BAB
17
“Ian!
Ian!” Farizzam melaungkan nama Tengku Ian.
“Ku Zam, tunggu!” Luke melajukan
langkah kakinya. Lambat sesaat, mungkin Tengku Ian akan buat kerja gila.
Luke
sempat menangkap lengan Tengku Ian. Terus terhenti tindakan Tengku Ian.
“Lepas,
Luke!” Tengku Ian memberi amaran.
“Ian,
kau ni kenapa? Kau bertenanglah. Jangan buat kerja gila!” marah Farizzam pula.
Tarik jauh-jauh Tengku Ian daripada bot entah siapa-siapa tu. Tengku Ian ni,
main rembat entah bot siapa! Tahulah risaukan Medina, tapi jangan sampai curi
bot orang!
“Kau
tahu tak sekarang ni, sesaat masa dibazirkan, nyawa Medina makin dalam bahaya?”
soal Tengku Ian lantang.
“Ya..
tapi kau tak perlu buat kerja gila macam ni. Kau tahu ke kat mana Medina
sekarang ni? Kat tengah laut tu luas. Bahaya. Macam-macam boleh jadi. Kalau kau
pergi sorang-sorang, lagi bahaya!” Farizzam tak kurang lantangnya marahkan
Tengku Ian.
Luke
di tengah-tengah cuma berdiam diri. Hanya mampu melihat kedua-dua beradik itu
bertegang leher. Nak menyampuk, sangat-sangat tak sesuai sekarang ni.
Semestinya dia tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Kau
tak risaukan Medina ke? Sebagai abang, sepatutnya kau lebih risaukan dia
sekarang ni!” marah Tengku Ian. Farizzam tergamam mendengar kata-kata Tengku
Ian yang kuat itu.
Tengku
Ian sendiri terkejut bila dia terlepas kata. Namun dia cuba mengawal riak
wajahnya. Haraplah Farizzam tak perasan.
“Ya..
aku pun risaukan Medina sekarang ni,” jawab Farizzam jujur. Suaranya dah mula
turun. Dia mahu Tengku Ian tahu yang bukan lelaki itu saja yang risaukan Medina
sekarang ni.
“Mungkin
Medina sekarang ni tengah dalam ketakutan. Macam mana kalau penjahat tu
cederakan dia? Macam mana kalau dia kena pukul?” Suara Tengku Ian mula kendur.
Membayangkan sesuatu yang buatkan bulu romanya meremang.
Tengku
Ian pejam mata. Jauhkanlah semua itu, ya Allah. Tak sanggup dia membayangkan
Medina diperlakukan sebegitu.
“Kau
pernah rasa macam mana jadi mangsa culik?” soal Tengku Ian.
Farizzam
dan Luke terdiam.
“Kau
pernah rasa macam mana berada dalam tahanan penjahat selama seminggu? Cuma
seminggu tapi seksanya macam setahun rasanya. Kau tak tahu bila siang, bila
malam. Kaki, tangan, mulut, mata semua terikat. Kau tak dapat jumpa mak dan
ayah kau. Dan bila kau menangis, kau akan dipukul. Apalah yang budak lima tahun
tahu masa tu selain menangis mencari mak dan ayah dia?”
Farizzam
dan Luke masih diam. Tak tahu nak cakap apa. Kenyataannya semua itu pernah
dilalui oleh Tengku Ian ketika zaman kanak-kanaknya. Pasti tiada yang menyangka
lelaki seceria Tengku Ian mempunyai trauma ketika zaman kanak-kanaknya.
Mengingatkan
semua itu buatkan kepalanya sakit. Rasa macam baru semalam semuanya terjadi. Tengku
Ian memicit dahinya dengan tangan.
“Ku
Zam!”
“Ian.”
Kedengaran suara Luke dan Farizzam memanggilnya serentak.
“Kau
okey tak ni?” soal Farizzam risau. Inilah yang dia paling risaukan! Emosi
Tengku Ian. Dia tahu tidak semudah itu Tengku Ian lupakan semuanya. Walaupun
dah berpuluh tahun berlalu, refleks tubuhnya masih ada. Apatah lagi bila
mendengar Medina diculik.
“Aku
okey.” Tengku Ian memberi isyarat yang dia betul-betul okey sekarang ni.
“Aku
pernah rasa semua tu, Zam, Luke. Dan aku takkan izinkan Medina rasa macam yang
aku rasa dulu. Sebab tu aku kena buat sesuatu,” tambah Tengku Ian lagi. Tarik nafas
dalam-dalam. Cuba membuang jauh-jauh bayangan semalam.
“Ya..
tapi bukan kau sorang. Kau amanah kami dan kami kena ada bersama kau. Kami pun
tak mungkin akan biarkan kau rasa apa yang kau rasa dulu,” tambah Farizzam
pula. Bahu Tengku Ian ditepuk. Memberi semangat kepada Tengku Ian.
“Negara
kita ada undang-undang. Ada polis. Kita serahkan kepada pihak berkuasa. Dan
pada masa yang sama, kita kena berusaha. Tapi jangan buat kerja gila yang boleh
bahayakan diri sendiri pulak,” nasihat Farizzam lagi.
-----------
Bunyi
enjin bot dimatikan. Medina agak dia dah berada di tengah lautan. Terasa
beralun dek ombak di atas bot ini. Dia duduk dengan berhati-hati. Tangan, mulut
dan mata semua berikat. Karang terlebih bergerak, mahu jatuh masuk laut. Free je jadi arwah hari ni.
Selamatkanlah
aku, ya Allah. Medina berdoa dalam hati. Janganlah manusia dua orang tu
apa-apakannya. Sekarang ni, kalau dia dibunuh pun belum tentu ada orang tahu. Nauzubillah!
“Bos,
bos nak buat apa dengan dia?” Medina mencuri dengar lagi.
Bos?
Maksudnya ada orang lain. Ini mesti bos punya angkara. Siapa bos melaun yang
mintak nak makan penampar sulung aku ni? Kalau aku kenal, siaplah kau!
Rasa
takut dah hilang entah ke mana, berganti dengan perasaan geram menggunung. Ikatan
pada mulut Medina dibuka.
“Kau
siapa? Apa kau nak, hah?” soal Medina sebaik sahaja dia boleh bersuara.
“Good job.” Medina mendengar soalannya
tidak dihiraukan. Sebaliknya si bos memuji kecekapan anak buahnya buat kerja.
Eh,
kejap! Macam pernah dengar je suara si bos tu.
“Darius?”
Medina lebih cekap menangkap pemilik suara itu.
Darius
cuma diam tidak menjawab. Dari mula Medina ditolak masuk ke dalam bot lagi dia
sudah menjadi pemerhati. Ternyata tindakannya betul. Dua lelaki diperlukan
untuk membawa Medina sebab Medina bukan calang-calang perempuan. Silap langkah,
makan penumbuk lagi sekali rasanya.
“Kau
nak apa, Darius?” Geram Medina rasa sekarang ni. Gigi diketap kuat. Kalau gigi
dia ni tak cukup kalsium, mahu merekah dek kerana kuatnya dia mengetap gigi.
Kalau dia dapat Darius ni, memang dia selam Darius dalam laut. Tak sangka
Darius sanggup bertindak sejauh ini.
“Saya
cuma nak ajak awak jalan-jalan.”
“Jalan-jalan
hotak kau. Kau ingat aku ni apa?” marah Medina. Macam ni dia ajak aku
jalan-jalan? Ada keturunan lanun dalam darah ke? Atau ada angan-angan nak jadi
Jack Sparrow.
“Kau
hantar aku balik sekarang!” arah Medina.
Medina
mula bangun. Risau melihat Medina yang tidak seimbang itu, Darius mengarahkan
kedua-dua anak buahnya supaya memegang Medina. Takut Medina jatuh ke dalam
laut.
Bila
rasa kedua-dua lengannya dipegang, Medina meronta. Cukup pantang bila ada
lelaki pegang dia.
“Lepaslah!
Berani kau pegang aku?” Medina menguatkan rontaannya. Hanya kaki yang tidak
berikat, Medina mula menghayunkan kakinya.
Medina
tak tahu apa yang berlaku. Yang pasti, dia rasa hayunan kakinya bagaikan
terkena orang lain dan akhirnya..
Bedebush!
“Bos!”
Serentak itu, kedengaran kedua-dua lelaki yang memegangnya itu menjerit. Terus
pegangan pada lengannya dilepaskan.
Medina
mengambil peluang itu untuk menarik kain penutup matanya. Perlahan-lahan
pandangannya yang kabur jadi makin jelas. Nampak ada dua lelaki sedang berdiri
di tepi bot sambil memandang seorang
lelaki yang terkapai-kapai dalam laut.
Terkejut
Medina melihat Darius yang terkapai-kapai di dalam laut itu.
“Tolong..
aku tak pandai berenang!” Tenggelam-timbul suara Darius kedengaran.
Medina
pandang ke arah anak-anak buah Darius itu. Masih belum bertindak apa-apa.
“Apa
lagi? Pergilah selamatkan bos korang tu!” arah Medina lantang. Pegun je! Karang
jadi arwah mamat tu!
“A..
aku tak reti berenang. Kau la pergi.”
“Habis..
kau ingat aku reti ke?” Kedua-dua lelaki itu saling bertolakan antara satu sama
lain.
“Kau
dua orang tak reti berenang?” soal Medina yang menjadi pemerhati. Tak tahu nak
percaya ke tak.
Mereka
berdua cepat-cepat angguk. Lagi melopong Medina dibuatnya.
“Cepat
buka ni.” Medina tunjukkan ikatan pada tangannya. Nampak muka enggan kedua-dua
lelaki itu.
“Cepatlah.
Kau nak bos kau tu jadi arwah ke? Atau kau ingat aku ni duyung, berenang tak
payah guna tangan?” marah Medina. Cepat-cepat mereka berdua longgarkan ikatan
tangan Medina.
Sebaik
saja tangannya bebas, Medina terus terjun ke dalam laut. Terus dia capai Darius
yang sedang terkapai-kapai itu. Cepat-cepat Medina berenang ke tepi bot bersama
Darius. Orang suruhan Darius turut menarik mereka ke dalam bot.
Terbatuk-batuk
Darius. Matanya pedih menahan masin air laut. Tekak pun rasa perit gara-gara
tertelan banyak air. Bersyukur rasanya bila masih selamat.
“Bos..
bos okey?”
Medina
menggeleng kepala melihat situasi itu. Tak tahulah nak gelak ke nak apa
sekarang ni. Lagak taiko bukan main, tapi berenang pun tak reti. Ada hati nak
bawak orang sampai ke tengah laut. Kalau dia pun tak reti berenang tadi, konfem
tamat riwayat si Darius ni.
“Terima
kasih, Medina,” ucap Darius.
Medina
mendengus geram. Pertama kali rasa nak terajang orang bila dengar oranag berterima
kasih kat dia. Huh.. Tak pasal-pasal basah kuyup dia hari ni.
“Kalau
ikutkan hati jahat aku ni, aku dah biar kau mati kembung dalam laut tu, kau
tahu? Barulah mati tak sempat bertaubat,” bidas Medina. Jeling Darius
tajam-tajam. Rasanya Darius sekarang ni kecik mengalahkan segala jenis cucu
cicit mikroorganisma pada matanya.
“Tak
macho langsung la weh. Culik orang ke tengah laut tapi semua tak reti
berenang,” sindir Medina sedas. Tertunduk terus ketiga-tiga lelaki itu.
“Tak
pernah dibuat orang tahu, mangsa culik selamatkan penculiknya,” bebel Medina
lagi. Hujung tudungnya diperah. Tak selesanya dengan baju yang
melekat-lekat pada tubuhnya sekarang ni.
Nasib baik semua warna gelap. Takdelah nampak auratnya.
“Kau
bawak aku balik sekarang. Aku nak tukar baju. Rimas aku dengan baju basah macam
ni,” arah Medina. Nampak muka enggan kedua-dua orang suruhan Darius. Mungkin
tidak akan patuh selain daripada arahan ketua mereka.
“Kau
nak aku tendang semua masuk laut ke?” Aura amaran dari suara Medina. Dahlah
kaki memang rasa ringan nak side kick
orang masuk laut sekarang ni.
Terus
lelaki dua orang tu terkocoh-kocoh menghidupkan enjin bot kembali. Mengikut
arahan Medina. Risau kalau betul kena tendang masuk laut macam bos mereka.
Kalau tadi, mungkin Medina baik hati nak menolong. Kalau kali kedua? Memang
cari nahas!
“Err..
cik. Enjin bot tak boleh hidup la,” lapor salah seorang anak buah Darius dengan
muka takut-takut.
“Apa?
Tadi elok je. Macam mana boleh tak hidup?” Medina berang.
“Tak
tahulah, cik. Mungkin minyak habis.” Cepat-cepat menjawab sebelum Medina naik
angin lagi.
“Habis,
macam mana nak balik? Aku tak kira. Pandai korang bawak aku datang sini,
pandailah korang bawak aku balik. Dengan kadar yang paling segera!”
“Baik,
cik.”
Macam
tak percaya situasi boleh bertukar seratus lapan puluh darjah. Siapa diculik
dan siapa penculik? Medina rasa macam dialah kepala gangster yang menculik
Darius sekarang ni. Lelaki itu selesa diam sambil pandang sekeliling.
Tunggulah
sampai kat darat nanti, apa aku nak buat kat mamat tiga ekor ni ya? Medina mula
berfikir.
-----
Medina
kerling jam di tangan. Dah hampir pukul enam petang. Dah berapa jam berlalu,
tapi mereka semua masih tersadai di dalam bot ni. Minyak enjin bot habis. Lawak
di senja hari yang tak berapa nak kelakar.
Kalah
drama! Masa ni la semua nak jadi. Kena culik, lepas tu enjin bot tak boleh
hidup. Kalau nak lebih tragis sikit, mungkin lepas ni bot ni karam, lepas tu semua
tersadai kat pulau entah mana-mana. Nauzubillah!
Hih..
bilalah nak sampai ke darat ni! Dari tadi lagi tunggu kut-kut ada bot atau
kapal yang lalu. Tapi hampa. Kiri kanan belakang depan, semuanya air laut.
Takde nampak langsung daratan. Entah berapa batu jauh mereka dari daratan, dia
pun tak tahu. Laut China Selatan ni luas. Sekarang hanya berserah pada nasib.
Penat
dah menunggu. Baju yang basah tadi pun dah kering. Perut makin lapar. Solat
Asar pun macam terpaksa dikorbankan hari ni. Ya Allah, berdosanya rasa! Medina
mengeluh. Keluhan yang buatkan Darius disebelah menoleh ke arah Medina.
“Saya
minta maaf,” ucap Darius. Dia tak sangka semuanya jadi macam ni. Niat sebenarnya
cuma mahu Medina mengikutnya. Sangkanya Medina akan akur dengannya. Sekurang-kurangnya,
Medina punya rasa gerun bila berada di tengah laut yang memang takde tempat
lain untuk lari. Nak-nak lagi dengan tiga lelaki. Tapi lain pulak jadinya.
Masuk
kali ni dah berapa puluh kali Medina dengar Darius minta maaf. Cuma dia malas
nak layan.
“Awak
tahu tak awak ni dah dikira menculik? Kalau saya report polis, mahu kena penjara!” Medina seakan-akan mengugut
Darius.
“Saya
takde niat pun nak culik awak. Awak janganlah report kat polis.”
Huh..
pengecut jugak! Buat jahat taknak fikir berkali-kali. Malas Medina nak fikir.
Dia pun tak cedera. Darius pun takdelah buat benda tak senonoh kat dia. Cuma
dia tak tahulah apa yang merasuk Darius sampai-sampai pendek akal buat kerja
gila macam ni.
Lepas
tu menyusahkan hidup orang. Mintak-mintaklah takde orang perasan yang dia
hilang. Kalau tak huru-hara jadinya. Tiba-tiba Medina teringatkan Tengku Ian.
Tengku Ian perasan ke tak dia tiada sebab biasanya lelaki itu suka mencarinya?
Kalau perasan, apa yang dia akan lakukan agak-agaknya?
Hoi,
Medina! Fikir benda lain, boleh? Mamat tu dah faham perangai kau yang suka
lesap sorang-sorang. Kalau kau hilang, takde siapa nak pelik punya.
Baguslah
kalau takde orang perasan. Aku pun taknak orang risaukan aku. Alah.. buat apa
nak risau? Bukannya kena culik betul-betul. Ni semua gurauan tak lucu Darius. Tapi..
Ada ke orang nak risau pasal aku? Hati Medina tiba-tiba mendesis. Macam takde
je?
“Tunggulah
bila dah sampai kat darat, baru saya nak fikir. Sekarang ni, saya cuma nak
selamat sampai darat. Malaysia,” balas Medina balik.
Sungguh
badan sangat penat sekarang ni. Seharian berada di bawah panas matahari tanpa
makan dan minum. Ya Allah, cepatlah sampai!
-----------------
Medina
menghentikan langkah apabila melihat bilik Zuyyin dan Puteri yang bercahaya
itu. Pintu bilik dibuka dan dia boleh melihat dengan jelas beberapa orang yang
berada di dalam bilik itu. Ramai. Kenapa? Ada persidangan apa? Medina melangkah
ke arah bilik itu.
“Dee!”
jerit Zuyyin yang perasan dengan kehadirannya. Semua kepala menoleh ke arahnya.
Laju
kaki Zuyyin melangkah ke arah Medina. Tubuh Medina dipeluk, buatkan Medina sedikit
terkejut. Zuyyin peluk dia macam taknak kasi lepas.
“Ying..
kenapa kau ni?”
“Kenapa?
Kau pergi mana? Kau okey ke? Aku nampak kau kena culik tadi.”
Aduh..
dia nampak pulak dah! Patutlah muka semua orang macam tengah tunggu sesuatu. Papa
dia pun ada. Huh.. kan dah cakap. Grenti huru-hara. Kenapalah Zuyyin nampak?
“Mana
ada aku kena culik la. See.. aku
balik dengan selamat.” Medina menafikannya.
“Dee,
cerita kat papa perkara sebenar. Dee jangan takut. Jangan sorokkan apa-apa. Ceritakan
siapa punya angkara buat anak papa macam ni,” celah Datuk Azizan. Lega melihat Medina
pulang dengan selamat. Dia risau tadi kalau-kalau pihak polis datang mengkhabarkan
berita buruk. Sedari tadi lagi dia berdoa semoga anaknya itu selamat.
“Mana
ada apa-apa, papa. Ada orang ajak Dee pergi jalan-jalan tengah laut tadi. Bila nak
balik, tengok-tengok enjin tak boleh hidup. Itu yang menunggu sesiapa yang
lalu,” cerita Medina.
Dia
tak menipu. Memang Darius ajak dia pergi jalan-jalan. Cuma cara dia mengajak tu
memang mintak makan selipar. Medina malas nak panjangkan hal ini. Dia pun dah
selesai dengan Darius.
“Jangan
risau, aku takkan report polis. Kiranya
hutang aku sebab tampar kau hari tu dah berbayar. Sekarang kita kosong-kosong. Lepas
ni, jangan kacau hidup aku lagi.” Itulah kata-kata Medina sebaik sahaja kaki
jejak darat. Dia taknak masalah kecil ni jadi besar.
Bodohkah
dia sebab lepaskan Darius macam tu je? Biarlah.. orang lain tak tahu. Dan dia
punya alasan lain kenapa dia tidak boleh melaporkan kepada polis.
“Lain
kali, jangan buat orang risau tak tentu hala. Menyusahkan orang je la!” Suara kasar
Tengku Ian menyampuk itu menerbangkan semua lamunan Medina. Kembali ke alam
nyata.
Medina
terkedu. Menyusahkan orang? Mata mereka berlaga. Pandangan Tengku Ian penuh
dengan perasaan berkecamuk. Wajah lelaki itu tegang. Tak macam Tengku Ian yang
biasa. Medina tak faham.
Terus
Tengku Ian bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Medina
cuma memandang langkah lelaki itu. Entah kenapa, Medina sedih dengan kata-kata Tengku
Ian.
“Dia
kenapa?” soal Medina.
“Biasalah..
dia risau. Medina tak payah pedulikan kata-kata dia ya?” Farizzam seakan-akan
memujuk. Dia sendiri terkejut dengan suara Tengku Ian yang tinggi dan kasar
itu. Tak macam Tengku Ian yang dia kenal. Terlalu risaukah Tengku Ian sampai-sampai
jadi macam tu?
“No. I mean.. kaki dia kenapa?” Perlahan Medina
bertanya. Matanya tak salah menangkap langkah Tengku Ian yang tak seperti
biasa. Sebagai seorang yang pakar dalam menganalisa cara orang berjalan, dalam
sekelip mata dia dapat menangkap sesuatu yang tak kena dengan kaki kanan Tengku
Ian tadi.
“Dia
terseliuh sikit tadi. Masa cuba cari Medina sekeliling pulau ni. Tapi dia kata sikit
dan tak sakit. Medina jangan risau,” jawab Farizzam lagi.
Jawapan
itu buatkan Medina diburu rasa bersalah. Sebab dia, Tengku Ian jadi macam tu. Tapi
kenapa sampai jadi macam tu?
Tq Anjell..makin menatik ni..nampak yg tengku Ian risau sgt dgn Medina..moga2 ada lah jodoh mefina n tengku Iam
ReplyDeleteWah sweetnye akak
ReplyDelete👍🏻👍🏻👍🏻👍👍
ReplyDeleteCepat2 satukan medina ngan tengku ian... Cepat2 smbung ye anjell 😊😊
ReplyDeleteAdui darius....
ReplyDeleteNak ajak dating tgh laut tp x tau berenang.
Ceh buat malu kaum jer lah...
d best la sis...agak mmg gelak giler masa part yg Darius jatuh laut..tu...mmg lawak giler
ReplyDeleteAdduusss.. xpuas la bca..huu
ReplyDeleteDarius nk ajk jln pun kasar sgt... Sian tengku ian
ReplyDeleteSian darius..
ReplyDeleteSian darius..
ReplyDeleteSmakin best lar sis...cpat² satukan ian dgn medina😁
ReplyDeletehahaha. mangsa culik selamatkan penculik. lawakkkk!!
ReplyDeletegood job anjell
Sebenarnya tengku ian tu farizzam kan? Farizzam pulak tengku ian kan? Diorang tukar identiti kan? So maknanya medina suka the real farizzam lah kan?
ReplyDeleterasanya farizzam tu abg kndung medina kn ?? ~ hehe
ReplyDelete