagetan Damia. Damia yang melihatnya terus mengerutkan kening.

     “Kenapa awak senyum?”

     “Kau dah bagi green light, sebagai seorang lelaki normal, aku mestilah senyum sebab aku suka.”

     Damia tak faham.

     “Green light apa?”

     “Jom..” ajak Tengku Aaron.

     Damia makin tak faham. Jom? Jom apa? Jom heboh? Aku rasa dia dah guna bahasa Melayu, tapi kenapa tak faham lagi ni?

    “Jom apa?” soal Damia lagi.

     “Tunaikan janji pada mummy la, sayang. Jom buat anak.”

     Nak pengsan Damia yang mendengar. Amboi.. selambanya? Gaya ajak buat anak macam nak ajak member makan! Sangka Damia Tengku Aaron cuma bergurau. Tapi bila Tengku Aaron menanggalkan t-shirt putih daripada tubuhnya, betul-betul buatkan Damia pucat. Tengku Aaron berjalan menghampiri Damia.

     “Aw.. awak nak buat apa ni?” soal Damia tergagap-gagap.

     Damia bangun daripada duduknya bila Tengku Aaron berjalan menghampirinya. Tengku Aaron hanya diam tanpa menjawab soalannya. Namun, pandangan Tengku Aaron yang lain macam merunsingkan hatinya. Tak dapat ditafsirkan makna pandangan itu. Damia terus menjarakkan diri. Makin dia lari, makin Tengku Aaron merapatkan jarak. Sehinggalah Damia terperangkap di antara dinding dan Tengku Aaron. Tengku Aaron merapatkan wajahnya ke wajah Damia.

     Meremang bulu tengkuk Damia bila nafas hangat Tengku Aaron menyentuh kulit lehernya. Mamat ni kena rasuk ke? Damia takut dengan kemungkinan yang akan terjadi. Terbayang kembali peristiwa semalam. Kalau semalam dia boleh buat, takkan malam ni lelaki itu tak boleh ulangi perkara sama?

      “I can’t wait any longer,” bisik Tengku Aaron lembut pada telinga Damia. Damia rasa macam nak rebah. Rasa darahnya turun habis ke kaki. Tengku Aaron cuba memeluk Damia. Hish.. tak boleh jadi ni!

      “Awak jangan… kalau tak saya..” Suara Damia dah macam nak nangis. Cuba mengelak daripada dipeluk Tengku Aaron. Terasa dada bagaikan dada mahu pecah. Kalau bukan ada tulang rusuk sekeliling jantung, agaknya jantungnya dah melompat keluar dan lari pecut seratus meter.

     “Aku nak mandilah. Panas..” Tuala yang tergantung di penyangkut tuala di belakang Damia ditarik.

     Kemudian Tengku Aaron berjalan ke bilik air sambil melepaskan tawa. Kelakar betul wajah pucat Damia tadi. Acah sikit pun dah gabra. Pucat tak berdarah. Kalau kena toreh pun, agaknya darah pun segan nak keluar. Kalau aku serius tadi, dah demam sebulan agaknya.

     Sengal!! Sengaja nak test aku! Damia mengurut dada. Lega teramat sangat. Sakit telinganya mendengar suara Tengku Aaron yang galak ketawakannya di balik pintu bilik air. Suka la tu dah berjaya kenakan aku. Aku kunci dari luar baru tahu. Tidur kau dalam bilik air malam ni! Damia geram dengan Tengku Aaron namun nafas lega dihela. Bersyukur sebab Tengku Aaron cuma bergurau. Kalau Tengku Aaron serius, memang dah nangis dah dia. Fuh.. lega!


***teaser 2. huhu..memandangkan ramai yg request, so anjell dah update teaser 2. teaser ni bkn teaser sebenar yg anjell jnji nk update hari tu.but its okeh i think..teaser yg anjell jnji nk update (part 2 orang tu dh try to love each other) will become teaser 3 and maybe itll become the last teaser..teaser 3 tatau nk update bler,huhu...harap this teaser akn buat semua enjoy.maaf kalau yg ni pendek.hehe...babai n slamat berbuka semua.. : )

36 comments:

  1. alahai.... bila nak maju ni wahai tengku aaron, dh halal ngap sahaja lah....

    ReplyDelete
  2. ya Allah ya tuhanku, engkau rajin kan la Anjell spya dia update nvel dia byk-2 lg....
    n publish skali nvel EC nie. Aminn

    ReplyDelete
  3. Ala bila nak kuar novel ni?
    Asik kuar teaser je jantung pn x stabil!x Sabar nak tggu mcm mn diorang fall for each other

    ReplyDelete
  4. Waaaaaaaaaaa, kelakar la Aaron ni. Hahaha :) Bila la nak jatuh cinta betul-betul ni? Xsabar nak tau..

    ReplyDelete
  5. haha... sengal la dia tu! LOL

    ReplyDelete
  6. Tengku Aaron! U're such a loser. Hmph.
    Kak Anjell! Thank u so much much sbb update teaser ke 2..mmg dh lame tggu tau.
    Hope next teaser diaorg mmg dh totally fall in love w each other :) Hewhewhewhew :) Love u kak <3

    -Afi^^

    ReplyDelete
  7. ape progress novel ni skrg ye??sj tnye bcz cannot wait to see d novel..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. progressnya..nov ni msh dlm persiapan..msih bnyk lg yg tgal..huhu

      Delete
    2. :( anyway thnx 4 d teaser

      Delete
  8. best nye!!bile nk kluar nvl ni..

    ReplyDelete
  9. Alah rindunya ngan TA and Damia..hope teaser 3 nanti diaorg dah fall in love..
    Cepat2 kuarkan novel ya cik anjell..x sbr tunggu ler

    Eila

    ReplyDelete
  10. wohooooooooo suka3,,,,,ohsem gilerrrrrrrrrrrr !!!!!!

    ReplyDelete
  11. thanks sangat sebab post teaser ni.cepat skit ekh untuk next teaser

    ReplyDelete
  12. Akak!! hehehe. Thanks so much kerana update teaser EC 2 ;) tak sabo nak tnggu yg ke 3 plak. Hihihi.

    Qilah.

    ReplyDelete
  13. best2... thnk's sbb update teaser 2... x sabar nk tggu teaser 2..

    ReplyDelete
  14. ces...anjel..dye bleh buat2 mls plak ye..hehee..ok gurau2..mst anjel bz je skrg ni kn3? ok la..teaser pon teaser la..^_^

    *cpt2 le kuarkn teaser 3 plak...lalala

    ReplyDelete
  15. ble kuar ye kak??xsbr ni..huhu..pape pn ter baek lah..hihi

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Banyak2.....sangat menghiburkan.....

    ReplyDelete
  17. Finally, dh lama tggu teaser part 2 kuar. Baru ari ni dpt, syukur tp x best sbb Damia n Aaron lum fall in love lagi. xkan nk tggu sampai teaser part 3 kot. Anjell, can't wait to see both of them together.

    ReplyDelete
  18. Pls anjell.. siapkan la cepat2 novel ni... dah x sabar nak baca whole story...

    ReplyDelete
  19. habis lah si anjell ni buat hampir ramai yg gila dgn cerita giler dia yang best giler ni....ramai yang x tahan giler nak baca sambungan cerita yang best giler ni...errkk berapa banyak giler daaaa.....???

    ReplyDelete
  20. thanks.. nak lg

    ReplyDelete
  21. alaa , kjap nye dh hbez .. nk lgi , nanti bt yg btol2 sweet tao angel .. best trsgt2 novel ni ! :)

    ReplyDelete
  22. thanks... best sangat (writer, mohon jadikan Aaron gentlemen) biar dia jadi lembut hati tapi tegas.. ala2 jejaka melayu terakhir memujuk dan melamar Damia sekali lagi sebgi isteri..... he..he..he

    ReplyDelete
  23. doa supaya nov ni cepat kluar ..
    haahaha =D

    ReplyDelete
  24. Hara2 part depa saling luv each other tu panjang ye...xnak la depa confess je story pun tamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. koyak novel tu lau dorang say i love you n than the end..haha..it wont happen...insyaAllah agak pnjg part dorang fell in love.. : )

      Delete
  25. awk best..cpt2 la sambng

    ReplyDelete
  26. cik writer ... rasa2 nyer bila citer nie nak terbit ... dah masuk dlm list novel cuma xder tarikh jer ...bulan biler yer rasa2 nyer ... P/S: kalau boleh nak teaser lg sbb dah rindu giler ngan citer nie

    ReplyDelete
  27. Anjell! Teaser 2 pun best, nak lagi.

    ReplyDelete
  28. EC mmg best!!! nak lagi baca...

    ReplyDelete
  29. kenapalah best sangat EC ni. buat saya melting ja. :D best sangat2.

    ReplyDelete
  30. bila nk publish citer ni sbnrnya,,,dh lme tggu.... :(

    ReplyDelete
  31. Anjel .. sambunglah lagi
    best nak baca..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )