BAB 14
Farhan termenung jauh di meja bulat itu.
Suasana bingit dengan lagu-lagu rancak. Sama rancak dengan atur tari ramai
pengunjung di tengah-tengah ruangan itu. Ruangan khas untuk menari di bawah
lampu kelip-kelip pelbagai warna.
Mata Farhan melilau ke arah
manusia-manusia yang seronok goyang kepala, tangan, tubuh dan kaki itu. Nampak
Harraz bersama teman wanitanya tengah asyik dalam dunia mereka. Kebiasaannya
dia pun turut sama ikut serta. Tapi hari ni dia tiada mood. Beralih pula ke kanan, nampak Anne, kekasihnya sedang sakan
berpelukan dan menari dengan entah jantan mana.
Dia tahu. Anne tengah cuba menyemarakkan
api cemburu dalam jiwanya. Dia memang pantang kalau lelaki lain sentuh teman
wanitanya di depannya. Di belakangnya, lantaklah. Sebab dia pun memang akan
cari perempuan lain juga.
Dan yang anehnya, dia tak cemburu langsung.
Malah rasa menyampah pula. Atau sebab kepalanya sekarang tengah fikirkan Nurin?
Ingatkan Nurin, Farhan mengeluh sendiri. Dah dua hari dia gaduh dengan Nurin.
Nurin macam mengelak daripadanya dan langsung tak endahkannya. Muka Nurin hanya
tenang dan selamba. Tapi tenang dan selamba itulah yang buat hatinya makin
terjerut.
Hish.. nak buat apalah dengan Nurin ni?
Bagi gelang, dapat balik. Bagi rantai, dapat balik juga. Siap kena amaran lagi
supaya jangan bagi hadiah pelik-pelik kat dia. Gelang dan rantai pun barang
pelik-pelik ke? Habis, yang tak peliknya apa? Farhan perah akal lagi.
“Darling, jomlah dance
dengan I.” Anne peluk tangan Farhan. Penat seru Farhan supaya tarik dia menari,
tapi tak juga-juga Farhan muncul. Payah betul nak tarik minat anak jutawan ni!
Eh, bila pulak minah ni datang? Langsuir
ke apa? Farhan pandang Anne sebelahnya. Wajah Nurin hilang sekejap.
“You ni nak apa? Jangan kacau I boleh
tak?” Tak pasal-pasal Farhan marahkan Anne. Lengannya yang dipeluk Anne
ditarik.
Entah kenapa dia rimas. Dia rimas dengan
Anne. Dia jadi sesak nafas dengan tempat ni. Lampu-lampu ni menyakitkan mata.
Musik ni menyenakkan telinga. Hiruk-pikuk ni buatkan dia tak tenang.
“Dahlah, I nak balik.” Farhan berdiri.
Dia nak lari dari tempat ni. Daripada dia sakit kepala kat sini, baik dia
fikirkan cara macam mana nak kembalikan hubungan baik dia dengan Nurin.
----------------
Pagi itu, Nurin nampak ramai orang
mengerumuni meja kerjanya. Nurin yang baru tiba ke pejabat sedikit pelik. Ada
apa?
Ada satu bakul bunga ros kuning yang
entah berapa kuntum. Agak besar dan harganya pun pasti boleh tahan. Cantik!
Hatinya sempat memuji walaupun dia tak sukakan warna kuning.
Nurin letak tas tangannya atas meja.
Kemudian capai kad sederhana besar yang terselit di antara bunga-bunga itu.
Yellow roses are meant for friendship. Saya ikhlas nak kawan dengan awak.
Tiada nama. Tapi, Nurin tahu itu kerja
Farhan. Adoi.. boleh tahan gigih juga mamat ni. Dah orang cakap taknak kawan,
bukannya reti nak mengalah. Carilah orang lain. Mesti ramai lagi yang sudi.
Hati berbunga juga sebab dapat bunga.
Yalah.. mana pernah dia dapat bunga melainkan masa majlis konvokesyen dia dulu.
Tu pun sebab dia paksa abahnya untuk beli.
Tapi Nurin taknak tunjuk depan orang
ramai. Muka selamba ditayang.
“Siapa bagi?” Ash sibuk bertanya. Sejak
Nurin naik ke tempat ni, macam-macam benda menarik terjadi.
“Entah. Salah hantar.” Selamba Nurin
jawab. Malas nak panjangkan isu ini ataupun nak kembang hidung.
Bunga besar itu diangkat dan diletakkan
dibawah meja. Bukan sebab nak buang, tapi bunga tu terlalu besar sehinggakan
makan ruang hampir separuh mejanya.
---------------
“Hai, awak!” Malas Nurin nak angkat
muka. Pura-pura khusyuk tenung PC. Bukannya ada apa-apa. Screen saver
semata. Semuanya sebab dia malas nak layan Farhan.
“Dapat bunga yang saya bagi?”
Nurin buat tak dengar walaupun tahu
semua tengah pandang dia. Hai.. sejak dia masuk pejabat ni, dia rasa dia ni dah
ala-ala superstar. Ada je drama sebabak siaran langsung terjadi. Tak
dengan Farhan, mesti dengan Harraz. Dengan Farhan ala-ala anak dara diayat Mat
Romeo kelas satu dan dengan Harraz ala-ala Cinderella kena buli dengan mak tiri.
Kenapa kedua-dua sepupu ni tak boleh biarkan dia hidup tenang?
“Dia ada dapat bunga tadi kan?” Bila
Nurin tak jawab, ditanya pula pada Liza yang duduk sebelah Nurin.
Teragak-agak Liza mengangguk.
“Dia dapat, Encik. Dia letak bawah
meja.” Ash baik hati menjawab. Nurin rasa macam nak lastik mulut mamat tu.
“Nurin, awak dah tak sudi kawan dengan
saya ke?” Farhan buat ayat kesian. Dah hampir seminggu Nurin lancarkan perang
saraf. Senak jiwa Farhan rasa. Dia pun tak tahu kenapa.
Baru Nurin angkat muka pandang wajah
Farhan. Tak berkelip Nurin tengok Farhan. Atas bawah Farhan diteliti. Lelaki
itu lain sekali hari ni. Rambutnya agak pendek dan disikat rapi. Farhan memakai
baju kameja kelabu dan berseluar slack hitam. Siap bertali leher lagi. Sangat
segak dan berbeza dengan penampilannya sebelum ni.
“Handsome tak saya hari ni?”
Farhan berpuas hati melihat reaksi Nurin. Nurin nampak terkejut. Macam yang
diharapkannya.
Nurin terus pandang tempat lain. Agak
malu juga bila dah kantoi usha anak teruna orang.
“Saya dah kerja, Nurin.”
“I hate jobless man and I loathe man
with no ambition the most. Setakat hidup nak habiskan harta mak bapak je,
baik tak payah hidup. You better find at
least one reason why you are living right now.” Terus terang dan pedas!
Sebab kata-kata Nurin itu juga Farhan
sanggup masuk pejabat yang lama ditinggalkannya. Papanya terkejut bukan main
bila nampak muka dia. Dan kali ni, dia nekad takkan berhenti lagi. Dia nak
buktikan pada Nurin yang dia bukanlah jenis yang tiada matlamat hidup.
“Awak datang sini semata-mata nak cakap
benda tu ke?” Akhirnya dengar juga suara Nurin.
Farhan sengih puas hati.
“Mestilah tak. Saya datang sini nak
jumpa Harraz. As his business partner. Something important to discuss.
Alang-alang datang sini, jumpa awak sekali. Lepas ni, kita akan jarang jumpa
sebab saya dah tak boleh datang sini selalu.”
Eleh.. macam la aku nak sangat jumpa
dia! Nurin mencebik. Farhan nampak tapi dia cuma senyum. Sikit pun tak rasa
panas hati. Malah dia terhibur pula dengan Nurin.
“Okey, saya masuk jumpa Harraz dulu. Bye.”
-------------
Harraz pandang Farhan atas bawah. Tak
percaya bila tengok gaya Farhan yang kemas. Bila Pak Sunya cakap yang Farhan
menggantinya datang ke sini, mula-mula rasa tak percaya. Dan bila nampak Farhan
depan mata, rasa percaya masih tak hilang-hilang lagi.
“Wow, it’s really you.” Harraz
ketawa sebelum salam Farhan.
Farhan sengih sedari tadi. Harraz ni,
nampak aku bergaya formal macam nampak aku pakai apa entah. Pelik sangat ke
bila nampak dia pakai pakaian kerja?
“I’m Farhan Badriz from Kayangan
Properties.”
“Aku harap kali ni bukan hangat-hangat
tahi ayam.”
“Kali ni aku serius. Dah tiba masanya
aku serius dengan kerja. Sampai bila aku nak habiskan harta mak bapak aku?”
Ayat tu diambil daripada Nurin.
“Baguslah. Sedar juga kau akhirnya, ya?”
Farhan cuma senyum. Bukan sedar. Tapi
disedarkan.
“Hari tu kau balik awal kenapa? Gaduh
dengan Anne ke?” soal Harraz. Bila dia ke tempat mereka, dilihatnya Farhan
telah hilang dan nampak wajah Anne yang mencuka. Itu kali terakhir dia jumpa
Farhan.
“Takdelah. Aku sakit kepala duduk sana.
Aku nak balik cepat. Rimas,” cerita Farhan.
Harraz jadi pelik. Bukan mereka pergi ke
tempat kegemaran Farhan ke?
“Tak payahlah cerita pasal benda tu.
Kita dicuss pasal kerja.” Farhan tak mahu ingat balik pasal hari tu.
----------------
“Dah nak pukul satu ni. Jom, kita lunch,”
ajak Harraz selepas mereka habis.
“Sorry. Aku ada hal. Aku nak kena
pujuk orang.” Farhan sengih lagi.
Huh.. Nurin la tu. Harraz dah boleh agak
kenapa. Pasal hari tu la tu. Tak baik-baik lagi. Bilalah nak baik ni? Rimas dah
dia nak dengar Farhan mengadu hari-hari. Agaknya pasal Farhan masuk kerja ni
entah-entah kerja si Nurin juga. Boleh tahan hebat penangan si Nurin
sampai-sampai boleh tersarung kameja kat badan mamat ni.
Apalah yang istimewa sangat pada Nurin
sampai-sampai Farhan boleh berubah macam ni? Oo.. Mungkin ini pun salah satu
strategi Farhan untuk menarik minat Nurin. Macam tak kenal sepupu dia macam
mana. Mula-mula memang gigih. Lepas dapat apa yang dia nak, mulalah ucap babai
tanpa berpaling dah. Huh.. kesian jugak Nurin kalau jadi macam tu. Tapi, dia
malas nak campur.
“Okay then,” balas Harraz.
Kalau Farhan taknak makan dengannya, dia boleh ajak Kirana, kekasih barunya.
“Okay, see you again.” Farhan
minta diri.
Dia kena cepat. Sebelum Nurin keluar
makan dengan Eves. Dia kena culik Nurin cepat-cepat. Dan untuk itu, dia
perlukan pertolongan Eves. Bila dia keluar, seperti yang diagak, nampak Eves hampir
siap berkemas.
“Eh, Eves! You nak keluar makan dengan Nurin,
kan?” soal Farhan.
“Yup. You nak join ke?”
soal Eves. Farhan sengih. Good!
“I nak minta tolong you sikit boleh? I
gaduh dengan Nurin. You pun tahu, kan?” Eves angguk. Dia ada dengar juga.
Semuanya staf lain yang sibuk bercerita pasal Nurin yang hari-hari dapat hadiah
misteri.
“I nak baik balik dengan dia. I nak you
tolong I. Please?” rayu Farhan.
------------
“Kita nak makan kat mana ni, Eves?” soal
Nurin. Beria-ia Eves mengajaknya makan kat luar. Tempat special katanya.
Nurin yang tak syak apa-apa hanya angguk setuju.
Kesudahannya, mereka berdua berdiri di
depan satu restoran kelas lima bintang. Buat Nurin sedikit ternganga. Takkan
makan tengah hari kat sini kut? Mahu kopak poket yang memang dah tersedia kopak
ni.
“Serius nak makan kat sini?” Nurin bulat
mata bila kaki Eves dah mula melangkah masuk ke dalam restoran itu.
“Yalah. Don’t worry. Ada orang
belanja. Jomlah.” Tak teragak-agak Eves tarik tangan Nurin masuk bersamanya.
Nurin cuma mengikut. Siapa nak belanja
mereka? Persoalan tu terjawab bila nampak Farhan melambai-lambai ke arah
mereka. Nasib baik sepupu dia takde sekali. Kalau tak, memang dah diajak Eves
balik.
“I dah bawak Nurin,” lapor Eves. Tahulah
Nurin bahawa dua orang ni bersekongkol. Nurin pandang Eves.
“Eh, you jangan marah I, Nurin. I ikut
apa yang Encik Farhan suruh je. You tahukan sekarang ni Encik Farhan dah jadi client
penting syarikat kita, kan?”
Nurin yang nak marah pun tak jadi. Ya..
dia tahu. Dia ada dengar di pejabat tadi.
“Nurin, awak jangan salahkan Eves pulak.
Saya yang suruh dia. Duduklah. Saya bukannya nak buat apa-apa kat awak. Kita
makan je.” Farhan pula memujuk.
Aneh.. kalau dulu, pantang perempuan jual
mahal, memang tanpa salam tanpa apa ditinggalkan terus. Leceh. Macamlah tak
boleh cari pengganti. Tunggu Farhan pujuk rayu? Huh.. dalam mimpilah!
Tapi, semuanya terbalik dengan Nurin.
Nurin pulak jenis yang, ‘ada aku kisah?’. Kalau dia tak cari Nurin, jangan
haraplah Nurin nak cari dia.
Akhirnya Nurin tarik kerusi juga. Dia
duduk di tepi Eves. Nasib baik ada Eves bersama mereka. Kalau berdua-duaan,
memang dah lari balik.
“Nurin, awak marahkan saya lagi ke?”
soal Farhan. Daripada mula gaduh, sampai sekarang rasanya tiap-tiap hari dia
tanya soalan yang sama.
Nurin malas nak jawab. Penat nak bagi
skema jawapan yang sama. Dah basi dah. Makan lagi seronok. Perut kenyang, hati
pun senang. Dia marahkan Farhan lagi ke? Jawapannya dah tak. Nurin memang jenis
yang panasnya cuma sekejap. Cuma sekarang ni malas nak layan Farhan je.
“Sorry, okay. Saya betul-betul
ikhlas nak kawan dengan awak. Hari-hari saya rindu awak, Nurin.” Apa yang
dikatakan Farhan bukan manis di mulut semata. Tapi, itulah yang terjadi.
Hari-hari dia terfikirkan cara macam mana nak berbaik dengan Nurin. Dan
sebenarnya dia juga rindukan Nurin.
Terbatuk Eves dengar apa yang Farhan
ucapkan. Dia tahu Farhan kaki perempuan. Tak kurang macam bosnya. Tapi,
sekarang dia rasa Farhan ikhlas bila nampak riak bersalah pada wajah Farhan.
“You berdua ni bercinta ke apa?” sampuk
Eves. Mata bergilir-gilir pandang Farhan dan Nurin. Farhan yang muka bersalah
dan Nurin yang tenang dan selamba.
“Mana adalah!” Tak suka betul Nurin
dengar. Kemudian dia mengeluh.
“Saya dah tak marah awak, Farhan,” akui
Nurin sebelum Farhan karang ayat yang lebih dramatis. Dahlah Eves ada jadi
saksi. Tak pasal-pasal tersebar fitnah kat pejabat. Dia sekarang ni memang
dalam pemerhatian semua orang. Entah apa semua tak puas hati dengannya. Pantang
silap langkah, mulalah sebesar galaksi bima sakti ni dia diperkatakan.
“Serius? Kita boleh kawan macam dulu,
kan?”
Nurin nak jawab tak. Tapi, bila dia
tengok muka gembira Farhan, rasa tak sampai hati pula.
“Hmm.. tengoklah,” jawab Nurin
malas.
Farhan sengih puas hati. Yang pasti, dia
nak hubungannya dan Nurin kembali seperti dulu.
--------------------
“Eves, you baru masuk ke? Pergi mana
tadi?” soal Harraz bila nampak Eves terkocoh-kocoh masuk ke pejabat. Tepat jam
dua petang. Agak pelik sebab Eves tak pernah masuk lambat lepas makan tengah hari.
“Sorry, bos. Hari ni I lunch
kat tempat lain.”
“You ke mana?” soal Harraz. Setahunya,
Eves selalu keluar makan dengan Nurin.
“I temankan Nurin dengan Farhan dating.”
“Dating?” Harraz terkejut dengan
berita itu. Mereka berdua dah sejauh tu ke?
“Eh, tak.. tak.. I mean kami
pergi makan bersama. Farhan belanja.” Eves betulkan ayatnya. Nasib tak melayang
pen di tangan bila dengar suara terkejut Harraz. Kuat juga!
“Tapikan, bos. I rasa dua orang tu macam
ada something la. Bukan main Farhan pujuk rayu Nurin. Macam orang
bercinta.” Eves fikirkan pasal mereka berdua lagi.
Farhan dengan Nurin bercinta ke? Hish..
tak mungkinlah! Kalau ya pun, mesti sebab si Farhan tu nak main-mainkan Nurin.
Tapi, bukan ke Nurin penyebab Farhan berubah sekarang ni? Entah kenapa, hati
Harraz jadi tak senang.
“Oh, ya! Bos nak jumpa I ke?” soal Eves.
“Nope. I saja tanya. Pelik bila
you masuk lambat. You boleh sambung kerja you.”
Harraz ingin kembali ke dalam biliknya.
Sempat dia melihat tempat Nurin. Nurin tengah senyum bila pandang ke arah
telefon bimbitnya.
Farhan ke? Betul ke mereka bercinta?
Harraz tertanya-tanya sendiri.
---------------
“Macam mana? Ada perkembangan baru ke?”
Harraz bertanya sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon. Datangnya
daripada salah seorang anak buahnya.
“Ada bos. Malam tu, semuanya ada sepuluh
model yang peragakan pakaian Nashrain Lee.”
“Sepuluh? Ramainya. Aku dah tak peduli
dengan yang lain. Aku nak kau siasat, siapa model terakhir dengan Nashrain Lee.
Aku cuma nak tahu pasal dia. Aku tak berminat dengan yang lain.”
“Faham, bos. Tapi, susah sikit sebab
semua model datang dari agensi berbeza. Ada juga pertukaran model dengan fashion
designer lain. Kalau dicampurkan, makin ramai, bos,” lapor anak buah Harraz
lagi.
“Aku tak kira. Yang aku tahu, aku nak
tahu siapa perempuan tu. Aku nak jumpa dia,” tegas Harraz.
“Baik, bos.”
Harraz letak telefon. Fikirkan wanita
misteri itu, makin sesak neuron dalam kepala rasanya. Kenapa bayangan wanita
itu makin kerap mengganggunya? Sampai termimpi-mimpi. Padahal dia tak pernah
kenal wanita itu siapa. Walhal nampak mukanya pun tak pernah. Kadang-kadang
rasa amat dekat dengannya. Perasaan ke semua tu?
Harraz mendengus kasar. Satu je jalan
penyelesaiannya. Dia kena jumpa siapa gerangan perempuan tu secepatnya!
Yeay...akhirnya... Thanks Anjell... Rasa macam nak Nurin pilih Farhan jer... :)
ReplyDeleteAgreed...
DeleteAlaaahhhh dengan harrazlah best, barulah ada drama skit nanti XD
DeleteAlaaahhhh dengan harrazlah best, barulah ada drama skit nanti XD
DeleteKan... Ble la kak anjell nk wat harraz and nurin sweet moment. I duk tetunggu-tunggu ni.. Farhan carik org lain jela! Kwn nurin ke?? Even nurin dpulaukn kat ofis 2, xbmaksud die xde member lang sung an?? Stakat elfira senget 2 ape la sgt.. Ko pon da jdi bekas harraz je skarang kn??
DeleteGood job.. Bgi la harraz taw spe si model 2 cpt2.. Nurin pon jnis yg "AAK" ade aq kisah?? Mmg la brutal girl. I like
ReplyDeleteies@
Hehehe sweet betul ya si farhan ni. Jeng jeng jenggggg adakah harraz akan berebut nurin dgn farhan? X sabar utk next n3. Tqvm anjell
ReplyDeleteYeay..akhirnya ada entry baru
ReplyDeleteSalam Ramadhan Anjell....
Good job 👍
ReplyDeleteMacam nak Farhan je sbb dia yg beria2 kejar Nurin. Kesian Farhan kalau tak dapat Nurin. huhu
ReplyDeleteFinally..debar sokmo nk wait new entry.. ;)
ReplyDeleteYeah... This is why I always fall for second hero ;)
ReplyDeletekedua2 sepupu...nak pikat nurin...jeng3
ReplyDeleteKaknedah nak harraz biar dia jatuh cinta ngan si mata yg memikat.thanks for new entry
ReplyDeleteHahaha! Harraz dh xsenang hati..
ReplyDeleteCemburu lettew
sukanya,,bila agaknya harraz tau model yg dicari depan mata saja,,,
ReplyDeleteWaaaa..masuk2 ada n3 baru..
ReplyDeleteThanks anjell..sayang u..
Suka nak nurin dgn farhan..
Tp lagi suka bagi kaw2 perasaan harraz pada nurin..
Lepas tu hi hi bai bai harraz..
Biar harraz dpt pandang je kebahagian nurin farhan..
Best!!
ReplyDeleteDari benci lahirnya cinta kerana hati x boleh dipaksa sekalipun dah jd kwn rpt...x sabar nak tegok harraz...
ReplyDeleteWaa...Best best best
ReplyDeleteThanz anjell
Betul...betul...betul.nak Harraz ngan Nurin barulah sesuai ngan tajuk novelnya.
ReplyDeleteAlah......knp ckit sgt anjel...nk lg..nk g....u mmg brbkt....cr u relatedkn cite mmg best.....next n3 cpt2 ya....
ReplyDeleteVote for HarrazNurin...
ReplyDeleteYaeyh...tundukkan playboy itu terbail.
Tq KakAnjell
>>k<<
daebak! :)
ReplyDeleteBest..harraz dah start mncari pemilik mata mpersona tu..nk suke farhan gan nurin gak cam sesuai je..
ReplyDeleteNampaknya sepupu ni suka org yg sama tapi rasanya Harraz akan jadi pemilik mata tu...tambahan pula emak dan ayah Harraz suka Nurin...
ReplyDeleteKeep on writing Anjell. I & all of ur fans luv all your masterpiece!!! May Allah blessed u..
ReplyDeleteBest ... The bomb 👍👍👍
ReplyDeletebest sgt
ReplyDeleteBest sangat... x sabar nk tunggu entry yang seterusnya...
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeletesuperb anjell!!! tahu tak kenapa mummy suka dgn gaya penulisan anjell? ofcoz sebab gayanya tersendiri and very lively
ReplyDeletecontoh:
dgn farhan ala ala anak dara diayat romeo class satu and dgn harraz ala ala cinderella kena buli dgn mak tiri
this is a good one
thumbs up anjell
As usual, always the best entry you gave us readers...
ReplyDeleteSekarang dah kena tukar tajuk laa anjell, bukan lagi "Tundukkan Playboy Itu" tapi kena letak plural, "Tundukkan Playboys Itu".... hihihi....
besttt...nampak gaya ada persaingan farhan n harriz, Nurin...nurin...boleh tahan penangan si nurin, satu angau panahan mata n satu lagi angau mahu hubungan kasih.Hebat kau nurin heeheee.....
ReplyDelete'Harraz' ok... Mmandai je pegi HARRIZ plk!!
DeleteMESTI BILA FARHAN DAH SUKA NURIN BARU HARRIZ NAK MASUK JARUM NI...
ReplyDelete#Teamharraz :)
ReplyDeletei want farhan to be with her. baru rasa lain sikit. :0
ReplyDeleteOh My !!! Sampai termimpi2.. sukanya
ReplyDeleteIf farhan jd boyfrend nurin,,nk tngk reaksi harraz camne..
ReplyDelete