Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 21 May 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 7)

BAB 7

“Gambar doremon pun ada, kau tahu? Tak rasa macam nak baling kertas tu kat dinding ke?” Bersemangat Harraz bercerita kepada Farhan.

            Dan Farhan pula, tak kurang semangatnya dia ketawa. Kelakar betul cerita Harraz. Dari mula Harraz bercerita lagi dia dah mula ketawa. Nak kejang otot diaphragm rasanya sebab asyik ketawa.

Harraz yang tengok Farhan gelak bukan main makin sakit hati. Orang cerita ni sebab nak luahkan sakit hati yang tak hilang-hilang. Tapi bila tengok sepupunya itu tak henti-henti ketawa macam dia lepas uji bakat maharaja lawak mega, menggelegak juga hati.

“Kau ni kenapa? Kelakar sangat?” Serius rasa nak bagi orang makan kaki bila tengok gaya Farhan gelak.

Farhan sengih bila tengok muka masam Harraz.

“Kelakarlah weh. Gambar doraemon kut. Kali terakhir aku dengar pasal benda tu rasanya zaman tadika dulu. Kalau aku pun aku tak terfikir nak buat macam tu. Berani betul dia cari pasal dengan kau,” jawab Farhan bila ketawa dah reda.  Kagum dia dengan keberanian Nurin. Kan dah cakap tadi yang Nurin takkan duduk diam bila kena buli.

“Macam budak-budak tadika. Geram betul aku. Kenalah dia esok dengan aku.”

Harraz mula berfikir apa yang harus dilakukan. Mana boleh bagi Nurin menang. Tapi, sumpah dia takkan bagi Nurin pegang dokumen penting dia lagi. Entah apa lagi Nurin akan buat pada kertas pentingnya. Entah-entah dia karang novel pula bagi aku. Tak mustahil terjadi kalau Nurin orangnya.

Farhan geleng kepala bila tengok muka sepupunya. Muka macam tengah cari idea nak bagi serangan balas. Kau ke Nurin yang macam budak-budak tadika, Harraz? Aku rasa sama je dua orang ni. Nampak macam buku dah bertemu rak buku. Apalah yang akan jadi besok?

“Budak tu memang lain daripada yang lain. Aku kena berhati-hati juga.” Dalam memikirkan cara nak kenakan Nurin, Harraz turut fikirkan langkah berjaga-jaga. Ya.. dia mengaku yang Nurin bukan sembarangan orang. Dalam kepatuhan dia, ada juga akal nak kenakan orang. Dengan muka selamba dan sikap aci redah dia tu, macam-macam Nurin boleh buat.

Farhan yang dengar Harraz berkata sebegitu turut tersenyum. Ya.. Nurin memang lain daripada yang lain.

  -----------

“Awak taknak solat ke?”

Farhan kembali terbayangkan apa yang jadi tengah hari tadi. Ketika dia menemani Nurin mencari surau.

Erk.. Farhan tak tahu nak jawab apa. Takkan nak geleng? Nak angguk pula, kepala macam kena gam gajah.

“Saya kena ambik bos lepas ni.” Farhan cari alasan untuk mengelak.

“Solat la dulu. Surau depan awak je. Kalau apa-apa jadi lepas ni macam mana? Sekurang-kurangnya dah solat.”

Terkedu tak tahu nak cakap apa. Kata-kata Nurin lembut, tapi tajam. Akhirnya, dia buka kasut dan melangkah masuk ke dalam surau lelaki. Pertama kali kulitnya terkena air wuduk setelah lama dia tinggalkan amalan itu. Sampaikan dia ingat-ingat lupa cara berwuduk dengan betul. Dia pun tak ingat bilakah kali terakhir dia berwuduk dan solat.

Kalau apa-apa jadi lepas ni macam mana? Entah kenapa, hati dia rasa sesuatu bila Nurin cakap macam tu. Kalau dia mati macam mana? Tiba-tiba terdetik soalan itu. Soalan yang tak pernah terfikir sebelum ini.

Baru tiga hari dia kenal Nurin. Itupun dia punyai niat serong. Dia berkawan dengan Nurin sebab Nurin cantik dan sebab dia nak pikat Nurin. Atau lebih tepat lagi, dia nak permainkan Nurin. Sebab itulah dia sanggup menipu Nurin.

Mama dan papanya sendiri tak pernah menegurnya untuk solat. Tapi, Nurin yang baru tiga hari dikenalinya dah berjaya buatkan dia sujud ke sejadah hanya dengan kata-kata. Sebab tu dia rasa Nurin lain daripada yang lain.

Baru tiga hari, Farhan. Kau ke Nurin yang sebenarnya dah terjerat?

   ----------

“Weh.. termenung pulak kau? Aku membebel sorang-sorang, boleh dia masuk dunia lain?” Harraz tolak bahu Farhan.

Wajah Nurin terbang entah ke mana. Farhan kembali ke dunia asal. Harraz di depan mata dia dipandang.

“Kau cakap apa tadi?”

“Dah.. tak penting dah apa aku cakap tadi. Sekarang ni, kita kena enjoy. Bosan betul aku duduk rumah ni. Clubbing jom. Dah lama tak pergi clubbing,” ajak Harraz. Daripada fikirkan Nurin, baik dia berseronok dengan teman-teman wanitanya malam ni.

Farhan cuma angguk. Ikut Harraz macam biasa. Daripada fikirkan Nurin, baik dia berseronok malam ni.

     -------------

Seperti yang dijanjikan, Nurin datang ke rumah Lee dan Intan untuk makan malam. Lee dan Intan adalah kawan baiknya sejak dari kecil lagi. Membesar sama-sama dan akhirnya dua orang itu buat keputusan untuk berkahwin. Dia sendiri pelik macam mana la dua orang yang asyik perang tu boleh bersatu? Bila masa bercinta entah? Tak boleh nak bayang. Lee dengan mulut lasernya dan Intan dengan baran yang boleh tahan kronik juga. Tapi, itulah kuasa jodoh.

Nurin cuma berpakaian biasa-biasa saja. Alah.. bukan nak ke mana. Nak jumpa budak dua ekor tu je. Lama betul tak jumpa. Rindunya!

“Assalamualaikum.” Nurin bagi salam. Tunggu tuan rumah buka pintu dan izinkan masuk.

“Waalaikumussalam. Sampai jugak kau, Rin. Masuklah.” Intan mempelawa masuk. Sebelum tu, sempat mereka salam dan bergesel-gesel pipi.

“Lee mana?”

“Amboi.. datang-datang je, terus tanya laki aku?”

Nurin gelak bila Intan dah terangkat.

“Biasalah weh.. aku rindu dia,” giat Nurin lagi. Sengaja nak naikkan darah Intan. Dia tahu Intan takkan cemburu dengannya.

“Ada jugak yang kena halau balik sebab rindu laki orang ni.” Intan bercekak pinggang sambil pandang Nurin. Pura-pura marah.

“Eh, laki kau kan hot. Famous kut. Siapa tak suka?” usik Nurin lagi.

Yalah.. sesengal-sengal kawan baiknya tu, akhirnya berjaya juga. Malah sangat berjaya. Tak sangka minat Lee dalam fashion dah bawa nama Lee ke mata dunia. Dunia kut! Siapa tak kenal Nashrain Lee? Pereka fesyen terkenal tu. Bangga jugak la dia ada kawan famous macam Lee.

“Dia je yang kau rindu? Aku kau tak rindu?” Intan buat ayat sedih. Lagi kuat gelak Nurin.

“Aku pun rindukan kau jugaklah. Janganlah touching-touching. Aku datang ni nak makan. Lapar dah.” Nurin buat muka sedih sambil gosok-gosok perut. Sanggup dia kosongkan perut semata-mata nak melahap di rumah mereka berdua.

“Lee mana?” Sekali lagi Nurin bertanya.

“Solat. Haa.. tu dah turun.” Intan tunjuk ke arah tangga. Kemudian dia berlalu ke arah dapur untuk sediakan apa-apa yang patut.

Nurin sengih bila nampak Lee yang pakai baju melayu peach muda dengan kain pelikat turun tangga. Sehebat mana pun Lee mereka fesyen, tapi bila kat rumah tu jugak yang dia pakai.

“Kau pakai macam ni je datang rumah aku?” cebik Lee. Atas bawah dia pandang Nurin.

Ewah.. turun-turun je mamat ni, terus cari gaduh dengan aku? Susah jugak datang rumah orang yang pentingkan gaya ni.

“Alah.. nak jumpa kau je pun. Bukannya penting. Pakai baju murah-murah je. Manalah kita ada duit banyak. Tak mampu kita nak beli baju  mahal-mahal macam kat butik NLee tu.”

Pap! Bantal kecil bentuk hati tu dibaling tepat kena kepala Nurin. Tak sempat nak mengelak bila laju tangan Lee baling tadi. Nurin hanya mampu gelak.

“Sakit, sengal. Aku datang ni, bukannya nak sambut baik-baik. Lepas tu, bila aku dah lama tak datang, mulalah kau dengan Intan bukak pentas teater nak suruh aku datang,” bebel Nurin.

“Padan muka. Tiap kali jumpa aku, tak sah kalau tak sindir aku,” balas Lee balik.

“Dan tiap kali tu jugaklah kau baling macam-macam kat kepala aku ni. Main sambar je. Nasib baik bantal. Kalau batu? Jadi arwah dah aku malam ni, tahu?” bebel Nurin pula.

Lee hanya ketawa mengiakan.

“Jom, makan.” Intan dah seru makan. Saat-saat yang ditunggu Nurin.

Nurin duduk di atas kerusi bertentangan dengan Intan. Manakala Lee pula duduk di tengah antara mereka. Kecur liur Nurin tengok masakan Intan. Macam-macam ada. Intan memang pandai memasak. Patutlah Lee sayang dia.

“Lee.. bacalah doa. Lapar ni,” gesa Nurin.

Sehabis je Lee aminkan doa, terus Nurin capai apa yang dia nak. Macam-macam jenis lauk dikaut masuk pinggannya. Dah tak peduli dengan Intan yang tengah layan suaminya dulu.

“Kau ni.. tak berubah-ubah. Sebab tu la tak kahwin-kahwin lagi,” bebel Lee.

“Entah kau ni. Bila nak kahwin?” Intan pula sokong suaminya.

Nurin mencebik. Eleh.. mentang-mentang dah kahwin, beranilah keluarkan pasal ni depan aku. Tak adil betul! Dua lawan satu.

“Macam mana aku nak kahwin? Kau dah ambik Lee,” balas Nurin. Dia sengih buatkan Intan rasa macam nak lancar je garfu masuk kerongkong Nurin.

“Kau ni.. kalau orang lain dengar, konfem orang ingat kau gilakan Lee, tahu? Orang tanya, dia jawab main-main pulak.” Intan dah naik geram.

Nurin senyum lagi. Dengan dua orang ni, dia memang cakap lepas. Yalah.. dari sekolah rendah lagi rapat. Lagipun dia bukannya ada hati dengan Lee. Lee tahu, Intan pun tahu.

Best apa? Pecintaan aku, Lee dan kau. Cinta tiga segi. Lee kan kegilaan ramai. Akulah salah seorang daripadanya.” Nurin main-main lagi. Intan dah malas nak layan hanya mampu geleng-geleng kepala.

“Kau dah kerjakan, Rin? Kerja kat mana? Best tak?” soal Lee. Dah lama tak ambil tahu pasal Nurin.

Haish.. ni tak seronok ni! Kenapalah si Lee keluarkan pasal kerja? Kan dah terbayang muka mamat rimau tu. Jelas di matanya muka garang Harraz dan senyum sinisnya. Mengancam tapi menyakitkan hati. Arghh.. bencinya aku! Putus terus nafsu nak makan!

“A’aa.. dah kerja dah. Kat Harraz Holdings. Tak payah ceritalah. Tak seronok langsung!” Malas Nurin nak ingatkan tempat kerjanya.

Harraz. Harraz Naufal. Am I right?” soal Lee.

“Yalah tu. Macam mana kau kenal?” Agak terkejut bila Lee sebut nama penuh mamat tu. Alah.. apa nak pelik. Lee famous. Harraz pun famous. Dia je jakun tak kenal orang hebat macam Harraz sebelum ni.

“Dia pernah ada skandal dengan salah seorang model butik aku. Tapi tu dah lama dah,” cerita Lee.

Huh.. sekarang ni pun skandal bertingkat-tingkat. Malas Nurin nak buka cerita. Buka aib pula namanya. Tapi dia bukan fitnah. Macam mana dia tahu? Apa nak pelik kalau tiap-tiap hari perempuan cari Harraz. Lain-lain pula tu. Tak professional langsung jumpa awek masa kerja. Nak je dia bukak kuliah free kat mamat tu.

“Macam mana, Rin. Seronok tak kerja?” korek Intan pulak.

“Huh.. malas nak cerita, Intan. Kau tak kenal perangai si Harraz tu macam mana. Dia tak suka aku. Hari-hari cari pasal dengan aku. Sehari tak bertekak tak sah,” cerita Nurin serba-sedikit. Esok entah apa modal mamat tu nak bertekak dengannya. Teringat perangai malaun si Harraz pun dah buat dia nak mengeluh panjang-panjang. Baru tiga hari kerja. Agaknya ni la kut sebab Uncle Mukhriz dah pesan awal-awal dulu.

“Jangan nanti sangkut pulak. Gaduh-gaduh, bila tak gaduh rindu. Lepas tu mula la bibit cinta bermula.” Si Lee menyampuk.

Nurin buat muka. Daripada pereka fesyen, ada niat nak asah bakat jadi pengarah filem ke apa mamat ni? Amboi.. Kau ingat aku ni kau dengan Intan?

Yuckk.. geli ketiak aku dengar. Aku dengan dia? Mintak simpang sikit. Selisih malaikat empat puluh empat. Tak mungkin la. Dia memang aku dah blacklist jadi calon suami aku. No.. no.. no.. unsuitable.” Berkali-kali Nurin menyangkal. Mintak dijauhkan. Taknaklah dia sukakan mamat tu. Misi bunuh diri namanya.

“Kau jangan, Rin. Tengok macam aku dengan Lee. Asyik perang, lepas tu dok bersayang-sayang. Kan abang?” Intan senyum manis pada Lee.

Huh.. lagi Nurin malas nak tengok. Ni lagi satu buat aku geli. Dulu dok beraku-kau, sumpah seranah segala jenis spesis lepas tu nak bersayang-sayang? Nasib baiklah kau berdua ni suami isteri.

   ---------

“Hari Sabtu depan-depan-depan free tak?” Lee bertanya kepada Nurin. Ketika itu, mereka bertiga sedang makan buah sambil melayan cerita di TV.

Nurin berfikir sekejap. Kut-kut ada apa perancangan. Depan-depan-depan Lee maksudkan entah berapa lama. Free kut.

Free kut. Kenapa? Nak ajak dating ke?”

“A’aa.. memang pun. Nak ajak kau dating kat Palace of Golden Horses. Nak tak?” pelawa Lee lagi.

“Weh.. nak buat apa kat tempat mahal macam tu?” Nurin sedikit terkejut.

“Aku ada fashion show la. Apa lagi? Jomlah, Rin. Temankan aku. Kaukan kawan baik aku. Bagilah sokongan sikit.”

“Dah tak dapat heret aku, dia heret kau pulak, Rin.” Intan menyampuk.

“Kenapa kau tak pergi?”

On duty la. Takkan nak ponteng pulak?”

Oo.. Intan kerja rupanya. Patutlah beria-ia si Lee ni merayu dia. Kesian pulak dia tengok Lee. Tu la, Lee. Siapa suruh kahwin dengan doktor? Orang lain cuti, dia kerja.

“Dapat apa kalau aku pergi?” Nurin sengih jahat dekat Lee. Dah lama tak buat jahat dengan Lee.

Lee yang tengok hanya mampu geleng kepala. Dah mula dah perangai budak ni. Tak boleh orang minta tolong sikit, mulalah nak claim macam-macam. Kecik-kecik dulu ada cita-cita nak jadi ah long agaknya!

“Cuba tolong orang dengan ikhlas sikit. Dengan aku pun nak berkira.”

Nurin ketawa.

“Ya la.. ya la.. aku pergi. Pukul berapa?”

“Nanti aku inform balik.”

26 comments:

  1. Huarrrggghhh... Dah lama tak drop comment... Rinduuu.... Thanks sis anjell utk entry ni... Nak lagi boleh? ;)

    ReplyDelete
  2. Suke nurin...heartless..kasi pagar mangga itu hati...jgn cair...hihiii
    Chaiyouk angell..miss u

    ReplyDelete
  3. Waa.. Lamenye tggu.. 1 bln tu.. Hmm , ape yg jdi ngan harraz 2 tdi kate nk gi club.. Err, nurin dont fall for this man! Let him fall for u.. "Evil laugh" then break his heart!! Haha

    Ies@-ro¢k

    ReplyDelete
  4. Best..akhirnya ada n3 baru..walaupun x de adegan gaduh harraz n nurin

    ReplyDelete
  5. Waaaa sekian lama menunggu..thanks anjell!! =)

    ReplyDelete
  6. Betul...lama menunggu...setiap hari mengintai kalau2 ada bab baru. Hendaknya lee ubah penampilan nurin biar harraz terbeliak biji mata.

    ~k.min~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. Setuju sgt!!! Brilliant..

      Ies@-ro¢k

      Delete
  7. Rezki di pagi hari selepas berhari2 catwalk di sini..thanks anjell..

    ReplyDelete
  8. n3... pengubat rindu....muga lee make over nurin...ape plak riaksi harraz...kot2 kenal tk???

    ReplyDelete
  9. Urghhh.. Terobat rinduuuuuuuuuuuu ngan harass.. Nak lagiiiiiii Kak.. Best sangatttttt :)

    ReplyDelete
  10. Best sgtt.. Nk lagi entry.. Anjel, SPS bile nk dibukukan.? Rindu sgt dgn izz sya n hafiy.. Please...

    ReplyDelete
  11. mmg sempoi la dgn karekter nurin ni....relaks aje dia....
    hati2 nurin...dari benci lama2 bertukar cinta....hihihihi :)

    ReplyDelete
  12. mmg sempoi la dgn karekter nurin ni....relaks aje dia....
    hati2 nurin...dari benci lama2 bertukar cinta....hihihihi :)

    ReplyDelete
  13. mmg sempoi la dgn karekter nurin ni....relaks aje dia....
    hati2 nurin...dari benci lama2 bertukar cinta....hihihihi :)

    ReplyDelete
  14. terubat rindu jugk skit2. hehe lain kli update lh lg ya kak sementara menanti SPS keluar ;)

    ReplyDelete
  15. Xsabar nk nrngok hri strusnye ps lgi nurin nk buat bg harraz skit hati hahaha... Mintak2 time g fashion show tu harraz pon ade... Bole plk time tu lee pakse nurin pki vogue2... Msti cair hti pak rimau tu kn kn... Haha lbih2 pulk kite ni

    ReplyDelete
  16. Hehe typo DAEBAK!! BEST!!

    ReplyDelete
  17. hihihi... mesti Nurin yg kena ganti salah seorg Model ni... dan Harraz ada dan hati dia terguling-guling jatuh bila nampak Nurin yg cun tu... hahaha

    ReplyDelete
  18. just realized the photo is mario maurer. nice story.

    ReplyDelete
  19. cantik blog hawak

    ReplyDelete
  20. Alahai lamainya akak nunggu. Lepas ni jangan lama lama tahu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )