Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 7)

BAB 7

Nak nangis.. Nak nangis.. itu je yang ada dalam kepala Damia semasa berada dalam teksi. Terasa lama gila perjalanan balik. Terngiang-ngiang perbualan terakhirnya dengan Tengku Aaron. Turun je dari teksi, terus dia masuk bilik. Tak peduli dah dengan Suraya yang tengah sakan layan cerita Hong Kong kat ruang tamu.

     Berkerut dahi Suraya melihat temannya itu. Jalan macam tak cukup tanah. Nasib baik tak terkoyak kain baju kurung yang dipakai Damia. Perasan juga dia dengan wajah Damia yang keruh mengalahkan sungai Klang je. Lagak macam gaduh dengan boyfriend pun ada. Tapi, bila pulak dia ada boyfriend ni?

     Lepas sembahyang Maghrib, barulah Damia menampakkan muka. Suraya pula tengah layan Buletin Utama.

     “Wei, buzy nampak? Sakan seronok la kau dapat berkepit dengan anak Tan Sri?” usik Suraya.

     Ni la sebab Damia malas keluar bilik. Tak de menda lain yang akan ditanya Suraya melainkan pasal lelaki yang menyakitkan hati, jiwa dan raga tu!

     “Biasa je. Dia buat kerja dia, aku buat kerja aku. Sampai masa, balik,” jawab Damia malas. Aneh betul la manusia bernama Tengku Aaron ni. Ingat muka kacak maut dia tu, terus patah mood Damia.

     “Ramai tak yang handsome?” Bercahaya mata Suraya. Takde soalan lain.

     “Takde kerja aku..” Tiba-tiba terbayang wajah kacak Adam Hariz.

     “Ha..ada sorang ni. Kacak jugak. Bestfriend si lanun hutan ni. Sekali senyum, memang cair,” cerita Damia dengan bersemangat.

     “Jawatan dia apa?”

     “Ketua Aeronautic engineers.”

     “Ketua Aeronautic engineers? Wow, gempak! Berabuk duit banyak. Wei.. adjust aa kat aku.” Damia mencebik.

     “Ingat aku ni ajen cari jodoh ke? Daripada aku bagi kau, baik aku kebas awal-awal.” Damia sengih.

     “And one more thing. Izzat si kelingking tu nak campak mana?”

     “Heiii…”

     Damia gelak. Pantang dia mengutuk Izzat, Suraya grenti terangkat punya. Dan balasannya, bantal kecil di tangan Suraya dicampak kena kepalanya.

     “Sakit, ngeng..” Bahaya betul. Main campak apa yang ada di tangan. Nasib baik bukan pisau. Kalau tak, free je dia Innalillah malam ni.

     “Padan muka. Kutuk Izzat lagi.”

     Remote controller di tangan Suraya dirampas. Tekan 8TV. Layan cerita Korea ni best jugak. Cerita Boys Over Flower. Memang dia dan Suraya gila cerita Korea sejak zaman kolej lagi.

     “Eee, macho la Lee Min Ho ni..”

     Macam biasa la. Mulut Suraya mana pernah senyap kalau tengok cerita ni. Mesti dipuji punya hero kegemarannya tu. Rasanya tiap kali episod mesti dipuji. Damia dah boleh hafal dah.

     Iklan..

     “Su, kalau aku cakap aku nak kahwin dengan malaun tu, kau terkejut tak?” selamba dia bertanya. Kena pulak masa tu Suraya tengah teguk air koko panas. Memang dah macam air pancut belakang KLCC dah sekali tengok masa air tersembur keluar.

     “Eee, tak senonoh la kau ni. Ni kalau mak Izzat tengok ni, memang pangkah besar-besar la nak jadi menantu dia,” bebel Damia.


“Dah kau tanya soalan luar syllabus.” Suraya lap lantai. Nasib baik sikit je. Dan nasib baik tak kena member sebelah ni. Kang tak pasal-pasal terangkat!

     “Malaun.. Lanun hutan.. Dah macam-macam gelaran dah kau bagi kat dia. Cuba kau cakap sikit nama dia apa?”

     “Tengku Aaron Shah,” jawab Damia pendek.

     “Tengku Aaron Shah? Perghh.. nama bukan main cun,” komen Suraya selamba. Seenak masakan ibu je Damia panggil lanun hutan dan melaun. Entah apa lagi, dia pun tak tau.

     “Okey, back to our topic. Kenapa tetiba je kau keluar soalan spesis cam tu? Dia lamar kau ke?” Suraya dah start jadi FBI tak bergaji.

     “Dia memang gila. Muka berlagak sampai aku pun tak nak tengok. Buat sakit hati je. Dah la selfish. Nampak ego melangit. Kalau kau nak tahu muka orang berlagak macam mana,ha.. Tengku Aaron la contoh terbaik,” panjang lebar Damia mengutuk. Melepaskan segala rasa yang dipendam di depan Tengku Aaron tadi.

     “Ada ke patut dia suruh aku kahwin dengan dia. Kalau tak, dia nak tarik balik RM300 million tu. Bukan sikit. Tiga ratus juta. Juta.. Sampai mati agaknya aku takkan dapat nilai sebanyak tu kut ya pun aku nak ganti. Kalau aku tolak, syarikat pulak yang jadi mangsa. Tapi, kalau aku terima, hancur masa depan aku.”

     Suraya hanya mendengar. Parah jugak kisah Damia ni. Kalau dia di tempat Damia pun mesti mati segala jenis kutu la!

     “Argh… gila! Gila! Dah la bagi masa seminggu je. Nak kahwin ni ingat main pondok-pondok ke? Dah tu, kenapa la aku yang dijadikan mngsa. Padahal aku rasa girlfriend dia ada. Sengaja nak menyusahkan hidup aku.”

     Suraya hanya senyap.
     "Wei.. Aku cakap dengan kau ni,” rungut Damia. Diam pulak orang sebelah ni!

     “Tau la.. “ marah Suraya bila Damia dah cubit lengan dia. Dahlah tengah-tengah syok layan pujaan hati ni! Kacau a..


“Kahwin je la. Kau pun bukan ada boyfriend pun,” selamba Suraya berkata. Bulat mata Damia. Nak kena Suraya ni! Suraya sengih. Gurau je la..

     “Kalau aku ada boyfriend kan senang,” keluh Damia.

     “Abang Khalysq kan ada?” Suraya sengih mengusik.

     “Jangan nak mengarut la. Kitorang bukan ada apa-apa pun. Dia anggap aku adik je la.” Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan nama Khalysq. Automatik tampang lelaki berkulit hitam manis itu menjelma. Satu-satunya lelaki yang berjaya menggoyah hatinya walaupun tidak sampai ke tahap cinta.

     “What should I do?”

      “The best way. Sembahyang Istikharah,” sambung Suraya pulak.

     Damia angguk. Betul… Solat Istikharah! Kalau benar Tengku Aaron jodohnya, apa boleh buat? Lari ke hujung dunia pun memang tak boleh. Buat penat je! Memang mustahil la nak lawan qada dan qadar Allah.
-------
Dua hari dah berlalu. Damia dah lakukan solat Istikharah. Tapi, masih belum dapat petunjukNya. Hanya sekali dia pernah termimpi pasal sejambak bunga teluki pink yang sangat cantik. Hanya itu. Apa kaitannya dengan jodoh?

     “Kau ada dengar-dengar tak yang pemilik Triumph Air nak lawat company kita hari ni?” Aliza yang tengah menyibuk di bilik Damia bertanya. Tersentap Damia mendengarnya.

     “A’a.. aku ada dengar gak,” sokong Noren.

     “Siapa nak datang?” cepat Damia bertanya. Tolong la jangan mamat tu.

     “Aik.. bukan ke kau yang deal dengan pihak sana?” soal Nana pelik.

     “Tanya je,” jawab Damia pendek.

     “Yang kau nampak gabra ni kenapa?” Suraya dah sengih mengusik. Sengaja nak kenakan dia la tu! Padahal dia rasa mukanya bukan main cool lagi.

     “Tak sabar aku nak jumpa Tan Sri. Nak tengok wajah seorang yang berjaya..”


Damia hanya mendengar. Tan Sri? Ooo.. Lupa pulak Aliza cakap pemilik Triumph Air. Bukan CEO. Damia sedikit lega.

     “Kalau dia ada anak lelaki, memang aku tackle habisan la,” ujar Noren.

     “Mimpi la korang. Kalau nak tackle pun, Cik Damia kita la yang grenti dapat. Tak percaya tengoklah,” sampuk Suraya.

     “Waa.. Kacau la kau ni. Melepas aku nak jadi menantu Tan Sri.” Damia ketawa dengar omelan Noren.

     “Kau nak ke? Aku bagi free of charge.” Kalau betul Noren ingin bertukar tempat dengannya, memang dia bersyukur yang amat la.

     “Haa.. ni mesti anak dia tak handsome ni. Tak nak la aku.” Noren dah buat muka. Gamat bilik Damia dengan ketawa.

     “No comment. Kau tengok la sendiri.” Damia malas mengulas panjang.

     “Aku tak kisah wei. Handsome ke tak. Janji poket tebal. Hidup aku senang,”komen Aliza.

     “Kau tu memang..,” Nana dah ketuk bahu Aliza dengan kertas.

     Damia hanya geleng kepala. Macam-macam ragam korang. Nak buat bising, memang la bilik Damia yang sering dijadikan mangsa.
--------
Damia dah terpaku di satu sudut. Dia? Kenapa la Tengku Aaron? Kata Tan Sri.. Baru je hidupnya tenang tak mengadap serangan senyuman versi pencairan hati dia. Damia tetap tayang muka tenang. Jangan la terkesan sangat, wahai hati.

     “I’m Tengku Aaron. I wakilkan daddy I datang hari ni sebab dia ada mesyuarat tergempar SHAH Group. Dia mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat datang..” Tengku Aaron dah mula menyerang dengan senyuman maut dia. Grenti ramai yang tersungkur lepas ni.

     “Mia, ni ke anak Tan Sri?” soal Suraya. Damia diam. Sakit telinga nak pekak, buat-buat tanya pulak. Bukannya semua tak dengar Tengku Aaron memperkenalkan diri tadi. Dan dia yakin semua anak gadis yang terpanah dengan seyuman membunuh penyihir hati lelaki itu dah hafal dalam kepala dah sebaris nama itu.

     “Bapak kacak wei. Pesal kau tak cakap awal-awal yang mamat ni handsome gila ni?” bisik Suraya lagi. Apa yang tengah Tengku Aaron merapu tu dah tak amek pusing dah.

     “Entah. Tak pernah jumpa,” pendek Damia jawab.

     “Apa yang tak pernah jumpa?” tanya Suraya pelik.

     “Bapak dia.” Damia sengih.

     Eee.. Suraya rasa nak terajang je Damia. Kut terus sampai Jepun! Geram dengan Damia yang buat-buat tak faham dengan ayatnya tadi.

     “Buat-buat tak faham pulak. Aku cakap dia la. Bukan bapak dia!”

     “Macam ni pun kira handsome ke?” Damia turut berbisik. Tak payah ditanya sebenarnya soalan macam tu. Sebab kenyataannya memang tak boleh disangkal walau diperdebat kat mana-mana mahkamah sekali pun.

     “Wah.. dah la kacak, kaya, anak Tan Sri, keturunan diraja.. apa lagi yang tak lengkap nak jadi idaman wanita?” bahas Noren pulak.

     Damia geleng kepala. Memang nampak perfect. Tapi, kalau dah tau perangai sebenar, Masyaallah.. Menyampah dia tengok semua pekerja perempuan dok memuji-muji lelaki itu. Pasti lepas ni akan jadi berita hot. Grenti punya!

     Saat hati menyampah tahap dewa, masa tu lah mata Damia bertentang dengan Tengku Aaron. Sempat Tengku Aaron bagi senyuman gulanya.

     “Oh, before I forget! Alang-alang saya dah datang sini,saya nak jemput awak semua ke majlis pertunangan saya dengan Damia Farisha hujung bulan depan.”

     Suasana di pejabat Raffi Holdings tersampuk sepi. Damia terkedu. Bulat matanya merenung Tengku Aaron. Betul-betul tak sangka Tengku Aaron berani berkata sebegitu. Terdengar suara-suara berbisik.

     “Err.. sayang, awak belum cakap lagi ya pasal kita?” soal Tengku Aaron. Kononnya bunyi macam serba salah. Kononnya la.. Semua mata memandang Damia. Konfem Damia Farisha ni yang dimaksudkan.

     “Nampaknya saya dah terlepas cakap. Sorry, sayang.” Tengku Aaron tersenyum sinis memandang Damia. Tak peduli jelingan maut yang diberi wanita itu.

     Suasana kembali reda bila Tengku Aaron diajak Encik Raffi masuk ke biliknya.
---------
“Waa.. tahniah, Mia. Tak sangka pulak dah sejauh ni hubungan korang,” ucap Aliza. Muka dah excited macam dia je yang nak bertunang.

     “Betul.. Beruntungnya kau. Pandai betul kau sorok, ya? Kononnya takde apa-apa,” sokong yang lain.

     “Nasib baik la Tengku Aaron terpecah rahsia. Kalau tak memang kau takkan cerita, kan? Sampai hati belakangkan kitorang.” Noren buat-buat sedih.

     Tension Damia dibuatnya. Suraya yang dah tergelak sakan tak dipedulikan. Kalau tak, memang boleh gugur semua rambut cantik dia tu. Dia tak sempat nak sangkal apa-apa dah. Berita tak sampai lima minit tadi dah tersebar satu pejabat ni. Bahaya sungguh bias mulut Tengku Aaron ni.

     Damia hanya diam bila semua orang mengucapkan tahniah kepadanya. Rasa nak terajang je Suraya yang paling dekat dengannya. Langsung dia tak senang dengan ucapan-ucapan tu. Dah rasa macam terkena sempahan pun ada!

     “Gila. Betul aku tak sangka dia dah berani spread the news. Memang kau tak boleh lari la, Mia.”

     Nak ketawa Suraya tengok wajah bengang Damia. Biasanya kawannya tu asyik selamba dalam semua hal. Tak de feeling habisan. Kesian.

7 comments:

  1. bapak laju tindakan aaron .. gudjob aaron!

    ReplyDelete
  2. #gubrakk
    jatuh katil !
    Peeergh aaron ni kan, memang selchicken la i rasa. Hahaha

    ReplyDelete
  3. fasterrrr thannnnzzzz gilerrrrzz arron..but sweeettttzz whatttzzz..bravo

    ReplyDelete
  4. Cheryel Charissah12 November 2013 at 10:32

    well..hebat betul aaron tu haha

    ReplyDelete
  5. melting gila :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )