BAB 6
“Kau ni kenapa? Dah tertelan mentol lampu ke apa
perangai pelik macam ni?” Harraz membebel pada Farhan bila sepupunya itu
mengeheretnya ke depan lif. Rangkulan sepupunya dilepaskan. Tak cukup nafas
rasanya bila hidung mancungnya kena cekup dengan tangan besar Farhan. Huh!
Jalankan misi nak bunuh aku ke apa?
Farhan yang kena tegur sebegitu hanya
mampu ukir sengih. Sengih je la yang mampu dia bagi bila muka Harraz dah hijau
macam Incredible Hulk versi handsome.
“Kau lapar tadi kan? Kita nak makan kat
mana?” Farhan ubah topik. Tak payah jawab pertanyaan si Harraz ni. Bukannya
membantu pun kalau dia cakap. Entah-entah lagi la nak rosakkan rancangan dia.
“Kau jangan nak ubah topik ya. Kau
sangat pelik hari ni. You better tell me why sebelum aku tendang kau
keluar dari Harraz Holdings ni!” Dan Harraz pun bukanlah bendul sangat nak
biarkan semuanya tak terjawab. Sempat diugutnya Farhan.
Makin melebar sengih Farhan. Hish, si
Harraz ni main ugut-ugut pulak dah! Mentang-mentanglah ni syarikat dia,
suka-suki dia je nak tendang-tendang orang. Memang tak boleh nak berahsia betul
dengan mamat ni. Nak taknak, Farhan buka mulut.
“Aku cakap kat Nurin yang aku ni driver
kau. Kau bos aku. Sebab tu la aku panggil kau bos,” cerita Farhan.
“Kenapa tak cakap kau sepupu aku?”
Harraz pelik. Kebiasaanya, memang jadi satu kebanggaan kalau diperkenalkan
sebagai sepupunya. Sepupu big bos weh! Mandat besar kut!
“Aku nak berkenalan dengan Nurin. Kalau
aku perkenalkan diri sebagai sepupu kau, aku rasa takde salam takde apa dia dah
babai kat aku. Yalah.. dah kau layan dia teruk. Tahu pulak yang aku ni sepupu
kau, lagilah dia taknak dekat dengan aku. Memang kempunanlah aku nak berkenalan
dengan Nurin.”
“Sebab budak tu kau sanggup jadi driver
aku?” sinis Harraz. Entah apalah si Farhan ni nampak kat budak tu. Aku tengok
sikit pun takde perasaan. Nak cakap cantik tak, lawa lagilah tak.
“Yalah. Semua ni salah kau. Kesian aku
tengok Nurin. First day pun dah kena buli teruk.”
Harraz buat tak dengar. Sejak bila
pulaklah sepupu aku ni berjiwa rakyat ni? Sebelum ni, mana pernah dia kisah
kebajikan para pekerjanya.
“Suka hati aku la nak buat apa kat staf
aku. Ni syarikat aku. Jangan nak sibuk.”
“Ewah, berlagak!” cebik Farhan. Sikit
pun tak ambil hati dengan kata-kata Harraz. Dah memang betul pun. Dia datang
pun semata nak menyibuk dan menyusahkan lagi Harraz. Ya.. hobi dia adalah kacau
hidup Harraz. Kalau ikut peribahasa bagai melungut di tepi gantang, dialah
melungut dan Harrazlah gantang.
“Kalau dia tak tahan, cakap kat dia
hantar surat resign.” Itulah tujuan Harraz layan Nurin macam tu. Untuk
mendapat sekeping surat penting tu daripada Nurin. Entah bila dia pun tak tahu.
Farhan angkat bahu. Kejam betul sepupu
aku ni. Farhan dah memang tahu niat Harraz sebenarnya. Mesti nak halau Nurin
dari syarikatnya secara halus. Harraz.. Harraz.. aku tak rasa budak tu akan
berhentilah. Jadi, sekarang ni, kau ke dia yang akan sengsara ya?
Bunyi pintu lif terbuka sebelum dua
orang jejaka itu masuk ke dalamnya.
“Raz.. Nurin aku punya tau.”
“Kau ambik la. Sikit pun aku tak kisah. Not
even my ideal type. Kau tackle la dia sementara dia ada kat sini ni.
Entah-entah minggu depan dah resign. Jangan salahkan aku pulak,” jawab
Harraz sombong.
Hai.. nampaknya tiap-tiap harilah dia
akan menghadap Farhan. Konfem!
---------
Hari ketiga Nurin di syarikat Harraz, masih tiada
apa yang berubah. Betapa beratnya dia nak berpisah dengan selimut pagi tadi.
Betapa dia rasa nak minum pencuci tandas pagi tadi. Biar dapat MC, lepas tu tak
payah masuk kerja. Tak payahlah dia susah hati nak menghadap muka beku Harraz. Tak
payahlah telinga panas dengar suara macho Harraz bagi arahan tak masuk akal.
Tapi, kalau kau minum bebetul Nurin pagi
tadi, entah-entah dah sampai ke dunia lain dah. Free je mati katak.
Baru je Nurin nak bangun daripada
kerusinya, tiba-tiba helaian kertas yang rasanya setinggi dua kamus dewan
diletakkan atas mejanya. Nurin pandang muka tukang letak kertas itu. Nak apa
lagi ni?
“I nak you tolong buka balik semua staple
lepas tu asingkan balik kertas-kertas ni.”
Hati Nurin bengang lagi. Cis! Tu kerja
kau la, cik kak. Aku bukan kerani kat sini. Sakit betul hati Nurin. Kerani pun
berani buli dia sedangkan jawatannya sekarang jauh lebih tinggi. Bukannya nak
berlagak, tapi kalau orang lupa daratan ni susah juga.
“Kenapa saya pula? Tu bukan kerja saya.”
Wah! Kemajuan. Hari ketiga Nurin dah
berani membantah!
“Sebab you je orang paling sesuai kerja
macam tu.” Perempuan tu senyum sinis. Nurin yang melihat rasa nak staple
je mulut minah tu.
“Setahu saya tu kerja kerani. Saya masa
kat universiti dulu takde pulak belajar cara-cara nak bukak staple kat
kertas ni,” balas Nurin pula. Kedengaran agak berlagak, tapi dia geram. Dan
hakikatnya muka minah di depannya tu merah dengan kata-kata Nurin.
“Yang ni bos yang suruh. Jangan banyak
cakap pulak!” Perempuan itu dah malas nak layan Nurin. Dia berlalu pergi.
“Hih.. nak minta tolong bukannya reti
nak cakap baik-baik. Berlagak,” bebel Nurin. Diikutkan juga walaupun hati separuh
ikhlas.
Hampir sejam masa diambil untuk membuka staple-staple
pada kertas itu. Disusun sebanyak empat bahagian seperti yang diminta kakak
yang dia tak tahu nama tu sebelum diserahkan kembali.
“Nah!” Nurin letak kertas tebal itu.
“Eh, nanti kejap!” Belum sempat Nurin
berlalu, dia diseru kembali. Haish.. nak apa lagi ni?
“Belum habis lagi. Pandai bukak, pandai
la pasang balik,” kata perempuan itu balik. Suka betul dia bila dapat arahan
daripada Encik Harraz untuk membuli Nurin. Kena berterima kasih kat Nurin juga
sebenarnya. Sebab Nurin la Encik Harraz sanggup menegurnya.
“Maksud?” Nurin tak faham.
“Apa lagi, staplekan balik la
macam asal.” Dia ketawa.
Berasap telinga Nurin yang mendengar.
Terasa betul-betul dipermainkan. Rasa nak je capai sehelai kertas atas meja tu,
gumpal-gumpal, lepas tu lancarkan masuk mulut yang tengah luas ketawa tu. Biar
terlekat kat esofagus. Kut tak payah keluar lunch dah sebab kenyang
makan kertas!
Baru je Nurin nak bidas balik, si kerani
tu bersuara.
“Jangan salahkan I pulak. Ni bos yang
suruh tahu?” Dia tergelak sinis lagi.
Cis! Harraz.. Harraz.. kalau ada depan
mata sekarang ni, memang dia dah staplekan mulut mamat tu. Biar dia rasa
sikit macam mana sakitnya kena staple. Aku ingat bila dah berada tiga
tingkat bawah daripada dia, selamatlah aku. Tapi boleh pulak dia turunkan petua
kat staf dia suruh buli aku?
Sabar, Nurin. Sabar separuh daripada
iman. Kau kuat, Nurin. Kau tak boleh biarkan Harraz menang. Oo.. nak kenakan aku
ya? Kau tengoklah macam mana aku balas nanti!
“Bos cakap, benda ni penting. Sebelum dia
masuk pejabat petang nanti, pastikan benda ni dah ada atas meja dia. Faham?”
Dia sengih jahat.
“Bagi bos, you tu layak buat kerja-kerja
kerani je.”
Dengan perasaan geram, Nurin capai
kembali kertas tebal itu ke meja kerjanya. Malas betul nak dengar si minah tak
cukup sifat depan dia ni bukak mulut. Ada jugak stapler masuk mulut
orang! Sebelum benda-benda macam tu berlaku, baik dia elak.
Dia pandang jam di dinding. Tambah pula
dengan ramai orang yang keluar berpusu-pusu, Nurin mengeluh panjang.
Terbanglah lunch aku!
-------------
“Tak patut betul. Ada ke suruh aku buat kerja masa lunch?
Ni kalau aku report kat daddy dia ni, baru berjoget kena marah.
Biar padan muka.” Nurin membebel geram.
Dia ada hak untuk melapor pada Tan Sri
Mukhriz sebab itulah yang selalu dipesan oleh Tan Sri Mukhriz. Tapi, memang dia
tiada niat nak mereport. Bukan Nurin la kalau nak report-mereport
ni. Merepotkan gue aja. Ecewah… kan dah keluar indon. Haha.
“Kau ingat aku nak biar je kau buli aku?
Kau tak kenal aku lagi la, Harraz.” Nurin sengih jahat.
Macam-macam dalam kepala. Tunggu nak
dilancarkan je. Tapi, sebelum tu, dia kena habis staplekan kertas-kertas
ni dulu. Oo.. kertas-kertas ni penting ya? Aku ni layak buat kerja
kerani je? Okay.. aku akan tunjukkan macam mana kerani ni buat kerja! Tahulah
macam mana aku nak buat nanti!
“Ehem..”
Bunyi orang berdehem buatkan Nurin
terkejut. Bila dia pusing, nampak Farhan yang tengah tersenyum memandangnya.
Farhan merapati Nurin.
“Amboi.. buzy bebenor
nampak sampai-sampai tak lunch. Buat apa?” Farhan buat-buat tanya lagi
padahal bukan dia tak dengar bebelan Nurin tadi.
Ni tak lain dan tak bukan, kerja sepupu
kesayangan dia tu la. Adoi.. Harraz.. Harraz.. macam budak-budak! Sejak bila
Harraz suka buli orang ni? Tak tahu kenapa, dia rasa makin berminat untuk tahu
kisah yang bakal terjadi antara Harraz dan Nurin. Harraz dengan ego dan taknak
mengalahnya dan Nurin dia rasa jenis yang tak tinggal diam bila kena buli.
Mesti ada yang akan dibalas Nurin. Dia yakin.
“Ni.. bos kesayangan awak punya kerja la
ni. Tadi suruh saya bukak staple kertas ni. Lepas tu dia suruh saya staplekan
balik. Tak rasa macam saya bodoh dan buat kerja sia-sia ke?” cerita Nurin
geram. Sedikit lega rasa geramnya bila dia ada orang yang sudi dengar
ceritanya. Kalau tak, memang diheretnya adik dua ekor kat rumah supaya tadah
telinga malam nanti.
Farhan hanya gelak mendengar cerita
Nurin. Memang Harraz betullah! Tak boleh guna cara lagi tak matang ke si Harraz
ni? Kalau tak suka tu, memang tak suka betul-betul. Kesian Nurin.
“Eh, awak tak lunch ke?” soal
Nurin pelik bila melihat Farhan. Ikat perut ke mamat ni?
“Tak mampu la nak keluar lunch.
Beli ni je. Jom, kita makan. Saya belikan lebih.” Farhan tunjukkan satu beg plastik.
Subway. Ni yang kau cakap tak mampu
keluar lunch tapi boleh bungkus Subway? Aku pun fikir dua tiga kali nak lunch
Subway. Baik berebut-rebut beli nasi campur kat kedai makan. Nurin pelik.
“Ni bos bagi. Saya temankan dia breakfast
tadi. Macam biasa. Nak harapkan saya yang beli, memang tak mampu la.”
Farhan buka cerita bila tengok muka
curiga Nurin. Nak je diketuk-ketuk kepala kat meja. Kau driver, Farhan. Take
note tu!
“Jomlah makan, Nurin. Kerja-kerja juga.
Tapi jangan sampai lupa makan.” Farhan serahkan satu roti Subway kepada Nurin.
Nurin yang mendengarnya terharu. Niat
ingin menolak budi Farhan terpaksa dibatalkan bila melihat keikhlasan Farhan.
Huh.. kalaulah bosnya pun macam Farhan, kan bagus. Farhan je yang baik
dengannya.
“Tapi, ni breakfast tadi la. Sorry
ya.” Farhan gelak. Auta lagi. Padahal dia beli dalam perjalanan datang sini.
Dia memang beli dua. Satu untuk dia, dan satu untuk Harraz. Maaf ya, Harraz.
Lain kali aku belikan untuk kau pulak. Nasib baiklah sepupunya tu keluar makan.
Nurin cuma senyum. Tak kisahlah. Janji
makanan.
“Nak saya tolong tak?” soal Farhan.
Tanpa menunggu jawapan Nurin, Farhan
mencapai stapler hijau di sisinya. Lalu distaplekan kertas-kertas
seperti yang Nurin lakukan.
---------------
“Dah siap dah.” Nurin lega. Akhirnya siap juga kerja
sia-sia dia ni. Terima kasih atas bantuan Farhan. Kerjanya jadi makin cepat.
Nurin pandang jam di pergelangan tangan
kirinya. Zohor dah masuk ni. Baik solat zohor dulu, baru fikir pasal nak pedajalkan
Harraz. Astagfirullahalazim.. kau nak pergi solat, Nurin. Bawak-bawak insaf
la sikit!
“Farhan, surau kat sini kat mana ya?”
Nurin tanya Farhan. Dia tak pernah solat di sini memandangkan sebelum ni dia
tak boleh sembahyang.
“Hah, surau? Nak buat apa?” dungu Farhan
bertanya.
“Eh, awak ni! Kan dah zohor. Nak pergi
sembahyang la. Takkan nak berkaroke pulak?” balas Nurin balik. Ada ke tanya
pergi surau nak buat apa?
Alamak! Masak kau, Farhan! Surau kat
mana? Farhan berfikir sejenak. Manalah dia tahu sebab dia pun jarang-jarang
datang melepak di syarikat Harraz. Kalau pun datang, buat apa nak cari surau.
Entah wujud entah tak surau dalam bangunan ni, dia pun tak tahu.
“Oo.. kejap. Saya tengah kemas
ni,” auta Farhan lagi sambil tangan sibuk mengemas meja yang memang dah kemas.
Otak ligat cari akal macam mana nak lepaskan diri.
“Hmm.. saya pergi tandas dululah.
Lepas ni kita pergi surau, solat,” kata Nurin lagi.
Farhan hanya angguk. Kita? Farhan teguk
liur berliter-liter. Masak kau, Farhan! Jadi ayam panggang la kau lepas ni.
Mata Farhan menghantar Nurin yang
berlalu. Sebaik sahaja Nurin hilang daripada pandangan, terus Farhan bukak
langkah. Sampai depan lif, mata Farhan melilau mencari surau di papan tunjuk
arah itu.
“Surau.. mana surau..” Laju jari
menunjuk selaju mata melihat. Tiada!
“Hish! Harraz ni.. fail betul
letak signboard!” Tak pasal-pasal Farhan marahkan Harraz.
Farhan akhirnya turut ke tingkat paling
bawah. Berlari-lari dia ke meja penyambut tetamu. Nak kejar masa. Nasib baik
ada orang tengah jaga.
“Surau kat tingkat berapa?” Macam tak
cukup nafas Farhan bertanya.
“Err.. tingkat empat dan tingkat
sepuluh.” Dalam terpinga-pinga, penyambut itu menjawab.
“Terima kasih.” Dan sekali lagi Farhan
berlari ke lif.
Sewaktu tiba di tingkat lima belas,
Farhan nampak Nurin berjalan ke arah lif.
“Eh, saya ingat awak pergi ke mana
tadi,” tegur Nurin. Pelik betul dia bila balik dari tandas, dilihatnya Farhan
dah lesap.
Farhan cuma sengih sambil tunggu masa untuk
penuhkan paru-paru dengan oksigen.
“Saya tertinggal barang kat bawah tadi.
Tu yang kena pergi ambik jugak. Kalau tak, bos marah. Awak tahulah kalau bos
marah, macam beruang nak beranak.” Selamba Farhan kutuk Harraz.
Nurin tergelak. Sokong! Gembira betul
bila ada orang kutuk Harraz.
“Surau kat tingkat berapa?” Lagi sekali
Nurin bertanya ketika mereka masuk ke dalam lif.
“Oo.. kat sini ada dua surau. Satu kat
tingkat empat, satu lagi kat tingkat sepuluh.” Kali ni Harraz yakin menjawab
sambil jari menekan punat 10.
Farhan sendiri tak tahu kenapa dia boleh
buat kerja gila macam ni. Sanggup turun bertanya sedangkan dia sebenarnya boleh
mengelak dengan seribu alasan. Anehnya!
-----------
Laila, si kerani yang Nurin baru tahu namanya
daripada Farhan dilihatnya laju melangkah ke arahnya. Nurin buat-buat tenung PC
depan mata. Tengok muka macam lepas telan belacan setengah mangkuk tu, Nurin rasa
Nurin faham kenapa. Tapi, Nurin tetap selamba.
Pap! Laila hempap meja Nurin dengan
telapak tangannya. Sakit tangan tak sesakit hati.
Nurin angkat muka. Dah tak terkejut bila
mejanya kena hentak. Agaknya meja tempat duduknya ni dicipta untuk kena hentak.
Kesian meja aku ni!
“Apa you dah buat kat kertas-kertas tu? You
tahukan kertas-kertas tu penting. Sebab you, I kena marah dengan bos.”
Nurin tayang muka tak bersalah. Ada aku
kisah? Tak pedulilah semua staf lain yang pandang mereka. Mana taknya kalau
suara si Laila tu macam tengah panggil langsuir menyanyi.
“Bos panggil. Baik you mintak maaf
dengan dia. You tak tahu bos kalau dah marah macam mana. Ngeri!” Laila cuba
menakut-nakutkan Nurin pula.
Mamat tu panggil aku? Haish..
sehari tak kacau jiwa aku ni tak boleh agaknya! Huh! Nak tak nak, Nurin pergi
juga jumpa Harraz.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Harraz,
Nurin nampak wajah lelaki itu serius. Atau lebih tepat lagi bengis mengalahkan
bapak rimau. Apa nak gerun? Muka ni dia dah hadap tiap-tiap hari. Dah immune
dah.
“Encik Harraz panggil saya?” Nurin tanya
soalan bodoh. Dah tu nak tanya soalan apa lagi? Encik Harraz sihat? Hotak dia! Nak
kena baling dengan pen ke?
“Ni… apa ni?” Harraz masih bermuka
serius mencampakkan kertas tebal itu ke atas mejanya. Kuat sehingga terbang
separuh.
Nurin dipandang macam nak disantap buat
makan malam. Geram sungguh dia dengan perempuan tu. Tak sampai seminggu masuk
pejabat, dah buat hal? Berani betul Nurin cari pasal dengannya.
Nurin pula terangkat kedua-dua bahunya
sebab bunyi kuat yang terhasil. Dia pandang kertas-kertas itu. Ni apa ni? Kertaslah!
Kalau dia jawab macam tu, rasanya kertas yang dicampak atas meja tu dibaling ke
muka dia pulak.
Dia tahu kenapa Harraz mengamuk. Dia tahu
dia salah. Tapi Nurin tak menyesal pun buat macam tu. Apalah sangat muka Harraz
mengamuk ni? Tak cukup ngeri la. Abah aku naik angin lagi ngeri kut. Orang macam
Harraz ni kadang-kadang kena bagi serangan balas jugak. Biar dia sedar sikit
bumi yang dia hidup ni, bukan dia sorang punya.
“Kau tahu tak benda ni penting? Yang kau
pergi conteng kertas ni kenapa?” marah Harraz lagi.
Menggelegak rasa darah. Lagi menggelegak
bila dia tengok muka Nurin macam takde reaksi. Umpama sudah kalis dan tak punya
sikit pun rasa gerun dengan muka bengisnya. Marah betul dia bila belek je
kertas-kertas tu, macam-macam diconteng Nurin.
Nurin tergelak dalam hati. Nak gelak
depan-depan, takut kena pelempang Harraz. Nurin tahu kenapa Harraz mengamuk. Encik
Harraz.. tu bukan conteng. Tu namanya melukis. Hai.. orang ada bakat melukis. Haruslah
tunjuk bakat. Iya tak?
Macam-macam Nurin lukis atas kertas tu. Gambar
bunga, gambar pokok, gambar teddy bear, gambar doraemon pun ada. Nasib baik
tak lukis muka Harraz je. Itulah yang jadi bila arkitek jadi kerani. Haha.
“Kau ingat ni kelas tadika? Nak melukis-melukis
bagai. Kau tahu tak kertas-kertas ni nak dibawak masuk meeting lepas ni?”
Harraz marah lagi. Tinggal sejam lagi sebelum meeting bermula. Takkan la
nak bagi kertas-kertas macam ni?
“Oo.. penting ke Encik Harraz? Almaklumlah..
kerani macam saya ni tak tahu pulak yang kertas-kertas tu sepenting tu. Yang saya
tahu kerja orang macam saya ni, bukak staple lepas tu staple
balik je,” bidas Nurin selamba. Sabdu cukup-cukup masa sebut perkataan ‘staple’.
Dalam hati mencebik. Ha.. tahu takut! Gabra
pun kalau aku cari pasal dengan kertas penting dia. Nasib baik aku lukis pakai
pensil tahu? Kalau tak? Bersyair la kau menangis.
Tu kira aku baik lagi sebab aku lukis
je. Ikutkan idea asal tadi, nak je gunting-gunting buat origami. Lagi kejam! Nurin
pun bukannya kejam sangat. Dia lukis pun guna pensil. Takdelah terang sangat
supaya senang nak padamkan balik. Lagipun dia tahu, siapa yang akan jadi tukang
padam nanti. Dia cuma nak bagi pengajaran kat Harraz je supaya jangan permainkan
dia.
Nurin harap Harraz insaf. Kalau berani
suruh dia buat kerja-kerja tak berfaedah macam tu lagi, memang dia takkan
teragak-agak sign besar-besar kertas tu. Pakai permanent marker.
Puas hati! Tak percaya, tengoklah!
Terdiam Harraz mendengar jawapan Nurin. Tak
sangka Nurin akan mengungkit. Nampaknya Nurin balas balik apa yang
dilakukannya. Sungguh dia tak sangka yang Nurin berani buat macam tu padanya. Dalam
pejabat ni, belum ada yang berani cari pasal dengannya melainkan Farhan. Nampaknya
Nurin berura-ura untuk jadi generasi kedua. Haish.. bahaya ni!
“Kau ambik kertas ni, lepas tu kau padam
lukisan-lukisan kau ni,” arah Harraz. Penat betul nak bertekak dengan Nurin. Kalau
seminggu dia asyik bertekak dengan Nurin ni, boleh haus agaknya kotak suara dia.
Macam yang Nurin agak, dialah yang akan
jadi tukang padamnya. Nurin cuma menurut. Diangkut kertas-kertas yang bersepah
tu.
“Eh.. eh.. nak pergi mana tu?” soal Harraz
bila nampak Nurin ingin berlalu.
“Nak balik tempat saya la.”
“No.. Ada aku izinkan kau balik
tempat kau? Takde, kan? Kau buat kerja tu kat sini. Kalau kau buat belakang
aku, macam-macam nanti kau mengata aku.” Harraz bagi arahan baru.
“Eh, kenapa pulak? Taknak la saya duduk
sini,” bantah Nurin. Dengan kau pulak tu!
“Kau ke aku bos? Aku, kan? So,
kau buat kerja kat sini. Biar senyap sikit mulut kau buat kerja.”
Harraz senyum dalam hati. Tengok muka
bengang Nurin, dia rasa dia dapat satu point. Dia tahu, kalau Nurin buat
kerja di belakangnya, memang Nurin akan sumpah-seranahnya.
Nurin gigit bibir bawahnya. Nak menjawab,
derhaka dengan bos pulak. Okay.. kalau tu yang dia nak, Nurin akan ikut.
Nurin berlalu ke arah pintu bilik. Dikuaknya luas-luas.
“Kau buat apa ni?” Harraz pelik.
“Kalau berdua-duaan lelaki perempuan,
setan jadi yang ketiga. Tak pernah dengar ke? Saya taknak orang fitnah
macam-macam bila saya duduk lama-lama dalam bilik awak ni,” jawab Nurin. Lagi satu,
senang aku nak tendang kau sampai basement kalau kau berani nak
macam-macam.
“Kenapa? Takut tergoda dengan aku ke?”
Waklu.. Apa yang kau ada sampai-sampai
aku nak tergoda? Muka handsome kau tu? Huh.. tak kenyang aku kalau
menghadap muka kau semata. Nurin mencebik. Tak sangka pula mata Harraz cekap
menangkap.
“Ha.. yang kau cebik bibir tu kenapa? Mengata
aku la tu?” Panas betul hati Harraz bila Nurin buat macam tu. Rasa tercabar pun
ada.
Nurin malas nak layan. Baik dia buat kerja
cepat-cepat supaya dia cepat-cepat boleh berambus dari bilik ni.
wahhhhh..teruja. ..
ReplyDelete~siti~
Penantian yg lama akhirnya berakhir. Welcome back dear. Best bargat next n3 please.
ReplyDeleteYeaayyyhhh!!!!!!! Stelah skian lme akhirnye ad n3 bru..... Trujanye.... Hehehehehe
ReplyDeleteyeaaa... n3 baru... smbung lagi please :)
ReplyDeleteAkhir nyerrrrrr...terlerai rindu akk kat nurin...mmg the besttttttt...rase nk ku cabai2 jer si kerani yg poyo tuh!!!si Harraz plak nk jer den..kitai2 muka yg budget encom tuh!aduhai... Nurin cian nyer kat die....nk lg dik writer......n Farhan caya lh....den tk sabat nk nengok hati harraz yg membeku kat nurin tuh cair hingga memjejeh....hehe smbg yer dik laju3....membara sungguh dendam nih kat si hero yg terlebih vitamin!!!!!!!!
ReplyDeleteFinally...ada new n3....semoga anjell sentiasa diberi kelapangan untuk update new b3
ReplyDeleteBest
TQVM KAK ANJELL!! HEHE NNTI BOLEH LAH UPDATE LG. HEEE ^_^ :D
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteSalam...akhirnya da jgk n3 trbaru...jln cerita yg bagus.. Cuma da skit ja kesalahan yg sy rasa perlu diperbaiki...peribahasa bagai 'melungut' di tepi gantang,bkn melungut tp melukut di tp gntang,hrp anjell tk mrh ini sbg teguran. ╰(*´︶`*)╯♡
ReplyDeletethanks dgn entry ni!!! =)
ReplyDeletewah alhamdulillah hari ni bufday saye dan akhirnye dapat jugak enovel yg saye idamkn thanks saye angap ni hadiah utk bufday saye
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah alhamdulillah hari ni bufday saye dan akhirnye dapat jugak enovel yg saye idamkn thanks saye angap ni hadiah utk bufday saye
ReplyDeletewah alhamdulillah hari ni bufday saye dan akhirnye dapat jugak enovel yg saye idamkn thanks saye angap ni hadiah utk bufday saye
ReplyDeleteBest!
ReplyDeletethanks sbb upkan entry ni... love you writer... <3
ReplyDeleteYey!! Finally, welcome back kak anjell.. Ske sgt ble smbung tlis nvel bln april ni. Today is my befday! nice present u got me there
ReplyDeleteies@-ro¢k
ok, best.
ReplyDeletemohon sambung lagi ye.hehehe.
Finally
ReplyDeletebest!!!!! tq anjel
ReplyDeletekak! sambung suamiku paling sweet. rindu gila dengan izz. please kak! nak part sweet muit. : P
ReplyDeleteberani kerana benarkan Nurin... bagi si Harraz panas duduk dalam bilik dia... hehehe
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteNak lagi @@@ ^_^
ReplyDeleteTq Anjell...setelah begitu lama penantian.
ReplyDeletebest smbg lg
ReplyDeletewaahhhhh
ReplyDeleteat last... pengubat rindu...
baru hari ni berkesempatan nak baca...
nak lagi sis ;)
Nak lagi sis
ReplyDeleteYeayyyyy dah ada. Ingatkan dah merajuk. Anyway tqvm anjel
ReplyDeleteyes akhirya ad juga n3 baru..
ReplyDeletethank kak anjell..
best sgt n3 nie..
aksi kucing n anjing bru brmula~
;)
Kak anjell update sps please! Rindu. Bila nak jadikan buku? Tak sabar nak bacaaaaa! Serious rindu dgn hafiy sya izz. Update pleaseeee!
ReplyDeletewahh.. trima ksih utk entry baru..x sabar nak baca n3 yang setruusnya
ReplyDelete