Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday, 24 May 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 1)

BAB 1

Kunyahan mi goreng dalam mulut terhenti. Garfu ferum pun dah freeze di tengah-tengah jalan. Hampir terlopong aku mendengarnya. Abang Qairul pulak memang dah sakan terguling ketawa. Lawak sangat agaknya sampai-sampai nak roboh meja makan kayu ni dihentaknya. Sekali dengar dah macam pasukan kompang yang tengah menyambut pengantin. Hih... abang ni! Melampau.. kalau bab gelakkan orang, tiga hari tiga malam pun sanggup.

     “Qairul Afham bin Khalid.” Suara mama dah bergetar amaran. Membara agaknya bila abang gelak dengan titah dia.

     Aku jelir lidah kat abang. Padan muka kena marah. Tapi, emosi tengah nak memberontak, mana ada nafsu nak bersuka ria ejek abang. Sekarang ni hanya fikirkan macam mana nak jayakan misi selamatkan diri.

     “Sorry, mama. Serius lawak tahap dewa.” Abang Qairul tarik sengih. Dah tak hentak-hentak meja lagi.

     “Orang tengah membara ni. Sekecik cicit kuman pun tak lawak, tahu tak?” marahku. Ada ke patut dia gelakkan aku. Bukannya nak tolong adinda dia yang dalam kesusahan ni. Harulah kakanda aku sorang ni.

     “Sebab lawak la orang gelak. Ingat abang ni sewel macam Sya ke nak gelak tak bersebab?” balas abang balik. Siap sindir aku pulak tu. Dia tu pantang orang tanya, mesti mulut tu nak menjawab je kerjanya. Agaknya macam ni la kalau mulut lawyer. Patut aku staplerkan je mulut dia awal-awal kalau nak bertikam lidah dengan abang Qairul.

     “Takde apa yang lawak. So, macam mana, Sya? Setuju tak?” desak mama lagi. Abang tak dipedulikan.

     Lagi sekali tawa abang Qairul meletus. Hih.. abang ni. Kang tak pasal-pasal ada jugak yang sampai bilik gara-gara sepakan penalty aku. Kali ni aku dan mama sama-sama bagi jelingan maut. Abang angkat kedua-dua tangan macam mengaku bersalah.

     “Sorry again. Tak boleh nak tahan gelak le. Benda lawak, selagi boleh gelak kena gelak sampai puas.” Abang menjawab lagi.

     “Apa yang lawak? Pelangkung karang.” Aku dan mama berkata serentak.

     Dalam hati yang membara, sempat aku tersengih. Kelakar pulak bila mama cakap macam tu. Sejak bila pulak mama faham bahasa aku ni? Siap aplikasi lagi ni! Jangan main ya mama sekarang. Silap-silap jumpa aku nanti nak kena highfive pulak!

     “Lawak la. Tanya mak su. Mak su pun sengih tadi. Kan, Mak su?” abang heret nama mak su. Mak su ialah gelaran untuk orang gajiku. Aku dah anggap dia macam mak kandung aku dah.

     “Eh, mana ada.” Mak su menafikannya. Cepat-cepat Mak Su keluar dari dapur. Aku tahu. Memang Mak Su sengih pun tadi. Kelakar sangat agaknya dengan kata-kata mama yang memang luar daya pemikiran orang tu.

     “Ma.. taknak la. Tak sanggupla Sya.” Aku menolak. Waa.. ni rasa nak nangis ni. Lepas ni konfom mama paksa.

     “Tolong la kawan mama tu. Lagi pun cuti sem ni bukannya Sya ada buat apa-apa pun. Tolonglah mama. Dua bulan je,” pujuk mama.

     Aku garu kepala. Sempat aku bagi isyarat mata kat abang Qairul. Abang.. help me! Tapi abang sengaja buat-buat tak faham. Suka sangat agaknya tengok aku kena paksa macam ni. Abang ni tak sayang adik betullah!

     “Mama.. nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut soh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waa.. mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tau tak?” dengan bersungguh-sungguh aku berkata. Nak cakap betapa aku tak reti memasak.

     “Hiperbola la tu.”

     Aku capai kain buruk yang dekat dengan cabinet dapur sebelum campak kat abang. Menyibuk betullah! Terjerit dia. Nasib baik tak masuk dalam mi goreng dia je.

     “Qisya!” mama memang pantang kalau main baling barang.

     “Abang tu. Suka sangat menyampuk.” Aku salahkan abang.

     “Apa dia? Ma.. abang memang setuju dengan idea mama tu. Biar rajin sikit budak ni. Kalau cuti memang bangun lambat. Anak dara jenis apa pun tak tahu. Mama paksa je dia, mama. Biar dia belajar sikit cara nak uruskan rumah tangga.” Abang dah keluarkan hujah lawyer dia. Jadi setan pulak dia hari ni nak hasut mama.

     Aku besarkan mata kat abang. Aku cekik jugak dia ni! Jangan mama setuju dengan idea abang sudah! Biasanya memang mama suka sangat pakai idea abang yang tak berapa nak memihak pada aku.

     “Abang betul. Sya memang kena ikut cakap mama.” Mama mengangguk-angguk kepala sambil memikirkan kebenaran kata-kata abang Qairul.

     Haa.. kan dah cakap! Abang ni kalau bab menghasut orang bagi je la kat dia. Kejap je mama boleh terus setuju.

     “Mama.. orang tak reti la. Kalau kawan mama suruh masak, macam mana? Nanti mama jugak yang malu sebab anak dia tak tahu masak.” Memang memasaklah ‘kepakaran’ aku paling terbaik.

