PROLOG
Senyap
antara mereka. Nurin juga lebih selesa mendiamkan diri. Sejujurnya dia sendiri
tak tahu nak cakap apa. Sebab pertemuan ini terjadi bukan sebab keinginannya.
Semuanya sebab puan sri anggun di depannya sekarang ni yang heretnya ke mari.
Ada apa pulak la puan sri ni nak jumpa dia? Rasanya
ni kali pertama mereka berdua berjumpa.
“Ehemm..”
Nurin berdehem. Sebenarnya sebab dia rasa kurang selesa dengan pandangan Puan
Sri Rosell yang pandang dia macam singa puasa sebulan. Tapi, sebab dia
hormatkan Puan Sri Rosell yang lebih tua daripadanya, dia diamkan sahaja.
“Emm.. ada
apa Puan Sri nak jumpa saya?” Akhirnya Nurin bersuara. Dibiarkan lama lagi
kang, tak pasal-pasal jadi filem bisu untuk tontonan umum. Lagipun, kalau lama
lagi, siapa nak bertanggungjawab kalau Rimau Lamborgh yang tak pernah kenyang
kat atas sana mengamuk? Tak pasal-pasal kena tuduh ponteng lagi. Tak tahan
rasanya telinga nak tahan suara yang tak pernah nak perlahan tu.
“Kamu ya Nurin Areesa?” serius Puan Sri Rosell
memandang Nurin.
Nurin cuma angguk. Hai.. tadikan dah tanya? Kalau
aku ni bukan Nurin, takdelah aku ikut dia sampai kafe mewah ni. Meskipun Nurin
bekerja di Harraz Holdings, tapi ni la kali pertama jejakkan kaki kat kafe ni.
Sebab kafe ni hanya untuk ahli keluarga, VIP dan ahli lembaga pengarah syarikat
ni. Terima kasihlah, Puan Sri. Kalau bukan sebab Puan Sri, kempunan la saya nak
rasa makanan kat kafe ni. Hanya mampu pandang pintu masuk je la.
“Hmm..
boleh tahan cantik kamu. Patutlah Tan Sri suka,” kata Puan Sri Rosell lagi.
Wajahnya masih sama. Serius merenung Nurin.
Hai… lain macam pulak bunyi suara Puan Sri depan aku
ni. Nurin rasa kurang senang. Jangan-jangan dia ingat aku dengan Tan Sri ada
apa-apa tak? Kalau dia ingat aku ni perempuan simpanan Tan Sri, macam mana? Nak
cari gaduh ke? Adoi.. Tak sanggup aku nak lawan dengan orang sebaya umi ni.
Puan Sri ni sama je la macam anaknya. Suka tuduh aku
dengan Tan Sri ada apa-apa.
“Err..
Puan Sri! Saya dengan Tan Sri takde apa-apa. Dia cuma kawan ayah saya, Puan
Sri. Puan Sri jangan salah faham pulak.” Nurin cepat-cepat jelaskan perkara
sebenar sebelum dia kena libas dengan dengan handbag Gucci Puan Sri Rosell tu.
Puan Sri Rosell yang dengar terus letuskan ketawa.
Buatkan Nurin sedikit pelik. La.. gelak pulak? Apa yang kelakar? Nurin tak
faham. Ke dah reda dah kalau-kalau aku jadi madu dia?
Oit.. Nurin! Nak sangat jadi madu puan sri ni? Haish.. mintak simpang tiga, simpang
empat, kalau ada simpang lima, simpang lima sikit la! Jadi mak tiri Rimau
Lamborgh tu? Uish.. tak sanggup.. tak
sanggup.
“Kenapa Puan Sri gelak?” soal Nurin.
“Kamu ni kelakarlah, Nurin. Patutlah Tan Sri suka
sangat kat kamu.”
Erk? Dahi Nurin makin berlapis-lapis. Kalau letak dalam
talam, dah boleh jadi kuih dahi berlapis kut! Pelik.. pelik.. Nurin sangat
pelik dengan Puan Sri Rosell. Cara dia bercakap tadi, bukan main mesra
bunyinya. Berbeza sungguh ayat terakhirnya sebelum ni dengan yang tadi meskipun
ayatnya lebih kurang sama.
