Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 14)

BAB14

“Damia.. awak masuk bilik saya sekarang,” arah Encik Raffi. Damia akur. Dia mengekor Encik Raffi dari belakang. Tertanya-tanya kenapa dia perlu berjumpa dengan pengurus besar. Baru nampak muka Encik Raffi yang baru balik dari China.

     “Ada apa ya encik nak jumpa saya?” soal Damia selepas duduk bertentangan dengan Encik Raffi. Lelaki separuh abad itu hanya tersenyum senang.


“How’s your work with Tengku Aaron? Any problem?” soal Encik Raffi.

     “So far… takde masalah lagi kot.” Damia cuba mengingat. Tolak ketegangan yang muncul ketika Tengku Aaron mengugutnya dulu la.

     “Good. That’s why I trust you. Hmm… personally saya belum ucapkan lagi tahniah atas pertunangan awak dengan Tengku Aaron,” ucap Encik Raffi. Damia senyum hambar. Dah beratus kali dah dia dengar ucapan itu. Nanti lepas kahwin agaknya lebih lagi.

     “Thanks..” Hanya itu yang mampu Damia balas.

     “Saya betul-betul tak sangka yang awak bercinta dengan Tengku Aaron. Kiranya memang awak dah tau dari awal la ni Triumph Air milik Tengku Aaron? Patutlah mudah je dia nak bagi sponsor RM300 juta tu.” Encik Raffi tersenyum senang.

     “Saya tak tau pun, encik. Betul-betul terkejut masa jumpa dia hari tu. Tak pernah tau pulak yang syarikat dia Triumph Air,” bohong Damia. Dan kalaulah dia tak dihantar ke sana, mustahil pertunangan ini terjadi. Sigh! “Kalau pun pasal sponsor tu, memang takde kena mengena dengan saya pun. Memang syarikat ni berpotensi nak handle projek international tu,” jawab Damia. Serius dia tak suka bila dikatakan sebagai penyebab Tengku Aaron bermurah hati. Betul! Sebab.. kerana dia jugalah sponsor itu akan ditarik balik jika dia menolak untuk berkahwin dengan Tengku Aaron. Kiranya dia berkorban demi Raffi Holdings dan kerana Raffi Holdings dia terkorban? Pesal lawak je bunyinya? Tak masuk logik akal pun ada. Entahla…

     “Apa-apalah.. tapi saya kena berterima kasih dengan awak sebab dah bawa tuah dalam syarikat ni. Untung Tengku Aaron sebab dapat awak.”

     Damia tersenyum hambar. Tengku Aaron bertuah sebab dapat dia? Tapi dia rasa dialah perempuan yang paling malang dapat Tengku Aaron. Kalaulah ada perempuan lain yang angkat tangan yang sudi jadi pengganti dia, memang dia bagi Tengku Aaron dengan sebelah tangan la! Jadi.. sesiapa yang inginkan suami yang kacak dan kaya macam Tengku Aaron ni, silalah datang berjumpanya, ya? Dialu-alukan kepada seluruh anak dara di luar sana! Tawaran dibuka hingga hujung bulan depan, ya.

     “Hmm… kalau takde apa-apa lagi, boleh saya sambung kerja saya sekarang?” Damia meminta izin.

     “Oh.. sure. Dan saya luluskan half day awak hari ni.”

     “Half day? Bila saya mintak?” Damia bingung. Ada dia mintak ke? Encik Raffi ketawa.

     “Awak lupa agaknya. Kan hari ni Tengku Aaron nak bawak awak cari baju pengantin. Sampai sanggup Tengku Aaron mintak izin dengan saya sebab tak nak tunang kesayangan dia ni kena marah.” Encik Raffi senyum mengusik. Malu Damia dibuatnya.

     “Oh… saya lupa. Thanks again Encik Raffi.”

     Damia senyum geram. Hish.. dia ni! Selalu je buat keputusan tanpa berbincang dulu. Aci hentam ikut suka-duka dia je. Suka sangat kalau buat kerja gila. Rasa nak smackdown orang je! Suka sangat buat kejutan bodoh! Kalau dia ada penyakit jantung, agaknya memang dah lama wassalam dia dalam kubur.
------
“Turun ke bawah sekarang.” Macam biasa, tanpa sempat Damia bertanya, Tengku Aaron dah putuskan talian. Damia geleng kepala. Syarikat punyalah gah. Tapi kedekut kredit rupa-rupanya.

     Dari jauh Damia dapat melihat susuk tubuh Tengku Aaron yang bersandar pada pintu kereta Audi A6nya sambil mengerling jam Chopard di tangan. Segak pula dia dengan cermin mata hitam. Teratur langkah Damia melangkah ke arah tunang ‘kesayangannya’ itu. Masuk kali ini, rasanya kedua kalinya mereka bertentang mata lepas mereka sah menjadi tunangan. Kali pertama lepas peristiwa dia ditampar oleh Sara. Betul-betul tak sangka Tengku Aaron berpihak padanya. Walaupun masuk dalam kereta, teruk dia kena dengan Tengku Aaron. Termasuklah dengan soalan Tengku Aaron yang bertanya, “Sakit lagi pipi tu? Kalau sakit kita pergi klinik…” Apala.. kena tampar pun sampai nak kena pergi klinik ke?

     “Kau ni jalan guna kaki ke, guna hidung? Lama aku tunggu, tahu?” bebel Tengku Aaron seraya menanggalkan cermin mata hitamnya itu. Panas je hatinya kalau mengadap Damia. Tambah pula suhu hari ni pun agak tinggi.

     Damia mencebik dalam hati. Ada ke tanya soalan macam tu? Mestilah guna kaki! Kalau aku jawab jalan guna hidung, barulah dok musykil aku ni homo sapien ke bukan! Membebel je… Macam mak tiri nenek!

     “Mana saya tau awak tunggu kat sini. Saya ingatkan awak tunggu saya kat dalam,” jawab Damia.

     “Ewah.. banyak handsome muka aku? Apa… ingat kau tu puteri Gunung Ledang ke sampai nak kena bentang jambatan emas?” sinis Tengku Aaron. “Dah.. dah.. jangan nak habiskan air liur aku pulak. Cepat naik kereta. Kita nak cari baju pengantin hari ni.”

     Damia hanya akur. Dah penat mulut berperang dengan orang yang tak mau mengaku kalah ni! Rasa nak terputus urat dalam kepala. Kadang-kadang nak je dia berdoa biar Tengku Aaron ni bisu untuk seketika. Menyakitkan hati betullah. Kurniakanlah aku sabar yang maksimum…

     Tengku Aaron hanya tenang memandu. Dan Damia pula lebih selesa mendengar lagu-lagu yang terpasang di radio Fly.fm. Dia pun tak tahu ke mana Tengku Aaron nak bawanya. Hanya mengikut bila lelaki itu melangkah ke dalam satu butik.

     “Hello, selamat tengah hari, Encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal gadis berikat rambut panjang itu sambil menghadiahkan senyuman kepada pelanggannya.

     “I’m Tengku Aaron Shah.. Can I see your bos, please? I dah janji nak jumpa hari ni.”

     “Oh.. kalau macam tu, Tengku tunggu dulu. Saya panggilkan Cik Rozana kejap.” Gadis itu meminta izin.

     Damia melihat butik pengantin itu. Memang dah agak dah butik pilihan Tengku Aaron bukan calang-calang butik. Tengok sajalah lampu yang bergantungan di tengah-tengah ruang itu. Mewah.. dan karpet merah baldu yang lembut sehinggakan menenggelamkan kaki yang memijaknya ni pasti diimport terus dari luar negara.

     “Hey, Aaron… Akhirnya, jadi jugak you datang. I ingat dah cancel. Asyik buzy je semedang..” teguran seorang perempuan menyedarkan Damia.

     “Biasalah.. hari ni je I terpaksa korbankan masa..” Tengku Aaron dan Rozana tergelak. Mati gelak Rozana saat menyedari Tengku Aaron tak bersendirian. Senyuman manis diukir.

     “Oo.. you datang dengan tunang you ya?”

     “A’a.. meet my beloved future wife, Damia.” Tengku Aaron memperkenalkan dua wanita itu.

     “Hi.. I’m Rozana. Just call me Zana.”

     “Damia..”

     “Hmm… nice choice, Aaron. Pandai you pilih.. barulah I tau sekarang macam mana orang yang dapat tundukkan cinta Aaron.” Rozana sengih mengusik.

     “Damia, it must be some difficulties to win his heart, kan? Ceritala sikit camne muka Aaron kalau dah merajuk. Mesti buruk, kan?” usik Rozana lagi.

     Merajuk? Ha. Ha. Tak boleh bayangkan macam mana Tengku Aaron merajuk. Macam yang Rozana kata, mesti buruk. Konfem! Kalau ditanya macam mana muka berlagak Tengku Aaron tu, memang dia boleh jawab dengan panjang lebar. Dah boleh karang sebuku agaknya.

     “Dah.. dah… jangan kacau honey I. She’s blushing..” jawab Tengku Aaron.

     Damia tersenyum. Ya ke muka dia merah sekarang ni? Macam auta je?

     “Okay.. okay.. jom settlekan pasal ukuran baju you all. You all nak tema warna apa?” tanya Rozana sambil menunjukkan beberapa pasang baju pengantin yang beraneka warna yang memang tak boleh disangkal lagi kecantikannya.

     “Tema? Actually, I tak decide lagilah nak colour apa.” Tengku Aaron mengeluh.

     “Ala… your fiancé kan kat sini? You can decide now. Orange? Pink? Blue?”

     “I love black,” luah Tengku Aaron.

     Hitam? Wei.. Ni majlis kahwin la.. Bukannya nak berkabung. Kot aku la yang kena berkabung sebab kena kahwin dengan dia. Damia dah tak senang duduk. Tak boleh jadi ni!

     “Mengarut la.. ada ke hitam? Saya nak putih. Silver ke..,” bangkang Damia.

     Tengku Aaron menjeling ke tepi. Pandangan membawa maksud, “Ada aku mintak pandangan kau?”. . Tapi Damia buat tak kisah. Pedulilah.. Yang nak kahwin bukan Tengku Aaron sorang! Kalau nak buat keputusan tanpa bincang dengan dia, baik dia tak payah ikut!

     “Haa.. your girl tak nak hitam la. Kalau I pun, I tak galakkan pilih hitam. Kalau you pakai tux, tak pe..,” tambah Rozana.

     “Why?? Cool apa?” Tengku Aaron tak berpuas hati bila warna kegemarannya dikutuk.

     “Aaron.. ni nak kahwin la. Your majlis kat hotel malam, kan? Lampu yang malap, tak cantik la pakai hitam. Tak menyerlah. This is your wedding. Once in your life..” Rozana memberi pandangannya.

     “I’ve several choices. You all can choose.” Rozana meletakkan satu album gambar perkahwinan yang memang cantik-cantik semuanya. Buat seketika Tengku Aaron khusyuk membelek album itu.

     Tengku Aaron hanya mendengar. Betul juga. Damia yang sedari tadi diam dijeling sekilas.

     “Sayang nak warna apa?” Damia menjeling tajam. Telinganya paling alah kalau dengar Tengku Aaron memanggilnya sayang! Benci!

     “Silver and gold..” spontan Damia menjawab. Memang warna idaman untuk majlis perkahwinannya suatu ketika dahulu.

     Terangkat sebelah kening Tengku Aaron. Silver and gold? Kebetulan album di tangannya terbuka satu majlis perkahwinan mewah bertemakan warna yang sama. Hmm.. boleh tahan cantiknya.

     “Nice choice, Damia… I agree with Damia.” Rozana mengangguk-angguk.

     “Well… kalau tu yang sayang nak, I’ll follow,” mudah Tengku Aaron menjawab.

     Kata sepakat dah diambil untuk memilih tema warna silver and gold. Damia membelek-belek sepasang baju kebaya moden yang cantik pada matanya. Waaa.. cantiknya! Ketika tu Tengku Aaron sedang asyik memilih hiasan rekaan untuk majlis perkahwinan mereka. Malas dia nak campur! Lantak Tengku Aaron la… ni majlis kahwin dia! Suka hati dia la.. Damia malas nak campur. Sekali pun Tengku Aaron ajak kahwin dalam kandang lembu pun dia kena sanggup sebab semua perbelanjaan sepenuhnya ditanggung oleh lelaki itu.

     Gelak ketawa yang pecah antara Tengku Aaron dan Rozana memambuatkan Damia menoleh.

     “You ni Aaron…. Tinggi sangat la.. baju pun takde saiz.. terpaksalah I kena ukur baru,” bebel Rozana. Tengku Aaron hanya ketawa.

     “Tanyalah daddy I kenapa dia tinggi sangat.”

     Damia memandang adegan mesra itu dengan pandangan kurang senang. Amboi… mesranya! Entah kenapa, Damia rasa sedikit kurang senang dengan adegan tu, kenapa? Jelous ke? Memang kena naik highway la…
----------------
Pasal pakaian pengantin dah settle. Damia berjalan agak belakang. Yala.. sebab Tengku Aaron bila dah berjalan memang laju. Asyik tertinggal kat belakang je Damia. Macam mana tak tertinggal? Tengok kaki Tegku Aaron yang panjang tu pun dah tau. Sampai satu tempat di kaki lima, Tengku Aaron berhenti di depan sebuah gerai yang menjual aksesori wanita.

     “Hmm.. cantik jugak!” komen Tengku Aaron. Damia hanya memandang.

     “Nak buat apa ni?” Damia pelik.

     “Heyy…” marah Damia geram. Terkejut pun ada! Tarik-tarik tangan orang pulak! Ingat dia pegang kaki lembu ke? Haramlah, bodoh! Nak saja Damia menjerkah lelaki itu.

     Macam biasa, Tengku Aaron buat bodoh. Dah immune dah dengan Damia yang gerenti terangkat bila dia pegang. Tengku Aaron menarik satu cincin berwarna perak lalu disarungkan pada jari manis Damia. Tak muat. Beralih pada cincin keduanya. Tak muat. Ditarik pula cincin yang berada di sebelahnya. Juga tak muat. Tengku Aaron mula bengang.

     “Kau ni orang ke Bigfoot, hah? Semua cincin tak muat..” bebel Tengku Aaron. Mendidih darah Damia sampai ke kepala. Kurang asam boi betul.

     Malu Damia bila jurujual wanita muda yang turut mendengarnya itu tersenyum lucu. Kalau penjual tu takde, rasanya memang dihempuknya kepala Tengku Aaron ke tiang lampu. Biar segala wayar yang terputus dalam kepalanya kembali bersambung.

     “Bukan jari saya yang besar la.. Cincin-cincin tu yang kecik!” Damia menjawab.

     Tengku Aaron terus mencari, sehinggalah akhirnya satu cincin muat dengan jari manis Damia.

     “Awak nak buat apa ngan cincin tu?” soal Damia ketika mereka tiba di kereta.

     “Cincin ni? Nila cincin kahwin kau..” selamba Tengku Aaron menjawab.

     Damia melihat cincin di tangan Tengku Aaron. Ek? Satu RM5. Cincin kahwin aku lima hinggit je? Bapak kedekut mamat ni. Tak pernah dibuat orang. Tak heran..

    Lantak kaulah.. Damia malas nak kisah. Bukannya dia nak sangat kahwin dengan lelaki itu. Beli mahal-mahal pun tak guna. Belum tentu dia pakai. Kalau tak nak bagi pun, sekecik zarah pun dia tak kecil hati.

5 comments:

  1. haha.. lawak la tgku nim.. cncin kawen hge rm5 pulak. konpem dy saje je nak kenakan si damia kn? btol x sy teka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...i teka..tu hny utk tgk arron wt smple jer..utk jri damia..utk cri cncin yg trulyyyyy

      Delete
  2. haha, maybe cncin tu sample je kot. Nnti kang dia bli yg bru pnya, yg exlusive skit

    ReplyDelete
  3. HAKHAKHAK BEST GLER

    ReplyDelete
  4. Lawak lahhh, tak puas baca😂 Ni rasanya last story yang saya baca selepas baca all your other stories😅 Anyway, keep it up dear Anjell😀

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )