Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 31 March 2012

Eksperimen Cinta (BAB 33)

BAB 33

Hampir seminggu Damia berpisah dengan Tengku Aaron. Sungguh! Langsung dia tak rindu pada lelaki itu. Entahlah.. macam orang tiada perasaan pula rasanya. Bagaikan Tengku Aaron bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Hanya sekali saja Tengku Aaron pernah menghubunginya. Itupun semata-mata sebab nak kaburi mata orang tuanya. Semuanya sebab uminya yang selalu bertanyakan keadaan Tengku Aaron di Ottawa. Kadang-kadang memang dia terpaksa menipu mengatakan Tengku Aaron sihat sejahtera di sana dan selalu menelefonnya.

     Dan bila hujung minggu menjelma, kakinya pula tak boleh duduk diam. Cepat je dia bersetuju bila Suraya mengajaknya menemaninya ke Berjaya Times Square. Katanya nak ke spa. Tak boleh blah betullah minah tu sorang. Pantang ada diskaun, memang beratur paling depanlah dia. Damia geleng kepala. Kesudahannya, Damia terpaksa menunggu Suraya yang sedang menjalani urutan badan di spa Bizzy Body.

     Damia membuat keputusan untuk menunggu Suraya di Mc Donald’s. Sambil menunggu, dia boleh makan. Perut pun dah lapar. Setengah jam menunggu bukannya jangka masa yang pendek. Kata memang setengah jam. Tapi, tengoklah lepas ni. Mesti terbabas punya lima hingga sepuluh minit. Tak pun setengah jam lagi. Huh.. Boleh mati kebosanan dia kalau menunggu Suraya di spa tu. Lebih-lebih lagi amoi kedai tu yang dah start promote. Malas dia nak layan. Lebih baik cabut awal-awal.

     Suasana di Mc Donald’s agak bising. Belum lagi ditambah dengan bunyi roller coaster di atas kepala yang sesekali melintas. Maklumlah.. tengah cuti sekolah. Ramai bebenor budak-budak yang lepak. Nak beratur beli Double Cheese Burger kegemaran Damia pun kena beratur panjang. Selesai membeli, Damia mengambil tempat di sebuah meja yang menempatkan dua orang. Nasib baik ada tempat duduk.

     “Hai, Damia! What a surprise!” teguran itu membuatkan Damia terperanjat sedikit. Dia senyum. Terus tak jadi nak makan.

     “Leo.. have a seat!” pelawa Damia melihat Leo yang berdiri di sebelah mejanya sambil membawa satu beg kertas.

     Leo tak menolak. Kerusi bertentangan dengan Damia ditarik. Betul-betul tak sangka dia terjumpa Leo di tempat awam sebegini. Segak pula pemuda itu dengan t-shirt putih dan jeans hitam. Kena betul dengan kulit Leo yang putih itu. Kali pertama dia melihat Leo yang mengenakan pakaian yang bukan formal. Kalau awek tengok ni, nak hulur nombor telefon pun tak segan.

     Melihatkan Leo, terus fikiran Damia melayang pada peristiwa beberapa hari lepas. Dia betul-betul hutang budi dengan lelaki itu.

--------

Nak menangis Damia rasa. Hari dah makin gelap, masa tu la kereta buat hal. Ketika itu dia dalam perjalanan nak balik rumah. Jalan memang jam teruk. Tambah pula dengan kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta membuatkan kesesakan lalu lintas makin menjadi-jadi. Hampir dua jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya jalan agak lancar. Tapi, masalah baru pula yang timbul.

     Tiba-tiba sahaja keretanya buat hal. Dia sendiri pun tak tahu sebab apa. Nasib baik Damia sempat berhenti di tepi jalan. Dan nasib baik juga keretanya tak buat hal ketika terperangkap dalam jam tadi. Kalau tak, memang makin jam la jawabnya. Silap-silap otak dia pun boleh jam jugak!

     Adoi.. apa masalah kau, wahai kereta? Mentang-mentang tuan kau dah terbang sampai Kanada, nak mogok rindu ke? Nak mogok pun lepas dia balik la! Huhu.. Damia pandang meter minyak. Penuh! Air pun okey. Jam di dashboard dipandang. Dah 6.45 petang. Kejap lagi maghrib. Damia keluar dari kereta. Enjin kereta diperiksa. Gayanya macam dia tahu je apa yang rosak. Huhu.. punyalah wayar berselirat habis, satu pun dia tak faham! Yang dia kenal, bateri kereta je! Damia garu kepala yang memang tak gatal. Kenapalah aku tak ambik mechanical engineering je dulu? Huhu.. Fail ilmu kereta betul!

     Nak buat apa ni? Dahlah dia tak tahu langsung pasal bengkel-bengkel kereta ni. Nak call Tengku Aaron, lelaki tu dah terbang ke Ottawa. Adoi.. nak cari saper pulak ni? Haa.. abah, along, angah dan achik! Minta-mintalah mereka semua itu tak ke mana-mana!

     Damia masuk balik dalam keretanya. Beg tangannya diteroka untuk mencari telefon bimbitnya. Bila ditekan, gelap! Damia tekan butang on. Masih gelap. Diketuk-ketuk dengan tapak tangannya beberapa kali. Gelap juga. Memang sahlah! Waa.. bateri takde la pulak!! Apa malang nasibnya hari ni? Damia dah hilang punca. Macam mana ni! Apa nak buat? Nak menangis rasanya!

     Ketika itulah sebuah kereta BMW 5 series putih berhenti di belakangnya. Kenapa pulak dia berhenti ni? Nak tolong aku ke? Cuak juga hati Damia. Orang zaman sekarang ni, kadang-kadang kononnya nak tolong tapi sebenarnya nak merompak. Damia makin cuak, tapi dia hanya mampu bertawakal. Buat-buat berani.

     “Miss..”

     Damia berpaling pada suara itu. Macam pernah dengar. Betapa lega hati Damia bila melihat lelaki yang menegurnya itu adalah Leo. Meskipun dia tidak tahu perangai sebenar Leo, sekurang-kurangnya hatinya lega sebab dia kenal siapa Leo. Kalau terjadi apa-apa pun memang dia tahu kat mana kalau nak bakar syarikat Leo nanti. Hehe..

     “Eh, Damia! Kereta rosak ke?” Leo juga agak terkejut.

     “Agaknya la, Leo. Saya tak tahu pasal kereta ni. What should I do?” soal Damia.

     Leo melihat-lihat enjin kereta Damia. Dia pun bukannya tahu sangat bab-bab enjin kereta. Kalau tayar yang pancit, memang dia boleh tolong tukarkan. Masalah air dan petrol pun bukan ni!

     “Usually, you hantar kereta kat workshop mana?” soal Leo balik.

     Damia garu-garu kereta sebelum tersengih tak tahu.

     “Don’t know. This belongs to my husband.”

     “Then call your husband,” cadang Leo.

     “He’s not here. I mean.. he’s not in Malaysia.” Kalau Tengku Aaron ada, tak perlu Leo yang menyuruhnya, memang Tengku Aaron la yang dia akan cari. Tapi.. masalahnya sekarang bukan setakat Tengku Aaron yang dia tak boleh hubungi. Tapi…

     “Phone saya habis bateri. Saya tak boleh nak call siapa-siapa dah.” Damia menunjukkan telefonnya yang skrinnya dah gelap. Nak je dibaling telefonnya ke tengah jalan raya. Biar kena gilis dengan bas Sani Ekspress. Leo hanya pandang Damia. Damia tahu apa dalam kepala Leo. Pity you.. Wargh.. malangnya hari ni!

     Leo menyeluk poket seluarnya.

     “Nah..” Leo menyuakan blackberrynya.

     “Apa ni?”

     “Handphone.”

     Damia gigit bibir bawah. Tahulah handphone. Ada rupa aiskrim perisa buah blackberry ke? Dalam mood Damia yang tak berapa nak stabil tu, Damia dengar macam Leo berloyar buruk pula. Tapi, kenapa disuakan kearahnya? Nak bagi hadiah kat dia ke? Atau nak sewakan kat dia ke?

     “Call someone you know.”

     Damia teragak-agak mengambil telefon bimbit Leo. Pucuk dicita, ulam mendatang. Damia cuba mengingat-ingat nombor telefon abang-abangnya. Arghh.. langsung tak ingat. Yang dia ingat 013 kat depan je. Tak guna betul! Huhu..zaman canggih sekarang ni, semua nombor memang simpan dalam handphone je. Tak main la buku-buku telefon ni. Nak hafal dalam kepala tu memang taklah!

     Akhirnya, Damia menefon uminya. Hanya nombor umi dan abah je yang dia ingat. Nasib baik jugak ada yang dia ingat. Nombor telefon Tengku Aaron pun dia tak ingat! Huhu.. mulai dari hari ni, memang dia akan mula menghafal nombor-nombor telefon yang penting dalam hidupnya. Selang beberapa saat, panggilan bersambut.

     “Helo, umi…”

     “This is voicemail box for the number..”

     Damia cepat-cepat tekan punat merah. Cemas punya pasal, sampai-sampai tak perasan dah masuk voicemail. Free je makan duit. Sorry ya, Leo. Huhu.. Damia telefon sekali lagi. Hati berdoa agar uminya menjawab panggilannya.

     “Hello..” panggilan Damia berjawab.

     “Assalamualaikum, umi. Mia ni..”

     “Waalaikumussalam.. apa umi-umi? Suara bukan main macho cam ni, tak boleh nak cam ke?”

     Baru Damia perasan yang bukan suara umi yang menjawab. Kalau telinganya tak salah, suara macam suara Risyam. Lagi bagus angahnya yang angkat! Betapa leganya hatinya.

     “Angah!! Angah.. help me. Kereta rosak. Mia tak tahu nak buat apa dah sekarang ni.” Damia mengadu.

     “Mia kat mana sekarang ni? Ni dengan siapa sekarang ni? Ni nombor siapa?” soal Risyam balik. Bertalu-talu. Banyak soalan pulak angah ni!

     “Kat Seri Kembangan. Angah datang cepat tau. Nanti sampai Angah tau la.” Damia malas nak cerita panjang. Lupa sekejap dengan kewujudan Leo yang sedang memerhatikannya.

     “Angah datang sekarang. Tunggu tau. Jangan ke mana-mana. Jangan layan orang tak kenal yang nak tolong ke apa. ” Risyam sempat memesan.

     “Ya..” Damia mengangguk-angguk. Bagaikan Risyam nampak saja gelagatnya.

     “Jangan percaya orang lain. Tunggu sampai angah datang. Angah risau sekarang ni.”

     “Iya.. cepatlah datang!” Damia dah naik suara. Geram dengan abangnya yang terlebih risau itu.

     Damia mematikan talian.

     “Nah.. thanks a lot Leo.” Damia menyerahkan balik telefon Leo. Leo hanya senyum sebelum mengambilnya.

     “Welcome.”

     “Thanks sangat-sangat. Kalau takde awak, memang tak tahu la saya nak buat apa,” ucap Damia lagi. Leo betul-betul penyelamatnya. Kalau tak jenuh juga nak cari public phone yang entah kat mana. Itu kalaulah jumpa. Kalau tak? Kalau orang entah apa-apa yang berhenti nak tolongnya lagilah dia tak tahu nak buat apa.

     “Kebetulan I lalu kat sini, Damia. Tak sangka kereta you yang rosak. I on the way nak balik rumah kakak I.”

     “Leo nak balik rumah ke? Leo balik la dulu. Menyusahkan Leo je. Abang saya dah on the way.” Damia tak mahu menyusahkan lelaki itu.

     “No. I’ll wait your brother. I takkan tinggalkan you sorang-sorang kat tepi jalan macam ni. You are a woman. Insecure.”

     Damia diam. Kalau dah keinginan Leo, apalah dayanya nak menghalau lelaki itu. Lagipun memang separuh hatinya memang takut nak tinggal sorang-sorang di tepi jalan itu. Macam yang Leo cakap. Dia seorang perempuan.

     “Hmm.. kereta you ni rosak taknak call workshop ke? Biar diaorang tarik,” soal Leo.

     Damia sengih tak tahu. Dia tak tahu apa-apa. Arghh.. Damia.. Damia.. Kau belajar tinggi-tinggi sebenarnya buat apa kalau tak tahu apa-apa? Huhu.. Tapi.. ada ke workshop yang buka waktu-waktu macam ni?

     “Saya tak tahu.”

     “How if I hantar kereta you kat bengkel kawan I? I grenti dia boleh siapkan malam ni jugak. I tahu you perlukan kereta ni untuk pergi kerja esok, kan? I tak rasa kereta you ni rosak teruk. I nampak macam baru servis je. So, macam mana?” Leo memberi pandangannya.

     Bagus jugak! Bak kata orang, kecil tapak tangan, besar planet bumi ni dia tadahkan. Belum sempat mendengar Damia, Leo dah menelefon kawannya. Bagaikan tahu-tahu Damia yang bersetuju dengan cadangannya. Entah apa yang Leo cakap, Damia sendiri pun tak faham. Sebab Leo cakap guna bahasa cina.

     “I dah call. Kejap lagi dia sampai. Nanti, you ajak abang you ikut sekali ke bengkel dia.” Damia angguk.

     “Leo, saya minta maaf sangat-sangat sebab dah susahkan awak. Patutnya sekarang ni awak dah sampai rumah dah.” Damia betul-betul meminta maaf kepada Leo. Leo nampak ikhlas membantunya.

     “It’s okey, Damia. Kita kenalah tolong-menolong. Kalau bukan you sekali pun, I memang akan tolong,” jawab Leo ikhlas.

---------

Akhirnya, kereta Damia dapat dibaiki pada malam tu jugak. Terima kasih pada Leo. Terima kasih pada kawan Leo. Terima kasih pada angahnya. Betul-betul dia terhutang budi dengan Leo. Tak sangka pula hari sabtu macam ni, Leo lepak kat Times Square juga.

     “Thanks again Leo pasal hari tu.” Damia berterima kasih lagi.

     “Eleventh.” Leo petik jari.

     “Hah?” Damia terpinga-pinga. Main petik-petik jari pulak. Dengar ke tak apa aku cakap ni?

     “It’s eleventh times you thanked me.” Leo senyum. Ya ke? Damia turut tersenyum.

     “I dah jemu dah dengan ucapan perhargaan you tu. You tak penat ke asyik berterima kasih dengan I? kalau nak belanja Mac Chicken tu ada faedahnya jugak.”

     Damia ketawa kali ini dengan lawak Leo.

     “Awak nak ke? Saya memang nak belanja awak pun. Hari tu kan saya dah janji.” Damia teringat akan janjinya yang ingin membalas budi Leo sekali pun dengan belanja makan.

     “No.. I taknak. I guraulah.” Leo menolak lembut.

     “Takpe.. saya memang nak belanja awak pun.”

     “Serius, Damia. I dah kenyang. I baru habis makan dengan kawan I tadi.” Leo menolak lagi. Serius dia kenyang.

     “Kalau you nak treat I, tunggu nanti kita ada business meeting. Masa tu, I rela hati serahkan perut I pada you untuk you kenyangkan,” sambung Leo lagi.

     Damia tergelak dengan kata-kata Leo. Serius kelakar ayat Leo.

     “Okey.. saya pegang kata-kata awak,” balas Damia.

     “You datang sorang ke? Mana husband you?” soal Leo. Pelik bila Damia bersendirian. Sedang menunggu suaminya ke?

     “Saya temankan kawan saya. Dia ke spa. Malas saya nak tunggu kat sana. Sebab tu la saya dok kat Mc D ni.” Damia menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

     “Leo pulak buat apa kat sini. Datang sorang ke?” soal Damia balik.

     “I jumpa kawan I kejap tadi. Dia pinjamkan ini..” Leo berkata sebelum mengeluarkan sesuatu daripada beg kertas yang dibawanya tadi.

     Bulat mata Damia melihat tajuk buku itu. The Pillars of Islam and Iman. Biaq betui! Macam tak percaya buku itu ada pada Leo. Dipandangnya Leo. Kenapa Leo ada buku macam ni?

     “Oh, ya, Damia! I got the meaning of Iman yang I tanya you hari tu. Maksud iman adalah mempercayai dengan hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota.”

     Damia terkejut, biar betul Leo betul-betul mencari maksud Iman. Betul pulak tu!

     “I ada baca jugak pasal rukun Iman. Tak silap I ada enam perkara. First, beriman kepada Allah. Beriman kepada malaikat. Then, beriman kepada kitab-kitab. Beriman kepada rasul-rasul. Kelima, beriman kepada hari kiamat. Lastly, beriman kepada takdir. Am I right, Damia?”

     “Betullah tu.” Damia menjawab pendek. Perkara yang paling asas untuk orang Islam. Bukan orang Islam namanya kalau tak tahu benda paling asas macam tu! Damia kagum dengan Leo yang lancar lidahnya menyebut kalimah Allah. Tapi.. ada sesuatu mengganggu fikiran Damia.

     “Boleh saya tahu kenapa Leo nak tahu sangat pasal Iman ni?” soal Damia. Air milo diteguk sekejap. Burger ayamnya langsung tak disentuh. Haramlah nak ternganga-nganga depan Leo semata-mata nak makan burger. Buat malu wei.. Boleh jatuh sahamnya. Dia lebih rela berlapar.

     “Entah.. just curious. Kenapa ramai yang cakap Islam agama yang benar,” jawab Leo.

     Damia terdiam. Dua sebab orang bukan Islam berminat nak tahu tentang Islam. Pertama, sebab dia memang betul-betul tertarik dengan Islam. Kedua, sebab nak cari kelemahan Islam untuk dijadikan senjata menentang Islam. Agaknya Leo ni yang mana satu, ya? Damia sendiri tak tahu. Niat sebenar hanya Leo yang tahu.

     “Jumpa yang Leo cari?” duga Damia.

     “Entahlah.. sebab I tengok sama je perangai orang Islam dengan orang bukan Islam kat Malaysia ni. Enjoy sana sini. Mabuk sana sini. Kalau bukan semua orang Melayu kat Malaysia ni beragama Islam, I mesti ingat orang Melayu ni ada Islam dan bukan Islam kalau dilihat dari segi pemakaian dan pergaulannya.”

     Aduh! Pedas sekali kata-kata Leo. Tapi, bila difikirkan balik, memang ada betulnya juga. Kata-kata Leo buatkan Damia tersedar sesuatu. Leo betul. Kalau bukan sebab kat Malaysia ni orang Melayu memang beragama Islam, mesti ada yang ingat orang Melayu ada yang bukan Islam kalau ditafsir daripada cara pemakaiaan dan gaya hidup yang social. Orang Islam dah berperangai macam orang bukan Islam. Mengamalkan gaya hidup bebas macam agama lain. Berpakaian dedah sana sini yang sememangnya bercanggah habis dengan Islam.

     “Apa yang awak nampak, tak semua macam tu. Pernah dengar kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Macam tu lah. Sebab seorang Islam yang mencemarkan agamanya, semua orang Islam lain yang turut terasa tempiasnya. Ingat contoh budak sekolah yang saya bagi dulu? Macam tu lah. Kalau semua orang baik, takkan wujud dosa pahala. Takkan wujud undang-undang dan keadilan. Takkan wujud syurga neraka,” balas Damia. Ingin mengubah persepsi Leo.

     Dia contohnya. Dia bukan nak berlagak alim ke apa. Tapi, sebagai seorang Islam, dia mengetahui hukum yang mana halal dan yang mana haram. Tapi, dunia akhir zaman ini, yang haramlah ramai yang kejar.

     “Dan saya sendiri Leo bukanlah baik sangat. Ada juga dosa yang saya lakukan dalam sedar atau tak sebab saya bukan malaikat,” tambah Damia lagi. Dan dosa yang sering dia lakukan ialah, mengata suami sendiri. Huhu.. sedar tak sedar dia lakukannya.

     “I tahu, Damia. Tapi I hairan kenapa ramai orang Islam yang tak ikut cara Islam. Islam ni banyak sangat larangan ke?”

     Damia garu keningnya yang tak gatal. Aduh.. tiap kali jumpa Leo, memang kena jadi Ustazah Damia ke? Asyik berdebat soal agama je. Tapi.. masa ni la nak jelaskan pada Leo tentang kebenaran Islam. Ni rasa dah nak start keluar aura ceramah ni!

     “Kalau itu soalan awak, ya.. saya mengaku yang agama Islam banyak larangannya. Tapi, larangan yang menjaga umatnya,” jawab Damia.

     “An instance?” Leo nak bukti. Damia senyum. Contoh, ya? Hmm..

     “Apa yang awak tahu yang orang Islam tak boleh buat, tapi orang bukan Islam boleh buat?” Damia menduga. Leo berfikir sejenak.

     “Minum arak?” Damia mengangguk. Haa.. see! Orang bukan Islam pun tahu yang arak tu haram. Tapi, kenapalah ada je yang mencubanya? Damia kesal.

     “You have tried it, right?”

     “A pleasure,” selamba Leo menjawab.

     “Kenapa awak minum arak? Dan apa yang jadi lepas awak minum arak?” Damia mengutarakan soalan lagi.

     “Bila ada parti. Benda tu mesti ada. Kadang-kadang kalau fikiran I berserabut, I minum. Then, everything I can forget. I happy. I enjoy,” cerita Leo. Macam seronok sangat bila dah teguk air kencing setan tu!

     “Dalam maksud lain, sebab mabuk, kan?” Leo angguk.

     “Dan sebab itulah Islam mengharamkan arak. Arak boleh menghilangkan pertimbangan diri. Yang waras jadi tak waras. Masa tu, apa yang dibuat bukan atas kawalan otak. Drive kereta masa mabuk. Bukan setakat bahayakan nyawa sendiri, tapi nyawa orang lain jugak. Sebab tu la Islam menghalang keras umatnya yang minum arak. Minum arak adalah salah satu dosa besar kalau mengikut Islam. Banyak lagi air lain yang halal selain arak.”

     “But, Damia.. Semua tu tak boleh buatkan I lupakan masalah. They are different in all ways,” bangkang Leo.

     “Memang.. tapi, tu bukannya satu-satunya cara nak buatkan kita hilangkan masalah kan? Itu cuma alasan sebab nak minum arak. Just think like this. Masa awak kecik-kecik dulu, awak pun ada masalah, kan? Macam tak siap kerja sekolah ke, kena marah dengan mak ke. Masa tu awak minum arak ke sebab nak hilangkan masalah? Tak, kan? Then, no reason la awak cakap arak je yang boleh hilangkan masalah. It’s either you want it or you don’t want it,” hujah Damia sebelum tersenyum.

     Leo pula terdiam. Bagaikan baru terfikir. Betul juga kata Damia.

     “Saya pun ada masalah. Tapi, saya tak minum arak semata-mata nak lupakan masalah saya. Hidup je sampai sekarang? Tetap jadi orang. Semuanya bergantung pada setiap individu macam mana nak overcome their own problems. Paling senang, sembahyang hajat. Tak pun baca al-Quran. Jiwa tenang, pahala pun dapat. Plus, arak boleh sebabkan penyakit hati, Cirrhosis. Physicians had proven it. Even you can’t deny it.”

     Leo terdiam mendengar hujah Damia. Damia pula bagaikan tak percaya yang dia boleh keluarkan idea-idea macam tu. Haha.. betullah boleh nak jadi Ustazah Damia lepas ni. Telefon bimbit Damia yang berbunyi membuatkan perdebatan hangat antara Damia dan Leo terhenti sekejap.

     Suraya yang menelefonnya. Suraya dah siap rupa-rupanya. Damia pandang jam di telefon bimbitnya. Haa.. kan dah cakap! Lebih dua puluh minit dari waktu yang sebenar. Tapi, perdebatannya deangan Leo membuatkan Damia tak perasan dengan masa yang berlalu.

     “Leo, kawan saya dah siap. Saya nak pergi kat dia sekarang ni. Saya minta diri dulu.”

     “Oh, ya ke? So sad. I ada banyak lagi benda nak tanya you. Kalau macam tu, I pun nak balik la.”

     “Nanti lain kali, saya ceritakan kisah bahayanya arak. Tu pun kalau awak nak dengar la.” Double Cheese Burger dibungkusnya sebelum dia bangun. Leo turut bangun.

     “Saya pergi dulu.” Damia minta izin. Damia berlalu. Baru beberapa langkah, Leo memanggilnya.

     “Damia..” Damia berpaling.

     “You know.. for me, you are really impressive. I like you,” kata Leo. Serius dia rasa ada sesuatu pada Damia yang menariknya. Damia hanya senyum.

     “I’m married.” Lembut suara Damia bercampur tegas. Status yang tak akan pernah dilupakan walau dimana dia berada. Yang mengingatkannya tentang dia adalah milik Tengku Aaron selagi Tengku Aaron belum melafazkan talak padanya.

     Leo turut senyum.

     “Then your husband is the luckiest guy. Semestinya orangnya bukan calang-calang orang, kan?” teka Leo. Dia yakin. Tengok saja kereta Damia rosak hari tu, bukan kereta sembarangan. Tapi, Damia tak pernah nak ceritakan apa-apa tentang suaminya. Hanya sekadar menyatakan statusnya yang dah bersuami. Makin kuat rasa ingin melihat siapa suami Damia.

     Damia tak memberi sebarang komen. Mengiakannya pun tak, menidaknya pun tak. Tak penting..

30 comments:

  1. I like the way ustazah damia explain.. Really lev it!
    Ok, aaron da ade pesaing la nampaknya,. Hehe.. Can't wait for next.. Tq
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
  2. windu tengku aaron, nasib aaron x nampak damia ngan leo, nanti takot jelesh pula dia. tq cik writer

    ReplyDelete
  3. alahai leo, suami mia ni memang luar biasa pun.. hahahha..

    ReplyDelete
  4. ala , dua-2 bagus . Aaron n leo . mesti susah Damia nak pilih mana satu ..

    ReplyDelete
  5. Best tp kurang sket sb xda part aron-damia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala..takkan semua baba nak ada part dua orang tu..huhuhu

      Delete
  6. Wah damia dah jadi ustazah untuk Leo,Leo pula dah suka kat Damia,nak siasat lagi.Pencabar Aaron dah kuar...waa..cik anjell cepat2 skit update entry,can't wait lah..

    ReplyDelete
  7. best>>> ade unsur nasihat>>> nAk lg,,,:D

    ReplyDelete
  8. Aaron dh ade pesaing........
    next2....

    ReplyDelete
  9. best giler cite nie.x sbr nk bca next n3. x sbr3 nk bli novel ni kalo ad kt psrn. hrp2 x lma lg kuar la novel ni.........

    ReplyDelete
  10. jalan cerita menarik...berdakwah melalui penulisan..thanks to writer...hopefully dapat keluarkan novel secepat mungkin..:)

    ReplyDelete
  11. thanks...besttt..cepat sambung ye

    ReplyDelete
  12. Suka2 sambg cpt yer

    ReplyDelete
  13. saya suka sangat cerita ni..dari awal lagi saya baca dah tahu cerita ni mesti best punya .....syok sangat cerita ni...ada unsur2 dakwah..memang best..i love it..<3

    ReplyDelete
  14. Lamanye menyepi ..dah rindu ngn aron n Damia huhu

    ReplyDelete
  15. mane entry baru nihhh..rinduuu

    ReplyDelete
  16. lmanya ,,,
    sbar nie

    ReplyDelete
  17. Kali ke brape ntah jenguk blog ni tp hampa,xda jugak :(

    ReplyDelete
  18. mmm...tiap2 hari jenguk blog ni tunggu ec tapi keciwaaa....encik penulis bz ya?

    hanim

    ReplyDelete
  19. lembabnye next n3

    ReplyDelete
  20. alah... x sgt part aron n damia... plsss

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )