Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday, 23 July 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 16)


BAB 16

“Medina!”

            Medina buat tak dengar.

“Medina!” Lagi sekali nama Medina dilaung. Kali ni, kaki Medina berhenti melangkah. Tegak sambil memandang manusia di depan mata yang rajin sangat jadi polis trafik laluan pejalan kaki itu.

“Apa masalah awak ni?” soal Medina. Pagi-pagi lagi dah rasa nak terajang orang masuk peti ais. Biar terus beku dan tak payah kacau hidup dia.

Darius cuma senyum. Puas hati bila Medina berdiri depan dia. Tak sia-sia olahraga pagi-pagi macam ni semata-mata nak sekat langkah Medina. Muka beku Medina dipandang. Beku-beku macam tu pun, hati dia pun boleh cair. Pelik kan?

“Awak nak apa ni?” Medina tanya lagi. Kurang senang dengan tingkah laku Darius.

“Makan.”

Apalah! Nak makan pun datang mintak dengan aku ke?

So, nak kena saya suap ke?” sinis Medina.

“Boleh ke?”

“Dengan kaki, boleh?” bidas Medina balik. Bisu terus mamat tu.

“Jomlah teman saya makan,” ajak Darius. Abaikan apa yang Medina katakan padanya.

Bertaut kening Medina. Musykil. Apa kena dengan mamat ni? Masa kena tumbuk hari tu, ada putus wayar ke? Atau sel-sel otak kembali berhubung? Semalam bagi dia bunga. Hari ni, ajak dia makan.

“Atas sebab apa saya kena teman awak makan?” soal Medina balik. Mereka ni, kawan pun tidak. Rapat jauh sekali.

“Saja. Saya cuma nak ajak awak makan,” pelawa Darius ikhlas.

“Maaflah. Mak saya pesan, jangan keluar dengan orang yang saya tak kenal. So, I say no.”

“Tapi kitakan dah kenal. Awak kenal saya, saya kenal awak.”

“Oh, baru teringat. Mak saya pesan lagi, jangan keluar dengan orang yang saya tak suka. Dekat semeter pun jangan.” Medina suka hati menambah. Buat tak peduli dengan muka kecewa Darius. Ada aku kisah?

“Kalau nak makan, pergilah ajak Puteri. Diakan kawan awak,” tambah Medina lagi.

“Tapi.. saya cuma nak kawan dengan awak.”

Sah! Sel-sel otak belum berhubung lagi ni. Hai.. susahnya nak bercakap dengan orang yang guna bahasa Marikh ni!

“Saya taknak. Kawan saya dah ramai dah. Awak jangan salah sangka pulak. Tak semudah tu saya nak berkawan dengan awak. Saya ada banyaaak sebab kenapa saya taknak berkawan dengan awak. Faham?” kata Medina.

Melihat muka tercengang Darius, sekali lagi Medina bersuara. “Okey.. kalau takde apa-apa lagi, saya pergi dulu.”

Tak perlu dengar jawapan Darius, Medina terus angkat kaki.

  ----------

“Medina!”

Medina berpusing ke belakang. Nampak Tengku Ian sedang senyum lawa berjalan ke arahnya.

“Lawa hari ni.”

Cet! Penat kaki berdiri semata-mata nak dengar mamat tu mengarut.

“Eh.. eh.. Medina,” panggil Tengku Ian lagi bila nampak sebelah kaki Medina dah ke udara.

“Banyak benda berfaedah lain yang saya boleh buat daripada dengar awak jual minyak tak laku kat sini.” Masam muka Medina.

Tengku Ian gelak. Jual minyak tak laku? Haha. Tak laku dengan budak ni je. Dengan orang lain, tunjuk tudung botol minyak pun dah berpusu-pusu orang nak datang beli. Apalah Medina ni. Puji benda betul pun kena marah ke?

“Awak nak apa?” soal Medina. Ni sorang lagi. Kalau tadi makhluk Marikh, ni pulak makhluk Zuhal yang tak faham bahasa bumi. Tak boleh tengok hidup dia tenang.

“Jom.. teman saya makan.” Tengku Ian senyum. Nak membodek Medina.

Makan lagi? Apesal semua orang yang jumpa dia nak seret dia pergi makan? Nampak dia ni tak cukup zat sangat ke? Atau muka ada iras-iras botol Appeton yang boleh bantu tumbesaran manusia?

“Tadi baru je ada orang ajak saya makan.”

“Kenapa tak pergi? Oo.. awak tunggu saya ajak awak makan, ya? Nak makan dengan saya ke?” usik Tengku Ian.

“Jadi manusia, jangan nak perasan sangat, boleh?” Senget mulut Medina mencebik. Tengku Ian ketawa.

“Okey, gurau. Jomlah teman saya makan,” ajak Tengku Ian sekali lagi.

Hai.. malasnya aku!

“Hari tu saya dah temankan awak minta maaf, kan?” Tengku Ian bersuara lagi bila nampak bunga-bunga nak mengelak Medina.

Tak jadi Medina nak membalas kata. Terus dia mencebik. Keji betul. Mengungkit balik!

“Yalah.. yalah.. nak makan kat mana?” Separuh hati, Medina bersetuju. Sebelum Tengku Ian bukak balik hikayat lama. Geram ada, malu pun ada. Sebab masa dia pergi minta maaf dengan Darius, rasanya Tengku Ian yang banyak bersuara. Dah macam jurucakap dia pun ada. Dia cuma ucap, ‘saya minta maaf.’ Mukadimah dan penutup selebihnya memang Tengku Ian yang karang ayat.

Tengku Ian senyum puas hati. Dapat tundukkan budak ni memang perkara yang paling menggembirakan.

“Jom.. saya ada tempat baru yang kita boleh try.”

Medina cuma mengikut. Dia dengan mamat tu macam tengah jayakan program jalan-jalan cari makan. Rasanya hampir semua restoran dan kedai makan dia dah cuba. Tengku Ian la yang suka mengajak. Bila dia kenal dengan lelaki itu, dia tahu sesuatu. Tengku Ian suka makan.

Banyak makan pun, badan tetap boleh bikin hati anak dara tergugat. Pandai dia jaga badan dia. Macam mana dia boleh seimbangkan diet dengan kesihatan? Sebab dia rajin bersenam. Bagus.. bagus..

Hoi, Medina! Sekian sesi memuji badan mamat tu, okey?

    ----------

“Medina.”

“Apa lagi?” Bengang Medina bertanya.

“Mak oi. Garangnya. Datang bulan ke?” Tersengih-sengih Zuyyin menegur Medina. Apa yang tak kena dengan si Medina ni? Dah rasa macam lepas tegur mak beruang tak cukup pantang pulak.

“Oh, kau ke, Zuyyin.” Suara Medina kembali lembut bila nampak Zuyyin.

“Aku nak ajak kau ni.”

“Ajak aku? Ajak ke mana? Mohon jangan cakap nak ajak aku pergi makan.” Boleh muntah Medina dibuatnya.

Medina pegang perutnya. Sekarang pun masih kenyang lagi gara-gara pergi makan dengan Tengku Ian tadi. Geram betul dengan Tengku Ian. Dah dia tu suka makan, janganlah ajak orang bersubahat. Tak pasal-pasal dia dipaksa makan oleh Tengku Ian tadi. Bukanya sikit.

“Bukan makanlah,” jawab Zuyyin.

Lega Medina mendengarnya.

“Aku tahulah kau tu baru lepas habis makan tadi. Boleh tahan kau mengayat abang angkat Ku Zam tu ya? Melekat,” sambung Zuyyin lagi. Mengusik. Bukan dia tak nampak tadi.

Medina tayang muka bosan. Cakap benda lain, boleh? Hari-hari dengar benda sama. Boh-san!

“Kau nak ajak aku pergi mana?” Medina malas nak layan usikan Zuyyin tu. Sebaliknya dia pula bertanya.

“Pergi jalan-jalan la. Kuatkan ikatan silaturrahim antara kita. Luangkan la masa kau untuk aku pulak. Asyik berkepit dengan Ian je. Sedih aku diketepikan. Sampai hati kau lupakan kawan kau ni.” Zuyyin karang ayat sedih. Medina mencebikkan bibirnya.

“Aku ke kau yang lupakan kawan ni? Kau ingat aku tak tahu kau tu asyik berkepit je dengan Luke. Tak sempat aku nak ajak pergi mana-mana, dah lesap berdua dengan mamat tu,” bidas Medina balik.

“Kau jaga-jaga, Ying. Jangan nak percaya sangat dengan lelaki ni. Entah baik, entah tak. Entah-entah dia ada niat serong dengan kau,” bebel Medina lagi.

“Luke tak macam tu la.”

Terangkat kening Medina mendengarnya. Amboi, membela!

“Tak adalah. Dia baik la. Aku yakin dia baik. Macam Ku Zam. Macam Ian,” jawab Zuyyin.

Medina pandang Zuyyin yang tersenyum misteri tu. Lain macam dah minah ni. Hai, Ku Zam! Kenapalah kau bawak kawan yang handsome macam Luke tu datang sini? Tak pasal-pasal dah sangkut hati kawan aku yang sorang ni.

“Dah.. dah.. jom. Tadi nak eratkan silaturrahim, kan? Jom.. nak ajak aku jalan-jalan pergi mana?” ajak Medina lagi.

“Kita pergi pulau kecil, nak?” ajak Zuyyin.

“Aku okey je.”

    --------------

“Dee, aku nak pergi toilet kejap la.” Zuyyin meminta izin.

Belum sempat Medina menjawab apa-apa, Zuyyin dah hilang. Laju kaki melangkah ke arah tandas awam yang berdekatan. Medina cuma menunggu di luar.

Medina kerling ke arah jam di tangannya. Dah hampir lima minit berlalu, tiada juga tanda-tanda Zuyyin nak keluar dari tandas itu. Bosan menjadi mak pacak depan tandas wanita itu, Medina akhirnya melangkah ke arah kerusi batu yang berada beberapa meter dari tempat dia berdiri itu.

“Eh, apa ni!” Medina terkejut bila kedua-dua tangannya dipegang.

Baru nak meronta, terasa pegangan di kedua-dua tangannya makin kejap. Bila dia mula angkat kaki nak keluarkan  buah-buah tae kwon do, matanya ditutup dengan kain hitam. Bila dia mula menjerit, terasa ada tangan besar yang menutup mulutnya sebelum mulutnya turut diikat dengan kain.

“Diamlah. Aku lempang karang!” Kasar suara lelaki yang memegang tangan Medina itu. Berang dengan rontaan Medina yang kuat itu.

“Hoi.. kau jangan berani nak sentuh dia. Boskan dah pesan jangan buat apa-apa kat dia.” Medina dengar pula lelaki yang sorang lagi bersuara.

Ada dua orang dan yang pasti Medina tidak pernah mendengar suara kedua-dua lelaki itu.

“Ikut kami sekarang,” arah salah seorang lelaki itu.

Medina enggan. Tapi dengan kudrat perempuannya, memang tak mampu nak lawan dua lelaki. Apatah lagi dengan mata tertutup. Medina terpaksa mengikut ke arah dia ditarik. Sandalnya mula rasa basah menandakan dia dibawa ke arah laut. Kemudian Medina rasa tubuhnya ditolak ke dalam sesuatu. Bot. Apabila bunyi enjin bot dihidupkan, Medina rasa bot itu makin menjauhi daratan.

Siapa mereka berdua ni? Lanun ke? Kenapa dia yang menjadi mangsa? Dalam hati, Medina pasrah. Takut. Tapi dia berusaha untuk tidak menunjukkannya kepada sesiapa.

   ----------

Laju Zuyyin berlari ke arah kaunter penyambut tetamu Aurora Seaview Resort itu. Nasib baik tak tersadung kakinya gara-gara tidak nampak pasu bunga yang menghiasi ruangan itu. Muka cuak Medina mengundang tanya beberapa orang yang berada di situ.

“Tolong..” Zuyyin berhenti bila ternampak orang yang dikenalinya. Ada Farizzam yang sedang bertanya sesuatu kepada penyambut tetamu. Turut ada bersama, Tengku Ian dan Luke. Melihat gaya mereka, mereka bagaikan mahu keluar mencuba aktiviti baru hari ni.

“Eh.. kenapa ni, Zuyyin?” soal Farizzam bila melihat Zuyyin yang bagaikan tak cukup nafas itu. Kemudian pandang di belakang Zuyyin. Manalah tahu perempuan itu kena kejar dengan lelaki gila.

“Tolong..” Tak terkeluar apa yang mahu diperkatakan gara-gara semput. Zuyyin tarik nafas. Penuhkan paru-paru dengan oksigen dulu sebelum mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan.

“Cuba bertenang dulu. Apa dah jadi, Zuyyin?” Luke pula bertanya. Risau melihat wajah Zuyyin yang bagaikan cemas itu.

“Dee.. ada orang culik Dee,” cerita Zuyyin.

“Apa?” Ketiga-tiga jejaka itu berkata serentak. Terkejut.

“Medina kena culik? Bila? Kat mana? Cuba cerita balik.” Cepat Tengku Ian mencelah. Wajah berubah serius.

“Tadi.. kami nak jalan-jalan. Kemudian, saya pergi ke tandas sekejap. Dee tunggu kat luar. Bila saya keluar, saya nampak ada dua orang lelaki pegang Dee. Tarik Dee masuk ke dalam bot. Tak sempat saya nak kejar, mereka dah ke tengah laut,” cerita Zuyyin.

“Saya tak tahu dah minta tolong dengan siapa. Dee.. Dee.. kesian dia. Saya tak patut tinggalkan dia sorang-sorang tadi. Mesti Medina takut sekarang ni. Dahlah dia cuma sendirian tadi.” Zuyyin dah menangis. Risau campur takut memikirkan nasib Medina.

“Zuyyin, awak janganlah menangis. InsyaAllah Medina selamat.” Luke cuba menenteramkan Zuyyin yang menangis. Pada masa yang sama dia risaukan Medina.

We should do something.”

Telinga mendengar ayat itu. Bila pandang pada si tukang bersuara, dia sudah lesap.

“Eh, Ian! Kau nak pergi mana?” Belum sempat Farizzam menghalang, Tengku Ian sudah berlari entah ke mana. Farizzam tahu Tengku Ian risaukan Medina. Dia? Dia pun turut risaukan Medina. Tapi, apa yang dia boleh lakukan? Dan Tengku Ian pula, apa yang mahu dilakukan lelaki itu? Farizzam turut risaukan Tengku Ian.

“Saya takut Medina kena apa-apa. Kalau orang culik dia, mintak wang tebusan macam mana? Kalau Medina kena bunuh macam mana?” Imaginasi Zuyyin dah jauh melayang ke depan.

“Kita berdoa dijauhkan semua tu. Awak jangan la fikir yang bukan-bukan. Dah.. jangan menangis. Awak masuk bilik dulu, tenangkan fikiran. Biar kami yang uruskan semua ni.” Luke bersuara.

Farizzam mengarahkan penyambut tetamu itu supaya menghubungi polis. Sekarang ni, dia mahu mencari Tengku Ian. Dia tahu emosi Tengku Ian mungkin kurang stabil sekarang ni.

“Luke, Ian! Cari Ian. Kita tak boleh biarkan dia sendirian sekarang ni,” kata Farizzam. Mereka bertukar pandangan. Haraplah Luke faham maksudnya.

Allah.. Ku Zam! Luke baru teringat sesuatu.

“Zuyyin, awak kena bertenang dulu. Awak duduk sini dulu. Jangan buat kerja gila. Banyakkan berdoa. Saya nak cari Ian.”

Tanpa mendengar jawapan Zuyyin, Luke terlebih dulu membuka langkah. Dia risaukan Medina. Tapi dia lebih risaukan Tengku Ian sekarang ini.

“Tunggu. Aku ikut.” Farizzam turut bersuara. Kemudian dia turut berlari mengejar Luke.

Zuyyin cuma memandang kedua-dua jejaka yang berlari meninggalkannya itu. Dalam hati berdoa semoga Medina selamat.

14 comments:

  1. Sape pulak yg culik medina ni..

    ReplyDelete
  2. Sape pulak yg culik medina ni..

    ReplyDelete
  3. Makin menarik...
    Suspen lah..
    Sapa culik medina?

    ReplyDelete
  4. Suspen nih!!! Berbeza ngn karya2 sis sblum ni..thorbaek

    ReplyDelete
  5. mesti si darius dayus yg colek ni... jeng3

    ReplyDelete
  6. kakak jgn buat saya macam niiii, bagi yg suspen pastuuuuuuu supsssssssssss

    ReplyDelete
  7. Adoiiii suspense la pulak...siapa yg culik medina ni???

    ReplyDelete
  8. Best sangat2x ..x sabar next entry...

    ReplyDelete
  9. Knape dgn tengku ian? Mcm something je..

    ReplyDelete
  10. apaaaaaa tindakannnn tengku iannnn jeng jeng jeng so theeeeee sussspennnnnnnn

    ReplyDelete
  11. Seriuslah buat orang suspennnn. Huhu. btw best la anjell :) ☺

    ReplyDelete
  12. Waa..suspen jew..
    Fall in love with this entry

    ReplyDelete
  13. Macam ada error..muka cuak medina ke muka cuak zurin

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )