BAB
22
Mata
Tengku Ian melilau di sekitar majlis itu. Dewan besar itu dah dipenuhi ramai
orang tapi apa yang dicari masih tak jumpa. Beberapa saat kemudian, dia nampak
meja VIP yang menempatkan keluarga Datuk Azizan dah dihuni orang.
Tapi,
mana Medina? Dia tak datang ke? Hati Tengku Ian kecewa sendiri. Namun tak lama selepas
itu, mata sempat menangkap susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya yang baru
nak melangkah masuk ke dalam dewan besar itu. Tengku Ian terus senyum lebar.
Laju
kaki diatur untuk melangkah ke arah gadis itu yang nampak agak
tercengang-cengang mencari sesuatu. Keluarga dia mungkin.
“Medina.”
Panggilan
itu membuatkan Medina menoleh. Nampak langkah bergaya Tengku Ian mendekatinya
dengan senyuman manisnya. Medina turut membalas senyuman lelaki itu.
“Saya
ingat awak tak datang,” kata Tengku Ian. Hati hampir-hampir nak kecewa tadi.
Kalau
ikutkan hati, memang Medina taknak datang. Dia pun tak tahu kenapa kali ni kaki
ringan mengikut papanya. Kebiasaannya dia memang malas nak pergi majlis-majlis
macam ni. Duduk rumah, tengok movie
lagi best.
“Kelas
saya start petang besok. Esok pagi
masih sempat nak balik,” jawab Medina. Dan kerana Tengku Ian yang mahu dia
datang, maka dia datang. Pelikkan?
“Terima
kasih sebab sudi datang,” ucap Tengku Ian lagi.
Mata
meneliti Medina dari atas sampai ke bawah. Medina mengenakan pakaian yang
diberikan semalam. Dia senyum sendiri. Seperti apa yang dikatakan semalam,
Medina nampak cantik. Nampak feminin.
“Beautiful. As expected. Because my eyes never tell lies.”
Berbahang
rasa muka tiba-tiba dengan pujian Tengku Ian itu. Kenyataannya, lelaki itu pun
sangat kacak pada malam ini. Segak dengan tuksedo hitamnya. Gaya rambut coklat
tuanya diubah sedikit tapi yang pasti bertambah kacak.
Dan..
memang tak la dia nak memuji lelaki itu.
“Dah
habis dah sesi puji-memuji? Dan sekarang, ada nampak papa saya tak?” soal
Medina balik.
Tengku
Ian tergelak sekejap.
“Come. Let me show you.”
----------
Dewan
besar itu gamat dengan tepukan para hadirin apabila nama Tengku Ismadi
dipanggil untuk memberikan ucapannya. Semua teruja melihatnya dan ada juga yang
memandang kagum. Pastinya kagum dengan kebolehan Tengku Ismadi dalam mencipta
kejayaan di negara orang.
“Abang,
tak sangka akhirnya dapat juga jumpa dengan Ku Is.” Datin Mawar berkata kepada
suaminya. Hati gembira. Bakal besan tu!
“Yang
awak gembira sangat ni kenapa?” Soalan Datuk Azizan itu berbaur sindiran.
Tengok je la mata bercahaya isterinya itu, dah tahu apa dalam kepalanya.
Semestinya dengan cita-cita nak bermenantukan Ku Zam.
Datuk
Azizan gelengkan kepala beberapa kali. Tiap-tiap hari, sakit telinga dia dengan
cadangan-cadangan isterinya untuk menjodohkan Puteri dengan Ku Zam. Ajak datang
rumah la, suruh Puteri temankan Ku Zam la, macam-macam lagi la.
Dan
dia bukannya nak ikut sangat. Ku Zam pun nampak macam tak berminat dengan
Puteri. Tapi kalau dibandingkan dengan Medina, memanglah Ku Zam selalu luangkan
masa dengan Puteri. Puteri pun selalu bercerita tentang kenangan mereka masa di
Pulau Perhentian dulu. Medina? Hmm..
sepatah ditanya, sepatah dijawab. Macam biasa.
Sebut
pasal Medina, terus wajah anaknya yang duduk didepannya itu dipandang. Agak
pelik bila Medina datang ke majlis-majlis macam ni. Tengoklah sekarang ni. Muka
Medina penuh dengan kebosanan. Tapi kenapa dia datang juga?
Kemudian,
dia pandang Ian yang berada di meja paling depan. Sedang khusyuk mendengar
bicara Tengku Ismadi. Sebelum majlis bermula, Ian temankan anaknya datang ke
meja ini. Medina memang nampak agak rapat dengan anak angkat Ku Is tu. Masa
Medina hilang di Pulau Perhentian dulu, lelaki itu juga yang beria-ia mencari.
Ada apa-apa ke dua orang ni?
Tapi,
kalau ada apa-apa pun, dia tak kisah sekalipun Ian cuma anak angkat Ku Is. Dia
tak kisah kalau pun bukan Ku Zam jika dia mampu membuatkan anaknya gembira.
Sekurang-kurangnya dia tak lakukan sesuatu yang membuatkan anaknya makin jauh
dengannya.
Bunyi
tepukan yang kuat itu buatkan Datuk Azizan kembali ke dunia nyata. Perasmian
daripada Tengku Ismadi baru saja habis.
“Di
kesempatan ini juga, saya dengan rasminya melantik putera tunggal saya menjadi
wakil saya untuk sebarang pengurusan berkaitan dengan projek ini. Dan dengan
ini juga, saya dengan rasminya menyerahkan tampuk kuasa saya di Malaysia ini
kepada beliau. Saya yakin beliau berkebolehan untuk menguruskan IGNIUS
Structures dan saya percayakan beliau.”
Tepukan
sekali lagi bergema.
“Saya
percaya beliau punya sepatah dua kata untuk diberikan. Saya menjemput tampuk
pimpinan baru IGNIUS untuk memberikan sedikit ucapan.”
Sebaik
sahaja Tengku Ismadi habis berbicara, Tengku Ian bangun dari tempat duduknya.
Dengan langkah penuh berkeyakinan Tengku Ian menghala ke aras pentas. Dari
tempat dia berdiri, dia dapat melihat betapa ramai yang hadir pada malam itu.
“Assalamualaikum
dan selamat malam. Izinkan saya memperkenalkan diri kepada sesiapa yang belum
mengenali saya. Nama saya Ian..”
Kedengaran
suara-suara kecil segelintir hadirin sebaik sahaja nama Tengku Ian disebut.
Yang mengenalinya pasti mempertikaikan keberadaannya di atas pentas itu.
“Family
and friends call me Ian and some might call me Ku Zam. Hello, everyone. My name
is Tengku Ian Uzzam Tengku Ismadi and I’m the new chief executive officer of
IGNIUS Structures. Tonight, I’m glad to greet all of you, officially.” Tengku
Ian menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat.
Kedengaran
hampir keseluruhan dewan itu meluahkan rasa tak percaya. Tak kurang juga yang
memandang ke arah dia dan Farizzam secara bergilir-gilir. Farizzam cuma tenang
di kerusinya. Sikit pun tidak gentar dengan pandangan khalayak.
“Mungkin
ada yang pelik dan tertanya-tanya kerana sebelum ini saya dikenali sebagai anak
angkat Tengku Ismadi. Ya.. selama tiga bulan ini, saya hidup sebagai anak
angkat Ku Is dan anak angkat Ku Is hidup di sebalik identiti Ku Zam yang
sebenar. Semua ini adalah salah saya sepenuhnya dan tiada sebarang kaitan
dengan adik angkat saya, Farizzam. Jika ada yang rasa saya sangat keterlaluan
dengan penipuan ini, saya Tengku Ian Uzzam dengan rasa rendah diri ingin
memohon maaf.” Panjang lebar Tengku Ian memberi ucapan. Kemudian, tubuhnya ditundukkan
sekali lagi sebagai tanda maafnya.
“Tiga
bulan saya hidup sebagai orang lain banyak mengajar saya. Dunia ini
kadang-kadang amat menggerunkan. Hypocrisy.
Sebulan yang pertama, saya menjadi saksi bagaimana hidup seorang gadis yang
tersepit dalam dunia yang penuh ketidakadilan. Dia rasa dia sendirian.”
Tengku
Ian memandang ke arah meja keluarga Datuk Azizan. Medina tepat memandang ke
arahnya. Dari jauh, tak dapat diagak riak wajah Medina. Kecewa? Marah?
“Sincerity.
Dua bulan saya di Malaysia, saya jumpa siapa yang sudi berkawan dengan saya
walaupun saya bukan Ku Zam. True relationship.
Mungkin dia akan marah saya sebab dah tipu dia, tapi saya ingin katakan yang
saya betul-betul ikhlas berkawan dengan dia.” Sekali lagi mata menala ke arah
Medina. Kedengaran bermacam-macam reaksi daripada tetamu.
“Honesty. Bulan ketiga, saya melangkah ke
IGNIUS. Saya tahu siapa jujur, siapa tak jujur. Motif seseorang yang mahu
mendekati Ku Zam. Saya selesa menjadi pemerhati. Seronok nampak layanan baik
diberikan di depan Ku Zam dan macam mana hakikatnya bila di belakang Ku Zam. Kejujuran
itu penting dan mencarinya bagai mencari berlian dari timbunan kaca.”
Kali
ini nampak ramai saling berpandangan dan berbisik-bisik. Mungkin terasa.
“Hari
ini, saya akan akhiri semuanya. Terima kasih kerana sudi mendengar ucapan saya.
Teruskan menyokong IGNIUS. And again, I
apologize for my inappropriateness.”
Sekali
lagi Tengku Ian membongkokkan tubuhnya. Bersama
itu, kedengaran tepukan gemuruh daripada hadirin. Sebaik sahaja Tengku Ian
menegakkan tubuhnya, dia nampak kerusi Medina sudah kosong. Laju mata mencari.
Nampak Medina sedang mengatur langkah seolah-olah mahu meninggalkan dewan itu.
Medina!
Tengku Ian mahu mengejar. Namun, sebaik sahaja dia turun daripada pentas,
langkahnya disekat oleh beberapa wartawan yang mahu bertanyakan soalan
kepadanya. Terpaksa Tengku Ian batalkan niatnya. Bila sekali lagi mata melilau
mencari, bayangan Medina dah tenggelam di balik orang ramai yang mula berdiri. Kecewa.
--------------
“Kau
nak apa ni?” Suara Medina berubah beku. Tengah-tengah emosi tak stabil ni,
tolong jangan cari pasal dengan dia.
Puteri
cuma senyum sinis bersama dua orang kawannya. Sempat disekat langkah Medina
yang mahu meninggalkan dewan itu.
“Kau
nak pergi mana? Majlis belum habis lagi.” Sakitnya telinga Medina dengar suara
tak sedap Puteri tu. Suka hati dialah nak pergi mana pun. Ni bukan majlis dia.
Sepatutnya dia tak payah datang. Menyesal!
“Sebelum
gigi kau terbang, baik kau tepi!” Medina memberi amaran. Dia ingat dia bawak
dua orang kawan tu, aku takutlah? Sekali aku hempuk, mahu bertukar gusi dua
minah tu!
“Kau
memang tahu, dia Ku Zam, kan?” soal Puteri.
Medina
mendengus. Huh.. asal pasal Ku Zam je dia dan Puteri nak bergaduh. Ingatkan apa
yang baru didengarnya tadi, tiba-tiba rasa sakit hati. Sakit hati sebab kena
tipu. Sampai hati Tengku Ian tipu dia. Sengaja nak mainkan perasaan dia.
Memang
dia tak tahu siapa Ku Zam sebenarnya. Tapi, depan Puteri, kalau jujur sangat
bukan Nura Medina namanya.
“Memang
pun. Dari hari pertama jumpa dia lagi aku tahu dia Ku Zam. Aku ni cerdik, tak
macam kau. Kau ingat aku saja-saja ke nak dekat dengan dia kalau dia bukan Ku
Zam?” Medina senyum sinis. Seronok tengok muka Puteri yang berubah merah itu.
Marah barangkali.
Kurang
ajar! Memang dia dah agak Medina tahu semuanya. Puteri rasa geram dengan
Medina. Kenapa semua yang baik-baik berlaku pada Medina? Terkejut rasanya tadi
bila Tengku Ian memperkenalkan dirinya yang sebenar. Tengku Ian yang tak pernah
dia nak kisahkan itu adalah Ku Zam yang sebenar. Sekarang ni, Ku Zam yang
sebenar rapat dengan Medina.
“Kau
memang melampau, Dee!” Puteri geram.
“Makbul
kata-kata kau. Kau jugak yang cakap aku Cinderella, kan? I’m Cinderella. So what? Lupa kau satu benda, Puteri. Cinderella
akhirnya dapat putera raja. Bukannya kakak tiri dia yang perangai setan macam
kau tu,” bidas Medina lagi.
Turun
naik dada Puteri mendengarnya. Panas hati! Bencinya dia dengan Medina. Wajah
Medina yang berdandan cantik di depannya ditatap benci. Medina cantik malam ni
dan dia tak suka! Benci!
“Let’s see what can your prince do to save
his Cinderella.” Air oren di tangan kawannya dirampas Puteri. Dengan
selambanya dia mencurahkan air itu ke baju putih Medina. Turut terkena hujung
selendang Medina.
“Apa kau buat ni, Puteri?” marah Medina.
Bercampur dengan terkejut. Celaka kau, Puteri! Blouse putih Medina dah bertukar warna.
Puas
hati Puteri tengok Medina dah tak cantik. Padan muka!
“Sorry.. sorry.. aku tak sengaja, Dee.”
Dah
mula dah drama queen kita!
“Tepilah!”
Medina terus berlalu pergi. Sebelum orang ramai datang. Sah-sah orang tak
nampak salah Puteri nanti. Nak-nak lagi ada dua babu kat sebelah yang
menyokong.
Huh..
kalau tak fikirkan maruah papanya, memang dia dah mandikan Puteri dengan
sebaldi air oren. Biar puas hati dia!
Sekarang
ni dia kena bersihkan baju dia. Sedih betul dengan nasib diri. Dahlah kena
tipu, mandi oren pulak tu!
--------------
Lama
Medina termenung di dalam bilik air. Merenung nasib diri. Hampir sepuluh minit
bajunya dibasuh dengan air, tapi warna kuning pada bajunya tak juga
hilang-hilang. Boleh tahan besar juga kawasan yang kena. Dan bila kena air
paip, makin banyak kawasan bajunya yang basah. Terutama sekali di bahagian
dada. Memang jadi tumpuan orang kalau dia keluar. Malulah dia!
Rasa
nak menangis. Tak mungkinlah dia kembali ke majlis tu dengan baju basah macam
ni. Nak balik? Tapi kena tunggu papa habis dulu. Nak buat apa ni? Takkan nak
duduk dalam tandas ni sampai baju ni kering? Hai, pengering tangan, kenapalah
kau rosak?
Akhirnya
Medina membuat keputusan untuk keluar daripada tandas. Terkejut dia apabila
melihat Tengku Ian yang sedang bersandar pada dinding. Apa dia buat kat sini? Dan..
macam mana lelaki tu tahu dia kat sini? Hati kembali menggelegak bila melihat
wajah kacak Tengku Ian itu.
“Dee,”
panggil Tengku Ian. Lega melihat Medina yang baru keluar. Hampir sepuluh minit
dia resah menunggu di luar tandas wanita itu. Sehinggakan dia buat keputusan
kalaulah Medina masih belum keluar dalam lima minit lagi, memang dia akan redah
masuk. Dia risau Medina sedih. Dia takut Medina menangis.
Malas
Medina nak peduli. Laju kaki ingin melangkah pergi. Namun laju lagi kaki Tengku
Ian mengejar.
“Dee,
dengarlah penjelasan saya.” Tengku Ian dah berada di depan Medina. Medina
mendongakkan wajahnya untuk memandang Tengku Ian.
“Penjelasan
apa lagi?” marah Medina.
“I’m sorry,” ucap Tengku Ian ikhlas.
Huh..
bosan dengar kata maaf daripada mulut penipu ni! Sekali lagi Medina melangkah
pergi.
“Dee!”
Sekali lagi Tengku Ian jadi pengejar. Dan sekali lagi Medina berhenti.
“Kalau
awak pergi lagi, saya peluk awak.”
Ugutankah
itu? Medina ketawa sinis.
“Awak
ingat saya nak duduk diam kalau awak peluk saya?”
Nampaknya
mamat ni hampir-hampir lupa siapa Medina yang sebenar. Jangan ingat dia pakai
skirt, kaki tak boleh naik ke muka orang.
“Ya..
saya tahu saya akan sakit. Saya rela sakit kalau itu yang boleh buatkan awak
dengar apa yang saya nak cakapkan ni,” jawab Tengku Ian pula.
Terdiam
Medina mendengarnya. Sedikit sejuk dengan ayat karangan Tengku Ian itu. Wajah
bersalah lelaki itu dipandang. Dengar penjelasan? Baiklah, dia akan cuba. Dan
setan-setan sekalian, sila main jauh-jauh! Jangan nak menghasut hati aku untuk
membenci.
“Awak
nak cakap apa?” Suara Medina berubah lembut.
“Saya
nak minta maaf. Saya tahu saya dah tipu awak. Tapi, saya ikhlas berkawan dengan
awak. Saya tiada niat lain. Demi Allah,” jelas Tengku Ian.
“Ada
sesuatu yang saya tak sebutkan dalam ucapan saya tadi. Alasan kenapa saya buat
semua ni. Saya buat sebab awak, Medina.”
Aku?
Aku pulak yang kena? Haish.. mamat
ni!
“Idea
semua ni bermula lepas nampak apa yang terjadi pada awak, Dee. Masa malam saya
datang rumah awak, dalam hati saya berkata, ‘Her eyes looked so sad. But why?’ Saya cuma nak kenal lebih rapat
dengan awak. Saya tahu kalau saya Ku Zam, mesti awak takkan dekat dengan saya,
kan?”
Tengok
macam dulu. Bila Farizzam di depan Medina, memanglah nampak Medina bercakap
baik-baik. Semuanya kerana hormatkan Ku Zam. Tapi, dia boleh rasa Medina
sebenarnya sedang mencipta jurang supaya tak terlalu rapat.
“Makin
lama kita berkawan, makin saya kenal awak siapa. Saya nak rasa kesedihan awak.
Saya nak awak tahu sekurang-kurangnya saya ada kalau awak rasa awak tiada
siapa-siapa.”
“Ya
la tu. Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Penuh dengan tipu helah. Bila dah
kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya. Good
scheme can even fool geniuses,” bidas Medina balik.
“In the situation of 99.9% of distrust, I am
your 0.1% that will trust you. Always.
Good scheme can even fool geniuses, but
not a genius who becomes a fool because of Medina.”
Terkedu
Medina mendengar kata-kata Tengku Ian itu. Hati meresap sesuatu. Keikhlasan
Tengku Ian sampai ke hati. Medina terdiam.
“Saya
cuma berharap awak masih sudi berkawan dengan saya. Anggap semua ini tak pernah
terjadi sebab saya janji tiada apa pun yang berubah lepas ni. Maafkan saya?”
Medina
pandang mata Tengku Ian yang penuh mengharap itu.
“Ya
ke? Sekali pun saya tendang Ku Zam?” Medina sengaja menguji.
“Ya..
saya terima semuanya. Treat me as Ian,
your friend. Macam dulu juga. Saya tak kisah apa pun awak nak cakap, nak
buat kat saya.” Tengku Ian berkata dengan bersungguh-sungguh.
Nafas
ditarik dalam-dalam. Hati sebenarnya dah lembut selepas mendengar penjelasan
Tengku Ian. Siapa Ian, siapa Ku Zam, dia dah tak peduli. Yang penting Tengku
Ian adalah sahabatnya yang dulu.
“Saya
maafkan awak. Dan antara kita, tiada apa yang berubah. Saya ikhlas berkawan
dengan awak,” balas Medina. Sekurang-kurangnya dia tak hilang sahabat macam
Tengku Ian.
“Tapi,
jangan nak menipu lagi lepas ni. Ingat saya nak duduk diam ke?” Sempat Medina
memberi amaran. Tengku Ian ketawa. Baru mampu nak ketawa.
“Ya..
saya janji takkan menipu lagi.” Tengku Ian bersumpah.
Medina
turut senyum. Baru dia sedar ketawa Tengku Ian sangat sedap di telinga dia. Dia
gembira melihat Tengku Ian gembira. Pelik.
“Kalau
macam tu, jomlah kita balik dewan. Saya nak memperkenalkan awak kepada
seseorang,” ajak Tengku Ian.
Medina
mengeluh. Tengku Ian ni tak nampak ke baju dia yang dah takde rupa baju ni?
“Baju
saya. Puteri..”
“I know. I saw everything,” potong Tengku
Ian. Dan kerana itulah kakinya terus laju berlari mengekori Medina ke tandas
ini. Dalam diam, dia berterima kasih dengan Puteri kerana berjaya menghalang
Medina daripada meninggalkan majlis ini.
Tengku
Ian menanggalkan tuksedo hitamnya dan menyerahkannya kepada Medina. Medina
pandang Tengku Ian dengan muka penuh tanda tanya.
“Pakailah.
At least yang basah-basah tu dah tak
nampak. Saya cuma nak lindungi aib awak, Medina,” kata Tengku Ian. Menjelaskan
niat sucinya.
Teragak-agak
Medina mencapai tuksedo hitam itu dan disarungkan ke tubuhnya. Besar tapi lebih
baik daripada baju bau oren dia ni. Err..
Macam pernah jadi je?
“Tapi,
awak..”
“I’m fine. Sometimes, it’s simply okay to be
informal in a formal function.” Tengku Ian senyum.
Bowtie
hitam di leher ditarik dan digumpal masuk kocek seluar. Kemudian butang paling
atas kemeja putih Tengku Ian dibuka. Cufflinks
di hujung lengan pula dibuka dan turut disumbat ke dalam kocek seluar.
Kedua-dua lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku mendedahkan lengan beruratnya.
Mahu bergegar jantung anak dara yang tengok.
Medina
cuma diam memerhati. Riak wajah lelaki itu cukup selamba. Tampan juga ya Tengku
Ian dengan gaya kasualnya.
“Perfect masculinity, hmm?” Tengku Ian
senyum nakal.
Merah
muka Medina. Mana ada dia fikir macam tu.
“Hei..
jangan nak mengarut, boleh?” Tak tahu nak gelak ke, nak marah.
Mereka
mula berjalan.
“Awak
tahu tak, saya ingatkan awak akan maki saya dan benci saya. Tak sangka kejap je
kita dah berbaik. Saya ingat kita akan bergaduh lama.”
“Amboi,
nak ke?” ugut Medina. Ingat ni apa? Drama sinetron pukul 4.30 pagi? Muka dia
beku, tak bermaksud hati dia keras.
“Mestilah
taknak.” Tengku Ian sengih. Tak sampai sehari jiwa dah merana. Kalau lagi lama,
agaknya terus jadi separuh jiwaku pergi.
“Awak
dah tahu saya Ku Zam. Lepas ni, bolehlah saya jemput awak pakai limo panjang menjalar,” gurau Tengku
Ian.
“Kenapa
tak pakai bas? Lagi panjang. Kapal terbang ke?”
Tengku
Ian ketawa. That’s it! My Medina is back.
Best......
ReplyDeleteThank you soo much anjell..best sgt2 entry ni..akak suka
ReplyDeleteSgt..makin mena
Rik
Sarcasm tahap gaban...i like the heroine...
ReplyDeleteKeep it up anjell ☺.best
ReplyDeleteAssalamualaikum..kak Anjell..
ReplyDeleteIt was so besttttt..hahhahah..cute couple... nak lg😅😅😅
Nice...
ReplyDeleteHeroin tulisan Anjell sentiasa seorang perempuan yang KUAT....I LIKE......
ReplyDeletemmg couple yang cute
Best...nak lagi....!!!
ReplyDeleteCik Anjell. Semakin membaca semakin menarik. Nak lagi banyak banyak tau.
ReplyDeleteSo sweet..
ReplyDeleteBila nk publish ni....x sabar
ReplyDeleteTq, besttt!!!
ReplyDeleteSo sweet....
ReplyDeleteIt.q..sweet sangat Ian
ReplyDeleteRomantiknya la hai.. Kalaulah wujud sebenar-benarnya..
ReplyDeletekan...kalau wujud orang cam Ian..bahagianya
DeleteArghh sweet nye
ReplyDeleteSaya suka! saya suka!😄
ReplyDeleteThumbs up, ! Selalu tak menghampakan pembaca. Love your writing..
ReplyDeleteBesttttnya.......teruskan berkarya.....garapan yg dipersembahkan cukup menyentuh jiwa pembaca....
ReplyDeleteXsbarnye nk tggu published novel nie...huhu
ReplyDeletebila agak2 novel ni publish? smakin menarik novel ni. upload next entry please ~
ReplyDeleteThank u!!! Best sangat cerita ni :-)
ReplyDeletebest sangat cerita ni.. sambung lagi tau...:)
ReplyDeleteboleh tak nak tanya sikit? macam mana nak tulis Surat Akuan Karya?
harap boleh tolong? :)
Next n3 plzzzzz
ReplyDeletebestnyer !! sweet betol Ian ngan Medina nii ... x sbar next entry !! x sbr beli novel ni !! keep it up K.Anjell ^_^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete