Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 13 October 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 5)

BAB 5

Mata bertentang mata. Orang kata, dari mata turun ke hati. Tapi dalam situasi mereka berdua ni, nampaknya kena ditukar menjadi, dari mata rasa nak ditonyoh-tonyoh orang depan muka sekarang ni.

Harraz tak membalas apa-apa dengan pertanyaan Nurin. What she needs to do on her first day, ya? Persoalan tu terus bermain dalam kepala. Hidup ni terlalu bosan kalau everything is running smoothly, kan? Jadi.. Harraz tahu apa yang dia nak lakukan.

Hari pertama kerja ya? Apa budak ni nak buat, ya?

Harraz senyum misteri sambil pandang muka tenang Nurin. Hmm.. perempuan ni terlalu tenang dan dia akan cuba goyahkan ketenangan itu.

Harraz bangun dari kerusi empuknya. Menapak beberapa langkah dan tegak betul-betul di hadapan Nurin. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya lagak macam bos. Err.. memang bos pun!

Wei.. wei.. apahal pulak mamat ni tetiba je datang dekat aku ni? Hati Nurin sedikit gundah bila tubuh tinggi macam pokok kelapa tu tegak di depannya. Tapi wajah tenang masih cuba ditayang. Kononnya dia tak terkesan langsung dengan Harraz yang dah jadi pak pacak di hadapannya.

Hmm.. kau betul-betul nak tahu apa yang staff baru akan lakukan on first day?” soal Harraz. Dan tak berniat untuk dengar jawapan Nurin.

Nurin diam. Geleng tak, angguk jauh sekali. Cuma pandang sekelilingnya. Mencari senjata kalau-kalau mamat depannya ni berani nak berkurang ajar dengannya. Haa.. dah nampak replika bola golf emas atas meja kerja mamat tu. Dan dah tahu jugak siapa yang bakal masuk operation theatre tengah hari ni gara-gara bola golf tu tak lepas esoagus kalau berani nak macam-macam dengannya!

“Apa dia?” Nurin memberanikan diri bertanya. Taknak kelihatan penakut di depan Harraz. Nasib baik suara dia merdu tak bergetar. Tepat anak mata Harraz ditenung berani.

Harraz senyum lagi. Kemudian jarak yang dekat didekatkan lagi dengan Nurin sehinggakan Nurin terpaksa mengundur ke belakang. Terlanggar meja. Dah tak ada ruang nak mengundur lagi.

“Biasanya kitorang ice breaking. Hmm.. Kitorang keluar makan-makan..” Harraz letak kedua-dua tanganya di kiri dan kanan Nurin. Sengaja memerangkap Nurin di antaranya dan meja kerjanya. Suka hatinya melihat wajah anak gadis itu yang dah mula bertukar riak. Macam nak bukak bunga-bunga silat pun ada.

“Kitorang keluar jalan-jalan..” Tubuh yang tinggi pula mula dibongkokkan. Buatkan Nurin rasa nak menyorok je bawah meja sekarang ni. 

Nurin telan liur. Wei.. kalau kau dekat lagi, memang menyesal kau! Nurin dah tak kira. Kalau Harraz rapat lagi dengannya, memang dia akan naikkan lututnya. Kalau dah naik tu, faham-fahamlah dia aim kat mana! Dia tak kira dah! Pedulilah kalau mamat tu tak dapat tidur sekali pun malam ni.

“Lepas tu kitorang akan…”

Satu.. dua.. Ahh.. gasaklah!

“Har..” Bunyi pintu terbuka dari luar dan Harraz terus tegakkan tubuhnya. Lagak macam takde apa-apa berlaku.

Nurin tarik nafas lega bila Harraz menjauhkan diri darinya. Jantungnya yang berdegup laju cuba ditenangkan. Nasib baik tak berhenti kerja jantungnya. Kalau tak, tak pasal-pasal wassalam dia hari ni.

Nasib baik kau, Harraz. Nasib baik jugak lutut sempat dibrek. Baik punya timing. Terima kasih pada tukang bukak pintu tu. Kalau tak memang merana Harraz gara-gara penangannya.

Farhan hanya pandang mereka berdua silih berganti. Apa dah jadi? Err.. dia tersalah masuk ke? Pandang perempuan depan Harraz sekali lagi. Eh, Cik Arkitek la! Senyuman manis diberi. Dibalas juga oleh perempuan tu walaupun nampak agak terpaksa. Hai.. apa la sepupu aku dah buat kat Cik Arkitek ni sampai muka nampak macam lepas kena kejar zombi je? Kalau toreh muka Cik Arkitek pun agaknya darah pun bagi salam dulu baru nak keluar.

“Haa.. kau! Nak apa?” Macam takde apa-apa berlaku, Harraz bertanya kepada Farhan.

Err.. sorry, bos! Kejap lagi aku masuk.” Farhan terus keluar.

Berkerut dahi Harraz sekejap. Sewel ke demam sepupu aku hari ni? Bos? Entah apa-apa la Farhan ni!

Tinggal Harraz berdua dengan Nurin. Senyum sinis dihadiahkan kepada Nurin. Nak tergelak dia melihat muka Nurin yang dah tak tahu nak cakap warna apa tu. Huh.. kalau dah perempuan tu, perempuan la jugak. Pantang lelaki goda sikit, mulalah nak gelabah.

“Tapi, kau jangan bimbang. Kes kau ni dikecualikan. Aku pun takde hati nak ice breaking dengan kau. Buat patah selera aku je..”

Nurin mencebik dalam hati. Blah la kau.. ingat aku nak sangat? Kalau pun ada, aku rasa probality nak jadi head breaking tu dah 99.9% kalau berani nak kurang ajar dengan aku. Ingat aku ni perempuan macam apa? Tadi tu pun nyaris-nyaris tahu? Nasib baik Allah selamatkan kau!

“Pandai-pandailah kau hidup dalam syarikat aku ni.” Harraz berkata lagi sebelum tekan interkom. Seru PAnya untuk masuk menghadap.

  -----------

Tak lama lepas Nurin keluar, Farhan kembali masuk ke dalam pejabat Harraz. Ketika itu Harraz sedang duduk di atas kerusi empuknya. Harraz angkat kepala bila dengar pintu biliknya dibuka. Macam yang diagak, Farhan. Entah apa mimpi mamat tu datang pejabatnya hari ni.

“Ada apa kau datang jumpa aku?” soal Harraz. Farhan cuma sengih. Kemudian tarik kerusi di hadapan  Harraz.

“Weh.. Cik Arkitek tu datang buat apa?” Farhan tak jawab soalan Harraz. Dia pula yang bertanya.

“Hah? Cik Arkitek?” Harraz blur.

“Maksud aku Nurin.” Farhan betulkan ayatnya.

Oo.. budak tu ke? Dia kerja sini mulai hari ni.”

“Eh? Bukan ke kau cakap dia flunk ke semalam?”

“Memang.. tapi terus lulus lepas daddy aku masuk campur.” Huh! Sakit pulak hari Harraz bila ingat balik.

Farhan tergelak. Buat Harraz rasa macam nak lastik je mulut mamat tu.

“Haha.. patutlah kaki aku macam gatal je nak datang sini, nak tunjukkan Nurin rupanya.” Farhan sengih lagi. Entah apa yang ada dalam kepalanya.

“Yang kau happy sangat ni kenapa?” Harraz pelik.

“Wei.. mestilah happy. Ada awek baru masuk kut. Takdelah bosan aku nak mengadap orang sama je tiap kali datang office kau.”

“Suka hati kau la. Yang kau datang sini kenapa?” Harraz kembali bertanya soalan yang belum dijawab Farhan.

“Biasalah. Aku bosan dok rumah. Takde orang. Mama aku macam biasalah entah fashion show mana entah dia involve hari ni. Papa aku pergi office. Tinggal bibik aku je. Dahlah berdua dengan dia. Pandang aku pun dah lain macam. Ee.. seram aku!”

Harraz ketawa bila dengar cerita Farhan. Kelakar betul sepupu aku ni! Kata layan je semua perempuan? Haha..

“Takpelah.. aku taknak kacau kau. Aku nak pergi kacau staff baru kau.” Farhan sengih lagi. Harraz malas nak komen apa-apa. Dah maklum perangai Farhan. Bila dah bosan, tahulah sepupu dia tu nak berhenti. Hanya mata memandang Farhan yang menutup pintu biliknya dari luar.

  --------------

Arghhh… stresnya Nurin rasa sekarang ni! Rasa macam nak terjun bangunan. Eh.. tak boleh. Tak boleh.. tu bunuh diri namanya! Dosa besar.

Tapi.. huh.. Nurin mengeluh lagi. Baru dua jam dia masuk pejabat ni, rasa macam nak lari balik rumah sekarang. Rasa macam nak pergi hantar surat letak jawatan pun ada.

Nak tahu kenapa dia boleh rasa stress sampai macam ni? Sebab utamanya adalah sudah tentu la CEO syarikat ni yang tak pernah mengalu-alukan kedatangannya. Kalau dah big boss tunjuk taring macam tu, anak buahnya pun turutlah asah taring jadi macam tu. Apa omputih cakap? Like boss like staffs.

Err.. toilet kat mana ya?” Lembut je Nurin bertanya kepada salah seorang staff perempuan yang kebetulan lalu ketika dia tengah merayau-rayau mencari tandas. Tapi dibalas pulak macam ni!

“Hei.. you ingat I ni tukang cuci toilet ke you nak tanya macam tu?” Dan minah tu terus blah.

Ternganga jugak Nurin dua saat. Waa.. apa salah aku? Tanya toilet kat mana pun kena marah ke? Haish.. syarikat besar ni payah jugak! Cari toilet pun sesat.

Tak cukup dengan yang tu..

“You staff baru tu, kan?” Baru je Nurin angkat muka, sehelai kertas diletakkan di atas meja kerjanya. “Taipkan untuk I. Sejam lagi I datang ambik.” Dan minah tu blah.

Dan Nurin ternganga lagi. Memang perangai staff kat sini ek, lepas cakap dengan orang terus blah? Wei.. aku bukan kerani la! Huh.. nak taknak Nurin siapkan jugak. Memang staff baru kena buli macam dia ke? Nak menangis Nurin rasa.

Pap! Rasa macam ada benda berat terhentak kat meja kerjanya. Nurin pandang muka perempuan yang tengah berdiri di depan meja kerjanya. Siapa pulak minah ni? Nak apa pulak ni? Nurin dah dapat rasa bala yang bakal menimpanya bila pandang kertas yang bertingkat-tingkat tu.

“You takde kerja, kan? Nah.. ambik kertas ni, fotostat satu copy. Lepas lunch, bos nak,” arah perempuan itu lagi. Macam perempuan-perempuan sebelum ni, lepas tu terus blah.

Waa.. bala dah datang. Huh.. baru je nak rehat kejap. Dah sampai bala baru. Nurin pandang kertas yang boleh tahan tingginya. Ni dah bukan duit den bertingkek-tingkek.. ni dah jadi kertas den bertingkek-tingkek. Nurin bangun. Patuh juga meskipun hati separuh ikhlas.

Nurin perasan satu perkara. Mesin fotostat kat mana letaknya? Adoi.. rasa nak tepuk dahi mengenangkan kebodohan diri. Bukannya reti nak tanya orang. Main jalan je aku ni. Adoyai..

“Adoi..” Nurin terkejut bila dia terlanggar seseorang. Habis berterabur kertas di tangannya.

Sorry.. sorry..” ucap Nurin cepat-cepat. Sedar kesalahan diri. Tambah pulak dengan pearangai staff sini yang sorang pun dia masih tak jumpa punya adab yang betul. Silap-silap hari bulan kena maki.

Tapi, lain pulak kali ni.

“Eh.. saya yang patut minta maaf sebab main jalan je tadi,” balas  si pemilik suara itu. Kemudian dia turut duduk menolong Nurin menyusun kertas yang berterabur.

Nurin pandang pemilik suara itu. Lelaki itu senyum buatkan Nurin sedikit tergamam. Terus terhenti tangan Nurin yang tengah susun kertas. Eh.. dia ni? Mamat dalam lif. Nama apa ya? Farhan kalau tak silap.

Farhan cuma selamba. Macam takde apa-apa yang berlaku. Kesudahannya kertas yang dikutipnya lebih banyak daripada Nurin.

“Kertas ni nak dibawa ke mana?” soal Farhan.

“Mesin fotostat. Err.. awak tahu tak mana letaknya mesin fotostat tu?”

Oo..” Cuma itu dibalas Farhan sebelum dia bukak langkah.

“Eh.. eh.. nak ke mana tu?” Farhan berhenti melangkah.

“Laa.. kata nak ke mesin fotostat.”

“Tapi.. biar saya bawa kertas tu,” kata Nurin enggan menyusahkan Farhan.

“Alah.. setakat nak angkat kertas ni, tak dislocate bahu saya punya.” Farhan sambung jalan.

Nurin cuma mengikut dari belakang. Farhan pusing kanan, dia pusing kanan. Farhan pusing kiri, dia pusing kiri. Kalau Farhan terjun lombong agaknya dia pun turut terjun lombong. Jauh betul letaknya mesin fotostat ni!

Dan bila sampai depan mesin fotostat, kedua-duanya diam. Nurin garu-garu kepalanya. Dia pandang Farhan.

Err.. awak tahu tak cara nak guna mesin ni?” soal Nurin.

Farhan turut garu kepalanya yang tak gatal. Memang tak la dia nak tahu cara-cara nak guna benda alah ni. Tahu kedudukan mesin ni pun kebetulan je sebab dia pernah mengayat kerani yang pernah jaga mesin ni dulu.

Farhan geleng kepala.

Hmm.. kalau macam tu, takpelah. Awak sambunglah kerja awak. Saya taknak ganggu.” Nurin kembali tenung mesin tu. Sekarang ni siapa boleh tolong dia guna benda ni? Patut google ke cara-cara menggunakan mesin fotostat?

Tak sampai hati pula Farhan melihat Nurin. Bukannya dia tak nampak betapa kesiannya Nurin hari ni. Dari jauh dia memerhati dan ingin menegur Nurin tapi masa tak mengizinkan. Sampai-sampai boleh terlintas dalam kepalanya, nak buat ala-ala drama TV. Sebab tu la dia sengaja langgar Nurin sampai-sampai semua kertas berterabur. Lepas tu buat-buat tolong and then berkawan. Dan tak sangka semuanya berjalan macam dirancang. Bila dah dapat peluang, takkanlah semudah tu je dia nak buang?

“Takpe, Cik Nurin. Biar saya tolong apa-apa yang patut.”

“Awak takde kerja ke?” soal Nurin pelik.

“Saya memang tak kerja.”

“Habis.. awak kat sini buat apa?”

Err.. maksud saya, saya memang takde kerja sekarang ni.”

“Awak kerja apa kat sini?” Nurin pandang pakaian Farhan yang begitu santai ala-ala nak pergi jumpa member ajak lepak. Macam apa yang dipakai Farhan semalam. Macam bukan staff office ni je yang berkemeje berslack dan bertie bagai.

Oo.. saya driver Harraz.” Selamba Farhan berbohong.

Driver?” Nurin tak percaya. Mak ai.. driver bukan main handsome kut! Adoi.. kenapa? Driver tak boleh handsome ke? Apa daa kau ni, Nurin. Lagipun, bukan ke Farhan panggil Harraz bos ke tadi?

“Kenapa? Tak sudi nak berkawan dengan saya ke?” Farhan buat ayat kesian.

“Eh, takdelah. Saya macam tak percaya.”

“Sebab saya handsome sangat nak jadi driver ke?” Farhan seolah-olah membaca hati Nurin. Terkejut juga Nurin bila Farhan cakap macam tu.

Haish.. mengarut! Saya ingat awak kenalan rapat Encik Harraz..” Farhan cuma sengih tak bersalah.

“Kami memang rapat. Sebab dari kecik lagi kami membesar bersama.” Tak pula dia nak mengaku dia sepupu Harraz.

“Saya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada jugak yang baik dengan saya.” Nurin senyum. Selain Eves, si PA Harraz, Farhan la orang kedua yang sudi bercakap baik-baik dengannya.

“Kenapa? Orang lain layan awak macam mana?” Farhan buat-buat tanya.

“Semua macam tak suka saya.” Muka Nurin agak masam. Tak boleh dibayangkan hari-hari mendatang macam mana.

“Biasalah tu. Awakkan masih baru. Masa ni la nak buli awak. Awak tak payah kisah la. Sayakan ada.” Farhan berlawak. Nurin juga ketawa. Senang dengan Farhan yang peramah dengannya.

“Sekarang ni, kita cari cara macam mana nak guna mesin ni,” sambung Farhan lagi.

   -------------

“Tekan butang ni, lepas tu tekan butang hijau.” Selepas itu, Nurin mendengar mesin besar di depannya sekarang ni berfungsi.

Yes..” Nurin gembira sebab dah tahu cara-cara untuk mengoperasikan mesin fotostat itu. Yes.. dah tak sakit kepala kalau orang nak buli dia suruh fotostat banyak-banyak lepas ni. Hehe..

Farhan di sebelahnya turut tersenyum melihat tingkah Nurin. Hai.. dapat tahu cara nak guna benda ni pun gembiranya macam nak kena kahwin dengan anak raja ke? Tak faham aku! Bagi Farhan, Nurin pelik. Tapi menarik.

“Terima kasih kat awak, Farhan. Kalau awak tak tolong tanyakan, saya rasa payah saya,” ucap Nurin. Memang dia sangat berterima kasih kepada Farhan.

Tadi.. disebabkan Farhan la dia dapat tahu cara-cara nak gunakan mesin ni. Farhan yang baik hati untuk bertanya kepada kerani syarikat ni, dan dia tengok bukan main lembut si kerani tu menjawab pertanyaan Farhan. Berbeza betul layanan kepada Farhan. Nurin rasa sebab Farhan ni handsome kut. Sebab tu la kena control ayu. Adoi.. dunia ni tak adil betullah!

“Alah.. no hal la. Setakat tanyakan tu je. Saya pun bosan tak tahu nak buat apa. Lagipun, kitakan kawan. Kalau Nurin nak saya tolong teman dan hiburkan Nurin satu hari ni pun sanggup.” Farhan tergelak.

Nurin cuma sengih. Boleh tahan mengayat mamat ni. Macam semalam jugak perangainya. Nurin buat tak layan. Taknak bidas balik sebab Farhan dah banyak tolong dia hari ni.

   -------

Mana pulak mamat ni menghilang? Harraz pandang kiri kanan. Bayang sepupunya pun tak nampak. Batang hidungnya lagilah tak nampak. Harraz jeling pula jam di tangannya. Dah nak dekat lunch hour. Takkan dah balik kut? Biasanya Farhan akan cari dia sebelum balik. Paling tak pun pasti menelefonnya.

“Ada nampak Farhan tak?” soal Harraz kepada Eves. Eves geleng kepala.

“Hih.. si Farhan ni pun satu. Pakai telefon bukan main canggih. Aku call bukannya reti nak angkat.” Harraz membebel sendiri sambil tangan ligat menekan nombor telefon Farhan.

Harraz terpandangkan meja Nurin. Kosong. Haa.. budak ni pun sorang. Mana perginya? Takkan dah lari balik rumah kut? Oo.. baru teringat sesuatu. Farhan cakap dia nak kacau Nurin tadi. Memang dia kacau Nurin betul-betul ke sekarang ni?

Kalau betul, apalah si Farhan buat dengan Nurin? Tiba-tiba Harraz jadi bimbang. Jangan pulak la Farhan lakukan apa-apa kat Nurin. Bukannya boleh percaya sangat dengan Farhan. Kalau jadi apa-apa kat budak tu, apa aku nak jawab kat daddy nanti?

“Nurin mana?” soal Harraz kepada Najie, pekerjanya yang duduk di sebelah meja kerja Nurin.

“Kalau tak salah, dia pergi fotostat kertas tadi.”

Harraz terus berlalu. Dari jauh lagi dia mendengar suara lelaki dan perempuan yang cukup dikenalinya tengah bergelak ketawa. Harraz berhenti beberapa meter di belakang mereka berdua.

Ewah-ewah.. sempat si Farhan jual minyak ya? Dan si Nurin ni pulak, amboi-amboi.. melayan nampak? Sakit pulak mata dan hatinya melihat gelak ketawa yang bahagia di depannya sekarang. Amboi-amboi.. sampai tak perasan derap kasutnya yang dah beberapa minit bertapa kat belakang mereka.

Ehemm..” Harraz sengaja berdehem kuat. Diabiarkan lagi, agaknya sampai malam dua orang manusia ni ketawa.

Nurin dan Farhan segera menoleh ke belakang bila mendengar suara itu. Terkejut juga Nurin bila melihat wajah tegang Harraz yang tengah berdiri di belakang mereka. Err.. dah lama ke dia kat situ? Nurin tertanya-tanya sendiri.

“Haa.. kau, Farhan! Kat sini rupanya menghilang. Puas aku cari, tahu tak? Aku ingat sesat kat mana tadi. Aku call bukannya reti nak angkat. Lepas ni, balik rumah kau telan handphone kau tu. Perut pun kenyang.” Harraz membebel sambil mata pandang Farhan.

Nurin rasa bersalah bila melihat muka Harraz yang marah tu. Kesian pula Farhan kena marah. Dahlah sebabnya Farhan berada di sini.

Tapi dilihatnya Farhan hanya senyum je bila kena marah. Macam dah immune je lagaknya.

“Ada apa cari aku?” soal Farhan.

“Dah lunch hour. Jom teman aku makan.”

Orait, bos!” Farhan tabik Harraz.

Mata Harraz beralih pada Nurin.

“Haa.. kau! Jangan nak menggatal. First day pun dah nak layan jantan ke? Aku ambik kau kerja untuk kerja. Bukan untuk mengayat. Faham tak?” bidas Harraz.

Ayat tu.. ayat tu… Sesungguhnya sekarang ni Nurin rasa macam nak je sumbat muka Harraz dalam tempat letak kertas mesin fotostat ni. Geramnya! Ingat aku ni apa? Nurin rasa semua darahnya naik ke muka. Menggelegak sampai ke kepala. Nak je dia bidas balik sampai terbisu mamat tu! Tapi, mengenangkan Harraz adalah bosnya, dia terpaksa menahan semuanya. Selagi dia boleh tahan, dia akan cuba bertahan!

“Bos.. jomlah! Kita nak makan kat mana hari ni?” Farhan cuba menenangkan suasana. Kesian Nurin kena marah.

Harraz pandang Farhan. Haa.. mamat ni sorang yang aku tak faham.

“Bos? Kau ni kenapa hari ni? Dari tadi lagi…” Belum sempat Harraz habis berkata, Farhan tutup mulut Harraz dengan tangannya.

Shh… jangan banyak bercakap, bos. Nanti makin lapar. Rasa macam nak makan lamb chop la hari ni. Jom..”

Sempat sengih kat Nurin. “Nurin, kami pergi dulu. Bos kita ni kalau perut lapar, memang macam ni. Chipp.. chipp.. chipp.. kuat membebel. Bye.” Terus Harraz ditarik sebelum semuanya terburai. Tak tahu kenapa, tapi dia taknak Nurin tahu dia adalah sepupu Harraz.

Nurin yang melihat situsasi itu agak tergamam. Err.. dorang memang nampak rapat!

==========

ASSALAMUALAIKUM...

Firstly nak minta maaf sebab dah lama tak up entry..

EKSPERIMEN CINTA pun dah publish. Anjell dah tunaikan janji meskipun agak lambat. Then i think i need some rest for a while. Cewahh.. hehe.. Hmm... tak tahu keputusan ni betul ke tak. Cuma nak cakap, Anjell sekarang ni rasa macam nak pause or berhenti or hibernate kejap dari dunia penulisan. 

Janganlah ditanya mengapa dan kenapa ya sebab memang rasa nak berhenti kejap. Kalau yang bertanya berapa lama, saya akan cakap maybe ONE to TWO YEARS. Rasanya tak lama kut..

Jadi.. JANGANLAH TANYA SAYA LAGI BILA NAK UPDATE SPS, TPI or 7 LELAKI.. Or luahkan kekecewaan bila saya lambat update entry. 

Maaf kalau ramai yang tak berpuas hati. Saya susun sepuluh jari untuk pohon kemaafan.. 

Tapi.. bila mood menulis nak datang, insyaAllah saya akan sambung. Tapi.. jangan berharap pulak. Sebab probabilitynya sangat sikit..

Pasal novel SPS?? Dont worry.. Anjell akan penuhi janji. I promise you to publish SPS but, I dont promise you when.. So maybe in one year or two years coming.. InsyaAllah.. selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT.

Akhir sekali, SALAM AIDIL ADHA... AND SELAMAT MEMBACA..

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBELI DAN MEMBACA NOVEL EKSPERIMEN CINTA SAYA... :)

Sunday 18 August 2013

Tundukkan Playboy Itu (BAB 4)

BAB 4

“Tak guna punya spesis. Sepatutnya spesis macam tu, kena sumpah jadi biawak hidup.” Rasa marah Nurin dah lama dipendam sejak mengadap Harraz Naufal lagi. Terbawa-bawa sampai rumah.

Nurin hempas tubuhnya atas katil. Kemudian ambil bantal peluk patung anak harimau, letak atas muka. Tak tahu rasa hati sekarang ni. Nak menangis pun ada mengenangkan usaha kerasnya yang bagaikan langsung tak dihargai Harraz.

Harraz.. ya nama mamat tak guna tu Harraz Naufal. Nama punyalah cun. Tak kena langsung dengan perangai! Agaknya Uncle Mukhriz tersalah letak nama agaknya. Entah-entah mamat tu bukan anak kandung Uncle Mukhriz. Sebab tu la perangai tak sama langsung.

Pejam mata. Terbayang terus muka kacak maut Harraz tengah senyum sinis. Menempah maut betul! Buka balik mata! Ya Allah.. sakitnya mata dan hati! Kenapa kena kenal mamat tu? Harap muka je handsome, tapi perangai macam hantu Kak Limah balik Amerika!

Huh.. tak payah fikir, Nurin! Kau dah takkan jumpa dia dah lepas ni.

   -----------

Dum! Dum!

Puan Norseha yang baru jejak kaki masuk rumah berhenti. Dia pandang anak keduanya yang tengah melayan cerita cina di ruang tamu.

“Eh, Angah! Bunyi apa tu?” soal Puan Norseha.

Dum! Dum! Sekali lagi dia dengar benda yang sama. Kali ni dia yakin datang daripada bilik anak sulungnya. Eh.. dah balik ke?

“Anak sulung umi la tu. Dah cukup bulan terang mengambang, sebab tu la dia  jadi macam tu.” Selamba Ariana menjawab. Dah cukup maklum dengan perangai kakak sulungnya itu.

“Kenapa? Apa dah jadi dengan Ayong?”

Ariana angkat bahu. Tak tahu! Dia pun malas nak tanya. Karang tersilap hari bulan, dia juga yang kena marah balik. Bukan tak tahu angin monsun Barat Daya kakak dia tu. Sekali datang, memang kena libas semua. Huh.. garang mengalahkan mak singa hilang anak!

“Umi tanyalah dia sendiri. Something happened kut masa interview tadi,” balas Ariana.

  -----------

Sekuat hati Nurin baling bola kecil berwarna hujau kekuningan tu ke dinding. Tepat kena pada kertas A4 yang dah dilukis orang lidi. Meskipun hanya orang lidi, tapi memang dah disetkan dalam kepalanya yang tu adalah Harraz. Nurin baling bola tenis tu sekuat hati. Rasa macam dia tengah baling betul-betul kat muka kacak Harraz Naufal.

            Mamat tu sombong sebab hidung dia tinggi kut. Ni kalau kena hidung tinggi mamat tu, ada bagusnya jugak! Biar patah lepas tu rendah sikit. Barulah tak sombong.

Bunyi pintu ditolak dari luar. Masa tu tepat bola tenis dalam tangannya. Nurin pandang uminya yang masuk. Terus berhenti baling.

Puan Norseha mendekati anak sulungnya yang tengah duduk bersila di tengah-tengah katil. Kalau tengok muka anaknya tambah pula dengan bola tenis di tangan, dah dapat diagak anaknya tengah melepas geram. Mesti fail interview ni!

“Dah takde rezeki, Ayong. Allah yang tentukan setiap rezeki.” Puan Norseha duduk di tepi katil Nurin.

Huh.. Nurin mengeluh. Bola tenis diletakkan tepi meja. Kalau setakat gagal tu dia takdelah kisah sangat. Tapi, dia rasa macam dipermainkan sebab tu la dia rasa geram sangat.

“Ayong tahu. Ayong tak kisah sangat kalau fail. Tapi perangai mamat tu yang Ayong geram.  Umi tahu dia cakap apa? Kalau Ayong nak kerja kat syarikat dia tu, Ayong kena bukak tudung. Lepas tu pakai baju entah apa-apa,” cerita Nurin geram.

Seriously?” Puan Norseha nampak terkejut.

Serious la, umi. Ayong rasa mamat tu bukan anak Uncle Mukhriz la. Sebab tu la perangai macam melaun. Tak sama langsung dengan Uncle Mukhriz. Ada gene yang terencat agaknya dalam kromosom mamat tu. ” kutuk Nurin selamba.

 “Hish.. budak ni. Tak baik cakap macam tu,” tegur Puan Norseha.

Sorry.. geram sangat.”

“Mungkin takde rezeki Ayong kat situ. Mungkin Mukhriz tak tahu anak dia akan buat Nurin macam tu.”

“Nurin pun memang taknak kerja kat situ. Macam tak boleh ngam je lepas tengok staf-staf syarikat tu tadi. Memang menderita zahir batin rasanya.” Terbayang balik suasana pelik syarikat Harraz Holdings tadi. Tak kena dengan jiwanya dan gayanya yang muslimah.

“Dahlah.. rasa lapar la pulak, umi. Jom Ayong tolong masak.” Nurin bangun.

Mood Nurin dah okay. Tersenyum Puan Norseha tengok anaknya. Macam tu la perangainya. Kejap je dia akan marah. Lepas tu semua akan kembali macam biasa.

   ------------

“Harraz.. masuk bilik kerja daddy sekarang!” perintah Tan Sri Mukhriz mandatori. Belum sempat Harraz balas, daddynya dah masuk balik bilik kerjanya.

Harraz yang baru nak keluar rumah terus tak jadi. Mengeluh kejap. Huh.. terkurung lagi la aku malam ni! Dapat dirasakan apa yang bakal daddynya katakan. Pasal budak Nurin tu  agaknya. Cepat betul report sampai. Tak sampai 24 jam pun lagi. Serius sangat agaknya sebab tu kena seru masuk bilik kerja.

Nak taknak, Harraz ikut masuk bilik kerja daddynya. Serius nampak muka daddynya.

“Ada apa daddy?” selamba si anak bertanya.

“Apa kamu buat kat Nurin?” Tinggi suara Tan Sri Mukhriz bertanya.

Sakit betul hatinya bila dia menelefon Encik Sufian tadi. Memang sengaja dia menelefon sebab mahu tahu sama ada Nurin diterima kerja atau tak. Panas rasa hati bila Nurin tak diterima kerja. Dia berjanji yang Nurin akan diterima kerja di syarikat anaknya. Tapi, apa yang dibalas Encik Sufian mengecewakannya.

“Takpelah.. Mukhriz. Dah takde rezeki anak aku nak kerja kat sana. Anak aku cakap dia pun taknak kerja kat sana. Aku pun tak tahu kenapa dia cakap macam tu…”

Tan Sri Mukhriz tahu kenapa. Sebab budak depan matanya sekarang ni la! Mesti ada sesuatu yang Harraz lakukan sampai-sampai Nurin dah macam serik nak jejakkan kaki ke syarikat tu. Apa yang digerunkan adalah kalau-kalau Harraz cuba mengambil kesempatan kat Nurin. Yalah.. Nurin tu cantik. Anaknya pulak pantang nampak perempuan cantik.

“Buat apa?” Harraz buat-buat tak tahu. Memang dah dapat diagak dah mesti pasal Nurin. Apalah budak tu mengadu kat daddy ni?

“Kenapa Nurin cakap dia dah taknak kerja kat syarikat Harraz?”

“Manalah Harraz tahu. Memang dia gagal dalam interview tadi. Apa boleh buat?”
“Harraz ada buat benda-benda tak senonoh kat Nurin ke?” Mencerun mata pandang anaknya.

Eyeww.. tolonglah daddy. Not my taste.” Selamba Harraz jawab. Faham maksud daddynya.

“Habis tu? Apa yang Harraz buat?”

“Macam biasa je. Harraz cakap pasal etika pakaian kerja kat syarikat Harraz. Mana boleh tutup-tutup kat syarikat Harraz. Semua staf mesti pandai bergaya. Harraz cakap kat dia, kalau nak kerja, kena bukak tudung. Tapi dia taknak. So, apa boleh buat?”

Ya Allah.. anak aku ni! Tan Sri Mukhriz raup muka. Sabar je la hati. Rasa nak bagi penampar je kat muka anaknya tu. Tapi, mengenangkan semuanya berpunca daripada didikannya, Tan Sri Mukhriz hanya mampu mengeluh.

“Kamu ni makin melampau  la Harraz. Daddy tak kira. Esok Nurin masuk kerja kat syarikat kamu!” arah Tan Sri Mukhriz tegas.

Daddykan dah janji yang daddy akan terima keputusan Harraz sekali pun budak tu gagalkan?”

Daddy tak kira. Daddy nak Nurin kerja esok!”

“Kalau Harraz taknak? Tu bukan syarikat daddy,” cabar Harraz.

“Ya.. memang bukan syarikat daddy. Dan daddy pun rasa macam dah taknak terlibat langsung dengan syarikat tu.”

“Apa maksud daddy?” Harraz rasa macam dia faham apa yang dimaksudkan Tan Sri Mukhriz.

Daddy akan tarik diri daripada jadi share holder kalau Harraz tak ambil Nurin kerja. Kamu pun tahu Harraz. Kalau daddy tarik diri atau jual kat orang lain, absolutely you will say goodbye to your CEO of Harraz Holdings title.”

Daddy ugut Harraz?”

“A’aa.. daddy tengah ugut Harraz.”

Daddy won’t dare..”

Who says so? Besok juga daddy boleh sign surat jual beli share tu. Dengar-dengar ramai yang berminat. Apalah sangat kalau syarikat tu jatuh kat tangan orang lain. Syarikat daddy ada. Selalu mengalu-alukan kedatangan Harraz.”

Harraz genggam penumbuk. Geram! Tak tahu nak cakap apa dah sebab tahu apa yang dikatakan Tan Sri Mukhriz semuanya benar belaka. Mana mungkin dia benarkan syarikat kesayangan dia tu jatuh ke tangan orang lain.

“Kenapa beria-ia sangat daddy nak budak tu kerja dengan Harraz? Sampai-sampai sanggup ugut Harraz demi dia?”

“Sebab daddy hutang nyawa dengan keluarga Nurin. Dulu daddy pernah accident. Kalau bukan disebabkan ayah Nurin yang sanggup menderma darah dulu, mungkin sekarang ni Harraz dah tak jumpa daddy.”

Ternganga Harraz dengar. Tak pernah pulak dia dengar pasal hutang nyawa ni. Another story line ke apa?

So memang sepatutnya daddy lakukan yang terbaik untuk anaknya pulak. Tak susah Harraz. Just let Nurin come working tomorrow.”

So, how?” Tan Sri Mukhriz dah dapat rasakan kemenangan akan berpihak padanya. Yakin tak sampai seminit, Harraz akan bersetuju. Harraz terdiam sekejap.

9.30 am tomorrow. Sharp!” Arghhh… terpaksa jilat ludah balik! Harraz terpaksa mengalah. Tan Sri Mukhriz tersenyum kemenangan.

Lepas je Harraz berkata, dia terus berlalu. Malam ni patutnya dia bergembira sakan sampai pagi supaya hilang semua stress!

Daddy memang tak sayangkan Harraz!” Pintu bilik dihempas kuat sebagai tanda protes.

Menggeleng kepala Tan Sri Mukhriz melayan perangai anak tunggalnya tu. Tengah panas, semua pun nak dihempasnya. Tak berubah-ubah. Dasar anak muda. Ego! Kejap lagi sejuklah dia tu.

Sebab daddy sayangkan kamulah, Harraz, daddy buat macam ni!

  ----------

“Kenapa dengan Harraz? Merah benar muka dia.”

Puan Sri Rosell yang baru nak menghantar kopi ke bilik kerja suaminya bertanya. Kebetulan bertembung dengan anak terunanya depan pintu masuk. Nasib baik tak terlucut piring cawan dari tangan bila dengar pintu kena hempas depan mata. Belum sempat ditegur, anaknya terus hilang dari pandangan.

“Anak awak.. biasalah. Ada benda yang tak disuka, mana pernah nak cover-cover.”

“Pasal apa dia nak marah?”

“Pasal abang suruh dia ambik Nurin kerja la. Pasal apa lagi?”

So, jadi tak?” Puan Sri Rosell pun berminat nak tahu.

“Mestilah jadi. Kena ugut baru boleh jalan.”

“Abang cakap apa?”

“Abang cakap abang nak jual share kat Harraz Holdings kalau dia taknak ambik Nurin bekerja.”

“Hah? Harraz tak fikir pelik-pelik ke bila abang sanggup cakap macam tu hanya sebab Nurin?”

“Sebab abang cakap abang hutang nyawa dengan Pian. Kalau bukan sebab Pian yang derma darah masa abang accident dulu, mungkin dia takkan jumpa abang lagi. Sebab tu abang kena balas balik kebaikan Pian kat anaknya pulak.”

“Abang pernah accident teruk ke? Bila?” Puan Sri Rosell cuba mengingat balik.

“Awak rasa?” Tan Sri Mukhriz pandang isterinya.

Hish.. abang ni! Tak baik tipu benda-benda macam tu! Jadi betul-betul karang!”

Tan Sri Mukhriz tergelak. “Saja nak ajar budak Harraz tu sikit. Biar dia tahu kalau hutang nyawa, duit berjuta-juta pun takkan pernah cukup. Apa yang penting, Nurin boleh kerja kat sana mulai besok.”

  ------------

Nurin bagaikan tak percaya dengan berita yang didengarinya. Tengah-tengah tak boleh sembahyang, kena kejut awal-awal pagi sangat-sangat menyebalkan hati. Kacau betul orang nak tidur! Beria-ia uminya mengejutkannya bangun. Katanya, dia dipanggil kerja oleh syarikat Harraz Holdings pagi ni.

Mata yang separuh tertutup terus bulat 360 darjah. Tak faham. Harraz Holdings? Bukan ke dia dah gagal semalam?

“Cepatlah bangun, Ayong. Dah pukul berapa ni. Kena masuk hari ni 9.30 pagi. Cepat pergi mandi.” Puan Norseha masih gigih mendudukkan anak sulungnya yang tengah nak terima kenyataan tu.

“Umi.. bukan ke semalam Ayong cakap Ayong gagal ke?” Nurin masih terpinga-pinga.

“Semalam Mukhriz telefon abah. Cakap Harraz dah setuju nak terima Nurin kerja. Abah kamulah ni. Boleh pulak dia lupa nak cakap? Tak pasal-pasal dah kecoh pagi-pagi ni.”

“Tapi.. Ayong taknak kerja kat sana!” Nurin berat hati. Hai.. tengah-tengah taknak ni la dapatkan? Selalu macam ni!

“Jangan nak mengada. Rezeki dah ada, jangan ditolak. Baik Ayong pergi.” Puan Norseha cekak pinggang.

“Umi.. Ayong taknak jumpa mamat tak cukup kromosom tu!”

“Ayong! Sekali pun taknak jumpa Harraz, pergilah demi Uncle Mukhriz. Bersungguh-sungguh dia nak tolong Ayong. Kalau tak terima, apa pulak katanya?”

Berbekalkan kata-kata itulah akhirnya Nurin mandi dan bersiap. Akhirnya kakinya berpijak juga pada lantai berkilat Harraz Holdings untuk kali kedua. Beratnya rasa hati hanya Allah saja yang tahu! Kena pulak mengadap CEO sayrikat ni untuk kali kedua jugak.

“Masuk!”

Suara tu… dah dapat rasa betapa dingin dan beku. Nurin dah memang tawakal dengan apa yang bakal terjadi. Pertama sekali, wajah tenang mesti kena tayang.

Senyap antara mereka. Macam semalam, atas bawah, atas bawah Harraz pandang Nurin. Huh.. dasar perempuan zaman batu! Semalam pokok pisang bergerak. Hari ni dah jadi mascot Digi, kubersamamu ke apa?

Harraz pandang jam mahal di pergelangan kiri.

9.32. Didn’t I tell you to come here 9.30 sharply, did I? What a bad record. First day pun dah ada masalah disiplin ke?” sindir Harraz.

Eleh.. dua minit je pun! Tu pun sebab aku melangut nak dekat sepuluh minit depan pintu bilik kau tadi.

“Kalau Encik Harraz nak buang saya sekarang pun saya tak kisah,” selamba Nurin balas.

“Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku nak buang kau. Tapi bukan main daddy bela kau sampai-sampai aku tak boleh nak buat apa. Apa hubungan kau dengan daddy aku? Kau ni perempuan simpanan dia ke?”

Nurin dah tak heran bila dengar bahasa Harraz yang dah berubah. Dah siap aku kau tu, memang dah nekad lancarkan perang nampaknya. Nurin masih tayang muka tenang. Langsung tak berkutik dengan kata-kata Harraz. Nak mengadap orang macam ni, satu je tipsnya. Jangan tunjukkan muka takut!

“Saya tak tahu apa yang Uncle Mukhriz buat kat awak, tapi saya dengan daddy awak takde apa-apa hubungan. Dia cuma kawan abah saya.”

“Huh.. ingat aku nak percaya? Kau tahu.. kalau aku nak pecat kau tu memang dah tak boleh. So, aku akan pastikan setiap hari kau kat sini kau akan rasa betapa menyesalnya sebab dah kenal aku. Kau akan rasa dah taknak datang sini lagi lepas ni. Kau tak kenal perangai aku macam mana, Nurin.” Harraz bagi amaran tsunami.

Nurin dah boleh rasa betapa kelamnya hari-harinya lepas ni. Sanggup ke dia? Ikutkan hati memang nak lari balik. Nak menangis atas riba umi. Tapi, uminya dah pesan awal-awal supaya bersabar dan ingat Uncle Mukhriz. Macam mana ni? Nak diam dan mengaku kalah ke?

Harraz tersenyum sinis bila melihat gadis itu cuma diam. Takutlah tu. Haha.. dasar perempuan lembik. Kena ugut sikit dah takut. Tak proaktif langsung! Macam ni la kalau perempuan yang bukan moden.

“Hai.. dah kecut perut ke?” sinis Harraz.

Nurin cuma senyum balik. Mana boleh mengaku kalah! Kalau Harraz nak dia menderita dan menyesal, dia cuma perlu pastikan yang lelaki tu tak berjaya. Bukan susah pun. Betulkan niat, Nurin. Kerja kerana Allah.

“Takde apa yang perlu nak kecut perut. Kalau nak mati pun tak perlu rasa takut. Kalau awak buat perkara bukan-bukan kat saya, bukannya susah. Saya report je la kat daddy awak. Daddy awakkan sayang saya. Mestilah dia akan bela saya. Ya tak?” bidas Nurin balik sebelum senyum.

Terus mati senyuman Harraz. Nurin betul-betul bidas kepala dia ni! Mulut perempuan ni.. boleh tahan. Kali pertama Harraz rasa dalam hidupnya dia tak dapat balas balik. Kali pertama dia rasa macam anak tekaknya berikat riben sampai-sampai terkelu nak bersuara.

Okay, Encik Harraz. On my first day, what I need to do?” soal Nurin.

Tak dipedulikan pandangan tajam Harraz. Nampak marah bebenor. Okay.. dengan ini, saya, Nurin Areesa dengan rasminya menjadi musuh Harraz Naufal. Sekian. Bersedialah kau Nurin dengan apa-apa yang mamat tu akan lakukan. 


-------
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN..
JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL EKSPERIMEN CINTA SAYA..
TERIMA KASIH.. :)