Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 16)

BAB 16

“Apa lagi yang tertinggal?” tanya Suraya lagi. Dipandang Damia yang tengah berehat di atas sofa. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata wajah Damia ketika itu.

     “Tak de dah kot..” pendek dia jawab. Nafas panjang ditarik.

     “Nampaknya dok sensorang la aku lepas ni. Mesti aku rindu kau nanti, Mia.” Suraya turut sedih.

     “Aku lagilah sedih. Sayu je nak tinggalkan rumah ni. Sejak study lagi kita dok sini,” ujar Damia lagi. Terbayang satu persatu kenangan manis semasa tinggal dengan Suraya di rumah teres itu. Walaupun tak berapa besar, tapi itulah dunianya dan Suraya. Dan kini, dia terpaksa meninggalkan rumah kerana akan berkahwin dengan Tengku Aaron. Sedar tak sedar, seminggu lebih lagi mereka akan berkahwin. Semakin berat hati Damia ingin meninggalkan rumah kenangan itu.

     “Su…. Aku taknak kahwin,” macam nak menangis je suara Damia. Mendung saja wajahnya.

     “Mia.. kau jangan sedih. Kau kena reda,” jawab Suraya. Kesian dengan nasib Damia yang dipaksa kahwin. Bercakap memang mudah, tapi, seksa sebenar hanya Damia yang tau.

     “Kenapa aku, Su.. Aku tak tau macam mana hidup aku lepas kahwin ni. Entah macam mana layanan lanun hutan tu kat aku. Berat sangat hati aku ni nak kahwin,” rintih Damia lagi.

     Suraya hanya mendengar. Kadang-kadang dia geram juga dengan Tengku Aaron. Nak je disemburnya Tengku Aaron supaya cari perempuan lain yang boleh dijadikan mangsa. Tapi, dia yakin. Tengku Aaron bukan calang-calang orang. Kang tak pasal-asal dia pula yang dapat sengsaranya. Tak rela dia jadi macam Damia. Kiranya syarikat mereka memang berhutang gila dengan Damia walaupun ramai yang tak tahu kisah ‘percintaan’ Damia dan Tengku Aaron.

     “Mia.. anggaplah jodoh kau dah sampai. Aku akan selalu doakan kau bahagia dengan Aaron.”

     “Bahagia apanya? Kahwin belum tentu kekal. Aku tak tau kami kahwin sampai bila sebab Aaron director cerita ni. Aku pak turut je.”

     Betul tu. Dia tak tahu selama mana dia akan bergelar isteri kepada lelaki itu. Sehari? Sebulan? Sebab kepala Tengku Aaron memang tak boleh nak dibaca. Segala keputusannya mesti dilakukan dengan mengejut. Tak mustahil jugak malam perkahwinan tu juga meraka bercerai. Semuanya mungkin kalau Tengku Aaron orangnya.

     Kenapalah kisah dia ni bukan kisah novel? Kalau betul kisahnya macam kisah novel, nak je dia cadangkan watak Tengku Aaron dimatikan segera. Biar berganti dengan watak hero yang perfect sikit. Baik, bijak dan berwawasan. Ni tak.. buat sakit hati je kalau dapat hero macam Tengku Aaron ni! Kalau dia sendiri pun, mau dia koyak novel tu lepas separuh jalan baca!

     Atau memang dia kena novelkan sendiri kisah dia ni? Bagi tajuk ‘Derita Cinta dengan Si Lanun Hutan’. Macam best je.. Grenti laku.

     “Jangan cakap macam tu. Tengku Aaron ni aku nampak takdelah teruk sangat. Okey je. insyaAllah kau bahagia dengannya.” Suraya memberi semangat kepada Damia.

     “Aku takut..” akhirnya terluah jua apa yang ada dalam kepala Damia kepada Suraya. Yang selama ini tak pernah dirasainya sebelum ni.

     “Apa yang kau takut?” soal Suraya. Memang biasa kalau orang gemuruh sebab nak kahwin. Orang yang tak gemuruh sebab nak kahwin tu yang pelik sebenarnya. Kiranya kawannya ni masih normal la.

     “Aaron.. aku tak kenal sangat dengan dia. Bayangkan.. Aku kena pertaruhkan hdup aku dengan dia. Apa nasib aku lepas kahwin nanti? Dahlah aku ni perempuan. Dia lelaki. Kau faham kan maksud aku?”

     “Ala.. dia kan handsome. Tak nyesal punya kalau apa-apa berlaku,” gurau Suraya.

     “Suu!!” Damia geram. Orang serius dia buat main pulak! Suraya ketawa.

     “Aku rasa.. jahat-jahat Tengku Aaron tu, masih ada perangai baiknya, kan? Macam yang terjadi masa kau ditampar, kan?” Suraya cuba mengingatkan Damia.

     Pada masa tu, nak dekat maghrib barulah Damia sampai ke rumah. Bila dipandang wajah Damia, ternampak kesan merah pada pipi Damia. Macam kena tampar! Hatinya sendiri turut berdebar-debar. Hanya satu yang terlintas dalam kepalanya. Damia dan Tengku Aaron gaduh ke sampai-sampai tangan Tengku Aaron naik ke pipi wanita itu? Tapi rupa-rupanya semuanya meleset sama sekali bila Damia menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

     “He’s so unpredictable. Tak boleh nak dibaca apa dalam kepalanya. Make me scare.” Damia geleng-geleng kepala.

     “Nak takut apa lagi? Aku tengok muka kacak membunuh dia tu takde pulak iras-iras langsuir kot ya pun kau nak takut.” Suraya cuba berlawak.

     “Aku lebih rela muka dia macam langsuir daripada kacak membunuh macam sekarang,” jawab Damia.

     “Sebab?”

     “Sebab aku takut aku cair dengan dia nanti. Nanya aku wei.. Dengan sikap playbuaya dia tu, memang makan hati ayam, berulam jantung orang la aku hari-hari. Tak rela aku.”

     Suraya ketawa terbahak-bahak. Lawaknya kawan aku sorang ni!

     “Kau pun reti jatuh cinta ke?” Suraya sengih.

     Kurang ajar punya member. Rasa nak sekeh Suraya yang tersengih tu. Sengaja nak sindir dia. Mentang -mentang dia tak pernah jatuh cinta selama ni. damia buat muka.

     “Sorry.. sorry.. bukan aku nak sindir kau ke apa. Cuma lawak sikit ayat kau tu. Aku pun tak boleh nafi. Mana-mana gadis yang duduk dengan Tengku Aaron dua hari pun boleh jadi gila bayang dengan dia tu. Inikan pulak kau yang jadi isterinya nanti. Probability memang besarla.. tak mustahil boleh berlaku.” Suraya dah buat analisa sendiri. Terangguk-angguk kepalanya bersetuju.

     “Jangan wei… Nauzubillah. Taknak wei.. taknak..” bersungguh-sungguh Damia membangkang.

     “Apa salahnya jatuh cinta ngan suami sendiri?”

     “Salahla kalau Aaron orangnya. Aku taknak.. Mintak jauhlah menda tu. Aku yang merana nanti. Taknak.. taknak..”

     “Kalau macam tu, aku doa biar Tengku Aaron yang jatuh cinta dengan kau.”

     “Eee… lagilah aku taknak. Dah taknak kuasa dua dah!” Damia tak boleh bayangkan kalau dia jatuh cinta dengan Tengku Aaron. Ngeri! Juga kalau Tengku Aaron jatuh cinta padanya.

     “Peliklah kau ni. Aku nak doa biar dia jatuh cinta dengan kau ni. Senang sikit dia tunduk dengan kau.”

     “Pedulilah.. Pokoknya, aku taknak. Taknak.. dan taknak..” tegas Damia lagi.

     “Doalah suruh jauh-jauhkan lagi. Sebab biasanya memang yang mintak dijauhkan tulah yang akan jadi.” Semakin seronok Suraya mengusik Damia.

     “Nak.. nak..” doa Damia dah berubah.

     “Amin..”

     “Suraya!!!”

     Suraya hanya ketawa sambil kaki laju berlari bila Damia mengejarnya. Usik-mengusik dan gurau-senda yang tak mungkin akan berlaku lagi lepas Damia menjadi milik Tengku Aaron nanti. Mungkin dia akan merinduinya nanti.
-----
“Nanti dah jadi orang kaya, jangan lupa aku ni pulak,” pesan Suraya. Masa tu, Damia sedang menyimpan segala barangnya dalam bonet kereta. Kereta abahnya yang dipinjam.

     “Banyakla kau punya orang kaya. Yang kaya mamat tu. Tak minat langsung dengan harta dia tu,” cebik Damia.

     “Anyway.. kalau dia mati, harta dapat semua kat aku best jugak.” Damia terangguk-angguk sendiri. Suraya gelak.

     “Hai.. belum kahwin lagi dah ada plan nak jadi janda?” Damia pulak yang gelak.

     “Nanti.. kalau ada saudara-saudara Tengku Aaron yang handsome tu, adjust a kat aku sorang.”

     “Nak kena parang dengan Izzat ke?” soal Damia sambil ketawa. Bukan dia tak tahu tahap cintan kawannya itu. Bilala Suraya nak kahwin ni? patutnya Suraya yang dah lama bercinta tu yang naik pelamin dulu.

     “Buat spare part jela. First aid aku bila hujung bulan. Tak pun bila-bila masa ekonomi aku tak stabil,” jawab Suraya. Damia ketawa lucu.

     “Patutnya aku sound awal-awal dorang semua.”

     “Heyy.. kejam!” gelak mereka pecah lagi.

     “Aku dah nak pergi ni..” Damia meminta diri. Sayu rasanya walaupun mereka bukan berpisah tok selamanya.

     “Lepas kahwin ni, jangan lupa datang sini selalu. Aku akan rindukan kau nanti. Bila aku rindu kau, aku akan peluk patung kura-kura yang kau bagi tu,” sayu suara Suraya. Nampak matanya dah berair.

     “Wei.. aku nak kahwin jela. Kat office hari-hari boleh jumpa. Jangan dok emo kat sini. Macam aku nak pergi luar negara pulak!” kata Damia. Cuba menahan sebak.

     “Tetap sedih. Dulu kita buat apa-apa mesti bersama-sama. Sedihlah..” Suraya cuba tahan air mata.

     “Dah.. dah.. jangan sedih-sedih lagi. Nanti aku jumpa saudara Tengku Aaron yang handsome-handsome, aku pass nombor telefon kau dulu,” gurau Damia.

     “Gila.. aku gurau je, ngeng..” Suraya gelak.

     “Nanti aku rindu kau, aku peluk patung kura-kura yang kau bagi tu,” kata Damia lagi.

     Patung kura-kura.. sebagai tanda persahabatan mereka. Damia menghadiahkan patung kura-kura berwarna biru kepada Suraya, manakala Suraya menghadiahkan patung kura-kura berwarna pink kepadanya. Meskipun dibeli pada masa yang sama dengan harga yang serupa, dan umpamanya membeli patung masing-masing dengan duit sendiri tapi semuanya berbeza bila ia dihadiahkan oleh seorang sahabat.

     “Aku pun..” jawab Suraya.

     “Nanti aku dah pindah, kau carilah housemate baru. Aku bimbang kau dok sorang-sorang nanti. Kau tu perempuan..” nasihat Damia.

     “Tengoklah dulu..”

     Macam manala dia nak cari housemate baru yang macam Damia? Sekepala dalam semua menda. Yang selalu pentingkan orang lain daripada diri sendiri? Rasa tak sanggup nak sewakan bilik yang pernah dihuni Damia kepada orang lain.

     “Majlis kahwin aku, jangan lupa datang nanti. Buat penat aku pakai cantik-cantik kalau kau tak tengok.” Masih sempat Damia berseloroh.

     “Mesti aku datang. Confirm! Kalau aku kerja pun, aku sanggup ponteng.”

1 comment:

  1. sedihnya ble kne tnggalkn kwn ble dh khwin...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )