BAB
19
Gara-gara
kaki terseliuh, Tengku Ian hanya mampu duduk di dalam biliknya. Kaki yang sakit
menghalangnya untuk berjalan jauh. Bosan juga dia asyik terperap di dalam
bilik. Bilalah kakinya nak betul-betul sembuh?
Sesekali
Tengku Ian angkat muka memandang Farizzam yang tengah bergayut telefon tu.
Biasalah.. tengah-tengah bosan, memang bilik Farizzam la bilik pertama yang dia
akan cari.
“Iya,
ibu. Ibu jangan risau. Ian okey. Kaki dia sikit je terseliuh tu. Ibu janganlah
cakap dekat ayah dengan bonda pasal benda ni. Nanti dorang risau pulak.”
Tengku
Ian mendengar suara Farizzam. Kemudian nampak Farizzam diam mendengar apa yang
dikatakan Ayana.
“Baik,
ibu. Kami kat sini semua baik-baik. Ibu jangan risau. Ibu jaga diri. Sayang ibu
juga. Assalamualaikum.” Farizzam mematikan talian. Telefon bimbitnya diletakkan
di atas meja kecil tepi katil.
“Ibu
kirim salam. Dia pesan supaya kau jaga kaki elok-elok.” Farizzam menyampaikan
amanat ibunya.
“Waalaikumussalam.
Ibu sihat?” soal Tengku Ian pula.
“Alhamdulillah,
sihat.” Farizzam rebahkan tubuhnya di atas tilam empuk biliknya itu.
“Zam..
kalau kau nak balik jumpa ibu, baliklah,” kata Tengku Ian tiba-tiba. Farizzam
terus pandang Tengku Ian. Kenapa tiba-tiba?
“Kenapa
tiba-tiba kau cakap macam tu?” soal Farizzam pelik.
“Apa
yang tiba-tibanya? Aku cuma cakap kalau kau nak balik jumpa ibu, baliklah. Aku
tak kisah. Dah lama dah tak jumpa ibu. Mesti dia rindukan kau. Tak lama lagi
kau nak masuk kerja balik. Bila lagi kau nak luangkan masa dengan ibu?” balas
Tengku Ian.
“Kau
tak kisah ke?” tanya Farizzam balik. Dia sejujurnya turut rindukan ibunya. Juga
risaukan ibunya yang dah lama ditinggalkannya.
“Tak
kisah pun. Bukannya jauh pun. Bila-bila masa kau nak datang sini, kau
datanglah.” Sedap Tengku Ian bercakap macam Pulau Perhentian ni bapak dia yang
punya.
“Tapi,
kaki kau?” Risau pula Farizzam dengan Tengku Ian. Rasa melampau kalau
tinggalkan Tengku Ian dalam keadaan macam tu.
“Alah..
setakat terseliuh je. Bukannya aku patah. Pandailah aku jaga diri aku. Lagipun,
dengan kaki macam ni, apa sangatlah aku boleh buat sekarang. Tak payah risau. Dan
jangan lupa, ada Luke.” Tengku Ian meyakinkan Farizzam.
“Kalau
ada orang tanya pasal aku?”
“Pandailah
aku jawab nanti,” jawab Tengku Ian. Dia yang mulakan, jadi biar dia yang
sesakkan kepala fikirkan caranya nanti.
“Kalau
macam tu, aku baliklah besok atau lusa,” putus Farizzam.
“Nanti
kirim salam sayang dan rindu aku kat ibu.”
“Hmm.. ya la.” Kemudian teringat sesuatu.
“Sekarang dah pukul berapa?” soal Farizzam. Kemudian pandang jam pada
telefonnya.
“2.30.
Kenapa?”
Niat
nak tidur terus dibatalkan. Farizzam bangun daripada pembaringannya. Teringat
janjinya.
“Aku
dah janji dengan Puteri semalam. Nak temankan dia pergi Pulau Kecil.”
Terangkat
kening Tengku Ian mendengar kata-kata Farizzam itu.
“Puteri?
Puteri, jiran kita?”
“Taklah.
Puteri gunung ledang. Yalah.. Puteri mana lagi? Puteri tu la.”
Farizzam
capai jam tangannya. Buat tak nampak dengan Tengku Ian yang senyum semacam tu.
“Amboi,
kau! Bukan main ya sekarang? Ada apa-apa ke ni?” Mengusik.
“Ada
apa-apa apa? Dia minta aku temankan. Salah ke? Karang kalau dia pergi
sorang-sorang, jadi macam Medina hari tu, siapa nak bertanggungjawab?” bahas
Farizzam balik.
“Aku
rasakan, dia dah sangkut dengan kau la.” Tengku Ian kemukakan teori.
“Nonsense. Yang penting aku tak rasa
apa-apa pun. Sebab apa? Sebab mungkin dia takkan suka aku lagi lepas dia tahu
siapa Ku Zam yang sebenar.” Suara Farizzam mendatar.
“Tapi Ku Zam yang sebenar pulak rasanya takkan
suka dia.”
“Sebab
dah sangkut dengan adik dia ke?” bidas Farizzam balik. Kenakan Tengku Ian pula.
Tengku Ian cuma ketawa.
“Bila
sebut pasal adik, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ian, masa Medina hilang hari
tu, kau ada cakap pasal adik, kan?” soal Farizzam. Terus mati ketawa Tengku
Ian.
“Adik?
Yang mana ya?” Tengku Ian buat-buat lupa. Sangat tak sangka Farizzam akan
bangkitkan hal itu. Tiga hari selepas kejadian.
“Kau
cakap sebagai abang, aku sepatutnya risaukan Medina. Maksudnya macam adik la
kan?” soal Farizzam lagi.
“Oh..
yang tu ke? Yalah.. kaukan selalu cakap kau anggap dia macam adik. So, kau tak risaukan dia macam abang
risaukan adik ke? Macam aku la. Risaukan dia macam abang risaukan adik,” jawab
Tengku Ian.
“Eleh,
ya ke kau tu macam risaukan adik?” Farizzam mengusik.
Tengku
Ian terus sengih. Seakan-akan melayan usikan Farizzam. Tapi agak kaku. Haraplah
Farizzam tak perasan.
Sorry,
Zam. Bukan masanya untuk kau tahu lagi. Bukan sekarang.
“Kau
tadi cakap nak keluar dengan Puteri, kan? Pergilah. Dah lambat ni.” Tengku Ian
seakan-akan menghalau tuan bilik ni.
“Nak
mengelak la tu.” Gelak Farizzam pecah. “Aku pergi dulu. Ni kunci bilik.”
“Nanti
cakap kat dia kau nak balik KL. Aku malas nak jawab soalan-soalan dia bila kau
takde nanti.” Sempat Tengku Ian berpesan.
--------
“Kaki
macam mana?” Prihatin Medina bertanya apabila melihat kaki kanan Tengku Ian.
Sejak kaki Tengku Ian terseliuh, hari-hari Medina datang bertanya.
“Dah
agak okey. Saya dah boleh gerak penuh kaki saya. Speed recovery. Saya rasa hari tu tak serius sangat,” jawab Tengku
Ian. Tak percaya juga dia. Dalam beberapa hari, kakinya dah hampir sembuh.
Adakah ini berkat Medina yang asyik membantunya? Boleh jadi juga.
“Alhamdulillah.
Lega saya dengar.”
“Saya
pun lega jugak. Sebab dah tak payah terkurung lagi. Bosan gila duduk
sorang-sorang. Zam takde. Luke asyik keluar je.” Tengku Ian mula membebel. Farizzam dah balik
dan Luke pula selalu keluar dengan Zuyyin. Cuma kadang-kadang Medina sudi
datang hiburkan dia.
“Bosan
ya? Hmm.. kalau saya ajak awak ke satu
tempat, awak nak ikut tak?”
“Apa
punya soalan ni? Mestilah nak ikut.”
“Okey..
tapi tempat tu jauh. Kaki awak masih tak boeh nak lasak sangat.” Medina
ingatkan Tengku Ian.
“Apa
nak jauh sangat kalau setakat dalam pulau ni? I’m absolutely okay. Kita nak ke mana?” tanya Tengku Ian lagi.
Indahnya dunia luar.
“Kincir
angin. Saya teringin sangat nak tengok pemandangan pulau ni dari tempat tu.
Mesti cantik, kan?”
Medina
nampak Tengku Ian senyum nakal.
“Kenapa?”
Nak marah je rasa tengok senyuman cantik lelaki itu.
“Kan
betul apa yang saya cakap dulu. Satu hari, awak pasti akan ajak saya ke sana.”
“Awak
nak ikut tak ni?” Medina panas hati. Geram dengan usikan Tengku Ian tu. Macam
la aku ni nak pergi sangat dengan dia. Menyesal pulak pergi ajak dia!
“Ya..
ya.. nanti kita pergi sama-sama ya?” jawab Tengku Ian dalam sengihannya sebelum
gadis itu berubah fikiran.
“Saya
bukannya apa. Saya cuma nak tepati janji. Sayakan dah janji takkan ke mana-mana
sorang-sorang. Awak je la yang ada nak temankan awak. Zuyyin pulak macam Luke
awaklah. Lesap entah ke mana,” kata Medina lagi. Semoga Tengku Ian tahu dia bukannya
nak sangat pergi dengan lelaki tu. Kang kalau dia pergi sorang, mengamuk pula
mamat itu. Tak pasal-pasal kaki kiri pulak terseliuh.
“Yalah.
Of course I’m truly honored to be your
company. Always. Here you are, here I
am. There you are, there I am.”
“Dah..
dah.. sakit telinga saya dengar awak bermadah. Dah habis dah?”
Ketawa
Tengku Ian mendengar kata-kata Medina itu.
“Kalau
dah habis, let me do something to your
ankle. At least it can protect your ankle,” tambah Medina lagi.
Kemudian
dia keluarkan satu kinesio tape
berwarna biru dan gunting. Tengku Ian cuma melihat tangan Medina yang lincah
membuat kerja. Tak sampai dua minit, ada beberapa tampalan berwarna biru
sekitar kaki kanannya.
Dia
tahu itu apa. Taping yang selalu
digunakan untuk menghilangkan sakit, melindungi tempat yang cedera dan juga
mengelak daripada cedera. Para atlet ramai yang menggunakannya di pelbagai
bahagian anggota badan. Terutama sekali ketika dalam pertandingan.
“Okey?”
soal Medina.
Tengku
Ian menggerakkan pergelangan kakinya.
“Okey.
Comfortable.”
----------
“Ian!” Laungan itu membuatkan Tengku Ian
dan Medina sama-sama berpaling ke arah suara itu. Ada seorang wanita tinggi
berambut blonde tersenyum mesra
sambil tangan melambai ke arah mereka. Kemudian nampak wanita itu melangkah ke
arah mereka.
Tengku
Ian cuba mengecam sebelum turut senyum membalas lambaian tangan wanita itu.
“Bonjour,” tegur wanita itu lagi.
“Bonjour, Cantrelle! Ca fait longtemps depuis la derniere fais qu’on s’est vu,” balas
Tengku Ian juga.
Seronok
betul mereka berdua bercakap dalam bahasa Perancis. Aku kat tengah ni krikk-krik. Medina cuma pandang mereka
berdua yang makin panjang berbual. Dia di tengah-tengah cuma senyum dan diam.
Sepatah haram pun tak faham mereka berdua bercakap.
Kawan
dia kut. Medina buat tekaan sendiri. Mungkin sekarang tengah bertanya khabar
masing-masing. Teka lagi! Sesekali nampak Cantrelle pandang dia, kemudian
senyum. Medina cuma balas senyuman Cantrelle. Apa la dua orang ni cakap?
Entah-entah tengah mengumpat dia.
“Est-ce que c’est ta petite amie?”
Tengku
Ian cuma senyum bila mendengar soalan Cantrelle itu. Cantrelle bertanya sama
ada Medina adalah teman wanitanya.
Cantrelle
turut senyum mengusik bila melihat reaksi Tengku Ian. Lelaki itu tak angguk,
tak juga geleng. Mungkin memang betul teman wanitanya.
“Elle est belle.” Tengku Ian senyum lagi
bila Cantrelle memuji Medina cantik.
“Comment s’appele-t-elle?” Cantrelle
bertanyakan nama Medina pula.
“Medina,”
jawab Tengku Ian.
Medina
cuma senyum bila namanya tiba-tiba disebut. Cantrelle mengalih pandang ke wajah
Medina.
“Tu as de tres beaux yeux, Medina.”
Hah?
Apa dia cakap? Medina pandang Tengku Ian. Mohon translate apa yang dikata Cantrelle tu.
“Dia
cakap mata awak cantik.”
“Oh, thank you. Merci,” ucap Medina. Tu
jela satu-satunya bahasa Perancis yang dia tahu. Malu juga dia bila kena puji
macam tu dengan orang yang tak dikenali.
Tapikan…
entah betul, entah tak sebab tukang alih bahasanya adalah Tengku Ian.
Takpelah.. percayakan aje apa yang lelaki itu cakap.
“A la prochaine, Ian, Medina. Au revoir.”
Cantrelle meminta diri.
“Au revoir. Bonne journee,” balas Tengku
Ian pula.
Kemudian
Cantrelle meninggalkan mereka. Gembira melambai-lambai ke arah mereka sebelum
berlari menyertai kumpulannya. Cantrelle datang bercuti ke Malaysia bersama
beberapa orang kawannya.
“Siapa
dia tu?” soal Medina kepada Tengku Ian. Berminat nak tahu.
“Kawan
saya. Dia tak fasih sangat berbahasa Inggeris. Dah lama tak jumpa dia.”
“Oo..
kawan. Tapikan.. pandai juga awak cakap French,” puji Medina pula. Memang betul
pun. Dengar esen percakapan Tengku Ian tadi pun sedap. Dah macam orang Perancis
tulen pun ada.
Tengku
Ian ketawa mendengar pujian Medina itu. Kembang jugaklah hidung tiga inci.
“Mesti
awak rasa cara saya cakap French tadi sedapkan? Amacam.. ada gaya mamat French
tak?” Tengku Ian mengangkat kening beberapa kali.
Medina
tayang muka menyampah. Ni aku malas nak memuji. Inilah Melayu. Melayu mudah
lupa! Nak kasar sikit, Melayu cepat nyanyuk!
“Helo..
jangan nak perasan boleh tak? Pandai bercakap dengan sedap didengar tu lain,
okey? Sedap apa ke bendanya? Macam nak buang kahak je,” bidas Medina balik.
Makin
kuat ketawa Tengku Ian. Buang kahak? Haha. Penat dia belajar bertahun-tahun nak
bagi lancar tapi masuk je telinga Medina terus jadi macam orang nak buang
kahak? Kalau Cantrelle dengar tadi, mahu si Medina ni kena kejar dengan parang.
“Hei..
tunggu sayalah! Sampai hati tinggalkan orang sakit kat belakang. Kejam!” jerit
Tengku Ian bila Medina berlari menaiki anak tangga itu. Sambung perjalanan
balik. Tak sampai separuh anak tangga yang banyak itu didaki mereka.
Medina
buat tak dengar. Tapi cuma sekejap. Lepas dah banyak anak tangga didaki,
barulah pusing belakang untuk menunggu Tengku Ian.
------
“At last, sampai juga kita!” Tengku Ian
berpuas hati. Berjaya juga mereka sampai ke destinasi.
Air
mineral diteguk lagi. Ganti balik semua air yang tersejat menjadi peluh tadi.
Perjalanan yang menguji stamina. Tak cukup kuat, mahu patah balik. Tak pun cari
cara mudah nak sampai ke kincir angin ini.
“Subhanallah..
Cantiknya.” Medina teruja. Dipandangnya permandangan di depan mata. Macam yang
Tengku Ian cakap dulu. Sangat cantik. Boleh nampak permandangan pulau ni. Air
yang biru turquoise dah macam berlapis-lapis. Jatuh cinta dia dengan alam.
“Betullah
orang kata, at least sekali kena
tengok permandangan pulau ni dari sini. Cantik sangat,” puji Medina lagi. Kagum
dengan ciptaan Allah.
Tengku
Ian di sebelah cuma senyum. Mengakui kata-kata Medina. Siapa cakap Malaysia tak
cantik? Nak tengok laut cantik tak semestinya kena pergi Maldives.
Kemudian
dia pandang Medina di sebelah. Medina tersenyum berpuas hati dengan usaha
mereka hari ini. Susah nak tengok senyuman Medina yang macam tu.
“Cantik
dalam French apa?” Medina bertanya.
“Belle.”
“Permandangan?”
“Paysage.”
“Belle paysage.” Medina aci hentam guna
bahasa Perancis sendiri. Tengku Ian ketawa mendengarnya. Orang kalau baru nak
belajar bahasa Perancis, memang macam tu la. Haha.
“Belle.”
Medina
menoleh ke arah Tengku Ian bila Tengku Ian berkata macam tu. Tepat Tengku Ian
pandang dia.
“Siapa?”
“Awak.”
Mata
mereka berlaga. Terus Medina alihkan pandangannya ke arah laut. Entah kenapa
renungan Tengku Ian kali ini lain macam. Medina buat-buat ketawa. Tapi rasa
canggung semacam. Oh, dada! Janganlah bekerja lebih waktu sangat.
“Awak
tahu tak awak sangat cantik kalau awak senyum macam tadi?” Tengku Ian bersuara
lagi.
Makin
berdebar jantung Medina dibuatnya. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba nak memuji
memuja ni? Jangan cepat percaya sangat dengan lelaki, Medina! Ingatan untuk
diri sendiri.
“Hei..
saya ni memang cantik tak kira macam mana tahu?” Status riak lagi takbur dari
mulut Medina sekadar untuk menghilangkan kecanggungannya.
Tengku
Ian ketawa. Mengiakan.
“Dahlah..
daripada awak nak bergurau aneh-aneh macam tu, apa kata awak ajar saya cakap
French?” Medina cepat-cepat cari idea untuk menukar topik.
“Hai,
nak belajar jugak ke bahasa buang kahak ni?” Tengku Ian gelak lagi. Menyindir.
“Cepatlah!”
Malas Medina nak layan.
“Je pourrais rester heureux toute a vie, tant
que tu seras a mes cotes,” bicara Tengku Ian sambil mata tepat menikam ke
dalam anak mata Medina. Betul-betul maksudkannya.
Ewah..
ni betul-betul nak menyindir ni!
“Awak
ni nak kena tendang sampai bawah ke? Bagilah ayat pendek sikit,” marah Medina.
Tengku
Ian ketawa. Adoi, Medina ni! Hilang terus suasana romantis tadi. Tengku Ian cuba
fikirkan ayat yang lebih pendek.
“Tu es toujours dans mon coeur.”
“Tu es toujours...” Perlahan-lahan Medina
mengikut. Agak gigih dia mencuba beberapa kali sebelum sebutannya diluluskan
oleh Tengku Ian.
“Tu es toujours dans mon coeur.” Medina
ulang lagi. Tengku Ian cuma angguk.
“Tapikan,
maksud dia apa?” soal Medina. Aku ni main sebut je. Entah-entah dia cakap aku
ni gila. Manalah tahu Tengku Ian kenakan dia? Tengok senyum mamat tu pun dah
lain macam.
“Carilah sendiri.” Senang Tengku Ian jawab.
“Macam
mana saya nak cari? Ejaan pun saya tak tahu.” Medina tak puas hati.
Tengku
Ian cuma angkat bahu.
“Saya
tak tahu. Pandai-pandailah awak cari sendiri. Saya taknak cakap.” Sengaja.
“Taknak
cakap sudah. Ingat saya tak boleh cari sendiri ke?” Medina rasa tercabar.
“Carilah.
Nanti cakap kat saya maksudnya apa, okey?” Tengku Ian senyum. Seakan-akan
mencabar.
“And again.. Tu es toujours dans mon coeur, Medina,” ucap Tengku Ian sekali
lagi.
---------------
Betulkan saya jika saya silap. Saya budak baru belajar..
you are always in my heart ??
ReplyDelete(^-^)
Waa... Sweetnya Ian...
ReplyDeleteApa mksudnya?
You're always in my heart
Deletebest
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteEnjoy....nak lg bole😀😀😀
Wahh..akk ..teringin jgk nk tahu maksud bahasa french tu
ReplyDeleteSuperb! Love this entry+
ReplyDeleteSweetnya ian
ReplyDeletenak lgi...please sambung... :)
ReplyDelete" I could stay happy all life has , as you will be by my side , "
ReplyDeleteKata google ;)
nanti sambung lagi tau...saya suka sangat semua novel kak anjell... :)
ReplyDeletewah......apa agaknya medina buat bila tahu maksud dia.....Hahaha....x sabarnya nak tahu
ReplyDeleteCik Anjell the best!!!
ReplyDeleteBestttt. Tak pernah x best. Keep it up anjell ☺
ReplyDeleteAnda sentiasa berada dalam hati saya
ReplyDeletesweetnyer Ian !!! ohmygoddd
ReplyDeletesweetnya....
ReplyDeleteAwak sentiasa dalam hati saya.Tu kan maksud 'Tu es toujours dans mon coeur' tu?
ReplyDelete