BAB
4
“Kak
Tiqah kenal ke Dheo Han?” soalku lagi. Melihat wajah terkejut Kak Tiqah, aku
tahu dia tahu sesuatu tentang lelaki bernama Dheo Han itu.
“Kenapa
Cik Rissa tanya?” Kak Tiqah tanya aku balik. Jelas kelihatan wajahnya yang
bagaikan cuba menyembunyikan sesuatu.
Aku
tayang kertas yang berada di tanganku itu.
“Rissa
jumpa ni dalam ofis ayah. Surat ni menyatakan harta benda ayah berpindah milik
kepada Dheo Han. Kak Tiqah tahu kenapa?” soalku lagi.
Kak
Tiqah diam.
“Kak
Tiqah tahu sesuatu yang saya tak tahu ke?” desakku lagi. Firasat menyatakan Kak
Tiqah tahu semua ini tapi sengaja merahsiakan daripadaku.
“Dheo
Han adalah pemilik La Prince.”
Macam
pernah dengar je? Bukan ni ke yang sibuk Nuha dan Nini gosipkan dulu. Jadi,
kita bercakap tentang Dheo Han yang sama. Tapi, apa kena mengena orang hebat macam
Dheo Han itu dengan ayah yang cuma biasa-biasa? Macam mana ayah boleh kenal
dia?
Aku
biarkan Kak Tiqah menyambung ceritanya.
“Beberapa
bulan sebelum Encik Noriman meninggal dunia, banyak perkara yang terjadi
sebenarnya. Encik Noriman ada masalah kewangan. Kali ni agak kritikal. Banyak
cara Encik Noriman lakukan untuk atasi masalah itu.”
“Ayah
ada masalah kewangan?” Aku terkejut. Kak Tiqah angguk.
“Gara-gara
ekonomi sekarang, syarikat ayah Cik Rissa susah nak untung. Banyak hutang
ditanggung. I’s Café pun turut kena tempiasnya. Encik Noriman diisytiharkan
bankrupt kalau tak dapat selesaikan hutang-hutang bank.”
Bankrupt?
Hampir rebah aku mendengarnya. Lantas tangan memegang peti ais yang
bersebelahan denganku. Sebagai sokongan sebelum aku cium tanah.
Bankrupt.
Aku mencerna maklumat itu. Bukan kecil masalah yang ayah hadapi kalau sampai
dah diisytiharkan bankrupt. Masalah kewangan ayah sangat besar kalau dah segala
hak milik ayah dipertaruhkan untuk melangsaikan hutang itu.
Inikah
sebabnya ayah selalu balik lambat? Inikah sebabnya wajah ayah selalu mendung?
Selalu ayah tenang bila denganku. Kerana apa? Kerana ayah tak mahu aku tahu.
Ayah memang mahu menanggung masalahnya sendiri.
Sehingga
akhir nyawanya pun aku masih tak tahu apa-apa. Ya Allah, anak jenis apa aku ni?
Kalau aku tahu ayah ada masalah kewangan, aku pasti akan cuba menolong sehabis
mungkin. Aku rasa aku seorang anak yang tak berguna. Pemikiran itu lantas
membawa air mata di tubir mata.
“Kenapa
saya tak tahu apa-apa, Kak Tiqah? Kenapa tiada siapa yang bagitahu saya?”
soalku dalam tangisan.
“Semua
orang taknak risaukan Cik Rissa. Cik Rissa dah ada masalah lain untuk
difikirkan.”
“Tapi,
apa kaitannya dengan Dheo Han?” soalku lagi.
Kak
Tiqah diam.
“Kak
Tiqah rasa, ada baiknya Cik Rissa jumpa Encik Ridhwan. Hanya dia yang boleh
jelaskan semua ni,” jawab Kak Tiqah akhirnya.
----
Aku
meraup wajah dengan kedua-dua tapak tangan. Fikiran berserabut. Dugaan apakah
lagi ini? Aku baru kehilangan ayah. Dan sekarang, aku hilang segala-galanya.
Encik
Ridhwan, peguam ayah dengan wajah yang sedih mengesahkan bahawa dengan rasminya
ayah diisytiharkan muflis dan segala harta benda atas nama arwah awah disita dan
dilelong sehinggalah segala hutang dilunaskan.
Hutang
ayah? Banyak. Sangat banyak. Nak sebut pun aku rasa ngeri. Dengan kudrat aku
yang tak punya apa-apa ni, aku mengais sampai mati pun belum tentu terlunas
hutang-hutang itu.
Sehinggalah
muncul Dheo Han. Semasa hayat ayah, Dheo Han merupakan orang yang melunaskan
segala hutang-hutang ayah. Segala harta benda atas nama ayah berpindah
kepadanya. Semuanya. Rumah. Kereta. Syarikat ayah. Aset ayah. Dan I’s Café.
Dengan itu, aku memang tak punya apa-apa. Papa kedana.
Tapi
satu persoalan yang terlintas di kepalaku. Macam mana ayah boleh sesenang itu
menyerahkan segala-galanya kepada lelaki Dheo Han itu? Ayah bagi dengan rela
hati atau ayah dipaksa? Terutama sekali I’s Café. I’s Café itu bukan sekadar
kafe. Ada nilai sentimental sendiri yang memang mustahil dijual kepada orang
asing. Ayah sendiri pernah berjanji walau apa pun terjadi, I’s Café takkan
jatuh ke tangan orang lain.
Tapi
kenapa ayah akhirnya memungkiri janjinya? Adakah atas desakan keadaan? Encik
Ridhwan sendiri mengatakan Dheo Han tak pernah berurusan dengan ayah. Dan Dheo
Han pula baru kembali ke Malaysia. Encik Ridhwan juga pernah mengatakan Dheo Han
mempunyai hubungan baik dengan musuh syarikat ayah. Macam mana kalau semua ni
ada agenda tersendiri dan demi kepentingan sendiri?
Arghh..
memikirkan segala persoalan itu, berdenyut hebat dahiku. Sakit. Stres. Semua
persoalan ni memang tak bertemu jawapannya. Bila aku tanya pada Encik Ridhwan,
hanya gelengan yang aku dapat. Bila aku tanya Kak Tiqah, Kak Tiqah pun cakap
tak tahu. Semua orang tak tahu.
Jadi..
aku tahu cuma seorang yang tahu jawapannya.
Dheo
Han!
Gara-gara
sebaris nama itu, aku nekad melangkah ke hotel gah itu. Hanya di situ aku yakin
aku dapat bertemu dengannya. Aku hanya ikut gerak hati. Aku tahu bukan senang
untuk lepas masuk dan berjumpa dengan orang terbesar hotel itu. Sebab itulah
aku cuma tawakal dengan setiap langkah yang kaki aku bawa.
Sehinggalah
tiba di tingkat teratas hotel itu. Itu tekaanku. Orang besar akan berbangga
dengan statusnya. Maka orang yang tinggi kedudukannya secara teknikalnya akan
memilih tempat tertinggi. Ternyata tekaanku betul. Bila kaki mula menapak di
balik pintu kaca itu, semua tengok aku pelik macam aku berkawan dengan Avatar.
----
“Cik..
Cik tak boleh masuk!” Halangan perempuan itu aku buat tak dengar. Kaki dia tak
sepantas kaki aku melangkah. Tangan ingin menolak pintu kayu yang tertera D.T.H
itu sebelum perempuan cina tu sailang aku. Aku yakin inilah pejabatnya.
Tiba-tiba
aku rasa tanganku ditarik. Cepat betul perempuan cina tu. Ditariknya tangan aku
untuk menghalang aku daripada menceroboh masuk.
“Saya
nak jumpa Encik Dheo Han kejap je. Lepas tu saya keluar la.” Aku berdegil.
Tanganku ditarik balik. Tak kurang kuatnya.
Selepas
terlerai, terus aku menyelusup masuk ke dalam. Masa itu emas. Kena cepat-cepat
kalau taknak perempuan cina tu berkarate denganku sekali lagi. Bila dah ada
dalam bilik tu, kakiku terus terpasak di tempatku berdiri.
Bagaikan
dipaku. Hanya mata yang terkedip-kedip memandangnya. Beberapa meter dari
tempatku berdiri, ada seorang lelaki kacak yang sedang duduk tegak di kerusi
empuknya. Sedang khusyuk dengan komputer ribanya. Sehinggalah kemunculanku dan
perempuan cina itu mencuri tumpuannya. Lantas dia angkat muka.
Nafas
hampir tersekat saat mata kami bersabung. Anak matanya hitam pekat. Bagaikan
penuh misteri terlindung. Wajahnya dingin. Tak beremosi. Rasa lembik terus
sendi lutut saat mata itu menikam anak mataku.
Cold but beautiful!
Terasa bagaikan magnet. Aku tertarik dengannya.
Bagaikan
pernah dilihat sebelum ni.
“Do I know you?” Itu soalan pertama yang
terpacul di bibirku. Serius aku tak sedar.
Sunyi.
Persoalanku dibiarkan tak berjawab. Bilik besar berhawa dingin itu kurasakan
makin menjunam suhunya. Memang bilik ni makin sejuk atau memang aura lelaki itu
yang sememangnya mengalahkan iceberg
di Kutub Utara?
Di
balik meja kayu mahogany mewah milik
lelaki bernama Dheo Han itu, ditiliknya aku dari atas sampai bawah.
Jantung
tiba-tiba berubah kencang.
“Do I know you?” Suaranya. Penuh
maskuliniti dan karisma. Tapi terselit amaran tersiratnya.
Aku
telan liur. Nada suaranya buatkan aku tersedar sesuatu. Dia betul. Soalan tu
patut dia yang tanya. Sebab orang macam dia, semua orang kenal. Tapi orang
biasa macam aku, orang hebat macam dia ni kenal ke?
“I’m.. I’m sorry, Mr. Han. It’s my mistake.
I’m going to drag her out..” Tergagap-gagap perempuan cina tu berkata. Tengok
gaya gagap dan gaya berkarate denganku tadi, aku rasa dia mesti PA Dheo Han.
Namun,
cukup Dheo Han mengangkat sebelah tangannya, terdiam terus perempuan itu
daripada terus merapu.
“Leave us,” arah Dheo kepada perempuan
itu. Tapi matanya seinci pun tak beralih dari wajahku. Bagai nak ditelannya aku
hidup-hidup. Gulp!
Dengan
muka penuh berat hati, perempuan itu melangkah keluar. Sempat dikerlingnya aku
sebelum dia menutup pintu kayu besar yang menjadi pemisah itu. Mungkin tengah
berdoa semoga dia tak hilang kerja sebab dah gagal mengekang aku, tetamu yang
tak diundang daripada terlepas masuk ke dalam bilik bosnya itu.
Dan
sekarang, bilik yang dingin makin dingin jadinya. Baru sedar aku kini tinggal
berdua dengan lelaki yang tak pernah kukenal itu. Haraplah aku bukan bergimrama
ke mulut buaya sekarang ni. Tiba-tiba bermacam benda pelik terlintas dalam
kepala. Macam mana kalau dia cuba apa-apakan aku? Kalau aku jerit, entah dengar
entah tidak orang kat luar.
Gulp!
Baru sekarang rasa nak hantuk kepala sendiri ke dinding mengenangkan kebodohan
sendiri. Aku patutnya datang berteman tadi. Ajak Kak Tiqah. Tak pun Azrul.
Sekurang-kurangnya dia lelaki.
Tiba-tiba
dia berdiri. Automatik kakiku mengundur selangkah. Mod berjaga-jaga. Tapi aku
cuba kumpul kekuatan. Tayang wajah yang penuh keberanian biarpun lutut tunggu
masa untuk sembah bumi.
Dengan
penuh gaya, dia melangkah ke arahku. Hanya bunyi tapak kasut berkilatnya
merapatiku kedengaran. Makin dia dekat, makin nak gila jantungku berdegup.
Silap-silap arwah aku gara-gara cardiac
arrest.
Sehinggalah
tegak dia berdiri di depanku. Taklah rapat sangat, tapi cukuplah untuk aku sedut
aroma bau yang keluar dari kot hitamnya itu. Meruap-ruap. Dia sangat tinggi. Aku
yang tinggi ni pun aku rasa cuma separas dagunya. Kepala terpaksa mendongak
untuk melihatnya.
Bila
dah dekat, baru aku nampak dengan jelas wajah Dheo Han. Gara-gara gaya
rambutnya yang mendedahkan dahi, dapat dilihat satu parut panjang yang
menghiasi dahi kirinya. Ya.. menghiasi. Sebab parut itu sikit pun tidak
mencacatkan ketampanannya. Rasa nak je aku larikan hujung jari untuk menyentuh
parut itu.
Argh..
gila kau Nurissa! Bagaikan baru tersedar dengan pemikiranku sendiri. Entah kenapa
aku boleh berfikir macam tu. Tak pernah-pernah aku fikir nak pegang parut
orang. Buatnya lelaki di depanku itu tahu, mahu dijentiknya aku sampai
tersangkut di puncak KLCC.
“Are you just going to rudely stare at me,
young lady?” Aku rasa dah beberapa minit berlalu, asyik suaranya yang
kedengaran. Walaupun dia selalu berbicara dengan muka sejuk bekunya itu.
Dahlah
aku yang biadap redah masuk bilik dia. Sekurang-kurangnya aku kena berbudi.
Kira okeylah dia tak panggil abang guard
kat bawah untuk datang seret aku keluar. Jadi, sebelum dia berubah fikiran
untuk menghalau aku keluar, ada baiknya aku jangan buat dia marah.
“Sorry.”
Aku berdehem. Cuba susun ayat dalam kepala. Cari tatabahasa yang boleh dia
faham bila aku cakap nanti.
Tapi
sebelum tu.. kalau awak jauh sikit dari saya, boleh tak? Tak tenteram jiwa saya
macam ni. Aku cuma tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri.
“Saya
Nurissa. Nurissa Rose binti Noriman. Saya anak kepada arwah Noriman.” Aku
perkenalkan diri.
Muka
dia masih sama. Tak bereaksi. Beku.
Aku
pandang muka dia. Baru perasan sesuatu. Ke dia tak faham bahasa Melayu? Sebab
bila tengok balik muka dia, memang takde rupa orang Malaysia. Nama dia pun Dheo
Han. Dan bila ingat balik, takde sepatah pun perkataan melayu yang keluar
daripada mulutnya.
“I’m sorry. Do you understand malay?”
soalku.
“Mestilah
faham. I am Malaysian. So, ada apa-apa yang saya boleh tolong?”
“Saya
nak tahu. Kenapa awak beli semua harta ayah saya? Apa hubungan awak dengan ayah
saya? Macam mana ayah saya setuju untuk bagi semuanya pada awak?”
“Well.. hobi saya mengumpul harta. When I get the chance, I’ll grab it.
Saya tolong dia langsaikan hutang tu, provided
he had to give all of his properties to me. That was the deal. He didn’t agree
but he had to. No choice,” jelasnya sambil mengangkat sebelah bahunya.
“Awak
paksa ayah saya jual semua tu. Awak ugut dia. Awak ambil kesempatan dengan
keadaan yang terdesak masa tu.” Mencerun mataku memandangnya. Menuduh.
“Nope.
Dia tahu apa yang dia buat. Dia tahu cepat atau lambat benda ni akan jadi. He knew I would come one day. Because he kept something precious of mine for
too long and it’s time for me to take it back,” katanya sambil mata tepat
merenung ke arahku.
Tercengang-cengang
aku mendengarnya. Secara teknikalnya ayah ada hutang dengan Dheo Han? Ayah tak
pernah cerita pun tentang Dheo Han.
“Somehing yours? Apa dia?” soalku ingin
tahu.
Tapi
dia cuma diam. Hanya matanya tak lepas dari wajahku. Jadi aku kira, apa yang
dia maksudkan itu adalah sesuatu hak milik ayah yang dia dah miliki. Mungkin
rumah? Saham syarikat? Mustahil I’s Café.
“You got what you were looking for so I want I’s Café back.” Kedengaran agak
biadap permintaanku.
“Sorry?” Dia minta aku ulang balik.
Maklumlah cara aku cakap tu macam nak minta beras.
“Saya
nak balik I’s Café,” ulangku sekali lagi. Kali ini Bahasa Melayu.
Dia
ketawa. Humorless laugh.
“Are you kidding me?” Serius! Mencerun mata
bekunya ke arahku. Buatkan automatik liur lalu tekak.
“I’s
Café tu bagaikan nyawa saya. Saya sayang sangat kafe tu. Saya nak ucapkan
terima kasih sebab selamatkan kafe tu dari dilelong bank. Tapi, saya nak balik
kafe tu,” jelasku. Berharap dia mengerti.
“Saya
beli kafe tu bukan seringgit dua, tahu? Do
you think I’m going to give it to stranger? Ridiculous.”
Memang
gila pun. Tindakanku dari awal lagi memang gila. Tapi kalau dah sayangkan
sesuatu, memang sanggup. Apatah lagi aku ni jenis yang pantang menyerah kalah.
Menyerah kalah bukan dalam kamus hidup Nurissa la. Aku seorang pejuang. Dari
aku koma lagi, aku adalah seorang pejuang.
“Saya
nak beli.”
“Pakai
apa? Arwah ayah awak dah diisytiharkan muflis. Do you have any penny?”
Diam.
Kata-katanya itu buatkan aku kembali teringat pada arwah ayah. Baru seminggu
ayah tinggalkan aku. Baru seminggu aku yatim piatu, sebatang kara. Terasa luka
kembali berdarah. Sedih. Tapi aku cuba tahan air mata daripada mengalir.
Aku
kuat! Aku dah tiada siapa yang boleh bergantung harap jadi aku kena kuatkan
diri sendiri untuk teruskan hidup.
“Half million.
That was the price,” sambungnya lagi.
Ternganga
aku mendengar nilai yang disebutnya. Separuh juta? Kafe itu semahal itukah? Dah
tentulah aku takde duit. Malah aku tak tahu berapa duitku sekarang ni. Dia
betul. Aku dah jatuh miskin.
Tiba-tiba
aku rasa kecewa. Hilang terus impianku untuk memiliki I’s Café balik. I lost I’s Café for good. Tiada apa-apa
yang aku boleh lakukan. Sesayang mana pun aku pada kafe itu, aku tak mampu
memilikinya.
“Boleh
awak bagitahu saya, apa yang awak akan lakukan pada kafe tu?”tanyaku perit.
Mungkin
dia akan robohkan kafe itu. Mungkin dia akan gantikan dengan restoran mewah
yang setaraf dengan hotel La Prince dia ni.
Hilang
sudah memoriku bersama I’s Café. Hilang sudah pengikat antara aku, arwah ayah
dan arwah ibu. Hilang kafe itu bagaikan hilangnya separuh nyawaku. Perit. Tapi
aku terpaksa relakan. Mungkin kalau aku kaya, aku boleh miliki kembali kafe
itu. Entah bila la agaknya. Mungkin mustahil.
“Well.. saya tak decide lagi.”
“Tolong
jangan robohkan kafe tu.”
“Why?”
“Saya
sayang kafe tu.”
“What it got to do with me? It’s mine.”
Betul
tu. Memang tiada kaitan dengan hidupnya. Siapalah aku di matanya? Cuma gadis
sesat yang masuk ke hotelnya. Hanya orang asing yang baru ditemuinya hari ini. Tak
ada kepentingan langsung baginya. Aku pipit. Dia enggang. Begitulah perbezaan
darjat kami sekarang ini.
“Awak
boleh lakukan apa saja dengan kafe tu, tapi tolong jangan robohkan kafe tu. Saya
sanggup lakukan apa sahaja untuk awak tak robohkan kafe tu. Saya dah hilang ibu
dan ayah. Saya dah takde sesiapa lagi. Saya cuma ada kafe tu sahaja,” kataku. Cuba
menahan air mata daripada keluar. Kepala ditundukkan ke arah lantai. Taknak dia
cakap aku cuba raih simpatinya pakai air mata.
Sunyi.
Selepas beberapa saat berlalu, aku panggung kepala. Aku nampak Dheo Han
mengetap rahangnya kuat. Wajah tegang. Untuk seketika, aku berasa gerun dengan
pandangan matanya tika itu.
Kenapa?
Aku ada tersalah cakap ke? Dia marah aku ke? Aku teguk liur.
Mungkin
melihat wajahku yang dah macam hilang darah, Dheo mengalihkan wajahnya ke sisi.
Aku nampak dia menarik nafas panjang sebelum wajahnya kembali ditolehkan ke
arahku. Wajahnya kembali ke seperti asal. Dingin tak beremosi.
“Okay.. I can promise you that. Saya
takkan robohkan kafe tu.” Mendengarnya, aku dah cukup gembira. Aku senyum.
“Tapi
bersyarat.”
Yeyy....dah jumpa hero...
ReplyDeleteAlamak bersyarat plak...
Apa syaratnye 😅😅
ReplyDeleteNext pls
Ohmaii....dh jmpa hero ekk..?
ReplyDeleteCant wait for the next chapter 。^‿^。
ReplyDeleteHwaaa.... best sgt...
ReplyDeleteBest nu
ReplyDeleteWuuu . Dah jumpa dheo . Syarat apa pula niiii
ReplyDeleteHero dah dtg.. best nya
ReplyDeleteNext plisss....aduhh makin best la pulak...
ReplyDeleteNext plisss....aduhh makin best la pulak...
ReplyDeleteBersyarat plak dh..xsabar nk tunggu bab seterusnya..
ReplyDeletewahhhhh... alpha male 2.0 dh munculll..
ReplyDeletenext pls my dear anjell.. adoiii saya jadi makin tamak dan tamak sebab tak sabar nak baca bab seterusnya..
ReplyDeleteXsbar tggu next. Berdebar2 😄
ReplyDeletenext chapter please
ReplyDeletesomething precious???hmm..what's that?wink wink
ReplyDeletealolololo.... macam pendek pulak entry.. x puas baca sebenarnya.. x sabar nk tunggu hardcopy manuskrip ni... nak peluk cium DHEO pulak... tp Alpha Male x puas ulit lagi.. ha ha ha..
ReplyDeleteAnjell x teringin buat novel thriller yg betul2 thriller ke? saya minat sangat versi thriller.. dr semua novel Anjell saya rasa Anjell mampu buat naskah thriller... mesti terangkat baikkk punya
ReplyDeleteDh bca bnyk kali...x sabarr nak baca next entry..wawa#meroyan
ReplyDeleteBila bab 5????? 🙇🙇🙇
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
Mahal giler cafe tu tu setengah juta kutt... Terbeliak mata wwhh
ReplyDeleteMahal giler cafe tu tu setengah juta kutt... Terbeliak mata wwhh
ReplyDeleteMahal giler cafe tu tu setengah juta kutt... Terbeliak mata wwhh
ReplyDeletehmmm kenape dheo han ni mengingatkan aku pada mystic messenger jumin han
ReplyDelete