Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 14 February 2012

Eksperimen Cinta (BAB 23)

BAB 23

Damia cepat-cepat memarkir kereta Audi suaminya di kotak parking yang kosong. Nasib baik masih ada lagi yang kosong dekat lot parking. Tak payah nak jalan jauh sangat dari pejabatnya. Kebiasaannya waktu-waktu macam ni memang susah nak parking kereta. Kalau tak memang kena jalan jauh juga. Alhamdulillah.. rezeki hari pertama masuk kerja la katakan.

     Damia pandang jam di tangan. Tepat-tepat 9.30 pagi. Aduh.. hancur rekod datang awal aku! Damia berlari-lari anak mengejar lif yang hampir tertutup.

     “Tunggu!!” jerit Damia. Nasib baik pemuda di dalam lif tu sempat menekan butang buka. Cepat-cepat Damia meloloskan diri ke dalam perut lif. Tercungap-cungap Damia mencari oksigen. Penatnya.

     “Which floor?” soal pemuda itu.

     Dah tak mampu nak bercakap, Damia menggunakan isyarat jari. Lelaki itu tersenyum seperti ada sesuatu yang lucu sebelum menekan tingkat tujuh.

     “Terima kasih,” ucap Damia selepas paru-parunya dah terisi cukup oksigen. Senyuman ikhlas diberikan kepada pemuda yang budiman tu. Nampak macam cina.

     “Sama-sama. Lambat, ya?” Lelaki cina itu membalas senyuman Damia. Damia tersengih. Malu sebab dah kantoi.

     “Staf Raffi Holdings?”

     Damia tak sempat menjawab bila pintu lif dah terbuka.

     “I’m a friend of Mr Raffi. Send my regard to him,” sempat lelaki itu berkata sebelum pintu lif kembali tertutup.

     Damia yang mendengar hanya tercengang. Kirim salam kat Encik Raffi? Entah nama siapa pun tak tahu. Kerja kat bangunan ni jugak ke? Syarikat apa ya? Tak pernah jumpa pun. Damia berfikir sejenak. Ceh.. gaya berfikir macam aku kenal je semua orang dalam bangunan ni. Damia tergelak sendiri. Kemudian, baru dia teringat yang dia dah terlambat.

     “Allah.. berangan lagi.”

      Cepat-cepat Damia menuju ke biliknya. Nampak kawan-kawannya sedang lepak di meja Noren. Tu maksudnya Cik Lucy tak masuk lagi. Berani la lepak macam tu. Kalau tak memang awal-awal lagi dah kena sound. Rindunya kat dorang..

     “Assalamualaikum. Morning,” ceria Damia menegur kawan-kawannya. Kawan-kawannya dah teruja melihat Damia. Semuanya mengikut Damia masuk ke bilik.

     “Pengantin baru, lambat!!” Suraya berlagak macam bos sambil menjeling jam di tangan.

     “La.. awat dah masuk hari ni? Ingatkan masuk minggu depan.” Aliza pulak mencelah.

     “Entah kau ni. Kalau aku dapat hubby handsome macam Tengku Aaron tu, mahu sebulan aku ambil cuti. Nak tatap muka dia je,” kata Noren pulak.

     Damia buat muka tak puas hati.

     “Wei.. aku masuk kerja hari ni bukannya nak celebrate. Tak rindu aku ke?” suara Damia dah naik. Kawan-kawannya tergelak.

     “Rindu la pengantin baru. Senyap sunyi sepi je sejak kau cuti ni.” Nana yang lebih senang berdiam diri tadi akhirnya turut sama bersuara.

     “Kenapa masuk lambat hari ni? lepas kahwin ni, makin malas nak pergi kerja, ya?” usik Noren.

     Damia mencebik. Banyakla malas nak pergi kerja. Rasanya tiap-tiap hari, pejabatlah yang dia selalu ingat.

     “Letih sangat la. Tak sedar bunyi alarm.”

     “Kau buat apa dengan Aaron semalam sampai-sampai tak sedar alarm ni?” Suraya pula mengusik. Kawan-kawannya yang lain makin seronok mengenakannya.

     Ee.. Suraya ni! Lebih-lebih pulak dia! Terajang sampai tingkat G karang baru tahu. Damia geram. Nak je dicubit-cubit Suraya yang tengah sakan tergelak. Macam tak tahu pulak kisah aku dengan Aaron!

     “Ah.. tader.. tader.. aku nak buat kerja ni. Dah lama aku cuti mesti kerja dah melambak. Dah.. dipersilakan keluar dari ruangan beta sekarang.” Damia menghalau. Dia sebenarnya malas nak bukak cerita. Tak pasal-pasal terburai habis segala rahsia.

     “Ala.. rileks la. Cik Lucy pun lambat la. Apa orang cakap? Like boss, like staf. Bos borek, staf rintik. So, tak payah nak risau la kalau lambat. Kan?” senang Nana buat kesimpulan sendiri. Damia ketawa.

     “Banyak la kau. Report dia karang baru tahu,” ugut Damia.

     “Serius. Aku nak kerja sekarang ni.” Damia tayang muka konon-kononnya serius.

     “Tak sporting la kau ni. Tak nak la aku kawan ngan kau. Merajuk!” Noren tarik muka sebelum keluar.

     “Aku pun nak sambung kerja la.” Nana dan Aliza juga keluar. Tinggal Suraya berdua dengan Damia.

     “Haa.. kau ni tak reti-reti nak keluar ke? Aku halau kau ni.” Suraya tergelak.

     “Aku ada satu berita hot.” Suraya mengangkat keningnya beberapa kali.

     “Apa?”

     “Khalysq dah balik dari Qatar.”

     Tersentap Damia mendngar sebaris nama itu. Sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan Khalysq kerana Khalysq mewakili Raffi Holdings ke Qatar. Akhirnya lelaki itu kembali berkhidmat di Malaysia.

     “So?” Damia berlagak tenang.

     “So.. kita enjoy!!” Suraya mengajuk kata-kata Nora Danish dalam sitcom Puteri. Siap dengan gaya sekali akhirnya membuatkan gelak Damia pecah.

     “Sengal.” Suraya turut ketawa.

     “Saja nak inform. Aku dapat rasa yang dia sedih lepas tahu kau dah kahwin. Entahlah.. aku ni tak rapat dengan dia serapat kau dengan dia.”

     “Kitorang rapat ke?” Damia buat-buat tanya.

     “Buat bodo pulak dia. Dahlah.. babai.. hamba pun nak sambung kerja la.”

     Damia memandang Suraya melangkah keluar. Kemudian, dia menarik satu kertas A4 putih bersama pensel kayu. Rasa macam nak melukis tapi tak tahu nak lukis apa. Emosi rasa macam tak stabil. Bunyi ketukan pintu membuatkannya mengangkat muka. Membuatkannya sedikit terkejut.

     “Boleh kita lunch sama-sama? Khalysq ada sesuatu nak bagitahu Mia.”

     -------

Kalau bukan sebab dia dan Khalysq dihantar mewakili syarikat mereka ke Syarikat Sutera, memang Damia takkan bersetuju keluar berdua dengan Khalysq. Gila apa nak keluar berdua dengan lelaki sekali pun sekadar nak makan tengah hari. Mahu kena sula dengan Tengku Aaron? Dia sayang nyawa la.. Sekali pun kena paksa jadi isteri, dia tetap akan jaga maruah Tengku Aaron sebagai suami.

     Tepat jam 1.00 petang mesyuarat mereka tamat. Batul-betul masa lunch hour. Jadi, Damia bersetuju untuk makan tengah hari dahulu sebelum pulang ke Raffi Holdings. Mereka masuk ke restoran yang paling dekat dengan mereka. Terasa janggal yang amat. Damia pun tak tahu nak buka cerita pasal apa. Dan Khalysq pula lebih selesa mendiamkan diri. Damia makin tak selesa. Mungkin sebab sudah lama dia tidak bertemu dengan Khalysq. Atau mungkin juga sebab status diri yang dah berubah.

     “Khalysq belum ucapkan tahniah atas perkahwinan Mia. Khalysq harap masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia ke anak cucu,” ucap Khalysq memecahkan kebisuan antara mereka. Gadis bertentangan dengannya itu ditenung.

     “Thanks.” Hanya itu yang mampu dibalas Damia.

     “Oh, ya! Apa perkara yang Khalysq nak cakap kat Mia tadi?” soal Damia. Baru teringat kata-kata Khalysq sebelum mereka datang ke syarikat Sutera pagi tadi. Macam penting sangat je gayanya.

     “Lupakan saja. Takde guna Khalysq cakap. Sebab Mia dah jadi milik orang.”

     Eh.. macam tu pulak? Apa kaitan dengan aku? Damia makin nak tahu.

     “Apa kena-mengena?” soal Damia pelik.

     “Semua perkara dah lepas. Mia tak nampak ke selama ni yang Khalysq sayangkan Mia?” Kata-kata Khalysq hampir membuatkan Damia tercekik udang goreng. Terkejut habis. Tak percaya. Terus terhenti gerak tari sudu dan garfu Damia.

     Damia buat-buat ketawa sekadar menutup rasa terkejutnya.

     “Lawak dari Qatar ke ni? Tak lucu la. Jangan bergurau macam ni, Khalysq.”

     “Terserah apa pandangan Mia. Khalysq takde maksud nak rosakkan rumah tangga Mia ke apa. Cuma Khalysq nak luahkan apa yang ada. Lepas ni kita dah kosong-kosong.”

     Damia terdiam.

     “Khalysq sayangkan Mia sejak kali pertama Khalysq kenal Mia. Baru je hajat Khalysq nak luahkan semuanya lepas Khalysq balik dari Qatar. Kononnya nak melamar Mia. Kononnya rasa tiga bulan tu kejap je. Tapi, tak sangka pulak semuanya terjadi dalam masa tiga bulan ni. Khalysq terlambat. Rupa-rupanya Mia dah ada pilihan sendiri. Khalysq bertepuk sebelah tangan rupa-rupanya.”

     Damia yang mendengar tidak memberi apa-apa komen. Sekadar tersenyum tawar. Sedikit-sebanyak dia tersentuh dengan cerita Khalysq. Khalysq.. rupa-rupanya kau ada hati dengan aku. Kenapala kau lambat luahkan segala-galanya?

     “Mia dah kahwin sekarang, Khalysq. Khalysq simpan saja semua rasa sayang tu untuk gadis yang lebih berhak,” perlahan Damia menuturkannya.

     “Mungkin kita tiada jodoh. Nak lupakan Mia rasanya macam mustahil. Tapi.. kita still kawan, kan?” tanya Khalysq.

     Damia senyum sebelum mengangguk.

      Sepi di antara mereka. Damia rasa agak canggung bila isu perasaan dibangkitkan. Dia lebih selesa dengan perhubungan mereka yang macam dulu. Tapi, rasanya memang mustahil akan berlaku.

     Kemudian, Khalysq pandang jam di tangan. Gayanya macam tengah kejar masa.

     “Kenapa?” tanya Damia. Nampak Khalysq macam gelisah.

     “Khalysq kena jumpa client pukul 2.30 petang. Dekat Shah Alam.”

     Damia pandang jam. Dah pukul 1.38 petang. Perjalanan ke Shah Alam memakan masa juga. Dia pandang pula pinggan Khalysq yang dah kosong. Kenapa tak perrgi lagi?

     “Jauh juga Shah Alam. Kenapa tak pergi lagi?” soal Damia.

     “Khalysq tunggu Mia habis makan.”

     “Allah… Khalysq pergilah dulu. Serius tak merajuk.” Damia sempat bergurau.

     “Tapi..”

     “Betullah. Lagipun destinasi kita berbeza lepas ni. Khalysq pergilah dulu. Nanti lambat pulak.” Nasib baik datang dengan kereta masing-masing. Jadi tiada masalah pengangkutan.

     “Betul ni?” Khalysq minta kepastian. Dia memang tak suka tinggalkan seseorang ketika makan. Nampak agak kurang sopan. Tapi, nak tak nak, dia kena tinggalkan Damia sekarang ni. Kalau tak nanti terlambat.

     Damia angguk. Matanya menghantar pemergian Khalysq. Kepala kembali melayang pada kata-kata Khalysq sebentar tadi. Macam mimpi. Khalysq.. Khalysq.. Kenapalah kau tak luahkan segala-galanya lebih awal? Takdelah aku ternanti-nanti. Kalau tak mesti aku akan pertimbangkannya. Meskipun rasa di hati hanya sekadar suka, tak mustahil boleh dikembangkan menjadi cinta. Dan aku pun takdelah terikat dengan Tengku Aaron. Aku ada alasan nak tolak Tengku Aaron dulu. Kalau dibandingkan dengan Tengku Aaron, memang dia rela memilih Khalysq.

     Tapi, sekarang dah terlambat. Nak tak nak, suka tak suka dia dah sah menjadi hak milik Tengku Aaron. Damia mengeluh. Sekarang ni, kalau aku mintak cerai dengan Aaron ni, agaknya nyawa aku yang bercerai daripada badan. Hih, ngeri!!

     Inilah akibat daripada memendam cinta. Jadi, kalau taknak menyesal di kemudian hari janganlah memendam rasa dan luahkan rasa cinta sebelum terlambat. Jadi.. sekian kuliah cinta untuk hari ini, wassalam.


9 comments:

  1. Khalysq >> camner nk sebut ni?

    ReplyDelete
  2. nak terbelit lidah pronounce Khalysq - Khalis? camna nk sebut ye?
    but i like this n3 - i hope damia xteruja sngat dgn luahan cinta tu -
    n hope damia jaga maruah dia as aaron's wife n alhamdulillah khaysq can accept yg damia dh kawen - coz tak suke if dia nak robohkan masjid yg baru di bina atau nak berdendam - mcm citer novel yg lain tuh!
    congrats writer - awak tak terikut citer masa kini yg suke buat watak dendam smpai nk bunuh etc etc..... tq
    pls jgn kasi konflik yg berat - so far jln citer is superb - walaupon kawen bukan cinta but aaron tdk kejam n damia pon mcm rela je!

    so pls keep it up .... kitaorng mau citer yg santai je! menghiburkan tak perlu knflik yg berlebihan - tdk sume pembace suka yg heavy conflik otherwise terikut sinetron indon - bosan!

    -easylife

    ReplyDelete
  3. harap aaron x nampak damia lunch with another guy -

    -guest717

    ReplyDelete
  4. pewitt awk terr...haha

    ReplyDelete
  5. haha.. lawak la penulis nim.. kuliah cinta ye? byk pgalamanlah tu.. hehe.. nice story.. i like. like so much!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )