BAB 18
“Phuii..
pahit sangat! Macam lepas kunyah biji kopi!”
Kali kedua.
“Yuckk…
kau letak gula sekilo ke apa? Kau nak bagi aku kena diabetis?
Kali ketiga.
“Takde rasa! Macam minum air masak
perisa kopi! Tak sedap langsung!”
Arghh… tensionnya
Nurin rasa sekarang ni. Melaun punya Harraz! Weh… kopi je pun! Minum je la apa
orang hidang. Mengada tak ingat dunia. Macamlah boleh kena strok kalau minum
kopi tak sedap! Mengada! Rasanya dia dah ikut macam yang dikata Eves. Tapi,
kenapa Harraz tak puas hati?
“What
happened?” Eves berminat nak tahu bila tengok Nurin keluar dari bilik
Harraz. Nampak muka keruh Nurin, dapat diagak yang Nurin gagal. Sekali lagi?
“Again,
fail.”
“Peliklah. I rasa dah sama. Kenapa bos
taknak?” Eves juga pelik.
Tengok.. Eves pun cakap pelik! Huh..
jadi memang sahlah mamat tu sengaja nak mengada. Tak lain tak bukan, nak
susahkan hidup orang. Apalah dosa dia dengan Harraz? Kenapa dia?
“Takpelah.. saya buat sendiri kali ni. Thanks for helping, Eves.”
Kali ni Nurin akan cipta resepi sendiri
kasi mamat tu. Lantaklah nak minum ke tak, yang penting kali ni kali terakhir
dia akan buatkan kopi untuk Harraz. Dia nak minum, minum. Taknak minum,
sudah. Dia ingat aku ni takde kerja lain
nak dibuat?
Nurin mengikut citarasa sendiri untuk
membuat kopi. Sama macam dia hidangkan kopi untuk abahnya. Yalah.. abahnya pun
bukannya suka kopi 3 in 1 ni. Abahnya
selalu puji yang kopi dia buat sedap. Kalau mamat tu banyak komen lagi, tahulah
apa yang dia nak buat!
---------------
Nurin ketuk pintu bilik Harraz. Setelah
mendengar izin dari Harraz, barulah Nurin melangkah masuk. Masa tu dalam bilik
Harraz ada Eriq. Nurin buat tak tahu bila nampak Eriq pandang dia yang tengah tatang
dulang macam nak melayan maharaja. Habislah. Keluar lepas ni, mesti kena tanya
macam-macam.
“Eriq,
you can leave now.”
“Okay..
thanks, boss.
Maka tinggallah mereka berdua. Nurin
meletakkan cawan kopi itu atas meja Harraz. Menunggu Harraz mengomen entah
apa-apa.
Harraz menghirup kopi itu sikit. Lain
rasanya. Tapi, sedap! Dia pandang Nurin yang tengah tayang muka tak tahu dia.
Suka Harraz tengok Nurin ulang-alik ke bilik dia. Bila lagi nak dapat peluang
untuk kenakan budak tu?
“Hmm..
not bad. Good job.” Harraz berpuas hati.
Akhirnya! Khatam jugak assignment bertajuk ‘Kopi untuk CEOku’
ni. Kalau Harraz komen lagi, memang dia bagilah mamat tu kunyah cawan kopi ni.
Huh.. susah betul melayan orang cerewet ni. Siapa la insan malang yang akan
jadi bini mamat tu?
“What
is the secret?” soal Harraz sambil mengangkatkan keningnya.
Rahsia? Bak kata Nurin Areesa, Mestilah
rahsia!
“Rahsia? Senang je. Pertama, kopi.
Kedua, gula. Ketiga, air. Keempat, creamer.”
Nurin senyum jahat. Ingat dapat? Resepi ciptaan sendiri, ingat senang-senang
aku nak kongsi?
“Boleh saya keluar sekarang?” Nurin
minta izin. Rasanya tugas sebagai coffee
lady Harraz dah selesai.
--------------
“Harraz ada?” Baru je Nurin tutup pintu
bilik Harraz, dia diasak dengan soalan itu.
Atas bawah Nurin pandang wanita itu. Hmm.. cantik. Seksi. Tinggi. Tak lain
tak bukan, kekasih cerah Harraz Naufal la ni.
“You PA baru diakan? Harraz ada kat
dalam tak?” desak Kirana lagi bila Nurin tak jawab soalannya.
Aku PA baru? Nurin pandang bilik Eves.
Kosong. Patutlah minah ni laju je kaki boleh sampai ke sini. Terlepas siri
penapisan rupanya. Mana Eves? Mungkin sebab Nurin tengah pegang dulang, dia
ingat Nurin adalah PA baru Harraz.
“Saya bukan PA dia, cik. Saya rasa Cik
kena jumpa PA Encik Harraz dulu sebelum jumpa Encik Harraz.” Lembut Nurin
menegur.
“Maksudnya, dia memang ada kat dalam la
kan?” Mencerun mata Kirana pandang Nurin.
Alamak! Aku terlepas cakap ke apa? Nurin
terdiam sesaat. Belum sempat Nurin jawab apa-apa, nampak seorang perempuan
seksi lain tengah melangkah ke arah bilik Harraz dengan penuh gaya.
“Is
Harraz inside?” Soalan yang sama dengan Kirana, tapi versi Inggeris pulak.
Dengar je soalan dari mulut Qaseh,
Kirana terus berpaling. Dua perempuan itu saling menghadap.
“You siapa? Kenapa cari Harraz?” Garang
Kirana bertanya Qaseh.
“I’m
his girlfriend, okay? You tu siapa?” soal Qaseh balik.
Kedua-dua saling berpandangan. Kalau
dalam kartun ni, mesti dah ada current
eletrik keluar dari mata masing-masing. Nurin kat tengah-tengah tak tahu nak
buat apa.
“Err…
cik berdua! Saya rasa ada baiknya cik berdua..”
“Shut
up!” kata kedua-duanya. Jeling tajam pada Nurin.
Tak pasal-pasal aku dishadap dia! Nurin garu belakang lehernya. Buntu. Kenapalah dia
yang kena menghadap dua manusia ni? Mana pergi Eves ni? Hanya Eves yang hebat
menenangkan gundik-gundik Harraz ni. Apa orang kata? Experience la katakan.
“Oh, sebab kaulah Harraz dah tak contact aku, ya? Mesti kau yang miang
nak goda Harraz kan?” tuduh Qaseh.
“No
wonderlah Harraz cari aku. Sebab aku lebih pandai layan Harraz berbanding
kau. Kau ke yang Harraz cakap yang membosankan tu?” Kirana gelak jahat.
“Kau cakap apa?” Qaseh dah naik angin.
“Eh, cik! Sabar, cik.” Nurin dah
gelabah. Tangan Qaseh macam nak naik. Petanda awal berlaku perang ni!
“Where
is Harraz? He’s inside. Right?”
Tak tunggu banyak masa, badan Nurin yang
tengah berdiri depan pintu bilik Harraz ditolak kuat. Nasib baik kepala tak
terhantuk pasu bunga besar kat tepi.
“Harraz!”
Pintu bilik Harraz dibuka kasar.
Terkejut Harraz bila nampak kedua-dua kekasihnya sedang berdiri di depan pintu
biliknya. Muka kedua-duanya merah. Nampak Nurin yang berada di belakang mereka.
Harraz berdiri dari duduknya.
“Apa ni?” Harraz tanya Nurin. Serius
pandang Nurin.
“Err..
saya tak sempat halang mereka, Encik.”
“You
should stop them. One meter away from my room!” marah Harraz.
Aku pulak yang kena marah? Nurin tak
faham. Aku rasa mamat ni lupa satu benda. Aku bukan PA kau la!
“Where’s
Eves?” Harraz baru sedar. Bukan salah Nurin. Nurin bukan PA nya.
Nurin geleng kepala. Tak tahu.
“Harraz!
Tell me. Who’s this damn witch?” soal Kirana.
“What?
Kau cakap apa?” Qaseh yang dah hilang sabar cuba menampar pipi Kirana. Tapi
dihalang oleh Harraz.
“Wo..
wo.. ladies! This is my office. Don’t create any chaos here.”
“See..
Harraz back up aku. Because he loves me,” sinis Kirana.
Tak sempat hati nak sejuk, Qaseh kembali
berapi. Sakit hati bila Harraz seolah-olah membela Kirana.
“Kurang ajar!”
Qaseh hilang sabar. Sekali lagi cuba
menampar pipi Kirana. Harraz yang cuba menghalang ditolak ke tepi. Pangg! Sedas kena pipi Kirana.
Kirana pula tak tinggal diam. Macam kena
rasuk, cuba ditariknya rambut perang Qaseh. Harraz cuba meleraikan pergaduhan
mereka. Qaseh cuba ditarik. Tapi gagal bila kedua-dua wanita itu menolaknya
kuat. Dahsyat juga power wanita kuasa
dua yang tengah marah ni. Sampai-sampaikan dia yang kuat pun boleh terpelanting
ke belakang.
“Auchh…”
Lengan kanan Harraz terlanggar meja. Kuat dan tepat di bahagian lukanya.
Berkerut wajah Harraz menahan sakit.
Tangan kirinya memegang kawasan yang sakit itu. Lukanya hampir sembuh. Tapi
kerana hentakan kuat itu, Harraz kembali rasa kesakitannya. Minta-mintalah
lukanya tak kembali terkoyak.
Nurin yang melihat agak terkejut. Women’s fight! Berlaku depan mata. Apa
nak buat ni? Bila nampak muka berkerut Harraz, Nurin baru teringat yang tangan
lelaki itu masih sakit. Tak boleh jadi ni!
Kesian dia tengok Harraz yang jelas
menahan kesakitan itu. Sorang mengerang kesakitan kat tepi meja. Dua orang lagi
tengah tarik-tarik rambut. Akhirnya Nurin cuba meleraikan pergaduhan itu.
“Cik.. cik.. kita kat pejabat ni.
Apa-apa masalah, boleh bincang kat luar.” Nurin cuba mencelah.
Pangg! Tak pasal-pasal Nurin kena penampar.
Berbirat rasa kulit pipi lepas kena tampar. Kuat betul hayunan entah tangan
siapa sampai-sampai hampir jatuh Nurin. Nampak berpusing-pusing bilik Harraz
ni. Nasib baik tak terkehel tulang cervical
dia sebab menahan kelajuan leher berpusing.
Harraz yang lihat situasi itu jadi
berang.
“Please..
shut up!”
Kedua-duanya tak endahkan Harraz.
“I
said, both of you shut up!!” tempik Harraz kuat. Mahu merekah cawan kopi
atas meja.
Terus semua berhenti. Hanya dengar bunyi
aircond. Nurin pula tak ambil kisah.
Sakit di pipi masih terasa. Kalau dia masuk campur lagi, agaknya boleh hilang
gigi.
“Get
lost! Both of you, berambus dari bilik I sekarang!” garang Harraz keluarkan
arahan. Wajah Harraz berubah serius.
“Before
I call security to drag you out, both of you better berambus sekarang.”
“Sayang, tell her you sayang I,” rengek Kirana.
“Harraz,
don’t you remember our sweet moments?” kata Qaseh pula.
“Hei.. kau jangan nak..”
Pap! Kuat Harraz hempap tangan kirinya
atas meja. Semua senyap balik.
“I
don’t love any of you. Puas hati? And
now, please leave!”
Masam muka kedua-duanya. Dengan muka tak
puas hati, kedua-duanya meninggalkan bilik Harraz. Nurin yang tengok tak puas
hati. Dahlah tampar muka aku. Tak mintak maaf, tak apa, dengan hidung tinggi
berlagak jalan keluar! Sama je dua ekor tu! Aku doa kau dua orang jatuh tangga
lepas ni! Biar padan muka. Geram betul Nurin!
Eves yang entah dari mana tiba-tiba baru
muncul. Tapi dah terlambat.
“Bos, apa dah jadi?” soal Eves.
“Where
have you been? Kenapa biarkan dua ekor perempuan tu terlepas masuk bilik
I?” marah Harraz.
“Sorry,
boss. My mistake.” Eves minta maaf. Dah lama Harraz tak menyinga dengannya.
Kecut segala organ tengok muka rimau Harraz tu.
Baru perasan Nurin yang macam berada
dalam dunia sendiri.
“Nurin,
are you okay?” soal Eves.
Baru Harraz teringatkan Nurin. Depan
matanya nampak Nurin berpusing lepas kena tampar. Nak tolong, tapi diri sendiri
pun tengah sakit tadi.
“Get
me some ice and first aids kit, Eves. Immediately,” arah Harraz. Eves
patuh.
-----------
Nurin pegang pipi kirinya. Rasa
berdenyut-denyut. Sakitnya. Sah-sah la merah pipinya sekarang ni. Kuasa
perempuan macam kena rasuk setan, mana tak kuat?
“Yang kau pergi masuk campur tu kenapa? Itulah
makannya. Kan dah kena penampar sebiji,” bebel Harraz.
Nurin cuma tahan rasa. Dia tak tahu ke
aku buat semua ni lepas tengok muka sakit dia tu? Nurin pun tak tahu kenapa
laju kakinya melangkah ke arah Kirana dan Qaseh tadi. Yang pasti dia tak sampai
hati melihat Harraz yang kesakitan.
“Duduk sini. Apply ice. It can reduce your pain and swelling.” Harraz bagi
arahan.
Nurin cuma patuh. Nak keluar pun malu
dengan pipi bengkak dan merah macam ni. Mesti orang syak bukan-bukan.
Harraz duduk sebelah Nurin. Kesian juga
tengok pipi merah Nurin. Tak pasal-pasal Nurin yang tak bersalah itu jadi
mangsa.
“How
to apply this?” soal Nurin. Tak pernah pula dia guna ais untuk hilangkan
sakit.
Harraz tak menjawab. Cuma tangan yang
bergerak. Harraz mengambil beberapa ketul ais kiub itu dan diletakkan di dalam
plastik. Kemudian plastik itu dibalut dengan satu lapisan tuala nipis. Selepas
beberapa saat, barulah Harraz letak ais itu di tempat yang bengkak.
“Berapa minit ni?” soal Nurin. Rasa
sejuk mula terasa.
“Fifteen.”
Lima belas? Waa.. mahu kena brain freeze dia. Sejuknya! Ni pun dah rasa lain macam. Boleh kejang otot
muka macam ni. Tapi ditahankan saja asalkan sakitnya berkurangan. Dia pejam
mata.
Harraz pandang wajah Nurin. Ada sesuatu
yang menariknya untuk melihat Nurin lama-lama. Tapi apa? Mata dia? Hidung dia? Harraz
sendiri pun tak faham kenapa.
Bila buka mata, Nurin perasan Harraz
tengah tenung dia. Kedudukan pula agak rapat. Berdebar juga dada Nurin bila
Harraz pandang dia macam tu.
“Encik boleh duduk jauh-jauh dari saya
tak?”
“Why?”
“Saya tak sukalah dekat-dekat dengan
Encik ni. Rimas.” Terus-terang dan selamba.
“Eleh.. dulu kita berpelukan takde rimas pun? Kau okey je?” Harraz sengaja mahu
mengusik.
Kita berpelukan? Yuck! Semacam geli je bunyīnya. Merah
muka Nurin. Panas. Kurang ajar! Hari tu satu pengecualian. Darurat. Tapi Harraz
tak tahu satu benda. Itu kali kedua mereka berpelukan. Astaghfirullahalazim.. berdosanya!
“Kau lupa ke? Kalau kau lupa, meh aku
ingatkan balik. Satu tangan aku kat sini dan satu tangan lagi, hmm… macam ni.” Harraz lagi mahu
mengusik. Makin didekatkan jarak antara mereka. Bila nampak Nurin macam nak
keluar bunga-bunga tae kwon do dia, Harraz ketawa. Orang usik sikit pun nak
terangkat.
“Gurau je la.” Harraz jarakkan balik
sebelum kena terajang masuk laci meja.
“Oh, ingatkan encik ada pasang
angan-angan nak rasa penampar ni rasa macam mana,” balas Nurin. Riak muka
selamba macam tak bersalah pun cara dia cakap.
Nurin lama dah kembali. Cuma Nurin yang
berani cakap macam ni dengannya. Semua perempuan kalau boleh menjaga kata
semaksima mungkin. Punya seribu cara untuk menjaga hatinya. Tapi bukan Nurin. Anehnya,
Harraz tak marah langsung.
Tangan bergerak sikit. Rasa sakit.
“Auchh..”
Harraz pegang tangan sendiri. Nyaris-nyaris lupa luka di lengan.
“Tangan encik masih sakit ke?” Prihatin
Nurin bertanya.
Harraz tak jawab. Cuma lipat lengan baju
kamejanya melepasi tempat lukanya. Tak lepas. Cara lain, Harraz cuba
menanggalkan baju kamejanya.
Bulat mata Nurin yang tengok Harraz yang
selamba membuka butang baju kamejanya yang paling atas.
“Eh.. eh.. encik nak buat apa ni?” soal
Nurin cepat. Menghalang Harraz sebelum free
lelaki itu tayang body.
“Nak tanggalkan baju. Aku rasa luka ni
kembali koyak.”
Hish.. dia ni! Tak teragak-agak nak
bukak baju depan orang. Macam bukak baju depan perempuan ni perkara biasa. Kembali
terbayang susuk tubuh Harraz ketika dia tertangkap dengan Elfira dulu. Oo.. kau ingat aku ni macam Elfira?
“Kalau ya pun tunggu la saya keluar
dulu. Tak malu ke?” marah Nurin geram.
Harraz pandang Nurin. Muka dah merah.
“Nak malu apa?” soal Harraz balik. Tak
faham. Apa yang pelik lelaki bukak baju? Kalau perempuan bukak baju tu yang
pelik.
“Saya keluar dulu. Kalau encik perlukan
apa-apa pertolongan, cakap kat saya. Saya turut bertanggungjawab atas apa yang
jadi kat tangan encik.” Nurin tak pernah lupa yang dia punya hutang dengan
Harraz.
Harraz cuma lihat Nurin berlalu pergi.
Itu pun tanpa pandang muka dia. Apa daa. Itu pun nak malu ke? Bukannya dia
bogel. Kira untung apa dia nak tunjuk badan cantik dia ni? Ramai perempuan
tunggu peluang kut!
------------------
“What
happened to your face, Nurin?” Liza bertanya bila nampak Nurin balik ke
tempatnya. Pelik betul. Tadi keluar rasanya elok lagi. Hampir sejam tak nampak
Nurin lepas Nurin kata dia nak ke cari oksigen tadi.
Nurin cuma senyum. Adoi.. tu pun rasa
dua puluh peratus sakit. Apa terjadi dengan muka aku? Sebab makan penampar
gundik-gundik big boss la. Apa lagi?
“Accident
sikit.” Nurin malas nak jawab. Aku kalau dengan Harraz mana pernah tak ‘accident sikit’!
Orang mesti cakap dia malang. Hari tu
nyawa hampir melayang. Hari ni pulak, pipi dilayang penampar. Huh.. memang
malang pun!
“Nurin, ni mesti you kena dengan girlfriends bos tadi, kan?” Eriq entah
datang dari celah mana menyampuk. Alamak! Lupa pulak yang Eriq pun ada
berdekatan bilik Harraz tadi.
“Hah? Apa jadi? Ada berita hot ke?” Pantang dengar berita panas,
mulalah si Ash mencelah.
Malasnya Nurin nak melayan semua orang.
Ikutkan hati, nak je dihalau semua. Tak cerita karang, mulalah keluar cerita
pelik-pelik. Cerita karang, orang cakap karang cerita pulak. Jadi, apa bezanya?
“Hari ni bulan mengambang. Sebab tu
boleh serentak buah hati bos datang. Gaduh-gaduh, lepas tu, kenalah yang ni,”
cerita Nurin sambil jari tunjuk pipi yang masih sakit tu.
“Kenapa you? Apa you buat dalam bilik
bos?” Eddie dah pandang curiga pada Nurin.
“Yalah.. lepas Nurin keluar tadi, cepat
je bos angkat kaki kan? Mata bos pun kalau perasan asyik tengok you je tadi.” Ash
anguk-angguk sendiri. Mula buat konklusi sendiri.
“A’aa..
I nampak you bawak kopi untuk bos kan, Nurin? Sejak bila you buatkan kopi untuk
bos?” sampuk Eriq pula. Makin berganda-ganda syak wasangka semua orang.
“You
ada special relationship dengan bos
ke?” tuduh Liza pula. Ah, sudah!
Dengar je Liza cakap macam tu, terus
pusing Elfira. Huh.. mati la aku lepas ni! Tengok.. cerita, tak cerita macam
sama. Baik dia diamkan tadi.
“Takdelah. Saya kebetulan je ada kat
pantri tadi. You know, I’m part of the
reason of his current condition now. Sebab saya, tangan dia sakit. Saya just nak balas jasa dia,” jelas Nurin.
Betul, okey!
“Hmm..
entah-entah bos dah suka you tak, Nurin? Habislah… El dah ada pesaing baru.”
Ash seronok mengapi-apikan keadaan.
“Eh.. jangan nak jadi nujum pak belalang
kat sini. Baik semua sambung kerja. Mood
bos sekarang macam taufan Katrina. Duduk
semeter pun dah longgar kepala lutut. Kalau dia tahu korang dok seronok
bergosip, mesti kena semua. Hih.. ngeri!” Nurin menakut-nakutkan mereka. Buat
tak peduli dengan pandangan Elfira. Kalaulah dia melayan, rasanya pipi sebelah
pulak yang makan penampar Elfira.
best anjel…good n3
ReplyDeleteIshh..tak pasal2 Nurin pula yg kena penampar! Lainkali Nurin patut jauhkan diri je..jangan nk pandai2 leraikan pergaduhan tu.. Ishh..sakit pulak hati saya. Macam saya lak yg kena tampar.haha. next time Nurin tampar blik pompuan2 tu. Baru puas hati. Huh!
ReplyDeleteYeayyy..dah masuk n3 baru..
ReplyDeleteThanks anjell..
Papepn x suka dgn haraz..
X suka dgn lelaki kaki buli peempuan..
X gentleman langsung..
huhuu..Nurin dishadapkan oleh gundik2 bos besar..hahahahaha..alahaiii..lmbt la harraz ni protect Nurin..
ReplyDeleteplease kak Anjell,new entry!!!
Sian nurin..terseksa hidup dia ngadap boss dan gundik2 dia sekali.. lain kali balas je tamparan kokedai sampai bibir derang terpeleot..sakit hati kita tau...
ReplyDeleteTanks anjel dgn N3 tebaru nie... 😊
ReplyDeleteAduaiiiii...kasihan Nurin jd mangsa Qaseh vs Kirana!
ReplyDeleteBukn nk say sorry tp bebelan Harraz yg ditrima..tp klakar la ayt dia "yg sibuk2 msuk cmpur knapa..itulah mknnya, kn dh kna pnampar sbiji.." bebelan yg sweet sy rse!
Sguhpn Harraz ni garang, slalu bg ayt pedas, kaki buli, kaki pompuan & seangkatan yg mnyakitkn..tp dr sudut lain bila dgn Nurin dia ni caring, pndai rupanya menyakat org..n bile something happen kt Nurin cpt pula btindak mnyelamatkn Nurin smpi xsedar effect kt dri Harraz sndri cmne..
4Anjell, thx utk entry kali ni..sy suke! Xde ke rupe2 Nurin cmne..Harraz ke..Farhan ke.. bole smbil2 bace smbil2 berilusi mbygkn diorg cmne (bget nk feeling2 gitu bikin ati jd cairrr..hihihi!)
Xyah memandai nk request muke2 dorg mcm artis ape.. Bknnye Hensem sgt pon artis.. Imagine sndiri la
DeleteBetul..saya pn agak lemas kalau tepek2 gambar ni..cantik n ensem pada diorang tp x kena kat mata kita..kita imajin je la sape2 yg kita kenan...
DeleteSaya sokong..
DeleteNk request n3 baru lg bley x? X puas baca
ReplyDeletecool giler si nurin ni...hmmmm bila la si harraz ni nak notice pemilik mata itu milik nurin
ReplyDeleteComelnya nurin..kenapa la tadi harraz lambat nk protect si nurin..kan skrg dh kena penampar. .. kak anjell nak lagi..x puas baca nk tau apa yg akan jadi. .
ReplyDeleteawesome! :)
ReplyDeleteAhahah. best2 . kesian kat Nurin. x pasai2 kena penampor . nak lagi :)
ReplyDeleteKlau Damia ngan Sha yg bhadapan ngan situation ni, msti pnampar kuase tiga yg dorg balas kat 'gundiks' harraz 2.. Haha
ReplyDeleteIes@
Try suke harraz tp x boleh..
ReplyDeleteTp saye suke nurin..
SANGAT..hihi
Thks anjel dgn nurin big bos kalah buat2 tidak berperasaan tapi dlm hati sngt menyintai
ReplyDeleteTq anjel..
ReplyDeleteYour stories mmg buat saya tertunggu-tunggu
Betul...
DeleteThump up....x sbr tggu nxt Hope b4 raya ada new n3...
ReplyDeleteNaya Nurin. Tak pasal makan penampar free.
ReplyDeleteOh my god! best best best
ReplyDeleteSian Nurin x pasal2 dapat penampar....
ReplyDeletePENGSAN!! NEXT!!! HEHE TQ ANJELL HIBURKAN HATI NI
ReplyDeleteBestttt sgt2 sian nurin
ReplyDeleteKnp mesti bergaduh krn lelaki..satu kenyataan pahit ttp realiti mmg ada...terbaek anjell x sabar utk next n3..
ReplyDeleteElfira makin tergugat..jgn la di pedajalkan nurin lagi..dah la nurin baru kena dgn 2 gediks tu..
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteSian nurin kne tamparan wanita gedik..nak new n3 lg
ReplyDeleteivykyra
Laa...... apsal Nurin yg garang tu... x bg penampar balas kt dua ekor tuh..... Geram pulak hati ai nih.... Ala..... dah dekat ngan Nurin pown xprasan simata cantik tu kah?.... Hang memang bebal la Harraz..... Farhann.... Cepat la dtg tengok Nurin tue.... Ops... Lupa...... Farhan da start keje ngan papa dia la......
ReplyDeleteTu la kan..cam dah lama x baca pasal farhan..rindu jugak dgn mamat ni walaupn 2nd hero..sekurang2nya tergugatla jugak si haraz ni.. Walaupn dia xde feeling lg dgn nurin.. tp mesti dia terasa gakkan..dgn farhan nurin kemain sengih sampai ke telinga tp bila dgn dia nurin dok diam membeku..
DeleteNapelah bukan Elfira yang kena tampar dengan gundik2 tu ya...Harraz mmg tak perasan ke mata si Nurin ni...
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteKesian nurin..x pasal2 kena sedas...
ReplyDeletehehe...kesian nurin kene thai-slap dengan gf harraz...nak bab baru!
ReplyDeleteN3 semakin best! Bg Haraz rindu byk2 kat Nurin
ReplyDeleteKesian nurin..x pepasal kena lempang gan aweks bos..
ReplyDeletebest nak lagi
ReplyDeleteBestnyaaa crite ni..2 chapter serentak i bca..bru best..kalu x..asyik ulang je dr awal..thanks miss writer...lov it ..
ReplyDeleteWau......bestnya.....cpt2 le anjel kluarkn novelnya.....
ReplyDeletekesian kat nurin...x pasal2 kena penampar...
ReplyDeletehuhuhu....
best, x sabar tunggu novelnya, begitu juga dgn suamiku paling sweet. RINDUUUU....
ReplyDeleteHuhu lepas saya komen terus ada XD. Memang saya nak tahu macam mane nurin kena lempang. Ok baru saya tahu. Emmmmmm tpi habis bab 25? Alaaaaa takpelahh
ReplyDelete4 kali suda ..huu
ReplyDeleteOk... Xsgka sy yg harraz pon pndai mlawak... Haha... Nurin2... Sbar erk.. Dugaan tu nmeny.. Cian x psl2 kne cium ngn tpak tgn. Yg haraz pon satu xkn x pasan mata nurin.. Duduk sikit punye dekt tu ms letak ais... Nurin mmg direct gile x takut lgsg ngn singa hehe.. Luv anjell
ReplyDeleteXnk komen paper.. Yg sy nk, entry bru.. Jgn lmbat ye anjel.. Hehe
ReplyDeleteMintak anjell percepatkan production buku ni sbb belum jumpa lagi ya story yang boleh berdebar and sweet mcm ni. As usual nak simpan buat pekasam
ReplyDeleteSelamat Hari Raya anjell n mohon maaf sekiranya selama saya mengomen ada yg menyinggung perasaan anjell..maklum la kdg2 bila kita x suka hero tu kita dok kutuk2 padahal penat cik writer createkan watak hero gitu..semuga sentiasa dirahmatiNya, diberi kesihatan yang baik selain menjalani ibadah dapat juga menulis dgn cerianya n berbahagia disamping keluarga tersayang..errr nak tanya, takde ke n3 terbaru sebelum raya ni..
ReplyDeletekak anjell, gud job..next entry please,,,, btw,slmt mnymbut aidililfitri.. maaf zahir dan btin..
ReplyDelete