Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 15 January 2018

Dheo's (BAB 2)


BAB 2

Lucca.. entah kenapa aku jadi keliru. Nama seakan-akan familiar. Baru beberapa saat yang lepas, susuk tingginya keluar dari kafe ini. Namun mataku tak lepas pandang pintu itu. Fikiran terbang entah ke mana.

“Cik Rissa! Amboi.. dah jatuh hati ke? Mentang-mentang handsome. Dia tenung pintu tu macam nak kasi tembus.” Terasa rusukku disiku sesorang.

Lantas segala khayalanku terbang entah ke mana. Berganti dengan Kak Tiqah alias tukang siku rusukku itu. Tengah tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.

“Apa dia, Kak Tiqah?” soalku balik. Mohon ulang lagi sekali. Takut salah dengar. Manalah tahu, telinga kiri dengar lain, telinga kanan interpret lain.

“Kak Tiqah cakap, bukan main Cik Rissa tenung mamat Itali tu. Hati dah terjatuh, tergolek, terguling-guling ke?” kata Kak Tiqah sekali lagi. Kali ni versi lebih hiperbola. Sampai tergelak sekejap aku dibuatnya.

“Mana ada, Kak Tiqah. Cuma.. saya rasa saya macam pernah nampak dia la,” kataku ragu-ragu.

Wajah Lucca seakan-akan familiar. Bagaikan seseorang yang jauh bersembunyi dalam memoriku namun bila aku cuba ingat, semuanya hilang. Buatkan aku rasa sedikit kecewa.

“Kawan Cik Rissa sebelum Cik Rissa hilang ingatan ke?” Suara Kak Tiqah bertukar serius.

“Entahlah.. saya tak tahu la.” Suara bertukar perlahan.

Macam biasa, bila aku paksa kepala untuk mula mengingat, bahananya bedenyut-denyut jadinya. Tangan dibawa ke dahi untuk mengurut kecil. Kasi lega. Pengsan karang, drama pagi-pagi pulak nanti.

“Cik Rissa kena relaks. Jangan paksa sangat. Nah.. minum air dulu.”

Kak Tiqah hulurkan segelas air putih. Tangan menyambut tanpa banyak soal. Lepas air putih itu lepas tekak, baru rasa sedikit lega. Mungkin otak baru dapat oksigen.

“Kalau dia kawan saya, mesti dia kenal saya kan, Kak Tiqah? Mesti dia dah tegur saya tadi. Mungkin saya pun tak kenal dia,” ujarku. Memikirkan kemungkinan. Bila difikirkan balik, mustahil aku boleh kenal orang Itali. Kawan-kawan Melayu boleh kira dengan jari, inikan pula nak kawan dengan orang Itali?

Impossible. Siapa la aku nak berkawan dengan orang Itali?

Crush Cik Rissa dulu kut? Manalah tahu Cik Rissa tertengok dalam mana-mana majalah. Model underwear ke?” Kata-kata Kak Tiqah itu sekali lagi mengundang gelakku.

“Mengarutlah Kak Tiqah ni.” Aku geleng kepala. Kepala sedikit ringan lepas dengar lawak kelakar Kak Tiqah itu.

Mungkin ada betulnya juga kata-kata Kak Tiqah itu. Maksud aku.. mungkin aku pernah nampak dia kat mana-mana. Bukan pasal aku crushkan dia sebab dia model underwear tu ya.

   -----

Tekun aku melari-larikan pensel kayu di atas kertas lukisan itu. Bila garisan terlebih sikit, terus aku cari pemadam untuk memadamnya dan lagi sekali garisan halus ditarik. Kemudian ibu jari pula digosok-gosok sedikit supaya nampak kesan bayang-bayang.

“Amboi, Cik Rissa! Kalau dah melukis tu, memang dah pandang kiri kanan. Letak Aaron Aziz kat depan ni pun agaknya tak dilayan.” Suara itu buatkan aku panggung kepala. Terganggu seketika kerjaku itu.

Kak Tiqah. Senyuman dikirim seulas. Kak Tiqah ni macam tak pernah tengok aku melukis pulak. Tanpa dijemput, Kak Tiqah mengambil tempat di kerusi di sisiku.

Sorry, Kak Tiqah. Nak melukis kena concentrate 100%. Nanti tak jadi macam yang kita imagine,” balasku. Kak Tiqah betul. Aku kalau dah melukis memang dah tak pandang kiri kanan. Selagi tak tegur, selagi tu la tangan dengan kertas tak berpisah. Aku tak tahu la orang lain macam mana. Lain orang, lain gaya melukisnya.

“Ni.. Kak Tiqah bawakkan honey dew ice blended untuk Cik Rissa. Cik Rissa mesti dahagakan?” Kak Tiqah tolak satu gelas tinggi di depanku.

Aww.. baiknya Kak Tiqah! Bersinar terus mata aku. Honey dew ice blended. Memang kegemaranku. Kak Tiqah memang dah hafal dah apa kegemaranku di kafe ini. Malah.. aku rasa semua staf di sini pun tahu. Nampak tak I’s Café ni dah macam rumah kedua aku? Haha.

“Buat susah-susah je. Anyway, thank you, Kak Tiqah,” ucapku. Apa lagi? Terus aku sedut laju-laju. Memang tekak tengah dahaga mengalahkan  orang bermarathon di Gurun Sahara. Memang orang mengantuk, disorongkan bantal la ni.

“Cik Rissa lukis apa kali ni?” Kak Tiqah panjangkan leher. Nak tengok apa aku dah lukis.

Jeda seketika.

“Cantik.”

“Tak siap lagi Kak Tiqah. Beragaklah nak puji sekali pun,” kataku. Lukisan baru separuh jalan siap. Bohonglah kalau cakap cantik.

Kak Tiqah ketawa sekejap. Kali ni buku lukisanku ditarik ke arahnya. Nak tengok dengan lebih dekat agaknya.

“Betul, Cik Rissa. Memang cantik. Serius. Ni bukan bodek nak suruh naik gaji. Tapi memang Kak Tiqah ikhlas. Cik Rissa nak lukis gambar tangan, kan? Gambar tangan yang menghulur.”

Aku angguk.

“Mesti tangan perempuan. Sebab nampak halus dan pakai gelang.”

Aku angguk lagi. Layankan aje Kak Tiqah nak menganalisa lukisan tak sudahku itu. Seronok jugak ada orang yang excited tengok lukisan aku. Kemudian aku nampak dahi Kak Tiqah sedikit berkerut.

“Tapi background dia Cik Rissa letak apa?” soal Kak Tiqah. Mungkin tak hadam lagi kut apa yang aku lakar. Maklumlah, lukisan separuh jalan.

“Eiffel tower.”

“Kenapa separuh?” Lagi berkerut dahi Kak Tiqah.

Close up gambar la, Kak Tiqah. Tu yang nampak separuh je Eiffel tower,” jelasku.

“Pandai Cik Rissa. Macam mana dapat idea?”

Aku jongket bahu.

“Entah. Tiba-tiba.” Jangan ditanya orang suka melukis. Idea memang datang tanpa diduga. Tengah tersedak pun boleh muncul. Kadang-kadang tu, dapat pensel dapat kertas lukisan, tengok-tengok dah siap lukis muka crush.

“Macam-macam. Untunglah pandai melukis. Bakat tu tak semua ada, Cik Rissa. Cik Rissa patut bersyukur. Cik Rissa dah hilang ingatan pun, bakat yang satu tu Allah tak pernah tarik.”

Terdiam terus aku. Kak Tiqah betul. Bakat itu semula jadi. Nurissa yang dulu ataupun sekarang, bakat itu tetap sama. Dah termaktub dalam DNA.

Kak Tiqah tolak kembali buku lukisan itu di depanku.

“Okeylah, Cik Rissa. Cik Rissa sambunglah. Kak Tiqah tak nak kacau.” Kak Tiqah mintak diri. Tinggalkan aku sendirian lagi.

 ----

Aku pandang lama-lama lukisan itu. Dah hampir siap. Tapi masih mencari apa-apa cela untuk diperbaiki. Sebab nampak sangat biasa lukisanku itu. Apa lagi ya yang nak kena buat supaya tak nampak plain sangat? Otak mula berfikir.

Haa.. aku tahu! Kalau konsep Paris gabung dengan Jepun, okey jugak. Apa kata kalau lukis sekali close up bunga sakura di sebelah kiri. Mesti cun!

Aku angguk-angguk sendiri. Bersetuju dengan idea baru muncul itu. Apa lagi? Laju tangan bergerak untuk mengilhamkan idea dalam bentuk grafik. Aku ambil pensil. Bersedia untuk melukis.

“Hazel, sit down!”

Nasib baik tak terpelanting pensil di tanganku selepas mendengar suara itu. Terperanjat. Terus aku angkat kepala untuk mencari punca. Suara lelaki itu takdelah kuat sangat. Tapi memandangkan suasana di kafe yang agak sunyi, tak pelik kalau suaranya itu dah macam naik beberapa oktaf. Tak peliklah kalau menarik minat umat manusia lain.

Mata menangkap satu susuk wanita yang dah berdiri. Tunggu masa nak angkat kaki. Mungkin dialah kut yang namanya Hazel. Seketika kemudian, aku nampak wanita itu kembali duduk. Mungkin gerun dengan suara amaran lelaki itu.

Pasangan kekasih tengah bertegang leher agaknya. Tak pun suami isteri tengah dalam konflik rumah tangga. Haila.. nak perang pun dalam kafe orang. Apa-apalah. Bukan urusan aku. Janji takde pinggan terbang, meja terbalik kira okeylah tu. Aku cuma berdoa mereka berdua bertemu jalan penyelesaian dan berdamai.

Pensil kembali dilarikan di atas kertas putih itu. Sekali lagi aku tenggelam dalam dunia sendiri.

“Cik Rissa.”

Diganggu sekali lagi. Kali ini Azrul pula tengah berdiri di depanku.

“Ada apa?”

“Cik Rissa dah ada kekasih ke?”

Terus berkerut keningku. Semalam hujan, hari ni agak mendung. Ada kaitan tak agaknya dengan Azrul yang tiba-tiba tanya soalan luar alam macam tu?

“Hmm..  takde. Kenapa?” soalku pelik.

Secret admirer?”

“Takde. Hai.. kenapa? Nak jadi secret admirer saya ke?” gurauku.

“Cik Rissa tak perlu saya jadi secret admirer Cik Rissa. Saya yakin mesti bersusun lelaki kat luar sana yang nak jadi. Cik Rissa je yang tak pandang,” cebik Azrul.

“Eh, mana ada! Siapalah saya.” Aku menafikan. Kalau betul macam yang dia cakap, mesti dah berduyun lelaki ambik giliran nak pinang aku.

“Elele.. tak payah nak ‘siapalah saya’ sangat, Cik Rissa. Kalau Encik Noriman tak jadi lembaga tapisan negeri, entah-entah Cik Rissa dah kahwin dah sekarang ni.”

Aku ketawa. Dalam hati mengiakan. Memang tak dapat dinafikan ayah seorang yang sangat tegas bila bab berkawan dengan lelaki. Dengar je aku ada kawan lelaki, memang disiasatnya dari A sampai Z, dari sejarah lahir sampailah sekarang. Sebab tu la mana ada lelaki yang lekat denganku. Sebab tu jugaklah boleh dikira kawan lelakiku.

“Mengarutlah. Yang awak tanya saya sejarah percintaan saya ni dah kenapa?” soalku. Mengingatkan balik.

“Oh, lupa! Sorry.” Dia sengih. Kemudian tayang muka seakan-akan baru teringatkan sesuatu.

“Nah.. untuk Cik Rissa.” Azrul letak ros putih di hadapanku. Cuma sekuntum.

“Mimpi apa bagi saya bunga ros putih?”

“Eh.. bukan saya, Cik Rissa. Kalau saya bagi, bukan sekuntum. Tapi satu taman. Ni ada orang bagi untuk Cik Rissa.”

Ros putih. Sekuntum! Aku tergamam. Adakah…

“Siapa bagi?” soalku. Dada berdebar entah kenapa. Tenung bunga tu macam tak percaya. Tak mungkin dari orang yang sama.

“Entah. Nampak ada kad. Cik Rissa bacalah. Dia letak kat atas kaunter dan suruh bagi kat Cik Rissa. Lepas tu dia terus keluar.”

Tanpa membuang masa, terus aku belek kad kecil yang terikat di tangkai ros putih itu.

Soon.

Cuma sepatah. Kali ini tak bernama. Tapi aku tahu dari orang yang sama. Encik Duri. Cukuplah tulisannya yang memang kukenal dan tak berubah sikit pun. Masih tersemat di celah diari memori hidupku. Malah bunga ros yang dah kering dulu pun masih kusimpan rapi.

Bagaikan baru tersedar, lantas aku berlari ke luar kafe. Mencari Encik Duri. Laju mata memandang sekeliling. Mencari susuk mencurigakan. Tiada. Cuma beberapa orang yang sedang lalu-lalang. Dan beberapa kereta yang memenuhi jalan raya.

Satu keluhan dilepaskan. Hampa. Kalaulah aku cepat seminit tadi, mungkin aku dapat menangkap siapa gerangan si pengirim bunga misteri itu. Kenapa baru sekarang dia muncul balik? Ke mana dia menghilang setelah kali pertama dia menghantar bunga kepadaku dulu?

   ------

Dengan hati yang separuh kecewa, aku kembali melangkah masuk ke dalam kafe. Fikiran masih melayang entah ke mana. Masih cuba menyelesaikan teka-teki tentang Encik Duri itu. Siapakah dia?

Bila tiba di pintu masuk kaca itu, hampir saja aku berlaga dengan seseorang. Nasib baik aku sempat brek.

Sorry.” Spontan bibirku bertutur. Serentak dengan suara lembut yang turut berkata ‘sorry’ itu.

Aku angkat kepala. Perempuan yang bergaduh di dalam kafe tadi. Apa namanya? Hazel? Dia senyum seraya sekali lagi meminta maaf sebelum dia berlalu bersama lelaki tadi. Tengok gaya boleh keluar sama-sama, maksudnya perang dah tamat la tu. Aku bersyukur untuk mereka.

Aku kembali mengatur langkah masuk kafe. Terus ke belakang kaunter.

“Macam-macam kerenah pelanggan ni. Yang tadi tiba-tiba mintak cempedak goreng. Yang sorang lagi pulak berkeras nak split bill, taknak bagi laki dia bayar. Padahal laki punyalah handsome, gentleman nak tolong bayarkan. Perempuan kalau tengah gaduh dengan laki memang macam-macam perangai agaknya.” Aku dengar Nuha membebel sambil geleng-geleng kepala. Entah pelanggan mana yang dia maksudkan pun aku tak tahu.

“Cik Rissa! Cik Rissa ke mana? Terkejut kitorang bila nampak Cik Rissa tiba-tiba lari keluar,” tegur Kak Tiqah bila nampak aku munculkan diri. Nuha yang tengah membebel tadi pun turut terhenti.

Aku senyum hambar. Aku pun tak tahu nak balas apa. Saya cari Encik Duri? Mahu Kak Tiqah kelip-kelip pandang aku macam aku ni alien baru melawat bumi.

“Takde apa-apalah, Kak Tiqah. Nak kejar orang, tapi tak jumpa,” jelasku mudah. Kecewa tak dapat ditapis.

“Siapa?”

Aku jongket bahu. Hantu agaknya. Tak pun anak beranak bunian. Aku pun tak tahu aku kejar siapa. Macamlah aku kenal rupa Encik Duri tu. Tak pernah nampak.

Eh.. kejap! Aku mungkin tak nampak pengirim bunga tu. Tapi Azrul mesti nampak tadi. Ya.. Azrul mesti tahu!

“Kak, Azrul mana?” soalku. Mata terus melilau mencari susuk tubuh Azrul.

Macam tahu-tahu dirinya diseru, tak lama lepas tu, Azrul muncul di depan kami.

“Azrul, sini kejap!” seruku. Azrul yang baru nak melangkah masuk dapur terus tak jadi. Dia datang ke arahku.

“Ada apa, Cik Rissa?”

“Orang yang bagi bunga ni, tahu tak macam mana rupa dia?” Aku memulakan sesi soal siasat. Bunga ros putih di tangan ditayang.

“Err..” Azrul garu-garu belakang kepala dia. Kemudian dia sengih bersalah ke arahku.

“Saya tak ingat, Cik Rissa.”

“Takkan tak ingat langsung? Cubalah ingat balik. Muka macam mana? Tinggi macam mana? Badan macam mana?” Beria-ia aku suruh Azrul mengingat. Azrul je la harapan aku nak tahu siapa.

“Err.. lelaki. Ya.. dia lelaki.” Azrul macam serba-salah. Kemudian dia pandang Kak Tiqah. Muka Kak Tiqah masa tu macam nak bagi kaki kat Azrul. Kalau tak kenangkan situasi sekarang, memang aku dah gelak dah.

“Ya.. memang dah tahu dia lelaki. Takkanlah perempuan nak hantar bunga kat saya?” soalku lagi.

Azrul diam sekejap. Mungkin tengah membayangkan rupa lelaki itu.

“Hmm.. dia pakai topi tadi. Saya tak dapat cam sangat muka dia, Cik Rissa. Tadi pun sekilas macam tu je,” jelas Azrul.

Kecewa!

Sorry la, Cik Rissa. Saya lemah sikit bab-bab mengingat orang ni. Kecik-kecik dulu tak makan kismis.” Azrul minta maaf. Sekali lagi garu-garu belakang kepala dengan muka yang bersalah.

Aku mengeluh sekali.

“Takpelah.. nak buat macam mana. Saya faham,” kataku walaupun tengah kecewa.

Aku tak boleh salahkan Azrul. Tak boleh nak marah dengan Azrul. Dah orang tak ingat, aku cekik kasi biru nak bagi ingat pun dia takkan ingat. Kalau aku di tempat dia pun aku takkan ingat orang dengan sekali imbas. Punyalah berpuluh-puluh manusia yang keluar masuk setiap hari, ingat mesin fotostat ke nak hafal sekali imbas?

“Haa.. saya tahu! Kalau Cik Rissa betul-betul nak tahu, Cik Rissa pergilah periksa CCTV.” Azrul memberi cadangan sebelum bahu kena ketuk dengan Kak Tiqah.

“Kau ni mengarutlah. Kau ingat nak nampak ke kalau dah dia pakai topi? Cik Rissa bukannya nak cari dia pakai topi cap apa,” jawab Kak Tiqah.

Betul jugak cakap Kak Tiqah tu. Setakat tengok CCTV lepas tu nampak jenama topi je, baik tak payah nak habiskan tenaga dalam badan. Buat penat orang lain je.

“Adoi.. sakitlah, Kak! Saya bagi idea je,” rungut Azrul sambil menggosok bahunya. Baru pagi tadi dah kena hempuk dengan Kak Tiqah, petang ni kena lagi. Kesian.

“Takpelah. Saya pun takdelah beria sangat nak tahu. Kak Tiqah betul. Bukannya nampak siapa pun. Entah-entah sebenarnya bukan orang yang saya cari,” kataku. Manalah tahu sebenarnya orang lain yang hantar bagi pihak Encik Duri, kita mana tahu, kan?

“Tapi.. Cik Rissa agak-agak kenal ke siapa yang hantar bunga ni? Entah-entah peminat Cik Rissa kat universiti ke?” siasat Kak Tiqah.

Aku geleng kepala. Takde idea. Tapi yakin bukan dalam kalangan rakan seuniversitiku. Sebab Encik Duri muncul sebelum aku mula belajar di Universiti Malaya lagi.

“Kenapa Cik Rissa nak tahu sangat siapa?” soal Kak Tiqah lagi.

Aku terdiam sejenak. Memikirkan benda yang sama. Kenapa aku beria-ia nak tahu tentang Encik Duri tu?

Sebabnya?

“Sebab dia tahu siapa saya dan macam mana saya dulu.”

Sebab aku tahu dia mesti seseorang yang sangat dekat denganku.

Sebab hati aku rasa satu kehilangan yang amat besar dan aku mahu tahu apakah ia.

16 comments:

  1. best...harap cepat keluar buku

    ReplyDelete
  2. best...harap cepat keluar buku

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu novel nie keluar kat pasaran... 😍

    ReplyDelete
  4. Thanks Anjell utk citer yg menarik..

    ReplyDelete
  5. Hazelll!! Hahahaha..
    tak sabar nak tunggu printed version pnya <3

    ReplyDelete
  6. Aduiiii siapa kah encik duri??? Fateh kah???? YaAllah teka teki betul la. 😫😫😫😫

    ReplyDelete
  7. haha....sorg nk cempedak goreng..sorg nk split bill...pandai kak anjel goreng 3 novel dlm 1 scene kann..

    ReplyDelete
  8. entah-entah cik duri tu dheo han kot...hmmmm

    ReplyDelete
  9. 😁😁😁😁😁
    Ayat yang sama.. Oh no!! Kak anjell memang ohsyem💪

    ReplyDelete
  10. Another commen, "Hazel, sit down!" memang ade power!😎

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )