Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 23 June 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 12)

BAB 12

Nurin buka purdah yang menutup mukanya. Baru dapat cukup oksigen rasanya. Dari tadi lagi rasa nafas tersekat-sekat. Nak-nak lagi lepas tengok muka Harraz.

Harraz. Macam mana mamat tu boleh ada? Nurin tak faham. Cukuplah hari-hari biasa dia terseksa dengan Harraz. Hari minggu pun kena jumpa dia jugak ke? Haish!

Nurin pandang wajahnya di balik cermin dalam tandas. Sangat lain sekali bila dikenakan mekap. Dia sendiri nyaris-nyaris tak kenal diri sendiri. Keningnya ditebalkan sedikit dan mata besarnya nampak makin besar dan bercahaya. Pandai betul tukang mekap dia ni.

Huh.. itu semua sementara. Semuanya akan lenyap nanti. Muka rasa panas. Ikutkan hati nak je basuh laju-laju muka dia dengan air. Biar segar sikit. Tapi, nanti rosak pula mekap dia. Dia kena bertahan sampai habis majlis ni.

Nurin mengeluh lagi. Apalah nasib aku ni? Dahlah kena paksa jadi model tak bertauliah, jumpa mamat singa tu pulak. Adoi.. harap-haraplah dia tak bertemu Harraz lepas ni. Nasib baik jugaklah Harraz tak cam dia tadi.

Nurin tutup balik muka dia. Dia kena keluar dari sini. Mesti Lee tengah cari dia sekarang ni.

Nurin keluar dari tandas. Dengan heels yang lebih sejengkal tu, langkah diatur seayu mungkin. Silap langkah, memang sujud ke bumi. Kalau siput tengah jalan tepi dia sekarang ni, dia rasa siput lagi laju.

“Adoi!” Nurin berlaga dengan seseorang di persimpangan jalan. Dia hampir jatuh, namun sempat disambar oleh manusia di depannya.

Sorry.. sorry.. I tak perasan.” Suara garau itu meminta maaf.

Cepat saja Nurin angkat kepala. Bukan sebab terkejut yang tengah pegang bahu dia sekarang ni lelaki. Tapi terkejut sebab di depannya sekarang ni Harraz. Ya.. Harraz Naufal, bosnya yang sengal tu! Terus Nurin tundukkan wajah. Takut Harraz perasan.

Nurin tolak tangan Harraz yang tengah pegang bahu kiri dia. Entah siapa bagi izin Harraz sentuh bahu dia. Kalau kat pejabat ni, makan siku dah mamat tu.

Nurin buat isyarat it’s okay dengan tangannya. Mulut memang diam habis. Tiba-tiba kotak suara hilang fungsi. Dia takut Harraz cam suara dia.

Nurin ingin berlalu. Tapi, dia harus melalui Harraz. Pada masa yang sama, dia taknak berlaku persentuhan antara dia dan Harraz. Nurin bagi isyarat minta laluan dengan tangannya.

Oh, sorry.” Harraz sedar apa yang diinginkan wanita di depannya sekarang ni. Dia mendepakan tangan. Dengan lagak paling gentleman, dia memberi ruang untuk Nurin lalu.

Nurin tundukkan kepala tanda terima kasih. Nurin menapak selangkah. Namun tersilap langkah bila kaki kirinya tiba-tiba terpijak hujung jubah yang dipakainya. Buatkan Nurin hampir terjatuh.

“Umi!” jerit Nurin perlahan bila rasa badan hilang keseimbangan. Takut betul kalau jatuh.

Tindakan refleks Harraz lebih cepat bertindak. Terus tubuh Nurin dirangkulnya untuk mengelakkan wanita itu daripada menyembah bumi. Nurin tergamam bila rasa tangan Harraz pada pinggangnya. Nurin pula sempat berpaut pada lengan Harraz. Jarak mereka sangat dekat sehinggakan dada mereka hampir bersentuhan. Terus dia pandang mata cantik Harraz. Harraz pula semestinya tengah pandang tepat padanya.

Nurin cepat-cepat bangun dan tolak badan Harraz. Malunya. Malunya! Muka Nurin dah rasa macam tengah digoreng. Panas. Tak sanggup dia tengok muka Harraz. Waa… kenapa kena sekarang nak jatuh bagai? Arghh.. drama sangat!

Ikutkan hati, rasa macam nak sumpah diri sendiri jadi gambar kuda yang ada kat sebelah sebab malu. Dada pula entah kenapa tiba-tiba berdebar. Mana tak berdebar kalau itu kali pertama dia sedekat itu dengan lelaki bukan mahram. Dengan Harraz pulak tu!

You okay, miss?” soal Harraz. Cuba pandang mata wanita di depannya. Cuma mata sahaja yang dapat dilihat, tapi kenapa dia rasa tertarik?

Nurin cuma angguk tanpa pandang wajah Harraz. Lantaklah kalau Harraz cakap dia tak kenang budi ke, biadap ke, dia peduli apa.

“You model tadi kan?” soal Harraz walaupun dah tahu. Cari modal untuk berbual dengan wanita itu. Ini bulan jatuh ke riba namanya. Bukan selalu benda ni terjadi walaupun dia memang tiada niat untuk melanggar wanita itu. Semua ni kebetulan. Adakah ini memang takdir untuk dia berjumpa wanita ini?

Nurin angguk lagi.

I’m Harraz Naufal Tan Sri Mukhriz. The CEO of Harraz Holdings.” Harraz menghulurkan tangan untuk berkenalan.

Amboi.. dah mula jual minyak nampaknya mamat depan dia ni. Dah mula dah taktik buaya darat nak berkenalan. Siap sebut pangkat lagi. Jerat paling berkesan untuk memancing perempuan. Hai.. patutlah ramai boleh sangkut dengan mamat ni. Kalau perempuan lain ni, rasanya dah sengih sampai koyak mulut sebab kena ngorat dengan anak Tan Sri.

Tapi, bukan Nurin Areesa la weh! Kau sebut la nombor IC ke, alamat rumah ke, jumlah asset harta kau ke, aku tak tertarik sikit pun la kalau dah Harraz Naufal! Eleh.. kau ingat aku nak kenal sangat dengan kau? Kalau tiada purdah yang menutup wajahnya, mesti Harraz nampak mulut dia tengah senget mencebik.

Nurin menunjukkan isyarat yang dia betul-betul kena pergi menggunakan tangan. Dah macam orang bisu dah dia rasa. Tanpa menghiraukan salam Harraz, Nurin angkat kaki. Tak peduli dah dengan tanggapan Harraz padanya. Sombong ke, berlagak ke, jual mahal ke. Sebab Harraz takkan kenal dia.

Kaki cuba melangkah selaju mungkin. Yang pasti, dia takkan pandang belakang. Bila ingat-ingat balik, Nurin rasa nak sumpah-seranah diri sendiri. Waa.. Harraz dah pegang bahu aku. Harraz dah peluk aku. Dan aku pun dengan rela hati pergi peluk mamat tu. Kenapa ramai-ramai lelaki kat tempat ni, Harraz insan bertuah tu? Malang betul rasa diri ini.

Harraz pula cuma melihat wanita itu berlalu. Bisu ke perempuan tu? Main cakap guna bahasa isyarat. Nasib baiklah dia ni faham jugak apa yang dicakap perempuan tu walaupun tak pernah belajar. Tapi, rasanya telinganya tak salah dengar masa perempuan tu jerit tadi. Dua kali. Ke dia segan dengan aku? Yalah.. bila Harraz cuba pandang mata perempuan tu tadi, perempuan tu lebih suka tundukkan pandangannya.

Harraz berfikir lagi. Mencari-cari siapa yang punya mata cantik seperti wanita itu. Wanita bermata cantik itu pernah hadir dalam hidup dia ke? Pernah menjadi salah seorang bekas wanitanya ke? Harraz tak dapat nak ingat.

   ----------------

“Kau kenapa, Nurin? Macam kena kejar hantu je?”

Nurin pegang dadanya sebab terkejut bila nampak Lee. Tapi, lega sebab Lee. Nurin pandang sekeliling dewan yang ramai itu. Takut terjumpa orang dalam kepalanya. Siapa lagi kalau bukan Harraz.

“Shh..” Nurin letak jari ke mulutnya.

Pelik Lee tengok Nurin. Lepas buat jenayah undang-undang ke apa minah ni?

“Kau jangan panggil nama aku, Lee. Lepas tu kau jangan cakap siapa aku kalau orang tanya.”

“Kenapa? Apa dah jadi?” Lee lagi pelik.

“Aku nampak Harraz. Kau ingatkan aku cerita pasal Harraz hari tu? Aku jumpa dia tadi,” cerita Nurin. Kembali terbayang macam mana dia dan Harraz berpelukan tadi. Arghh.. bencinya!

“Alah… no worry la. Dia tak kenal kau kan?” balas Lee yakin. Kenyataannya Nurin sangat cantik malam ni. Dah macam model-model yang berpengalaman dah. Tambah pulak dengan Nurin yang menutup separuh wajahnya.

Memanglah Harraz tak kenal dia. Tapi, entah kenapa Nurin tetap takut.

“Weh, Lee! Tugas aku dah habis kan? Aku nak balik boleh?” Nurin minta izin.

“Eh, tunggulah sampai habis majlis ni. Sikit je lagi.”

Please, Lee. Aku taknak jumpa Harraz. Aku nak balik. Dah macam pembunuh dikehendaki polis dah aku rasa sekarang ni.” Pandang kiri kanan kut-kut ada Harraz, tak pun Farhan.

“Kalau macam tu, yalah. Kau baliklah. Thanks a lot for today, Rin. Anything happens, call me. Someday, I’ll repay you,” ucap Lee.

Nurin cuma senyum walaupun Lee tak nampak. Itulah namanya demi sahabat. Satu hari nanti, siapa tahu dia pula yang akan minta tolong daripada Lee.

No hal la, kawan. Kalau aku tak tolong kau, aku rasa mahu aku kena kapak dengan Intan,” gurau Nurin.

Lee ketawa.

   -----------

“Nashrain Lee..” Lee berpaling apabila namanya dipanggil.

Dua lelaki segak mendekatinya. Dia kenal kedua-duanya. Senyuman manis dihulurkan. Kemudian pandang ke arah pintu keluar dewan. Bayang Nurin dah hilang. Nasib baik.

Congratulation for today. You are great.” Farhan hulurkan salam tahniah kepada Lee sebelum Lee menyambutnya.

“Terima kasih, Farhan. A big gratitude is for your mom,” balas Lee. Dia kenal Farhan. Farhan merupakan anak kepada penaja hari ni, Datin Awin.

Oh, before I forget. This is my cousin. Harraz Naufal.” Farhan kenalkan mereka berdua.

Hi.. I’m Harraz.”

“Lee.” Mereka berdua bertukar salam dan senyuman.

“I kenal you. You pemilik Harraz Holdings yang hebat tu kan? Salah seorang pekerja I pernah sebut pasal you.”

Yup. But not that great.” Harraz masih merendah diri meskipun dia dah mencapai tahap hebat itu.

“You berdua cakap la dulu. Mama is calling me.” Farhan meminta izin.

Bagi peluang lelaki berdua ni berbicara. Habis sudah peranannya memperkenalkan Harraz dengan Lee. Beria-ia si Harraz ni nak berkenalan dengan Lee. Tak lain tak bukan, nak korek pasal model tadi la tu. Takpelah. Asalkan sepupunya tu bahagia.

Maka, tinggallah Harraz berdua dengan Lee.

How’s your opinion about this afternoon event?” Lee mengemukakan soalan. Nak tahu juga pendapat orang hebat macam Harraz tentang majlis ni.

Excellent. That’s the best word to describe. I tak tahu sangat pasal fesyen-fesyen ni. My aunt kumpulkan the best designers. Mestilah semuanya superb,” puji Harraz ikhlas.

Err.. sorry to ask. Siapa model terakhir yang peragakan last outfit dengan you tu ya?” soal Harraz lagi. Dia nak tahu sangat.

Lee pandang Harraz. Terkejut dengan soalan Harraz. Dia cari Nurin? Nasib baik Nurin dah balik.

“Kenapa ya?” Lee bertanya.

Because she seems like someone I know. I know those eyes. Macam seseorang yang I kenal. She’s someone around me? Tapi, siapa?” Sakit lagi kepala Harraz sebab mengingat pemilik mata itu. Kenapa dia tak ingat-ingat lagi? Tulah.. pasang perempuan ramai sangat. Kan dah tak ingat.

Dada Lee berdebar entah kenapa. Patutlah Nurin tak senang duduk tadi. Harraz cam Nurin ke? Eh, takkan la! Nurinkan tutup separuh muka dia tadi.

“You salah kut, Harraz. Tak mungkin la. Dia baru balik dari oversea. Tak mungkin you kenal dia,” tipu Lee.

“Eh, ada orang panggil I. I gotta go. Sorry.” Lee cari akal untuk lari dari Harraz bila Nur menggamit tangan memanggil dia. Takut Harraz terlebih korek nanti, terpecah pula pasal Nurin.

Nice to know a great person like you, Harraz.”

I hope to see you again next time.” Harraz membalas.

A pleasure.” Mereka bersalaman.

   --------

“Weh, Nurin. Kau betullah. Harraz cari kau tadi,” lapor Lee melalui panggilan telefon. Ketika itu, Nurin sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Habis tu, macam mana?” Nurin dah gelabah. Nasib baik dia cabut cepat-cepat tadi.

Sangat betul tindakannya kali ni. Kalaulah dia bersemuka dengan Harraz tadi, memang jadi filem bisu untuk tontonan umumlah. Memang haramlah dia nak keluarkan suara.

“Apa lagi? Aku cakap la tu kau.”

“Lee!!” jerit Nurin. Kalau Lee depan mata sekarang, dah dicekik sampai biru.

Lee ketawa.

“Aku gurau je la. Takkanlah aku nak cakap.” Lega Nurin dengar.

“Kenapa dia cari aku?” Nurin pelik.

“Manalah aku tahu. Dia dah jatuh hati dengan kau kut,” usik Lee. Dia ketawa lagi.

“Waklu.. jatuh hati kejadahnya. Bukannya dia nampak muka aku tadi.” Merepek betul si Lee ni!

Why not? Dia dah terpanah dengan mata kau kut. Apa orang kata? Dari mana datangnya cinta? Dari mata, turun ke hati.” Seronok Lee kenakan Nurin. Makin galak dia ketawa.

“Turun ke bawah lagi, aku bagi kaki,” balas Nurin. Ya.. orang yang kena kaki tu tak lain dan tak bukan mestilah Lee. Geram betul. Bukannya dia tak pernah cerita betapa dia berselisih bulu dengan lelaki bernama Harraz tu.

“Haha. You better be careful, Nurin. Harraz cakap dia macam kenal kau. Someone he gets used to see everyday.” Lee sempat berpesan. Nurin diam. Agak risau. Dia cam ke?

“Dia takkan pernah fikir tu aku. Percayalah.” Nurin yakin. Sedapkan hati sendiri. Pandailah dia buat muka tak tahu depan Harraz nanti.

“Ingat, Lee. Jangan pernah cakap kat sesiapa pun yang tu aku. Faham?” Seiring waktu, mesti Harraz dah tak ingat dah semua ni. Mesti ramai lagi wanita cantik yang bakal muncul dalam hidup Harraz.

“Yalah.. yalah..” janji Lee.

   -------------

“Dapat korek tak tu siapa?” Farhan berminat untuk tahu.

Harraz geleng kepala. Agak kecewa juga sebenarnya. Sekurang-kurangnya tahu nama. Tapi, Lee agak sibuk tadi dan dia pula tidak mahu menghalang kerja Lee.

No idea.”

“Bukan rezeki kau la tu. Rilekslah, bro. Bunga bukan sekuntum.” Farhan ketawa. Tanpa mengetahui hati Harraz yang tengah kecewa.

“Agaknya dia tak tahu kau Harraz Naufal. Kalau dia tahu, mesti dia dah cari kau, kan?” Farhan seakan-akan memujuk Harraz. Bahu sepupunya itu ditepuk-tepuk. Apalah sangat seorang perempuan? Pergi sorang, sepuluh yang datang cari Harraz.

Tapi, dia dah cakap dia Harraz Naufal. Perempuan itu tahu dia siapa tapi kenapa tetap pergi tanpa berpaling tadi? Dan sekarang terus lesap tanpa jejak. Misteri.

“Aku rasa aku pernah jumpa la dia. I know those eyes. Kenapa aku rasa dia kenal aku?” Harraz kembali kepada teori asalnya. Entah kenapa dia begitu yakin yang dia kenal wanita itu. Dan wanita itu juga bagaikan tahu dia siapa.

“Kau nampak mata dia je, Harraz. Belum tentu wajahnya sama dengan orang yang kau kenal. Tak mungkin la kau kenal dia. Kau salah orang kut,” kata Farhan. Macam Lee.

“Yang pasti, I want to know her. Hati aku takkan tenang selagi aku tak tahu dia siapa,” balas Harraz. Apa pun yang dikatakan oleh Farhan, dia yakin dengan firasatnya. Aneh perasaan ini. Tak pernah dia rasa berminat dengan seorang perempuan macam ni. Adakah sebab perempuan tu lain daripada yang lain? Pertama kali perempuan tak endahkannya walaupun tahu dia siapa.

Mata melilau sekeliling dewan. Mencari susuk wanita misteri itu. Tiada. Entah kenapa, Harraz rasa hampa yang amat. 

Thursday 19 June 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 11)

BAB 11

Nurin tiba di tempat dijanjikan tepat jam sembilan pagi. Ketika itu, dapat dilihat ramai orang sedang sibuk menguruskan dewan besar itu. Dapat dilihat satu pentas panjang di mana para peragawan dan peragawati akan berjalan dan menunjukkan rekaan fesyen terkini daripada pereka-pereka fesyen terkenal. Itulah yang bakal terjadi dalam beberapa jam lagi.

Nurin sempat menyekat langkah seorang wanita cantik yang tengah memegang satu fail hitam.

Miss, sorry kacau you. Lee dekat mana ya?” tanya Nurin. Senyum dihulurkan.

Wanita itu pandang pelik pada Nurin. Pasti pelik bila Nurin mencari orang paling penting majlis itu.

Oh, I’m Nurin. A friend of him.” Nurin memperkenalkan diri. Takut juga kalau dianggap stalker Lee.

Reaksi wanita itu berubah sebaik sahaja Nurin menyebut namanya.

“Oh, you Nurin? Lee selalu mention nama you. Anyway, I, Nur.” Dalam kesibukan Nur, sempat dia dan Nurin berbalas salam.

“Dia ada kat bilik belakang. Tengah sibuk uruskan wardrobe. You pergilah cari dia. Dia mesti happy,” sambung Nur lagi.

“Okey, terima kasih.”

“Sama-sama.” Senyum dan wanita itu berlalu. Nampak sibuk sangat. Sampai-sampai berjalan pun dah ala-ala nak marathon.

Nurin pergi ke bilik belakang seperti yang dinyatakan Nur tadi. Pertama kali sebenarnya dia datang ke tempat-tempat macam ni. Kalau bukan sebab Lee, rasanya tak mungkin dia jejakkan kaki ke sini. Jejak satu ibu jari pun tak rasanya. Sebab dia memang tak minat langsung pasal fesyen-fesyen ni.

Nurin nampak Lee tengah berbual dengan seorang lelaki yang dia tak kenal. Malas pula nak kacau. Akhirnya Nurin hanya duduk di atas kerusi kosong di belakang Lee. Dari jauh, dia nampak muka Lee yang khusyuk mendengar dan sesekali berbicara dengan lelaki tadi. Huh.. tak lain tak bukan. Cakap pasal baju-baju dia la tu!

“Nurin.” Lee panggil Nurin.

Nurin sengih bila kena tegur. Baru je cadang taknak kacau kerja Lee tapi mamat tu terlebih dahulu seru dia.

“Dah lama sampai?” Lee ambil tempat di tepi Nurin.

“Takdelah. Baru je. Malas nak kacau kau tadi.”

Hmm.. patutlah leher aku ni macam nak pusing belakang je tadi. Nak tengok  kau rupanya.”

“Leher kau tu nak pusing belakang sebab dia dapat rasa aura aku yang cantik menawan hari ni.”

Lee mencebik, buatkan Nurin ketawa.

“Eh, Nurin. Kau duduklah dulu. Tak sempat nak layan kau. Aku sibuk. Kejap lagi aku cari kau,” kata Lee bila salah seorang pekerjanya menggamit tangan memanggil Lee.

Nurin hanya mengangguk. Faham dengan kerja Lee. Tengah nak aturkan majlis besar, memang macam ni la. Tengok tempat la wei. Dah tahu dah tetamu yang datang semuanya bukan calang-calang orang.

Nurin hanya melihat Lee yang meninggalkannya. Majalah depan mata diambil dan dibelek. Muka surat pertama, fesyen. Muka surat kedua, fesyen. Huh.. bosan! Nurin tutup dan letak balik. Kemudian keluarkan telefon canggihnya. Layan Instagram lagi best!

   -------------

What?!” Kuat suara Lee sehingga Nurin yang duduk lebih kurang tiga meter pun boleh dengar.

Nurin panggung kepala. Nampak muka Lee tegang. Muka Lee macam tengah tahan marah. Sepanjang dia kenal Lee, tak pernah rasanya nampak muka putih Lee merah macam tu. Adoi… ada la tu masalah kerja dia.

Call her as soon as possible. I don’t care!” Suara Lee kuat lagi. Tertunduk-tunduk si lelaki depan Lee. Kesian Nurin tengok dia kena marah dengan Lee. Garang jugak Lee ya?

Lee datang ke arah Nurin.

“Hish.. bengang betul aku!” adu Lee. Rambut pacak dia diraup ke belakang.

“Kau kenapa, Lee?” soal Nurin.

“Model aku buat hal. Tiba-tiba tak dapat datang hari ni. Dahlah dia paling penting. Mati aku kalau dia tak datang.”

Muka Lee dah risau. Macam-macam tetamu penting dijemput kali ni. Pertunjukan fesyen kali ni bukan calang-calang pertunjukan fesyen. Salah sikit, silap-silap masuk mahkamah.

Baru je Nurin nak jawab, Nur datang panggil Lee.

“Lee, dia cakap dia tak boleh datang. Dia betul-betul emergency.” Nur menyampaikan laporan.

“Hish.. macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, kita dah cari orang ganti dia. Sebab ni la aku tak suka tukar model baru!” keras suara Lee. Marah betul dia.

“Apa-apa pun, kena cari pengganti jugak, Lee. By hook or by crook. Majlis dah nak start ni.”

Yes.. I know. Tapi, mana nak dapat…”

Kemudian Lee pandang Nurin. Lepas tu pandang Nur. Dan mereka berdua pandang Nurin.

“Rin, kau bangun kejap.” Nurin hanya mengikut arahan Lee.

Hmm.. not bad. Walaupun tak berapa nak tinggi. Tapi, kalau pakai heels, sure perfect. Kira okey la. Eyes are big. And beautiful. Nice.” Nur mula menganalisa Nurin.

“Rasanya baju tu pun takdelah labuh sangat..” Lee turut mengangguk-angguk.

I count on you, Lee,” bisik Nur pada telinga Lee sebelum meninggalkan mereka berdua. Berharap Lee berjaya memujuk Nurin. Plan B!

“Weh.. Lee! Kau nak buat apa ni?” Nurin rasa Nurin tahu dalam kepala Lee. Waa.. kau jangan buat kerja gila, Lee. Aku balik karang!

“Nurin.. tolong aku! Jadi model aku hari ni.”

Nak terloncat Nurin dengar permintaan tak masuk akal Lee. Aku jadi model? Aku? Gila ke apa kepala Lee ni? Baru lepas makan whiskas ke apa budak ni?

“Jangan buat kerja gila, Lee. Ak.. aku tak pernah tahu weh!” Nurin dah gabra. Sampai tergagap-gagap suara.

Tak boleh bayang. Pakai cantik-cantik, lepas tu jalan catwalk depan beratus-ratus orang? Itu kerja gila namanya! Tak pernah termasuk dalam mimpi dia pun nak jadi model.

“Aku taknak! Gila kau?” Nurin nekad menolak.

“Rin… tolong la. Kau kan kawan aku. Kau je yang boleh selamatkan karier aku sekarang ni,” rayu Lee.

Alahai.. tak sampai hati pula tengok si kawan merayu sebegitu. Tapi Nurin taknak. Nurin senyap lagi.

“Aku taknak pakai seksi-seksi.” Nurin beralasan.

“Kau ingat aku ni design bikini ke? Mestilah aku pun tak bodoh nak suruh kau pakai seksi-seksi,” balas Lee balik.

Alamak! Ni mesti simptom nervous punya pasal. Macam mana boleh lupa yang Lee ni pereka fesyen muslimah. Baju yang direka semuanya memenuhi piawaian menutup aurat sebab katanya dia taknak tanggung dosa orang.

“Aku taknak orang kenal aku.” Nurin perah akal untuk alasan lagi.

“Jangan risau. Tema kali ni Mystery sempena dengan design terbaru aku, Mizz-3. Ala-ala Arabic, kau akan pakai purdah. No one can recognize you. I guarantee you that.”

Pulak dah! Dan-dan la masa ni nak Arabic bagai. Nurin garu belakang leher dia. Tanda dia betul-betul buntu. Kemudian pandang muka Lee yang tengah tayang muka kesian.

Please, Rin. I beg you. Kalau kau nak aku melutut pun, aku sanggup. Kalau kau nak aku cium kaki kau pun aku boleh buat, Rin. Tolonglah aku. Please..”

Sampai sanggup cium kaki ni, memang Lee sangat berharap Nurin menolongnya. Nurin mengeluh. Antara kawan dan kemahuan diri sendiri.

“Okey.. aku akan tolong kau.” Separuh hati Nurin menjawab. Tak mungkin dibiarkan Lee susah sorang-sorang.

Thank you, Nurin. Aku sayang kau. Kalau aku ni perempuan, aku dah peluk dah kau.” Lee gembira, lega dan bersyukur.

“Eleh, kau ingat semua ni free? You owe me this big.” Nurin mencebik. Saja kenakan Lee.

“Yalah.. yalah.. aku hadiahkan tiga pasang baju daripada butik aku. Setuju?” Lee dah tak kisah. Rasanya jasa Nurin tak ternilai kalau nak dibandingkan dengan baju-baju tu. Kalau Nurin masih enggan, rasanya dia sanggup hadiahkan satu butik untuk Nurin. Asalkan apa yang dirancang hari ni berjalan seperti biasa.

“Serius?” Nurin agak terkejut. Yalah.. sepasang baju Lee pun hampir mencecah empat angka.

“Serius la. Kau pilih je mana yang kau nak nanti.”

“Tapi, aku nak kena buat apa weh? Tak reti la..” Nurin gelabah balik.

Orang lain jadi model bertahun-tahun pengalaman. Dia pula tak sampai beberapa jam lagi dipaksa jadi model? Kalau terpelecok masa jalan macam mana? Buat malu je!

“Alah.. kau jalan je la.”

“Memanglah jalan. Kau nak aku berkuda kepang ke apa?” balas Nurin balik. Ketawa Lee dengan jawapan gelabah Nurin.

“Jangan risau. Aku akan temankan kau nanti. Kita akan keluar sama-sama.”

Nurin lega mendengarnya.

   --------

Sorry.. lambat!” Harraz tepuk bahu Farhan. Sempat dibetulkan sut hitamnya supaya nampak kemas. Ketika itu majlis dah bermula dan semua orang dah mengambil tempat masing-masing.

“Nasib baik kau datang. Kalau tak, aku taknak tolong kalau mama aku membebel kat kau,” balas Farhan. Lega bila nampak susuk sepupunya itu. Kalau tak, memang dia yang akan jadi mangsa bebelan mamanya nanti. Kalau betul terjadi, memang kenalah Harraz dengannya.

Harraz tersengih. Ya, tahu! Sebab tu la dia tetap datang juga walaupun dah lambat. Hari ni adalah hari penting Mak Sunya, Datin Awin. Ada pertunjukan fesyen daripada beberapa pereka fesyen terkenal dan sudah tentu semuanya ditaja dan dirasmikan oleh Mak Sunya itu. Memang dia tahu yang Mak Sunya tu memang minat betul dalam fesyen. Tak tunjuk muka? Memang cari nahas namanya.

“Dah lama ke start?” soal Harraz bila melihat Mak Sunya tengah berucap di depan.

“Baru je.”

Oo.. baru je mula rupanya. Takdelah lambat sangat. Harraz capai gelas yang berisi jus oren itu. Diteguk rakus. Dahaga betul. Mana tak dahaga kalau dah berlari ala-ala nak masuk pertandingan pecut seratus meter tadi. Sebab taknak lambat punya pasal.

“Ada yang cun tak? Soal Harraz lagi.

Orang lain datang tengok fesyen diperagakan. Tapi dia datang sebab nak tengok model. Untung-untung dapat buah hati baru.

Farhan angkat bahu. Tak tahu.

    -----------

Nurin gelabah sendiri di belakang pentas. Bunyi bingit musik dimainkan dan sesekali bunyi tepukan dan sorakan para tetamu. Ramai! Kalau telinga tak salah dengar, bunyi memang ramai. Weh.. Nurin! Memang la ramai. Dewan ni dah la luas!

       Sesekali mengintai keluar. Nampak beberapa orang model memperagakan bermacam-macam pakaian. Jalan mereka penuh yakin. Lagilah Nurin gelabah.

“Weh, Lee. Aku takut!” Allah je yang tahu macam mana rasa hati sekarang ni.

Tiba-tiba rasa tak yakin. Kalau tersungkur masa jalan lepas ni, macam mana? Memang aku tarik la purdah kat muka ni, buat tutup satu muka. Risau betul dia. Tengok ajelah ketinggian tumit kasut dia. Lebih sejengkal. Sampaikan dia sama tinggi dengan Lee. Nasib baik dia ni memang jenis yang gilakan high heels jugak. Kalau tak, parah!

 “Rileks, Nurin. Chill,” kata Lee.

Saat-saat macam ni, memang tak la dia nak tayang muka bajet cool. Kepala lutut dah rasa goyang. Dada rasanya kalau elastik habis, memang dah nampak bentuk hati keluar. Tangan pun rasa sejuk macam lepas letak dalam peti ais. Kalaulah dia boleh pegang Lee, memang dah lama dah dia pegang tangan Lee. Pundi kencing pun tiba-tiba rasa penuh.

“Aku nak pergi toilet, Lee.”

Sah! Simptom nervous kembali menyerang. Lee geleng kepala. Kau jalan je, Nurin. Bukan ke tadi dah berlatih ke?

“Jangan buat hal, Nurin. Turn kita dah nak dekat ni. Relaks, Nurin. Bertenang.”

Nurin tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus panjang-panjang. Kau kena yakin, Nurin.

One minute.” Si tukang atur majlis datang lagi memberitahu Lee. Satu minit lagi dia dan Lee akan keluar.

“Kau boleh, Nurin!” Lee beri kata semangat lagi.

   ---------------

Last but not least, we proudly invite the best fashion designer in this decade. Let’s give him big applauses for his new trendy outfit, Mizz-3. We give you, Nashrain Leee..”

Sebaik sahaja nama Lee disebut, Nurin dan Lee beriringan berjalan keluar. Sepanjang pentas memperagakan fesyen itu, tak putus-putus tepukan gemuruh diberikan. Tak putus-putus flash kamera buatkan mata Nurin naik silau. Tapi, dia tetap tenang. Tak kisah la mulut senyum ke tak, sebab orang tak nampak.

Masa mata Nurin melilau sekeliling dewan besar itu, masa itulah dia nampak Farhan. Farhan tengah minum air. Eh, Farhan? Nurin tak percaya. Pandang pula sebelah Farhan. Harraz! Nak bersilat rasanya. Disebabkan meja VIP cumalah bersebelahan dengan pentas, Nurin dapat melihat dengan jelas wajah Harraz. Harraz tengah tengok tepat ke arahnya. Tajam! Buatkan dada Nurin tiba-tiba berdebar walaupun dia tahu Harraz tak cam dia. Rasa macam tengah menghadap Harraz kat pejabat pun ada.

Cepatlah masuk. Cepatlah masuk. Nurin berdoa dalam hati. Ikutkan hati, memang nak lari masuk cepat-cepat.

   --------------

“Weh, Farhan. Siapa tu?” soal Harraz sambil menunjukkan ke arah pentas.

Kepala Farhan menoleh ke arah yang ditunjuk Harraz.

“Nashrain Lee.”

“Aku tahulah, sengal. Aku tanya awek sebelah dia tu,” soal Harraz balik.

Dia pun kenal dengan Nashrain Lee tu. Orang buta fesyen je tak kenal pereka fesyen hebat itu. Dia tak berminat dengan Lee. Wanita tinggi yang berdiri sebelah Lee itu yang menarik minatnya.

Sekali lagi mata Farhan menala ke arah pentas. Ketika itu Lee dan model sebelahnya sedang berjalan masuk ke belakang pentas.

“Entah.” Farhan angkat bahu. Manalah dia kenal. Kalau yang kenal pun, mesti mama dia.

“Kenapa, Harraz?” soal Farhan pelik.

“Cantik. I like her.”

“Mana tahu cantik? Kau nampak mata dia je. Entah-entah, jongang.” Selamba Farhan kutuk.

Dia tak setuju. Kali kedua dia dan Harraz berbeza pendapat tentang wanita selepas Nurin dulu.

No. Aku yakin dia cantik. I can see her through her eyes.”

Harraz yakin. Pandangan wanita tadi rasa macam pernah dilihatnya walaupun cuma sekilas. Mereka pernah berjumpa ke? Kenapa rasa macam dekat dengannya? Walaupun dia tak nampak keseluruhan wajah wanita itu, tapi dia yakin wanita itu cantik.

“Sejak bila pulak suka perempuan bertudung ni?” Ada nada sindir dalam soalan Farhan.

Harraz buat tak dengar. Alah.. Model bertudung ni tak semestinya bertudung. Kadang-kadang sekadar memenuhi keinginan pihak penganjur. Tapi, siapa perempuan tu? Harraz berminat untuk ambil tahu.