BAB 20
“Tundukkan dia, Nurin. Tundukkan
Harraz,” tekan Puan Sri Rosell lagi.
Dan Nurin nganga lagi. Rasanya kalau
sekali lagi Puan Sri ulang benda yang sama, mahu cecah tanah rahang dia. Masih
tak percaya permintaan Puan Sri Rosell.
Aku tundukkan Harraz? Aku?
“Err..”
Nurin tak tahu nak cakap apa. Susun kata-kata dalam kepala supaya Puan Sri
Rosell tak berkecil hati dengan kata-katanya.
“Ubah dia, Nurin. Aunty nak sangat tengok Harraz berubah.”
Nurin terdiam. Ubah Harraz? Mampukah
dia? Beria-ia Puan Sri Rosell meminta dia tundukkan Harraz. Kenapa dia? Muka
dia ni ada iras-iras penunduk playboy
sejati ke apa?
“Kenapa saya, aunty?” Nurin tak faham. Anak dia, pandang aku pun tak sudi. Inikan
pulak nak bercita-cita nak tundukkan mamat tu?
“Sebab Nurin je yang aunty nampak baik kat sini. Aunty yakin Nurin tak macam
perempuan-perempuan lain kat sini. In
fact, Nurin satu-satunya perempuan yang paling baik yang pernah muncul
dalam hidup Harraz.”
Nurin garu belakang leher dia. Buntu.
Memang dia akui dia spesis paling pelik kat sini. Tapi tak bermaksud dia paling
baik.
Saya dengan Harraz macam kucing nak
berkarate dengan anjing, aunty. Dia
benci saya dan saya pun tak suka dia. Tengok je la perangai Harraz. Fikir
berapa juta kali saya nak tundukkan dia. Nak je Nurin cakap macam tu. Tapi
nampak sangatlah dia macam mengadu kat Puan Sri Rosell. Kalau Harraz tahu,
memang kenalah dia.
“Aunty
tak mintak lebih, Nurin. Aunty
bukannya nak paksa Nurin suka Harraz atau kahwin dengan dia. Cukuplah jadi
kawan Harraz. Sekurang-kurangnya aunty
tak risau dia punya kawan yang baik macam Nurin.”
Perempuan baik macam Nurin nak ke
digandingkan dengan anaknya? Puan Sri Rosell pun tak tahu. Kalau ikutkan, mahu
saja dia kahwinkan Nurin dengan Harraz. Tapi apalah kuasa dia? Dia pun baru
kenal Nurin. Entah-entah Nurin dah ada buah hati.
“Nurin tak suka Harraz ke? Sebab Harraz
jenis yang macam tu? Sebab Harraz teruk?” soal Puan Sri Rosell bila Nurin cuma
senyap. Ada nada sedih dalam ayat itu, buatkan Nurin tak sampai hati
mendengarnya.
“Eh, takdelah macam tu, aunty. Dia bos saya. Mestilah saya suka
dia,” jawab Nurin. Dapat dirasakan jawapannya yang tak berapa nak ikhlas.
“Baguslah kalau macam tu. Aunty ingat Nurin dah benci Harraz lepas
tengok perangai sebenar dia.”
Itulah yang terjadi, aunty. Kalau perempuan normal lain pun
mesti akan rasa macam dia.
“Tengah hari nanti, jom kita lunch sama-sama. Aunty nak kenal lagi rapat dengan Nurin.” Dia senyum manis pada
Nurin.
Nurin balas senyuman itu. Rasa macam
pahit sikit. Lunch sama-sama lagi?
Sah-sahlah Harraz ada sekali. Semalam baru berperang dengan Harraz depan
Farhan. Hari ni lagi sekali ke?
Hari tu dengan daddy dia. Hari ni dengan mummy
dia pulak. Kenapalah Nurin selalu tersepit di tengah-tengah keluarga ni?
Nak taknak, Nurin angguk setuju. Tak
sampai hati nak kecewakan hati Puan Sri Rosell.
-------------------
“Nurin, apa jadi?”
Nampak je kasut Nurin, semua bertanya.
Muka Nurin dilihat tenang, macam tiada apa-apa yang berlaku.
“Jadi apa?” Nurin buat-buat tak faham.
Mestilah pasal dia yang kena soal siasat dengan mummy Harraz.
Macam resmi pulak. Setiap staf perempuan
baru akan disiasat oleh mummy Harraz.
Diikuti dengan amaran jangan cuba nak goda Harraz. Itu kata Liza.
“Mesti you kena warning, kan? Puan Sri cakap apa? Mesti dia tak kasi you rapat
dengan bos, kan?” teka Liza.
“Hmm..
Puan Sri pun takut si Nurin ni sambar anak dia. Memang kenalah warning awal-awal. Biar sedar diri
sikit.” Dari kejauhan, Nurin sempat tangkap suara Elfira.
Haish.. minah ni kalau bukak mulut, mesti nak
sakitkan hati orang! Tambahkan kerja malaikat Atid je tahu! Cuba mulut tu cakap
benda yang baik sikit. Orang lain kumur pakai Listerine. Ada jugak karang aku
bagi idea kat minah tu suruh kumur pakai Kiwi Kleen!
Kalaulah semua orang tahu yang Puan Sri
Rosell suruh dia tundukkan Harraz, tak kena gelak dengan semua orang, kena
terajang dengan Elfira. Mampukah dia? Dia pun rasa tak layak. Siapalah dia nak
digandingkan dengan Harraz?
“You sabar ya, Nurin. I tahu perasaan
you. I pun pernah kena dulu. Jangan sedih-sedih. Dah nak dekat lunch hour ni. You makan puas-puas untuk
tenangkan hati you.” Liza bagaikan memujuk.
Baru je Nurin nak balas balik, dia
nampak Harraz berjalan ke mejanya. Ni tak lain tak bukan, mesti nak jemput dia
turun makan. Mesti Puan Sri Rosell dah cakap kat Harraz pasal ni. Habislah dia
kena sumpah dengan mamat tu sebab dah buat Harraz datang jemput dia. Dulu dah
dicop Puteri Santubong. Hari ni Puteri Sejinjang mungkin?
Harraz berdiri betul-betul depan meja
Nurin. Muka selamba. Nurin tak boleh agak perasaan Harraz sekarang ni. Suka ke?
Tak suka ke? Err.. suka tu rasanya
tak mungkinlah kut.
“Mummy
ajak kau lunch kan? Apa lagi? Jomlah
turun saing. Mummy tunggu kat bawah,”
kata Harraz. Bernada biasa. Tanpa marah atau tak suka. Lagi Nurin pelik.
Berbeza betul dengan semalam depan Farhan.
Harraz terus berjalan menuju ke arah lif
tanpa menunggu Nurin terlebih dahulu. Nurin turut bangun. Tak peduli pandangan
semua orang yang macam tak percaya lepas dengar apa yang dikatakan Harraz.
“Err..
saya keluar lunch dulu ya?”
-------------
“Hari ni Nurin nak makan apa? Aunty nak belanja,” soal Puan Sri Rosell
bila berada dalam kereta.
“Eh, Nurin tak kisah mana-mana pun, aunty,” balas Nurin balik. Taknak
dianggap mengada depan Harraz. Sempat mata kerling Harraz yang tengah memandu. Tak
boleh diagak pandangan lelaki itu sebab Harraz kenakan cermin mata hitam. Tenang
tapi dalam hati tak tahu ada apa. Entah-entah tengah seronok kutuk dia.
“Kalau macam tu, aunty bawak Nurin makan kat satu tempat ni. Tempat ni memang sedap.
Kawan aunty punya. Mesti Nurin suka.”
“Mana-mana aunty, Nurin tak kisah.”
“Restoran anuty Manisah ke, mummy?”
soal Harraz setelah sedari tadi berdiam diri.
“Yup.
Dah lama tak jumpa dia.”
“Harraz pun sama. Rindu pulak nak jumpa aunty Manisah.”
“Rindu dia ke, rindu anak dia?” sempat
Puan Sri Rosell kenakan Harraz.
“Eh, mummy
ni. Tu kan kisah lama. Harraz dah kosong-kosong dengan dia,” jawab Harraz
balik. Tak suka bila sebut pasal tu depan Nurin. Dahlah dia dah macam-macam
kantoi dengan Nurin. Satu lagi sejarah dia dah diketahui Nurin.
Nurin cuma jadi pendengar. Hmm.. bekas kekasih mamat tu la kut.
Mesti cantik. Konfem! Kat mana-mana ada kekasih dia ke? Rasanya, kalau jumpa
awek cun masa tengah jalan, nak je tanya, pernah jadi kekasih Harraz Naufal ke?
Gila hebat tahap buaya lelaki bernama Harraz Naufal ni.
-----------
“Rosell, lamanya tak nampak you!”
Nurin hanya melihat Datin Manisah yang
anggun itu menegur Puan Sri Rosell. Mereka berdua bersalaman dan lepas tu
berlaga-laga pipi.
“Tu la kan? Dah lama kita tak jumpa,
kan? Hari ni pun sebab I dari syarikat Harraz. Dah lama tak makan sama-sama,”
cerita Puan Sri Rosell.
Pandangan Datin Manisah terarah kepada
Harraz yang tinggi itu.
“Kamu, Harraz. Dah lama aunty tak nampak. Makin handsome kamu sekarang, ya?”
Harraz cuma senyum.
“Aunty
pun apa kurangnya? Dah macam anak dara Harraz tengok.”
“Sweet
talker as usual. Patutlah ramai jatuh hati dengan kamu, Harraz.” Dan mereka
berdua bergelak-ketawa.
Pandangan terarah pada gadis di tepi
Harraz. Nurin yang sedar pandangan Datin Manisah terus hulurkan tangan untuk
bersalam. Dengan lemah-lembut dia tunduk salam Datin Manisah.
“Siapa ni? Bakal isteri kamu ya, Harraz?
Pandai betul kamu cari. Dahlah cantik, baik pulak tu. Macam nilah kalau nak
cari calon isteri.”
Uhukk! Terbatuk Nurin dengar. Dia dan Harraz
berpandangan. Entah kenapa, tiba-tiba rasa malu. Tak suka tapi malu. Baru
semalam jadi ‘tunang’ Harraz. Hari ni nampaknya dah ada yang cakap dia calon
isteri Harraz.
Pertama kali dia dicop bakal isteri
Harraz. Apalah Harraz akan ingat nanti? Nurin cepat-cepat alihkan pandangan. Pandangan
Harraz dah lain macam. Marah ke dia? Nurin buat-buat selamba macam biasa.
“Eh, takdelah. Ni pekerja Harraz.”
“Nama dia Nurin. Dia ni anak kawan
Mukhriz. Sekarang kerja dengan Harraz,” tambah Puan Sri Rosell pula.
“La.. iya ke? Aunty ingat tadi bakal isteri kamu. Sebab nampak cocok benar. Sorry ya, Nurin. Salah sangka pulak.”
Nurin cuma mampu senyum. “Takpe, aunty.”
“Alah.. kalau ya pun, apa salahnya?
Nampak serasi. Sama cantik, sama padan. Iya tak, Harraz?” giat Datin Manisah
lagi.
Harraz pulak tak tahu nak senyum ke atau
nak apa. Dia sendiri pun terkejut bila Nurin dicop sebagai bakal isterinya. Tak
pernah terfikir sekali pun. Pertama kali perempuan disisinya dianggap bakal
isteri. Mana pernah sepanjang dia keluar dengan teman-teman wanita lain sebelum
ni. ‘Macam nilah nak cari calon isteri’ rasa terngiang-ngiang di telinga.
“Eh, duduklah. You order je apa-apa, Rosell. I bagi you special punya harga hari ni.”
---------------
Servis di restoran ini sangat bagus. Itu
yang boleh Nurin putuskan bila makanan yang dipesan sampai dalam masa kurang sepuluh
minit. Kata Puan Sri Rosell, pelayan-pelayan restoran ni sangat cekap. Datin
Manisah memang pentingkan kepuasan pelanggan walau seramai mana pun pelanggan.
Sebab tu Puan Sri Rosell suka tempat ni.
Menu tengah hari itu dipilih oleh Puan
Sri Rosell. Kebanyakannya selera ala-ala kampung. Dah lama tak makan macam ni.
Makanan melayu seratus peratus.
Harraz yang tengok menu itu tayang muka
tak puas hati. Semua tak kena dengan seleranya.
“Mummy
ni, macam tak tahu pulak selera Harraz macam mana. Harrazkan tak suka makanan
macam ni.” Harraz tayang muka masam. Pandang bermacam-macam ulam dan pucuk
depan mata. Belum lagi sambal belacan yang merah tu.
“Apa? Sedap apa makanan kampung ni? Baru
terasa keaslian melayunya. Kamu tu melayu asli. Jangan nak perasan jadi orang
putih celup pulak. Sedar diri tu sikit!” bidas Puan Sri Rosell. Kesan besarkan
Harraz diluar negara, macam ni la jadinya. Lupa asal usul. Kepala digelengkan
beberapa kali.
Nurin yang dengar senyum dalam hati. Nak
senyum depan-depan, takut Harraz marah nanti. Kelakar betul kata-kata Puan Sri
Rosell.
‘Jangan nak perasan jadi orang putih
celup pulak. Sedar diri tu sikit!’. Haha. Cuma mummynya yang mampu cakap macam tu kat Harraz. Pertama kali tengok
Harraz kena macam tu. Seronok juga. Rasa macam dendam terbalas.
Nampaknya Puan Sri Rosell takdelah macam
yang orang lain cakap. Nurin suka Puan Sri Rosell sebab tak nampak macam
berlagak. Tak macam orang berstatus tinggi yang lain.
Aunty Rosell baik. Uncle Mukhriz pun baik. Kenapalah anaknya tak warisi salah sorang?
Kalau tak mesti aman dunia aku ni.
“Makan, Nurin. Jangan malu-malu.
Sedapkan?” Perhatian Puan Sri Rosell beralih pada Nurin yang dari tadi berdiam
diri. Malas nak melayan anak lelaki yang banyak kerenah ni. Nurin tersedar dari
mengelamun sendiri.
“Hmm..
sedap, aunty. Nurin memang suka
makanan macam ni,” jawab Nurin jujur. Orang melayu, mestilah suka makanan
melayu. Tengah hari memang sedap pekena selera macam ni.
“Orang kampung betul.” Perlahan suara
Harraz, tapi sempat ditangkap telinga Nurin.
Rasanya Puan Sri Rosell pun dengar sebab
sedas penamparnya singgah di lengan Harraz. Siap dengan aura amaran lagi dari
matanya. Maksudnya, sekali lagi Harraz cakap macam tu, memang naik tangan dia
kat telinga Harraz pula.
“Aduh.. mummy. Sakitlah.” Berkerut wajah Harraz menahan sakit. Bukan
dibuat-buat sebab tangan mummynya
singgah betul-betul di tempat lukanya. Boleh tahan kuat pulak tu. Adoi.. malang
betul lengannya. Baru je nak sembuh, ada je yang kacau. Kalau macam ni, bilalah
boleh sembuh? Asyik terbantut je proses penyembuhan lukanya.
“Tangan kamu kenapa, Harraz?” Suara Puan
Sri Rosell berubah prihatin. Harraz buat tak layan. Sibuk gosok tangannya yang
sakit.
“Tangan dia kenapa, Nurin?” Bila Harraz
tak jawab, Nurin pula disoalnya.
“Err…”
Nurin tak tahu nak cakap apa. Rasa bersalah sebab Harraz jadi macam tu sebab
dia. Mesti Puan Sri Rosell marah dia sebab dah bahayakan nyawa anak dia.
“Accident
kat site, mummy. Ada besi jatuh. Tu yang kena ni,” jawab Harraz.
“Bahayanya. Lain kali hati-hati, Harraz.
Mummy taknak terjadi sesuatu kat kamu.
Kamu je yang mummy dan daddy ada. Macam mana kamu boleh cuai
ni, Harraz? Mana pernah jadi macam ni sebelum ni.” Suara Puan Sri Rosell dah
risau.
“Benda dah nak jadi, mummy. Apa boleh buat? Itulah.. kalau
tak cuai, mesti benda ni tak jadi. Lain kali, dah tahu tempat tu bahaya, mata
tu kena letak kat kepala. Pandang sekeliling dulu sebelum jalan.” Selamba suara
Harraz.
Nurin tahu Harraz tengah mengata dia.
Siap tinggalkan pesanan penaja lagi. Kalaulah masa boleh diulang, memang dia
akan lebih berhati-hati. Padahal dia dah cakap kat Harraz tempat tu bahaya.
Tapi dia juga yang cuai akhirnya.
“Lain kali jangan bahayakan diri lagi. Dah,
Harraz. Makan.” Puan Sri ambil beberapa jenis makanan dan dihidangkan dalam
pinggan Harraz.
“Mummy..”
“Kamu kan suka salad. Ni The Salad of Malaysia. Makan!” arah Puan
Sri Rosell tegas sebelum Harraz suarakan tak puas hatinya.
Harraz nak taknak suap ulam itu ke dalam
mulutnya.
“Good
boy. Macam tu la anak mummy.”
Puas hati!
“Harraz memang macam ni, Nurin. Mengada
je lebih. Kadang-kadang memang kena paksa. Dari kecik lagi dah memilih. Bawak
sampai ke besar pulak tu. Dulu lagilah. Tak suka langsung sayur. Sampai aunty dengan uncle kerjakan bagi makan. Pastu asyik menangis je tahu,” cerita
Puan Sri Rosell.
Nurin pula tak tahu nak bagi reaksi apa.
Akhirnya hanya mampu senyum. Kelakar juga dia tengok Harraz yang bawa imej
lelaki macho itu kena macam ni bila dengan mummynya.
Rakam masuk youtube pun idea bagus juga. Mesti semua nganga tak percaya.
“Hish.. mummy ni. Tak payahlah cerita zaman dulu-dulu. Masa tu kan Harraz
kecik lagi.” Harraz tak puas hati.
Malu betul dia dengan Nurin. Entah apa
yang Nurin fikir sekarang ni. Kalaulah Nurin cerita kat orang lain, memang
jatuh imej dia.
“Yang kau senyum ni kenapa?” Tak
pasal-pasal Nurin yang kena.
Hai.. senyum pun tak boleh? Nurin buat
tak layan. Terus suapkan makanan ke mulutnya. Dia di sini sebab Puan Sri
Rosell.
“Yang kamu nak marah ni kenapa? Mestilah
senyum. Takkanlah nak menangis pulak. Bukannya sedih sangat kisah zaman
kanak-kanak kamu tu.” Harraz kena marah balik.
Tak puas hati betul Harraz bila mummynya bela Nurin. Baru hari ni jumpa,
mummynya dah macam jatuh hati kat
Nurin. Yalah.. mana pernah mummynya
keluar makan dengannya ajak perempuan lain. Rasanya, kalau dia dengan perempuan
lain haramlah mummynya nak ajak. Tak
perempuan tu kena halau balik, dia yang kena pulas telinga diseret mummy.
“Kamu Nurin, kalau Harraz buat
pelik-pelik kat kamu, report kat aunty. Pandailah aunty nak sekolahkan Harraz balik.”
Arghh… tensionnya
Harraz rasa! Dulu daddy dah cakap
benda sama. Hari ni mummy pulak.
Nampaknya dia kena hati-hati lepas ni. Nurin bukak mulut, mati dia. Kalau Nurin
ceritakan pasal kejadian dia dan Elfira di pejabat dulu, mahu gugur jantung mummynya.
Untung betul Nurin. Dah ada vote mummy
dan daddy. Salah sikit, silap-silap
dia yang kena. Sekarang ni dia kena fikir dua tiga kali kalau nak kenakan
Nurin. Atau dah tiba masanya untuk dia sign kontrak pendamaian dengan Nurin?
bila nak bersweet sweet ni? hehehehe thanks anjellll. love your writing
ReplyDeleteBest
ReplyDelete��...hihihiiiii harraz da tkot... ��
ReplyDeleteha..ha..baru lah mamat tu kena ngan ruas.. dah tak boleh nak buat skandal kat ofis lagi.. hmmm ..sebab spy dah ada kat ofis... citer semakin menarik... bila lah agaknya simamat ni nak berubah kan....
ReplyDeleteX sabar nk tgu bab cintan cintun haraz n nurin....love u anjell..;-)
ReplyDeleteBila la harraz nk jatuh cinta dgn nurin??
ReplyDeleteNk berdamai dh harraz..takut jgk ye...mandat bsr nurin dpt
ReplyDeletekasi harraz berpeluh byk byk sikt....
ReplyDeletelpas ni nurin blh buli harraz pulakkkk.
Best cpt anjel buat dia org jatuh cinta tentu sweet kan
ReplyDeleteHahahaha..lawak sangat..thanks anjell..x sia2 menanggung rindu nak tahu apa kisah selanjutnya..terbaek lah puan sri..kasi screw lagi si haraz tu...
ReplyDeletehahahahha...habis laaa..Harraz..berubah laa..baru la bleh sign kontrak pendamaian..baru Nurin tu pandang!!!Kak Anjell entry bru plaese.....!!
ReplyDeleteBest la anjell ❤️❤️❤️ thanks for the n3 .. Muchhh love 💋💋💋
ReplyDeleteHahahaha.....mmg best la cerita ni.sbb parents si Harraz mmg bersungguh2 'sekolah' kan dia.biasa parents pasrah je dgn anak2 yg macam Harraz ni.hehe. TQ writer.
ReplyDeleteBest sangat. Thumbs up. Tahniah Anjel.
ReplyDeleteBest gilerrrr kak anjel ! :)
ReplyDeleteAgak2 la kan, bila agak nya Nurin Dan Harraz Ni nk kawin. Best la crta Ni.
ReplyDeleteBerat bahu nurin kna jga harraz ni..best2...
ReplyDeleteHuhuhu... dalam hati memasing belum ada taman lagi. Farhan mana? Dah menikus ke? Kalau la parents Farhan pun nak enter frame buat Nurin calon menantu...
ReplyDeletePadan muka harraz...eksion....mummy-daddy dah suke bagi green light...klau harraz buat hal..repot jgn x repot...
ReplyDeleteRasain elfira..puan sri pandang nurin bkn pandang lu..dah elok2 tutup aurat, merenyam bukak sbb nak melayan nafsu sang playboy..padan muka..pedajal lagi si nurin...nurin gak pilihan hati tan sri n puan sri..bila nurin dah kahwin dgn harraz, siap la lu...
ReplyDeleteTpi xgne klu harraz still xpandang nurin as someone he loves.. But klu ngan elfira bole plk ko mggatal. Prempuan 2 mmg mggedik abes la!! Eii gram aq, die igt die bgus sgt ape?!
Deleteies@
Nampak gaya mmg harraz dah jatuh suka dgn nurin tanpa disedari..yg part elfira tu..dah namanya buaya kan, mana tak tolak bangkai..kira elfira, pompuan2 haraz tu n bankai berpiasahlah tiada..tu la kan, peringatan jugak pada pompuan2 diluar sama..bila nak merendek carik la pompuan x cukup kain...bila nak buat bini, mmg carik yg berkelubung..
DeleteNk je aq mntak, prempuan yg brkelubung 2 da rosak mcm ko jgk harraz!.. Ko stok da byk pompuan gne, nurin plak kne amek bekas ko!. Sdang an ko sdp2 pi bantai die 9ti!.. Err
Deleteha ha ha
ReplyDeletenice chapter :) like it! chayok3x to be more awesome
ReplyDeleteBest...******
ReplyDeletehehe...sain kontrak bikin filem dramatik yer harraz...kita tengok watak mane yg banyak...babak airmata ker or babak hati panas...dn yg akn bikin panas lagi...part babak diam diam ku telah jatuh hati....biar meroyan heroin2 siplayboy idaman malaya tuh...kalu kena watak nyer...nurin bakal rangkul piala hati si playboy...hehe...tau lh lu harraz...rapuh ker kebal hati milik mu...
ReplyDeleteTerbaiklah puan sri n datin manisah pun jadi nasi tambah..ha, terus harraz terdiam..pakej tu kalau dpt dpt nurin as orang rumah..baik, lembut berbudi bahasa..saya pn bersetuju..
ReplyDeleteWow, makin menarik ni! Sampai saya langsung tak boleh nk predict jalan cerita seterusnya.. Kena tunggu anjel up la nampaknya.huhu.
ReplyDeleteThanks for the update dear.. Sempat lg update walau sibuk beraya..hehe.. Luv u la ;)
Kelakarnya bila sang playboy kena sound dgn emaknya..yes, setuju sangat kalau masuk kt u tube..paling best bila mama ckp..mesti la senyum, takkan nak nangis bila dgr kisah harraz dolu2...mmg mama harraz seorang yg sempoi..hanya jauhari mengenal manikam..
ReplyDeleteHa..ha..nice n3,,,smbng lg plezzz
ReplyDeleteHaha..sign kontrak damai..??harraz cuak laa tu...
ReplyDeleteAkhirnyaa...syukur.. coz line intrnt pun ok..lm dh tunggu..kat kg xbleh nk bukak blog ni...seddiihh..but mow ats keta lg dh bukak..yeaay..tq miss writer
ReplyDeleteHa..terkedu harraz bila kena jerkah dgn puan sri depan nurin..dah, jgn buat perangai lagi..nurin dah jadi kesayangan puan sri n tan sri..gud luck to u harraz..hehehe
ReplyDeleteyesss... bagus puan sri...biar padan muka harraz tu
ReplyDeletewah nurin dah jdi geng puan sri yg sempoi...sambung2
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu reaksi haraz kalau dia tau mata siapa yg dicarik2 tu..puan sri mmg mabeles la..
ReplyDeletexde sambungan lagi..huhu
ReplyDeletePlease anjel tolong sambung
ReplyDeletenovel anjel mmg best2.. tpi kite mmg suka gilerr novel nii..
ReplyDeletenovel anjel mmg best2.. tpi kite mmg suka gilerr novel nii..
ReplyDelete