     “Masa ni la nak belajar masak.” Abang menyampuk lagi. Dia pulak yang lebih-lebih. Ya Allah.. tolonglah bisukan abang aku ni untuk sekejap je! Sumbat mulut dengan garfu kat tangan ni karang. Barulah Kak Hanum kejar aku dengan parang sebab buat pakwe dia macam tu.

     “Bukan masak je, sayang. Kawan mama ni lebih pada nak cari orang nak jaga cucu dia.”
     Waa.. mama. Nak soh aku jadi baby sitter pulak ke? Apa kena dengan mama ni? Tak sayang aku ke? Belajar tinggi-tinggi untuk jadi bibik?

     “Sya tak pernah jaga baby la mama. Karang mati pulak budak tu tercekik susu sebab Sya.”

     “Cucu dia umur dah lima tahun. Dah besar dah.”

     Dah besar rupanya! Apalah mama ni. Bukannya dia tak tahu aku dengan budak ni macam mana! Garang nak mampus. Lebih-lebih lagi yang jenis tak faham bahasa. Aku ni bukannya jenis penyabar sangat. Tak pasal-pasal terselam budak tu dalam kolam renang kalau tak dengar cakap aku.

     “Hantarlah pergi tadika,” kataku pula. Betul tu. Dah besar panjang, pergi hantar je la budak tu sekolah tadika. Bijak pun bijak. Aku pun senang hati. Kata kaya. Setakat nak hantar sekolah tu, apalah sangat.

     “Hih, budak ni, orang tanya ada je yang dia jawab.” Mama geleng kepala. Aku sengih. Belajar daripada papa dan abang, mama. Hehe..

     “Ma.. dia takde orang gaji ke? Carila yang baru.” Aku tak faham betul dengan kawan mama ni. Entah kawan yang mana aku pun tak tahu. Rasa-rasa yang ni kawan mama yang dah lama lost contact sejak tingkatan lima. Bestfriend lama la katakan.

     “Sebab takde la mama suruh kamu tolong kawan mama. Orang gaji dia mintak cuti dua bulan sebab anak dia nak buat operation. Dia taknak cari orang baru sebab cucu dia tu rapat dengan orang gaji dia tu. Cucu dia tu pelik sikit.”

     “Kenapa dengan cucu dia, mama?” Abang berminat nak tahu. A’a.. aku pun nak tahu. Cacat ke budak tu?

     “Cucu dia tu degil sikit. Biasalah, budak. Cucu tunggal pulak tu. Dia macam susah nak dekat dengan orang. Selain ahli keluarga, dengan orang gaji tu je yang dia rapat,” cerita mama.

     “So, apa kaitan dengan Sya? Budak punyalah degil. Nak mati kena cekik jugak kalau nak cari gaduh dengan Sya. Kenapa nak suruh Sya? Muka Sya sama dengan orang gaji kawan mama ke?” soalku tak puas hati. Masih memikirkan rasional mama nak aku jadi orang gaji rumah kawan dia.

     Haiya.. betullah mama ni tak sayang aku. Sanggup dia korbankan aku nak dijadikan hamba budak degil tu. Sob.. sob.. sob..

     “Takde la macam tu. Syakan takde buat apa-apa. Daripada buat tahi mata, baik belajar macam mana nak mengasuh anak, kemas rumah, masak. Manalah tahu kot-kot jodoh Sya sampai awal nanti.”

     Aku terlopng. Hah? Wei.. tak lawak la. Aku muda lagi la. I’m just 22. Kenapalah nak belajar cara nak uruskan rumah tangga segala bagai ni? Tahun depan pun boleh belajar. Tiga bulan sebelum nikah nanti, aku belajar la. Tak pun, kalau taknak susah-susah upah bibik je. Kan senang?

     “Betul, mama. Abang setuju. Kalau nak terus jadi suri rumah sepenuh masa pun abang setuju.” Mama nampak gayanya sudah mendapat satu undian!

      Aku pulak terdiam.

     “Papa pun setuju. Dah tiba masanya Sya belajar macam mana nak jadi wanita dewasa.” Entah dari mana papa datang menyampuk.

     Dah dua undian! Arghh.. tidak! Semua mata pandang tepat ke arah aku. Mama menyilang tangan di dada sambil mengukir senyuman kejayaan.

     “So?”

14 comments:

  1. so ... jadi bibik & dorang kawen yeah!

    ~Jazmeen

    ReplyDelete
  2. ganaz la pompuan ni...

    ReplyDelete
  3. Best citer ni....

    ReplyDelete
  4. Hermm.. Ni terancang ke kebetulan?? Hermmm.. So, tinggal nak tau hafiy tu anak izz ke bukan.. Hehe.. Cm chumell je hafiy panggil mummy ;)

    ReplyDelete
  5. suamiku suamimu jua24 May 2012 at 23:37

    tajuk tak boleh blh, suamiku..., suami yg ku benci, aku suami...

    apela korang ni?? weird

    ReplyDelete
  6. ... bestttt.... sambung cepatttt....

    ReplyDelete
  7. suka ngan watak heroin dia ,
    novel eksperimen cinta bila nak keluar x sabar ni,
    nanti keluar bagi tahu awal tau ,blh kumpul duit
    seksa-nya menanggong rindu ngan aron&damia

    ReplyDelete
  8. best.... cepat sambung!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. nk eksperimen cinta.... nk3

    ReplyDelete
  10. so terpaksalah sya ikot..hahaha...best la citer ni..

    ReplyDelete
  11. best cite ni, hehe. Sya ... jangan cekik2 budak tu ye, ish ish

    ReplyDelete
  12. so? so what..hehehe...nasib ko la sya...

    ReplyDelete
  13. cik anjell...boleh tak kecikkan cover tundukkan playboy tu! yang kat bawah tu? sebab cover tu tindih tulisan novel ...susah nak bace..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )