Rasa berbahang je
Secret Recipe sekarang ni. Tak pasang aircond
ke apa? Bukaklah aircond negatif
sepuluh darjah celcius sekali pun,
hakikatnya memang tak boleh nak sejukkan hati aku yang bila-bila masa je rasa
nak sula mamat depan aku ni. Ya Allah.. berilah kekuatan kepada aku.
Kukuhkanlah kesabaran aku.
“You ni selfish
la,” marahku. Tahan sikit supaya tak sampai ke telinga pemgunjung-pengunjung
lain. Malu dowh gaduh tengah-tengah
orang ramai ni.
“Ya.. memang I selfish.
I tak mintak lebih, Ana. I mintak kita tangguhkan wedding kita. Tak lama pun.” Daniel pertahankan hujahnya.
“Tak lama you cakap? Dua tahun. Kalau I bela anak
kucing, dah boleh beranak-pinak dah you tahu? Dalam dua tahun tu macam-macam
boleh jadi, tahu tak?” Kuat suara aku
berkata. Berpaling pasangan yang duduk di meja dua hadapan kami.
Daniel
dapat tawaran menjalani projek apa entah di bawah syarikat tempatnya bekerja
sekarang ni. Katanya, tawaran ni sekali seumur hidup. Hasilnya pun lumayan.
Sayang kalau lepaskan. Apatah lagi aku memang tahu yang Daniel ni memang gila
kerja.
Yang
company dia ni pulak, boleh pulak
buat syarat gila macam ni. Tak dibenarkan berkahwin sepanjang menjalani program
tu. Nak pergi Pluto ke apa? Hish…
geram betul aku!
“Tak
boleh ke you tolak tawaran ni? Demi I?” Aku mengeluh. Kadang-kadang aku rasa
dia ni memang tak sayang aku. Dia dah berapi.
“Mana
boleh. Peluang sekali seumur hidup. Mana mungkin I tolak. You ingat senang ke
nak dapat tawaran ni? Sepuluh tahun lagi, belum tentu I dapat peluang yang
sama. Ni cita-cita I. Ni la jalannya untuk I kaya. Nak pegang jawatan tinggi. Apa
pun terjadi, I takkan tolak tawaran ni. You tak faham, Ana. I nak kejar gaji
yang tinggi. You anak datuk, Ana. Mana faham Tak payah susah-susah nak kerja
keras. Lepas grad je memang dah ada position
dalam company you. ” Dasar gila duit
betullah! Siap sindir aku pulak tu. Yang kaya bapak akulah, sengal!
Aku
menangis kesal dalam hati. Macam ni ke perangai sebenar tunang aku? Kejar kebahagiaan
dunia? Aku geleng kepala.
“You tak sayangkan I ke?” Daniel dah mula
mainkan peranannya. Nak merayu bagai. Haish..
buat la apa pun, aku memang takkan layan. Mahkamah rayuan cuti umum hari ni!
“Tapi Daniel ni bukan kali pertama you
tangguhkan pertunangan ni. Ni dah masuk kali ketiga, tahu tak? Apa I nak jawab
kat papa I kalau dia tanya?”
Ni
yang aku paling bimbang sebenarnya. Skema jawapan peperiksaan mana yang aku
kena bentang kali ni? Entah papa terima ke tak. Dah la nak bertunang dulu, papa
dah tentang. Sebab sayangkan aku punya pasal, papa akhirnya mengikut je. Ni
jadi macam ni. Tak kena gaya, dengan aku-aku sekali kena halau rumah. Hih,
ngeri!
“Alah..
cancel je la. Ada dua bulan lagikan?”
Mudahnya dia cakap!
“You are too much, Daniel. Tahu tak
impaknya kalau I cancel? Papa I malu
besar tahu tak? Susah payah dia aturkan perkahwinan kita, you sesedap teh ais
limau je nak cancel?” Aku tahan
marah.
“I
cakap taknak.. taknak la!” Suara lantang perempuan di meja depan mengganggu
seketika. Sekilas aku berpaling pada meja dua depan sana. Pasangan kekasih
tengah bergaduh jugak. Memang Secret Recipe ni tempat couple berperang ke?
“Hish.. nak kahwin pun susah. Senang-senang
kita putus tunang. Habis cerita.” Senang Daniel cakap.
“Apa
you cakap?” Aku nak kepastian.
“I
cakap, kita putus tunang. Cakap kat papa you, kita dah putus. I nak kejar
cita-cita I. I takkan tolak tawaran ni. I sayang you, Ana. Tapi kalau kahwin
dengan you buat I hilang tawaran ni, I pilih untuk putuskan semuanya. Cinta
boleh dicari, tapi peluang macam ni sekali seumur hidup. Mulai hari ni, kita
putus tunang.”
“Mudahnya..”
Aku tak tahu rasa hati sekarang ni. Nak tampar orang je rasa.
“Better macam ni. You tak payah tunggu I.
kita dah tak sehaluan. Bye..
Assalamualaikum.” Daniel bangun dan keluar. Senangnya..
Aku
tersandar pada kerusi. Tak percaya. Aku dengan dia.. dah berakhir? Kami dah
putus tunang? Aku hanya mampu renung Cappucino
cheese cake yang berada di depan mata. Kegemaranku. Tapi aku dah takde
selera nak makan.
Patutnya
aku campak je tadi kat muka Daniel. Sesenang dia melamar aku dulu, sesenang
itulah dia putuskan segalanya. Tak percaya Daniel yang aku sayang sanggup
tinggalkan aku demi kerjayanya. Ya Allah.. apa aku nak buat ni? Apa aku nak
cakap kat papa ni? Aku raup muka. Sedih.. sangat sedih. Yang peliknya, takde
air mata yang keluar bila dah putus tunang.
“You ni pekak ke, Addi..”
Aku
berpaling ke arah suara itu. Pasangan kekasih tadi. Hmm.. tak habis-habis lagi gaduh rupanya! Aku tengok perempuan tu. Rambut
dah kalah warna karat. Mak ai.. ni nak pergi terjun kolam ke apa lepas ni?
Fesyen berkemban macam nak mandi sungai je aku tengok. Betis terdedah.
Mentang-mentanglah betis licin, nak tunjuk sana sini? Patutnya orang-orang
macam ni la yang kena penyakit kusta. Astaghfirullahalazim..
dah la baru putus tunang. Mengutuk orang pulak tu!
Beralih
pulak pada jejaka di depannya. Sempoi je dengan pakaian t-shirt merah dan seluar geans hitam. Rambut pacak. Handsome bukan main. Nak mintak putus?
Alahai.. pakwe kacak bukan main pun taknak ke? Bagi aku la. Aku memang tengah
perlukan orang nak isi tempat Daniel ni.
Macam-macam..
Sedang aku seronok mengusha anak teruna orang tu, masa tu la mataku berlaga
dengan matanya. Dia senyum. Haish..
makwe depan mata, boleh senyum kat perempuan lain? Nasib baik la kau handsome.
Bermasalah
la pasangan ni! Aku masih tengok. Tadi seronok dorang tengok drama putus tunang
aku, sekarang ni giliran aku pulak yang tengok teater free.
“I
cakap I dah boring dah nak hidup
dengan you. Dua bulan je kita kenal tapi takde apa-apa untung yang I dapat. I
ni cantik. Takkanlah I nak habiskan hidup dengan lelaki sengkek macam you ni?”
Membara sekali minah tu.
Aku
bajet mamat handsome tu pujuk makwe
dia.
“Jangan
macam ni, Ellie. I sayang you..” pujuk
lelaki itu. Arghh… aku pulak yang tension bila dengar. Kalaulah yang cakap
macam tu Daniel. Pergi mati la dengan Daniel. Blah la..
“I
nak mintak putus. I dah tak tahan dah hidup dengan you.”
“Apa
salah I?” Aku dengar suara lelaki tu. Alahai.. lembutnya. Kesian aku tengok.
“You
ni takde masa depan cerah. You tahu tak. Dengan gaji you yang tak seberapa tu,
you nak tanggung I? I rasa malap je masa depan I dengan you. Sebab tu la I
taknak teruskan lagi hubungan I dengan you. I dah jumpa lelaki yang boleh
berikan kebahagiaan pada I.”
Mata
duitan sungguh minah ni. Kalau bergandingan dengan Daniel memang dah macam
pinang kena langgar lori taik. Sesuai sangat-sangat. Memang duit penting sangat
ke? Aku yang dengar perempuan tu cakap rasa nak sepak je minah tu. Senangnya
dia putuskan segala-galanya. Aku boleh rasa apa yang lelaki tu rasa sekarang
ni.
“Jangan
cari I lagi. Bye..” Dengan angkuhnya
perempuan tu bangun tinggalkan lelaki tu.
Hai..
hari ni dalam sejarah. Di mana di Secret Recipe, dua kisah cinta yang tak
kesampaian putus di tengah-tengah jalan. Atas satu sebab yang sama iaitu,
gilakan wang. Dunia.. dunia.. menggeleng kepala aku bila ingat balik.
Aku
pandang lelaki tu lepas makwenya blah. Nak jugak aku tahu respons lelaki kalau lepas putus. Senyum? Aik.. senyum? Lelaki tu
senyum lepas putus? Senyum yang aku nampak macam penuh dengan kelegaan. Pelik..
------
Apa aku nak buat
sekarang ni? Daniel dah selamat terbang ke Amerika dah. Kurang asam betul.
Betul-betul dia tinggalkan aku. Kalau tinggalkan aku je tak kisah sangat. Tapi
ni sekali dengan masalah-masalah.
Banyak
hari dah berlalu. Tapi aku tak cakap lagi kat papa. Macam mana nak cakap. Tak
cukup kekuatan jiwa lagi. Berdepan pun dah goyang kepala lutut, inikan pulak
nak cakap pasal benda ni. Tapi aku tahu. Lambat-laun mesti aku kena cakap
jugak. Stress betul aku!
“Papa..
Ana tak jadi kahwin.” Atau..
“Papa…
Daniel dah putuskan pertunangan kami.” Atau..
“Papa..
Daniel taknak teruskan perkahwinan kami.”
Yang
mana satu agaknya yang boleh kurangkan risiko papa kena serangan jantung.
Huhu.. apa aku nak buat ni. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tak buat
apa-apa pulak aku pulak yang mati.
Ni
semua Daniel punya pasal. Bencinya aku! Sedih aku semua hilang bila ingat apa
yang dia dah buat. Benci mengatasi sedih.
“Hey.. watch out!”
Hah?
Aku macam baru tersedar yang aku tengah berkhayal tadi. Bila tersedar, aku
dengar bunyi hon kuat makin mendekatiku. Aku tergamam bila melihat lori besar
tak berapa jauh dari tempat aku berdiri. Tapi.. kaki macam kena gam kat situ.
Tak boleh nak bergerak. Freeze!
Mungkin
ni agaknya jalan terbaik. Mati. Tak payah pening-pening fikirkan pasal
perkahwinan. Tak payah nak sakit kepala fikir ayat terbaik nak mengadap papa.
Aku pejam mata. Memang dah tawakal dengan nasib.
Tangan
aku tiba-tiba ditarik seseorang. Kami sama-sama jatuh ke bahu jalan. Rasa macam
semangat dah hilang. Terkejut.
“Sekali
pun frust putus tunang, janganlah
sampai nak bunuh diri pulak.” Ewah.. salam takde, kenal pun tak, laju je dia brainwash aku?
Aku
pandang muka penyelamatku bila dia cakap macam tu. Eh, dia ni? Mamat Secret
Recipe. Jumpa lagi kami rupanya. Tapi bila dengar dia cakap macam tu, bengkak
jugak hati. Ewah.. tak sayang mulut nampak? Aku baling dia kat tengah jalan
raya baru tahu.
“Bila
masa saya nak bunuh diri?” Tak puas hati. Macam la iman aku takde. Tadi pun
bukannya aku fikir nak bunuh diri. Tapi sebab kaki aku memang dah takde harapan
nak cabut, nak buat macam mana? Memang aku fikir mati je la.
“Awak
okay tak?” Dia tanya aku.
“Err.. okay.” Aku tengok pulak dia. Nampak siku dia berdarah.
“Siku
awak berdarah.” Terus berubah nada suara aku kepada prihatin. Aku nak belek
siku dia. Reaksi spontan. Bila dia mengelak, baru aku perasan yang aku
hampir-hampir sentuh dia tadi.
Tapi,
dia mengelak? Boleh tahan mamat ni!
“Sikit
je ni,” katanya sambil turut tengok lukanya. Sikit apanya? Muka tu dah berkerut
tahan sakit. Nak control macho depan
aku la tu.
“Saya
bawak awak pergi hospital. Saya tak kira. Awak kena ikut saya. Besar luka tu.
Kena infection nanti, lain pulak
jadinya.” Aku berkeras nak hantar dia ke hospital. Dahlah dia luka sebab nak
selamatkan aku. Anggap je la ni caranya aku nak balas budi.
---------
“Saya belum ucapkan
terima kasih lagi sebab dah selamatkan saya. Kalau tak, agaknya dah leper saya
kena gilis lori besar tu,” kataku. Masa tu kami dalam perjalanan pulang dari
klinik.
“Small matter. Saya ingat siapa la tadi
nak bunuh diri. Tak sangka kita jumpa lagi,” balasnya. Aku senyum. Kebetulan
yang sangat tak disangka-sangka.
“Saya
Indriana. Panggil Ana je. Kita ni asyik bercakap je. Tak tahu nama.”
“Saya
Addi.” Kami berkenalan. Murah hati pulak aku nak bagitahu nama aku kat dia.
Selamba pulak aku bawak lelaki naik kereta aku. Baru kenal pulak tu. Mungkin
sebab dia dah selamatkan aku. Dan aku dapat rasakan yang Addi ni lelaki jujur.
“Awak
nak saya hantar awak ke mana ni?” soalku.
“Turunkan
saya kat sini je pun takpe. Nanti saya cari teksi sendiri.” Addi menolak budi.
“Eh,
takpe.. biar saya hantarkan awak. Anggap je ni caranya saya nak balas budi awak
yang dah selamatkan saya daripada jadi mangsa geles lori.” Dia ketawa. Lucu ke?
“Kalau
macam tu, hantar saya ke kilang D’RAST.”
“D’RAST?”
Hmm.. famous kilang tu. Aku kenal. Kilang tu bawah D’RAST Corporation.
Pemiliknya bernama Tengku Hamid. Kalau tak silap aku la. Besar kut syarikat tu.
Cuma syarikat aku sekarang ni takde peluang lagi nak bekerjasama dengan
syarikat tu. Kalau berkesempatan, memang untung besar.
“Awak
kerja kat situ ke?” soalku lagi.
“A’aa..
saya kerja kilang je,” jawabnya semacam rendah diri. Aku terdiam. Tak berani
nak komen dah. Tiba-tiba teringat maki-hamun bekas aweknya dulu.
“Kerja
kilang pun kerja jugak. Janji halal,” jawabku senang. Baik kerja kilang
daripada jual dadah ke, meragut ke, jadi bapak ayam ke.
“Saya
putus cinta pun sebab kekasih saya takleh terima saya sebab saya kerja kilang,”
ceritanya.
“Awak
sedih?” soalku. Teringat kembali wajah dia senyum selepas minah tu blah.
“Buat
apa nak sedih? Dah orang taknak kat kita, takkanlah kita nak terhegeh-hegeh
pulak? Mesti Allah dah aturkan yang terbaik,” jawabnya senang. Ya.. aku suka
ayat dia tu.
“Kita
senasib, kan?” soalku. Dia ketawa.
“Mungkin
memang kita ditakdirkan bertemu,” katanya. Aku pulak gelak. Setuju.
------
Tadah telinga.. tu je
yang mampu aku lakukan bila lihat papa berapi yang teramat sangat. Nak buat
macam mana? Nak taknak kena cakap jugak. Semuanya bermula dengan ayat tu.
“Papa..
Ana dengan Daniel tak jadi kahwin. Kami dah putus..”
Kebaboom!
Terus naik magma papa. Nasib baik tak kena darah tinggi je. Aku nak buat macam
mana lagi? Takkan nak kahwin sorang-sorang? Si lelaki tak guna tu pun dah
selamat terbang Amerika dah.
“Jangan
main-main, Ana. Wedding tu tinggal
tak sampai dua bulan lagi. Boleh malu besar tahu tak? Apa orang akan cakap
nanti?” marah papa lagi.
“Ala..
cancel je la. Ada dua bulan lagikan?”
Aku copy paste ayat Daniel hari tu.
Papa dah jeling tajam. Macam cakap, nak kena budak ni!
“Bukan
Ana yang buat keputusan tu. Daniel yang buat. Dia nak pergi US. Syarat tak
boleh kahwin lagi. Jangan nak salahkan Ana je.” Aku bela diri.
“Sama
je perangai budak berdua ni. Dulu bukan main lagi bersujud bersumpah nak papa
restu. Tup-tup jadi macam ni. Saper tak marah?” Aku dah agak dah. Mesti papa
bangkitkan lagi isu tu.
Susah
betullah. Takkan nak suruh aku kahwin sorang-sorang kut? Nak heret siapa jadi
pengantin lelaki? Siapa lagi yang boleh gantikan perkahwinan ni? Along pun dah
kahwin. Achik, adik lelaki aku pun tengah study
kat oversea. Adik bongsu aku ni
pulak, sekolah tak habis lagi. Takkan nak suruh papa kahwin lagi satu kut?
Terus jadi tahlil arwah macam ni kalau biar mama mengamuk.
“Papa
bagi masa kat Ana sampai wedding tu,
Ana carilah saper-saper yang nak gantikan tempat Daniel.”
“Hah..”
aku terlopong. Papa ke yang cakap sekarang ni?
“Atau
papa kahwinkan Ana dengan anak kawan-kawan papa. Ramai lagi yang lebih bagus
dan boleh diharap daripada si Daniel tu. Kalau tak, anak Pak Ngah kamu tu, si
Ikbal. Dia tu memang dah lama dah nak kat kamu.”
“Taknaklah.
Ana taknak kahwin dengan anak kawan papa. Dengan Ikbal apatah lagi. Ingat ni
zaman Hang Tuah ke nak jodoh-jodohkan orang?” Hish.. taknak la aku. Tak sanggup! Baik aku cari sendiri.
Dengan
Ikbal? Huh.. tu la contoh yang tak boleh dibuat laki. Dah berapa kali
terserempak jalan berpelukan dengan perempuan lain. Tapi, depan mak bapak dia
bukan main macam jejaka terakhir Malaya. Dah la pandang aku ni macam nak makan.
Hih.. ngeri! Tak rela.. tak rela..
“Okay.. Ana cari sendiri. Wedding tu akan tetap berjalan. Tapi
papa kena janji yang papa kena terima sesiapa pun yang jadi pilihan Ana,”
putusku.
“Ya..
papa janji.”
“Walau
sesiapa pun.”
“Ya..
walau sesiapa pun. Yang penting, wedding
tu tetap jalan.”
Tapi..
aku nak heret siapa ni? Habislah aku..
------
Stress!
Pukul empat petang aku dah cabut dari pejabat. Tak boleh la aku nak buat kerja
kalau kepala ni sesak dengan fikirkan cara macam mana nak selesaikan masalah
ni. Macam biasa, bila kepala tengah serabut, memang Secret Recipe la yang aku
cari.
Macam-macam
kek yang aku beli. Sepotong kek Chocolate
Indulgence. Sepotong kek Oreo Cheese.
Sepotong kek Capuccino cheese. Sepotong kek Blackforest. Huh.. pedulilah kalau aku
gemuk lepas tu tak muat pakai baju pengantin pun. Belum tentu benda tu jadi.
Sekarang
ni aku ada dua pilihan je. Aku cari orang lain, takpun papa tolong carikan. Ni
yang aku ngeri. Kalau suruh papa, aku dah tahu siapa pilihan dia. Kat mata papa
sekarang ni, aku rasa cuma nampak si Ikbal je. Huh.. lagilah aku taknak.
Jauhkanlah.. ya Allah.
“Boleh
duduk sini?” Aku angkat muka. Belum sempat aku jawab, manusia tu dah tercongok
depan aku.
La..
Addi ke? Buat apa dia kat sini?
“Hai..
lama tak jumpa,” sapaku. Gaya macam aku selalu jumpa dia je. Padahal baru dua
kali bertemu.
“Tak
kerja ke?” soalku.
“Ponteng..
Banyaknya..” komennya selamba sambil mata pandang kek depan mata. Aku buat tak
peduli.
“Buat
apa kat sini?” soalku. Kebetulan lagi kami bertemu.
“Saya
tension. Orang tua saya suruh saya
kahwin.” Addi tayang muka serabut.
Aku
pelik. Suruh kahwin pun tertekan ke? Habis.. aku ni apa? Okay.. aku faham perasaan Addi.
“Kenapa
nak tension? Bukannya dorang suruh
terjun KLCC.”
“Awakkan
tahu yang saya baru je putus dengan awek saya. Nak kahwin dengan siapa? Kalau
saya tak kahwin dalam masa terdekat, dorang nak jodohkan saya dengan anak-anak
kawan dorang yang tah apa-apa tu,” cerita Addi.
Aku
cuma mendengar. Oo.. macam tu ke?
Kiranya kes tiada pengantin perempuan la ni? Dan aku pulak kes takde pengantin
lelaki. Cantik jugak kalau kami bergabung. Arghh…
buat gila la tu!
“Awak
pulak kenapa?” Dia tanya aku pula.
“Saya
stress. Daniel dah takde. Tapi papa
saya tetap nak teruskan wedding tu.
Kalau tak dia nak kahwinkan saya dengan sepupu saya. Saya tak suka dia. Saya taknak…”
murah hati pulak aku bercerita kepadanya. Suara dah macam nak nangis.
Terbayangkan senyuman miang si Ikbal tu pun boleh buat bulu roma meremang.
Hih.. ngeri!
Dia
diam kejap.
“Wedding tu dua bulan lagikan?” Dia tanya
aku. Aku angguk. Macam mana ni?
“Hmm.. apa kata kita sama-sama selesaikan
masalah kita?” Dia senyum.
“Apa
maksud awak?”
“Kita
kahwin?”
“Hah?”
--------
Gila! Memang kerja gila
yang tak pernah dibuat orang. Ada ke ajak aku kahwin? Ingat main pondok-pondok
ke apa? Tapi.. menarik juga tawarannya.
Tak
boleh.. tak boleh.. kalau papa tahu, mesti kena sula aku. Tapi, kalau tak mesti
papa pilih Ikbal. Waa.. tak mahu! Aku rela pilih Addi walaupun baru kenal
daripada Ikbal yang aku dah tahu perangai macam mana.
“Tapi..
saya tak kenal awak.” Aku mula tertarik dengan tawarannya.
“Then kita ada dua bulan lagi nak
berkenalan.” Mudah dia jawab.
“Tapi..”
“Sebab
saya kerja kilang je, lepas tu saya tak mampu nak tanggung anak datuk macam
awak?” Tajam anak mata dia pandang aku.
Aku
hempuk jugak kepala mamat ni. Serius bukan tu dalam kepala aku. Aku tak kisah
la dia kerja apa pun. Janji tak buat kerja-kerja mengarut.
“Taklah..
ingat saya takde duit gaji sendiri ke?” balasku geram. Duit gaji aku ni aku
rasa lebih dari cukup. Tak heran la.
“Habis
tu?”
“Awak
ni.. awak baru je kenal saya. Awak tak risau ke saya ni jahat ke, perangai
buruk ke?”
“Saya
ada dua bulan lagi nak kenal awak macam mana.”
Dua
bulan berkenalan ya? Kira okay la tu.
Kirannya takde la aku kahwin dengan orang yang entah apa-apa. Kalau tak serasi?
Dua bulan ni la nak cari keserasiaan wahai Indriana. Walaupun cinta aku pada
Daniel masih ada dan macam susah je nak beralih arah, sekurang-kurangnya aku
cuba nak terima Addi. Tapi.. Addi pulak macam mana?
“Saya
tak tahu apa-apa pasal awak,” kataku. Kecuali nama dan dia kerja apa. Kalau
papa tanya, apa aku nak goreng?
“Then kita mula berkenalan. Nama saya
Addi. Umur 27 tahun. Saya anak tunggal dalam keluarga. Saya kerja kilang. Mak
saya jual baju dan bapak saya kerja sendiri. Hobi saya baca buku kut. Tak pun
tidur.”
Hmm..
daripada cerita Addi, aku rasa yang Addi ni orangnya sederhana. Takdelah kaya.
Tak kisahlah.. buat apa kejar harta dunia. Ingatkan aku pada si Daniel tu je.
Huh.. benci! Aku rasa memang aku patut cari yang biasa macam si Addi ni je.
Kerja kilang pun kerja kilang la. Bukannya aku tak kerja.
“Awak
pulak.”
-----------
Bermula dari hari tu,
aku dan Addi sering berjumpa. Sekadar untuk wujudkan keserasiaan dalam hubungan
kami. Addi aku nampak sempoi je gayanya. Keluar jumpa aku pun pakai biasa-biasa
je. Kalau orang tengok, orang akan cakap dia selekeh. Tapi semuanya terlindung
sebab dia handsome.
Dia
tak gentleman. Tak macam Daniel.
Kalau Daniel, tiap kali keluar dating,
mesti tak pernah lupa nak bukakan pintu kereta untuk aku. Tapi si Addi ni..
kereta pun takde. Jangankan kereta, bila aku tanya boleh drive ke tak, selamba je dia jawab.
“Saya
tak reti bawak kereta.” Lepas tu tayang muka cuak bila tengok kunci kereta. Tak
faham betul aku.
Keluar
jumpa pun, kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Aku tak kisah pun. Masa
semakin suntuk. Aku pun dah ambik risiko gila. Terpaksa. Tapi.. serba-serbi
tentang Addi, aku akan bandingkan dengan Daniel. Kenapalah susah sangat aku nak
lupakan Daniel?
Teringat
pertama kali keluar bersama.
“Naik
motor ni?” Aku pandang motor Honda Wave merahnya. Aku dah nganga dah.
“Kenapa?
Tak sudi ke naik motor buruk ni? Takut jatuh maruah anak datuk naik motor?”
Tajam matanya pandang aku.
Memang
aku rasa nak terajang je mamat tu. Bukan tu la maksud aku. Dia ni.. negatif
sangat denganku. Aku tak kisahlah!
“Bukan
tu maksud saya. Awak tak nampak ke saya ni pakai tudung? Mahu kena sula saya
dengan papa kalau dia tahu.” Naik motor dengan lelaki? Aku ni pegang tangan
dengan lelaki pun tak pernah, tahu? Dengan Daniel dulu pun tak. Kalau naik
motor ni, sah-sahlah kena peluk-peluk kalau rasa taknak terbang macam Superman.
Addi
senyum dengar jawapanku.
“Tahu..
saya gurau je. Saya pun tak pernah bawak perempuan naik motor dengan saya.”
Addi menjawab. Iya ke? Boleh aku percaya ke?
Dan
akhirnya dia pergi dengan motornya, dan aku pergi dengan kereta aku. Hubungan
kami sangat pelik. Addi pun aku rasa pelik sebab dia memang jenis tak kisah.
--------
Makan malam di rumah
aku. Dah tiba masanya untuk aku perkenalkan Addi kepada ahli keluargaku. Bila
aku bercerita tentang Addi, terangkat juga papa bila tahu Addi cuma kerja
kilang. Tapi aku tetap berkeras sebab papa dah janji akan terima sesiapa sahaja
pilihan aku. Akhirnya papa akur.
Pukul
lapan malam, Addi belum sampai lagi. Bila dengar macam bunyi kereta, orang lain
pulak yang sampai. Keluarga Pak Ngah aku. Muka aku dah masam bila pandang mama.
Mama pun tayang muka tak tahu. Macam mana dorang boleh ada kat sini ni? Waa…
mesti sengaja nak sakitkan hati aku. Mesti nak bandingkan Addi dengan Ikbal.
Tapi,
tetamu memang kena layan. Itu prinsip papa. Pak Ngah, Mak Ngah dan Ikbal
dipelawa masuk rumah. Siap pelawa dinner
lagi. Huh.. dorang tahu ke aku nak perkenalkan Addi kat keluarga aku hari ni?
Beberapa
minit lepas tu, Addi pula datang dengan motornya. Nak je aku suruh Addi balik
sebab aku tak sanggup kalau dia kena hina. Bukannya aku tak tahu perangai
keluarga Mak Ngah macam mana. Macam la aku tak nampak betapa sinisnya senyuman
mereka bila Addi turun daripada motosikalnya.
“Assalamualaikum,
mak cik, pak cik.” Mula-mula dia salam tangan papa dan mama.
“Ni
Mak Ngah saya dan Pak Ngah saya. Ni Ikbal.” Dengan berat hati aku perkenalkan
mereka kepada Addi.
Pak
Ngah dan Mak Ngah separuh ikhlas menerima. Lebih baik daripada Ikbal yang langsung
tak pedulikan huluran tangan Addi. Nak je aku halau mamat tu balik. Berlagak.
Kat rumah aku pulak tu!
Tapi
aku suka tengok Addi bila dia cuma angkat bahu bila Ikbal tak layan hulurannya.
Serius aku tak nampak muka bengang ke, kecewa ke, terhina ke daripada tampang
Addi. Aku lega. Macam nak cakap, kau taknak salam, suka hati kau la.
Aku
perkenalkan kepada abang sulungku. Abangku cuma senyum sambil bersalaman dengan
Addi. Kami masuk rumah.
“Kerja
apa?” Itu soalan yang ditanya Pak Ngah kepada Addi semasa di meja makan.
“Kerja
kilang je, pak cik.” Jujur Addi jawab.
“Kilang?
Gaji ciput je. Mampu ke nak tanggung anak orang?” celupar pulak mulut si Ikbal
bertanya. Sangat sinis.
Aku
pulak yang geram. Nak je aku lancarkan tulang ayam masuk kerongkong mamat tu.
Biar bisu hari ni. Huh.. kenapa la keluarga Pak Ngah yang lebih-lebih? Addi ni
nak jadi menantu dia ke, nak jadi menantu papa? Aku tengok papa rileks je.
“Alhamdulillah…
setiap rezeki itu datangnya daripada Allah. Sikit ke, banyak ke, kita kena
bersyukur. Mungkin kalau saya ada duit banyak, saya akan gunakan untuk jalan
yang salah.”
Aku
suka jawapan Addi. Hahaha.. nak tergelak aku tengok muka kelat Ikbal bila Addi
jawab macam tu. Terkena la tu. Haha.. Cayalah, Addi!
“Berapa
lama dah kenal Ana?” selidik Pak Ngah pulak. Haish.. sibuk tak habis-habis! Cuba bagi can kat papa pulak nak
korek rahsia. Papa aku tengok cuma tengok perdebatan antara Addi dan keluarga
Pak Ngah.
“Sebulan.”
Jujur lagi.
“Sebulan
dah ajak kahwin? Kamu ni memang terdesak la, Ana. Macam takde orang lain je nak
dibuat laki. Budak kerja kilang ni jugak yang kau cari?” Mak Ngah naik suara.
“Salah,
mak cik. Saya ajak Ana kahwin lepas seminggu kenal.” Serius aku rasa macam nak
lastik mulut si Addi ni. Apahal la nak jujur sangat ni? Tak sakit hati ke orang
dok hina dia?
“Seminggu?
Kenapa senang sangat nak kahwin? Sebab nak bolot harta Ana?” Ikbal pula
bersuara.
Aku
dah agak dah. Mesti itu yang orang nampak. Kesian Addi. Bila aku tengok dia,
dia senyum. Senyum lagi?
“Saya
tak perlukan harta Ana. Duit saya dah cukup dah. Mengikut Islam, kalau nak
berkahwin dengan perempuan, terus masuk meminang jika dia bukan tunang ataupun
isteri orang. Tak payah nak berkenalan lama-lama sebab tu mendorong kepada
zina.”
“Cakap
bolehlah. Mengaku je la kau nak kahwin sebab harta, kan?” cebik si Ikbal. Haish.. dia ke Addi yang nak kahwin
sebab harta? Bukannya aku tak tahu Pak Ngah sibuk nak jodohkan Ikbal dengan aku
sebab harta.
Addi
senyum lagi. “Hati saya, tak perlukan orang lain untuk tahu keikhlasannya.
Cukup hanya saya dan Allah yang tahu. Saya tak boleh puaskan hati orang lain.”
Cayalah,
Addi! Suka aku tengok Addi vs Ikbal ni. Rasa nak tepuk tangan bila Addi boleh
matikan setiap hujah Ikbal. Semua orang pun macam tertarik.
Aku
jeling papa. Papa.. takde nak tanya apa-apa ke? Tolonglah jangan biarkan Addi
ni menghadap soalan-soalan Pak Ngah. Sampai subuh besok pun tak habis aku rasa.
“Hmm.. Addi kerja kat kilang mana ya?”
Papa bertanya. Macam faham-faham je apa dalam kepala aku. Aku lega.
“Kilang
D’RAST.”
“D’RAST?
Hmm.. Tengku Hamid yang punya, kan?”
Addi cuma angguk.
“Bila
Pak Cik boleh kenal orang tua kamu?” soal papa lagi.
“Orang
tua saya takde sekarang ni. Mereka sekarang kat kampung. Ada hal yang penting
kena diselesaikan.”
“Habis..
macam mana nak bincang pasal perkahwinan ni?”
“Kalau
pak cik nak jumpa mereka, mungkin dalam masa seminggu lagi. Sebelum mereka
balik sini, apa-apa yang pak cik nak bincangkan, pak cik boleh bincangkan
dengan saya.” Addi jawab yakin.
Addi
memang yakin berkata-kata. Kalau tengok, mesti rasa kagum. Dia dan papa saling
berpandangan. Papa senyum.
“Pak
cik suka kamu, Addi.”
Aku
salah dengar ke? Papa cakap dia suka Addi? Dengan Daniel dulu, bukan main papa
tentang dan tak berkenan, tapi dengan Addi, papa boleh cakap papa suka Addi?
Aku pandang muka Ikbal masa papa cakap macam tu. Kelat. Nak je aku bersorak.
---------
Akhirnya tiba majlis
akad nikah kami. Dada aku rasa macam-macam. Entah kenapa, aku boleh teringatkan
Daniel. Sepatutnya lelaki yang sedang duduk depan papa sekarang ni adalah
Daniel. Aku betul-betul rasa rindukan Daniel sehingga buatkan aku rasa macam
nak nangis.
Sewaktu
aku dengar dengan telinga aku sendiri lafaz ijab kabul, air mata aku tumpah.
Sedih sangat bila kenangkan angan-angan aku untuk jadi isteri Daniel tak
kesampaian. Dan sekarang, aku dah sah jadi milik Addi. Aku tak patut fikirkan
lelaki lain sekarang ni. Astaghfirullahalazim..
Addi
sarung cincin. Pertama kali bersentuhan dengan lelaki, macam kena kejutan
elektrik juga pada mulanya. Dia cuma senyum padaku. Langsung tak ambil kira
bisikan-bisikan orang lain yang mengata Addi. Macam mana la orang lain tahu
yang Addi ni bukan orang senang? Addi dengar. Tapi, macam biasa. Tak pernah
heran.
Semua
dikejutkan dengan kehadiran Tengku Hamid dan isteri. Aku tercengang-cengang bila
mereka masuk rumah aku. Tak pernah jumpa sebelum ni. Tapi selalu juga nampak
kat majalah business. Dia datang nak
bagi sokongan kat Addi ke? Kecoh kejap suasana kat ruang tamu rumah aku.
“Eh,
mummy.. daddy..” Aku tengok Addi salam dengan Tengku Hamid dan isterinya.
Muka Addi pun bagaikan terkejut.
Mummy?
Daddy?
“Ni
ke menantu mummy? Cantiknya.. pandai
Addi cari.” Mummy Addi datang peluk
aku dengan mesra. Pipi aku diciumnya. Aku masih terpinga-pinga.
“Mummy ngan daddy kenapa tak cakap nak datang? Kata tak boleh datang.”
“Anak
kami kahwin, takkanlah kami tak balik pulak. Datuk, saya minta maaflah sebab
datang lambat. Takde flight awal.”
Tengku Hamid bersalam dengan papa.
“Tak
kisah. Saya faham,” jawab papa.
Papa
aku nampak rileks je. Langsung tak terkejut. Papa dah tahu ke siapa Addi
sebelum ni? Sebab tu la dia senang je bersetuju untuk kahwinkan kami?
Terbongkar
satu rahsia hari ni. Addi adalah pewaris Tengku Hamid rupanya. Yang jauh lebih
kaya daripadaku. Aku rasa macam kena tipu. Tapi, bila fikirkan balik, dia
memang tak tipu aku. Aku fikir balik apa yang pernah Addi cerita tentang
hidupnya. Tak banyak.
Namanya
Tengku Addi. Aku tahu. Tapi tak sangka dia Tengku Addi anak Tengku Hamid. Kerja
kilang.. Dia memang kerja kilang pun. Tapi aku tak pernah tanya posisi apa kat
kilang tu. Sebab cara dia cakap macam dia pekerja berkolar biru. Pasal orang
tua dia pulak. Seingat aku dia tak pernah cakap siapa. Dan aku pun bodoh tak
pernah nak tanya. Tapi, dia ada cakap yang mak dia jual baju. Kalau cakap jual
baju, memang terbayang orang yang jual kain dan baju kat pasar. Padahal mummy dia tu punya butik ekslusif serata
Malaysia. Pasaran luar Malaysia pun dah masuk. Ayah dia kerja sendiri. Memang
kerja sendiri pun. Uruskan syarikat gah yang makin maju tu. Cara Addi cakap
biasa je. Jadi, salah siapa sebenarnya?
--------
Aku lap air mata dengan
hujung jari bila bunyi pintu terkuak. Addi masuk. Aku harap Addi tak nampak aku
menangis. Tapi bila dia tenung aku, aku tahu dia nampak aku menangis.
“Ana
marah sebab abang tak cerita perkara sebenar?” soal Addi lembut. Tak.. bukan tu
yang ada dalam kepala aku. Aku fikirkan Daniel.
“Saya
minta maaf, Addi. Saya fikirkan Daniel. Saya masih tak boleh lupakan Daniel.”
Sangat berdosa aku rasa sekarang ni. Dia senyap kejap.
“Abang
faham.” Perlahan je aku dengar suara Addi. Macam kecewa. Dia marah ke?
“Awak
pun mesti tak boleh lupakan Ellie lagi, kan?” Addi tak jawab. Tapi aku rasa
memanglah dia tak lupa lagi. Elliekan perempuan yang dia pernah sayang.
“Saya
tahu, mesti awak masih tak boleh lupakan Ellie.” Addi geleng kepala.
“Abang
takkan fikirkan perempuan lain. Ana dah jadi isteri abang. Abang akan cuba jadi
suami yang terbaik untuk Ana.”
“Tapi
saya tak boleh nak lupakan Daniel macam tu saja. Susah.” Aku raup muka sebelum
menangis. Stress betul bila tak boleh
lupa orang yang dah sakitkan hati kita, tapi kita masih sayangkan dia. Tak
patut betul. Sedangkan malam ni adalah malam pertama aku dan Addi.
Addi
datang dan duduk di sebelahku. Aku rasa Addi pusingkan tubuhku menghadapnya.
Dia tarik lembut tanganku. Aku pandang dia bila ibu jarinya mengelap air mata.
“Abang
akan bantu Ana untuk lupakan dia. With
time, you will be able to let go of him.” Cakap senanglah. Tapi hakikatnya,
sesenang itukah? Aku tak yakin. Apatah lagi bila aku tak punya apa-apa perasaan
pada Addi. Makin kuat kepala aku ni menerawang ke US.
“Sekarang
ni, first step to forget Daniel is, look
forward and never turn to the past.”
Addi
rapatkan jarak antara kami sebelum dia dongakkan daguku untuk pandang wajahnya.
Mata kami bertentangan. Pandangannya cukup lembut dan romantis buatkan aku
terpaku. Pandangan Addi yang tak pernah aku nampak sebelum ni.
“Percaya
pada abang..” Addi berbicara lembut. Terasa dahiku dikucup sekali.
Aku
terasa tangannya melingkari pinggangku. Dada terus berdebar kencang bila
kedudukan kami sebegitu rapat. Yalah.. mana pernah aku rapat dengan mana-mana
lelaki seperti sekarang. Tapi, aku tak pulak menolak Addi.
“I’ll make you forget him.” Terasa
ubun-ubunku pula dikucup lembut. Aku pejam mata. Tolong bantu aku lupakan
Daniel. Percaya padanya..
------
Semenjak hari itu, aku
cuba sedaya upaya untuk menerima Addi sebagai suami aku. Dia pun sama. Lepas
kahwin, dia bagaikan orang lain. Segala sifat yang ditunjukkan tak pernah
ditonjolkan sebelum kahwin. Dia romantik, penyayang dan sangat gentleman. Pendek
kata, dia seorang suami yang sempurna. Setiap perilakunya buatkan aku rasa yang
dia sangat sayangkan aku. Tapi, bukan ke dia kahwin dengan aku sebab terpaksa
ke? Sama macam aku.
Dan
aku masih tak dapat nak lupakan Daniel sepenuhnya meskipun perkahwinan kami dan
menginjak hampir tiga bulan. Walaupun aku layan Addi macam layaknya seorang
suami, tapi hati aku masih ada nama Daniel. Bukan aku tak cuba paksa hati aku
untuk lupakan Daniel, tapi aku tak boleh.
Dan
aku pun tak yakin dengan perasaan Addi. Dia pun tak pernah cakap yang dia
sayang aku. Cintakan aku apatah lagi. Segala-gala yang dia buat aku anggap
sekadar menjalankan tugasnya sebagai seorang suami.
Ya
Allah.. bantulah aku untuk lupakan Daniel dan cambahkanlah perasaan sayang
untuk Addi.
-----
Aku buka mata bila rasa
macam sejuk mencucuk kulitku. Gelap. Pukul berapa ni? Kepala aku pening sangat.
Rasa macam berpusing-pusing je. Aku pandang sebelah tempat tidurku. Kosong.
Mana Addi pergi? Aku pegang leher. Rasa dahaga yang amat sangat tiba-tiba.
Aku
nak air. Meskipun kepala rasa berat, aku gagahkan juga untuk keluar bilik.
Sebab aku rasa tekakku sangat kering. Sampai di susur tangga, aku nak melangkah
turun. Kepala yang makin ringan buatkan aku hampir jatuh tanpa sempat untuk
pegang susur tangga.
“Ana..”
Addi
yang baru naik ke tingkat atas terus peluk aku. Menahan aku dari tergolek jatuh
tangga.
“Ana,
kenapa ni?” Aku dengar cemas suara Addi bertanya. Wajahku dipegang-pegang
beberapa kali.
“Ya
Allah.. panasnya!”
“Air..
nak air..” lemah aku meminta.
Baru
je aku nak mulakan langkah sekali lagi, aku rasa kakiku sangat lemah. Addi di
depanku aku nampak dua. Kemudian tiga.. makin banyak.. dan aku sempat rasa
tubuhku dicempung Addi.
“Jangan
takutkan abang, sayang.” Gelap!
-------------
Aku nampak Daniel. Dia
senyum. Manis sangat. Kemudian, segala-gala kenangan manis kisah cinta kami
terbayang satu persatu. Dari detik dia melamarku, kemudian kami buat persediaan
perkahwinan bersama-sama. Tapi tu cuma kejap. Muka Daniel masam tiba-tiba. Dia
cakap dia nak tinggalkan aku. Aku menangis bila Daniel betul-betul tinggalkan
aku. Beberapa kali aku panggil dia tapi dia masih terus berjalan. Kenapa dia
sanggup tinggalkan aku? Aku terduduk sambil menangis.
Ada
satu tangan dihulurkan kepadaku. Aku angkat wajah. Sangat silau wajahnya sebab
disimbahi cahaya putih. Aku kecilkan mata. Masih tak nampak. Tapi yang
hairannya aku tetap sambut huluran tangannya. Dia cuba membantu aku berdiri.
Aku nampak dia tersenyum. Sangat manis dan aku terpukau. Makin lama, makin
jelas wajahnya.
Addi.
Dia senyum je pandang aku. Aku pun bagaikan turut terpaku bila pandang wajahnya
yang sangat tenang tu. Dia lap air mataku. Bila aku nak buka mulut, dia
bersuara.
“Abang
cintakan Ana.” Kemudian aku rasa tubuhku dipeluknya. Lama. Dan aku rasa sangat
selesa.
Addi
cintakan aku? Aku senyum sendiri.
---------------
Hmm..
semuanya cuma mimpi! Penat je aku tersengih sorang-sorang dalam mimpi. Patutlah
orang cakap mimpi tu best. Yang aku
geram, kenapalah si Daniel tak guna tu boleh masuk sekali dalam mimpi aku?
Macam orang bodoh pulak aku menangis-nangis. Huh!
“Ana
dah bangun?” Mak Inah, orang gaji rumah ni masuk dengan satu mangkuk bubur dan
air masak.
“Apa
jadi kat Ana, Mak Inah?”
“Ana
demam panas. Teruk jugak semalam sampai pengsan. Nasib baik dah pergi klinik.”
“Saper
yang bawak Ana pergi klinik?” Mak Inah senyum.
“Saper
lagi? Addilah. Bukan main takut muka dia semalam sampai-sampai sanggup bawak kereta.”
Aku terkejut.
“Abang
drive kereta?” Sangat terkejut! Sebab
sebelum ni mana pernah dia pandu kereta. Sebab si Addi ni fobia nak pegang
stereng kereta gara-gara pernah kemalangan teruk dua tahun lepas. Ada lesen,
tapi lepas peristiwa tu memang Addi tak pernah berani bawa kereta. Sebab tu la
ke mana-mana je dia lebih suka naik motor. Tak pun suruh Pak Ali, drivernya yang bawa. Itulah cerita yang
pernah mummy ceritakan bila aku tanya
kereta Audi siapa yang tersadai bawah garaj tu?
Mak
Inah senyum misteri. Musykil aku!
“Mak
Inah tahu Addi tu sayang sangat dengan kamu, Ana. Mak Inah boleh rasa. Kalau
tak, takkanlah sanggup dia lawan rasa fobia dia tu sedangkan sebelum ni bukan
main ramai yang dah cuba pulihkan fobia Addi tu,” kata Mak Inah. Memang dia dah
maklum perkahwinan aku dan Addi macam mana.
Aku
diam bila hal perasaan dibangkitkan. Teringat balik mimpi aku tadi. Addi
cintakan aku ke?
-------------
Aku bingung. Apa dah
jadi dengan Addi ni? Aku perasan semuanya bermula lepas malam aku demam tu. Aku
rasakan Addi makin jauh denganku. Di rumah, Addi selalu berkurung dalam bilik
kerjanya. Bila aku ajak makan, dia suruh aku makan dulu. Takkpun dia cakap,
“Abang tak lapar.”
Macam
pagi tadi. Aku sediakan breakfast
untuknya. Tapi, satu pun tak disentuhnya. Kecik hati aku. Selamba je dia cakap,
“Abang dah lewat. Abang nak pergi kerja dulu.” Bila malam pula, dia lebih
selesa berkurung dalam bilik kerja. Bila aku dah tidur, barulah dia masuk
tidur. Kemudian dia akan bangun bersiap untuk pergi kerja sebelum aku bangun.
Aku
tertanya-tanya. Dia ada masalah ke? Kerja ke? Atau dia ada masalah dengan aku?
Aku tak pernah berpeluang nak tanya sebab memang takde masa yang sesuai.
Serius
stress dengan apa yang jadi. Aku nak
Addi yang lama. Yang selalu tenang dan selalu senyum. Suka menyakat aku yang
boleh buatkan aku kadang-kadang terlupa sekejap pada Daniel. Aku rindukan Addi
yang lama. Sejak hubungan aku dengan Addi macam ni, aku asyik fikirkan Addi je.
Dia marah aku ke? Apa aku dah buat? Kami memang kena berbincang.
------------
Air mata yang aku tahan
tadi akhirnya jatuh juga. Puas aku tahan, nampaknya banteng kali ni tak berapa
kukuh. Aku lap guna jari. Ni semua sebab Addi. Sebab dia aku menangis. Addi
memang melampau.
Tadi..
aku keluar meeting dengan client dan kemudian terserempak dengan
Addi dengan seorang perempuan. Dan yang lebih mengejutkan perempuan tu adalah
Ellie, bekas kekasih Addi. Bukan main manis Addi tergelak. Sungguh aku rindukan
gelak ketawa tu. Tapi kali ni ketawanya bukan untuk aku. Aku rasa sedih
tiba-tiba.
Addi
berubah sebab dia nak kembali pada Ellie ke? Aku lupa sesuatu. Rasa sayang pada
seseorang mana boleh senang-senang nak ubah. Aku faham kalau dia tak boleh
lupakan Ellie sebab aku pun sama. Sama ke? Tapi aku rasa sekarang ni, aku dah
tak ingatkan Daniel. Semuanya sebab aku asyik fikirkan Addi.
Sangat
sedih bila Addi pandang aku, tapi dia buat-buat tak nampak. Meneruskan
perbualannya dengan Ellie sambil tersenyum manis. Perasaan aku masa tu tak
boleh nak cakap macam mana. Aku rasa nak menangis kat situ jugak tapi aku
tahan. Aku dah tak sanggup tengok kecurangannya lagi. Terus aku angkat kaki.
Bila
dia balik, aku tanya dia. Tapi, jawapannya sangat mengguris hatiku.
“Macam
mana Ana tak boleh lupakan Daniel, macam tu la abang tak boleh lupakan Ellie.”
Aku
sekarang dah tahu kenapa Addi berubah. Sebab dah jumpa Ellie rupanya. Patut ke
sekarang aku bersedia untuk keluar dari rumah besar ni? Tempat aku bukan di
sini lagi. Sedihnya.. tapi kalau tu yang Addi nak, apa boleh buat?
--------------
Sejak hari tu, aku rasa
hubungan aku dan Addi makin jauh. Aku pun dah tawar hati dengannya. Aku merajuk
dalam diam. Kalau dia dah taknak kisahkan aku, aku dah tak peduli. Kalau
ikutkan hati ni, nak je aku buat benda yang sama. Taknak pedulikan dia
langsung. Tapi aku tak boleh lupa sesuatu, aku ni masih isteri dia.
“Ana..
Indriana!” Aku berpaling bila aku dengar namaku dipanggil. Terkejut!
“Daniel,”
sebutku perlahan. Tapi yang anehnya suaraku sangat hambar bagaikan tiada
langsung perasaan padanya. Atau mungkin aku cakap yang cinta aku padanya dah
jatuh ke negatif sepuluh. Dalam kepala aku ni asyik fikirkan Addi je.
“Hai,
Ana.”
“Oh,
jutawan muda. Apa khabar?” sinisku.
“You
sindir I.” Memang pun. Baguslah kalau dia tahu.
“You
apa khabar?” soalnya.
“Alhamdulillah
masih sihat. You buat apa kat sini?”
“I
ada lawatan kejap di Malaysia. I nak mintak maaf sebab dah batalkan pertunangan
kita dulu.”
“Takpe.
Semua dah berlalu. Kalau takde apa-apa, I pergi dulu. I sangat sibuk.” Aku nak
berlalu.
“Ana..”
Dia pegang tangan aku.
“Hands off me,” marahku sebelum tarik
balik tanganku. Tak pernah dia pegang
aku sebelum ni. Sangat kurang ajar.
“I
sayang you, Ana. I baru tahu yang I tak boleh lupakan you. Kita sambung balik
pertunangan kita?”
Aku
rasa nak gelak. Lepas tu nak sumbat heels
dalam lubang hidung dia. Amboi.. banyak cantik. Ingat aku ni pampers pakai
buang ke? Lepas pakai, buang. Lepas tu kalau nak, pakai balik. Sesenang dia
putuskan pertunangan kami, sesenang itu dia nak sambung balik macam tak pernah
berlaku apa-apa.
Aku
senyum sinis. “Tawaran you menarik. But
unfortunately, I am married.” Aku tunjukkan cincin perkahwinan aku dan Addi
yang dah hampir lima bulan tersarung di jari manisku.
Puas
aku tengok muka terkedu dia.
--------------------
“You nak apa lagi,
Daniel? Kita dah takde apa-apa lagi. Faham tak?” Stress aku menjawab telefon. Selagi tak angkat, selagi tu la asyik
berdering je. Nak je aku baling kat dinding.
“I
dah kahwin. Jangan ganggu I lagi, ada faham? Oh, lupa.. dah lama dok US, mesti
tak faham Melayu, kan? Okay.. I cakap
dalam English pulak. I am married,
Daniel. Don’t disturb me anymore. Understand?” Terus aku offkan handphone. Campak kat sofa.
Huh..
tak faham bahasa betul! Kalau kat pejabat, patutnya aku mintak tolong si Murikh
kasi translate Bangla kat mamat tu. Manalah
tahu kot-kot faham!
Aku
pusing ke belakang. Nampak Addi tengah pandang aku dengan pandangan tajam.
Haa..
ni lagi sorang yang buat jiwa aku kacau! Tunjuk muka pulak hari ni. Ingatkan
tengah menyorok dalam almari!
“Daniel?”
keras suaranya. Aku malas nak komen. Aku rasa dia dengar apa aku cakap tadi.
Aku
malas nak layan dia. Terus aku berlalu. Tapi dia halang aku. Tangan kanan aku
dicengkam kemas.
“Ana
masih ada hubungan dengan Daniel?” soalnya lagi.
“Kalau
ya, kenapa?” Sengaja aku cabar dia. Muka dia dah merah macam tengah tahan
marah.
“Jangan
melampau, Ana!”
“Macam
mana abang tak boleh lupakan Ellie, macam tu la Ana tak boleh lupakan Daniel.”
Aku pulangkan paku buah keras. Geram!
Dia
tiba-tiba senyum. Tengah-tengah serius ni, boleh dia senyum? Aku baru perasan
yang aku sangat-sangat rindukan senyumannya tu.
“Ana
jealous?”
“Siapa
cakap Ana jealous? Takde guna pun nak
jealous.” Suaraku seperti berjauh
hati.
“Sekarang
merajuk?”
“Buat
apa merajuk? Bukannya ada orang nak pujuk pun!”
“Nak
abang pujuk ke?” Dia senyum mengusik. Sakit mata aku tengok.
“Betullah
tu nak abang pujuk. Kenapa? Dah mula sayangkan abang ke?” Aku tengok dia
sengih.
Ya
Allah.. sakitnya mata aku tengok dia macam tu. Rasa macam dia memperlekehkan
aku yang memang dah mula cintakan dia. Rasa macam terhina pun ada. Bila dia
senyum macam tu aku rasa dia bagaikan mengejekku. Dada tiba-tiba rasa sebak.
“Yalah..
apalah sangat Ana ni kalau nak dibandingkan dengan Ellie. Mesti abang akan
pilih dia, kan? Sebab tu la abang dah tak pedulikan Ana. Sebab abang nak kahwin
dengan Ellie, kan?” Mengalir air mata tiba-tiba. Arghh.. bodohnya aku rasa sekarang ni. Benci dengan diri sendiri.
“Ana..”
Dia pun nampak tergamam bila aku menangis.
“Dahlah..
malas cakap dengan abang. Ana tak suka abang.” Aku emo tiba-tiba dan terus
tinggalkan dia.
------------
Agaknya memang Allah
nak tunjuk. Kali kedua aku terserempak dengan Addi dan Elli yang tengah makan
tengah hari bersama-sama. Aku tak tahu nak rasa macam mana. Sedih dan sakit
hati bergabung. Aku yakin mereka bukan sekadar kawan.
Lama
aku termenung sambil mata pandang mereka. Aku tersedar bila tiba-tiba mataku
bertentang dengan Addi. Masa tu la baru aku perasan yang aku memang kena
cepat-cepat berlalu sebelum aku menangis. Lagipun aku yakin macam dulu jugak,
Addi akan buat-buat tak nampak.
“Ana!”
Aku terkejut bila dengar suara Addi makin hampir. Dia pegang tangan aku.
“Ana
takkan tanya apa-apa. Anggap je abang tak nampak Ana.”
“Ana..
abang..”
“Ya..
ya.. macam mana Ana tak boleh lupakan Daniel, macam tu jugaklah abang tak boleh
lupakan Ellie. Ana faham. Ana faham.” Aku potong percakapannya.
“Ana..
dengar dulu..”
“Pergilah
masuk balik. Karang merajuk pulak buah hati abang tu.” Aku sindir sedas. Tanganku
yang berada dalam genggamannya ditarik. Aku terus berjalan dengan hati yang
sedih dan kecewa.
“Ana!!”
Bersama
jeritan Addi, aku dengar bunyi kereta dibrek mengejut. Aku tergamam dan pegun
di tengah-tengah jalan. Semua berlaku sepantas kilat. Terasa tubuhku ditarik
seseorang.
“Ya
Allah. Jangan buat abang macam ni, Ana.” Terasa tubuhku dipeluk makin kemas. Aku
rasa kakiku mula lemah dan semuanya gelap.
------------
Tubuhku rasa sangat
penat. Sampaikan nak buka mata pun rasa macam tak larat. Nak-nak lagi aku rasa
macam tengah berbaring di atas sebuah katil. Aku dengar bunyi suara
bercakap-cakap. Suara ahli keluargaku. Addi pun ada. Kemudian senyap. Aku masih
pejam mata.
Terasa
jemari kananku dikucup sesorang. Aku tahu tu mesti Addi. Lama. Kemudian terasa
tanganku dibawa ke pipinya.
“Ana..
bangunlah. Jangan takutkan abang lagi, sayang.” Ayat terakhir tu.. macam pernah
dengar je? Oo.. baru aku ingat. Dia
pernah cakap benda yang sama masa aku demam hari tu. Sayang? Boleh percaya ke
tak?
“Abang
keluar solat dulu.” Dia bagaikan memberitahuku. Bila bunyi pintu tertutup, aku
terus buka mata.
Apa
jadi sebenarnya? Aku kena langgar ke? Rasanya tak sebab aku tak rasa sakit pun
kat mana-mana bahagian tubuhku. Bukan ke Addi sempat tarik aku ke tadi? Cuma
aku rasa penat je. Mungkin aku pengsan sebab terkejut. Alhamdulillah.. nasib baik aku tak jadi arwah hari ni.
Aku
bangun. Pening sikit tapi lepas tu dah rasa baik. Aku cabut wayar kat tanganku.
Sakit. Aku ambil barang-barangku yang terletak di atas meja dan terus berjalan
keluar. Aku malas nak menghadap Addi sekarang ni. Lagipun aku rasa aku dah
cukup sihat.
------------
Daripada aku ingatkan
Addi yang menyakitkan hati tu, baik aku makan kek. Yummy.. lamanya tak makan kek. Mestilah Secret Recipe yang aku
cari. Tambah-tambah lagi kalau tengah sedih macam ni. Aku nak makan
banyak-banyak.
Tengah
aku seronok makan kek Chocolate Indulgence, kerusi bertentangan denganku
ditarik. Aku terkejut bila Addi duduk di depanku. Macam mana dia tahu aku kat
sini?
Addi
pandang je muka aku. Buatkan aku rasa segan dan bersalah. Tapi, bila ingatkan
balik apa yang dia dah buat, aku tawar hati. Selamba je aku makan macam dia
takde depanku.
“Sedap?”
Aku tak tahu dia betul-betul tanya atau sekadar nak sindir aku.
“Sedap.
Rasa manis kek ni boleh hilangkan rasa pahit kat hati ni.”
“Ana
marahkan abang lagi?” Aku diam. Tak patut tanya. Takkanlah aku nak cakap aku
suka pulak.
“Abang
minta maaf. Abang dengan Ellie bukannya ada hubungan pun. Serius abang sayang
Ana sorang je.” Aku senyum sinis.
“Macam
mana Ana tak boleh lupakan Daniel, macam tu la abang tak boleh lupakan Ellie,
kan?” Seronok aku sindir dia guna ayat tu.
“Ana
masih belum lupakan Daniel?” Keras tiba-tiba lidah nak jawab sebab memang aku
rasa aku dah boleh lupakan Daniel. Tapi soalan ni menjerat. Kalau aku jawab
dah, maksudnya sama je aku cakap aku dah mula cintakan dia. Kalau nak jawab
belum, aku rasa macam tak sanggup. Dahlah menipu pulak tu.
“Malas
nak cakap dengan abang.” Dia senyum. Sakit pulak mata aku tengok.
“Ana
dah cintakan abang, kan?”
“Kalau
ya, kenapa?”
“Kalau
ya, then I’ll be the happiest person in
the world.”
“Sebab
dicintai dua perempuan? Jejaka terhangat di pasaran, macam tu?” sindirku.
“Bukanlah.
Sebab abang dah berjaya raih cinta isteri abang lepas beberapa bulan dah
berlalu.”
“Ana
pun pelik kenapa Ana boleh jatuh sayang kat abang sedangkan abang banyak
sakitkan hati Ana.”
“I’m sorry, sayang. Abang mengaku abang
salah. But trust me, abang sayang
Ana sorang je. Cintakan Ana. Ellie bukan sesiapa pada abang. Dia cuma model
iklan produk company abang. Hanya
sekadar business. Tak lebih daripada
tu. Abang cakap macam tu dulu sebab abang geram dan nak Ana cemburu. Bukan sebab abang masih ingatkan Ellie. Sebelum kita kahwin pun, abang tak pernah sayang Ellie sebab abang nak cari perempuan yang bukan materialistik.”
“Mesti
dia nak balik kat abang lepas dia tahu siapa abang, kan?” dugaku. Addi senyap.
Betullah tu!
“Tu
tak penting. Yang penting sekarang ni abang nak isteri abang je. Abang serius,
Ana. Lepas kejadian Ana putus tunang dulu, abang tahu Ana perlukan lelaki untuk
gantikan Daniel. Abang ambil keputusan gila, sanggup untuk kahwin dengan Ana
padahal kita kenal kejap je. Seumur hidup abang, abang tak pernah buat kerja
gila macam tu.”
“Eh..
kejap. Bukan ke abang cakap yang mummy
ngan daddy suruh kahwin ke?” Aku
pelik.
“Sorry, sayang. Abang tipu. Mereka tak
pernah paksa abang. Tapi, abang yang cakap abang dah jumpa seseorang dan nak
kahwin secepat mungkin.”
Aku ternganga. Tak tahu nak percaya atau tak.
Dia genggam tanganku.
“Hish.. kenapalah Ana yang kena cakap
dulu yang Ana cintakan abang?”Aku tak puas hati. Dia gelak.
“Siapa
cakap? Abang dulu pernah luahkan kat Ana. Masa tu Ana demam,” balasnya. Apa kes
cakap masa aku tak sedar? Err.. yang
aku mimpi tu memang betul-betul terjadi ke?
“Tapi masa tu Ana meracau sebut nama Daniel.”
Aku
terkejut. Dan lepas aku demam, hubungan kami tak berapa baik. Sebab ni ke?
“Sebab
ni ke abang layan Ana acuh tak acuh je?” soalku.
“I’m sorry, Ana. Abang tak boleh kawal
rasa cemburu abang padahal abang dah janji nak bantu Ana lupakan Daniel. Abang
rasa geram sangat. Kenapalah Daniel tu special
sangat? Kenapa abang tak boleh lawan Daniel?”
Sekarang
aku dah tahu kenapa dia menjarakkan diri dulu. Tapi tak puas hati betul. Tak
patut langsung dia buat macam tu. Sepatutnya dia cakap kat aku. Tapi takpelah,
semua dah lepas.
Tiba-tiba
teringat sesuatu.
“Macam
mana abang tahu Ana ada kat sini?” Dia senyum lagi.
“Instinct. Anak kita memang nak abang
cari mamanya di sini.”
Aku
blur. Anak? Bila masa pulak kami ada
anak? Ke dah lebih setahun aku pengsan sampai-sampai tak sedar pulak bila aku
beranak? Haish.. tak logik langsung.
Kemudian baru tersedar sesuatu. Aku pandang perutku sebelum angkat muka pandang
Addi. Senyumannya melebar.
“Yes, sayang. We’re gonna be father and mother.”
Tak
percaya. “Serius?” Tapi mulut dah mula sengih. Gembira.
“Ya,
sayang. Ana pengsan pun sebab terkejut dan sebab penat. Alhamdulillah Ana tak
apa-apa.”
Aku
rasa nak melompat sekarang ni. Gembira sangat-sangat. Patutlah aku sering lapar
sekarang. Hormon pun rasa tak stabil. Asyik emo je.
“Jangan
takutkan abang lagi, Ana. Tak patut langsung tinggalkan hospital macam tu je.
Tahu tak macam nak gugur jantung ni bila tengok Ana takde dalam bilik. Tak
pasal-pasal abang mengamuk dekat nurse
kat sana sebab cuai. Abang memang takkan maafkan diri abang kalau sesuatu
terjadi kat Ana dan anak kita. Jangan buat abang macam ni lagi.”
“Ya..
ya.. tak buat dah. Promise.” Aku
sengih lagi. Marahlah.. hati aku tengah senang ni. Memang aku tak rasa apa-apa
pun.
“Sekarang
ni, Ana nak makan banyak-banyak. Abang nak kek?” Mood aku terus baik bila dengar berita gembira ni. Aku suakan sudu
ke mulutnya.
“Boleh
jugak.” Dia senyum sebelum buka mulut.
Tak
sangka mamat Secret Recipe ni yang jadi jodohku. Dan tak sangka pulak, sekali
lagi Secret Recipe yang menyatukan kami. Hai.. Secret Recipe ni memang penuh
dengan secret la.
TAMAT
best la !! haaha . nice idea k ! bile nk post SPS? miss them !! ;-)
ReplyDeleteserious... best gilak!!!! :D tak menghampakan langsung :D congtrats akak sbb boleh buat cter yg best mcm nie dlm tension2 :D
ReplyDeletehehe best gila. sweet je jalan ceritanya :D
ReplyDeletesweeeeeeeeeeett gilaaaaaaaa! rasa cam nak peluk teddy bear je, haha.. =D
ReplyDeleteSerius best k0ttt...
ReplyDeleteWa... Anjelll best sesgt.... I ilke it...
ReplyDelete-sweetheart87-
Wah best la
ReplyDelete...
Best. X rugi baca
ReplyDeletemanisnya... suka suka suka
ReplyDeletemcm besa... terbaek Anjel !!!
ReplyDeletesweet n sgt best!
ReplyDeleteAla...tomey nyer rs..
ReplyDeleteWow....this is sooo you. The way you write....pergh...in love. I like....terubat rindu ec n sps. Bila nak keluar nie....x sabor
ReplyDeleteTERBAIKKKKKK.....
ReplyDeletesweet nye.. :)
ReplyDeletewarghhh , giler kentang sweet+best ! kalau buat novel pon ok gak :)
ReplyDeleterindu SPS lahh :'D
Best giler :D Nak lagi Angel >__<
ReplyDeleteBest!!! Really enjoy reading it.
ReplyDeleteMmg best sgt... Terbaekkkk..
ReplyDeletebest yg tersgt cerpen ni. rindu dgn SPS je. huhu
ReplyDeleteheartwarming :D
ReplyDeleteSwet...........
ReplyDeleteso sweettttlah
ReplyDeleteBestnye.sweet sgt.
ReplyDeleteWah , serius saya ckp . Saya hmpir pngsan baca cerita nie . swettt siottt
ReplyDelete.daebakkkk!!!!
ReplyDelete.sies, best cite nie. .
.tumbs up tok anjell. .
~Zatty93~
erk...jln cerita yg biasa.sgt predictable.
ReplyDeleteBest,,,terbaek..so sweet..
ReplyDeletesweet...kalau buat novel lagi best....tq anjell..
ReplyDeletecumil ! besttt3 :) teruskan mengarang ..
ReplyDeleteSweet.. and sye nk sps punye n3 LG..
ReplyDeleteSweet.. and sye nk sps punye n3 LG..
ReplyDeleteantara cerpen yang best pernah dibaca,, haha.. terbaiklahh ~ keep it up <3
ReplyDeletewah ... best gilerr kot ... terbaikla ANJEL !
ReplyDeleteSuke sgtttt thumbs up ribu2 juta2 kak anjell :)
ReplyDeleteCerpen yg paling best. Teringat pulak kat novel SPS. Rindu makin membuak-buak. Hehehe.
ReplyDeletemohon akak anjel boleh mbanyakkn lagi koleksi cerpen..syok sgt bace karya2 anjel..pnulisan yg gile2 dan slumber...
ReplyDeleteBestnye
ReplyDeleteSweet je...
ReplyDeletesuwitt gilerrrrr
ReplyDeletebest gileerrr
ReplyDeleteBest gila!!
ReplyDeleteLagi..lagi dan lagi cerpen terbaek dari ANJELL
best sgt cerpen nie..!!!
ReplyDeleteNi dah masuk 5 kali baca cerpen ni. Hati ini tetap rasa cerpen ni yg terbaek pernah baca.
ReplyDeleteThe best, kak Anjell! Lepas ni bolehlah berjemaah singgah Secret Recipe yang berhampiran pulaks XD
ReplyDeleteasyik tersengih je baca.
ReplyDeleteso sweet.....rasa nak menjerit je
ahhhhh.......
best....
ReplyDeletewalaupun baca byk kali..tetap best..sweet sangat
ReplyDeletebest ..tp nk lagi SPS
ReplyDeleteWah best betul
ReplyDeleteBlh buat novel ni....
so sweettt!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteMenarik.......good job
ReplyDeleteThank you Anjell..swet sgt2 cerpen ni..akak baru jumpa...gaya penulisan anjell memang hebat! Akak sukaaa sgt3
ReplyDeleteAnjell..wat carpen ni versi novel leh?? He he...
ReplyDeleteAkak,saya ni mmg x brapa suka sangat baca cerpen.tapi,hari ni,tiba2 rasa macam nk try bacalah cerpen2 yg akak tulis ni..dannnnn saya x menyesal!!!! Best sangat!!!!!!! Seriously,akak ni memanggilll berbakat😁.. Sapa cakap budk sains xboleh jadi penulis?akak memg terbaik..saya akan terus support akak...
ReplyDeletesaya memng mint sngt kat anjell,, semua penulisan awk saya baca..✌
ReplyDeleteWow best giler
ReplyDeleteBest tahniah Aanjell
ReplyDeleteMoga lgi bertmbah novel
Sya suka smua novel Aanjell
Best tahniah Aanjell
ReplyDeleteMoga lgi bertmbah novel
Sya suka smua novel Aanjell
Semua cite yang saiye bace semua nye Best.... Baca berkali kali pun kadang kadang boleh gelak sendiri.. Best sangat novel yang Anjell publishkan pon semua saiye beli.. Best sgt sgt. ..
ReplyDeleteSemua cite yang saiye bace semua nye Best.... Baca berkali kali pun kadang kadang boleh gelak sendiri.. Best sangat novel yang Anjell publishkan pon semua saiye beli.. Best sgt sgt. ..
ReplyDeleteWah tak sangka banyak yg suka ni cerpen
ReplyDeleteWOW!!WOW!!WOOW!!cute short story..HAIH,ni yang buat rase nk sambungan lagi ni hehehe
ReplyDeleteBEST BEST BEST 😍😍😍
ReplyDeleteOh man....
ReplyDeleteSyok giler..kejap gelak, kejap nagis...best ahhh