“Saya tak fahamlah, Puan Sri. Kenapa Puan Sri cakap
macam tu? Kenapa Puan Sri nak jumpa saya? Saya ada kecilkan hati Puan Sri ke?
Kalau ada, saya minta maaf banyak-banyak.”
Puan Sri Rosell cuma senyum. Kata-kata Nurin buatkan
kasihnya makin jatuh pada anak gadis itu. Patutlah beria-ia suaminya memuji
Nurin. Nurin cantiklah. Saya berkenanlah.
Saya sayang Nurinlah. Hmm..
patutlah. Nurin memang macam yang suaminya cakap. Bila jumpa berdepan macam ni,
lagilah dia bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
“Nurin takde salah apa-apa dengan Aunty. Nikan kali pertama kita jumpa.”
Kali ni lembut Puan Sri Rosell berkata.
Nurin sedikit lega tapi masih tertanya-tanya niat
sebenar Puan Sri Rosell nak jumpa dia.
“Habis tu, kenapa Puan Sri nak jumpa saya?”
“Panggil Aunty
je, Nurin. Tak payah nak berpuan sri-puan sri dengan Aunty.” Nurin cuma diam
bila ditegur sebegitu.
“Maaflah kalau Aunty
dah kacau waktu kerja Nurin. Tapi, Aunty
nak sangat-sangat jumpa Nurin. Uncle
selalu puji Nurin. Buatkan Aunty nak
jumpa Nurin. Nak tengok macam mana Nurin sampai-sampai Uncle Mukhriz selalu puji Nurin.”
Nurin rasa lain macam. Pasal Tan Sri Mukhriz lagi
ke?
“Aunty..
saya dengan Tan Sri..”
“Aunty
tahu yang Nurin dengan Uncle Mukhriz
bukannya ada apa-apa. Nurin jangan salah faham pulak. Uncle Mukhriz selalu puji Nurin. Sukakan Nurin macam anaknya,”
jelas Puan Sri Rosell.
Nurin malu sendiri. Ambik kau, Nurin! Ingat kau tu
cantik sangat ke nak jadi skandal terhangat Malaysia? Uncle Mukhriz anggap kau macam anak je la. So, takdelah pelik sangat sebab Nurin pun anggap Tan Sri Mukhriz
macam bapanya jugak.
Tapi.. kalau anggap anak tu, bukan ke macam anggap
jadi isteri anak dia ke? Kalau isteri kepada anak dia tu, bukan ke macam isteri
kepada…
Uih.. tak sanggup aku kalau jadi isteri Rimau Lamborgh
tu. Meremang bulu roma. Mimpi pun dah ngeri, kalau jadi nyata memang tak
sanggup nak hirup oksigen atas muka bumi ni kut! Ingatkan perangai tak boleh
blah dia tu, rasa nak lempang-lempang je mamat tu kat situ jugak.
“Emm..
Nurin dah kerja dua bulan kat sini, kan? Macam mana? Okay tak?” soal Puan Sri Rosell lagi.
Soalan kali ni buatkan Nurin mengeluh. Sedih
mengenangkan nasib hidup kat syarikat pelik anak saudara ajaib ni. Kalau
tersenarai dalam Malaysia’s Book of Records, memang cun jugak. Tak sanggup nak
kenangkan kesengsaraan sejak hari pertama bekerja lagi.
Nurin cuma senyum.
“Okay je Aunty.” Pendek Nurin balas. Kalau masih
hidup lagi sekarang ni, kira okay la
tu. Ya tak?
“Harraz macam mana?” Puan Sri Rosell melanjutkan
soalannya.
Kali ni rasanya Nurin nak mengeluh panjang. Rasanya
kalau ukur, mahu sama panjang dari Perlis ke Johor, redah banjaran Titiwangsa.
Nak tahu kenapa panjang dan berat keluhannya? Meh nak cerita!
Harraz.. Ha.. semuanya sebab mamat nama Harraz tu
la. Harraz Naufal nama pemilik syarikat gah ni. Namanya cantik. Maksudnya jugak
cantik. Mukanya jugak cantik. Tapi, perangai, uih… tak sanggup den nak cerita. Cerita panjang-panjang nanti,
rasanya boleh kut bukukan jadi koleksi kisah-kisah tauladan.
Sejak kenal lelaki bernama Harraz ni, hidup Nurin
tak pernah aman. Harraz alias Rimau
Lamborgh. Orang samalah tu. Rimau Lamborgh, nickname
yang memang Nurin reka khas untuk mamat tu. Semuanya terhasil sebab suara
Harraz yang asyik nak mengaum dua puluh empat jam tu. Yang Nurin rasa sama je
bunyinya macam bunyi enjin Lamborghini merah kesayangan mamat tu yang mengaum.
Amacam? Cun, kan? Memang first class
dan sesuai dengan Harraz yang memang first
class tu.
Rasanya takde satu pun perangai mamat tu yang boleh
buat hati senang.. nak dibuat calon suami pun memang dah pangkah besar-besar
macam orang nak mengundi dalam pilihan raya tu.
Tapi, depan mak Harraz, mana mungkin Nurin kutuk
macam-macam. Mahu kena libas bebetul dengan Gucci tu? Sayang nyawa la wei..
“Emm..
macam tu je la, Aunty. Okay je.” Tu je yang mampu Nurin jawab.
“Girlfriends
Harraz selalu datang sini ke?” selidik Puan Sri Rosell. Nurin sengih. Macam
tahu-tahu je Puan Sri ni. Siap sss
lagi lepas sebut girlfriends tu,
memang dah tahu la tu yang anak dia memang pasang ramai perempuan. Alah.. anak
dia. Mestilah dia tahu.
Hari-hari, Puan Sri. Bukan setakat datang. Jadi
gelanggang WWE pun pernah, Puan Sri. Ni.. muka ni. Dah kena lempang dah dengan
salah sorang girlfriend anak Puan Sri
tu. Huh.. ingatkan peristiwa yang baru terjadi tu, buatkan hati kembali panas. Free je aku kena lempang. Berpusing
macam gasing kut dua round. Nasib
baik tak senget mulut!
“Emm..
boleh dikatakan hari-hari, Aunty.
Selalunya Encik Harraz bawak keluar makan.” Nurin jadi tukang report.
Bila ingat balik, menyesal pulak dia. Kenapalah
mulut ni celopar sangat? Kalau Harraz tahu, mati Nurin dikerjakan rasanya.
Mulut puaka mamat tu boleh tahan. Dah puaka, faham-fahamlah. Boleh kena
gangguan jiwa kalau tak kuat!
“Malam? Malam dorang buat apa?” tanya Puan Sri
Rosell lagi.
“Entah. Saya tak tahu, Aunty. Saya bukannya PA Encik Harraz. Maafkan saya,” balas Nurin
balik.
Manalah dia tahu aktiviti malam lelaki itu. Dan dia
pun malas nak ambil tahu. Buat habis masa dan tambah dosa dia je. Nurin rasa
Puan Sri Rosell lebih maklum perangai anak bujang dia tu.
“Aunty
bukannya apa, Nurin. Harraz tu perangai makin menjadi-jadi. Tambah-tambah lagi
lepas dia duduk sorang. Lagilah dia bebas. Aunty
dah penat dah nasihat dia. Tapi tak pernah nak dengar.” Puan Sri Rosell meluah
rasa.
Dia mengeluh dalam-dalam. Apalah nasib dia punya
anak macam Harraz tu? Dahlah Harraz tu satu-satunya anaknya. Pewaris tunggal
segala kekayaan suaminya. Termasuk Harraz Holdings ni.
“Salah Aunty
jugak terlalu manjakan dia. Terlalu ajar cara hidup barat. Kurang didikan
agama. Last-last jadi macam ni la.
Baru sekarang Aunty menyesal. Tapi
menyesal pun takde gunanya dah. Harraz pun dah besar panjang. Dah boleh jadi
suami orang dah pun. Aunty rasa
sangat berdosa bila tengok maksiat demi maksiat yang Harraz lakukan. Dah
berbuih dah mulut bagi nasihat. Tapi tak pernah jalan.”
“Tengok je dalam syarikat ni. Aunty sendiri malu nak mengaku ni syarikat anak Aunty. Macam-macam yang Harraz tetapkan
dalam syarikat ni. Aunty bersyukur
sangat-sangat sebab Nurin tak terikut-ikut syarat syarikat ni.”
Nurin senyum hambar. Kalau bukan sebab Tan Sri
Mukhriz yang masuk campur, agaknya dah lama dah dia say goodbye pada syarikat ni. Mengarut-ngarut syaratnya dan rasanya
hanya ada pada syarikat ni. Tapi, sebab itulah dia kena tuduh macam-macam oleh
Harraz. Ada ke dia cakap Tan Sri Mukhriz bela aku sebab ada hubungan istimewa?
Gila betul! Agaknya memang dia nak aku ni jadi mak tiri dia.
“Bilalah perangai Harraz nak berubah? Especially perangai playboy dia tu? Sampai bila, Nurin?”
Nurin cuma diam. Tak tahu nak cakap apa. Sekarang ni
rasanya macam dia seorang kaunselor dan Puan Sri Rosell adalah clientnya. Alangkah bagusnya kalau dia
ada pengetahuan sikit sebanyak pasal psikologi? Boleh jugak nak auta sesuatu
untuk tenangkan hati Puan Sri Rosell.
Dan bila Puan Sri Rosell tengah emo macam ni, satu je ayat tipikal yang boleh diucap Nurin.
“Sabar, Aunty.
Sabar.”
Puan Sri Rosell pandang Nurin lama-lama. Buatkan
Nurin segan semacam.
“Nurin boleh tolong Aunty?” pinta Puan Sri Rosell tiba-tiba.
“Tolong apa, Aunty?”
“Nurin tahu sikap playboy Harraz, kan?”
Nurin angguk. Bukan dia je kot. Warga Harraz
Holdings, tak pun warga Malaysia dah tahu kot.
“Tundukkan Harraz.”
“Hah?” Nurin terlopong. Apa dia? Tundukkan siapa?
“Tundukkan playboy
itu.”
wargghh!!! best la anjell,,nk lagi,,hehehe
ReplyDeleteHehehe bestnyer citer baru
ReplyDeleteyahooo!!
ReplyDeleteBest...suka sgtttt.... Anjell memang xprnh mghampakan kita orang lah... Hihi...Tp klau nakm tgu Anjell update bab tu yang lemah ni... Sengsara jiwa raga nak menunggu nya lah... Herm... Nak lagi Anjell ya.. Jgn nanti stop kan pulak.. Xsyok lah klau dstopkan... ^_^
ReplyDelete# Schariedah Salus #
permulaan yg baik ... nampak menarik cerita ni. tapi jgn lama sgt nak update citer hafiy,qisya dan izz ye............
ReplyDeleteWow... Citer baru. Terbaik la anjel
ReplyDeleteBest best best...tapi jgn lupe update hafiy...qisha..n..izz..rindu diaorg...........Hazalina
ReplyDeleteJgn update.. Kuar bku je trus.. Bpusu-pusu ktorg serbu kdai bku... Yeahh
Deleteies@-ro¢k
akak ade kan ayat yg '...if u can t turn the pagr than i can turn it for u.."ape yat sebelum tu..?
Deletemmg best,mashyuk...tergoda akk dek heeheee selalu2 lh update yer dek...
ReplyDeleteperrhhh...cerita baru... best
ReplyDeletebestnya kak!!! nk lg...
ReplyDeleteYezza..tundukkan playboy itu,nurin..x sabarnyer..teruskn anjell
ReplyDeleteBest l anjel.nt smb lg yr.....apa pun nk sps lg....bil nl smbg sps lg...
ReplyDeletebest2
ReplyDeleteserius bez giler!!klau buat buku dh tentu laris ni =)
ReplyDeleteinteresting...BTW, jgn lpe update pasal suamiku paling sweet ^_^..xsabar nk bli novel awk nie..
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteDear miss writer..
Saya nak mengucapkan terima kasih sebab menghasilkan karya-karya yang menarik untuk tatapan para pembaca..
Saya juga nak minta maaf sebab tak komen sebelum ni..
Saya nak ucapkan tahniah kepada miss writer di atas kejayaan menghasilkan karya-karya tersebut..
Good luck miss writer..
I adore Hafiy so much..hee
Teruskan usaha untuk menyiapkan karya2..
Takziah juga sebab kehilangan manuskrip eksperimen cinta dulu..
That's all from me and thanks again :-D
thank you for your supports n concerns..
Deletehandsomenye hero tu...siapa nama dia?
ReplyDeletea'a la..ensem btul....cute!!
Deletewa...akak really speechless bila mak budak sengal tu minta tlg suruh tundukkan Harraz..!!! giler gempak dan jenuh rasanya..kalau mak budak tu tak boleh nak jinakkan anaknya..apatah lagi dirinya..yg tak ada kaitan pun dengan mamat sengal tu..kan.. Teruja pula nak tahu ..kesinambungan citer ni..
ReplyDeletewah!!!! mcm best jer... ad thrill sbb parents harraz sokong Nurin..... n nnti msti jdi bnyak benda yg klakar :D sbb nurin nk tundukkan raja sgala playboy tu ^^
ReplyDelete-Syira Azmi-
Wah!!!!!bestnya.
ReplyDeleteayat last tuu mmg bjaya buat mata tbukak luas2!
ReplyDeleteKeep updating! :)
menarik nak baca lagi semua cite yg anjell post kat dlm nie semua best akk suka teruskan berkarya ok
ReplyDeleteThanks for all your efforts miss writer. Continue doing the good job! Nak update lagi tau. Kalau boleh, cepat sikit. :D
ReplyDeleteBest! More pliz!
ReplyDeleteHahaha. Memang terbaik lah miss writer ! ^_^
ReplyDeleteSEPERTI SELALU, SAMBUNG MSTI LAMBAT. TAKFAKNAKFAK MAFASUKFUK DAHFAH BLOGFLOG PINKFINK NIFI! TENFENSENFEN!
ReplyDeletesofokongfong!!
DeleteThen u guys can go! Byk lgi org yg nk bace cite ni!!
Deleteooh ada citer baru. nice intro btw.
ReplyDeleteim gonna missed iz n sya n hafiy too.
cepat2 lah minta penerbit terbitkan kisah iz n sya ya.
wahh! citer baru! hero baru! suka! suka! tapi hero ni cute sngt la nak jadi playboy pon..
ReplyDeletemenarik....... pasti sukar nak tundukkan si playboy itu....
ReplyDeleteCaya la anjell.....sya ska bca pnulisan anjell...syabas...truskn usaha....
ReplyDeleteCaya la anjell.....sya ska bca pnulisan anjell...syabas...truskn usaha....
ReplyDeleteWaaa.. menarik tetarik la cita ni.. terus update ek kak.. tahniah , karya akak best.
ReplyDelete-Athirah -
cerita macam mencabar je...
ReplyDeleteany where kpd writer ,cerita cerita anda marbelous....best
Wow!!!! Menarik!!! GO GO GO
ReplyDeletebest2... suka sgt ..anyway bila anjellayan nak update 7 lelaki plak? dh lama sy tggu
ReplyDeleteprolog mcm best jer...
ReplyDeletewow.. intro cite best la.. xsabr rsnye nk tggu next n3..
ReplyDeleteMario maurer <3 bes citer ni.
ReplyDeleteEh, cever depan cerita ni mario maurer ke? macam bukan je.. -_-
Deletetak sabar nak tunggu :) . cepat sikit sambung
ReplyDeleteassalamuallaikum kak...kenape lambat update...
ReplyDeletetgh EXCITED nie nk bce
kak. tolong update cite ni please ! sayang awak :)
ReplyDeleteakak,ble nk kuar n3 baru erk??dh lama dh tggu ni..huhu
ReplyDeleteanjel tlg update cter ni...lme tgu..sps&EC bler nak keluar versi novel??
ReplyDeletecan't wait for the next chapter yeah !
ReplyDeletelamanye x update n3 ni....
ReplyDeleteexcited nak bc citer ni
1st time masuk n3 ni...bestla..
ReplyDeletetahniah cik writer...x sabar nk tggu samb qisya n izz..
bila agak nya dapat tahu keseluruhan cerita ni????dah x sbar nk thu pa jd kt certa suamiku pling sweet dgn tundukkan playboy itu. . . x sbar2 dah nie. . . . plezzz update lah cepat!!!!!!!!
ReplyDeleteBest.. But miss hafiy... Sambung laa bab hafiy... Nk n3 cer tu LG..
ReplyDeletebest...suka suka suka..you're a unique writer
ReplyDeleteBest sangat3 !! Tundukkan playboy iTu ! Wah !!
ReplyDeleteTiada sambungan ke..cite ni best sangat..tolong la anjell continue
ReplyDelete