Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 11 August 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 23)

BAB 23

Dalam pukul tujuh setengah pagi, telefon Nurin berdering kuat. Sangat menyakitkan hati bila awal-awal pagi dah kena kacau. Tengah-tengah tak boleh sembahyang ni, sepatutnya dia boleh tidur puas-puas.

Lagi menyakitkan hati bila lihat nama si pemanggil. Tulisan ‘Rimau Lamborgh’ sebesar-besar alam pada skrin telefon. Mamat ni nak apa pulak ni? Seminggu senyap. Dah balik ke?

Nurin swipe ikon hijau itu.

“Hello..”

“Ouro aku mana?” Tak menyempat suara Harraz yang hampir seminggu tak kedengaran bertanya. Takde salam, takde apa, Nurin kena marah.

Apa dia? Oreo? Kenapa mintak Oreo pagi-pagi dengan aku? Telinga Nurin tak dapat tangkap sebutan Harraz.

“Mana kau letak Ouro aku?” soal Harraz lagi.

Oh, Ouro si kucing cantik, bukan Oreo. Alamak! Nurin cepat-cepat bangun dari duduknya. Terus pandang di sudut biliknya. Itu dia Ouro Harraz! Dahlah dia bawak lari Ouro balik. Ni semua gara-gara malas nak ke rumah Harraz semata-mata nak bagi kucing makan. Cadangnya baru hari ni nak betul-betul kemas rumah Harraz.

“Dengan saya. Dengan saya. Ouro dalam bilik saya sekarang ni. Kalau encik tak percaya, dengar suara Ouro.” Terus Nurin lompat turun dari katil. Disuakan telefonnya pada sangkar Ouro. Kebetulan masa tu Ouro tengah mengiau.

“Kau ni gila ke apa?” Suara Harraz berubah pelik.

Nurin dirasakan sangat pelik. Mengigau lagi ke apa budak tu? Suara pun macam lepas bangun tidur.

“Ouro dengan kau? Lega aku dengar. Aku ingat dah kena curi. Sebab rumah aku ni sepah. Kau tak kemas rumah aku ke?” Suara Harraz naik balik.

Bengang betul dia. Buka je pintu rumah, keadaan rumah sama macam yang ditinggalkan. Mungkin lebih kemas sikit. Rasa jantung nak luruh bila tengok sangkar kucing kesayangannya hilang.

Err.. Nurin tak tahu nak jawab apa. Kenyataannya dia belum kemas rumah Harraz. Yalah.. mana sempat. Dia pun penat. Kenapalah awal pulak mamat tu balik? Ingatkan besok.

“Hantar Ouro balik sekarang!” arah Harraz mandatori.

   -----------

Nurin cuma mengikut arahan Harraz. Dah dikuatkan batin untuk menerima amukan Harraz. Sebab dia sedar dia salah. Kesalahan pertama, tak kemas rumah. Kedua, bawak lari Ouro.

Nurin tekan loceng. Walaupun dia dah pegang kunci rumah dan swipe card Harraz, tapi macam biadap la pulak sebab tuan rumah ada kat dalam. Tak sampai sepuluh saat, pintu rumah dibuka dari dalam.

Nampak muka Harraz. Seminggu sudah dia tak nampak muka Harraz. Agak serabut sikit. Jambang halus mula tumbuh pada mukanya.

“Assalamualaikum, Encik,” sapa Nurin. Kemudian sengih.

“Waalaikumussalam. Kau taknak masuk ke?” soal Harraz pelik bila Nurin tegak depan pintu rumah.

Err.. kita berdua je ke?” soal Nurin balik. Takut. Bukan takut apa. Karang kena cekup, free je kena kahwin.

“Masuk je la. Bukannya ada pencegah maksiat yang rajin kerja pagi-pagi macam ni,” jawab Harraz. Bagaikan tahu apa dalam kepala Nurin.

“Mana ada jiran nak report. Aku sorang je duduk kat penthouse sini,” tambah Harraz yakin.

Yang tu lagi bahaya. Kalau mamat tu nak apa-apakan aku, mana nak mintak tolong? Terjun bangunan la jawabnya!

“Masuk je la. Aku pun nak keluar lepas ni. Aku pun taknak kena tangkap dengan kau. Ni.. aku tak tutup pintu ni. Kalau aku nak apa-apakan kau, kau tendang je aku, lepas tu cabut lari. Okey?” Harraz meyakinkan Nurin. Susah betul nak suruh Nurin masuk rumah dia.

Baru Nurin masuk. Itupun lepas bertawakal habis dalam hati. Terpaksa percaya Harraz. Pertama kali masuk rumah lelaki. Kerja gila yang hanya dilakukan cuma dengan Harraz Naufal. Lega Nurin bila Harraz biarkan pintu rumah terbuka luas.

Harraz ambil Ouro keluar dari sangkar. Dipeluk dan digosok-gosok kepalanya. Rindu betul dengan Ouro.

I miss you, Ouro. Did you miss me too?” Harraz cakap dengan kucing. Ouro mengiau bagaikan menjawab soalan Harraz. Bagaikan turut rindukan Harraz.

Nurin cuma jadi pemerhati. Serius nampak pelik. Jarang lelaki suka kucing. Harraz yang rasa diperhatikan terus angkat muka pandang Nurin. Nurin terus larikan pandangan. Buat-buat tengok pasu bunga belakang Harraz.

Harraz letakkan kembali Ouro dalam sangkar. Kembali pandang Nurin.

“Macam ni ke cara kau kemas rumah?” sinis Harraz.

Mamat ni, balik-balik je terus nak menyinis. Bukannya nak tanya khabar aku dulu ke? Tak berubah-ubah.

Nurin tak tahu nak buat apa. Dia cuma sengih. Sengih separuh jalan. Sengih lebar-lebar karang, makan penampar Harraz tak pasal-pasal pulak.

“Saya tak sempat, encik. Hari ni baru saya nak kemas sebenarnya. Saya penat lepas balik kerja. Sebab tu saya bawak Ouro balik rumah. Senang nak jaga. Tak sangka pulak Encik balik hari ni.” Nurin cipta alasan. Minta-mintalah Harraz terima.

“Memanglah kau kena kemas hari ni.” Harraz toleh jam di tangan. Aku bagi masa sampai tengah hari ni, kau kena habis kemas.”

“Encik takde dalam rumah, kan?” Nurin minta kepastian.

“Ya. Aku nak pergi gym. Tengah hari nanti, aku nak tengok dah siap kemas.” Harraz bagi arahan.

    -------------

Sampai pukul dua belas tengah hari. Lagi empat jam. Sempat ke dia kemaskan rumah ni? Dahlah besar! Kejam betul.

Dahlah paksa orang. Takde kompromi betul. Lupa agaknya si Harraz ni yang dia terpaksa bersetuju.

“Tuan Ouro tu suka sangat dera mummy tahu?” Suka hati Nurin bahasakan diri mummy pada Ouro. Dahlah kucing orang. Tapi dia suka Ouro. Ahli keluarganya pun sama. Sebab Ouro sangat cantik. Bulu lebat berkilauan warna oren. Kadang-kadang nampak macam emas. Mata sebelah biru, sebelah kuning. Unik sangat. Mesti mahal. Patutlah Harraz takut orang curi kucing dia.

“Nasib baik ada Ouro temankan mummykan?”

Ouro mengiau bagaikan faham apa dikatakan Nurin.

Nurin mulakan kerja. Rumah sendiri pun belum tentu serajin ni nak kemas. Hebat betul penangan Harraz. Sekali arahan keluar, yang taknak patuh pun jadi patuh. Perkara pertama dia buat, basuh baju Harraz.

     -----------------

Penatnya! Nurin hampir siap kemas rumah Harraz. Berpeluh satu badan. Tudung pun rasa dah basah. Kasi perah, mahu penuh sebotol air mineral. Seluruh badan pun rasa lenguh-lenguh. Mana tak lenguh? Kemas rumah dua tingkat macam ni.  Rumah besar-besar ni susah juga.

Rumah baru seminggu tak bertuan, tapi dah berhabuk habis. Tengok habuk, ni bukan seminggu. Tapi entah berapa lama rumah Harraz tak berkemas. Dia ada dengar dari Eves yang Harraz memang tengah cari orang gaji separuh masa lepas orang gaji lama lari balik Indonesia.

Patutlah mamat tu tak menyempat suruh dia yang kemas. Kenyataannya memang dia target termudah Harraz.

Terbatuk-batuk Nurin dengan habuk. Dah tiga kali bersin, Nurin tak tahan lagi. Kena cari sesuatu untuk tutup hidung dia. Kalau tak, boleh selsema dia besok. Tak larat dah bulu hidung nak tapis habuk, memang hingus la yang kena tolong nanti. Sebelum semua tu jadi, baik dia cegah.

Nurin cari apa-apa yang boleh diguna buat tutup hidungnya. Jumpa satu tuala kecil. Mesti Harraz punya. Reda je la. Nanti dia balik basuh.

Hujung kedua-dua tuala kecil itu dipertemukan di belakang kepala. Satu pin tudung diambil untuk dipin supaya tak longgar. Hidung dah terlindung daripada habuk. Baru selesa nak buat kerja.

Nurin sambung buat kerja. Dari ruang tamu, ke dapur dan juga bilik tidur Harraz. Segala-galanya dah dikemas. Baru nampak macam rumah sikit.

Yes, akhirnya!” Nurin senyum puas hati tengok rumah yang dah kemas itu. Rasa macam baru lepas kemas rumah sendiri.

Nurin hempas tubuh pada sofa. Pedulilah badan busuk sekalipun. Padan muka Harraz! Dia ingat tak penat kemas sorang-sorang. Nurin rasa dia kena tuntut upah dengan Harraz. Bayar balik jumlah glukosa yang dah jadi tenaga. Ganti balik semua air yang dah tersejat melalui peluh. Bila kerja macam ni, rasa lapar la pulak. Dahlah pagi tadi, nak cepat punya pasal, tak sempat dia jamah apa-apa pun.

Nampak Ouro yang sedang makan makanannya. Berselera betul nampak Ouro makan. Lapar punya pasal, karang ada jugak aku makan whiskas Ouro ni!

Kesian dia. Cantik-cantik pun, asyik terkurung je. Kalau kat rumah dia, dia memang lepaskan Ouro. Tapi, di bawah pemerhatian. Karang tak tengok, hilang pulak kucing orang. Nak ganti entah berapa ribu terbang.

Nurin buka sangkar Ouro. Kucing besar itu diribanya. Manja betul bila bulunya digosok-gosok. Geramnya! Rasa nak gigit pun ada.

“Kesian mummy, kan Ouro? Tak pasal-pasal kena dera. Nak tercabut semua sendi mummy rasa.”

Mummy?” Sapaan yang tiba-tiba itu buatkan Nurin terkejut.

“Umi!” Nurin terkejut bila kena sergah. Nasib baik tak melambung Ouro.

Terus Nurin berpusing. Harraz. Bila mamat ni masuk? Tak dengar pun? Bila sedar yang Harraz dengar perbualan dia pada Ouro, Nurin malu sendiri. Alamak! Kantoi. Merah muka Nurin rasa sebab malu.

Harraz yang nampak Nurin terpaku sekejap. Dada terus berdebar laju. Separuh wajah Nurin tertutup dengan tuala. Hanya mata Nurin kelihatan. Mata itu nampak terkejut dan kemudian dilarikan pandang karpet sebab malu.

Pernah dilihat. Sangat persis dengan gadis misteri yang cuba dilupakan dulu. Jeritannya bagaikan sama. Tak.. tak mungkin Nurin! Harraz tak dapat terima. Cuba pandang Nurin sekali lagi. Nampak mata Nurin tepat memandangnya. Perasaan itu datang lagi. Hatinya yakin matanya tak salah menilai.

Nurin masukkan Ouro dalam sangkar balik. Kemudian berdiri. Baru perasan Harraz yang tenung tak lepas padanya. Nurin cepat-cepat buka penutup hidungnya. Dan Harraz terpaku lagi. Jelas sekali di depannya Nurin!

Errsorry, encik. Saya tak minta izin guna towel ni. Nanti saya basuh ya?” Nurin tak syak apa-apa dengan pandangan Harraz. Sangkanya Harraz tak suka dia guna barangnya.

Harraz tak lepas pandang Nurin. Rasa tak percaya masih tak hilang. Begitu juga jantungnya. Masih laju.

Nurin tengok Harraz macam tu dah rasa resah. Baru perasan mereka berdua-duaan dalam rumah ni. Orang kata, kalau berdua-duan, syaitan jadi yang ketiga. Jadi, sebelum yang ketiga tu mula serangan, dia kena cepat-cepat cabut.

Okey.. pisau kat dapur. Pasu bunga kat sebelah. Pintu sebelah sana. Nurin dah fikir pelik-pelik. Harraz tak terjangka. Apa-apa pun boleh jadi. Teringat apa yang Ash cakap dulu.

No one went out virgin.” Telan liur. Kenapalah itu juga yang dia ingat? Nauzubillah! Nauzubillah!

“Encik, saya dah habis kemas.”

Harraz tersedar lepas dengar suara Nurin. Dia perasan Nurin bagaikan takut dengannya.

Hmm.. okey. Not bad. Kau dah makan?” Barulah Harraz bersuara.

Nurin geleng kepala. Perut pun dah lapar sangat sekarang ni.

“Kita lunch dulu, baru kau boleh balik.” Itu bukan mengajak. Itu adalah arahan. “Don’t worry. It’s my treat.”

Oo.. okey. Saya tunggu kat luar ya? Encik mesti nak mandi dulu kan?” Nurin cepat-cepat setuju. Masa ni, otak waras pun tak dapat berfungsi. Main setuju je, asalkan dia tak berdua-duan dengan Harraz dalam rumah ni.

   ---------------

Lebih kurang empat puluh minit, baru Harraz keluar rumah. Nurin rasa, kalaulah dia ni boleh berjanggut, dah tumbuh dah agaknya janggut kat dagu ni dua inci. Nak balik karang, kurang ajar la pulak. Sebab dia dah terlanjur bersetuju. Nak taknak, memang kena tunggu. Dahlah kawasan rumah Harraz itu sunyi sepi. Macam yang Harraz cakap, cuma dia yang tinggal di penthouse bangunan ini. Huh.. kenapalah dia setuju tadi?

Mengalahkan perempuan lelaki itu bersiap. Harraz cuma berseluar jeans biru gelap dan berbaju t-shirt lengan pendek berwarna ungu berbelang putih. Wajah Harraz dah bersih berbanding dengan tadi. Dah shave agaknya. Di tangan ada satu beg kertas berwarna putih. Boleh tahan besar juga. Macam dalam kotak.

Sorry sebab lama menunggu.” Harraz minta maaf.

Wah.. Harraz minta maaf? Terkejut ni! Kena sampuk jembalang dari London ke apa?

“Eh, takpe!” Dan yang peliknya, dia pun boleh jawab macam tu. Padahal tadi bukan main dia membebel. Entah berapa kali kepala toleh jam di tangan. Kau pulak Nurin, kena sampuk jembalang dari mana pulak?

“Kita makan di Kenny Rogers Roaster je boleh?”

“Saya cuma ikut je. Tak kisah.” Nurin taknak mengada dengan Harraz. Dahlah lelaki itu nak belanja. Dia kalau keluar dengan Harraz, tak pernah keluar duit sendiri.

“Encik, saya follow dengan kereta saya, boleh? Senang nanti saya nak terus balik.”

“Suka hati kau la. Nah.” Harraz serahkan beg kertas ditangannya kepada Nurin.

“Encik nak suruh saya pegang ke?” soal Nurin.

“Bukanlah. Untuk kau.”

“Apa ni?” Nurin tak faham. Tak percaya pun ada bila tiba-tiba dapat sesuatu dari Harraz Naufal.

“Upah kau jaga rumah aku, jaga Ouro, jadi mummy Ouro.” Sempat Harraz kenakan Nurin. Malu juga Nurin tapi dia tayang muka tak tahu. Buat-buat tak dengar je la.

“Ya ke, encik? Terima kasih.” Nurin dah gembira. Upah dirasakan lagi bernilai dari hadiah. Upah adalah kerana usahanya tapi hadiah adalah sebab orang saja-saja nak bagi atau sempena sesuatu. Ada beza ke? Ya, bagi Nurin ada beza.

“Encik beli apa untuk saya?”

“Kau bukak sendiri nanti. Ole-ole dari Paris. Aku mimpi kau sampai mengigau nak benda ni.”

Huh.. ya lah tu! Dia mimpi sampai mengigau atau dia mimpi aku menigau? Haha.

“Ingat jugak encik kat saya ya?”

“Yalah.. karang aku tak bagi, kau cakap aku kejam pulak jadikan kau bibik tak bergaji. Tak pasal-pasal kau jual Ouro aku.”

Nurin gelak. Kelakar dengan ayat Harraz. Hati dah gembira dengan upah yang Harraz bagi. Baru terasa penat bersihkan rumah besar itu berbaloi.

And please, don’t return it. Otherwise, I’ll get mad.” Harraz beri amaran.

Masuk je dalam kereta, terus dibuka pemberian Harraz. Macam tak pernah dapat hadiah, tak tahu kenapa hati teruja sangat. Rasanya masa Farhan bagi dia hadiah pun, takdelah rasa macam ni.

Kotak besar itu dibuka. Satu beg tangan jenama Coach berwarna krim. Ya Allah.. cantiknya! Pandai Harraz pilih. Dia suka. Dapat handbag baru! Baru hari tu, dia berangan-angan nak hadiah beg tangan baru. Hari ni dah dapat. Cepat betul Allah kabulkan doanya.

Tapi.. beg ni mesti mahal! Coach kut! Cuci rumah, dapat handbag mahal weh! Rasa macam tak berbaloi dengan usahanya yang sikit tu. Dahlah kutuk Harraz macam-macam. Dapat hadiah mahal. Nak bagi balik pada Harraz, tapi dah kena sound dengan Harraz supaya jangan pulangkan balik. Macam tahu-tahu je dia akan pulangkan balik.

   ----------------

Harraz pandang Nurin yang sedang makan bertentangan dengannya. Lama dia termenung ketika mandi tadi. Cuba membandingkan Nurin dengan perempuan misteri dulu. Sedikit demi sedikit, persamaannya muncul.

Harraz masih tak dapat nak percaya. Nurin perempuan misteri itu? Tapi kenapa sekali pun Nurin tak pernah cerita padanya? Weh.. Harraz! Sejak bila pulak kau kamcing dengan Nurin sampai-sampai boleh nak bertukar cerita bagai? Kalau ikutkan, rasanya dialah orang terakhir yang Nurin akan bercerita.

Kalau Nurin orangnya, kenapa Nurin berlagak selamba macam takde apa-apa berlaku antara mereka? Pandai betul Nurin sorokkan semuanya. Rasanya, dia kena pandai korek. Dia nak pastikan bahawa wanita itu betul-betul Nurin.

Hmm.. Nurin! Kau kenal Nashrain Lee?” Harraz cuba menguji. Diperhatikan reaksi Nurin.

Uhukk! Nurin terbatuk. Terkejut dengan pertanyaan Harraz yang dirasakan cukup takde kaitan dengan mereka sekarang ni. Cepat-cepat dia capai air. Pedih rasa tekak bila terbatuk tiba-tiba macam tu. Tak senonoh betul. Dahlah depan Harraz. Nasib baik tak tersembur ayam dalam mulutnya ke muka Harraz. Tu kalau kena muka? Kalau masuk mulut Harraz? Tak ke jadi chicken kiss?

Lee? Kenapa dia tanya pasal Lee? Nurin tak faham.

“Kau kenal tak?” desak Harraz.

“Nashrain Lee? Nashrain Lee, pereka fesyen yang hebat tu ke? Siapa je tak kenal dia?” Nurin berpura-pura. Kalau dia cakap dia kenal Lee, mesti Harraz pelik. Harraz tak tahu yang Lee kawan baiknya.

“Kau pernah jumpa dia?”

Hmphh.. Selalu je..” Erk.. salah cakap lagi!

“…jumpa dalam majalah,” sempat Nurin sambung sebelum Harraz syak apa-apa. Maksudnya dia tak pernah jumpa Lee.

“Dalam majalah buat apa? Kenapa tak cakap jumpa dalam mimpi? Aku pernah jumpa dia sekali. Hebat betul dia. Kau tak teringin nak jumpa dia ke?” soal Harraz lagi.

Jumpa Lee? Hmm.. tak payah nak teringin sangat la! Boleh dikatakan tiap-tiap minggu dia akan keluar lepak dengan Lee dan Intan. Besok pun dia akan jumpa mereka lagi. Nak ke kenduri kawan lama mereka yang akan berkahwin besok.

“Kalau ada peluang, siapa taknak? Orang famous kut,” jawab Nurin.

“Mesti kau pun minat Lee, kan? Aku dengar ramai yang minat dia. Yalah.. rupa pun boleh tahan.”

“Dia dah kahwin. Buat apa nak minat suami orang?” cepat je Nurin jawab.

“Eh, dah kahwin ke?”

Kali ni Harraz sendiri terkejut. Dia tak tahu pun pasal itu. Sangkanya Lee masih bujang. Mana Nurin tahu? Harraz makin curiga.

Nurin baru sedar yang dia terlepas cakap. Alamak! Tak semua orang tahu Lee dah kahwin. Rasanya Lee jarang ceritakan pasal kehidupannya kepada umum. Secara logiknya, sesiapa yang tahu pasal ni mesti rapat dengan Lee.

Err… kawan saya, dia kerja satu hospital dengan isteri Lee,” auta Nurin. Haraplah Harraz percaya.

Oo.. ya ke? Kat hospital? So, dia mungkin doktor? Atau nurse?” korek Harraz lagi.

Alamak.. lagi sekali terpecah! Nurin.. kenapa mulut kau celopar sangat hari ni? Penat sangat ke lepas kemas rumah Harraz tadi? Si Harraz ni pulak, telinga tajam gila!

“Doktor rasanya.”

Matilah aku! Kalau Lee tahu aku dah jaja cerita dia dan Intan, mahu lancar mogok putuskan ikatan persahabatan dengannya. Sorry ya, Lee. Kali ni je!

“Eh, baru saya perasan. Encik balik awal. Bukan ke sepatutnya balik besok?” Nurin ubah topik sebelum segala-galanya terburai.

Hmm.. cubaan bagus untuk ubah topik! Harraz tahu Nurin cuba mengalih tajuk perbualan mereka. Tapi kenapa?

“Aku balik semalam lagi. Tapi balik rumah mummy dulu. Pagi ni baru balik sini,” cerita Harraz. Tak berniat untuk bertanya lagi pasal Lee.

“Kenapa balik cepat?”

Something happened, meeting was cancelled,” jawab Harraz mudah.

“Laa.. cancel ke? Tapi Encik ke sana nak dekat seminggu juga.” Nurin tak faham.

“Macam yang aku cakap, something had happened.” Harraz teruskan suapannya. Hanya dia yang tahu. Dan biarlah cuma dia yang tahu.

Kenapa Nurin dengar macam sesuatu yang besar telah terjadi pada Harraz? Mungkin masalah pejabat kut.


---------------

SIMPLE NOTE:

JUST TO TELL YOU ALL. SEMUA FB FOLLOWERS DAH SEDIA MAKLUM RASANYA. BUT TAK SURE MAYBE THIS BLOG READERS SAMA ADA FOLLOWERS OR SILENT READERS DAH TAHU KE BELUM... 

E-NOVEL NI (TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ) AKAN TAMAT DI BLOG PADA BAB 25. MAKSUDNYA TINGGAL LAGI 2 BAB. HUHU... MACAM BIASA, SAYA AKAN SIAPKAN MANUSKRIP NOVEL NI. BILA SIAPNYA? SAYA TAK JANJI... WISH ME THE BEST.. :)

44 comments:

  1. rasanya something had happened lebih sesuai dik drp something was happened.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..my mistake... thanks for teguran. Actually ada ayat lain sebelum tu n ditukar. sy xperasan.. Saya memang xbaca balik pun.. huhu.. sorry again.

      okey.. abaikannya..

      Delete
  2. Can't wait for 2 chapter more ...

    ReplyDelete
  3. harap la cepat dibukukan. nak baca versi cetak. sakit dada oi nak tggu entry berupdate T^T thanks kak anjel hhehehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih anjell..
    Baca mula2 tu geram je kat harraz..bole pulak di kulinya nurin..tp part yg last2 tu baru rasa ok..

    ReplyDelete
  5. 2 bab je lagi..mesti rindu ngan nurin+harraz..
    harraz dah dapat agak..can ner lepas ni ek..mesti dia siasat habis-habisan ni kan.

    Sis

    ReplyDelete
  6. nurin jgn kantoi...bertahan....huhu

    ReplyDelete
  7. Ok bab ni klakar... Sekejap je lg tahu la harraz siapa gadis misteri itu...

    ReplyDelete
  8. dua bab je lagi? hmmm... tatau nak rindu siapa. yg pasti akak wish semoga cepat siapnya

    ReplyDelete
  9. Bila TPI publish ? Tak sabar nak beliiiii >.<

    ReplyDelete
  10. dh nk abis dh ke?...moga cepat siap n di terbitkan sbb x sabar nk tau kisah cinta nurin n harraz ni..

    ReplyDelete
  11. Ok noted...lg 2bab...sedihnye pasti rindu nurin harraz & farhan nti..
    Anyway thx anjel!
    Kami ttp akn tgu TPI publish..smoga bjya ya!
    Entry kali ni sweet sgt2..daddy Ouro bg mammy Ouro handbag coach you😍😍 (jelessnyer😂😂..)
    Plz nurin..awk ni xsyg mulut tau! Tau x harraz dh syak smting..mcm dh kantoi sudah awk tu la sbnrnye model partner Lee mlm tu😧😧

    ReplyDelete
  12. cepat2 kak anjell..dua bab pun jdilaaa..yg pntg kuar dua entry baru tu!!mne tau next entry harraz jumpa nurin kat kenduri pulak kerr???

    ReplyDelete
  13. da thu da anjel, nie masih sabor menanti SPS kuar novel...huuhuhuuu btw wish u gud luck...

    ReplyDelete
  14. Apa agaknya yg akan terjadi.... harraz n nurin....

    ReplyDelete
  15. Owh, patut asyik nampak diorang cakap novel ni sampai bab 25.. tercari-cari kat mana Anjel bagitau. Kt fb rupanya..

    Btw, macam komen saya smlm jugak.. harap Anjel tak lupa inform kat sini jugak sebarang perkembangan novel ni. Tengah cuba hidup tanpa fb ni.. kalau boleh nk bertahan tanak activate balik acc fb buat masa ni.

    Semoga segala urusan dipermudahkan. =)

    ReplyDelete
  16. Saya dah baca EC...saya dah baca SPS...now TPI...suka sangat dengan your idea dan cara penulisan sis...hope karya2 sis ada rezeki untuk diterbitkan mcm EC...Insya Allah semua akan jadi my collection nanti...teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  17. Amat2 menarik novel TPI...semoga segala usaha Anjel untuk menerbitkan novel ini dipermudahkanNya...nanti Anjel war2kan lah bila nak diterbitkan ye....sy tak nak ketinggalan..

    ReplyDelete
  18. Ya Allah best sgt!!!

    ReplyDelete
  19. Will miss them..for sure...

    ReplyDelete
  20. that's good of you to tell your readers anjell. Memang dalam fb dah bagi tau sampai bab 25.

    anjell….TPI is a diff story from what i hv read. Good luck to you my dear. mesti akan tunggu in printed version and i hope it is going to be not too long..hehehe. An excellent piece…congrats.

    mummy doakan kejayaan anjell dalam apa juga bidang..aminnnn

    ReplyDelete
  21. Tak sabar rasanya nk habiskn bacaan...harap tk lama menunggu.Thumbs up.

    ReplyDelete
  22. Anjell, cepat2 buat novel ya

    ReplyDelete
  23. Alahai,ade jugak akhirnya entry bru,can't wait for the new entry... :D Make sure 2 entry lg sweet,haha...gudluck akak...

    ReplyDelete
  24. 2 more chapters left and after that... I'll miss both of them for sure....usaha keras dan gigih berkarya lagi ya Kak Anjell ;^)

    ReplyDelete
  25. Good luck! Insya-Allah. :')

    ReplyDelete
  26. love citer ni... dan berapa happy kerana akan ke versi cetak dalam masa yg terdekat ini kan..sis..

    ReplyDelete
  27. Will be missing Haraz-Nurin... 😞

    ReplyDelete
  28. Alahai nak habis dah rupanya. SPS tak kuar lagi. Jangan lama sangat HarazNurin ye. Kalau 2 sekaligus kan best! He he

    ReplyDelete
  29. jeng..jeng...jeng...
    fuh!!!...hampir kantoi ko nurin....
    alah dah nak habis ke....huhuhu....
    good luck for full manuskrip...

    ReplyDelete
  30. Best sgt tpi ni.... rasa cam x sabar nak peluk ketat2 je kalau dah ada dlm versi cetak.

    ReplyDelete
  31. Huu..seddeeyy dh nk abis..but really
    X sabo nk wait versi cetak..
    Sya dh search fb..but almaklumla..xpandai sgt..guna nma ape eh

    ReplyDelete
  32. Owh...... Tidakkkk....... Nurin jgn mengalah lg...... blom.... lg..... Biarla klu Harraz da tau pemilik mata misteri tue...... Biar smpai Harraz jd gila bayang tahap petala tujuh.... Baru la .... kan.....kan....kan.... sme cm tajuk dia..... Kan Anjell @_@

    ReplyDelete
  33. NURIN BAGI HARRAZ ANGAU DGN MATA U YANG CANTIK TU...

    ReplyDelete
  34. Best2....x sabar nk tunggu novel

    ReplyDelete
  35. Thanks dik. You the best among the best. Entah bagaimana rasanya nak menahan sabar menunggu TPI. terubat rindu dgn sps dgn TPI ni. Tapi kalau dah sakit merindu dgn sps ditambah lagi dgn rindu yg amat pd TPI....harap ada ubatnya.....tak sabar nak peluk buku sps n TPI. Yg pasti akak rindu dengan harraz n nutin sgt2.

    ReplyDelete
  36. Angel yang cute, up la sikit sampai kat episod 30...kesian kat akak..karang termimpi pulak kat harraz...anyway teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  37. Alor. Gonna miss both of them

    ReplyDelete
  38. Tahniah anjel kerana menghasil karya yang baik. Teruskan. Didoakan yang terbaik untuk anjel. Tak sabar tunggu next n3.

    k.mid

    ReplyDelete
  39. best novel ni..harap TPI dgn SPS kan dipublishkan..rasanya mmg xmudah nak jadi seorang penulis novel ni..nak siapkan manuskrip and da same time anjell pun student jgk kan?? if i not mistaken la..hehe..pembaca pun rasanya sanggup tunggu kedua novel ni dipublishkan walaupun take time..apa2 pun all the best to you kak anjell.harap kedua2 novel ni akan dipublishkan as soon as possible...heheh :D

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )